HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN
ISLAM MASAKINI
Disediakan oleh:
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS
ISLAM MASAKINI
Disediakan oleh:
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS
Pendahuluan
Istilah tahaluf
siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan
pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki
pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan
al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan
gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah
Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan
gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan
konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah
menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan
semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari ini,
amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu
untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di
dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak
semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya.
Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada
di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam
pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?
Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk
menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat
yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?
Pengertian Tahaluf Siyasi
Tahaluf Siyasi
membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain
yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini
boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk
sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan
boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang
ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang
dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk
menghadapi musuh yang sama.
Hukum Tahaluf Siyasi
Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum
melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan
Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang
usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini
sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh
al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang
mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa
al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi
dan Doktor Munir Ghahdban .
Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
Hujah
: Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar
politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini
kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab
yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’
kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai
persamaan dengan akidah Islam.
2. Firman Allah SWT :
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
Hujah :
Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika
dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin
mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang
lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan
dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha
gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian,
kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat
daripada manfaat.
3. Pertimbangan logik
bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya
hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka
mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini
berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan
menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan
oleh Harakah Islamiah.
Manakala bagi golongan
ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang
diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1.
Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman
jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong
golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi
Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan
:
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Hujah : Sekalipun Nabi SAW
menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah
memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini
menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu
orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik
selagi mana tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian Rasulullah
SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta
memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua
berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1 Ketika Abu
Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan
dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan :
“Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi
Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”
Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah
beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk
membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani
Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah
yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
2.2 Peringkat
berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani
Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka
melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana
tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua
kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan
kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah
: Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada
orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia
tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan
perjuangannya.
3.
Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas
kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah
Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan
seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai
pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi
perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku
membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Hujah
: Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan
dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih
besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im
tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian
ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan
keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat
melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam
dan umatnya.
4.
Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika
ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah
Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang
menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan
orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua
pihak.
Di antara isi
kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum
Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong
sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling
menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya.
Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya
berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka
tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”
Hujah
: Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan
non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar
Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5.
Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila
baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk
mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW
mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik
dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum
Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani
Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik
mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW
mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan
tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.
6. Perintah Rasulullah SAW
kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah
untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang
Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk
mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga
kemaslahan umat Islam.
Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi
Di dalam memberikan
jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi,
beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :
1. Ayat yang
digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada
tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus
meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun
kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk
menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan
Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena
dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung
dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.
2. Ayat 219
dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan
tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana
daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara
seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi
oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan
mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil
kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan
semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.
KESIMPULAN
Di dalam
mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak
mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi
perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang
maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun,
perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan
dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak
terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan
gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen
penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang
demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif
dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang
diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.
Maklumat Penulis:
Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
Monday, April 15, 2013
Tahaluf Siyasi Dalam Islam; Perspektif Sirah Nabawi
Islam al-Din yang mudah difahami. Jangan dipersulitkan apa yang mudah,
termasuk hukum hakam dan persoalan tahaluf yang hangat diperdebatkan
sekarang. Rujukan kita ialah al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qias.
Termasuk ke dalam al-Sunnah itu ialah memahami Sirah Nabawi yang
menjadi gambaran jelas kehidupan Rasulullah SAW dalam segenap sudut
geraklakunya. Jadikanlah diri kalian mereka yang celik Sirah. Jauhkan
diri kalian daripada kekeliruan dalam menentukan halatuju yang sudah
jelas ini.
Mari kita merenung hakikat yang saya sebutkan di atas dalam konteks
'Tahaluf Siyasi Dalam Islam' oleh TG Dr Haron Din Hafizhohullah...
'Tahaluf Siyasi Islami' adalah suatu polisi yang diasaskan oleh
Rasulullah s.a.w., dirangka suatu pelaksanaan dasar Islam dalam
masyarakat majmuk di zaman baginda.
Oleh kerana Islam lahir dan berkembang dalam sebuah negara yang
masyarakatnya (majmuk) berbilang bangsa dan agama, maka keperluan
untuk mewujudkan kerjasama di antara kaum dan agama, adalah sesuatu
yang tidak dapat dielakkan.
Ia pasti berlaku, jika tidak Islam akan tersisih dari arus penghidupan
dan tertinggal di belakang, tanpa dipedulikan.
Masyarakat Madinah sebagai contoh, adalah masyarakat yang terdiri
daripada masyarakat yang berbilang agama, iaitu Islam, Yahudi,
Nasrani, Majusi, Dahri, Wathani dan sebagainya.
Ia juga mempunyai pelbagai bangsa Arab, Balbar, kaum Yahudi, kaum
Nasrani dan sebagainya.
Jika itulah realitinya, maka bagaimana Islam boleh hidup bersefahaman,
dan mereka yang tidak Islam boleh menerima Islam.
Jika tidak ada tonggak yang menyatupadukan masyarakat, dalam sebuah
negara, maka di atas itu mestilah ada kerjasama yang disebutkan
sebagai tahaluf siyasi.
Rasulullah s.a.w. bertahaluf siyasi dengan Yahudi Bani Auf, tercatat
dalam perjanjian tahaluf, iaitu pada perkara pertama disebut:
"Kaum Yahudi Bani Auf adalah satu umat bersama dengan orang Mukmin.
Mereka bebas mengamalkan agama mereka sendiri dan orang Islam dengan
agama mereka. Begitu juga dengan orang-orang yang bersekutu dengan
mereka, termasuk juga diri mereka sendiri. Perkara ini juga untuk
Yahudi-Yahudi lain dan bukan untuk Bani Auf sahaja."
Cuba renungkan perjanjian atau persefahaman yang Rasulullah s.a.w.
buat, bukan di antara orang Islam dengan Bani Auf sahaja, tetapi
dengan kesemua kaum Yahudi.
Ertinya jika dengan Yahudi pun Nabi s.a.w bertahaluf, maka anda harus
faham mengapa PAS bertahaluf dengan DAP.
Apa yang PAS lakukan adalah benar dan harus dari segi syarak, iaitu
bertahaluf dengan DAP.
Di dalam al-Quranul Karim, Allah berfirman (mafhumnya): "Allah tidak
melarang kamu daripada berbuat baik (bekerjasama) dan berlaku adil
kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan
tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
"Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman
rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang
lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan
mereka teman rapat, maka mereka itulah orangorang yang zalim." (Surah
alMumtahanah, ayat 8 dan 9)
Jika jelas sebegitu, apakah anda masih tidak boleh terima? Yang
penting tindakan PAS tersebut adalah syarie dan boleh disokong
orang-orang Islam.
Namun demikian, tahaluf siyasi dalam Islam bukannya qat'ie atau yang
mesti diikut selama-lamanya. Ianya suatu keperluan di suatu masa,
selagi kepentingan Islam tidak benar-benar tergugat dan tidak mendapat
keuntungan daripada bertahaluf. Ertinya ia tidak selama-lamanya.
Jika keberuntungan kepada Islam terjejas, kedaulatan Islam tidak
terbela, maka tahaluf ini, dari segi hukumnya boleh disemak semula.
Wallahua'lam. "
UsTACZ
Kenapa Umat Islam Perlu Memahami Tahaluf Siasi?
October 14, 2012
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita membicarakan mengenai politik masa kita, kita akan bertemu dengan istilah arab, Tahaluf Siasi. Istilah ini akan di perbincangkan dan di perkatakan supaya umat Islam dapat memahaminya dan tdak lagi timbul kekeliruan yang sering di salah tafsirkan oleh media arus perdana.
Apakah maksud Tahaluf Siasi ?
Tahaluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana organisasi Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea Tahaluf Siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Al-Imam Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir.
Tahaluf siasi yang dibenarkan syarak ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syarak, contohnya akidah dan perundangan Islam. Dalilnya: Nabi Muhammad SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.
Setiap para pendokong dakwah samaada yang bergerak dalam harakah Islamiah atau organisasi Islam perlulah memahami Tahaluf Siyasi supaya dengan kefahaman ini mereka akan dapat bergerak dalam organisasi Islam dengan cara yang betul dan sesuai dengan realiti terkini. Kekeliruan dalam memahami realiti semasa menyebabkan organisasi Islam akan berada di dalam keadaan kerugiaan kerana bertindak dengan uslub dan strategi yang tidak tepat dan akan merugikan Islam sendiri.
Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam / organisasi Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?
Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam / organisasi Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam / organisasi Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya.
Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, Tahalluf Siasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa pandangan ulama haraqi mengenai Tahalluf Siasi, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Hujah-hujah daripada ulama yang bersetuju dengan Tahaluf Siasi lebih kuat dan lebih tepat berbanding golongan ulama yang menentang di gunakan kaedah Tahaluf Siasi.
Di antara ulama yang mengharuskan Tahaluf Siasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .
Hujah-hujah ulama haraki yang mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiliah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu adalah orang-orang bukan Islam , ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :
Peringkat pertama : Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”
Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
Peringkat kedua : Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan harakah Islam / organisasi Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.
3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal .
Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.
4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”
Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan bukan Islam di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.
6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.
Sahabat yang dikasihi,
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam / organisasi Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf Siasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam / organisasi Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) di antara gerakan Islam / organisasi Islam dengan organisasi bukan Islam mutakhir ini akan berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Tujuan kerjasama adalah supaya mempunyai kekuatan untuk mendapatkan majoriti mudah dalam pengundian pilihanraya demokrasi.
Dengan kejayaan tersebut segala perancangan untuk memberi keadilan sepenuhnya dan mengembalikan balik hak-hak rakyat yang sekian lama terabai dapat dipulihkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat memaksimakan hasil negara untuk dihikmati semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, menghapuskan ketirisan wang negara, memberi pendidikan dan perubatan percuma kepada rakyat jelata.
Perlu dijelaskan disini mana-mana pemimpin pertubuhan Islam / pertubuhan bangsa yang mengabaikan Tahaluf Siasi dan memandang negatif terhadap kaedah ini sebenarnya mereka tidak berpijak dibumi nyata dan akan mengalami kegagalan kerana mereka tidak melihat sirah dan sunah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.
http://abubasyer.blogspot.com/2012/10/kenapa-umat-islam-perlu-memahami.html
Fiqh Tahaluf Siasi Dalam Ikhwan
Perbincangan mengenai hukum bertahaluf telah saya lalui dalam usrah sejak tahun 90an lagi semasa saya masih belajar di Mesir. Risalah yang digunakan oleh naqib ketika itu ialah risalah “Jima’ al-Siyasat”. Petikan daripada risalah tersebut telah saya muatkan dalam buku susunan saya yang bertajuk “ Siasah Syariyyah Dalam Harakah Islamiyyah” yang diterbitkan pada tahun 2000.Perbincangan mengenai Tahaluf adalah sebahagian daripada tajuk berkenaan siasah luaran sebuah gerakan Islam dalam menentukan polisi hubungan luarnya dengan organisasi atau kerajaan yang tidak melaksanakan Islam atau organisasi yang memusuhi Islam dan agenda perjuangan Islam.
Abu Ammar dalam bukunya al-Masar menggariskan bahawa ahli gerakan Islam perlu dididik dengan ilmu siasah sejak langkah pertama mereka dalam gerakan Islam dan beliau membahagikan siasah syariyyah dalam gerakan Islam kepada siasah dalaman, siasah pendidikan dan siasah luaran.
Fiqh Salaf Dalam Tarbiah Siasah.
Umar al-Khattab pernah berkata bahawa; “ Ikatan keIslaman seseorang akan terungkai jika seseorang yang hidup dalam Islam tetapi tidak mengenal jahiliyyah”.
Maka mengenali jahiliyyah, organisasi dan agendanya adalah sebahagian daripada tarbiah siasah yang perlu di lalui oleh setiap individu Muslim.
Manhaj al-Quran dalam mendidik generasi pertama Islam juga sentiasa mendidik melalui kisah-kisah politik dan sikap mereka terhadap golongan beriman seperti kisah Fir`aun, Ashab al-Ukhdud, ashab al-kahfi, kisah raja Namrud, tipu daya Iblis dan sebagainya. Allah juga mendidik para sahabat dengan kisah-kisah ahli politik yang adil seperti Daud, Sulaiman dan Yusuf.
Kisah-kisah ini bukan sekadar penglipurlara kepada generasi sahabat yang menghadapi tentangan golongan kafir Quraisy tetapi merupakan tarbiyah Allah kepada generasi muslimin seluruhnya dalam mengenali siapakah musuh mereka, tabiat mereka, tipu helah mereka dan cara untuk menghadapi golongan ini sesuai dengan fitrah dan sunnah Allah kepada kejadian manusia.
Allah swt banyak menceritakan mengenai hakikat jahiliah dan tabiatnya di dalam al-Quran . Apabila Allah menceritakan sifat-sifat orang kafir, munafik, yahudi, nasrani dan musyrik dalam al-Quran maka ia menjadi satu aqidah yang ingin Allah terangkan kepada umat Islam mengenai hakikat tipudaya mereka supaya umat Islam mengenali tabiat mereka dan berwaspada terhadap perancangan mereka.
Selain daripada Allah menerangkan sifat-sifat mereka dan sejarah penentangan mereka kepada Islam Allah juga menegaskan bentuk hubungan yang sepatutnya dijalinkan antara orang beriman dan orang-orang yang tidak beriman secara individu mahupun jamaah orang yang tidak beriman.
Manhaj Islam.
Melalui kisah pertembungan antara golongan hak dan batil, Allah mendidik kita memahami manhajNya kepada manusia dalam proses untuk menegakan Islam.
1. Manusia diamanahkan untuk menegakkan Khalifah Allah dan memerangi segala fitnah yang menghalang manusia daripada menerima aqidah dan syariat Allah secara bebas kerana Allah tidak mungkin menghukum manusia di akhirat akibat kekufuran mereka jika mereka terpaksa. Hanya khalifah yang adil akan menjamin manusia hidup dalam keadaan mendapat Rahmat.
2. Sejak dakwah nabi s.a.w. diperingkat Mekah lagi Allah Azza Wa Jalla telah menegaskan matlamat akhir yang perlu dicapai oleh perjuangan Islam iaitu membawa Rahmat Allah ke seluruh dunia dan ia tidak akan tercapai sehingga tertegaknya Khalifah Allah sebagaimana Sulaiman a.s.
3. Walaupun matlamat akhir ialah mengembalikan kuasa politik kepada orang yang bertaqwa, Allah telah menurunkan al-Quran beransur-ansur membimbing nabi selangkah demi selangkah bukan sekadar mendidik nabi s.a.w. tetapi mendidik dan membentuk generasi sahabat yang bakal memikul amanah Islam yang berat.
4. Hakikat ini memahamkan kita bahawa walaupun Allah boleh memberikan kemenangan kepada Islam dengan kalimah ‘Kun’ tetapi Allah menghendaki qodo’nya berjalan mengikut takdir dan sunnah yang telah disunnahkan kepada manusia dan alam ini.
5. Allah mahu manusia memikul risalah Islam ini dan melaksanakannya dalam keadaan mereka lemah dan kuat dan hukum Allah atau bebanan taklif Allah kepada manusia juga meraikan kemampuan manusia untuk memikul taklif tersebut, kerana Allah tidak akan mentaklifkan ke atas manusia apa yang mereka tidak mampu melaksanakannya.
6. Allah mahu Islam ini ditegakkan di atas bahu sejumlah orang yang bertakwa yang telah berubah aqidah mereka daripada jahiliyyah kepada Islam, berubah keyakinan mereka, berubah cita-cita hidup mereka, berubah neraca fikir mereka, berubah akhlak mereka, berubah tabiat hidup mereka, berubah adat dan budaya mereka, berubah manhaj dan perjuangan mereka kepada Islam. Allah mahu perubahan sistem jahiliiyyah diluar kehidupan manusia dimulakan dengan mengubah kelemahan yang ada di dalam diri manusia. Dalam neraca Allah, seratus orang beriman yang sabar boleh mengalahkan dua ratus orang yang tidak faham.
7. Maka fokus utama didikan Allah ketika jahiliyyah menguasai seluruh sistem hidup manusia adalah dengan mewujudkan sejumlah manusia yang beriman dan terbentuk dengan `sibghah’ Allah dan mereka diikat dengan ikatan ukhuwwah dalam sof Islam berasaskan wala’ kepada Allah, rasulnya dan orang yang beriman dan bara’, tajarrud dan memutuskan diri daripada semua sistem jahiliyyah.
8. Melalui mahaj Allah ini wujud pemisahan antara golongan Islam dan golongan jahiliyyah, wujud perbezaan manhaj, perbezaan matlamat dan cita-cita, perbezaan wasilah dan amalan, perbezaan identity dan neraca nilai . Apa yang lebih utama ialah wujudnya genarasi mukmin yang digelar Allah sebagai Rijal yang benar bukan manusia buih yang boleh dihanyutkan arus ke timur atau ke barat.
9. Siasah luaran yang di amanahkan Allah kepada genrasi sahabat juga mengambil kira sunnatullah dalam taklif yang tidak mewajibkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh tabiat manusia yang lemah. Walaupun di ayat-ayat terakhir adalah ayat perang sabil tetapi ayat-ayat makkliah adalah ayat yang melarang umat Islam mengangkat senjata.
10. Merialisasikan manhaj Allah, memperjuangkannya mengikut sibghatullah adalah amanah sebenar Allah dan ujian sebenar Allah ke atas manusia. Iblis amat tahu dan sudah cukup Iblis merasa lega apabila manusia mencari manhaj lain dalam memperjuangkan cita-cita mereka.
Ujian Allah.
Wujudnya syurga dan neraka, wujudnya hizbullah dan hizbus syaitan, wujudnya manhaj Allah dan manhaj taghut adalah kewujudan yang akan berterusan hingga hari kiamat. Ia adalah hakikat yang disengajakan oleh Allah sebagai ujian kepada manusia dalam kehidupan di dunia ini.
Untuk menghadapi segala ujian Allah ini umat Islam wajib melaksanakan manhaj Allah, memiliki sifat-sifat hizbullah dan sentiasa meletakkan musuh-musuh Allah sebagai musuh mereka. Inilah hakikat ujian Allah kepada orang yang beriman agar sentiasa berada dalam memelihara izzah Islam, melaksanakan manhaj yang tamayyuz dan terasing daripada manhaj golongan yang tidak beriman.
Memelihara sof perjuangan Islam agar sentiasa bersih daripada golongan berdosa apatah lagi diserapi oleh golongan yang memusuhi Allah dan rasulnya adalah satu kewajiban syarak. Umar al-Khattab berkata: ” kemenangan Islam adalah kerana dosa-dosa musuh-musuh Islam, bagaimana jika tentera Islam berdosa, bagaimana mereka akan mendapat pertolongan Allah.. ” Kekalahan umat Islam dalam peperangan Uhud dan Hunain adalah kerana kelemahan yang ada di dalam jiwa sebahagian umat Islam..
Berasaskan neraca al-Quran mengenai pra syarat kemenangan dan fiqh salafussoleh Ikhwan meletakkan syarat penting dalam siasah luaran mereka iaitu memastikan disiplin syarak benar-benar dipatuhi dalam ijtihad mengenai siasah luarannya.
Tujuan al-Quran diturunkan adalah untuk mengalahkan jahiliyyah, kekufuran, kesyirikan dan kezaliman yang dilakukan oleh manusia dan mengembalikan mereka kepada mengiktiraf Uluhiyyah Allah Azza wa Jalla. Oleh itu hukum asal dalam hubungan luar Islam dan Jahiliyyah adalah perang.
Manhaj Islam dalam Siasah Luaran.
Hukum `azimah dalam hubungan luar gerakan Islam atau daulah Islam dan daulah kufr adalah perang atau membayar membayar jizyah. Umat Islam diharamkan memberi wala’ kepada musuh-musuh Islam dan wajib berlepas diri `bara’ daripada manhaj hiudp mereka.
Walaupun hukum terakhir mengenai hubungan luar daulah Islam dan daulah kufr dalam khitab Allah melalui ayat-ayat yang terakhir diturunkan adalah mewajibkan orang yang beriman memerangi golongan musyrik sehingga mereka tunduk dibawah sistem pemerintahan Islam, ia adalah hukuman berasaskan realiti kemampuan organisasi Islam untuk melaksanakannya. Kerana isu siasah adalah isu muamalat yang perlu dilihat kepada hikmah dan tujuan syarak.
Dalam Istilah ulama usul fiqh di sana terdapat hukum `azimah dan hukum rukhsah. Hukum asal adalah hukum azimah tetapi jika umat Islam tidak mampu melaksanakannya mereka boleh beramal dengan hukum rukhsah. Hukum `azimah dan rukhsah ini wujud dalam aspek aqidah, ibadah, muamalat dan siasah.
Hukum rukhsah dalam siasah hubungan luar gerakan Islam adalah seperti; hukum hudnah, suluh, tahaluf atau perlindungan politik dan musyarakah.
Hukum rukhsah adalah berasaskan kepada disiplin beramal dengan kaedah dharurat. “ Keadaan dharurat mengharuskan perkara yang haram” dan “ perkara haram yang dilakukan kerana dharurat hendaklah dengan kadar yang diperlukan sahaja”. Ia berbeza antara hukum ke atas individu dengan hukum ke atas jamaah atau organisasi.
Organisasi Islam dan pimpinan gerakan Islam yang menjadi qudwah kepada masyarakat awam wajib beramal dengan hukum `azimah dan dilarang beramal dengan rukhsah kerana ia boleh mengelirukan masyarakat awam dan golongan yang di dakwahkan dikalangan orang yang tidak beriman.
Syarat Berdalilkan Amalan Dengan Keadaan Dharurat
Ulama Islam seperti al-Ghazali meletakkan tiga syarat untuk beramal dengan hukum darurat :
1. Ia adalah keadaan maslahat yang dharurat dalam susunan maslahat bukan sesuatu maslahat di peringkat hajiyat atau tahsiniyat.
2. Darurat tersebut adalah keadaan yang dipastikan kewujudannya secara qat`ie bukan dzanni.
3. Darurat itu adalah demi maslahat umum ummah bukan maslahat juz`ie atau kelompok tertentu.
Untuk beramal dengan hukum rukhsah dalam suasana dharurat tidak boleh berhujah dengan dalil masoleh al-mursalah.
Dalil Masoleh al- Mursalah
Masoleh al-Mursalah adalah sesuatu maslahat yang difikirkan manusia dengan pandangan akalnya sedangkan Syarak tidak menaskan ia adalah kebaikan atau keburukan. Manakala hukum dharurat adalah hukum yang ada nas pada asalnya.
Berperang dengan sistem jahiliyyah dan organisasinya adalah hukum asal dan tahaluf adalah hukum rukhsah yang perlu diteliti hakikat dan keadaan yang dibenarkan syarak untuk melakukannya.
Contohnya maslahat yang di diamkan.
Seperti Abu Bakar mengumpul al-Quran, Uthman memerintah menulis semula al-Quran dengan rasam tertentu yang di namakan rasm Uthmani dan membakar al-Quran yang ditulis dengan rasam lain selain daripada al-Quran rasam Uthmani dan Umar melarang memasukkan tanah yang dibuka oleh tentera melalui peperangan ke dalam kumpulan harta al-Ghanimah.
Contoh maslahat yang dinaskan.
Walaupun pada pandangan manusia meningkatkan produktiviti kerajaan adalah maslahah ummah tetapi kerajaan tidak boleh mewajibkan umat Islam berbuka puasa kerana perintah itu bercanggah dengan maslahat puasa yang ada nas.
Berhujah dengan Qiyas.
Jika sesuatu perkara itu ada dalil dan ingin dihubungkan dengan perkara baru yang tidak ada dalil ia dinamakan berdalilkan kepda dalil syarak secara Qiyas. Qiyas dalam isu muamalat dan siasah perlu mengambil kira illah hukum, atau sebab dan hikmah yang ada pada hukum asal.
Untuk memahami hikmah dan sebab para mujtahid perlu memahami realiti dan persekitaran sesuatu hukum itu secara terperinci dan membandingkan dengan reality semasa yang ingin diqiyaskan.
Sikap mencari dalil-dalil tertentu yang disukai dan tidak beramal dengan dalil tertentu dengan sengaja adalah amalan talfiq yang amat diharamkan .
Manakala rukhsah adalah beramal dengan hukum istisna’ atau pengecualian dan ia hanya boleh di amalkan kerana tuntutan dharurat dan sayugia mengikut syarat-syarat beramal dengan darurat yang ditegaskan oleh ulama usul fiqh.
Siasah luaran adalah hukum berkaitan organisasi, jamaah atau kerajaan yang wajib dipatuhi oleh ketua organisasi, jamaah atau kerajaan. Untuk memahami hukum siasah luaran dalam Islam, perlulah difahami nas-nas al-Quran kepada jamaah nabi s.a.w.
Perkara utama yang wajib difahami ialah siasah luaran ini sudah ada nas yang jelas dan qat`ie. Antaranya wajib bersifat tamayyuz, mufasolah dan hukum akhirnya adalah perang. Islam adalah sistem hidup yang tersendiri, berasaskan neraca tersendiri, budaya tersendiri, nilai-nilai tersendiri yang tidak boleh wujud tolak ansur dan kompromi.
Satu perkara lagi penting yang perlu difahami ialah isu politik atau siasah luaran adalah isu muamalat yang perlu dinilai berasaskan realiti dan hikmah sesuatu hukum berbeza dengan isu-isu ibadah khusus kepada Allah yang hanya dilihat pada nas-nas syarak tanpa perlu meneliti hikmahnya.
Siasah Luaran Dalam Seerah Nabi s.a.w.
Jika dipantau seerah rasulullah s.a.w. di dapati hubungan luar jamaah rasulullah s.a.w. mempunyai status yang berbeza semasa era Makkiah dengan era Madaniyyah.
Semasa di Mekah beberapa individu dibenarkan menerima perlindungan politik golongan musyrik Mekah. polisi luaran pula melarang umat Islam mengangkat senjata bagi memerangi kezaliman yang melanda sebahagian umat Islam. Untuk memelihara aqidah dan kesinambungan perjuangan Islam nabi s.a.w mengarahkan beberapa sahabat yang kuat berhijrah ke Habsyah apabila dikenalpasti rajanya seorang yang adil.
Walaupun dalam keadaan gerakan Islam masih lemah nabi s.a.w. menolak pelawaan Quraisy yang ingin melantiknya menjadi raja dan penolakan ini adalah perintah daripada Allah s.w.t. bukan ijtihad nabi s.a.w. Nabi s.a.w. juga memarahi Khabbab bin Arat yang meminta nabi s.a.w. berdoa agar diberikan kemenangan kepada perjuangan Islam di Mekah yang sedang dizalimi dan disiksa dan nabi s.aw. mengatakan bahawa mereka kaum yang terburu-buru.
Semasa era Madinah kerajaan nabi s.a.w hanya bersikap bertahan dan tidak memulakan peperangan sehingga kemenangan Islam dalam peperangan Khandak. Selepas peperangan Khandak barulah nabi s.a.w. melancarkan serangan terutamanya terhadap golongan Yahudi. Siasah luaran yang berkaitan dengan suluh dan tahaluf berlaku selepas itu seperti Suluh Hudaibiyyah dan Tahaluf nabi s.a.w dengan bani Khuzaah.
Muhammad al-Rasyid Menganalisa Dalil Tahaluf.
Isu tahaluf siasi bukan isu baru..Ulama telah berbincang lama.. Ia adalah hukum berkaitan siasah luaran negara Islam atau organisasi Islam dengan negara bukan Islam atau organisasi bukan Islam.
Hukumnya Haram dengan nas al-Quran yang mengharamkan wala’, beri kasih sayang dan pertolongan kepada organisasi bukan Islam dan dengan hadis sahih riwayat al-Bukhari yang menyatakan larangan meminta tolong orang musyrik dalam peperangan memerangi musyrik yang lain.
Hukum asal haram, menolong orang-orang kafir menjayakan agendanya walaupun sedikit.
Dalil yang kuat juga mengharamkan meminta tolong organisasi kafir walaupun untuk tujuan mengalahkan orang kafir yang lain..
Hudnah, Tahaluf dan Musyarakah adalah pengecualian daripada hukum asal dan terikat dengan syarat-syarat tertentu.
Gerakan Islam, pimpinan gerakan Islam yang menjadi Qudwah wajib beramal dengan azimah ( hukum asal ) haram beramal dengan rukhsah atau pengecualian.Pengecualian ini beasaskan kaedah ” dharurat mengharuskan yang haram”
Ulama juga meletakkan syarat-syarat ketat untuk berhujjah dengan dalil darurat ini.
Jadi.. isu tahaluf tidak boleh menggunakan dalil secara Qiyas.. sebab syarat qiyas bahawa hukum baru belum ada nas.. sedangkan isu menolong orang kafir atau minta tolong orang kafir adalah isu yang adan nas yang mengharamkannya.
Maka tahaluf siasi PAS adalah tahaluf yang menggunakan dalil “darurat”.
Imam al-Ghazali meletakkan 3 syarat untuk berhujjah dengan darurat bagi menghalalkan perkara haram:
1. Perkara itu diyakini sesuatu dharurat yang sebenar ( jika tak makan bangkai akan membawa maut) atu jika tidak bertahaluf dengan bukan Islam.. agama umat Islam dalam bahaya, nyawa umat manusia terancam, harta umat Islam akan hilang.
2. Penyelesaian tahalauf itu benar-benar merupakan satu penyelesaian yang yakin
3. Maslahat itu adalah bersifat menyeluruh.
Selain itu ulama yang mengharuskan bertahaluf dengan bukan Islam berdasarkan dalil-dalil nabi minta tolong sekumpulan Yahudi, Hilf Fudhul, Tahaluf nabi dengan bani Qazaah tidak mengharuskan tahaluf begitu sahaja tetapi dengan bersyarat antaranya:
1. Kerajaan Islam dalam keadaan kuat dan dominan.
2. Orang Kafir itu diyakini amanah dan tidak mengambil kesempatan untuk memerangi Islam selepas itu
3. Orang bukan Islam itu berada dibawah kuasa tadbir Islam.
Kerana dalil nabi minta tolong golongan Yahudi adalah hadis dhoif tidak setanding hadis soheh yang melarang minta tolong orang muyrik. Kalaupun boleh berhujah tetapi situasi Yahudi itu lemah dan dibawah kuasa tadbir kerajaan nabi.
Isu Hilf fudhul adalah kerjasama untuk sama-sama berbuat baik bukan sama-sama berperang atau mengalahkan satu-satu pihak. Oleh kerana hadis ini bertembung dengan hadis sahih yang melarang maka dalil ini dijuzukkan pengamalannya untuk sama-sama tolong menolong dalam isu-isu sosial bukan politik.
Hadis nabi bertahaluf dengan Bani Khazaah semsa Sulh Hudaibiyyah tidak boleh diqiyaskan dengan isu tahaluf siasi sekarang kerana:
1. Bani Khazaah bukan organisasi politik yang beragenda seperti parti-parti politik libral hari ini.
2. Dalam bani Qazaah ada umat Islam.
3. Bani Qazaah adalah qabilah yang amat rapat dengan nabi s.a.w. sejak sekian lama dan bermusuh dengan golongan musyrik Mekah yang lain.
Isu nabi meminjam baju besi orang bukan Islam dan nabi meminta pakar penunjuk jalan semasa hijrah tidak menjadi dalil yang kuat mengharuskan tahaluf siasi.
Sayugia difahami satu asas iaitu ” asal dalam perkara ibadah adalah untuk bertaabbud dan asal dalam muamalat termasuk politik adalah melihat kepada hikmah dan sebab”.
Maka untuk berhujjah dengan hadis-hadis nabi s.a.w. dalam isu muamalat dan politik para mujtahid perlu terlebih dahulu memahami sebab, hikmah, situasi dan sebagainya yang melingkungi sesuatu hadis barulah diqiaskan secara menyeluruh.
Kesimpulannya: Situasi tahaluf nabi s.a.w. dengan golongan musyrikin ketika ia berlaku tidak sama dengan situasi kekuatan Islam, gerakan Islam, realiti musuh Islam yang beragenda pada hari ini.
Maka organisasi Islam hari ini lebih sama dengan jamaah nabi semasa di Mekah.. maka manhaj yang betul adalah tidak terlibat aktif menghidupkan manhaj-manhaj jahiliyyah termasuk demokrasi, tetapi menggunakannya dengan kadar tidak boleh membawa mudarat lebih besar kepada agenda Islam.
Nabi di Mekah dilarang oleh Allah menerima tawaran kuasa Raja.. Dan peperangan nabi ketika itu adalah peperangan dakwah dan tarbiah serta memastikan manhaj dan identiti Islam yang bertamayyuz dan bermufasolah dengan jahiliyyah secara total.
Gerakan libralisma, human right, pluralisma adalah gerakan berstrategi yang dipandu oleh perjuangan globalisasi musuh Islam.. mereka mempunyai agenda dan manhaj tersendiri termasuk demokrasi..
Sedangkan Ummah Islam hari ini semuanya ibarat buih2, berpecah hati dan puncanya adalah sistem barat yang ditinggalkan dan BN adalah penggerak agendanya.
Namun manhaj yang berjaya mengubah jahiliyyah adalah manhaj yang lahidr daripada sunnatullah dan sunnaturrasul itu sendiri, itulah manhaj nabi s.aw. dan salafus soleh.
Islam tidak akan menang selagimana pejuang-pejuangnya tidak kembali kepada Alquran dan al-Sunnah dalam menekuni manhaj perjuangan mereka.
Inilah fikrah Ikhwan yang sebenar..
Adapun menjadikan pilihanraya untuk merebut kuasa pada pandangan Ikhwan adalah tindakan terburu-buru kerana tidak mengikut tertib sunnatullah dalam proses mengubah tamaddun manusia.
Hujjah saya ini berdsarkan apa yang saya petik daripada tulisan Abu Ammar dalam buku : Asas-Asas Berfatwa dan Berijtihad dalam Isu Praktikal, jilid 4. Bab Tahaluf .
Wallahu a’lam.
Ulasan Wacana Peradaban : Tahaluf Siyasi
1) Tahaluf Siyasi bagi sebuah gerakan Islam harus bersandar kepada nas nas syarak. Tahaluf dalam erti kata memberi bantuan atau menerima bantuan dari orang kafir.
2) Menurut ar Rasyid hukum paling tinggi bagi Tahaluf dengan orang kafir ialah HARUS dan tidak akan melangkau kepada WAJIB.
3) Keharusan Tahaluf juga terletak kepada beberapa syarat yang ketat diantaranya:
- Umat Islam/Agenda Islam adalah dominan.
- Orang kafir itu adalah yang boleh dipercayai dan tiada sejarah kebencian terhadap Islam atau khianat.
4) Seorang panelis mengatakan bahawa tulisan Ar Rasyid adalah sumber mentah dan perlu diperhaluskan untuk kajian sekiranya ingin mengaplikasikan kajian beliau di Malaysia.
5) Beliau juga mengatakan tulisan ar Rasyid banyak menjurus kepada tahaluf dalam bentuk peperangan manakala tahaluf politik adalah bidang yang berlainan.
6) Perkara ini dibantah oleh panelis lain yang mengatakan tahaluf peperangan dan tahaluf politik adalah sama jika dilihat dari sudut perebutan kuasa, menang kalah dan untung rugi bagi sesebuah agenda.
7) Pada sesi soal jawab, kebanyakan soalan adalah berkisar tentang Tahaluf PAS dengan DAP dan UMNO dengan BN.
8) Tahaluf UMNo adalah dalam bentuk untuk mengekalkan kuasa manakala Tahaluf PAS adalah dalam bentuk untuk mengalahkan UMNO/BN. Tiada agenda Islam yang jelas di dalam kedua dua bentuk Tahaluf.
9) Di akhir sesi, panelis menjelaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak menghalang usaha dakwah dan tarbiyah dijalankan. Seharusnya semua gerakan Islam menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah kerana ia adalah satu satunya solusi yang hakiki bagi survival Islam di Malaysia.
10) Pembinaan masyarakat yang bertamadun dan berpegang teguh dengan ajaran Islam adalah asas bagi kemenangan.
11) Panelis juga mengingatkan bahawa di Malaysia amal politik telah melangkaui amal dakwah sehinggakan umat Islam berpecah belah kerana politik dan keadaan itu menguntungkan orang kafir.
Ulasan saya:
1) Ahli ISMA hendaklah jelas bahawa agenda perubahan yang benar benar akan menjayakan Islam di Malaysia ini hanyalah melalui jalan dakwah dan tarbiyah.
2) Fokus kita adalah kepada mendidik diri dan umat kepada kefahaman Islam yang syumul, pembinaan syakhsiah diri yang cemerlang dan pembinaan masyarakat yang bertamadun. Hanya dengan demikian umat Islam boleh bersatu semula. Ini sahaja sudah memakan hampir kesemua masa dan tenaga kita.
3) Komentar komentar kita di dalam arena politik negara hanyalah dalam rangka nasihat kepada parti Umat Islam agar jangan menggadaikan kepentingan umat di dalam mengejar/mempertahankan kekuasaan.
4) Kita juga mahu menyeru agar parti umat Islam dan umat Islam keseluruhannya dapat bersatu semula di bawah asas akidah yang benar.
Wallahua'lam.
Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 2)
RUKUN PERTAMA:
Meminta bantuan bukan Islam
seperti meminta bantuan negara non muslim, parti non muslim dan
kumpulan-kumpulan bukan Islam adalah TIDAK DIHARUSKAN dengan dalil-dalil
yang jelas. Namun begitu HARUS meminta bantuan individu non muslim
sekiranya ada isyarat yang menunjukkan kepada amanahnya.
Hadis-hadis sahih;
1- Dalam Sahih Muslim adalah
menceritakan tentang seorang musyrik mahu menyertai Rasulullah dalam
peperangan ke Badar, Nabi bertanya sekiranya dia telah Islam, dia
menafikan keislaman, Nabi meminta dia balik dan bersabda bahawa baginda
tidak akan meminta tolong dengan seorang musyrik.
2- Dalam satu peperangan yang tidak
dinyatakan nama peperangan tersebut oleh perawinya, baginda berkata
bahawa tidak akan meminta bantuan orang-orang musrik untuk memerangi
orang-orang musyrik yang lain.
3- Dalam Riwayat Abu Yusof al-Qadhi, bahawa Rasulullah saw meminta bantuan dengan orang Yahudi bani Qainuqa’.
Larangan dalam hadis pertama adalah
jelas. Al-Syaibani mentakwilkan hadis pertama dengan mengatakan larangan
itu kepada mereka yang tidak berada dalam pemerintahan Rasulullah dan
mereka tidak berperang di bawah payung Rasulullah. Sekiranya begitu
sifatnya, makruh meminta bantuan daripada mereka.
Al-Syaibani tidak meletakkan hukum umum
dalam isu MAKRUH meminta tolong daripada orang-orang kafir, tetapi
menjadikannya sebagai pandangan seorang ketua orang-orang Islam.
Rasulullah saw didatangi dengan 700 orang Yahudi Bani Qainuqa’ yang
sedia berperang dengan Rasulullah dalam peperangan Uhud, tetapi ditolak
oleh Rasulullah dengan alasan, baginda tidak mahu meminta bantuan
orang-orang musyrik. Dalam hal ini, al-Syaibani berpendapat, penolakan
Rasulullah disebabkan kebimbangan bagainda dengan perasaan rendah diri
dan rasa terhina tentera-tentera Islam yang lain, sebab itulah Baginda
menolaknya. Sekiranya seorang ketua muslimin itu berpendapat tidak wajar
meminta bantuan orang kafir dibimbangi akan berlaku fitnah, wajarlah ia
menolaknya.
Dalil ini adalah jelas, kerana
setinggi-tinggi hukum meminta tolong dengan non muslim ialah HARUS
sahaja, tidak sampai WAJIB. Sebaik-baiknya pemimpin kena menjauhi dari
meminta tolong dengan non muslim. Abu Hanifah meletakkan syarat yang
sangat ketat tentang meminta bantuan dengan orang kafir, berdasarkan
Kisah Rasulullah pernah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ bagi memerangi
Bani Quraizah.
al-Syaibani pula meletakkan dua syarat untuk meminta bantuan dengan non muslim;
1- Boleh meminta bantuan dengan
syarat non muslim boleh dipercayai, di mana kita merasa aman apabila
berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka.
2- Hukum Islam yang dominan ke atas
mereka, dengan kata lain… non muslim itu golongan yang lemah, dan
jemaah Islam itu lebih kuat dan dominan.
Bagi al-syaibani, meminta bantuan dengan
non muslim HARUS tetapi lebih kepada JARANG-JARANG BERLAKU dan dalam
keadaan pengecualian. Ini adalah pandangan tokoh-tokoh ilmuan feqh
termasuk tokoh-tokoh daripada kalangan pengikut Imam Hanafi dan
al-Tahawiah.
Bagi Abu Hanifah, al-Syafei, Thauri dan Awza’ie berpendapat;
Tidak ada masalah meminta bantuan dengan
non muslim selagi mana Islam lebih kuat dan dominan, tetapi makruh
meminta bantuan ketika non muslim lebih dominan dan kuat.
Pendapat Al-Karabisi, boleh meminta bantuan orang non muslim apabila mereka;
1- Tiada SYAUKAH
2- Berada bawah pemerintahan atau undang-undang ORANG ISLAM
3- Tidak memberi mudarat kepada orang Islam
Bezanya di sini ialah syarat untuk bercampur dengan mereka ialah apabila;
1- Mereka berada di bawah kekuasaan dan hukum kita;
2- Bilangan mereka adalah sedikit dan minoriti,
Apabila jumlah mereka adalah kecil, ini
tidak mendatangkan mudarat kepada orang-orang Islam. Sekiranya wujud
suasana ini, minta bantuan mereka adalah HARUS.
Tidak HARUS meminta bantuan sekiranya
mereka mempunyai SYAUKAH, kerana mereka mungkin tidak akan berada di
bawah kuasa dan hukum kita, mereka tidak akan keluar untuk membantu kita
dan mengalahkan agama mereka, kita tidak akan merasa aman dengan
meminta pertolongan mereka, jadi tidak HARUS meminta pertolongan mereka.
Kita kembali kepada hadis Rasulullah yang tidak mahu meminta bantuan
orang kafir tadi.
Sementara peristiwa Rasulullah meminta
bantuan Yahudi Qainuqa’ untuk memerangi Yahudi Quraizah adalah kerana
Yahudi Qainuqa’ berada dalam jumlah yang sedikit dan tidak mendominasi
orang Islam.
Ibn Khuwaiz al-Basri al-Maliki
berpendapat Kitab Allah Taala secara jelas bertentangan dengan pandangan
Abu Hanifah yang mengharuskan hukum ini.
Firman Allah;
118. Wahai orang-orang Yang beriman!
janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu
menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan
berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan
apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada
pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih
besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu
keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya (ali-Imran
3:118).
57. Wahai orang-orang Yang beriman!
janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai
ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab
sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi
penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar
orang Yang beriman (al-Maidah 5:57).
Kedua-dua ayat ini dengan jelas menunjukkan larangan menyokong dan membantu orang kafir.
Tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).
(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).
Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.
Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.
Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.
Rasulullah S.A.W. bersabda tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).
Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).
(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).
Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman tersebut , walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :
المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).
(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).
PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.
Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.
Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.
Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.
Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.
Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.
PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.
PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.
Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.
Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.
PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.
Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.
PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.
Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.
Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.
Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.
Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.
Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.
Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.
Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.
Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.
Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.
Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.
Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.
Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.
Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.
Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.
Pesanan Rasulullah S.A.W. “sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.
*Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Tahaluf siasi: Ulama pertahan resolusi demi kepentingan PAS
Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider berkata, cadangan dibuat berdasarkan aduan dan maklum balas yang diterima mereka.
"Kita menerima pelbagai aduan yang melibatkan hubungan PAS dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak boleh sapu aduan itu ke bawah karpet. Itu amalan tidak betul.
"Jadi kita bawa berbincang dan akhirnya dibawa ke Multaqa Ulama di Alor Setar dan diluluskan dalam bentuk resolusi," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Khairudin berkata demikian ketika mengulas kekecohan yang berlaku dalam PAS sekarang ekoran resolusi yang dibuat Dewan Ulama dalam perhimpunan mereka di Alor Setar.
Ia bermula dengan ucapan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang mencadangkan multaqa itu mengkaji kerjasama politik dengan PR khasnya dengan PKR.
Dua pemimpin PAS menyifatkan resolusi itu menghantar mesej yang salah seolah-olah ulama meminta PAS keluar dari PR.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Setiuasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan resolusi itu satu tindakan yang tidak bijak.
Khairudin berkata, PAS sudah melaksanakan tahaluf siasi sejak 1959 lagi dengan pihak berbeza dan ia sentiasa dikaji untuk kepentingan parti Islam itu.
Semasa pilihan raya umum lalu, katanya, ada kerjasama tidak berapa baik di kalangan PAS dengan PKR khasnya berlaku perebutan kerusi, ada ahli PAS yang menyertai parti lain dan sebagainya.
"Memang semasa perang kita diamlah kerana kita cuba fokus kepada lawan kita. Tetapi dalam keadaan perang sudah reda, kita bolehlah bersuara dan muhasabah kembali," katanya.
Khairudin menafikan PAS dan PKR serta DAP bersatu dalam hakikat satu parti atau 'perkahwinan' kerana kerjasama dengan kedua-duanya adalah persefahaman sahaja.
"Tidak tepat kiaskan dengan perkahwinan kerana Pakatan Rakyat hanya persefahaman tiga parti sahaja. Jadi ada yang kita bersama dan ada yang berbeza.
"Perkahwinan belum berlaku lagi. Kita belum kita lagi kerana mungkin ada yang belum selesai," katanya.
Beliau berkata, setiap parti dalam PR mempunyai matlamat masing-masing dan yang menyatukan mereka adalah untuk melawan musuh yang sama iaitu Umno dan Barisan Nasional (BN).
Khairudin berkata, kenyataan Mursyidul Am, Presiden dan Ketua Penerangan PAS mereka akan memperkuatkan PR adalah tidak bertentangan dengan resolusi multaqa mereka.
"Ia tidak ada masalah kerana ia terhasil selepas menyemaknya. Ulama minta PAS semak, bila semak presiden dan mursyidul am buat kenyataan akan perkuatkan Pakatan," katanya.
Berhubung dengan usul dalam muktamar untuk membolehkan ia dibahaskan, Khairudin berkata, Dewan Ulama Pusat menyerahkan kepada ulama negeri-negeri untuk menilainya.
"Jika mereka setuju dengan pandangan, ia akan dijadikan usul ke peringkat pusat dan kalau muktamar Dewan Ulama pula meluluskannya, kita akan bawa dalam Mukatamar Pusat," katanya. - 2 Oktober, 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan