Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno
Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.
"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.
"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.
"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.
Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.
Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.
Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.
Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.
"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.
"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.
Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.
"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.
Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.
"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.
Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.
"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.
Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.
"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.
Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.
"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.
"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.
Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.
Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.
Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin. – 3 September, 2014.
Jangan ingat PAS sahaja yang rugi
TS Mohamad Mohd Taib, ahli PAS dan bekas Menteri Besar Selangor mengingatkan kerugian besar bagi PAS kiranya keluar daripada Pakatan Rakyat dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat.Yang rugi jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri.
Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja. Sebahagian daripada undi Melayu masih bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.
DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu Umno memang tidak menyokong DAP. DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.
Masa itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga mendiang. Buat Brother Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi Perdana Menteri. Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani.
Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.
PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.
Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, PM Mahathir dan TPM Anwar telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.
PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ. Sebaik Anwar ditahan, mungkin semasa dia pengsan dipukul Ketua Polis Negara, PAS mengepalai pembentukan GERAK menganjurkan perhimpunan besar seluruh negara bersama DAP membantah kezaliman terhadap bekas TPM itu.
Demikianlah besarnya minat PAS kepada masyarakat bukan Islam sedang semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.
Terima kasih adanya Pakatan Rakyat, PAS suka kepada Cina dan India DAP, dan DAP suka kepada PAS kerana PAS dapat membawa pimpinan DAP jumpa orang Melayu di kampung-kampung. Jika DAP dan Cina tidak suka PAS, PAS tetap sukakan Cina dan India serta DAP, mungkin lebih daripada mereka suka kepada PAS.
Dari mula PAS tidak berganjak terhadap Pakatan. Cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk merongkai perbezaan yang sesungguhnya banyak. PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya. – HARAKAHDAILY 3/9/2014
Lambakan 5.8 juta pekerja asing membimbangkan
PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot hari ini
menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika
ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.
Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Human Capital Development Strategic Reform Initiatives di sini, hari ini.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat di negara ini agar mengikis sikap memilih pekerjaan atau hanya mahu bekerja di sektor awam.
Riot berkata, Malaysia menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun adalah menyedihkan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing.
Beliau berkata, bekerja di kira-kira 600,000 syarikat Industri Kecil dan Sederhana merupakan antara peluang kerjaya yang boleh dicuba rakyat tempatan.
Sementara itu, beliau menyeru orang ramai menghadiri Fiesta Kerjaya JobsMalaysia Dan Azam Kerja 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan di Mid Valley Exhibition Centre mulai 5 hingga 7 September untuk merebut 10,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor.
Antara aktiviti di majlis itu ialah temuduga terbuka, pameran kerjaya, ceramah bimbingan kerjaya dan pendaftaran Online JobsMalaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - Bernama

Seorang ulama Saudi kemuka cadangan pindah makam Nabi Muhammad (SAW)
MAKAM Rasulullah (SAW), Saidina Abu Bakar (ra) dan Saidina Umar (ra) di dalam Masjid Nabawi.
Cadangan dikemukakan seorang ulama Saudi untuk memindahkan makam Nabi
Muhammad (SAW) di Masjid Nabawi dan dikebumikan di sebuah kubur tidak
bertanda mencetuskan kontroversi semalam.
Rancangan itu, menurut akhbar Independent yang diterbitkan di London, mencadangkan supaya pusara Rasulullah itu dialihkan ke tanah perkuburan al-Baqi yang terletak bersebelahan Masjid Nabawi.
Bagaimanapun, menurut laporan itu, setakat ini belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai cadangan berkenaan.
Namun, pendedahan mengenai cadangan itu mencetuskan kemarahan di media sosial.
Seorang pembaca yang menamakan dirinya Yahya Birt berkata, rancangan itu, jika dilaksanakan akan mendapat tentangan habis-habisan daripada masyarakat Islam.
Seorang pembaca lain, M Faris menyelar kerajaan Saudi dengan menyifatkannya sebagai satu lagi contoh ketidakpekaan pemimpin dan ulama negara itu terhadap warisan Islam dan mengingatkan, langkah itu, jika dilaksanakan adalah penghinaan terhadap masyarakat Islam.
Akhbar Independent semalam melaporkan seorang ulama Arab Saudi mengemukakan pelan kontroversi untuk memindahkan makam Rasulullah itu selepas beberapa ulama negara itu menyuarakan kebimbangan ia semakin menjadi tempat pemujaan.
Menurut laporan itu, dokumen 61 muka berkenaan diedarkan kepada anggota pihak berkuasa Tanah Suci, mencadangkan supaya makam itu dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi, bersebelahan dengan Masjid Nabawi dan dikuburkan tanpa sebarang tanda.
Akhbar itu memetik Pengarah Yayasan Kajian Warisan Islam, Dr Irfan Al-Alawi sebagai berkata: “Mereka mahu menghalang orang Islam mengunjungi makam berkenaan kerana menganggap perbuatan itu syirik.
“Satu-satunya cara yang boleh mereka lakukan untuk menyekat orang ramai mengunjungi makam itu ialah memindahkannya ke tanah perkuburan dan tanpa tanda,” kata Irfan.
Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Raja Abdullah, penjaga rasmi dua tanah suci, atau jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap Masjid Nabawi, bersetuju dengan cadangan berkenaan.
Mereka juga bimbang kemunculan pelan berkenaan, yang berasal dari fahaman Wahabbi akan memecah-belahkan pengikut fahaman Sunni dan Syiah.
“Pengikut Sunni amat menghormati makam Rasulullah dan akan menentang rancangan berkenaan.
Pengikut Syiah juga menentangnya kerana menghormati anak Rasulullah, Fatimah.
Sudah pasti masyarakat Islam terkejut dengan pendedahan ini. Ia akan mencetuskan kemarahan,” kata Irfan.

Sumber: myMetro
Wednesday, September 3, 2014
Ooo.. patutlah wartawan kena belasah dengan waris mangsa MH17..
Seorang waris kepada tiga mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang didakwa mengasari seorang jurugambar mendakwa di laman sosial media bahawa keluarganya berulang kali menegaskan kepada media untuk membiarkan mereka bersendirian.
Lelaki tersebut yang menggunakan nama Logan Retnam di Facebook berkata, walaupun berulang kali menyebut ‘no media’ kepada jurugambar tersebut namun permintaan tersebut tidak diendahkan.
Sebaliknya Logan mendakwa, jurugambar tersebut masih terus merakamkan gambar keluarga dan rakan-rakan mangsa.
“Saya tidak faham mengapa media merasakan kami mahu hebahkan perkara ini (upacara pengkebumian). Adakah kami harus berkongsi dengan anda (media) mengenainya.
“Sekiranya insiden itu menimpa orang yang anda sayangi, mungkin anda merasakan kesakitan yang sama dan kemarahan yang kami lalui sekarang,” katanya.
Logan turut menjelaskan tiada menteri atau orang kenamaan (VIP) yang dijemput ketika upacara itu dijalankan melainkan keluarga terdekat.
“Ini bukan acara politik atau perkauman, ia adalah upacara pengkebumian!
“Berikan ruang kepada keluarga (waris mangsa nahas) untuk meratapi kesedihan mereka secara tertutup," tegasnya lagi.
Dalam postingnya, Logan membidas MAS dan petugas pusat pengebumian, lokasi insiden tersebut berlaku kerana tidak menghormati permintaan keluarga untuk merahsiakan butiran pengebumian.
“MAS menyiarkan butiran peribadi mengenai rancangan pengebumian sedangkan kami memaklumkan kepada mereka untuk melindungi privasi kami.
“Kemudian, petugas pusat pengebumian membiarkan media untuk membuat liputan walaupun keluarga memohon untuk diberikan privasi,” katanya lapor RakyatNews
Wednesday, 3 September 2014
MANTAN TIMBALAN MENTERI MERANGKAP BEKAS AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO KRITIK KERAS KETUA POLIS NEGARA.
Dilaman sosial Facebook Dato' Saifuddin Abdullah mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menegur keras cara Ketua Polis Negara dalam mengaplikasikan undang-undang negara.
Diperturunkan secara salin dan tempel apa yang beliau tulis di akaunnya di laman sosial FB tersebut.
KPN ni ada isu: 1) bila mahkamah suruh ambil tindakan dlm kes custody, dia engkar. sepatutnya kena contempt of court. 2) bila ada tweet yg maki dia, itupun dia suruh polis siasat. kena maki ni biasalah. ia tak jadi hasutan atau harm pun... saya tak anggap pendapatnya tentang kembalikan ISA tu sbg rasional.
SPRM tahan12 pegawai Kastam, tumpas sindiket terbesar seludup arak dan rokok
Astro Awani | Kemas kini: September 03, 2014
(Diterbitkan pada: September 03, 2014 19:42 MYT)
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan 22 individu termasuk 12 pegawai
Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti
rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.
Salah seorang daripada 12 pegawai Kastam yang ditahan itu merupakan Pengarah Kastam Negeri.
Sepuluh yang lain termasuk pemilik syarikat, ejen-ejen serta pemandu lori yang membawa barang-barang seludup.
Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi khas secara besar-besaran di Lembah Klang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, tindakan menahan kesemua mereka merupakan hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.
“SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang terbesar aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," kata Mohd Shukri dalam satu kenyataan petang Rabu.
Menurut Mohd Shukri, barang-barang yang tidak dibayar duti kastam terbabit terdiri daripada rokok dan arak.
Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara dan sebahagian barang terbabit turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.
“Sindiket telah melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang” tambah beliau lagi.
Operasi ini turut merampas sejumlah wang tunai dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan.
Difahamkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.
Operasi yang dijalankan bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh SPRM bersama pasukan petugas khas.
Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity

Khalid sahkan Istana terima pencalonan PKR, DAP, PAS untuk kerusi MB
pada 03-09-2014 02:09 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa
PKR, DAP dan PAS sudah mengemukakan pilihan masing-masing kepada Sultan
Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar yang bakal dikosongkan oleh
beliau.
"Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan pihak istana akan
memberi maklum balas kepada cadangan (yang dikemuka parti komponen
Pakatan Rakyat). Saya menyeru semua pihak bersabar dan membenarkan
proses peralihan kuasa berjalan," kata Khalid.
Beliau berkata peralihan kuasa akan mengikut undang-undang tubuh negeri
dan sehingga ia selesai "pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan
seperti biasa dibawah (teraju exco kerajaan negeri).
Hari ini adalah tarikh akhir untuk tiga parti komponen Pakatan Rakyat
mencadangkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah calon untuk jawatan MB
setelah baginda menerima peletakkan jawatan Khalid pada minggu lalu.
Meskipun Sultan Sharafuddin menitah tiga parti itu untuk mengemukakan
lebih daripada dua nama bagi membolehkan baginda memilih calon paling
layak, PKR dan DAP tetap dengan keputusan hanya mencalonkan presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PAS mematuhi titah Istana dengan mencadangkan Wan Azizah dan timbalan beliau, Azmin Ali.
Azmin bagaimanapun menolak pencalonan itu kerana akur kepada keputusan
pimpinan parti untuk memberikan sokongan hanya kepada Wan Azizah.
Wan Azizah mendakwa mempunyai sokongan 30 daripada 56 ADUN Selangor
setelah dua ADUN PAS membelakangkan pendirian parti untuk memberi
sokongan bulat mereka kepada pemimpin PKR itu.
Krisis kerusi MB Selangor tercetus apabila PKR menggerakkan Langkah
Kajang dengan tujuan memaksa Khalid untuk berundur sebagai MB kerana
didakwa sudah tidak berwibawa. Khalid menafikan tuduhan itu dan berkata
beliau mangsa pergelutan kuasa dalaman PKR.
Walaupun dipecat oleh PKR, Sultan Sharafuddin mengekalkan Khalid sebagai MB sehingga pengganti beliau dinamakan.
Kerajaan PAS-Umno di Selangor, tapi Umno buli PAS di Johor
0
341 comments
Oleh: Pukul Canang
Puak Unity Government (UG) dalam PAS yang ingin menubuhkan kerajaan
campuran PAS - Umno di Selangor harus sedar diri sebelum terlambat.
Sebelum ini, mereka menganggap bersekutu dengan Cina DAP dan Melayu PKR
tidak mendatangkan kebaikkan. Oleh itu, apabila berlaku krisis
kepimpinan di Selangor puak UG berpendapat adalah lebih baik mereka
bersekutu dengan Umno bagi meneruskan kerajaan MB Khalid Ibrahim di
negeri itu.
Puak-puak ulama yang sering kali diingtakan oleh Mursyidul Am PAS Nik
Aziz agar jangan dipatuk dua kali ini kelihatannya seronok untuk dipatuk
berkali-kali.
Kali ini Umno Johor telah mematuk mereka. PAS mencuba untuk bermuktamar
di Johor dengan harapan Umno akan berlembut kerana mereka berjasa
menyokong Khalid Ibrahim di Selangor. Dengan berlanjutannya kemelut
politik Selangor, Umno berjaya mengkayakan kroni di Selangor menerusi
pembinaan loji Langat 2 dengan kos RM2 ? RM5 bilion.
Sepatutnya layanan kepada PAS lebih lunak di Johor. Apatah lagi puak UG
dalam PAS tidak henti-henti mengutuk Anwar dan menuduh pemimpin PKR itu
mengamal kronisme. Namun berapakah harga yang dibayar oleh Umno atas
jasa PAS ini?
Kucing kurap
Kosong. Umno tidak memandang pun jasa-jasa ustaz PAS membantai PKR dan
DAP. Mereka tetap dilayan seperti kucing kurap di Johor. Pada awalnya
PAS menyewa tanah Sutera Mall sebagai tapak muktamar ke 60. Tetapi atas
tekanan pihak ?ketuanan melayu? pengurusan Tanah Sutera Mall telah
membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75,000
pada 27 ogos 2014.
Akibatnya, lokasi muktamar di pindahkan ke Parit Raja, Batu Pahat.
Beratus-ratus perwakilan PAS yang telah menempah bilik di Johor Baharu
terpaksa membatalkan tempahan; PAS Johor terpaksa meratakan tanah milik
seorang ahli PAS sebagai tapak baharu dan perwakilan dalam muktamar
kelak terpaksa berhimpit-himpit dalam suasana serba kekurangan.
Kepada Nasrudin Tantawi bolehlah ditanyakan soalan adakah Umno boleh
dipercayai lebih daripada PKR dan DAP? Melihat apa yang berlaku di
Johor, ternyata layanan Umno tidak pernah berubah walaupun ustaz PAS
menghentam Anwar dan sekutunya setiap hari.
Umno jijik
Umno sebenarnya jijik kepada ulama PAS yang hanya tahu membaca kitab dan
berceramah. Sedangkan mereka ingin merompak kekayaan negara dan
memberikan kemakmuran kepada anak cucu serta saudara mara sehingga tujuh
keturunan. Amat pelik pemikiran sesetengah ulama PAS yang tidak
langsung sedar kejijikkan Umno kepada PAS ini, dan ingin pula
bersahabat.
Umno hanya akan bersahabat dengan PAS di Selangor sehingga pilihan raya
umum. Selepas itu mereka akan bertanding di semua kerusi PAS dan
komponen Pakatan Rakyat yang lain. PAS jangan mimpi mereka akan dapat
kerusi dari BN.
Jika PAS inginkan kerusi maka Umno akan mengenakan syarat, ulama PAS
mesti jadi seperti ulama Umno. Kerja mereka hanyalah membaca doa di
majlis rasmi dan jangan ikut campur soal pemerintahan. Buang jauh-jauh
angan-angan melaksanakan Hukum Hudud jika PAS mahu bekerjasama dengan
Umno. Jika tidak PAS akan ditendang seperti episod di Kelantan pada 1971
? 1978. Sama-sama menubuhkan Barisan Nasional tetapi selepas itu Umno
menghantar agennya memecahkan PAS kepada tiga parti; PAS, Hamim dan
Berjasa.
Bagi ulama muda PAS yang berada dalam puak UG fikirlah panjang-panjang
sebelum menulis dalam facebook menghentam Anwar dan mengimpi ingin
bekerjasama dengan Umno. Jika mereka ingin berfikir pendek maka lebih
baik tinggalkan PAS masuk Umno. PAS tidak memerlukan ulama yang ingin
jalan pintas untuk menjadi kaya-raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan