Ahad, 14 September 2014

KADANG2 DALAM SUASANA BEGINI BERDIAM DIRI ITU LEBIH BAIK...WALLAHU'ALAM

11:00AM - 14 Sep 2014

Hadi tangkis dakwaan masih mahu Khalid kekal

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis  dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita berhubung pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut.

"Saya tak baca surat khabar hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam. Dan hak tentukan Khalid (sebagai menteri besar) bukan saya. Tapi kuasa sultan.

"Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan.

"Saya tak ada hak nak tentukan menteri besar Selangor. Sultan Selangor yang boleh tentukan siapa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi ceramah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Turut hadir ialah calon DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Selain itu, ketika ditanya sekali lagi sekiranya Abdul Hadi ada bertemu dengan Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Ahmad pada Jumaat, beliau hanya berkata:

"Ramai (bertemu orang). Mungkin Nik Nazmi ada."

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Nazmi berkata, beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Malah, beliau juga berkata, Abdul Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai menteri besar.
3:51PM - 14 Sep 2014

Zam: Pergi jahanam suara orang Melayu...

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dengan sinis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan Umno mengenai Akta Hasutan.

Sebaliknya dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala (bawah) yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".

"Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang Umno, PERKASA, ISMA dan suara-suara  NGO Melayu lainnya.

"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau yang nampaknya kecewa dengan pentadbiran Najib yang telah menarik Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan pula.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia turut mencadangkan Najib 'membuka seluasnya' negara ini ke arah lebih liberal.

"Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glokal.

"Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan terhadap Akta Hasutan 48.

"Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya," kata beliau.

Zainuddin juga meminta agar suara akar umbi Umno dan orang Melayu tidak lagi diendahkan Najib kerana Idris "adalah menteri kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg antara 50 tokoh the most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia."

"Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang Umno, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 48 telah semakin hebat terutama dari (Lim) Guan Eng yang maki hamun KPN, (Datuk S) Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk (Najib) akan merudum," kata penyokong kuat bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad itu.

Beberapa menteri kabinet sebelum ini mempertahankan tindakan mengekalkan Akta Hasutan dan penggunaan dalam siri pendakwaan ke atas pemimpin pembangkang, NGO, wartawan dan aktivis kebelakangan ini.
3:00PM - 14 Sep 2014

Nik Aziz: Tak beri royalti berdosa dunia akhirat

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan, mereka yang tidak memberi wang royalti kepada Kelantan sebagai berdosa di dunia dan akhirat.

Malah, bekas menteri besar itu berkata, beliau turut mempersoalkan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) berhubung pemberian wang ihsan di negeri itu.

"Royalti hak Kelantan. Kenapa negeri lain boleh, Sarawak boleh (dapat) royalti, Sabah boleh (dapat) royalti, Terengganu boleh (dapat) royalti. Kenapa Kelantan tak boleh. Berdosa dunia akhirat. Dia (kerajaan) mesti beri.

"Saya nak soal, kenapa Kelantan sahaja yang ada JPP? Kerana apa? Dia tak percaya dengan pegawai kerajaan ke? Duit bukan beri pada saya tetapi beri pada setiausaha kerajaan (negeri) dan pegawai kewangan kerajaan.

"Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. saya tak izin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap di Surau Lama Kampung Geting, Pengakalan Kubor, Kelantan.

Selain itu, ketika ditanya apakah bukti yang mengatakan kerajaan persekutuan berhutang wang royalti kepada kerajaan negeri, Nik Aziz dengan tegas berkata, pembayaran wang tersebut tidak dilakukan secara terus kepada kerajaan negeri.

Sebaliknya beliau berkata, wang tersebut telah diberi kepada pihak lain dan bukan kepada kerajaan negeri.

"Tak bayar pada kerajaan Kelantan. Bayar pada orang lain. Itu bukan bayar. Saya berhutang duit pada saudari, tapi saya bayar pada orang lain, itu bayar ke?

"Fikirlah. Kita manusia ini ada otak. Lembu tak ada otak, kerbau tak ada otak, gajah tak ada otak. Yang ada otak ini manusia. Manusia yang mesti bertanggungjawab di dunia dan akhirat," katanya lagi.

Friday, September 12, 2014

Patutlah kebanyakkan pemimpin UMNO perutnya besar-besar belaka...


Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti nasionalis Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing saja.

Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu setelah meninggalkan PAS pada 1989.

"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.

"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa.

"Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, “Saya bukan Umno lagi” dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak.

"Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

PAS kehilangan seorang pemikir apabila Nakhaie yang juga bekas naib presiden PAS meninggalkan parti itu 25 tahun lalu.

Antara jasanya dalam PAS ialah membentuk Chiness Consultatif Council (CCC) menghubungkan parti Islam itu dengan bukan Islam khasnya orang Cina.

Beliau bagaimanapun dikritik hebat susulan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986 selepas CCC ditubuhkan.

Nakhaie keluar PAS dan menyertai Umno selepas beberapa ideanya bertentangan dengan pemimpin PAS.

Beliau disambut baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi namun tidak dihiraukan selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi pemimpin utama Umno.

Beliau ditamatkan khidmat sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa.

Kini beliau adalah salah seorang naib yang dipertua Perkim di mana Dr Mahathir ialah yang dipertua Perkim.

Nakhaie berkata, perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza dengan generasi awal Umno dulu.

"Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenuhi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie.

Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara.

"Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban.

"Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya.

Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu.

Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno.

"Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara itu dengan penuh yakin.

"Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka.

"Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya.

Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi.

Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua.

“Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar,” katanya.

Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang.

"Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam.

"Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya.

Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap lapor The Malaysian Insider

Pengalaman Anak Malaysia Mengenali Pejuang al-Qassam

Written By canang on Ahad, 14 September 2014 | 9/14/2014 01:21:00 PTG

Petikan ini dari blog http://zainurrashid.com/ pengalamannnya ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza  ke Negara bergolak di bumi Gaza. dia sempat menyaksikan sendiri tentera al-Qassam. Bagaimana dia temuramah tentera al-Qassam dan menyasikan sendiri cara latihan berdisplin mereka melalui kunjungan ke pusat latihan.

Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.

sheikh-izzuddin Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.

Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.


Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebuh dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.

Objektif penubuhan al Qassam

Objektif  utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.


Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun.  Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

Gigih berpegang dengan ajaran Islam
Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
Mencintai dan bersedia untuk syahid
Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.



Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.

Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.



Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.

Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai  kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih

Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.

Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassam menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.

Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya tidak mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.


Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar

2. melihat tempatnya didalam syurga.

3. dilindungi dari azab kubur - dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar

4. merasakan kemanisan iman,

5. dikahwinkan dengan bidadari, dan

6. diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya"


(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Sumber zainurrashid.com

Sunday, 14 September 2014

SUATU PENGAKUAN IKHLAS LAGI JUJUR YANG BUAT MACAI-MACAI UMNO TERKEDU MALU!!!!



Parti Komunis China (CPC) mengakui ia memberi keutamaan kepada hubungannya dengan Umno, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China dengan Malaysia.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC Zhang Xuy I berkata, keutamaan itu jelas terbukti dalam hubungan cemerlang Beijing-Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

"Hubungan China dan Malaysia sangat cemerlang, malah China sifatkan Malaysia sebagai rakan utama di Asia Tenggara, dalam ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).

"Pemimpin dari kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor dan usaha sama," tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berkunjung ke Beijing kelmarin.

Kumpulan wartawan itu menyertai Seminar Peringkat Tinggi: Pembangunan Media Baharu Malaysia anjuran CFPD dan Universiti Renmin, China dengan kerjasama CPC dan Umno.

Menurut Utusan, Seminar berkonsepkan lawatan sambil belajar itu manifestasi kerjasama rapat Umno dan CPC selepas terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China sejak 40 tahun lalu.

Zhang berkata, hubungan rapat antara CPC dan Umno merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang China-Malaysia.

"Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan Umno, yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap dilakukan.

"Ini meningkatkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan Umno berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua negara," tambah beliau.


ULASAN OMAK KAU:----
Nah!!!! Tuduh DAP sebagai parti komunis tetapi yang mendapat perhatian utama dari Parti Komunis Cina siapa?????

Kata dulang paku serpih .. kata kat orang yang langsung tidak ada kena mengena akhirnya diri sendiri yang terlampau lebih!!!!

Friday, September 12, 2014

Setelah dihantar ke Tanjung Rambutan, Kaki fitnah Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay diperintah bayar RM60,000 pula..


Bertimpa-timpa malang yang menimpa individu yang dijadikan modal untuk menyerang dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh TV3 dan Utusan Malaysia ini.

21 Ogos lalu telah dilaporkan Yuktes Vijay ataupun Yuktesvaran Malaipan telah diarahkan dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan serta diberi pengawasan selama sebulan oleh Hakim Mahkamah Kajang.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh Hakim berikutan dari dari tindakan Yuktes mencetuskan kekecohan dalam Mahkamah.

Hari ini pula individu yang menjadi mangsa fitnahnya di laman sosial Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan menyatakan bahawa beliau telah memenangi kes saman terhadap Yuktes .

Menurutnya, saman fitnah telah difailkan oleh Datuk Sri Edmund Santhara terhadap Yuktes dan pihak mahkamah telah memutuskan Yuktes bersalah dan harus membayar wang sebanyak RM60,000 serta RM10 kepada Edmund dalam masa 21 hari.

PETALING JAYA: Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan menyatakan bahawa beliau telah memenangi kes saman terhadap seorang individu yang telah memfitnahnya di laman sosial.

Menurutnya, saman fitnah itu telah difailkan oleh Datuk Sri Edmund Santhara terhadap seorang individu bernama Yuktesvaran dan pihak mahkamah telah memutuskan Yuktesvaran bersalah dan harus membayar wang sebanyak RM60,000 serta RM10 kepada Edmund dalam masa 21 hari.

“Sekiranya gagal, kami akan memfailkan bankrapsi kepada beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, seharusnya, kes ini harus menjadi pengajaran buat Yuktesvaran bahawa memfitnah merupakan amalan keji dan seharusnya beliau tidak mengulanginya lagi.

“Semoga kes ini mejadi iktibar kepada semua pihak,” katanya.

Sebelum ini, FMT turut melaporkan bahawa Yuktesvaran Malaipan telah ditangkap oleh pihak polis dan dituduh di Mahkamah Sesyen Majisteret Kajang.

Ekoran daripada itu, pihak mahkamah telah menghantar Yuktesvaran ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemerhatian selama sebulan disebabkan beliau telah membuat kecoh di dalam mahkamah.

Beliau didakwa atas kesalahan membuat fitnah dan menyebarkan maklumat palsu di laman sosialnya dengan menuduh Sanjeevan telah menembak dirinya sendiri yang mengakibatkannya koma selama 35 hari.

“Sebelum ini polis tidak dapat menangkap Yuktesvaran kerana dipercayai telah bersembunyi dan menyukarkan pihak polis untuk mengesannya,” ujarnya lapor Free Malaysia Today

 12:00PM - 14 Sep 2014

'Kakak Pendek' mati, leher dijerut sarung bantal

Seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun ditemui mati dengan bahagian leher dijerut sarung batal di rumah sewanya di Bandar Baru Ampang di Kuala Lumpur.

Polis percaya wanita yang dikenali sebagai 'Kakak Pendek' oleh jirannya, dibunuh empat hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang sudah membusuk ketika ditemui di bilik tidurnya di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan Wawasan di situ.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian baju tidur.

"Polis menerima panggilan dari jiran mangsa pada pukul 5.00 petang yang mengadu terhidu bau busuk. Sepasukan anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian dan memecah masuk ke rumah mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa mati akibat dijerut dan tiada kesan pecah masuk atau pergelutan di rumah itu, yang didiami bersama suaminya iaitu seorang warga Bangladesh.

Beliau berkata polis percaya mangsa mengenali pembunuhnya dan kini mencari suami wanita itu bagi membantu siasatan.

Polis hanya menemui buku akaun bank di bilik tidur sebagai rujukan pengenalan diri mangsa, katanya yang enggan mendedahkan identiti wanita itu.

Khairuldin juga berkata mangsa menetap di situ sejak dua tahun lepas dan suaminya bekerja sebagai pemandu lori di ibu kota.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu,  seorang penduduk Salina Kamarudin, 38, berkata dia mengenali mangsa sebagai 'Kakak Pendek' kerana fizikalnya yang rendah dan berkulit hitam manis.

Katanya, dia sering melihat mangsa berlegar di kawasan itu pada waktu pagi dan hanya sesekali menegur wanita berkenaan.

"Saya ada terserempak mangsa berjalan-jalan dengan suaminya namun saya tidak menegurnya, mangsa juga seorang yang pendiam," katanya.

- Bernama
 

Tiada ulasan: