Jumaat, 12 September 2014

PERUT DAN KUASA DAPAT DIJAGA JIKA MASIH HIDUP....DAH MATI ULAT AKAN TUNGGU PERUT ITU...MALAIKAT DALAM AKAN TANYA BAGAIMANA KUASA KITA GUNAKAN...DIAKHIRAT AKAN DIHISAB...SABIT SALAH MAKA NERAKA TEMPAT PALING AULA UNTUK MEREKA INI

Pemandu teksi mengaku tak bersalah cabul kanak-kanak 12 tahun
pada 12-09-2014 03:09 
Post Pic

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Jalan Bukit Teh, Machang Bubok di sini, pada 24 Ogos lalu.
Mohd Hilmi Noor, 53, membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Musyiri Peet dan minta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, Mohd Hilmi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap murid tahun enam itu dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Machang Bubok di sini, jam 5.30 petang pada 24 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ramlan. Sementara tertuduh diwakili, Zainal Akram Zainal Azhar.
12:32PM - 12 Sep 2014

Agong serah suratcara lantikan 15 hakim

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan Suratcara pelantikan kepada seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, tujuh Hakim Mahkamah Rayuan dan tujuh Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara, di Kuala Lumpur.
  
Hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Datuk Azahar Mohamed.
  
Tujuh yang menerima Suratcara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ialah Datuk Ahmadi Asnawi, Tan Sri Idrus Harun, Datuk Nallini a/p Pathmanathan, Dr Badariah Sahamid, Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Dr Prasad Sandosham Abraham.
  
Sementara tujuh yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi ialah Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, Teo Say Eng, Puan Rosilah Yop, Datuk Hashim Hamzah dan Datin Azizah Nawawi.
  
Turut hadir menyaksikan istiadat pengurniaan Suratcara pelantikan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.
  
Istiadat mengangkat sumpah jawatan tersebut diadakan di Dewan Singgahsana Kecil.
  
-Bernama





Isu GST: Anwar jawab Najib
  • Najib dan Anwar
1 / 1
PUTRAJAYA - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa dipersetujui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1992 itu jelas mengelirukan.

Ketua Pembangkang itu menegaskan pelaksanaan GST perlu memenuhi prasyarat tertentu terlebih dahulu serta dilakukan dengan telus dan cekap sebelum ia boleh diperkenalkan tahun depan.

"Dalam Parlimen, saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran serta mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

"Prasyarat ini tidak dipenuhi, sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan ketika saya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Rabu lalu, Najib berkata, Anwar semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1992 telah menyokong pelaksanaan sistem cukai itu di negara ini.

Jelas Najib, pelaksanaan GST telah disokong oleh Anwar ketika usul itu dibentangkan dalam bajet tahunan negara ketika itu.

Najib ketika membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu berkata GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

Jumaat, 12 September 2014

Tiada lagi perjuangan Umno, hanya perut dan kuasa, kata Nakhaie

Perjuangan Umno sudah korup dan tidak sama seperti dulu, kata bekas ahlinya, veteran politik Datuk Nakhaie Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider.Perjuangan Umno sudah korup dan tidak sama seperti dulu, kata bekas ahlinya, veteran politik Datuk Nakhaie Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider.
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti nasionalis Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing saja.
Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu setelah meninggalkan PAS pada 1989.
"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.

"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa. "Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, “Saya bukan Umno lagi” dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak.
"Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.
"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.
PAS kehilangan seorang pemikir apabila Nakhaie yang juga bekas naib presiden PAS meninggalkan parti itu 25 tahun lalu.
Antara jasanya dalam PAS ialah membentuk Chiness Consultatif Council (CCC) menghubungkan parti Islam itu dengan bukan Islam khasnya orang Cina.
Beliau bagaimanapun dikritik hebat susulan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986 selepas CCC ditubuhkan.
Nakhaie keluar PAS dan menyertai Umno selepas beberapa ideanya bertentangan dengan pemimpin PAS.

Beliau disambut baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi namun tidak dihiraukan selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi pemimpin utama Umno.
Beliau ditamatkan khidmat sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa.
Kini beliau adalah salah seorang naib yang dipertua Perkim di mana Dr Mahathir ialah yang dipertua Perkim.
Nakhaie berkata, perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza dengan generasi awal Umno dulu.
"Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenuhi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie.
Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara.
"Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban.
"Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya.
Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu.
Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno.
"Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama,  bangsa dan negara itu dengan penuh yakin.
"Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka.
"Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya.
Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi.
Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua.
“Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar,” katanya.
Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang.
"Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam.
"Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya.
Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap.

Tiada ulasan: