Selasa, 2 September 2014

BILA MEMAHAMI AGAMA DENGAN SECARA TERUS...TIDAK MEMAHAMI KAEDAH2 LAIN...CONTOH MENGAMBIL MUDHARAT KECIL MENGELAK MUHDARAT BESAR ...HADIS LARANGAN DENGAN DENGAN HADIS PERINGATAN....CONTOH BAHU SENGET JIKA TIDAK ADIL DENGAN ISTERI2/POLIGAMI....INI PERINGATAN BUKAN LARANGAN POLIGAMI....KIAS2 YANG LAIN2.KITA NAMPAK PELIK HUKUM TU...KERANA KITA HANYA BACA KITAB SETINGGI 5 KAKI TINGGI....SEDANGKAN MEREKA TELAH BACA KITAB 10 KAKI TINGGI....BERMAKNA KITA TAK TAHU HUKUM YANG LAIN SEBAB KITA BARU BACA DAN MEMAHAMI KITAB SETINGGI 5 KAKI SAJA






Tuesday, 2 September 2014


EDISI CUIT MINDA BIAR GAMBAR BERBICARA.

Tidak perlu memberikan ulasan panjang lebar tetapi cukup sekadar gambar sebagai bahan bukti berbicara.

Ketika orang ramai sekadar pandang tanpa menghulurkan bantuan .. seorang ahli Unit Amal PAS Malaysia yang kebetulan berada ditempat kejadian berkejar memberikan bantuan sehinggakan mendahului anggota polis trafik sendiri.

Lihat .. Fikir dan akhirnya Nilai.

Hajat Blogger Dr. Fatin Liyana yang tidak boleh ditolak

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
fatin liyana asri terkini
Fatin Liyana bersama sahabat aku Prof. Dato’ Dr. Raymond
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
  1. Fatin Liyana top blogger Denaihati
  2. Fatin Liyana top blogger Malaysia
  3. Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?

Jangan anggap PAS sama dengan parti lain

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.
Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.
"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.
Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.
Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014

Tuesday, 2 September 2014


AKHIRNYA IBU YANG MEMFITNAH GURU BAHASA INGGERIS MENAMPAR MUKA ANAKNYA SAMPAI BERKESAN MOHON MAAF.


Georgetown :“Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong,” kata Norhafizah Abu Bakar, 27, yang kesal dengan insiden anak lelakinya, Muhammad Azrul Danish, 7, ditampar guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Kesal dengan apa yang berlaku Norhafizah, tampil membuat permohonan maaf itu kepada semua tenaga pengajar sekolah terbabit terutama pengetuanya.

Katanya, pihaknya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ingin menyelesaikan masalah berkenaan secara baik selain turut mengaku kejadian berpunca akibat sikap yang terlalu terburu-buru.

“Tindakan terburu-buru kami mengakibatkan berlaku salah faham selain mendengar sebelah pihak semata-mata, saya meminta maaf kepada guru besar, Aliasa Abdul Rahman, guru bahasa Inggeris dan semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.

“Saya mengaku atas kesilapan dalam menangani masalah itu dan demi menjaga nama baik sekolah serta mempertahankan kredibiliti, integriti dan maruah semua tenaga pengajar sekolah permohonan maaf ini dibuat,” katanya, semalam.

Dia dan suami turut melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku selain berhasrat menemui guru besar termasuk guru wanita untuk meminta maaf sekali gus menyelesaikan masalah itu.

Tuesday, 2 September 2014


KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NAFI MENURUNKAN TANDA TANGAN KENYATAAN WANITA PAKATAN RAKYAT SOKONG KAK WAN SEBAGAI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU.



Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu. - HARAKAHDAILY 2/9/2014


Diperturunkan berita yang berkaitan.

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Wanita Pakatan Rakyat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Sokongan itu dinyatakan Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan bersama sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57.

Sokongan Siti Zailah adalah satu kejutan, memandangkan PAS sebelum ini turut mencadangkan nama kedua, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kemudiannya menolak kerana berpegang kepada keputusan majlis pimpinan pusat PKR untuk kekal dengan satu nama.

“Hari ini (31 Ogos) wanita Pakatan bersatu dalam menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kami bersama-sama untuk mengesahkan pendirian kami, bahawa beliau seharusnya dilantik sebagai Menteri Besar.

“Apabila perlembagaan negeri sendiri tidak menyokong diskriminasi gender, jelas bahawa wanita boleh mengetuai negeri,” kata mereka.

Mengulas lanjut kata mereka, masalah pelantikan tidak akan timbul jika Wan Azizah adalah seorang lelaki, memandangkan beliau sudah pun memiliki sokongan majoriti 30 daripada 43 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

“Kenapa ada penentangan yang begitu mengganggu terhadap wanita sebagai Menteri Besar?” soal mereka.
Kata mereka lagi, kepimpinan tokoh wanita yang mesra dipanggil ‘Kak Wan’ itu sudah pun terbukti apabila mengepalai gerakan Reformasi pada tahun 1999 dan menjadi Presiden PKR sehingga kini.

“Beliau adalah wanita kedua dalam sejarah Malaysia yang mengetuai parti politik, selepas Ganga Nayar yang menubuhkan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia pada tahun 1978.

“Kak Wan juga mendapat sokongan sebulat suara untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen selepas Pilihanraya Umum (PRU) 2008,” kata mereka lagi.

Keteguhan Wan Azizah kata mereka, terbukti apabila tidak pernah mengundur dalam perjuangan walaupun terpaksa menghadapi serangan BN tanpa henti selama 16 tahun.

“Itu adalah kayu ukur sebenar bagi seorang pemimpin. Kak Wan adalah pemimpin contoh dalam politik Malaysia, sebaris dengan tokoh-tokoh wanita lain.

“Beliau miliki kesedaran dan hati nurani yang diperlukan negara, dan Selangor khususnya,” tegas kenytaan tersebut. – Roketkini.com

Zailah tidak tandatangani kenyataan sokong Azizah

KUALA LUMPUR: Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Kerajaan PAS-Umno di Selangor pancingan Umno


SAYA ditanya tentang desas desus pembentukan Kerajaan PAS-UMNO-Ex PKR di Selangor.

Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil.

Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisma parti-parti yang terlibat.

Untuk Ex PKR diterima menjadi ahli PAS bagi mencukupkan bilangan untuk digabungkan dengan 12 ADUN UMNO menjadikan bilangannya 29 bagi membentuk kerajaan minoriti, perlu diputuskan oleh AJK PAS Pusat.

Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini.

Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima.

Untuk permohonan mereka diangkat ke dalam mesyuarat PAS Pusat, mereka mesti terlebih dahulu secara rasmi keluar dari parti mereka.

Saya tidak fikir, jika ada, mana-mana pemimpin PKR akan mengambil risiko sedemikian.

Kalau ada orang bertanya kenapa mustahil bagi PAS Pusat menerima keahlian bakal Ex PKR, jawabnya sama seperti disebut oleh Presiden PAS sendiri semasa merasmikan Nekad hari ini (2 September) - itulah PAS. PAS berbeza dari parti-parti lain.

Saya tahu ada usaha terancang dari setengah kalangan UMNO untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS. Khususnya dari team TPM.

Team ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan UMNO.

Dalam UMNO, jika Presiden menetapkan satu agenda tertentu, MKT akan bersetuju dan perhimpunan Agung UMNO hanya akan menunggu untuk mengangguk.

PAS tidak sama.

Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi. Majlis Syura sekalipun tidak boleh mengatasi Muktamar.

Tidak mudah untuk UMNO menguasai 2/3 kawasan-kawasan PAS seluruh negara untuk menguasai Muktamar. Hasrat utama team ini adalah mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.

Selangor adalah umpan terdekat mereka.

Pelbagai helah dicari untuk memisahkan ikatan PR. Jika PAS sudah berpisah, fikir mereka, mudahlah UMNO masuk meminang.

Masalah utama strategi mereka adalah tidak cukup bilang.

Dulu PAS mempunyai lima belas ADUN dan UMNO ada 12. Jumlahnya 27. Campur TSKI, komplot ini hanya memerlukan tambahan satu orang ADUN sahaja lagi.

Melengah-lengahkan penyelesaian di Selangor memungkinkan satu dua orang lagi dapat dipancing.

Namun, trend yang kuat wujud supaya dua ADUN yang membuat kenyataan terbuka menolak TSKI dan mengambil keputusan memperkuat kerajaan PR di Selangor untuk dipecat.

Malah, secara tidak rasmi, mereka sudah tidak dibilang sebagai ADUN PAS. Dengan itu, dari lima belas, bilangan ADUN PAS susut menjadi tiga belas.

Gagalnya TSKI mengajak rakan ADUN yang lain memerlukan calon alternatif.

Untuk mengekalkan TSKI, mustahil untuk mendapatkan Azmin. Ia ibarat mendapatkan khutub utara, terlepas khutub selatan.

Team UMNO tadi cuba meneroka untuk mencicirkan TSKI dan memancing tokoh lain PKR.

Jika PAS hendak dilihat menerajui Selangor, UMNO kena mengizinkan tokoh bakal EX PKR itu menyertai PAS.

Saya telah jelaskan tadi, ia akan buntu. Mereka tidak akan diterima sebagai ahli PAS. Jika mereka tidak diterima sebagai ahli PAS, pilihan mereka adalah samada berdiri sebagai ADUN bebas atau menjadi ahli UMNO.

Jika Ex PKR dibiar berdiri sebagai ADUN bebas, sukar bagi PAS dan UMNO untuk menjelaskan kepada orang ramai bagaimana mereka boleh mendokong ADUN bebas sebagai MB sedangkan parti mereka mempunyai kerusi yang lebih banyak.

Jika mereka menjadi ahli UMNO, terlepaslah peluang PAS mendapat post MB Selangor dan tiga belas ADUN PAS Selangor terpaksa berketuakan UMNO dalam sekelip mata.

Rasanya, pengundi mereka dan ahli PAS akan mengutuk mereka dan hiduplah mereka terlaknat sepanjang masa.

Dari sudut bilangan dan strukturnya sahaja pun, ia sudah mustahil.

Apa lagi, dari segi hukum dan amalan demokratik, tiga belas ADUN PAS harus diberikan kebebasan, dalam situasi itu, sama ada untuk sama bersekongkol dalam persepakatan pintu belakang seperti itu atau membebaskan diri mereka.

Jika kebebasan diberi, rasanya bilangan tiga belas itu boleh susut tinggal separuh.

Kerajaan Bebas-PAS-UMNO atau Kerajaan UMNO-PAS tadi akan runtuh sekelip mata juga.

Kerana itu, saya ingin meyakinkan rakyat Selangor dan Malaysia amnya, tidak ada mana-mana pemimpin PAS akan terfikir perkara itu.

Ia sebahagain dari khayalan UMNO dan itu pun team tertentu dalam UMNO.

Team ini masih dalam rangka agenda dalaman mereka sesama UMNO.

Itulah sebabnya team PM tidak berminat sepenuhnya dengan apa yang cuba diatur.

Mendapatkan PAS melalui pintu belakang Selangor bermakna akan berlaku garis pemisah politik Malaysia yang sangat menakutkan.

UMNO mendapat tambahan sokongan pengundi Melayu dengan dukungan PAS melalui pencabulan moral politik itu. Tetapi kesannya adalah akan menjarakkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu kepada BN.

Pengundi bukan Melayu terpaksa terus menyokong PR tanpa PAS. Malaysia terbelah dua.

PAS akan menjadi parti yang malang kerana Islam yang universal untuk melindungi semua kaum dan menjadi teraju utama politik Malaysia akan memencilkan dirinya kembali di dalam politik kemelayuan sempit untuk dekad-dekad yang panjang.

Serangan T Mahathir terhadap Najib ada asasnya. Selain skandal 1MDB yang telah terperangkap dalam hutang bukan untuk kepentingan negara sebanyak berbillion-billion ringgit, Najib gagal memulihkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sampai hari ini.

Setakat yang saya ikuti perbincangan pelbagai kumpulan strategik UMNO, masalah terbesar UMNO kini bukan sangat parti-parti PR tetapi telah menjadi satu trend umum bahawa UMNO ditolak oleh rakyat atas nama dan sifat mereka sebagai UMNO. Rakyat yang menolak UMNO.

Najib gagal pada mata Tun M.

Jika UMNO mahu diselamatkan, Najib kena diundurkan.

Dalam rangka itu juga lah sesetengah team dalam UMNO melihat peluang dari keadaan di Selangor sekarang. Tinggal lagi, mereka gagal memahami PAS sepenuhnya dalam rangka gerakan strategi mereka.

Jika Tun M melepaskan semua pelurunya, Najib tiadk mungkin dapat bernafas panjang.

Apa pula pendirian pimpinan PAS?

Kerajaan Selangor adalah sebahagain dari kerajaan PAS juga. Exco-exco dari PAS mendapat gaji dan elaun dari Kerajaan Selangor. Hingga kini mereka masih berada dalam kerajaan.

Untuk bekerjasama dengan UMNO, ia akan melanggar sekian banyak prinsip, kaedah, cara dan proses.

Secara mudah, ia telah dijelaskan melalui kenyataan akhbar SUP Presiden PAS bahawa usaha mewujudkan Kerajaan PAS-UMNO-Azmin tidak wujud.

Kita bertolak dari jaminan Presiden PAS itu kerana orang Islam, seperti kata Nabi Muhammad s.a.w, tidak akan sama sekali berbohong.

Kini, semua parti dalam PR perlu duduk bersama menguruskan isu di Selangor. Lupakan UMNO.

Ia perlu diurus.

Tanpa diurus, dua ADUN PAS misalnya telah mengambil pendirian sendiri. Saya difahamkan, sepanjang masa itu Perhubungan PAS Selangor tidak pun bersidang.

Dalam pengalaman PAS Kelantan, lazimnya dalam situasi sebegini, semua ADUN diuruskan.

Hari-hari yang tinggal, jika tidak diuruskan dengan baik, memungkin segala kemungkinan, termasuk pembubaran DUN Selangor.

Jika DUN Selangor dibubar, semua parti khususnya PAS mesti melihat unjuran politik yang bakal diterimanya. Saya tidak ingin menghuraikan unjuran itu di sini.

Dalam pendekatan politik Islam, tidak ada pelepasan perasaan, atau dalam bahasa lain, memuaskan nafsu geram dan marah, sehingga mengundang mudharat dan menolak maslahah.

Jika atas apa jua sebab syar'ie PAS tidak boleh mencadangakan calon MB dan mengambil langkah menyerahkan kepada budi bicara Tuanku Sultan sehingga PAS terkesan kehilangan Selangor, pada hemat saya, ia jauh lebih tidak syar'ie lagi.

Malah rekod kepimpinan PAS kerana gagal menguruskan isu ini dengan cara yang sebaik-baiknya, termasuk saya, akan kekal hitam untuk tempoh yang lama.

Bagi Saudara Azmin, sekalipun namanya saya sebutkan di sini untuk tujuan perbincangan, saya terkesan dengan kata-kata ringkas semasa pertemuan sebelum mesyuarat PR pada 17 Ogos lalu: 'Saya nak pastikan Kerajaan Pakatan Rakyat kekal.'

Saya kagumi sikap dan pendirian beliau.

Sebenarnya bukan untuk kita, tetapi untuk perjuangan kita yang masih panjang di hari muka. - HARAKAHDAILY 2/9/2014
Penulis ialah Naib Presiden PAS.

12:00PM - 2 Sep 2014

Wanita PAS nafi beri sokongan pada Wan Azizah


Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf kecewa dengan pihak yang menyebar satu kenyataan didakwa menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Sedangkan, beliau tidak meneliti kandungan kenyataan tersebut dan tidak menandatangani apa-apa kenyataan yang menyatakan sokongan seperti itu.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.

Kenyataan tersebut didakwa disokong oleh Siti Zailah dan ketua sayap wanita parti anggota Pakatan Rakyat, Chong Eng dari DAP dan Zuraida Kamaruddin dari PKR.

Kenyataan yang memberi sokongan padu kepada Wan Azizah tersebut dikeluarkan oleh Wanita Pakatan Rakyat semalam.

Tuesday, 2 September 2014


PESERTA PERBARISAN HARI MERDEKA MELAKUKAN CILOK BUAT JALAN PINTAS????




Omak Kau terima email daripada salah seorang pembaca. Berikut merupakan luahan hati beliau yang disiarkan tanpa edit;

"Assalamualaikum."

"Nak bagitau tuan blog tentang peristiwa BENAR berlaku sebentar tadi (31 Ogos 2014) semasa perbarisan merdeka."

"Kumpulan Majlis Kepimpinan Belia NSDK di bawah Wan Salwati (tapi beliau tak berada di situ), telah menipu jalan semasa perbarisan. Kumpulan ni cilok masuk ke parking lot Wisma Punca Emas, sepatutnya terus ke bawah dan ke padang MPS."

"Ini amat memalukan kerana ada dikalangan mereka pernah mendapat latihan badan patriotik macam BTN tetapi tidak sanggup menghabiskan perbarisan yang mana veteran, orang tua dan budak sekolah pun boleh selesaikan berjalan sampai habis tapi kepimpinan belia NSDK pula tak mampu. Tunjuk depan orang ramai pulak tu. Jika tak silap budak tu YB DUN Belia yang bertaraf 'Menteri Besar' kononnya. Buat malu organisasi DUN Belia dan nama Menteri Besar saja."

"Harap pihak tuan dapat menegur mereka dalam blog, biar Tok Mad tau yang kepimpinan belia yang ada ni tak sanggup nak berjuang, hanya mahu memenuhkan tembolok saja."

"Inilah kumpulah DUN Belia NSDK baju hijau muda yang membelakangkan kamera, diorang satu kumpulan cilok potong jalan dan lepas tu dengan tak malunya ramai2 masuk KFC selepas 20 minit bersembunyi."

"Sohih perkara ini berlaku depan mata saya sendiri. Yang sedihnya ADUN Belia dan kumpulannya, dengan bendera, sepanduk dan sebagainya cilok sekali. Malu dengan komen orang-orang tua dan budak sekolah keliling saya yang kata, "Orang tua pun boleh habis berjalan, ni orang muda pulak menipu."

"Orang macam ni tak boleh jadi pemimpin, memalukan golongan patriotik dan organisasi yang latih dia supaya cintakan negara tapi dia pulak buat hampeh. Orang Cina dan India pun sanggup berarak sampai habis, tapi budak ni memalukan Melayu saja."


Mohon pihak berkenaan memberikan respon demi pencerahan dan kebanaran kerana pendedahan ini amat memalkukan sekali.

Tiada ulasan: