Kini Kertas Bahasa Inggeris UPSR Pula Bocor
Seramai 473,175
calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula
kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.
Idris juga
mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa
bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku
pada masa depan.
Semalam,
Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan
038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor.
Tarikh baru ujian kertas itu ialah pada 30 September ini.
Umno BN berusaha keras lumpuhkan Pakatan
WARTAWAN: Dalam menghadapi PAS atau Pakatan, Umno-BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk melumpuhkan gabungan. Ditangkap, didakwa dan macam-macam lagi...
DATO’ KAMARUDIN JAFFAR: Ia sangat terkesan. Ini boleh dirujuk kepada tindakan pihak kerajaan Umno-BN dengan melakukan pendakwaanpendakwaan dengan menggunakan Akta Hasutan.
Ini merupakan perkara dasar dan perubahan sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Mereka yang kena bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pakatan, tetapi juga pegawaipegawai kerajaan, orang-orang profesional, pensyarahpensyarah.
Kesannya, mereka yang terkena itu pasti akan mengkaji semula sikap kerajaan Umno- BN terhadap mereka, terhadap rakyat yang penuh dengan penindasan terhadap rakyat.
Mereka juga akan melihat tindakan kerajaan itu sebagai satu perkembangan yang negatif dan menjejaskan suasana politik dan ekonomi.
Pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang profesional yang terkena itu pasti akan menyifatkan tindakan yang dikenakan ke atas mereka itu sebagai tekanan politik ke atas mereka. Ini pasti menyebabkan berlaku keadaan yang tidak menyenangkan dan tidak selesa ke atas rakyat.
Terdapat banyak dakwaan pemimpin Umno-BN didakwa turut campur tangan dalam proses mahkamah melibatkan seteru mereka.
Yang jelasnya biasanya pendakwaan-pendakwaan khususnya yang berlaku sekarang berlaku setelah adanya desakan, bukan sahaja daripada dalaman Umno seperti juga yang sedang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Dato’ Seri Najib sekarang, tetapi juga daripada NGO-NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa. Ini jelas.
Ini boleh kita tafsirkan sebagai pendakwaan terpilih.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa dan pemimpinpemimpin BN yang jelas menghasut boleh juga didakwa di bawah Akta Hasutan, tetapi ini tidak berlaku.
Sebaliknya Akta Hasutan hanya digunakan ke atas pemimpin-pemimpin atau ahliahli parti pembangkang sahaja.
Akta Hasutan hanya digunakan untuk politik kepartian, bukan untuk kesejahteraan negara dan masyarakat.
Dasar pecah dan perintah juga digunakan oleh Umno- BN untuk melumpuhkan pembangkang.
Tidak dapat dinafikan, dasar pecah dan perintah merupakan satu dasar dan taktik politik yang diamalkan oleh partiparti politik. Di negara-negara lain juga turut digunakan taktik pecah dan perintah dan ia masih lagi dilihat dalam perkembangan politik yang agak biasa untuk menghadapi pihak lawan. Tetapi di Malaysia akta digunakan, contohnya Akta Hasutan.
Selain itu, di Malaysia pihak kerajaan turut menggunakan jabatan-jabatan kerajaan, radio dan televisyen dan semua media dikawal oleh kerajaan.
Inilah yang membezakan dasar pecah dan perintah di negara kita dengan negara-negara demokrasi lain di dunia ini.
Dasar pecah dan perintah dalam konteks kepartian boleh kita terima sebagaimana di negara-negara lain untuk menghadapi parti lawan, tetapi kalau ia berakhlak, adil dan saksama. Ini amat berbeza berbanding di negara kita yang bagaikan bermain bola di padang yang tak sama rata dan pengadilnya yang tidak bebas.
Akta Hasutan dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa...
Akta Hasutan ini dibuat oleh penjajah zaman penjajahan British ke atas negara kita dulu untuk kepentingan penjajah.
Dalam suasana sekarang, Akta Hasutan sudah tidak perlu lagi. Malah sekarang kita sudah ada undang-undang lain untuk digunakan bagi menjaga keselamatan negara dan untuk mendakwa orang yang disabitkan dengan menghasut seperti Akta Keharmonian Nasional.
Jelas sekali, Akta Hasutan perlu dimansuhkan dan ditukar kepada undangundang lain seperti Akta Keharmonian Nasional.
Tambahan pula, kerajaan sendiri telah mengumumkan untuk memansuhkan Akta Hasutan.
Proses untuk menggunakan Akta Keharmonian Nasional pun dah dimulakan.
Jadi, kerajaan perlu membawa akta itu segera ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.
Kita dari pembangkang bersedia untuk menyokong Akta Keharmonian Nasional jika ia dibawa ke Parlimen. Kita dari pembangkang sememangnya menyokong undang-undang baru yang lebih adil.
Adakah teknik membeli wakil rakyat pembangkang masih terus diamalkan oleh Umno- BN hingga sekarang?
Ia berlaku dari zaman awal 60-an lagi. Amalan ini dilakukan bersekali dengan politik wang yang melibatkan pemberian wang deposit kepada wakil rakyat terbabit. Selain itu, ia turut membabitkan penggunaan alat-alat dan jentera kerajaan, ugutan-ugutan dan penahanan di bawah ISA dan sebagainya.
Kita harap penggunaan politik wang ini tak lagi menjadi amalan mana-mana pihak. Rakyat perlu diberikan kebebasan dalam pilihan raya untuk memilih sesiapa sahaja calon yang dikehendaki oleh mereka.
Rakyat berhak mendapatkan perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat mereka melalui proses pilihan raya.
Rakyat berharap agar wakil rakyat mereka tidak lagi diugut dan berhadapan dengan tindakan-tindakan di luar undang-undang seperti juga politik wang.
Umno-BN juga tanpa segan silu menggunakan fitnah untuk mengalahkan lawan politiknya, sedangkan ia ditegah keras oleh agama.
Dalam menghadapi politik, kita memerlukan politik yang matang, politik yang maju, politik yang bermoral.
Politik yang mengaibkan, memfitnahkan, mengongkong media dengan kuasa sebagai kerajaan adalah budaya yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam, bahkan negaranegara bukan Islam dan negara-negara Barat pun tak lagi mengamalkan politik seperti ini.
Maruah dan penghormatan pemimpin-pemimpin tinggi politik dan segenap lapisan anggota masyarakat tak boleh dicerobohi oleh pihak pemerintah. Amalan ini amat jijik dari sudut agama dan moral dan tiada siapa pun yang terlibat yang boleh dibiarkan terlepas dari dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Ternyata taktik-taktik kotor yang dipasang Umno-BN nampaknya telah memberikan kesan buruk kepada Umno-BN sendiri.
Umno sendiri pun sepatutnya sedar, menggunakan taktik-taktik kotor bukan hanya akan menjejaskan parti-parti lawannya, tetapi ia pasti akan memberikan pelbagai keburukan kepada partinya sendiri.
Sekarang kesan buruk dari permainan taktik-taktik kotor itu juga sudah dirasai dalam Umno-BN sendiri, sehingga menyebabkan dalam Umno sendiri pun sekarang sudah menjadi sangat tak stabil.
Pimpinan Umno sendiri sekarang sedang dikritik hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tindakan Dr Mahathir itu samalah seperti yang dilakukan ke atas Pak Lah dulu dan sekarang terkena kepada Dato’ Seri Najib pula. Ini membuktikan taktik-taktik kotor yang digunakan itu pasti akan turut menjejaskan politik dalaman parti mereka sendiri seperti yang sedang dialami Umno sendiri sekarang.
Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?
- Wednesday, 18 July 2007 02:13
- Hits: 169616
Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki
dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak
memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat
berkaitan dengannya.
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya,
bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan
ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan
ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu
lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya
: Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan
dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu
bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat
Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram,
no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ
قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ،
والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد
والنسائي .
Ertinya
: Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih
arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat
dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah
banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua
hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1) Sabda Nabi : -
وعن
عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة
من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه
فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya
: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW
berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si
DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak"
lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang
yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU
ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA
(ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari
hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah
si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah
dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya
membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk
oleh sebarangan lelaki lain.
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya
: Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang (
lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas )
dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya
: "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap
ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab,
2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya
: cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu
melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat
(auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya
: Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki)
sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan
ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya
: Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa
isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya
kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan
tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" (
Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال
ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا
غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء
والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya
: Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat
(protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan
barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam
dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota
sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan
mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram),
sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan
menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya
: Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa
besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan
diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun
ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup
untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan
lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya
: Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di
sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 ,
rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya
: Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh
ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin
bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan
tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat"
(Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada
isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu
buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu
dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami
anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil
hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri
anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak
mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya,
kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan
menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang
subur imannya.
Selain
itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah
kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus
dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan
nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan
dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya
: "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (
isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang
amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di
zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak
dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda
kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan
'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika
seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia
dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah
'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta,
tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah.
Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini
akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya
dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari
melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula
kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan
'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami
juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan
lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang
curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita
yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya,
perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab
suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي
لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ
اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ
سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ،
مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا
بَطَن.
Ertinya
: Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk
bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka
disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi
respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang
dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah
dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku,
kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji
yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat
betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat
protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan
mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,
kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa
berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa
terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau WUJUD terdesak atau
tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada
kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan
ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan
oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun
jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab
dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai
para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa
anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada
ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya,
wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu
walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya
: "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut
Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
17 Julai 2007
p/s
: Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin
demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.
50% Remaja di 13 Kota Besar Indonesia Pernah Melakukan Hubungan Seks di Luar Nikah
Written By canang on Jumaat, 12 September 2014 | 9/12/2014 08:04:00 PTG
Magelang (lasdipo.com)-
Dokter Ryan Thamrin atau yang lebih dikenal sebagai dr. Oz
mengungkapkan, hampir 50 persen remaja di 13 kota pernah melakukan
hubungan seksual di luar pernikahan.
“Hasil survei yang saya lakukan tentang
perilaku seksual terhadap remaja dan dewasa usia 13-24 tahun di 13 kota,
tiga tahun lalu menyebutkan bahwa hampir 50 persen mereka pernah
melakukan hubungan seks baik remaja pria maupun wanita,” jelas dr Oz
saat talkshow Milad Universitas Muhammadiyah Magelang bertajuk Cegah
Penyimpangan Seks pada Anak dan Remaja, Sabtu (7/9).
Di sisi lain, ia juga menemukan beragam
penyimpangan perilaku seksual. Seperti pada pria terhadap pria (homo),
pria terhadap wanita, wanita terhadap wanita (lesbian), dewasa terhadap
dewasa maupun dewasa terhadap anak-anak. Kegiatan seksual tersebut bisa
berupa sodomi, pedofilia, mengintip, atau memamerken alat vitalnya.
“Faktor internal antara lain karena faktor
genetik, hormonal, nilai moral dan agama, serta trauma seksual. Adapun
faktor eksternal dapat berupa kemajuan teknologi, kondisi ekonomi,
lingkungan maupun narkoba,” kata dr Oz.
Ia juga menjelaskan tentang beberapa penyakit
yang dapat ditimbulkan akibat perilaku seksual yang menyimpang tersebut
antara lain herpes, syphilis, HIV, bahkan AIDS. Untuk itu ia mengajak
para peserta talkshow untuk hidup normal, setia serta menjadikan agama
sebagai benteng. (rol/lasdipo)
Aksi Seks Remaja Di “Parking Lot”
By editor-2 September 11, 2014 : 10:31 pm
TRIBUNNEWS.COM-
Sebuah kawasan lapang parking kereta yang tak digunakan lagi di sebuah
perumahan ternyata menjadi tempat luahan bercinta pasangan muda.
Warga di
sekitar Bukit Batok central, Singapura, sering menemukan pasangan
bercinta dan tak hanya itu, kerana kawasan parking bertingkat itu
menjadi tempat berjemur pasangan muda yang berada pada tingkat paling
atas parking tersebut.
Seorang
warga yang melintas sempat mengabadikan adegan hot pasangan muda yang
tak menduga jika aksi mereka ini tertangkap kamera dan beredar di dunia
maya.-saja-saja
Aksi Seks : Tandas Petronas Tempat Memadu Kasih
By editor-2 September 12, 2014 : 9:23 pm
Apabila
rasa malu hilang dan maruah diri seolah-olah tidak ada harga maka
maksiat yang mereka lakukan dianggap sebagai kebanggan yang ingin mereka
kongsi bersama kawan-kawan dan “public”.
Masalah
hanya timbul apabila gambar aksi seks mereka ini akhirnya digunakan
untuk memeras ugut apabila berlaku pertelingkahan yang membawa kepada
dendam.
Stesen
Petronas yang merupakan tempat yang agak sibuk pun sanggup mereka
jadikan “port” maksiat mereka. Apa bezanya mereka dengan binatang?
Tambahan pula tempat yang kotor tersebut merupakan “rumah” kepada segala
jenis syaitan yang merupakan kawan mereka berdua.
Baca : Sebab Lauk Kenduri, Salahkan Tuhan Tanpa Sedar
September 10, 2014 by
Baca : Sebab Lauk Kenduri, Salahkan Tuhan Tanpa Sedar
Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah
agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe
kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan
datang duduk sekali dg saya.
“Tak makan ka?” Dia menegur.”Tidak,saya
masih kenyang”. Balas saya.”Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang
ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja..” . Dia
merungut.
“Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.
“Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.
Tetapi
Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi
bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan
itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah
itu yg lebih utama”Dia terdiam,merah padam mukanya.
Saya nak
mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi
kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka
tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki Saturday, September 7, 2013
KANTOI!!! HUBUNGAN TERLARANG 'DEPAN' IBU BAPA SENDIRI
Gambar hiasan |
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penduduk yang merasa curiga dengan kewujudan sebuah motosikal berhampiran rumah keluarga gadis berkenaan segera ke rumah tersebut bagi melihat tetamu tidak diundang berkenaan.
Bagaimanapun menurut sumber, sebaik pintu rumah diketuk, ibu dan bapa gadis berkenaan, berusia 40-an yang berada di dalam rumah, terkejut apabila dimaklumkan penduduk kampung terdapat tetamu lain yang berkemungkinan menyelinap masuk ke rumah mereka.
“Lalu mereka membuat pemeriksaan ke dalam bilik anak gadis mereka yang berusia 15 tahun dan terkejut apabila terdapat seorang lelaki berusia 19 tahun di dalamnya.
“Berang dengan insiden berkenaan, ibu gadis segera membuat laporan polis pada malam sama selepas rahsia hubungan terlarang anak gadisnya bersama teman dikenali di dalam Facebook terbongkar di rumahnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Sumber berkata, pasangan berkenaan dipercayai baru sahaja berkenalan tiga bulan lalu dan pertemuan bitu bukanlah yang pertama memandangkan perlakuan sumbang tersebut turut dilakukan di lokasi lain termasuk rumah suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika mengesahkan kejadian berkata, kini kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan susulan kes rogol seorang gadis bawah umur.
“Suspek yang hanya bekerja kampung ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ditangkap. Jika sabit kesalahan, suspek akan berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.
Kisah Jururawat Dirogol Dalam Ambulans
Gambar Hiasan |
Seorang
jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam
ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini,
4 September lalu.
Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.
Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.
Sebelum itu, dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.
Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.
Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.
Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.
Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.
Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.
Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam.
Sebelum ini, laman-laman sosial kecoh dengan penyebaran khabar angin
mengenai tindakan seorang pemandu Ambulans Hospital Mersing merogol
seorang jururawat.
Bagaimanapun, ramai netizen menaruh simpati kepada si pemandu berkenaan sehingga ia membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya apa cerita sebenar yang berlaku di sebalik khabar angin yang tersebar.
Selepas membuat pencarian demi pencarian di google, seseorang telah menemui informasi terkini mengenai cerita sebenar kes itu di laman cari.com.my. Informasi ini berkaitan pendedahan mengejut oleh dua wanita misteri. Korang boleh baca di bawah.
Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam.
2 Wanita buat pendedahan mengejut cerita sebenar kes rogol jururawat Hospital Mersing
Bagaimanapun, ramai netizen menaruh simpati kepada si pemandu berkenaan sehingga ia membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya apa cerita sebenar yang berlaku di sebalik khabar angin yang tersebar.
Selepas membuat pencarian demi pencarian di google, seseorang telah menemui informasi terkini mengenai cerita sebenar kes itu di laman cari.com.my. Informasi ini berkaitan pendedahan mengejut oleh dua wanita misteri. Korang boleh baca di bawah.
Mengaku Bukan Islam Bagi Mengelak Ditangkap Khalwat
Seorang
wanita warga Singapura tergamak mengakui dirinya bukan beragama Islam
bagi mengelak dirinya dicekup bersama pasangannya dalam serbuan Ops
Ambang Merdeka, semalam.
Wanita terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki bukan Islam dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di sebuah hotel sekitar Taman Johor Jaya.
Ketika disoal anggota operasi mengenai agamanya, dengan selamba wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirinya bukan Islam meskipun dalam pasport tertera ‘binti’ pada namanya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya.
“Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan.
“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam.
“Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya.
Sementara itu, keinginan seorang pengurus sebuah syarikat untuk melampiaskan nafsu bersama gadis warga asing, terbantut apabila bilik hotel bajet dihuninya diserbu Jaij.
Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20an dalam serbuan berasingan.
Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa mula memasuki bilik hotel berkenaan sekitar jam 7 malam kelmarin sementara wanita warga asing itu pula hadir kira-kira jam 1 pagi semalam.
Beliau turut mengakui mendapatkan perkhidmatan seks ditawarkan oleh gadis genit warga asing itu pada harga RM200 bagi satu malam.
Wanita terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki bukan Islam dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di sebuah hotel sekitar Taman Johor Jaya.
Ketika disoal anggota operasi mengenai agamanya, dengan selamba wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirinya bukan Islam meskipun dalam pasport tertera ‘binti’ pada namanya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya.
“Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan.
“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam.
“Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya.
Sementara itu, keinginan seorang pengurus sebuah syarikat untuk melampiaskan nafsu bersama gadis warga asing, terbantut apabila bilik hotel bajet dihuninya diserbu Jaij.
Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20an dalam serbuan berasingan.
Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa mula memasuki bilik hotel berkenaan sekitar jam 7 malam kelmarin sementara wanita warga asing itu pula hadir kira-kira jam 1 pagi semalam.
Beliau turut mengakui mendapatkan perkhidmatan seks ditawarkan oleh gadis genit warga asing itu pada harga RM200 bagi satu malam.
Anak Dijadikan Pemuas Nafsu Serakah Bapa
Harapkan
pegar, pegar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan
kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai
tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.
Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.
Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.
Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.
Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.
“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.
Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.
Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.
Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.
“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.
Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.
Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.
Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.
“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.
Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.
Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.
Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.
“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Kisah Benar Isteri Curang Dengan Lelaki Di Pejabat
KISAH ini
terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak
macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10
tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi
perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa
handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat
handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir
macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak
seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti
dulu.
SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu
walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat
ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu,
dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya
dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya
mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak
bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.
SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk
dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal
handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja
terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya
capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma
nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera.
Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila
terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”.
Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan
dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu
ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia
bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika
itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi
kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama
viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.
PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja
dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam
dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.
Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya
dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta
tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri
saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang
selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon
saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab
panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada
hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia
berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati
saya melihat isteri saya berbohong.
Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi
dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal.
Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran
berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari
isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan
untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka
berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung
isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka
bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah
meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.
Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali
sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian
lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah
kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka
bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah
saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat
isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu.
Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya
pasang.
Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang
tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat
yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai.
Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi
kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang
sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi
night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun
dalam keadaan yang amat gelap.
Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati
mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah
agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki
oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan
terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa
yang mereka lakukan.
HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh
saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang ber zi na
itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap
perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya
meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya
berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan,
saya pun memandu kereta saya pulang.
Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan
jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya
pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali
lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada
ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan
tuhan kepada saya.
Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar
dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya
isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih
belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara
berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati
saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup
aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum
dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada
apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan
perbuatan keji di jalan tadi.
Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur
menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu,
selepas isteri saya mandi, dia minta disetu buhi. Saya beri alasan saya
penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara
perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil,
sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari
benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan
muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.
Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya
rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap.
Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di
dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya
jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan
dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan
saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada
bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka
isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita.
Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas
pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya
pada hari itu juga.
Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan
berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam
keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa
meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak
pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah
itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya
mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.
Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang
dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash
tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya.
Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada
saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih
tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya
beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.
Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil
menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium
dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan
tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas
pakaian selepas diminta oleh saya.
Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan
perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama
isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu
dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak
saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.
Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak,
menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya
meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada
keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan
isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara.
Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja,
sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.
Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya
memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti
hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat
mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka
terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah
salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa.
Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa
dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun
berzi na dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mertua saya mengucap panjang.
Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan
sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu,
isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia
memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan
berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu
kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD
dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang
ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka
‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan
kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun
mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta
ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat
terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami
sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya
terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain
dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan
lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada
di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak
saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah
melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.
Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup
mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah
mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak
saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau
sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke
mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan
bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian
saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya
nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang
pejabat agama.
Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali
bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa
bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari
cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas
bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati
kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin
itulah balasan Allah kepadanya.
Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua
saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan
bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh
yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya
tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang
diberahikan itu.
Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu
bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan
hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai
untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui
jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran
Allah yang sebenar.
KESIMPULAN
Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan
pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap
isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman
wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka
bebas sewaktu bekerja.
WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zi na
bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak
direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat.
Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata
kerana n afsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend
sekarang semua perbuatan zi na itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila na
fsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi
ranj angnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam
aksinya berkali-kali.
Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri
yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah
kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan
menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti.
Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja.
Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita
dalam masa yang sama.
Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat
berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk
menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri
memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga
maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam
ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat
sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka
meranalah si isteri.
Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti
sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan
bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami.
Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita
benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada
berkatnya.
Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis
terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya
hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’.
Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau
boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di
hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia.
Beliau turut menceritakan kisah zi na yang berleluasa secara
terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.
Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya
bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu c a’h
melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai
lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti
ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan
menggoda masing-masing melakukan zi n a. Ingatlah, rakaman dan berita
dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita
hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.
Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”.
Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan
segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari
landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak
sejahtera’.
Seks oral selepas samun
Kota Bharu – Seorang penjual sayur dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap tuduhan menyamun dan seks oral seorang mangsa dalam kejadian Mei lalu.
Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Amran Yunus, 36, dari Kampung Chicha, dekat sini, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda dan sebat.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa di ladang kelapa sawit Batu Jong, Kuala Krai, antara jam 7.20 petang hingga 9 malam.
Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun dan sebatan, lapor Hmetro.
Jet Peribadi Dengan Jalur Gemilang Di Israel, Jet Siapa?
Posted on Wednesday, September 10 @ 18:46:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas.
Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.
Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.
(BACA – VIDEO: Cegah Maksiat Apa Jadah Kalau Bogelkan Perempuan?)
Pemeriksaan lanjut Mynewshub.my mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.
Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang.
Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.
Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.
Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.
Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010. –mynewshub
Suami Ceraikan Isteri Kerana Nafsu Seks Yang Melampau.
Suami Ceraikan Isteri Kerana Nafsu Seks Yang Melampau. Seorang
Suami terpaksa merayu kepada pihak mahkamah supaya permohonan untuk
menceraikan isterinya diluluskan dalam satu dakwaan beliau.
Suami memberitahu pihak mahkama beliau seringkali dibuli apaila
melakukan hubungan seks secara berterusan setiap malam sejak mereka
berkhawin pada awal april 2014.
Lagi menyeksa apabila isterinya mahu dipuaskan dalam pelbagai jenis
aksi untuk memuaskan nafsunya, termasuklah aksi luar tabii, bukan
setakat itu malah isteri juga mangambil ubat tenaga batin untuk menambah
nafsu, ujurnya lagi.
Remaja Berjaya Ditahan Rogol Nenek Berusia 50-an.
Adakah patut budak ni rogol nenek tua yang sudah berusiah dalam
lingkungan 50-an, dia sepatutnya jaga keselamatan nenek tu dan bukannya
buat maksiat.
Dipercayai budak itu pecah rumah dengan bersenjata pisau, mengugut
mangsa yang sedang tidur, dan mengugut supaya manga mengikut arahan
terhadapnya, jeritan mangsa menyebabkan pengawal keselamatan segera
bertindak menangkap seorang remaja yang cuba melarikan diri.-saudagarberitablog.
Mamat Rakus Nak Minta Teman Wanitanya Buka Seluar Khalayak Ramai Tersebar.
Nafsu mamat ni tak kira waktu dan tempat, perasaan malu tidak dihiraukan
apabila dipengaruhi alkohol, tak pasal-pasal kena rekod video.
Padan dengan muka korang, tak reti ke orang ramai sekeliling duk tengok
kat korang je..malula sikit, mari kita skoding rakaman video mereka di
sini------>>>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan