Isnin, 15 September 2014

APA ORANG KATA....APA ORANG KOMEN BIARLAH...MEREKA PUN PEGANG SENJATA PUN TAK PERNAH...BUKAN MEREKA TENTUKAN SYAHID ATAU TIDAK...MENENTUKAN NERAKA SERTA SYURGA...MEREKA PUN TAK TAHU MASUK SYURGA ATAU NERAKA...MEREKA TAK KEMANA PUN...DUDUK PEJABAT/RUMAH BERHAWA DINGIN...HIDUP BERSUKA RIA...ADAKAH MEREKA BERANI UNTUK PERTAHAN AGAMA ALLAH HINGGA TERKORBAN ATAU SEKURANG2 MENINGGAL ANAK BINI DAN KEKAYAAN...MEREKA KAKI SEMBANG AJER































PenMerah [dot] com added 3 new photos — with Peronda Pasarmalam and 7 others.
Innalilah wa inna illahi rajiun. ..
Perginya sudah seorang mujahideen yang saya hormati dikalangan mujahideen yang berada di syria...adab beliau membuktikan beliau seorang islam yang disegani. ..perjuangan beliau bersama ajnad al syam kemudian bersama Jabhat Al Nusrah. ...
Semoga Allah menerima syahid mu Ustaz...
Dunia sementara akhirat selamanya. ...

Daripada al fadhil Ustaz Mokhtar Senik..
Setelah as-syahid Ustaz Lotfi Ariffin pergi, ana boleh bercerita.....
As syahid datang dengan ust Dr Abu Bakar Abdullah selaku pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP ke pejabat ana akhir tahun lepas.
Beliau round negeri-negeri untuk menghantar sumbangan mangsa banjir bagi pihak Dewan Ulama PAS Pusat.
Dalam kesempatan itu kami bertemu dalam bilik pejabat ana.
"Ustaz.. ana nak minta pandangan ust, apa maknanya.. ana mimpi tiga kali minum air dari sungai yang rasanya madu. Setiap kali ana mimpi, ana rindu nak mimpi lagi sehinggalah datang mimpi yang keempat.
Ana mencari-cari di mana sungai itu. Puas ana cari. Akhirnya ana bertemu seorang prempuan yang masya Allah.. cantik dan sangat sopan. Ana rasa bidadari kot ( waktu itu beliau gelak kecil).
Dia tanya ana, akhi cari apa?.. Ana kata cari sungai yang rasanya madu yang telah saya minum sebelum ini. Gadis itu senyum.
Ya Akhi.. kalau mau minum lagi datanglah ke Syria, ana tunggu akhi di sana.."
Sampai di situ beliau berhenti. Ada cahaya bersinar dalam matanya. "Apa ust fikir tentang mimpi ana itu?" Ujar beliau.
Ana jawab, "Anta selesaikan hutang-hutang anta.. Anta pergilah ustaz. Doakan ana bila anta temui apa yg anta cari disana."
Lepas itu kami berpelukan dan as syahid mohon izin bertolak ke Johor pula. Itulah pertemuan terakhir dengan as syahid teman setahanan ana di Kamunting selama 3 tahun lebih. Moga Allah membeli dagangan as syahid.
Ameeen. الله أكبر
-Al-Faqir Ustaz Mokhtar Senik-





ni lagi....duk kerusi empuk...gaji besar....hawa dingin ....jangan buruk sangka...serah pd Allah...doa utk mereka untuk syahid...jgn pertikai...yg xsolat....ambik rasuah...dll macam mana...jgn kits org alim yg jahat lgi bisu pd maksiat pemerintah buat

























Ahmad Yahaya added 2 new photos.
[ADMIN]
Di saat kini, setelah menerima berita perginya Assyahid Ust Md Lotfi Ariffin, ana masih mengingati, pada tarikh 7 Februari 2014 ana menghubunginya bagi memohon pada waktu itu untuk beliau mewakili Dewan Ulamak Pas Negeri Kedah ke Mesyuarat Ulamak Pas Pusat di Kuala Lumpur. Namun jawapan yang ana terima pada ketika itu... "Kat Istanbul lani....".
Selepas ana menghubunginya pada waktu itu, pada tarikh 23 Februari 2014 sekali lagi ana menghubunginya bagi bekerjasama dan menguruskan program Lajnah Tarbiyah Ulamak yang akan diadakan..dan jawapan yang ana terima daripada Assyahid Ust Lotfi..cukup ringkas tetapi sudah memberi maksud yang cukup jelas...katanya pada ketika itu.."Bumi Syam".
Jelas di hati sanubari ana bahawa,Assyahid Ust Md Lotfi sudah melangkah jauh meninggalkan bumi Malaysia, meninggalkan keluarga dan segala keindahan hidupnya..untuk mencari syahid. Lalu ana ucapkan untuk Assyahid Ust Lotfi ketika itu, "Allahu Akbar! Moga dagang Ust diterima Allah".
Kali terakhir itulah ana dapat menghubungi Assyahid Ust Lotfi Ariffin. Setelah itu ana mengikuti perkembangannya disana melalui facebook, adakala media-media akhbar dan kaca tv yang adakala melaporkan tentang keberadaan Assyahid Ust Md Lotfi di bumi Syria.
Hari ini, tanggal 14 September 2014..ana menerima berita bahawa dagangan Ust Md Lotfi diterima Allah..
Selamat melangkah ke syurga Allah wahai guruku, sahabatku, semoga kami dapat menjejakimu di sana... Untuk keluarga As Syahid ana mengucapkan takziah atas kehilangan ini. Namun kalian beruntung menjadi orang yang sangat sabar dan redha.
Jasamu As Syahid tetap kami kenang waktu dalam Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak...nasihat, tarbiyah, tausiyahmu sedaya mungkin kami ikuti.. terima kasih As Syahid Ust Lotfi Ariffin kerana menjadi menjadi pendidik kami ketika hidup, dihari mati dan selepasnya..
AL FATIHAH....
USTAZ AHMAD BIN YAHAYA
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Negeri Kedah
14 September 2014
11.03 pagi
Ust Mohd Lotfi Ariffin telah Syahid di Syria, meninggal di Hospital Antarkia, Turki, terkena serangan hendap tentera cina yg datang membantu Basyar.
Innalillahi wa-innalillahii-rajion...
ALFATIHAH
ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ uﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ
*ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ

Smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn bersama golongan orang2 yg syahid.. Aamiin Ya Rabbul Alamin..

Wan Hadi added 2 new photos.
8 hrs · Edited ·
tahukah anda ustaz penah mengarang buku yg btajuk SIASAH SYARI'YYAH?



















LikeLike · ·
assyahid ustaz md lofti bin ariffin,suatu masa dulu ditahun 2013.pasai ni kot ada orang kata depa pemberontak.. with
LikeLike · ·
Kenangan bersama Assyahid Md Lotfi bin Arifin
Setelah as-syahid pergi ana boleh bercerita.....
As syahid dtg dengan ust Dr Abu Bakar Abdullah selaku pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP kepejabat ana akhir tahun lepas. Beliau round negeri2 untuk menghantar sumbangan mangsa banjir bagi pihak DUPP. Dlm kesempatan itu kami bertemu dlm bilik pejabat ana. "Ust..ana nak minta pandangan ust, apa maknanya..ana mimpi tiga kali minum air dari sungai yg rasanya madu. Setiap kali ana mimpi,ana rindu nak mimpi lagi sehinggalah datang mimpi yg ke empat. Ana mencari2 dimana sungai itu. Puas ana cari. Akhirnya ana bertemu seorg prempuan yg MasyaAllah..cantik dan sgt sopan. Ana rasa bidadri kut ( waktu itu beliau gelak kecil). Dia tanya ana, akhi cari apa?.. ana kata cari sungai yg rasanya madu yg telah saya minum sebelum ini. Gadis itu senyum. Ya Akhi..kalau mau minum lagi dtg lah kesyria, ana tunggu akhi di sana".. sampai disitu beliau berhenti. Ada cahaya bersinar dlm matanya. Apa ust fikir tentang mimpi ana itu? Ujar beliau. Ana jawab; anta selesaikan hutang2 anta..anta pergi lah ustaz. Doakan ana bila anta temui apa yg anta cari disana". Lepas itu kami berpelukan dan as syahid mohon izin bertolak ke Johor pula. Itulah pertemuan terakhir dgn as syahid teman setahanan ana di kemunting selama 3 tahun lebih. Moga Allah membeli dagangan as syahid. Ameeen. الله أكبر
-Al-Faqir Ust Mokhtar Senik-
LikeLike · ·

Lotfi, pejuang Malaysia di Syria, dakwa letak jawatan dalam PAS sebelum dipecat





Mohd Lotfi Arifin, rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan bersenjata di Syria, mendakwa beliau telah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April 2014 sebelum dipecat oleh parti itu.
"Sebenarnya saya buat surat letak jawatan sebelum PAS Pusat buat keputusan demi kestabilan PAS," kata Lotfi (gambar) dalam posting di Facebooknya 26 Jun lepas.
Posting itu dipercayai dibuat beliau selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan beliau dipecat dari PAS pada 11 Mei 2014 lalu.
Mustafa dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan  memecat Lotfi dari menjadi ahli PAS setelah mendapat tahu dan kemudiannya mengesahkan beliau ke Syria bagi menyertai perjuangan bersenjata di sana.
Ia berikutan laporan The Star bahawa AJK Dewan Ulama PAS antara yang menyertai perjuangan bersenjata di Syria.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pula menjelaskan, PAS akan meneruskan perjuangan melalui "muhajahad silmiyyah" (perjuangan secara aman) dan menyertai pilihan raya.
Dalam postingnya di Facebook memaklumkan beliau meletakkan jawatan sebelum dipecat, Lotfi menyertakan salinan surat beliau kepada Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah (DUPNK).
"Dengan ini saya Md Lotfi Ariffin meletakkan jawatan saya di semua peringkat dalam PAS berkuat kuasa serta merta," tulisnya dalam surat perletakan jawatannya itu.
Lotfi menggunakan "Kufer Zeta, Hama Syria" sebagai alamat beliau ketika menulis surat itu.
Dalam postingnya pada tarikh sama, Lotfi memaklumkan, sehari sebelum itu (25 Jun), beliau bersama "mujahidin" terus mara menuju bandar Syelewwet pinggir Hama.
"Dengan mudah mujahidin menguasai bandar ini, seorang di kalangan kami cedera dan yang lain selamat manakala di kalangan musuh tak di ketahui berapa kelihatan, dua tiga orang bergelimpangan dan ghanimah untuk mujahidin adalah Dyoska bersama lorinya juga berbagai peluru," tulisnya.
Beliau turut menyiarkan video bagaimana janakuasa eletrik di bandar Syelewwet pinggir Hama terbakar ditembak pejuang.
Lebih 100 rakyat Malaysia dilaporkan ke Syria bagi menyertai perjuangan menentang regim Bashar al-Assad, menurut sumber polis Cawangan Khas kepada The Malaysian Insider.
15 dari mereka dilaporkan sudah meninggal dunia. – 28 Jun, 2014.
Posted 2014/06/26 by Ana Ghoib in Berita Terkini

Ustaz Lotfi Ariffin yang sertai jihad di Syria dipecat dari PAS

Lotfi Ariffin

Mustafa Ali pecat Ustaz Lotfi begitu mudah? Jika di Indonesia ramai pengikut Front Pembebasan Islam yang pergi berjihad ke Sulawesi kerana saudara seagama dibunuh golongan Kristian dalam rusuhan kaum dayak dan jawa ia dianggap sebagai membantu. Setidak tidaknya tunggu penjelasan dan panggil pulang dari memutuskan hubungan cara begini.
Mengharapkan bangkit Khalifah dari diri PM Najib dan dia menjadi broker damai di Syria juga Iraq malah Mesir, tapi nampaknya Najib lebih suka bisnes di Kazakhtan Turkmenistan dari membantu on the spot saudara Islam dalam hal politik dunia. Anehnya dalam hal politik tempatan bijak pula mahu ahli parti bersemangat pejuang ISIL tapi malang berjuang yang macam mana? belasah maki cina india?.
Hinanya rakyat kita yg tersentuh membantu di Syria bila pulang mahu ditangkap walhal mereka boleh dipanggil pulang dan si pejuang UMNO GLOKAL ini ambil alih jihad mereka dgn menjadi mediator damai disana bukan?
Ustaz Lotfi Arifin yang sain kontrak mati di Syria hari ini di pecat dari PAS. Ambil jalan mudah cuci tangan juga melayu PAS walhal boleh diusahakan kepulangannya terlebih dahulu. Teringat kisah bagaimana Nabi Isa akan disalib maka penguasanya cuci tangan dalam mangkok air kerana tidak mahu membantu dan terlibat.
Jangan jadi dayus dan mensesuaikan polisi dengan kehendak mudah dan selesa. Beranilah sikit melayu UMNO dan PAS… Bukan suruh jadi insan kamil pun tapi jadilah imam dan khalifah tanpa keganasan dan kami ikut – Ana Ghoib at The Gate of Jerusalem 
Laporan Malaysian Insider
Ustaz Lotfi Ariffin dipecat sebagai ahli PAS pada 11 Mei, 2014 selepas beliau ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad. – Gambar ihsan Facebook Ustaz Lotfi Ariffin, 26 Jun, 2014.

PAS memecat Ustaz Lotfi Ariffin dari menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad di sana, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
“Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media,” kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
The Star melalui ketua pengarangnya, Wong Chun Wai, serta dua lagi wartawannya dalam laporan mereka mendakwa pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria dalam laporan mereka hari ini.
Menurut The Star, Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.
The Star juga memaklumkan mereka akan menyiarkan laporan eksklusif bagaimana rakyat Malaysia dilatih oleh gerakan pengganas Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, satu gerakan serpihan dari al-Qaeda yang terlibat dalam memenggal kepala dan membunuh musuh mereka di Syria dan Lebanon.
Seorang lagi militan Malaysia, kata The Star, adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay.
Menurut akhbar itu, Ali dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertai beliau ke Syria.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Hulu Langat baru-baru ini menegaskan PAS akan meneruskan perjuangan melalui jalan politik dan pilihan raya dan tidak akan mengiktiraf mana-mana ahlinya yang mengambil jalan selain dari itu.
“Kita akan teruskan dengan muhajahah silmiyyah. Oleh itu mana-mana ahli yang memilih jalan lain dari ini tidak akan diiktiraf oleh parti,” katanya.
Sementara itu, akhbar PAS, Harakahdaily melaporkan, pemecatan Lotfi dimaklumkan kepada keluarga beliau.
Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya.







“Tolonglah encik, jangan tahan saya”


tahan3Klang – “Tolonglah encik, jangan tahan saya. Saya datang ke Malaysia nak bekerja sebab saya ada anak dan keluarga yang perlu ditanggung di Indonesia. Tiada siapa akan bagi mereka makan kalau saya kena tahan.”
Itu antara rayuan ‘lapuk’ seorang wanita Indonesia ketika ditahan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi Ops Penjaja di kawasan Sungai Udang, di sini, pagi semalam.
Wanita berusia 40-an itu bekerja di sebuah kedai runcit gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit kerja yang sah.
Dalam operasi dua jam bermula jam 10 pagi itu 212 warga asing diperiksa dan 155 daripadanya ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Muhammad Amri Muhammad Sum berkata, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan warga asing di 14 premis sekitar Jalan Sungai Udang dan Lorong Kepayang.
“Kita menahan 55 warga Indonesia, Nepal, (38), Bangladesh (33), Myanmar (14), India (7), Pakistan (3) serta seorang daripada Kemboja dan Sri Lanka.
“Mereka ditahan kerana pelbagai kesalahan seperti menetap melebihi tempoh masa yang dibenarkan selain gagal menunjukkan dokumen sah memasuki negara ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat operasi.
Menurut beliau, pihaknya turut mengeluarkan lima saman saksi terhadap majikan dan pemilik premis kerana disyaki menggaji dan melindungi warga asing tanpa permit kerja yang sah.
Katanya, semua warga asing itu di bawa ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.
Mengulas lanjut, Muhammad Amri menasihatkan orang ramai terus memberi kerjasama menyalurkan maklumat kepada Imigresen.
“Jabatan Imigresen mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi warga asing yang bekerja secara tidak sah atau berdepan tindakan undang-undang.
“Orang ramai boleh membantu Jabatan Imigresen melaksanakan penguatkuasaan diminta tampil menyalurkan maklumat mengenai pendatang,” katanya, lapor Hmetro.

Saturday, 13 September 2014


EDISI LIDAH BIAWAK BERBELIT SIMPUL MATI ... 26HB OGOS SURUH PAS BERTANDING SEBAB ADA HARAPAN MENANG, HARI INI BILA PAS BERTAN DING DIKATAKAN TAMAK!!!!



26hb Ogos 2014 ... Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon. "Pengkalan Kubor ini sebenarnya tempat permainan saya. Saya tak berhasrat untuk bertanding. Lagipun bertanding sebagai calon bebas tiga penjuru tak mudah untuk saya".

"Kalau bertanding atas nama parti, ada orang jemput, saya boleh pertimbangkan". "Tetapi kalau bebas, tiga penjuru macam di (DUN) Pengkalan Pasir saya rasa tak perlu walaupun saya akur ada pengaruh di sana (Pengkalan Kubor)," katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat ahli dewan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur. Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya Dato' Noor Zahidi, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati.

Selain itu, Ibrahim berkata, sebagai ahli politik dari Kelantan yang pernah bertanding atas tiket PAS pada 2008, beliau meramalkan UMNO akan menang mudah pada PRK Pengkalan Kubor akan datang. Bagaimanapun, beliau berkata, persaingan akan menjadi sengit sekiranya PAS meletakkan calonnya di kawasan itu untuk bertanding dengan UMNO.

Katanya, PKR akan kalah memandangkan parti itu tidak mempunyai Cawangan di Pengkalan Kubor serta tidak mempunyai jentera dan ahli yang kuat di Kelantan. Malah, Ibrahim berkata, simbol bendera parti juga dapat mempengaruhi pengundi untuk membuat pilihan semasa pilihan raya nanti.



13hb September 2014 ... Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) di Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail lebih baik dan menuduh parti Islam PAS sebagai tamak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya kecil di negeri Kelantan itu.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata calon BN lebih baik dan berpengalaman berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

"Saya berpandangan, calon BN mempunyai kelebihan, terutamanya dari segi pengalaman, selain mempunyai latarbelakang agama," kata beliau yang dipetik dalam Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim yang juga turun berkampung di Pengkalan Kubor juga menuduh PAS bertanding atas sifat tamak walaupun tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan tersebut.

Tindakan PAS bertanding menunjukkan sifat tamak. Walaupun DUN berkenaan diwakili oleh mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan negeri termasuk Menteri Besar (Pasir Pekan) dan Exco (Wakaf Bharu), namun kawasan berkenaan tetap jauh ketinggalan.

"Apa yang dilihat, kawasan-kawasan yang dikuasai PAS masih tidak membangun. Kalau ada sekalipun bangunan, itu projek swasta, bukan melalui kerajaan negeri," katanya.

Beliau juga turut menggesa pengundi kawasan supaya memilih BN jika mahu melihat perubahan.

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, pada 20 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PKR pada awalnya menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi tersebut, bagaimanapun PAS Kelantan berkeras berkata kerusi tersebut hanya dipinjamkan kepada PKR

"Kalau di Kelantan, guna simbol 'mata' (PKR), orang rasa tak ada kewajipan untuk mengundi. Tapi PAS, simbol bulan. Orang ingat Islam. Jadi dia (pengundi) tak ada kewajipan nak undi PKR".

"Sebab itu di Pengkalan Kubor, kalau PKR bertanding, beri menang mudah pada BN. Lagipun PKR tak ada calon berwibawa. PKR tak ada Cawangan di Pengkalan Kubor. Ahli pun tak ada. PKR tak ada jentera dan ahli pun tak kuat".

"Kalau calon PAS bertanding, atau calon PKR bertanding guna simbol PAS, saya percaya pertarungan akan sengit," katanya lagi.

KALAU PERCAYA CAKAP PERKASA DAN IBRAHIM ALI .. KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.


1 ulasan:

rantai berkata...

pemerintah tidak benarkan rakyat malaysia menyertai mujahiddin ... dan kini orang-orang suruhannya terutama ulamak umno sedang menyokong pandangan pemerintah itu dengan berbagai cara ... melalui ceramah, tazkirah, khutbah dll ... dengan mengatakan tidak ada jihad di palestine, mereka adalah pengganas, mereka adalah extremist/pelampau, mereka adalah al-qaeda dan macam-macam lebel ....lebel-lebel itu adalah diberikan oleh US dan barat ...dan rakyat negara ini dihalang menyertai kumpulan tersebut sebab pemerintah kita takut dan tunduk pada US dan barat,