Jumaat, 12 September 2014

PANDUAN HIDUP KITA ISLAM...KITA TERTAKLUK PADA HUKUM ALLAH...INGKAR PADA HUKUM BERMAKNA KITA INGKAR PADA ALLAH YANG MENJADIKAN KITA....JANGAN KITA MENCABAR KEKUASAAN ALLAH SWT

Dalang bocor soalan UPSR dikesan
pada 12-09-2014 11:09 
Post Pic

PUTRAJAYA: Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal pasti beberapa individu yang dikatakan bertanggungjawab dalam kes kebocoran kerjas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada sidang media hari ini berkata, pihak berkuasa juga berjaya mengenal pasti beberapa 'hotspots' (titik panas) di mana kebocoran berlaku.
"Saya dimaklumkan pasukan penyiasat berjaya mengenal pasti beberapa individu dipercayai bertanggungjawab atas kejadian kebocoran kertas soalan UPSR.
"Individu yang tidak memegang amanah ini mengkhianati rahsia negara untuk kepentingan diri dan peribadi. Hukuman yang paling keras mesti diambil ke atas mereka,” katanya.



5:44PM - 12 Sep 2014

S'pura umum tol naik lebih 200 peratus


Pihak berkuasa pengangkutan darat Singapura mengumumkan kenaikan kadar baru tol lebih 200 peratus bagi kenderaan yang masuk dan yang meninggalkan negara tersebut melalui Tambak Johor.

Kenaikan tersebut yang berkuatkuasa 1 Oktober bagaimanapun tidak meliputi motosikal, menurut kenyataan lembaga berkenaan.

Kadar bayaran tol bagi kereta meningkat dari RM3 kepada RM9.60 manakala kadar bagi van dan kenderaan perdagangan ringan meningkat dari RM4.80 kepada RM14.60.

Kadar bagi teksi dan bas pula masing-masing akan meningkat dari RM1.50 dan RM2.50 kepada RM4.80 dan RM7.80.

Pengumuman itu susulan tindakan Lembaga Lebuhraya Malaysia yang menaikkan kadar tol di Tambak Johor sehingga tiga kali ganda, berkuatkuasa 1 Ogos lalu.






























Fais Al-Hajari added 2 new photos — with Nur Amirah Jamaluddin and 5 others.
Masa aku solat kat surau midvalley, aku terserempak dgn apek ni. Muallaf (baru 4 tahun masuk islam) berumur 60 tahun. Bila aku tanya dia "dpt bantuan baitulmal ke x", dia kata "dapat rm50 setahun." Gila apa.
Dia skang ni homeless, lepak kat puduraya je. So kpd sahabat2 yg sudi hulurkan zakat, boleh berbuat demikian melalui acc bank islam 14041020457836 atas nama muhammad ali ong atau ong koi ting.



Islam Bangkit added a new photo.
7 hrs ·

PKR khianat: Nik Nazmi enggan komen kenyataan Nik Abduh [TONTON VIDEO]
pada 11-09-2014 05:09 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
Post Pic
PUTRAJAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad enggan mengulas tuduhan PKR dan DAP adalah pengkhianat kepada PAS dalam isu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
"Saya tidak baca kenyataan penuh, jadi tidak adil untuk saya komen," katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz membidas tindakan dua ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tanpa memaklumkan kepada parti terlebih dahulu.
ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin sebelum ini mengejutkan PAS apabila bertindak menyokong Azizah dengan membelakangkan parti.
Kedua-dua wakil rakyat itu dikecam sebagai pengkhianat oleh rata-rata pemimpin dan ahli PAS.
Nik Abduh dalam pada itu mempertahankan tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pencalonan nama daripada parti itu bagi menggantikan Khalid.
Malah beliau juga memuji cara Presiden PAS itu menangani dua jenis pengkhianatan yang dihadapi parti, iaitu pengkhianatan oleh ahli parti sendiri dan pengkhianatan dari luar oleh rakan Pakatan sendiri.
Ketika diminta mengulas mengenai apakah reaksi PKR jika Sultan Selangor memilih pengganti Khalid di kalangan wakil rakyat PAS, Nik Nazmi berkata, apa-apapun keputusan iu akan dibawa ke meja mesyuarat Pakatan Rakyat.
"Parti akan hantar nama dan biasanya Tuanku akan terima. Di Selangor pernah terjadi baginda minta dua tiga nama, tetapi parti hantar satu nama sahaja dan Sultan terima.
"Majlis Pakatan Rakyat sudah ada keputusan yang mana kerusi MB terhadap PKR. Jika ada perubahan kita akan rujuk Majlis Pakatan Rakyat," ujarnya.
PAS sebelum ini dilaporkan menghantar lebih daripada dua nama calon termasuk satu nama ADUN-nya sendiri sebagai calon menteri besar kepada Istana Selangor.



 

 

Friday, 12 September 2014


Penjelasan Oleh ATM Berikutan Kegusaran Masyakat Berkaitan Tentera US Mendarat di Terengganu




Pegawai Pelesenan IPK PAHANG telah menjalankan pemeriksaan terhadap senjatapi milik tentera AMERIKA. Pemeriksaan turut dilakukan bersama dari pihak cawangan khas E6 IPK PAHANG.

Senjatapi perbagai jenis milik tentera AMERIKA yang disimpan dalam 4 kontena berjumlah 298 laras dikeluarkan dan diperiksa dengan teliti setelah memperolehi permit yang dikeluarkan oleh Pelesenan BUKIT AMAN.

Sejumlah senjatapi ini digunakan untuk tujuan latihan ketenteraan antara tentera AMERIKA dan 16 RAMD yang di panggil eksesais Keris Strike 18 / 14 di Pengkalan Chepa, KELANTAN.



Khamis, 31 Julai 2014


Tarian gedik Zumba Puteri UMNO haram!

Tarian gedik Zumba Puteri Umno haram! PUTERI UMNO akhirnya terpaksa mengalah apabila tarian Zumba yang diperkenalkan pada pilihan raya kecil Kajang bukan Mac lalu difatwakan sebagai haram.
Fatwa tersebut dikeluarkan oleh Mufti Negeri Sabah, Bongsu Jaafar kepada Timbalan Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah baru-baru ini.
Katanya dalam surat tersebut, orang Islam dilarang dan haram menyertai tarian Zumba kerana terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam dalam tarian tersebut.
Puteri UMNO memperkenalkan tarian tersebut sebagai salah satu bentuk riadah ringan dan mendapat sambutan hangat di kalangan anggota Puteri di seluruh negara.
Bagaimanapun, tarian yang sengaja menampilkan punggung dan dada itu dilihat sebagai keterlaluan dan tidak sopan bagi kebanyakan orang melihatnya.

MAS Ermiyatie bersama beberapa ahli Pergerakan Puteri UMNO.

Sesuai dipanggil gedik, beberapa anggota Puteri yang ditanya sebelum ini menyifatkan tarian itu sebagai sesuatu yang baharu yang perlu diperkenalkan kepada umum. 
Mengulas lanjut, Ketua Puteri, Mas Ermiyati Samsudin ketika dihubungi berkata, dia akur dengan apa yang difatwakan oleh ahli agama.
“Kami ni orang baharu dan tak arif tentang agama. Jadi, mana yang salah tu, kami mohon maaf dan anggapkanlah itu sebagai kesilapan yang tidak disengajakan.
“Saya tidak akan membantah apa jua yang fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana mufti dan saya sendiri amat berterima kasih kepada mufti Sabah kerana menyedarkan kami daripada terus melakukan kesilapan,” katanya.
Jelasnya, sebagai ketua Puteri, dia sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk golongan muda. “Saya melihat apa yang difatwakan oleh mufti Sabah itu adalah sesuatu yang amat positif kerana sekurang-kurangnya, kami Puteri UMNO tidak dipinggirkan dan sentiasa diperhatikan,” jelasnya.

Tiada ulasan: