8 Gambar Artis Berpakaian Terlampau
8 Gambar Artis Filipina Berbaju Seksi Terlampau |
Sebuah majlis gilang gemilang untuk penggiat seni telah berlangsung di
Filipina pada Sabtu lepas dan ia sememangnya menjadi medan para artis
untuk tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan.
Kebiasaannya, dalam
mana-mana acara besar yang berlangsung pasti ada selebriti yang sangka
mereka telah tampil dengan pakaian yang disangka paling anggun tapi
hakikatnya pilu.
Acara Star Magic Ball
ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yang juga penari, Kristel Moreno
dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk.
Mimbar beri amaran cubaan hina Islam
Mimbar Jumaat hari ini memberi amaran kepada umat Islam tentang cubaan
merosakkan sikap bertolak ansur antara agama yang telah bertapak di
kalangan rakyat Malaysia selama ini.
Tidak menamakan pihak yang dimaksudkan, teks khutbah sediaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mendakwa pihak itu menghina Islam dan hak penganutnya di negara ini.
"Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar akhir-akhir ini terdapat segelintir mereka yang cuba mengherot-berotkan toleransi ini dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku.
"Mereka sengaja menggunakan pelbagai isu untuk menggugat kontrak sosial yang telah diperakukan bersama.
"Demi mengejar kuasa dan pengaruh, mereka berani mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, peranan mahkamah syariah dan bidang kuasa raja sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu di negara ini.
"Mereka juga memperlekeh dan menghina hak peribadi umat Islam," teks khutbah itu dipetik, yang ada dalam lamab web Jakim.
Mimbar turut memetik statistik laporan polis yang dibuat berkenaan dakwaan terhadap isu sensitif dalam setengah tahun pertama tahun ini.
'Tak puas hati'
"Apa yang mendukacitakan masih terdapat segelintir masyarakat yang salah faham, tidak boleh menerima nasihat dan tidak puas hati dalam isu-isu tertentu seperti agama, etnik dan hak asasi manusia.
"Buktinya, statistik daripada PDRM yang menerima sebanyak 853 laporan daripada 33 kes melibatkan isu sensitif perkauman sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2014 di seluruh negara," khutbah itu dipetik.
Teks khutbah itu turut menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dalam menanggapi isu-isu sensitif di antara kaum.
"Mimbar ingin menasihatkan semua pihak agar tidak mengambil sesuatu tindakan menurut hawa nafsu semata-mata.
"Dan tidak mengikut telunjuk pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dengan mengapi-apikan isu toleransi yang disepakati bersama.
"Kerana ianya dikhuatiri akan menyalakan api permusuhan antara kita, yang seterusnya akan menggugat keharmonian dan keamanan negara," teks itu dipetik lagi.
sumber2:33PM - 12 Sep 2014

KISAH SEJARAH MELAKA YANG DISEMBUNYIKAN DUNIA
Written By canang on Jumaat, 12 September 2014 | 9/12/2014 09:22:00 PTG
SEJARAH MELAKA YANG DISEMBUNYIKAN | Semasa seorang pengembara Itali yang
bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510
pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk
mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan, masyarakat dan kerajaan
Melaka.
Antara maklumat penting yang dibawa oleh Portugis yang datang ke Melaka
pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka.
Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan
kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran
tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya
yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu
laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua
dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507
dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar
maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut.
Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di
Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka
mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan
sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan
bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang
erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek
pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum
Islam.
Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda
pada tahun 1508 itu jugamenunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka
yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal Portugis.
Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat,
mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah
diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama
dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang
melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti
nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa
lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan
kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding
dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan
Tamadun Melayu pada ketika itu.
Lakaran Portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku
diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut
diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat
merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal
yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat
dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di
pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah
bangunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah
masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi
bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu
atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini
berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat
di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.
Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang dibuat
oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi serangan
orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana strategi orang
Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang
dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat
berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan
hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar
Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka.
Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan
yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka. Pihak Portugis kelihatan
menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat
bertahan.
Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang
digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang
lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing
atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok
kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu
bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur
pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut
tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah
Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.
Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya
dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil
pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka
disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada
dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk
menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan
Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi
rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota
dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada
bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan
binaan tembok adalah daripada batu putih tempatan.
Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang
sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak
menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari
batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk
Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersebut
juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar
pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka
juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang
dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom.
Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah
yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas
balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri
dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang
dikatakan dalam Sejarah Melayu.
AMK pro-Azmin enggan bergeser dengan istana
Pemimpin sayap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut agar pemimpin
tertinggi parti tersebut segera menyelesaikan krisis di Selangor dan
mengelakkan pergeseran dengan istana.
Dalam dua kenyataan berasingan dengan kandungan hampir sama, dua kumpulan tersebut menyatakan kebimbangan bahawa tindakan melengah-lengahkan pelantikan menteri besar baru akan menimbulkan kemarahan rakyat.
“Kami pimpinan anak muda di peringkat akar umbi merasakan sudah tiba masanya satu keputusan muktamad dicapai bagi mengakhiri krisis politik yang telah berlanjutan untuk sekian lama ini.
“Kami khuatir sekiranya lebih lama krisis ini dibiarkan berpanjangan, ia bakal mengundang kemarahan rakyat yang semakin resah dan gusar dengan perkembangan mutakhir ini,” kenyataan mereka dipetik.
Sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa timbalan presidennya, Azmin Ali kini melobi agar PKR memenuhi permintaan istana Selangor agar parti itu mengemukakan lebih dari dua nama untuk jawatan menteri besar.
Ini bagi mengelakkan persepsi bahawa PKR menentang sultan, menurut sumber tersebut yang menjangkakan lebih ramai pemimpin AMK mengeluarkan kenyataan sama.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan untuk mengemukakan hanya satu nama, presiden parti yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walau selepas teguran istana.
Senarai pemimpin AMK yang menyokong kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyertakan nama ketua pergerakan itu sendiri, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sebaliknya, kenyataan berasingan itu disokong oleh para naib pengerusi AMK Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar, serta anggota exco AMK, Ammar Gazali.
Ketiga-tiganya dilihat menyokong kumpulan Azmin, manakala Nik Nazmi menyokong Wan Azizah.
Pemimpin lain yang menyokong dua kenyataan itu adalah para ketua cabang dan timbalan masing-masing dari Selangor dan Perlis.
Sekiranya PKR memenuhi permintaan sultan Selangor, Azmin berpeluang lebih besar untuk dilantik ke jawatan menteri besar sekiranya namanya termasuk dalam senarai untuk diteliti oleh baginda.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan pencalonan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan kubor adalah pilihan yang tepat.
Beliau (gambar) berkata, pengalaman selama 20 tahun di dalam PAS dan bergelumang dengan penduduk setempat, calon PAS itu tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN).
"Beliau merupakan seorang pekerja parti di peringkat kawasan dan Dun, hampir 20 tahun beliau berkhidmat untuk rakyat setempat.
"Dengan sikap dan sifat yang beliau miliki selain dikenali penduduk setempat, saya yakin kita tidak tidak mempunyai masalah untuk mengambil balik kerusi Dun Pengkalan Kubor dari BN," katanya kepada Harakahdaily.
Kamarudin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut berpendapat pengalaman yang dimiliki calon PAS lebih jauh mengatasi calon BN.
"Beliau telah lama berdamping dengan penduduk setempat. Memadai jika kita tanya nama beliau, orang kampung akan mengenali dia.
"Saya yakin peluang untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang pada PRK kali ini amat besar," sambung beliau.
Tambah beliau lagi, pergolakan dalaman Umno Pengkalan Kubor yang tidak berpuas hati dengan pencalonan calon BN turut membantu PAS dalam usaha mengambil semula kerusi tersebut. - HARAKAHDAILY 12/9/2014

Peluang Wan Rosdi menang sangat cerah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan