Ahad, 28 September 2014

EMAS HARUS DIPAKAI OLEH WANITA DAN HARAM BAGI LELAKI...BIAR WANITA RASA GEMBIRA/CERIA NI MUNGKIN BOLEH JUGA JADI TERAPI TETAPI BUKAN UNTUK DITUNJUKKAN IA MENJADI RIAK...UNTUK TUNJUK KEMEWAHAN...SEKARANG MEMANG BAHAYAKAN DIRI

LAKSANAKAN HUKUM ALLAH...PERMUDAHKAN PERKAHWINAN...IBUBAPA JANGAN LETAKAN HARGA LUAR KEMAMPUAN....MENUNJUK2 TAK DIBENARKAN OLEH SYARAK

Jangan buang bayi, serahkan kepada kami
  • Jangan buang bayi, serahkan kepada kami
1 / 2
JAM 2.30 pagi. Penggera di pusat pelindungan bayi, Yayasan OrphanCare, Petaling Jaya tiba-tiba berbunyi. Lampu terpasang dan penghawa dingin terus berfungsi serta merta dalam tempat pelindung bayi, atau baby hatch.

Tanpa pesanan, si kecil yang baharu berusia kurang seminggu ditinggalkan sendirian. Hanya tangisannya memecah hening pagi dan baby hatch menjadi tempat si kecil berlindung buat sementara waktu.

Bayi itu kemudian segera diselamatkan penjaga yang menetap di pusat perlindungan tersebut. Begitulah bermulanya kisah hidup bayi itu yang ditinggalkan tanpa identiti. Tidak diketahui siapa ibunya, siapa pula bapanya, di mana asal usulnya.

Identiti insan yang meletakkan bayi itu dalam ‘baby hatch’ juga tiada siapa yang tahu. Dengan peningkatan kes buang bayi yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini, ruang kecil baby hatch itu boleh memberikan harapan baharu kepada bayi yang lahir akibat keterlanjuran ibu bapa, atau lahir dalam keluarga yang terlalu miskin.

Menurut Pegawai Komunikasi Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah Fadzil, baby hatch atau pelindung bayi diwujudkan pada 29 Mei 2010 dengan tujuan mencegah pembuangan bayi.

“Kebanyakan mereka yang membuang bayi adalah yang kehilangan hala tuju dan terdesak kerana tiada sokongan dan bantuan,” katanya.

Mengikut perangkaan yayasan itu, sejak penubuhan baby hatch, hanya 11 bayi ditinggalkan di dalam baby hatch tanpa identiti, atau dengan kata lain, dibuang oleh ibu bapa.

“Kes pembuangan bayi masih berlaku, namun, jumlah bayi ditinggalkan di dalam baby hatch tidak ramai. Mungkin mereka tidak tahu atau takut ditangkap.

“Umum perlu tahu, kami di yayasan ini tidak menempatkan sebarang kamera litar tertutup di luar perkarangan pusat perlindungan. Kerana kami tidak mahu mendedahkan identiti mereka yang terlibat,” katanya.

Katanya, segala maklumat dirahsiakan dan tidak sesekali didedahkan, sama ada maklumat berkenaan ibu bapa angkat mahupun identiti si ibu kandung.

Tsunami pencetus idea baby hatch

Menurut Siti Naquiah, Yayasan OrphanCare juga bukan semata-mata menerima bayi yang ditinggalkan di dalam baby hatch, tetapi lebih penting lagi, pusat itu memberi sesi kaunseling kepada wanita mengandung anak luar nikah yang datang meminta pertolongan dan nasihat.

Namun, katanya, ada juga wanita hamil yang datang ke yayasan itu untuk mendapatkan kaunseling membuat keputusan untuk tetap menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkat selepas kelahiran.

Sehingga kini, seramai 103 bayi, termasuk bayi yang ditinggalkan dalam baby hatch diserahkan kepada keluarga angkat, manakala jumlah bayi yang diambil semula oleh ibu kandung selepas kaunseling adalah 63 orang.

Menurut Siti Naquiah, Yayasan OrphanCare menyediakan borang di baby hatch untuk diisi, tetapi kebiasaannya ia tidak diisi atau maklumat yang diberikan tidak lengkap.

"Rata-rata wanita yang terlibat dalam kes mengandung luar nikah pula dalam lingkungan umur antara 18 hingga 24 tahun terdiri daripada pelbagai kaum, dan bukan semua yang terbabit adalah warganegara," katanya.

Yayasan itu kini turut mempunyai 3,758 orang berdaftar sebagai bakal ibu bapa angkat, dan seramai 693 berada dalam senarai menunggu.

Sementara itu, menceritakan idea penubuhan Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah pusat itu wujud setelah melihat penderitaan anak-anak yatim yang kehilangan keluarga akibat bencana tsunami di Acheh, Indonesia.

Impian membantu anak yatim memiliki sebuah keluarga sempurna akhirnya membawa kepada penubuhan Yayasan OrphanCare pada 2009 di bawah naungan Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, dengan slogan ‘Setiap anak memerlukan keluarga’.

Misi mereka adalah menempatkan anak-anak yatim dalam sebuah keluarga bahagia memandangkan rumah kebajikan tidak mampu menggantikan suasana kekeluargaan.

Baby hatch bukan galak hamil luar nikah

Baby hatch bukan diwujudkan untuk menggalakkan wanita hamil anak luar nikah tetapi untuk membantu ibu dan bayi mendapat perlindungan supaya wanita yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan tidak melakukan tindakan di luar kewarasan seperti membuang bayi.

Eksekutif Pengurusan Yayasan OrphanCare, Zulkifli Mohd Aris berkata, kes pembuangan bayi tidak berlaku hanya selepas kewujudan badan bukan kerajaan seperti Yayasan OrphanCare, tetapi ia terjadi sejak berpuluh tahun dahulu.

“Kami wujud untuk membantu seperti membawa ke hospital dan mendapatkan rawatan, memberi panduan dan kaunseling. Kami mahu mereka buat keputusan terbaik. Alhamdulillah jika mereka bersedia menjaga sendiri anak itu.

“Tetapi jika sebaliknya, kami akan bantu mencari ibu bapa angkat terbaik untuk bayi tersebut,” katanya menjawab tohmahan sesetengah pihak bahawa kewujudan baby hatch hanya akan menggalakkan seks bebas dan kehamilan luar nikah.

Menurut Zulkifli, sebagai langkah awal pencegahan, Yayasan OrphanCare turut mengadakan seminar dan program kesedaran ke seluruh negara.

“Kami akan lancarkan Program Pencegahan Jenayah Sekata, Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita, yang akan bermula akhir bulan ini. Golongan sasar merupakan remaja berumur 18 tahun ke atas dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

“Bagaimanapun ibu bapa tetap memainkan peranan untuk memantau pergerakan anak-anak selain masyarakat juga harus mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.

Trivia

Baby Hatch (pelindung bayi) pertama dirasmikan pada 29 Mei 2010. Pejabat operasi di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor. Mempunyai dua lagi cawangan di Kota Bharu dan Johor Bahru

Prosedur pengambilan anak angkat baby hatch

1.    Bakal ibu bapa angkat perlu membuat permohonan kepada Yayasan OrphanCare
2.    Penilaian dan temu duga akan dijalankan
3.    Bakal ibu bapa angkat akan ditapis
4.    Sebaik yayasan menerima bayi yang ditinggalkan dalam baby hatch, laporan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibuat dalam tempoh 24 jam.
5.    Bayi dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
6.    Bakal ibu bapa angkat akan dihubungi memaklumkan mengenai bayi yang bakal mereka terima.
7.    Urusan dokumentasi dijalankan termasuk urusan mahkamah.
8.    Sekiranya semua urusan berjalan lancar, bayi terus diserahkan kepada ibu bapa angkat (tempoh bergantung kepada urusan rawatan, dokumentasi dan kelulusan mahkamah).

Kriteria pemberian anak angkat di OrphanCare

1.    Pendapatan isi rumah.
2.    Keutamaan kepada pasangan yang tiada anak selepas 5 tahun berkahwin.
3.    Seluruh keluarga besar menerima anak yang diangkatkan itu.
4.    Lain-lain faktor seperti ekonomi, kesihatan, dan usia perkahwinan.

Peragut Taksub Gelang Emas Kelar Tangan Wanita



Pasir Puteh - Baru-baru ini tersebar beberapa gambar di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar seorang wanita yang telah kehilangan tangan sebelah kanannya akibat di kelar oleh peragut.

Menurut deskripsi gambar tersebut, kejadian telah berlaku berdekatan stesen minyak Petron di Pasir Puteh, Kelantan. Kejadian dikatakan terjadi pada 27 September, 2 petang. Menurut sumber, mangsa adalah seorang pemilik kedai telur.



Selain itu, dinyatakan juga tangan wanita itu telah di tetak kerana peragut tersebut ingin mengambil gelang emas ditangan mangsa.

Memang gila betul perangai peragut nih. Tak ada perasaan belas kasihan langsung. Diharap pihak berkuasa berjaya menangkap si bangsat ini!



Kami memohon agar semua berhati-hati terutamanya bagi kaum wanita. Jika boleh, kurangkan membawa barangan yang boleh menarik perhatian peragut seperti barang kemas dan seumpamanya.

Sebolehnya, ketika berjalan di kawasan yang terdedah, pastikan anda tidak berjalan keseorangan. Lagi elok kalau yang temankan anda adalah seorang lelaki. - SiakapKeli.com

Tips Elak Diragut
1.    Jika berjalan kaki ikut arus kenderaan yang bertentangan supaya boleh nampak jika ada sebarang keadaaan yang mencurigakan.
2.    Rapatkan beg ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan sekali gus menunjukkan tanda dalam keadaan berhati-hati.
3.    Bawa dompet kecil yang diletakkan di dalam kocek ketika keluar berjalan-jalan.
4.    Usah letak dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.
5.    Elak pakai barang kemas yang boleh dilihat dengan jelas oleh peragut.
6.    Tidak sesuai diletakkan beg tangan dalam bakul motosikal.



Hasnul: Saya sedia tanding atas tiket DAP
  • Hasnul Baharuddin Hasnul Baharuddin
1 / 1
PETALING JAYA - Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP.

Berucap dalam sebuah majlis semalam, Hasnul menegaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh pimpinan Pas Pusat.

"Segala kemungkinan yang saya kira akan saya hadapi, saya bersedia...

“... tak kisah, saya tak jadi calon Pas pun tak apa, saya boleh jadi calon DAP,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam anjuran DAP di sini, semalam.

Pada 14 Ogos lalu, seluruh pimpinan Pas digemparkan dengan penglibatan dua ahli Pas, Hasnul dan Saari Sungib yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Tindakan dua Adun tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kedua Adun, Hasnul dan Saari kini berdepan dengan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan terhadap mereka kerana didakwa membuat keputusan dengan membelakangkan parti Pas.

Jelas Hasnul, tindakan yang diambilnya itu membuktikan bahawa beliau tidak mengejar jawatan dalam parti semata-mata namun ia jelas dilakukan demi kepentingan bersama antara parti dalam PR.

Beliau dalam pada itu menyeru kesemua pimpinan PKR, DAP dan Pas meneruskan kepimpinan PR dalam usaha memelihara keamanan di negara ini.

“Kita (Pas, PKR, dan DAP) mesti teruskan (hubungan) bersama Pakatan Rakyat kerana kita tidak mempunyai pilihan lain untuk menumbangkan Umno dan BN. Formula sokongan ketiga parti ini amat penting, kerana  ia dapat mewujudkan suasana harmoni dan penuh keadilan antara kaum di negara ini,” tegasnya.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung salah lakunya, Hasnul menjelaskan, beliau dan Saari akan dipanggil oleh pimpinan Pas Pusat untuk tindakan lanjut menjelang minggu hadapan.

DALAM ISLAM JIKA DAH JADI TAKDIR/DAH BERLAKU TAK DE KALAU2 LAGI

Kalau bukan kerana mereka, Khalid mungkin masih MB
  • Penasihat DAP, Lim Kit Siang (tengah) bersama Adun Morib, Hasnul Baharudin dan Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib. - Foto Sinar Harian Online Oleh FATHIN ATHIRAH HASLI Penasihat DAP, Lim Kit Siang (tengah) bersama Adun Morib, Hasnul Baharudin dan Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib. - Foto Sinar Harian Online Oleh FATHIN ATHIRAH HASLI
1 / 1
PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.

Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat.

Turut hadir dalan majlis tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Adun Morib,  Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib.

SAPE YANG SOMBONG....ATAU DUA2 MEMANG SOMBONG....SAPE MULAKAN...MUNGKIN DUA2 MULAKAN....TIADA SEMANGAT PAKATAN....SAPE MULAKAN....IDEALOGI BERBEZA SEJAK BERGABUNG DAH TAHU...KENAPA NAK PERSOALKAN LAGI....AGAK SAPE TAK TAHU POLITIK....DAN SAPE TAK NGERTI BERKAWAN/BERPAKAT


11:46AM - 28 Sep 2014

Iszuree: K'jaan PP sombong, tak demokratik


Kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara dilihat membelakangkan prinsip itu apabila mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan semua peruntukannya.

Tindakan kerajaan negeri itu berikutan ucapan dasar Iszuree pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 berlangsung di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sebelum ini mendesak Anggota Parlimen Temerloh daripada PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memohon maaf berhubung kenyataannya dalam isu projek terowong dasar laut, dilihat mengambil langkah lebih drastik terhadap Iszuree berikutan tindakan sama menegur kerajaan negeri itu.

Iszuree ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima surat daripada MPPP berhubung perkara itu dan beliau menyerahkan kepada parti PAS kerana beliau dilantik sebagai anggota majlis oleh parti.

"Saya serahkan (perkara ini) pada parti untuk menentukannya. Saya ahli majlis yang dilantik oleh parti dan saya juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri. Pada masa sama, saya juga merujuk kepada peguam saya nak tengok ada kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan buat saman malu," katanya.

Iszuree menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan sebuah kerajaan negeri dan pemimpin yang dahulunya memperjuangkan kebebasan bersuara.

"Saya bercakap atas keprihatinan rakyat tanpa mengira kaum. Tapi Malaysia Kini telah 'misquoted' kata saya mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri.

Hasil daripada laporan Malaysia Kini, beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas mempertikai apa yang saya ucapkan.

"Kerajaan negeri pula tanpa mendapat penjelasan saya dan berpandukan laporan Malaysia Kini telah mengambil keputusan semalam menggantung saya serta-merta, umpama memecat saya. Ini amat sedih bila kita tegur, terus diambil tindakan.

"Saya rasa ini cukup tidak demokratik dan hala tuju kerajaan negeri DAP cakap tak serupa bikin, hanya gimik sahaja," katanya.

Beliau berkata teks ucapannya pada muktamar itu turut diserahkan kepada ketua menteri, bagaimanapun kerajaan negeri tetap memecat beliau.

Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam majlis berasingan enggan mengulas perkara itu.

Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.

- Bernama
TIBAI ORANG BOLEH....KENA TIBAI TAK BOLEH...TAPI SEMUA TIBAI-MENIBAI....YANG UNTUNG MUSUH....AGAK2 SAPE YANG JAHIL...INGAT SAPE...YANG WAR2KAN TAK PELAHAP JAWATAN....BROKER DAN BARUA...

Sunday, 28 September 2014

DUA ADUN PAS YANG DITUDUH SEBAGAI PENGKHIANAT PARTI SUDAH DIJULANG SEBAGAI PENYELAMAT DAN WIRA PAKATAN RAKYAT OLEH DAP.



Dua ADUN yang dilabel sebagai pengkhianat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan apabila tampil pada majlis makan malam mengutip derma anjuran DAP.

Kedua-dua mereka - Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin - diberi penghormatan dan duduk bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sementara beberapa pemimpin lain menganggap mereka sebagai 'penyelamat' kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor daripada tumbang.

Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.

"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.

Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat.
WALLAHU'ALAM
PAS JUGA BERASAL DARI UMNO - Pengarah Pilihanraya PAS

Tiada ulasan: