Rabu, 3 September 2014

MARI KITA FIKIR AGAMA...KITA FIKIR AKHIRAT...KITA FIKIR SYURGA....JAUHKAN MENGAMAL PERBUATAN2 AHLI NERAKA










6 TIKET VIP KE SYURGA YANG HARUS KITA MILIKI

Posted on
Terdapat enam ‘tiket’ ke syurga yang perlu kita rebutkan. ‘Tiket’ ini bukan sembarangan, bukan biasa-biasa. Kelasnya VIP kerana mendapat jaminan daripada kekasih Pencipta syurga, Nabi Muhammad SAW.
Baginda SAW memberikan jaminan enam ‘tiket’ syurga bagi sesiapa yang melaksanakannya. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Jaminlah untukku enam perkara darimu, aku jamin syurga untukmu. Bercakap benar apabila berbicara, menepati janji tatkala berjanji, melaksanakan amanah andai diberi, peliharalah kemaluanmu, tundukkanlah pandangan matamu dan tahanlah tanganmu.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Baihaqi).
6 TIKET VIP KE SYURGA

Apakah 6 tiket VIP ke Syurga tersebut?

1) Bercakap Benar- Bukan sekadar berani berkata benar, tetapi memastikan maklumat yang disampaikan daripada sumber yang tepat lebih jauh pentingnya. Malah tidak memanjangkan cerita daripada sumber yang meragukan dan tidak menyembunyikan kebenaran demi kepentingan sendiri, itu termasuk dalam kategori bercakap benar.
Rasulullah SAW mengingatkan:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2) Menepati Janji- Tepatilah apa yang telah dijanjikan biarpun terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Sebab itu, tidak mudah sebenarnya untuk mengatakan ‘ya’ pada sesuatu yang sukar ditunaikan. Ingat, orang yang tidak menepati janji ini termasuk dalam kategori munafik. Maka, berhati-hatilah ketika berjanji.
3) Melaksanakan Amanah- Amanah juga dianggap sebagai jujur. Andai diberi kuasa, gunakan kuasa tersebut dengan amanah. Tidak kira yang salah itu teman rapat ataupun tidak, yang salah tetap salah dan perlu dihukum. Begitu juga apabila kita ingin meminjam motor sahabat misalnya, pastikan kita meminta keizinan sahabat terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Rasulullah memberi amaran:
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga. Apabila berkata, ia berdusta. Apabila berjanji, ia ingkari dan apabila dipercayai, ia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
4) Memelihara Kemaluan- Memelihara kemaluan bermaksud memelihara diri daripada mendekati zina. Perzinaan bukan sahaja menjauhi perzinaan yang berlainan jantina, sesama jantina juga perlu dielakkan. Budaya couple, adik angkat atau abang angkat, sms yang berbaur lucah dan berkongsi gambar yang membuka aurat, semuanya ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah perzinaan.
5) Menundukkan Pandangan- Menundukkan pandangan bukanlah tidak boleh memandang apa-apa, tetapi memelihara mata daripada melihat sesuatu yang membangkitkan syahwat. Peliharalah mata, In Shaa Allah terpelihara syahwat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Pandangan ialah panah daripada panah-panah iblis yang beracun, maka sesiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya ganjaran kemanisan iman dalam hatinya.” (Riwayat al-Hakim).
6) Menahan Tangan- Peliharalah tangan dan kelakuan kita daripada menyakiti orang lain. Tidak kira sama ada memukul, mencuri, mengambil hak orang lain, menekan butang like atau share pada status yang mengaibkan seseorang di media sosial, merosakkan harta awam dan vandalisme merupakan perbuatan yang ditegah oleh Islam. Gunakan nikmat tangan dan tenaga kita ke arah ketaatan kepada Allah SWT.
Wallahuaklam.
Rujukan- Gen-Q 35:25 (6 TIKET VIP KE SYURGA YANG HARUS KITA MILIKI).

JALAN PINTAS KE SYURGA

Posted on
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu lakukan akan berkasih-sayang? Sebarkanlah salam antara kamu.” (Riwayat Muslim).
Ada sesiapa yang tidak mahu ke Syurga? Mustahil ada. Pastinya semua makhluk mengidamkan menjadi ahli syurga. Oleh itu, hadis ini memberi gambaran kepada kita berkenaan sifat bakal penghuni syurga.
Justeru, Nabi s.a.w. menyenaraikan ciri-ciri ahli syurga:
1) Beriman kepada Allah.
2) Berkasih sayang.
3) Memberi dan menjawab salam.
Rasa-rasanya mudah atau tidak untuk memastikan tiga-tiga ciri ini disematkan dalam diri? Hakikatnya mudah bagi sesiapa yang mengimpikan menjadi ahli syurga. Apa tidaknya, tanpa memerlukan modal, kita mampu ke syurga. Now everyone can fly to jannah!
Jalan Pintas ke Syurga
Dengan sentiasa menyebarkan salam, maka tumbuhlah putik-putik bunga kasih sayang di hati-hati manusia. Seterusnya mekarkan bunga kasih sayang ini dengan ukhuwah. Akhirnya, terhasilah kemanisan madu iman daripada Allah. Dengan keimanan itulah yang membawa kita ke syurga-Nya.
Sumber: Gen-Q 36:10 (Jalan Pintas ke Syurga).

CARA MENGUBAT JIWA YANG KOSONG

Posted on
Jiwa kita kosong sekiranya tujuan hidup masih belum jelas.  Persoalan-persoalan seperti dari mana aku datang, siapa yang menciptakan aku, untuk apa aku diciptakan, ke mana aku selepas dunia musnah, perlu selalu ditanya kepada diri supaya dapat hidup di dunia dengan agenda yang teratur dan bermatlamat.
CARA MENGUBAT JIWA YANG KOSONG
Apakah ubat jiwa dan bagaimana menggunakannya?
Islam mengesyorkan perkara-perkara berikut sebagai ubat kepada jiwa manusia yang kosong dan sakit:
1) Membaca al-Quran
  • Menjadikan al-Quran sebagai ubat motivasi.
  • Terapkan ajaran al-Quran dalam realiti kehidupan.
  • Ambil ilmu daripada al-Quran dan mengamalkannya.
  • Berusaha disiplinkan diri mengkhatamkan bacaan al-Quran paling kurang 3 bulan sekali.
2) Qiamullail
  • Mulakan dengan yang sedikit. Yang penting dapat melakukan qiamullail secara istiqamah.
  • Bangun malam sebulan sekali, kemudian latih untuk bangun malam seminggu sekali pula.
  • Kejutkan orang lain untuk qiamullail bersama.
3) Istighfar
  • Baca perlahan-lahan untuk menghayati makna yang dilafazkan.
  • Maksud bacaan istighfar: “Aku mohon keampunan-Mu, tiada Tuhan kecuali Engkau yang sentiasa hidup dan sentiasa waspada (jaga). Ya Allah, aku bertaubat kepada-Mu.”
  • Hitung bacaam istighfar 10 kali, 70 kali ataupun 100 kali setiap kali selesai solat.
4) Mengingati mati
  • Tubuh terbujur kaku, manusia menangisi pemergian, harta dan pangkat tidak boleh di bawa bersama.  Apakah amalan yang hendak dipersembahkan? Jangan terkurang dos pengambilannya dalam sehari.
5) Menangis dan mengadu
  • Tiasa siapa yang lebih kuat melainkan Allah, tempat memohon kekuatan.
  • Semoga dengan pengaduan kepada Rab, segera menyembuhkan penyakit jiwa.
  • Hadis Nabi s.a.w. maksudnya: “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i).
Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat kita amal dan sampaikan.
Wallhuaklam.
Rujukan: Gen-Q 09: 62-63 (CARA MENGUBAT JIWA YANG KOSONG).

UCAPAN TAKZIAH DALAM ISLAM CARA RASULULLAH

Ucapan takziah dalam Islam kebiasaannya diamalkan oleh masyarakat kita dengan menyebut “takziah” kepada seseorang yang ditimpa musibah. Adakah Rasulullah juga mengucapkan takziah?
Ya. Rasulullah juga mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah. Cuma ungkapan takziah tersebut tidaklah hanya disebut seperti kebiasaan masyarakat kita menyebut seperti ungkapan, “Saya mengucapkan takziah kepada kamu.”
Sewajarnya kita belajar cara mengucapkan takziah yang betul seperti yang diajar oleh Rasulullah.
UCAPAN-TAKZIAH-DALAM-ISLAM
Imam Nawawi menyatakan dalam kitabnya Al-Azhar bahawa ucapan takziah yang boleh disebut oleh seorang Muslim kepada Muslim yang ditimpa musibah kematian adalah seperti berikut:
“Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepadamu dan memperelok perkabunganmu serta mengampunkan dosa mayat ahli keluargamu.”
Wallahuaklam.
Rujukan: Al-Ustaz 26:107 (UCAPAN TAKZIAH DALAM ISLAM CARA RASULULLAH).

10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN

Posted on Berikut adalah 10 amalan yang kita boleh amalkan sebagai perisai diri daripada menjadi mangsa tipu daya dajjal dan fitnah dajjal akhir zaman ini.
1) Banyak berdoa- “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon agar dijauhkan daripada fitnah dajjal.”
2) Jangan sesekali meninggalkan solat fardu lima waktu kerana solat dapat menjauhkan segala kemaksiatan. Ia nampak remeh tetapi inilah selalunya yang diabaikan oleh masyarakat.
3) Banyakkan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran kerana ia benteng segala kemungkaran.
4) Berpegang teguh dengan al-Quran dalam kehidupan.
5) Jauhi perbuatan yang boleh menyebabkan hati mati seperti:
  • Membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil hingga lupa untuk bertaubat
  • Menjadikan maksiat sebagai cara hidup
  • Bersahabat dengan golongan yang membenci Islam
  • Menjauhi para ulama
  • Bercakap perkara yang sia-sia
  • Terlalu cintakan dunia hingga melupakan akhirat.
6) Banyakkan berzikir tanpa mengira masa dan tempat.
10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJJAL AKHRI ZAMAN
7) Banyak mengingati mati.
8) Jadikan masjid dan surau sebagai ‘rumah kedua’.
9) Hiasi malam dengan qiamullail.
10) Sebarkan manfaat kepada orang lain sama ada dengan ilmu, sedekah, pertolongan dan sebagainya.
Wallahuaklam.
Rujukan: Al-Ustaz 26:31 (10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN).

KETAHUI 10 JANJI ALLAH KEPADA MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN

Posted on

APABILA seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
KETAHUI 10 JANJI ALLAH KEPADA MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
Sumber: amekaw. com

CARILAH KEBAHAGIAAN MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Posted on

Pelbagai pengertian bagi istilah “bahagia”. Lain orang lain definisinya. Namun bahagia yang bagaimana yang seperlunya manusia ada untuk kehidupan di dunia dan akhirat?

CARILAH-KEBAHAGIAAN-MENURUT-AL-QURAN-DAN-SUNNAH
Bagi umat Islam, suatu panduan telah direncana oleh Allah SWT iaitu di dalam Al Quran dan pada Sunnah Rasulullah S.A.W bagi mencari erti kebahagiaan dan mendapatkannya, iaitu seperti di bawah :
1. Banyak mengingati Allah – Firman Allah “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28).
2. Beramal soleh dan beriman – Firman Allah “Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan dia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97).
3. Berbuat baik dengan tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia. Berharaplah hanya kepada keredaan Allah. -Firman Allah “Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9).
Wallahuaklam.
Sumber: JAKIM

PANDUAN BERSETUBUH SUAMI ISTERI MENGIKUT ISLAM

Posted on Berikut adalah di antara cara-cara yang dibolehkan Islam dalam hubungan suami isteri:
MEMUJUK RAYU SERTA BERCUMBU- CUMBUAN :
Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.
TIDAK BERBOGEL :
Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.
- Hadits Riwayat Tabrani.
DI LARANG MENYETUBUHI DUBUR :
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
- Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.
DOA SEBELUM BERSETUBUH :
doa-sebelum-bersetubuh
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.
Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata :
Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya.
- Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.
HAMPIR KELUAR MANI :
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini :
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا
Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.
PUTUS DITENGAH JALAN :
Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).
- Hadits Riwayat Ibnu Addi.
MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENONGGENG) :
Dari Jabir b. Abdulah berkata :
Bahwa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata: Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian :
“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai.”
- Surah Al Baqarah – ayat 223.
Keterangan:
Suami diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).
KELEBIHAN BERSETUBUH :
Berikut adalah cara bersetubuh yang mendapat keberkatan apabila kita melakukannya :-Rasulullah s.a.w. bersabda :
“…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.
Para sahabat bertanya :
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab :
Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.
- Hadits Riwayat Muslim.
MENGULANGI PERSETUBUHAN :
Apabila diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat Baihaqi.
HAID :
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.
Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”.
Oleh kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.
Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya.
- Surah Al Baqarah – ayat 222.
*Jangan mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.
ISTERI YANG TIDAK BOLEH DI SETUBUHI OLEH SUAMI :
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata :
Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.
‘Aisyah menjawab:
Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
Wallahuaklam.
Sumber: http://amalandunia.blogspot.com/2014/03/panduan-cara-cara-bersetubuh-suami. html

Tiada ulasan: