Isteri kepada ketua menteri Pulau Pinang, Betty Chew menafikan bahawa suaminya itu, Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar tersebut memetik kenyataan Chewdi Pulau Pinang, yang antara lainnya turut menafikan bahawa beliau pernah menyerang wanita tersebut.

"Suami saya tidak ada hubungan sulit dengan bekas stafnya dan saya juga tidak pernah menyerang wanita itu atau orang lain berkenaan hal ini.

NONE"Jika benar, kenapa sehingga hari ini MCA tidak mengemukakan bukti yang saya pernah menyerang sesiapa," katanya seperti dipetik dalam akhbar edisi hujung minggu itu.

Laporan itu timbul ketika tumpuan pada waktu ini terarah kepada pusingan kedua debat di antara Lim dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang akan berlangsung petang ini.
Isu berkenaan ditimbulkan dalam satu persidangan DUN Melaka yang kecoh pada Isnin lalu apabila seorang wakil rakyat BN meminta Chew menjawab dakwaan berkenaan.

Chew tetap enggan menjawab dakwaan tersebut walaupun berkali-kali diasak oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo yang antara lainnya mendakwa, isu berkenaan banyak dipaparkan dalam blog tempatan.

Insiden ketika Gan mengemukakan soalan tersebut turut dibenarkan oleh Yang Dipertua DUN tersebut, untuk dirakam oleh stesen TV dan juga akhbar, yang menimbukan kemarahan wakil rakyat DAP.

Kelima-lima wakil rakyat DAP berkenaan seterusnya digantung enam bulan daripada persidangan DUN susulan protes yang dilancarkan mereka pada keesokan harinya.
JAWI mahu segerakan kes ke atas pengurus Borders
  • Hafiz Yatim
  • 2:10PM Jul 8 2012
 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya menyegerakan kes pendakwaan ke atas seorang pengurus kedai buku Borders Nik Raina Nik Abdul Aziz.

Permohonan tersebut bagi membolehkan jabatan itu menjelaskan kedudukannya kepada media dan penulis blog.

Nik Raina dituduh pada bulan lalu atas dakwan mengedarkan buku Irshad Manji, Allah, Kebebasan dan Cina.

JAWI bertindak ke atas kedai buku berkenaan pada 23 Mei, namun pengharaman ke atas buku berkenaan hanya dibuat secara rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri pada 29 Mei.

Isu berkenaan mencetus perdebatan dan kritikan di ruang media dan blog.

Dalam satu surat bertarikh 27 Jun, JAWI menyatakan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa minat dan perdebatan umum akan menjejaskan perjalanan kes tersebut.

Surat yang ditandatangani ketua pendakwa syarie JAWI Ibrahim Deris itu turut dihantar kepada peguam Nik Raina, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.

Nik Raina didakwa oleh JAWI memandangkan beliau merupakan seorang Islam, sedangkan beliau tidak terlibat dalam pemilihan buku untuk dijual di kedai tersebut.

Tanggungjawab itu dipegang oleh penolong pengurus besar (operasi dan pembarangan) Border, SStephen Fung Wye Keong yang bukan Islam.

JAWI bagaimanapun tidak dapat mendakwa seorang bukan Islam atau sebuah syarikat di mahkamah lalu mendakwa Nik Raina.
Agensi k'jaan tak muncul dalam dialog MRT
  • Leven Woon
  • 6:41PM Jul 7 2012
 
Enam agensi kerajaan hari ini tidak hadir ke sesi dialog dengan pemilik hartanah sepanjang Jalan Sultan Kuala Lumpur yang terjejas dengan projek kontroversi MRT.

Badan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan; Kementerian Pengangkutan; Jabatan Perdana Menteri; Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MRT Corp.

Pegawai Spad kelihatan berada di Dewan Perhimpunan Cina dan Selangor (KLSCAH), empat dialog sepatutnya berlangsung, tetapi beredar sebelum sesi bermula.