• Masjid Qol Shariff, Rusia
Masjid Qol Shariff, Rusia
1 / 2
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi

Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.

2) Masjid Nabawi

Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi
Muhammad SAW.

3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin

Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

4) Masjid Zahir, Kedah, Malaysia

Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.

5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei

Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi
antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.

6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India

Terletak di Bhopal, India, masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan sebagai sekolah agama.

7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia

Dahulu, masjid ini adalah masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.

8) Masjid Sultan, Singapura

Terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960 dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai monumen kebangsaan.

9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan

Ia masjid terbesar di selatan timur dan selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi pada 1990-an.


10) Masjid Qol Shariff, Rusia

Ia adalah salah satu masjid terkenal di Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam.


- SUMBER: www.indiatvnews.com4:00PM - 4 Sep 2014

Istana tegur PKR 'tak patuhi' titah sultan


Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mematuhi" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu.

Teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam.

"Ia (surat itu) untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga surat menegur parti itu kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.

Surat itu juga, kata sumber itu, membayangkan tiada bantahan terhadap Wan Azizah (menjadi menteri besar) tetapi mereka mahu dua nama lain.

Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik.

Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut.

Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu.

Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen.

Serangan Jantung Tiba-Tiba Akibat ‘Kopi Power’

PEGAWAI Cawangan Penguat Kuasa Farmasi menunjukkan kopi ‘maut’ yang dirampas dalam serbuan di Jalan Tunku Abdul Rahman petang semalam.
Kuala Lumpur – Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.

Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.

Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain. – Harian Metro

Calon MB S'gor: PAS hantar 2 Adun PKR, 1 PAS


KUALA LUMPUR: PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.

Jelasnya lagi, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," ujarnya beliau lagi sambil menyatakan senarai itu dihantar semalam.

Beliau menjelaskan lagi bahawa senarai calon Menteri Besar Selangor selepas Pilihan raya Umum 2008 dan 2013 lalu ditandatangani oleh Presiden PAS.

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY 4/9/2014

MB Selangor: PKR calonkan Azmin jika Istana tolak Azizah - sumber

MB Selangor: PKR calonkan Azmin jika Istana tolak Azizah - sumber
PKR masih menantikan keputusan Istana Selangor untuk beri perkenan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar yang baharu.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada malam Selasa menyaksikan PKR masih menantikan keputusan Istana Selangor untuk beri perkenan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Menurut sumber dalaman PKR, parti itu difahamkan akan memanggil satu lagi mesyuarat MPP Khas sebaik sahaja menerima jawapan daripada Istana, termasuk kemungkinan mengesahkan nama Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali sebagai calon alternatif.

‎"Sebaik sahaja istana memberi jawapan, nama Azmin sebagai alternatif Menteri Besar akan 'dinaikkan'.

"Ia akan disahkan sebaik sahaja mesyuarat khas diadakan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dalam mesyuarat tersebut mengulangi pendirian menamakan presiden parti sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Menurut kenyataan setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail kepada media, pencalonan Dr Wan Azizah turut mendapat sokongan Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali.

“Majlis Pimpinan Pusat menegaskan sekali lagi keputusan yang telah dibuat pada 21 Julai 2014 yang bersetuju sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.”

“YB Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan turut mengulangi sokongan beliau kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal dari Keadilan untuk jawatan Menteri Besar Selangor.”

Terdahulu, sayap Wanita PR telah menyatakan sokongan tanpa syarat kepada Presiden PKR itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilapor akan mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai menteri besar hari ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mb-selangor-pkr-calonkan-azmin-jika-istana-tolak-azizah-sumber-43136?cp

Thursday, September 4, 2014


Adakah SU Agung PAS bohong? Tiada nama dari ADUN PKR yang diserah PAS kepada Istana sebenarnya...


Semakin haru biru nampaknya Krisis MB Selangor ni.. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan menghantar dua nama ADUN PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan. Tetapi sebuah portal melaporkan hari ini, sumber rapat dengan PAS Selangor menghantar nama tiga exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Ini bertentangan dengan pendirian PAS pada 17 Ogos lalu yang memutuskan menyokong Azizah di samping Azmin sebagai calon menteri besar.

Kemudiannya HarakahDaily melaporkan PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu.. 

Bagaimanapun petang tadi pula terbongkar pembohongan yang dilakukan oleh SU Agung PAS itu.. tidak ada nama dari PKR baik Azizah mahupun Azmin yang yang dihantar PAS kepada Istana...

PAS membuat gempar apabila tidak menamakan dua calon menteri besar Selangor daripada PKR yang dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu, bukan sahaja presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Ismail, malah timbalannya Azmin Ali juga tidak dihantar PAS kepada pihak istana.

Perkara itu dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini petang ini. Seorang sumber yang enggan dinamakan menganggap tindakan itu "mempermain-mainkan PKR" dan mereka akan bertemu dengan PAS bagi mendapatkan penjelasannya sebelum ini.

Pertemuan itu dikatakan akan berlangsung sama ada malam ini atau esok. Biro politik PKR hari ini mengambil masa hampir empat jam untuk membincangkan isu itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution turut ditanya pemberita berhubung kemungkinan nama Azizah dan Azmin tidak dikemukakan kepada istana oleh PAS.

Saifuddin mengakui PKR terpaksa membuat perancangan semula berkenaan isu itu jika ia berlaku.

"Kami bincang semua sekali. Kami kembali ke drawing board," kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini lapor Malaysiakini

Apa sebenarnya matlamat PAS dalam krisis MB Selangor ni??
Hormati rakan tahaluf siasi serta pertahankan hak2 mereka seperti mana yg telah sepakati bersama bukannya khianati apa yg telah kita sepakati serta mencabuli hak2 rakan tahaluf siasi yg lain.
Islam itu mendidik umatnya berpegang kepada janji dan mengharamkan umatnya mencabuli Hak orang lain.
Jika sedari awal sudah disepakati jawatan MB Selangor adalah milik PKR mengapa PAS khianati dan mengapa perlu PAS cabuli hak PKR dgn meletak calon dari PAS?
Bersumberkan Nas mana yang PAS guna pakai bagi menghalalkan kemaksiatan sedemikian rupa..
Jika ada sumber rujukan Nas dari Al-Quran mahu pun Hadith Soheh Rasulullah s.a.w sila kemukakan kepada hamba yg jahil ini..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

 4:43PM - 4 Sep 2014

PAS akui turut hantar nama calonnya


PAS mengesahkan menghantar dua nama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan, lapor Harakahdaily.

"Buat masa ini nama itu biarlah dulu," katanya ketika dihubungi akhbar PAS itu.

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada istana Selangor.

Mustafa turut dilaporkan menjelaskan, PAS menghantar tiga nama kerana istana menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

Rakannya PAS dan DAP bagaimanapun hanya menghantar satu nama, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail, seperti dipersetujui dalam mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pada 27 Ogos lalu, istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu, menurut Harakahdaily, dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ia dilapor menyatakan mahukan calon itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

PAS nafi namakan tiga exconya sebagai calon MB Selangor
Posted on Thursday, September 04 @ 15:19:45 MYT by paktam
PAS menafikan laporan The Star Online hari ini yang mengatakan parti Islam itu menghantar tiga nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka di Selangor untuk dilantik sebagai menteri besar (MB). Menurut Datuk Mustafa Ali , laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.


"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," kata setiausaha agung PAS itu
Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan buat masa ini nama yang dicalonkan PAS kepada istana. The Star Online melaporkan hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama exco Selangor kepada istana untuk dipertimbangkan sebagai calon MB.
Laporan itu berkata seorang pegawai kanan Hadi "tidak menafikan surat sedemikian dihantar" tetapi mengatakan biarlah pemimpin parti yang mengeluarkan kenyataan.
"Ini adalah perkara sulit dan saya tidak boleh berbincang mengenainya," katanya seperti dilaporkan The Star Online.
Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan masa sehingga semalam (3 September) kepada ketiga-tiga parti dalam PR (PAS, PKR dan DAP) menghantar sekurang-kurangnya dua nama kepada baginda untuk dipertimbangkan sebagai MB Selangor yang baru.
Petang semalam, PKR memberitahu ia mendapat pengesahan istana menerima pencalonan parti itu, namun baginda tetap meminta agar lebih dari dua nama dihantar.
Sehingga kini, PKR belum membuat apa-apa pengumuman terbaru selepas kenyataan  Setiausaha Agungnya, Datuk Saifudin Nasution Ismail ditarik balik malam tadi.
Mesyuarat PAS pada 17 Ogos lalu mencalonkan dua nama untuk dipertimbangkan Sultan Selangor, iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali.
Namun The Malaysian Insider difahamkan, pihak istana tetap mahu agar syarat baginda "lebih dari dua nama" dipenuhi.
Menurut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Sultan hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai MB di kalangan mereka yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).
Seorang pensyarah undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin dalam rancangan Bual Bicara TV3 malam tadi, berkata Sultan tidak terikat untuk melantik Dr Wan Azizah walaupun mempunyai akuan bersumpah (SD) 30 anggota Adun kerana Adun lain juga boleh jadi mempunyai sokongan sedemikian.
"Sultan tidak terikat dengan seorang nama yang mempunyai sokongan majoriti sahaja kerana boleh jadi orang lain juga mempunyai sokongan sedemikian," kata Salehuddin, yang juga bekas pegawai kanan Pejabat Peguam Negara.

 2:36PM - 4 Sep 2014

Spekulasi 3 calon PAS tegangkan lagi krisis MB


Krisis pentadbiran negeri Selangor terus menambah ketegangan antara komponen Pakatan Rakyat dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terbaru timbul isu berkenaan tiga nama calon menteri besar yang dihantar oleh PAS kepada Sultan Selangor semalam semuanya merupakan ADUN PAS.

Sebuah portal melaporkan hari ini satu sumber rapat dengan PAS Selangor menghantar nama tiga exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Ini bertentangan dengan pendirian PAS pada 17 Ogos lalu yang membuat keputusan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan menamakan Timbalannya Azmin Ali sebagai calon menteri besar.

Bagaimanapun titah sultan sebelum ini mahukan lebih dua nama calon menteri besar dari setiap parti Pakatan Rakyat.

Insiden ini menimbulkan kemungkinan PAS telah bersedia untuk meninggalkan PKR dan DAP yang sebelum ini sepakat memberi kerusi menteri besar kepada PKR.

Laporan ini turut menyebabkan beberapa pemimpin Pakatan terkejut dan menafikannya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad yang menjelaskan kepada Malaysiakini pihaknya tidak pernah menghantar sebarang nama sebagai calon menteri besar.

"Saya tidak tahu langsung tentang perkembangan ini. Saya hanya dapat tahu melalui berita di dlm internet.

"Pas Selangor tidak pernah menghantar sebarang nama utk calon MB," kata beliau kepada Malaysiakini.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa terkejutnya di laman sosial Twitter.

"Ia berita kepada kita juga. Harus anggap ia tidak benar," kata beliau di laman Twitternya.

Seorang pemimpin PAS kanan bagaimanapun mengakui terdapat cadangan sedemikian tetapi telah pun ditolak kepimpinan tertinggi parti.

"Tak betul (laporan itu), (cadangan) sudah dibatalkan," kata beliau kepada Malaysiakini.

Sementara itu Sumber yang rapat dengan Azmin menyatakan tiga nama yang dihantar oleh PAS ialah Wan Azizah, Azmin sendiri dan Iskandar.

Bagaimanapun beliau tidak tahu mengenai sebarang nama lain yang dicadangkan oleh PAS.

"Apa yang kami tahu, ketiga-tiga nama ini yang dihantar," kata beliau kepada Malaysiakini.
4:00PM - 4 Sep 2014

Ganti rugi lebih RM300,000 untuk Norizan


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bayaran ganti rugi berjumlah lebih RM300,000 kepada seorang mangsa dalam kes tembakan polis, Norizan Salleh.

Hakim Hue Siew Kheng turut menegur pasukan polis kerana tidak mematuhi perintah tetap Ketua Polis Negara kerana menembak terlebih dahulu dan tidak cuba menghentikan kenderaan yang dinaiki Norizan dalam kejadian tersebut.

"Oleh itu, mahkamah menganugerahkan RM200,000 dalam bentuk ganti rugi teladan, RM50,000 ganti rugi am, dan RM50,000 atas perbuatan itu.

Mahkamah turut menganugerahkan RM18,326‎ dalam bentuk ganti rugi khas atas rawatan perubatan yang terpaksa dilaluinya.

Hakim Hue juga menganugerahkan kos sebanyak RM30,000 kepada Norizan.
2:30PM - 4 Sep 2014

Saman RM200j Felda: MP PKR menang


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini kalah dalam saman RM200 juta terhadap anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan.

Tan, yang juga anggota lembaga disiplin PKR, berkata penghakiman itu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak bersalah.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama menyokong saya di dalam proses perbicaraan kes ini, dari mula hingga ke penghujung,” katanya.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel lima anggota yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Arifin Zakaria.

Anggota lain panel itu: Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Ahmad Ma’arop dan Hasan Lah.

Tiada cadangan wujudkan jawatan Timbalan MB Selangor buat masa ini
pada 04-09-2014 03:09 Ditulis Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
SHAH ALAM: Tiada cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar buat masa ini, jelas Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Menafikan pernah mendengar cadangan seumpama itu, Iskandar bagaimanapun berkata, ianya akan dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Pakatan Rakyat sekiranya ada dibangkitkan.
"Itu kena bincang peringkat atasan. Saya tak dengar lagi. Kalau ada apa-apa pun, kena bincang dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), tengah hari Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus cadangan itu, yang mana berkemungkinan jawatan tersebut diserahkan kepada PAS sekiranya kerusi menteri besar disandang PKR.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga pernah mencadangkan Pakatan Rakyat mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar dalam Selangor.
Kata Khalid, sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar, timbalannya boleh mengiringi Sultan Selangor untuk menghadiri majlis yang diadakan di masjid.
Katanya, walaupun perkara itu tidak dibincangkan dalam Pakatan Rakyat, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Thursday, 4 September 2014


MAHKAMAH TINGGI TOLAK SAMAN YBK DENGAN KOS TERHADAP TSKI DAN ADUN KOTA ANGGERIK DR YAAKOB SAPARI.



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman yang dikemukakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam sidang media, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Yaacob Md Sam mengarahkan YBK, Permodalan YBK Sdn Bhd dan Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom selaku plaintif pertama, kedua dan ketiga secara bersama membayar RM30,000 dan RM10,000 masing-masing kepada Khalid serta Yaacob sebagai kos.

Dalam penghakimannya setebal 99 muka surat, Yaacob berkata, sebagai Ketua Eksekutif Negeri, Menteri Besar Selangor mempunyai tanggungjawab dari segi undang-undang bagi untuk melihat YBK atau PYBK diurus dengan telus.

“Mahkamah mendapati kenyataan defendan pertama, Abdul Khalid dan Yaacob sebagai defendan kedua adalah merupakan komen yang berpatutan berasaskan maklumat serta dokumen rasmi kerajaan,”katanya.

Menurutnya, hujahan plaintif bahawa kerajaan negeri tidak berhak mencampuri urusan YBK atas alasan ia adalah badan amanah dan PYBK sebagai entity syarikat yang tiada sebarang hubungan adalah ditolak oleh mahkamah.

“Bagi melihat YBK atau PYBK diurus tadbir dengan telus,  kerajaan negeri atau Menteri Besar perlu mendapat pelaporan secara konsisten daripada plaintif pertama dan kedua berhubung program serta aktiviti yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan,”katanya.

Mengenai tuntutan balas oleh Abdul Khalid, mahkamah mendapati defendan pertama gagal membuktikan di atas beban imbangan kebarangkalian terhadap tuntutan balas defendan pertama tersebut.

“Tuntutan balas defendan pertama dengan itu ditolak dengan kos RM5,000 dibayar oleh defendan pertama kepada plaintif-plaintif dan jumlah ini boleh dibuat potongan oleh plaintif dari jumlah kos yang perlu dibayar kepada Abdul Khalid," katanya.

4:29PM - 4 Sep 2014

Iskandar: Bukan idea yang baik Khalid sertai PAS


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata sekarang bukan idea yang baik untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai parti itu.
  
Katanya, berdasarkan faktor politik semasa di negeri Selangor, menteri besar perlu menumpukan perhatian menyelesaikan banyak isu di negeri berkenaan.
  
"Saya fikir bukan idea yang baik (bagi Abdul Khalid) menyertai PAS pada ketika ini. Saya ingat dia pun nak keluar daripada politik... saya rasa dia pun nak pergi bercuti," katanya secara berseloroh ketika ditanya wartawan sama ada Abdul Khalid menawarkan diri untuk menyertai PAS.
  
Iskandar ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.
  
Kemelut politik di Selangor menjadi tegang apabila Abdul Khalid yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan sokongan 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dua daripada PAS.
  
Bagaimanapun, Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat.
   
Semalam, menteri besar itu dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP telahpun menghantar nama calon bagi jawatan menteri besar kepada Sultan Selangor seperti dititahkan baginda.

- Bernama