AMK mahu Pengarah Besar Felda jelaskan lawatan
Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Pengarah
Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad menjelaskan kelibat beliau bersama
seorang lelaki dikehendaki polis antarabangsa.
Beliau merujuk kepada lawatan Faizoull ke kelab bola sepak Scotland Glasgow Rangers bersama Rafat Rizvi, yang dilaporkan akhbar Scotland beberapa hari lalu.
"Menurutnya (Faizoull), tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat potensi untuk menjalankan program pembangunan anak muda bersama Felda United.
"Bagaimanapun, mengapakah beliau perlu melibatkan Rafat, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis dalam urusan ini? Apatah lagi melantik Rafat sebagai penasihat beliau?
"Adakah Faizoull tidak sedar bahawa Rafat telahpun didapati bersalah atas kesalahan penipuan yang bernilai jutaan dollar oleh Mahkamah Jakarta kerana terlibat dalam skandal kejatuhan Bank Century Indonesia?" kata NiK Nazmi dalam kenyataan.
ADUN Seri Setia yang juga timbalan speaker Selangor itu mahu Faizoull menjelaskan lawatan itu kerana nama Felda turut dikaitkan.
"Tindakan Faizoull ini sangat mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan.
"Tambahan lagi, terdapat spekulasi bahawa beliau ingin membeli pasukan bola sepak Glasgow Rangers.
"Oleh yang demikian, saya menekankan agar Faizoull memberi penjelasan tentang perkara ini kerana beliau sebagai pengarah besar Felda perlulah bertanggungjawab atas tindakannya," katanya.
Tabloid Scotland, Daily Record sebelum ini menyiarkan gambar Faizoull melawat kelab bola Glasgow Rangers bersama Rafat Rivzi.
Beliau dilaporkan sebagai antara individu yang berminat membeli kelab itu yang berdepan kemerosotan prestasi.

Jumaat, 12 September 2014
Kedudukan Saham Felda Global Ventures. Apa Kata Macai Umno@BN ???
RM3.70 kedudukan terkini. Jauh melepasi
pembukaan awal semasa menyertai bursa Malaysia iaitu RM4.55. Apa lagi
yang nak dibanggakan.
Adakah nasib Felda Global Ventures akan
menjadi seperti glc-glc kerajaan yang saban tahun rugi seperti glc-glc
yang lain. Sudahlah mempertaruhkan tanah-tanah peneroka felda. Apalah
akan jadi kepada harta peneroka felda sekiranya keadaan ini terus
berkekalan, saham terus turun menjunam.
Kerajaan pula hanya berjanji tetapi
hasilnya kosong. Peneroka felda terus terhimpit dengan hutang yang
terpaksa dibayar kepada bank.
Posted & copy by
RAKYAT MARHAEN
UPSR: Mungkin tindakan sabotaj
11 September 2014
- Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin meluahkan rasa marah dan terkilan ketika diminta mengulas isu kebocoran kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Vientiane hari ini. - Foto Bernama
VIENTIANE - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu
pihak polis menyiasat insiden kebocoran kertas peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke akar umbi supaya mereka
yang bertanggungjawab boleh dihadapkan ke muka pengadilan.
"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media di sini untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.
Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kebocoran itu mungkin dilakukan dengan sengaja sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan Kementerian Pendidikan.
Katanya beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa dalang di sebalik insiden itu tetapi mahu pihak polis tidak menolak kemungkinan itu.
Muhyiddin berada di ibu negara Laos ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan (ASED ke-8))yang bermula hari ini.
Beliau yang begitu marah dan dukacita atas kejadian itu, berkata semua pihak yang terlibat sebelum ini telah diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian keratas solan bagi mengelak kejadian seumpama itu.
Menyifatkan kejadian kali ini amat ketara dalam sejarah peperiksaan awam, katanya beliau sebelum ini telah mengingatkan pihak Lembaga Peperiksaan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sama ada di peringkat negeri, daerah mahupun di peringkat sekolah.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat andaian kemungkinan penglibatan pegawai Lembaga Peperiksaan tetapi mahu pihak polis membuat siasatan untuk mengenal pasti dalang yang membocorkan kertas-kertas soalan.
Justeru, katanya, sebuah jawatankuasa bebas aakan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi membantu pihak kementerian dan polis bagi mengenal pasti punca sebenar kebocoran itu berlaku.
Muhyiddin juga terkilan kerana ia bukan sahaja menjejaskan integriti kementerian malah menunjukkan pihaknya tidak tahu bagaimana mengendalikan peperiksaan.
Beliau selaku menteri bertanggungjawab meminta maaf sekali lagi kepada ibu bapa serta pelajar kerana sebelum peperiksaan, mereka telahpun mengalami tekanan dan kini terpaksa menduduki semula peperiksaan itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan bertemu dengan pihak Lembaga Peperiksaan secepat mungkin untuk membincangkan bagaimana kerahsiaan dan kesahihan kertas peperiksaan boleh diperkukuhkan lagi. - Bernama
“Biarpun Muhyiddin telahpun memohon maaf atas kebocoran kertas Sains itu, ia tidak mencukupi.
“Beliau mesti memberi jaminan perkara seperti itu tidak akan berlaku untuk kertas Sains yang akan diambil pada tarikh baru nanti, iaitu pada 30 September.
“Muhyiddin perlu menunjukkan komitmennya dengan berjanji untuk meletakkan jawatan jika kebocoran masih berlaku dalam kesemua peperiksaan sekolah di Malaysia. Tetapi adakah dia berani membuat janji ini?” katanya dalam satu kenyataan.
Kian Ming turut menggesa Muhyiddin untuk turut memastikan kebocoran sama tidak berlaku untuk peperiksaan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
“Saya juga memohon Muhyiddin untuk turut memberi jaminan bahawa kebocoran serupa tidak akan berlaku untuk kertas peperiksaan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan berlangsung 13 hingga 17 Oktober nanti dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 3 November hingga 2 Disember, termasuk peperiksaan bertulis STPM.
“Integriti dan keselamatan PT3, SPM dan STPM adalah lebih penting memandangkan jika kebocoran berlaku lagi, tidak mungkin penangguhan boleh dilakukan kerana masa tidak mengizinkan,” ujarnya.
Jelas Kian Ming, khabar angin tentang kebocoran kertas SPM telah berlaku tahun lalu, namun Lembaga Peperiksaan menolak untuk mempercayainya.
“Sebagai tindak belas kepada khabar angin, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya.
“Malangnya, tidak ada sebarang butiran yang dilaporkan oleh petugas khas. Jika mereka telah menjalankan tugas, mengapa tidak ada sebarang cadangan untuk mengelak dari berlakunya kebocoran kertas Sains UPSR?,” soalnya.
Muhyiddin semalam telah menyatakan permohonan maaf kepada ibu bapa dan pelajar berhubung kertas soalan UPSR yang didapati bocor sehingga terpaksa ditangguhkan kepada 30 September.
Kertas peperiksaan Sains itu sepatutnya diduduki pelajar pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi hari ini.
Menurut Kementerian Pendidikan, pihaknya menerima laporan bahawa kertas Sains dengan kod 018, 028 dan 038 telah bocor. -Roketkini.com
KUALA LUMPUR 31hb Mac 2012 : Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
"Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara.
"Saya yakin dan percaya dengan adanya usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan kualiti modal insan yang dilahirkan, kita akan dapat meningkatkan lagi kedudukan negara kita dalam indeks daya saing global pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.
KUALA LUMPUR 10 Sept 2014. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.
Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.
Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).
Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.
PUTRAJAYA 11 Sept 2014. - Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 kerana terdapat laporan berlaku kebocoran pada kertas soalan ujian tersebut.
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINEPosted by OMAK KAU!!!!
Kerajaan perlu merangka tata-cara
untuk menjadikan isu ‘accountability’ ini sebagai satu elemen dan budaya
kepimpinan untuk negara untuk menjaga kewibawaan sesebuah kerajaan dan
khususnya sebuah Kementerian itu.
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan
Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga
empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.
Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.
Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung pelaksanaan GST dalam sektor hartanah khususnya perumahan yang merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Kita mengalu-alukan pelaksanaan GST namun berharap pelaksanaan dibuat secara telus dan bijaksana bagi memastikan sebarang impak yang mungkin timbul kelak tidak membebankan pemaju serta pembeli secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian perumahan REHDA bagi tempoh separuh pertama 2014 di sini. Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Soam Heng Choon.
Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, kajian yang dijalankan REHDA mendapati sebanyak 85 peratus respondens (dalam kalangan pemaju hartanah di Semenanjung Malaysia) mengakui perniagaan mereka terjejas berikutan langkah-langkah penstabilan pasaran hartanah yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Bajet 2014 lalu.
Justeru beliau berharap, kerajaan membenarkan semula pelaksanaan Skim Berjajaran Kepentingan Pemaju (DIBS) untuk pembeli rumah pertama berharga tidak melebihi RM400,000.
Kerajaan dalam Bajet 2014 melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri DIBS bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.
Kerajaan juga melaksanakan beberapa mekanisme kawalan iaitu melalui pengurangan Loan To Value (LTV) kepada 70 peratus sahaja bagi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya serta mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).
FD Iskandar dalam pada itu turut berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan meneliti semula syarat pinjaman perumahan kerana ramai pembeli khususnya pembeli rumah pertama sukar mendapatkan pembiayaan.
Beliau berkata, syarat pembiayaan perumahan yang ketat menyebabkan jualan sektor hartanah terutama kediaman berharga antara RM250,001 hingga RM500,000 menyusut pada separuh pertama 2014.
"Secara umumnya, para pemaju bersikap neutral dan pasimis terhadap unjuran industri hartanah bagi tempoh separuh kedua 2014 dan keadaan itu dijangka berterusan pada separuh pertama 2015," katanya.
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.
Presiden REHDA merangkap orang Kuat UMNO Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.
Sebelum itu apa Najib Razak beritahu satu dunia?????
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bukan bertujuan membebankan rakyat.
Perkara itu diulangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada majlis penerangan perdana GST di ibu negara, hari ini.
Sebaliknya ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.
Kata beliau, kerajaan telah mengambil kira semua aspek termasuk bebanan rakyat sebelum melaksanakan GST.
“Ini bukan cukai tambahan. Ini ganti cukai jualan dan perkhidmatan. Banyak tidak sedar cukai pendapatan telah turun tahun depan untuk semua kumpulan. BR1M juga dinaikkan tahun depan kepada tambahan RM300.”
Mengakui harga barang akan naik sedikit, namun penguatkuasaannya akan diperketat bagi memastikan tiada pihak yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.
“Barang naik, tetapi sedikit 1.8%. Kerajaan akan tambah pegawai KPDNKK, kalau sesiapa naik harga, tolong beritahu,” katanya lagi.
Tambah beliau kerajaan telah mengkaji pelaksanaan GST sejak 30 tahun lalu. Beliau melihat pelaksanaannya penting sebagai reformasi sistem cukai agar lebih telus dan efisien. Posted by OMAK KAU!!!!12:26PM - 12 Sep 2014
"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media di sini untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.
Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kebocoran itu mungkin dilakukan dengan sengaja sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan Kementerian Pendidikan.
Katanya beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa dalang di sebalik insiden itu tetapi mahu pihak polis tidak menolak kemungkinan itu.
Muhyiddin berada di ibu negara Laos ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan (ASED ke-8))yang bermula hari ini.
Beliau yang begitu marah dan dukacita atas kejadian itu, berkata semua pihak yang terlibat sebelum ini telah diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian keratas solan bagi mengelak kejadian seumpama itu.
Menyifatkan kejadian kali ini amat ketara dalam sejarah peperiksaan awam, katanya beliau sebelum ini telah mengingatkan pihak Lembaga Peperiksaan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sama ada di peringkat negeri, daerah mahupun di peringkat sekolah.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat andaian kemungkinan penglibatan pegawai Lembaga Peperiksaan tetapi mahu pihak polis membuat siasatan untuk mengenal pasti dalang yang membocorkan kertas-kertas soalan.
Justeru, katanya, sebuah jawatankuasa bebas aakan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi membantu pihak kementerian dan polis bagi mengenal pasti punca sebenar kebocoran itu berlaku.
Muhyiddin juga terkilan kerana ia bukan sahaja menjejaskan integriti kementerian malah menunjukkan pihaknya tidak tahu bagaimana mengendalikan peperiksaan.
Beliau selaku menteri bertanggungjawab meminta maaf sekali lagi kepada ibu bapa serta pelajar kerana sebelum peperiksaan, mereka telahpun mengalami tekanan dan kini terpaksa menduduki semula peperiksaan itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan bertemu dengan pihak Lembaga Peperiksaan secepat mungkin untuk membincangkan bagaimana kerahsiaan dan kesahihan kertas peperiksaan boleh diperkukuhkan lagi. - Bernama
Kertas soalan UPSR bocor, Muhyiddin dituntut beri jaminan
11 September 2014
KUALA LUMPUR, 11 SEPT: DAP hari
ini menuntut agar Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin memberi jaminan
bahawa kebocoran mengejutkan seperti berlaku dalam kertas matapelajaran
Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan berulang lagi.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, kebocoran tersebut
telah memberi kesan besar kepada hampir setengah juta pelajar dan
keluarga mereka, malah menghakis kepercayaan orang ramai terhadap
integriti kertas peperiksaan akan datang jika ia tidak diatasi.“Biarpun Muhyiddin telahpun memohon maaf atas kebocoran kertas Sains itu, ia tidak mencukupi.
“Beliau mesti memberi jaminan perkara seperti itu tidak akan berlaku untuk kertas Sains yang akan diambil pada tarikh baru nanti, iaitu pada 30 September.
“Muhyiddin perlu menunjukkan komitmennya dengan berjanji untuk meletakkan jawatan jika kebocoran masih berlaku dalam kesemua peperiksaan sekolah di Malaysia. Tetapi adakah dia berani membuat janji ini?” katanya dalam satu kenyataan.
Kian Ming turut menggesa Muhyiddin untuk turut memastikan kebocoran sama tidak berlaku untuk peperiksaan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
“Saya juga memohon Muhyiddin untuk turut memberi jaminan bahawa kebocoran serupa tidak akan berlaku untuk kertas peperiksaan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan berlangsung 13 hingga 17 Oktober nanti dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 3 November hingga 2 Disember, termasuk peperiksaan bertulis STPM.
“Integriti dan keselamatan PT3, SPM dan STPM adalah lebih penting memandangkan jika kebocoran berlaku lagi, tidak mungkin penangguhan boleh dilakukan kerana masa tidak mengizinkan,” ujarnya.
Jelas Kian Ming, khabar angin tentang kebocoran kertas SPM telah berlaku tahun lalu, namun Lembaga Peperiksaan menolak untuk mempercayainya.
“Sebagai tindak belas kepada khabar angin, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya.
“Malangnya, tidak ada sebarang butiran yang dilaporkan oleh petugas khas. Jika mereka telah menjalankan tugas, mengapa tidak ada sebarang cadangan untuk mengelak dari berlakunya kebocoran kertas Sains UPSR?,” soalnya.
Muhyiddin semalam telah menyatakan permohonan maaf kepada ibu bapa dan pelajar berhubung kertas soalan UPSR yang didapati bocor sehingga terpaksa ditangguhkan kepada 30 September.
Kertas peperiksaan Sains itu sepatutnya diduduki pelajar pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi hari ini.
Menurut Kementerian Pendidikan, pihaknya menerima laporan bahawa kertas Sains dengan kod 018, 028 dan 038 telah bocor. -Roketkini.com
Friday, 12 September 2014
ADAKAH INI BUKTI KENTAL BAHAWA SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN LEBIH BAIK BERBANDING NEGARA-NEGARA MAJU???????
KUALA LUMPUR 31hb Mac 2012 : Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
"Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara.
"Saya yakin dan percaya dengan adanya usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan kualiti modal insan yang dilahirkan, kita akan dapat meningkatkan lagi kedudukan negara kita dalam indeks daya saing global pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.
KUALA LUMPUR 10 Sept 2014. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.
Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.
Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).
Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.
PUTRAJAYA 11 Sept 2014. - Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 kerana terdapat laporan berlaku kebocoran pada kertas soalan ujian tersebut.
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINEPosted by OMAK KAU!!!!
12 September 2014
Kebocoran kertas UPSR: Jika diikut budaya dan etika negara maju Menteri Pelajaran patut meletakkan jawatan
Kementerian Pelajaran telah
menggantung tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan, Na’imah Ishak dan Pengarah
Operasi Lembaga itu, Wan Ilias Wan Salleh berkaitan kebocoran kertas peperiksaan
UPSR baru-baru ini. Ini telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin
Yassin yang kini sedang berada di luar negara kerana tugas rasmi kerajaan. Penggantungan tugas kedua-dua orang pegawai
kanan kerajaan ini merupakan tindakan yang betul kerana ia telah melibatkan
lebih dari empat ratus ribu pelajar yang sedang mengambil peperiksaan itu.
Tindakan ini amat perlu kerana
bagi mengekalkan intergriti Lembaga Peperiksaan khususnya dan Kementerian
Pelajaran amnya. Kebocoran kertas peperiksaan ini sudah lama kedengaran berlaku
dan kali ini merupakan kebocoran yang amat menakutkan untuk dihadapi oleh
kanak-kanak sekolah yang sedang menguji kemampuan pembelajaran mereka.
Ia sudah pasti dilakukan oleh
individu-individu yang tidak beramanah yang akan menjejaskan prestasi dan
intergriti Lembaga Peperiksaan yang sangat penting bagi pembangunan pelajaran
dan pendidikan Negara.
Sebagai sebuah Negara yang
berdaulat pegawai-pegawai yang tidak jujur itu bertanggungjawab keatas
kebocoran ini, tetapi dalam sebuah Negara maju, pemimpin yang memimpin itu
perlu mengambil ‘accountability’ terhadap kesalahan yang sangat besar ini.
Selalunya dinegara-negara maju Menteri yang bertanggungjawab terhadap
Kementerian yang berlakunya kesalahan seperti itu.
Tetapi dinegara ini pemimpin
Kementerian itu belum lagi mahu menerima hakikat bahawa mereka mempunyai ‘accountability’
terhadap kejadian ini. Itu sebabnya kejadian ini boleh diambil kesempatan oleh
kerajaan memerintah untuk meminta Menteri bertanggungjawab untuk meletakkan
jawatan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan negara kita ini adalah
satu kerajaan yang mengambil isu ‘accountability’ ini sebagai isu yang sangat
penting.
Jika Muhyidin mengambil tindakan
untuk meletakkan jawatan, ianya akan pasti meningkatkan keyakinan rakyat kepada
kerajaan hari ini dan boleh menunjukkan kepada rakyat ramai yang kerajaan kita
‘mean business’ terhadap semua perkara yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan
yang berwibawa.
Tetapi kita semua boleh lihat
samada isu ‘accountability’ ini dijadikan perkara dan isu penting bagi kerajaan
yang mengaku sebagai kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap
rakyat dan negara.
Beberapa tahun yang lalu beberapa
orang banduan telah meluluskan diri dan keluar dari tahanan dari penjara di
Korea. Walaupun Pengarah Penjara nya bertanggungjawab tetapi Menteri Dalam
Negeri nya telah meletakkan jawatan setelah beberapa orang banduan dalam penjara di negara itu melepaskan diri keluar
dan melarikan diri ke pendalaman negara itu.
Dalam masa yang sama kalau kita
masih ingat begitu ramai banduan dipenjara Kajang telah meluluskan diri dan
lari menghilangkan diri di tempat persembunyian mereka. Tidak seorang pun yang
mengambil tindakan mengambil ‘accountability’ dan Menteri di Kementerian Dalam
Negeri tetap berada di pejabatnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di jabatan
di bawah Kementeriannya.
Mungkin mengambil ‘accountability’ seperti ini belum diambil
serius oleh kerajaan kita tetapi sebagai sebuah negara yang baru sahaja
merayakan ulang tahun kemerdekaan kita yang ke-57 mengambil ‘accountability’
dalam isu seperti ini sepatutnya sudah menjadi budaya dalam kepimpinan kita.
Elok kerajaan kita mengambil isu
ini secara serius bagi menjaga intergriti kerajaan yang selama ini selalu
tercemar oleh kerana tidak ada pihak yang mahu mengambil ‘accountability’
sebagai elemen yang sangat penting dalam sesebuah kerajaan yang berkepimpinan
dan beretika.
GST: Harga rumah dijangka naik 3-4%
Oleh YULPISMAN ASLI
ekonomi@utusan.com.my
ekonomi@utusan.com.my
Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.
Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung pelaksanaan GST dalam sektor hartanah khususnya perumahan yang merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Kita mengalu-alukan pelaksanaan GST namun berharap pelaksanaan dibuat secara telus dan bijaksana bagi memastikan sebarang impak yang mungkin timbul kelak tidak membebankan pemaju serta pembeli secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian perumahan REHDA bagi tempoh separuh pertama 2014 di sini. Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Soam Heng Choon.
Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, kajian yang dijalankan REHDA mendapati sebanyak 85 peratus respondens (dalam kalangan pemaju hartanah di Semenanjung Malaysia) mengakui perniagaan mereka terjejas berikutan langkah-langkah penstabilan pasaran hartanah yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Bajet 2014 lalu.
Justeru beliau berharap, kerajaan membenarkan semula pelaksanaan Skim Berjajaran Kepentingan Pemaju (DIBS) untuk pembeli rumah pertama berharga tidak melebihi RM400,000.
Kerajaan dalam Bajet 2014 melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri DIBS bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.
Kerajaan juga melaksanakan beberapa mekanisme kawalan iaitu melalui pengurangan Loan To Value (LTV) kepada 70 peratus sahaja bagi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya serta mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).
FD Iskandar dalam pada itu turut berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan meneliti semula syarat pinjaman perumahan kerana ramai pembeli khususnya pembeli rumah pertama sukar mendapatkan pembiayaan.
Beliau berkata, syarat pembiayaan perumahan yang ketat menyebabkan jualan sektor hartanah terutama kediaman berharga antara RM250,001 hingga RM500,000 menyusut pada separuh pertama 2014.
"Secara umumnya, para pemaju bersikap neutral dan pasimis terhadap unjuran industri hartanah bagi tempoh separuh kedua 2014 dan keadaan itu dijangka berterusan pada separuh pertama 2015," katanya.
Friday, 12 September 2014
GST BENAR SUNGGUH TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT KERANA HARGA RUMAH NAIK BARU 6% ... KALAU RASA MAHAL JANGAN BELI!!!!!!
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.
Presiden REHDA merangkap orang Kuat UMNO Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.
Sebelum itu apa Najib Razak beritahu satu dunia?????
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bukan bertujuan membebankan rakyat.
Perkara itu diulangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada majlis penerangan perdana GST di ibu negara, hari ini.
Sebaliknya ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.
Kata beliau, kerajaan telah mengambil kira semua aspek termasuk bebanan rakyat sebelum melaksanakan GST.
“Ini bukan cukai tambahan. Ini ganti cukai jualan dan perkhidmatan. Banyak tidak sedar cukai pendapatan telah turun tahun depan untuk semua kumpulan. BR1M juga dinaikkan tahun depan kepada tambahan RM300.”
Mengakui harga barang akan naik sedikit, namun penguatkuasaannya akan diperketat bagi memastikan tiada pihak yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.
“Barang naik, tetapi sedikit 1.8%. Kerajaan akan tambah pegawai KPDNKK, kalau sesiapa naik harga, tolong beritahu,” katanya lagi.
Tambah beliau kerajaan telah mengkaji pelaksanaan GST sejak 30 tahun lalu. Beliau melihat pelaksanaannya penting sebagai reformasi sistem cukai agar lebih telus dan efisien. Posted by OMAK KAU!!!!12:26PM - 12 Sep 2014
IGP diarah tangkap bekas suami Indira
Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar menahan K Pathmanathan @ Muhd Ridhuan Abdullah dan mengambil anak
berusia enam tahun, Prasana Diksa dari jagaan lelaki tersebut.
Arahan tersebut perlu dilaksanakan dalam tempoh seminggu.
Arahan itu susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng yang mengeluarkan perintah mandamus supaya Khalid bertindak dan membuat tangkapan.
Hakim Lee juga menolak keputusan peguam kanan persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan arahan mandamus tersebut.
Ini berdasarkan satu tulisan MP Ipoh Barat, M Kulasegaran di Twitter. Kulasegaran merupakan salah seorang peguam yang mewakili guru tadika, M Indira Gandhi dalam kes penukaran agama sepihak dan perebutan hak jagaan anak.
Pendengaran di Ipoh itu dijalankan susulan permohonan semakan semula oleh Indira Gandhi pada Jun untuk mengarahkan Khalid menahan Ridhuan dan memulangkan anak tersebut kepada ibu berkenaan.
Ketua polis negara atau wakilnya perlu menjawab di mahkamah Ipoh bagi menjelaskan alasan untuk tidak membuat penahanan.
Laporan pada hari Rabu lalu menyebut, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Ridhuan untuk mendapatkan tempoh lanjutan bagi memfailkan memorandum rayuan selepas bantahan oleh peguam Indira Gandhi.

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak!
Posted on July 10, 2014 by amirasulaiman
37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak!
Kadang-kadang kita merungut tentang sikap anak-anak. Pelbagai cara kita lakukan untuk yang terbaik untuk anak-anak.
Dan
pelbagai cara kita cuba untuk ‘menyempurnakan’ untuk anak-anak tapi
tanpa kita sedari, banyak kesilapan yang telah kita lakukan tanpa
sengaja.
- Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
- Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
- Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
- Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
- Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?
Jika ada jawapan YA, sila baca tips di bawah;
1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu
anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan, mereka tanpa sengaja
melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang
dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan
memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil
berkata,
“Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja … sudah cup …. cup … diam ye ..
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika
proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya
kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang
salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa
sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau
pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul.
Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita.

Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?
Sebaiknya,
ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah
padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit):
“Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. “
2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa?
Mengapa?
Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada
ibubapanya. Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak
menuruti arahan atau permintaan kita?
Apa yang berlaku?
Apa yang berlaku?
Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya.
Salah
satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari,
anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan
perumahan. Apa yang kita lakukan?
Apakah kita
menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong
dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita
bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan;
“Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang.”
Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita;
“Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan”
Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari
beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil, kesannya ternyata
besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak
tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak.
Akhirnya,
anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah bohong dan
anak mula tidak menuruti segala perkataan kita. Apa yang sebaiknya kita
lakukan?
Berkatalah dengan jujur kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:
“Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut.”
Kita
tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini. Pastinya memerlukan lebih
masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan
menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa
ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari.
Kita
harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus.
Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu
pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut.
Sebaliknya
bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya.
Pastikan kita selalu jujur dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu
memahami dan menuruti apa yang kita katakan.
3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran
“Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak tolong! ”
“Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!”
Pada
anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan dengan
cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau tanpa kita
menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman.
Apa lagi jika ada ayat tambahan “…. nanti Mama / Papa marah!”
Seorang
anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh
mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal cara
ibubapanya.
Hal ini terjadi bila kita sering
menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada
tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang
pernah kita ucapkan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Kita
tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak, hadapkan
seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut,
namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan
yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata,
“Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu. Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. ”
Tidak
perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan
suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya;
“Sayang,
bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan
simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa /
Mama keluarkan jika kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. ”
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.
4. Bicara Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud
Pernahkah kita mengherdik anak dengan ayat seperti,
“Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!” Atau “Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!”
Namun
kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau
tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang
diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hal seperti itu.
Akibatnya
anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang
dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya.
Hal
ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan
hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk membuat
ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu
salah di hadapan ibubapa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Sampaikanlah hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau perlukan ketika kita menegur perilaku atau hal yang tidak kita sukai.
Berkomunikasi
dengan berkesan tentang hal atau perilaku yang kita inginkan atau
perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau perilaku
yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih dengan tulus
dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk berubah.
5. Menekankan pada Hal-hal yang salah
Ramai
ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak patuh dan suka
bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada mereka,
kita cuba melerai atau bahkan memarahi.
Tapi
apakah kita sebagai ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain
dengan leka? Kita selalu menganggap bahawa tidak perlu menyapa mereka
kerana mereka sedang leka.
Situasi ini adalah salah, kerana akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat menarik perhatian ibubapanya,
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Beri
pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain, setiap kali mereka
berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami. Peluklah
mereka sebagai tanda senang dan sayang.
6. Merendahkan Diri Sendiri
Apa
yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih dari
belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada mereka,
“Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !”
Atau
kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang
mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah
ketika yang ditakuti adalah Papa.
Perhatikanlah
ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah mengajarkan
pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka main PS adalah
bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti.
Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Dekati
anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita ingin
dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya:
“Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi?”
Bila jawapannya “lima minit lagi Pa / Ma”.
Kita
jawab kembali, “Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika
tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan
simpan PS sampai esok “.
Selepas lima minit,
dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika
anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut.
7. Ibubapa Tidak Tegas
Mendidik
anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi
kedua-duanya. Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam mendidik
anak-anaknya.
Anak mudah menangkap rasa yang
menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya. Contoh, seorang ibu
melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja
sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat
tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress.
Jika
hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik,
akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan
dengan berlindung dengan pembelaan bapanya.
Begitu juga sebaliknya. Di hadapan anak, jangan berbeza pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak.
Pada
masa salah seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita
harus menyokongnya. Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku
baik terhadap si kakak, dan si ayah harus menyokong pernyataan,
“Betul kata mama, Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak ..”
Assalamualaikum…
Saya ada soalan utk ditanya…
adakah seseorg itu brperangai buruk skiranya trdapat ahli kluarganya yg brperangai buruk???sy menanyakan soalan ini krana sy tlah mghadiri byk ceramah dan pnceramah rata-rata mgatakan skiranya kita hndak mgetahui bgaimana sikap seseorg itu hndaklah kita mlihat kpd kluarganya…bgaimana sikap kluarganya,bgitulah sikapnya…benarkah pernyataan trsebut???
sy mohon mklum bls…
syukran…
assalamualaikum…
***********************************************
Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh.
Terima kasih Nur kerana bertanya soalan ini.
Berdasarkan hadis di atas, apa yang saya fahami dari maksud penceramah itu ialah tabiat semulajadi seseorang sedikit sebanyak akan diwarisi dari ahli keluarganya. Tabiat itu merangkumi tabiat yang baik dan tabiat yang kurang baik. Bukan tabiat buruk sahaja yang akan diwarisi dari keluarga.
Sebagai contoh, lazimnya ibubapa yang peramah akan mewariskan sikap peramah itu kepada anak-anaknya. Sikap peramah itu secara umumnya dipandang positif namun jika peramah tidak bertempat maka akan memberi kesan negatif. Begitu juga jika ibubapa mempunyai tabiat yang garang dan kasar, ia akan diwariskan kepada anak-anaknya. Pepatah Melayu ada menyatakan, “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Sebab itulah ibubapa dan anak-anak akan mempunyai persamaan sikap yang positif dan negatif. Bukan itu sahaja, sekiranya diperhatikan, kesan dari tabiat ibubapa, umumnya adik-beradik turut berkongsi sifat atau perangai yang sama seperti lemah lembut, tegas, keras, penyayang, mudah mengalah dan lain-lain.
Walau apa pun, semua sikap tersebut masih boleh dibentuk ke arah yang lebih baik atas usaha individu itu sendiri setelah dia membesar dan dewasa. Sikap positif warisan keluarga perlu dikekalkan dan ditambah baik lagi dan sikap yang negatif boleh dikurangkan dengan latihan demi latihan yang berterusan. Sikap-sikap itu juga masih boleh dibentuk dengan memilih rakan yang baik dan ikhlas memberi teguran. Atau dengan perkataan lain memilih ‘biah solehah’ – yakni persekitaran yang baik. Sebaik-baik asuhan dan cara membentuk diri ke arah yang lebih baik ialah mendekatkan diri kepada Allah dan teman-teman yang juga ingin mendekatkan diri kepada Allah.
Ramai juga ibubapa yang menyedari kekurangan diri dalam mendidik anak-anak berusaha menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau sekolah yang baik. Jadi dalam hal begini, anak-anak perlulah memahami bahawa tabiat negatif yang ada pada ibubapa bukanlah disengajakan sehingga anak-anak perlu menurut semua perkara yang ada pada mereka. Umumnya ibubapa suka jika anak-anak memilih yang baik untuk diikuti dan perkara yang buruk dijauhi. Bak kata pepatah, “Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”.
Antara langkah mendekatkan diri kepada Allah ialah menambah ilmu bermula dari aqidah, ibadah dan akhlak. Setelah berilmu, ilmu itu hendaklah diamalkan seupaya yang boleh. Hanya dengan ilmu, kita mampu membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk menurut pandangan Allah swt.
Sejarah telah membuktikan bagaimana Umar al-Khattab yang terkenal garang dan kasar itu akhirnya menjadi antara 10 sahabat Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga. Umar al-Khattab semasa kafirnya membunuh anak perempuannya hidup-hidup namun menjadi insan pengasih dan penyayang selepas memeluk Islam serta mendapat tarbiyah langsung dari Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, dia masih terkenal dengan sikap kerasnya namun sikap kerasnya itu banyak dipositifkan untuk membela Islam. Ia berbeza dengan Abu Bakar r.a yang terkenal lemah lembut kerana sejak kecilnya dia memang bersahabat rapat dengan Muhammad bin Abdullah.
Ketegasan Umar al-Khattab r.a juga banyak menjadi asbab turunnya wahyu yang memutuskan hukum bagi sesuatu perkara. Antaranya ialah mengenai hijab wanita. Setiap sahabat Rasulullah s.a.w dengan tabiatnya masing-masing menjadi penyumbang kepada perjuangan Islam. Hamzah dengan semangat juangnya dan berani. Abu Ubaidah dengan sikap pemurahnya dan lain-lain lagi. Semua sikap semulajadi yang sukar diubah itu dipositifkan dan disepadukan untuk meninggikan kalimah Allah swt. Oleh sebab itu, kita perlu meraikan setiap kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap individu. Asalkan kekurangan tidak dijadikan alasan untuk melakukan maksiat kepada Allah swt dengan sengaja.
Rumusannya, apa yang diperkatakan oleh penceramah itu benar. Cuma perlu ditambah yakni perlu juga dilihat siapa rakan-rakan rapat seseorang itu dan persekitaran ia dibesarkan.
Sekian. Wassalam.
Ummu Abbas
Apakah tabiat buruk diwarisi dari keluarga?
Saya ada soalan utk ditanya…
adakah seseorg itu brperangai buruk skiranya trdapat ahli kluarganya yg brperangai buruk???sy menanyakan soalan ini krana sy tlah mghadiri byk ceramah dan pnceramah rata-rata mgatakan skiranya kita hndak mgetahui bgaimana sikap seseorg itu hndaklah kita mlihat kpd kluarganya…bgaimana sikap kluarganya,bgitulah sikapnya…benarkah pernyataan trsebut???
sy mohon mklum bls…
syukran…
assalamualaikum…
***********************************************
Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh.
Terima kasih Nur kerana bertanya soalan ini.
Rasulullah s.a.w pernah berkata yang bermaksud,
“Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis tersebut memberi maksud seperti pepatah Melayu lama ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’.Berdasarkan hadis di atas, apa yang saya fahami dari maksud penceramah itu ialah tabiat semulajadi seseorang sedikit sebanyak akan diwarisi dari ahli keluarganya. Tabiat itu merangkumi tabiat yang baik dan tabiat yang kurang baik. Bukan tabiat buruk sahaja yang akan diwarisi dari keluarga.
Sebagai contoh, lazimnya ibubapa yang peramah akan mewariskan sikap peramah itu kepada anak-anaknya. Sikap peramah itu secara umumnya dipandang positif namun jika peramah tidak bertempat maka akan memberi kesan negatif. Begitu juga jika ibubapa mempunyai tabiat yang garang dan kasar, ia akan diwariskan kepada anak-anaknya. Pepatah Melayu ada menyatakan, “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Sebab itulah ibubapa dan anak-anak akan mempunyai persamaan sikap yang positif dan negatif. Bukan itu sahaja, sekiranya diperhatikan, kesan dari tabiat ibubapa, umumnya adik-beradik turut berkongsi sifat atau perangai yang sama seperti lemah lembut, tegas, keras, penyayang, mudah mengalah dan lain-lain.
Walau apa pun, semua sikap tersebut masih boleh dibentuk ke arah yang lebih baik atas usaha individu itu sendiri setelah dia membesar dan dewasa. Sikap positif warisan keluarga perlu dikekalkan dan ditambah baik lagi dan sikap yang negatif boleh dikurangkan dengan latihan demi latihan yang berterusan. Sikap-sikap itu juga masih boleh dibentuk dengan memilih rakan yang baik dan ikhlas memberi teguran. Atau dengan perkataan lain memilih ‘biah solehah’ – yakni persekitaran yang baik. Sebaik-baik asuhan dan cara membentuk diri ke arah yang lebih baik ialah mendekatkan diri kepada Allah dan teman-teman yang juga ingin mendekatkan diri kepada Allah.
Perumpamaan berkawan dengan orang yang baik dan orang yang jahat, adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup dapur tukang besi. Pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu atau kamu akan membeli daripadanya, atau mungkin kamu akan mendapati aroma harum daripadanya. Adapun peniup dapur, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk daripadanya.Hadis direkodkan oleh Sahih Bukhari dan Muslim
Ramai juga ibubapa yang menyedari kekurangan diri dalam mendidik anak-anak berusaha menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau sekolah yang baik. Jadi dalam hal begini, anak-anak perlulah memahami bahawa tabiat negatif yang ada pada ibubapa bukanlah disengajakan sehingga anak-anak perlu menurut semua perkara yang ada pada mereka. Umumnya ibubapa suka jika anak-anak memilih yang baik untuk diikuti dan perkara yang buruk dijauhi. Bak kata pepatah, “Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”.
Antara langkah mendekatkan diri kepada Allah ialah menambah ilmu bermula dari aqidah, ibadah dan akhlak. Setelah berilmu, ilmu itu hendaklah diamalkan seupaya yang boleh. Hanya dengan ilmu, kita mampu membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk menurut pandangan Allah swt.
Sejarah telah membuktikan bagaimana Umar al-Khattab yang terkenal garang dan kasar itu akhirnya menjadi antara 10 sahabat Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga. Umar al-Khattab semasa kafirnya membunuh anak perempuannya hidup-hidup namun menjadi insan pengasih dan penyayang selepas memeluk Islam serta mendapat tarbiyah langsung dari Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, dia masih terkenal dengan sikap kerasnya namun sikap kerasnya itu banyak dipositifkan untuk membela Islam. Ia berbeza dengan Abu Bakar r.a yang terkenal lemah lembut kerana sejak kecilnya dia memang bersahabat rapat dengan Muhammad bin Abdullah.
Ketegasan Umar al-Khattab r.a juga banyak menjadi asbab turunnya wahyu yang memutuskan hukum bagi sesuatu perkara. Antaranya ialah mengenai hijab wanita. Setiap sahabat Rasulullah s.a.w dengan tabiatnya masing-masing menjadi penyumbang kepada perjuangan Islam. Hamzah dengan semangat juangnya dan berani. Abu Ubaidah dengan sikap pemurahnya dan lain-lain lagi. Semua sikap semulajadi yang sukar diubah itu dipositifkan dan disepadukan untuk meninggikan kalimah Allah swt. Oleh sebab itu, kita perlu meraikan setiap kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap individu. Asalkan kekurangan tidak dijadikan alasan untuk melakukan maksiat kepada Allah swt dengan sengaja.
Rumusannya, apa yang diperkatakan oleh penceramah itu benar. Cuma perlu ditambah yakni perlu juga dilihat siapa rakan-rakan rapat seseorang itu dan persekitaran ia dibesarkan.
Sekian. Wassalam.
Ummu Abbas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan