Rabu, 10 September 2014

DAH ORANG TAK SUKA/TAK NAK...NAK DIAPE KAN...ORANG TAK SUKA TAK PE....JANGAN ALLAH YANG TAK SUKA...NI KES NAYA





4:21PM - 10 Sep 2014

Anwar tangguh tambah nama calon MB

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan menghantar nama tambahan calon menteri besar Selangor kepada istana dalam mesyuarat biro politik semalam.

Adalah difahami Anwar mahu menunggu balasan surat terbaru mereka daripada sultan sebelum mengambil langkah lanjut.

Malaysiakini turut difahamkan isi kandungan sebenar surat itu hanya diketahui oleh Anwar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Kandungan surat itu boleh disimpulkan sebagai permohonan maaf yang diterbitkan Anwar semalam dan penjelasan bahawa PKR akan setia mengikut "konvensyen" dan menghantar satu nama sahaja.

Anwar, yang kini sedang menemui pimpinan PKR Selangor turut memohon untuk menghadap sultan.

Bagaimanapun semalam, Saifuddin menyatakan beliau turut tidak tahu menahu mengenai kandungan surat itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat malam semalam, beliau berkata:

"Surat telah dihantar hari ini (semalam). Ia ditandatangani presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail). Saya tak tahu apa isinya.

"Dalam mesyuarat semalam, presiden memberitahu surat telah dihantar dan diterima istana," kata beliau kepada media.

Semalam, Anwar dan DAP memohon ampun kepada istana yang mendakwa kedua mereka biadab dan derhaka kerana tidak menghantar lebih dari dua nama sebagai calon menteri besar.

PKR dan DAP hanya mahukan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Wednesday, 10 September 2014

ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA ... DR MAZA, MANTAN MUFTI PERLIS.



Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hariraya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya)
“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
hunting_dog
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Memegang Anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
anjing_jilat
Memelihara Anjing Dalam Rumah

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

Elak Beri Anak Nama-Nama Ini




TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya


Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua.

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. [SUMBER]Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.

Wednesday, 10 September 2014

ISTERI KEPADA PENJENAYAH YANG PALING DIKEHENDAKI TEMBAK MATI, MELUAHKAN RASA HATINYA MELALUI LAMAN SOSIAL FACEBOOK, BAHAWA DIA TETAP MENYAYANGI SUAMINYA.



Seorang wanita dipercayai isteri kepada Mat Hatim meluahkan rasa hati terhadap suaminya, seorang penjenayah paling dikehendaki di Kelantan menerusi status FB berikut.

Mat Hatim atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, seorang penjenayah paling dikehendaki mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.

Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25, dari Kampung Merak Banggu, Bachok.

Wanita itu yang menggunakan nama FB ‘Ezie Syafreeda’ redha dengan pemergian suami. Dia tetap menyanyagi Mat Hatim waluapun suaminya itu seorang penjenayah.

Menurut Ezie Syafreeda lagi, Mat Hatim sentiasa memenuhi segala permintaannya dan menganggap Mat Hatim seorang sahabat, suami dan ayah yang terbaik buat mereka.

Semoga kisah Mat Hatim ini menjadi pedoman buat kita semua. Al-Fatihah.

Tuesday, September 9, 2014

ALAMAK !!!! GADIS KANTOI MASA MERDEKA KERANA BOGEL DENGAN GAMBAR SEBAR DI FACEBOOK


KUALA LUMPUR: Wanita tempatan yang muncul bogel sebelum gambarnya tersebar melalui laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin diminta membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.
Wanita dipercayai berusia 20-an itu sebelum ini mencetuskan kegemparan apabila terdapat tulisan ‘Malam Merdeka’ pada gambar lucah yang tersebar.

Gambar berkenaan yang turut dikongsi ramai pemilik FB mencetuskan rasa kurang senang apatah lagi wanita itu tampil memakai tudung.

Gambar itu turut dipercayai dirakam bersama seorang lelaki di dalam sebuah bilik berdasarkan gambar tangan seorang lelaki yang meraba wanita itu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius penyebaran gambar lucah itu yang jelas menyalahi undang-undang.

Menurutnya, wanita itu yang mungkin mangsa perbuatan pihak tidak bertanggungjawab perlu tampil membuat laporan polis secepat mungkin sekiranya dia dirogol atau sebaliknya.

“Polis kemudian akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Polis juga menyeru masyarakat tidak berkongsi dan menyebarkan apa sahaja bahan tidak senonoh di dalam media sosial yang boleh mengaibkan pihak tertentu sehingga menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Dia menyifatkan kegiatan penyebaran gambar seumpama itu hanya akan memalukan mangsa selain menyebabkan ia menjadi ikutan golongan remaja.
SUMBER: Harian Metro

Misteri Penculik Menaiki Van Putih Akhirnya Terbongkar


Sejak 2-3 bulan yang lalu sangat heboh di laman sosial tak kira Facebook atau Twitter berkenaan penculikan kanak-kanak yang didalangi individu memandu van putih.Isu ini seringkali di ketengahkan sehinggaka ada yang membuat beberapa laporan palsu dan mereka-reka cerita berkenaan sindiket pemerdagangan manusia ini.




Ramai ibubapa semakain peka dengan keselamata anak mereka selepas beberapa kes cubaan menculik dilaporkan.Dan baru-baru ini di Pasir Gudang, orang awam berjaya mematahkan satu cubaan untuk menculik kanak-kanak serta dapat memberkas pemandu van putih tersebut.

Akhirnya orang ramai mula sedar yang kes penculikan melibatka van putih ini benar-benar berlaku da buka rekaan semata-mata.Jadi BBA nasihatkan ibu bapa diluar sana agar lebih peka bagi mengawasi keselamata anak masing-masing dari sebarang kejadian tak diingini.

Tiada ulasan: