Rabu, 24 September 2014

KIRA SERI LAH...BILA KITA TAK BEKERJASAMA SATU KETIKA...SATU KETIKA GILIRAN KITA PULA...BILA PAKATAN/KERJASAMA ADA SANGKA BURUK ANTARA SATU DENGAN LAIN...YANG UNTUNG MUSUH

Ada penjawat awam tak sedar langgar etika kerja
  • Gambar Hiasan Gambar Hiasan
1 / 1
BESUT - Terdapat anggota perkhidmatan awam yang tidak menyedari perkara-perkara yang mereka dilakukan ketika seharian berkerja itu kadangkala bertentangan dengan integriti mereka sebagai seorang penjawat awam.

Penolong Pengarah Kanan Sektor Awam Institut Integriti Malaysia(IIM) Roziah Harun berkata perkara yang mereka lakukan semasa bekerja nampak seperti perkara biasa tetapi sebenarnya ia merupakan satu masalah disiplin dan bertentangan dengan nilai dan etika anggota perkhidmatan awam.

Katanya antara perkara-perkara berkenaan termasuk rehat tanpa mengira waktu dengan mengambil masa yang panjang, ponteng kerja, mengetik kad perakam bagi pihak orang lain dan menyalah guna harta kerajaan untuk diri sendiri.

“Selain itu kakitangan yang kerja seumpama melepas batuk ditangga, cuti sesuka hati dengan berpura-pura sakit dan merokok di premis-premis larangan juga melanggar integriti perkhidmatan awam yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentang kerjanya di Seminar Integriti Warga Pendidik yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) Besut di sini hari ini.

Justeru katanya anggota perhidmatan awam perlu menyedari dan mengambil tahu budaya kerja berintegriti dalam kalangan mereka agar ciri-ciri negatif semasa bekerja dapat dihindarkan bagi mengelakkan kerugian kepada semua pihak.

Katanya penjawat awam perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan untuk kepentingan umum dengan tidak menyalah gunakannya untuk kepentingan  iri sebaliknya keutamaan patut diberikan kepada kepentingan awam.

“Nilai teras seperti amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan sentiasa bersyukur sepatutnya dijadikan sebagai budaya ketika kita bekerja," katanya.  

Minggu Integriti IPGSM itu berlangsung selama empat hari dengan pelbagai program diadakan termasuk Pertandingan Integriti khusus untuk Murid Prasekolah IPGKSM,  Pertandingan Klip Video, Pertandingan Fotografi, Program Eksplorasi, Seminar Integriti dan Pertandingan Pidato Integriti serta pameran yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan, yang turut disertai para pensyarah, kakitangan serta guru pelatih. - Bernama

Mahkamah Menjatuhkan Hukuman 80 Tahun Penjara Dan 20 Sebatan Ke Atas Seorang Lelaki

Mahkamah Menjatuhkan Hukuman 80 Tahun Penjara Dan 20 Sebatan Ke Atas Seorang Lelaki
KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 20 sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya selama enam tahun.
Yohanes Kopong,40, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Egusra Ali dengan melakukan kesalahan itu sejak 2009 ketika anak saudaranya berusia sembilan tahun.
Mangsa kini berumur 14 tahun dan sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki tersebut.
Hakim Egusra menjatuhkan hukuman ke atas lelaki Indonesia itu dengan lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, 10 tahun (pertuduhan kedua), 12 tahun (pertuduhan ketiga), 14 tahun (keempat), 16 tahun (kelima), dan 20 tahun serta 10 kali sebatan untuk kiraan terakhir.
Hukuman itu dijalankan secara serentak.
Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji, Yohanes adalah abang kepada bapa mangsa tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mangsa di sebuah ladang di hilir Kinabatangan dan bertanggungjawab menjaga mangsa dan adik-beradiknya.
Walau bagaimanapun, dia mula mencabul ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja dan kemudiannya merogol  beberapa kali sehingga tahun ini.
Tertuduh juga telah memaksa mangsa untuk melakukan seks oral kepadanya, memberi minuman yang dicampur dengan dadah dan menonton video lucah sebelum merogolnya.
Dia terus tinggal bersama keluarga ini walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai buruh dan mengancam untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika mendedahkan perkara ini kepada sesiapa atau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.
Bagaimana pun nasib malang mangsa akhirnya terbongkar pada 29 Ogos lalu apabila ibunya melihat perubahan badan mangsa dan mereka membuat laporan polis pada 3 September lalu, lapor mStar.
sumber





Wednesday, 24 September 2014

OLD TOWN WHITE COFFEE SETELAH KENA BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI TARIK BALIK IKLAN DISKRIMINASI.




Selepas dikecam kerana mengeluarkan iklan yang bersifat diskriminasi terhadap kaum India, restoran Old Town White Coffee memohon maaf dan menarik balik iklan jawatan kosong tersebut.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di laman Facebooknya malam tadi, pengurusan atasan syarikat itu mendakwa ia tidak mengetahui tentang kandungan notis jawatan kosong  yang dibuat untuk restoran baru mereka di Austin Heights, Johor Baru.

"Bagi pihak francaisi, pengurusan Old Town White Coffee dengan ikhlas memohon maaf atas kandungan Notis Perekrutan yang tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan itu.

"Sebagai jenama tempatan negara ini, kami hargai semua orang sama dan tidak pernah menjadi hasrat kami atau hasrat francaisi untuk membuat sesiapa tersinggung atau terasa hati dengan apa cara sekalipun," kata kenyataan itu.

Gambar iklan kerja itu dikongsi melalui laman sosial Twitter pada 20 September 20, mengatakan ia lebih mengutamakan permohonan kaum Melayu dan Cina.

Memupuk perpaduan selama bertahun-tahun hingga masyarakat mampu hidup harmoni tak mudah tapi senang-senang saja sesetengah pihak mahu menghancurkannya dengan mengamalkan sikap rasis biar pun secara halus.

Sebagai contoh adalah iklan kerja yang awal-awal menggariskan peraturan cuma menerima kaum tertentu untuk diambil.

Ini boleh menyakitkan hati kaum tertentu dan menimbulkan perasaan dendam terhadap bangsa lain.

Tak hairanlah, mereka yang cintakan perpaduan dan menyedari perkara ini telah berkongsi iklan Kopitiam Old Town White Coffee di laman sosial agar pihak berkenaan berhenti melakukan perkara seperti ini.

Dalam iklan temuduga terbuka untuk mengisi kekosongan pekerja di cawangan baru di Taman Austin Johor Bahru, tertulis bahawa keutamaan individu yang datang meminta kerja adalah Melayu dan Cina sahaja.

Agaknya apa masalah mereka kalau kaum lain bekerja di situ? Apakah cuma dua bangsa ini sahaja yang datang makan minum di kopitiam tersebut.

Fesyen lawan syariat

Oleh Siti Fatimah Hassan
Gombak: Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PWISI) menyelar budaya songsang yang dicetuskan kumpulan tertentu dalam menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang boleh mengundang kekeliruan dan salah faham serta bercanggah dengan tuntutan syarak dalam kalangan wanita Islam.
Fesyen terbabit yang menjadi ikutan di Indonesia mula diharamkan di negara berkenaan selepas Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah, tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat. Golongan itu mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala, tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

Pengerusi Piswi, Prof Datuk Seri Dr Zaleha yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, biarpun perkembangan wanita berhijab di Malaysia ketika ini menunjukkan perubahan positif, namun ramai dalam kalangan wanita Muslimah terikut-ikut dengan kepelbagaian fesyen yang tidak mengikut etika berpakaian sebenar ditetapkan syariat Islam.
FotoFESYEN semakin menjadi ikutan sesetengah golongan muda.

Katanya, keghairahan wanita muslimah berhijab mengikut trend semasa dilihat mudah diambil kesempatan oleh segelintir pihak yang tidak memahami cara berpakaian wanita Islam, sekali gus menghasilkan fesyen yang tidak kena untuk digayakan mereka.
Pas khianat: Salehen hanya beri alasan
  • Anthony Loke Anthony Loke
1 / 1
PUTRAJAYA - Kenyataan bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi yang menyifatkan Setiausaha Agung DAP sebagai tidak memahami Undang-undang Tubuh Negeri didakwa hanya satu alasan yang diluahkan oleh pemimpin Pas itu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan, sebagai seorang ketua menteri, sudah tentu Lim Guan Eng sangat memahami Perlembagaan Negeri dan Persekutuan itu lebih-lebih lagi soal Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Guan Eng ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, tentunya dia faham Undang-undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Negeri serta Persekutuan.

"Saya rasa ia hanya satu alasan yang digunakan Salehin," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.

Semalam, bekas Exco Selangor itu membidas Guan Eng kerana tuduhan itu sedangkan empat wakil Pas itu bekerja untuk mempertahankan PR di Selangor.

Isu itu timbul selepas empat Exco dari Pas itu tidak menyokong rakan exco DAP dan PKR lain yang dipecat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

As-Syahid Ust Lotfi Ariffin....

LikeLike · ·




Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.



baca,faham n share !!

HADIS KEEMPAT DARI HADIS 40 SUSUNAN IMAM NAWAWI

 




عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):


Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).
Kefahaman Hadis :
1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :


Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :


Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan. Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).


3) Menggugurkan Janin :

Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah


Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:


Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran. Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi -
rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebalinya.
Pengarah Studio Astro Awani maut nahas
KUALA LUMPUR - Pengarah Studio Astro Awani, Ilancheliyan Adaikalam, 49, maut dalam satu nahas jalan raya di Bulatan Segambut di sini, semalam.
 
Dalam insiden pukul 1.36 tengah hari itu, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah digilis sebuah treler.
 
Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S.Markandan berkata, motosikal yang ditunggang Ilancheliyan dipercayai bergesel dengan treler terbabit menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya.
 
"Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja manakala treler itu dalam perjalanan dari pusat bandar menuju Selayang," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Tiada ulasan: