Selasa, 10 Julai 2012

ADA YANG BERCAKAP BAGI PIHAKNYA....MACAM ADA YANG TAK KENA...KITA GUNAKAN KAEDAH...BERANI KERANA BENAR....ADA JUGA YANG BERANI TAPI TAK BENAR MANA PUN....

DAP90: Nik Aziz enggan ulas, karut semua tu

Salmah Mat Husain, 09 Jul 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP bakal bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU13 nanti.


Bagaimanapun, beliau hanya berkata “karut semua tu”.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.

Katanya, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak membabitkan soal PAS.

“Saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan PAS sahaja,” ujarnya.

Walaupun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Tuan Guru tetap tidak mahu mengulasnya.

Pada masa yang sama beliau turut menyangkal PAS telah sasar beberapa kerusi yang ingin ditandingi, sebaliknya memberitahu selepas sahaja parlimen dibubarkan, ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.
'Najib tak perlu debat Anwar'

9 Julai 2012
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Najib telah membuktikan kepimpinannya melalui program transformasi yang membuahkan hasil.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, rakyat dapat menilai pelbagai langkah yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib sejak mengambil alih pucuk pimpinan negara, tiga tahun lalu.

Katanya, Ketua Umum PKR itu seharusnya berdebat dengan orang lain kerana apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang sehingga ini penuh dengan retorik.

“Sebagai Perdana Menteri, kita tidak menggalakkan Datuk Seri Najib berdebat dengan Anwar. Beliau telah membuktikan kepimpinannya. Kita telah melihat dengan jelas hasil-hasil transformasi.

“Daya saing negara meningkat daripada tangga ke-28 ke-21, kemudahan menjalankan perniagaan daripada 23 ke 18, dan kita telah diiktiraf negara kelima menjadi pilihan negara FDI di Asia dan kita tepati segala janji, bukan janji-janji kosong seperti pakatan rakyat,” katanya
semasa debat keduanya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, di sini semalam.-Bernama
Dr Rani tolak debat dengan Hasan Ali
NURUL AINI MOHAMED ALI
9 Julai 2012
Dr Abd Rani Osman
Dr Abd Rani Osman
SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menegaskan pendiriannya tidak akan berdebat dengan Pengerusi Jati, Dr Hasan Ali seperti yang dikhabarkan akan diadakan 11 Julai ini.

Satu debat perdana anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GWP) bakal  diadakan di Meru melibatkan Hasan dan Dr Rani.

Dr Rani menggantikan Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor tahun lalu.

"Saya tidak nafikan yang wakil Hasan Ali ada datang ke pejabat saya bagi menghantar jemputan bagi mengadakan debat.

"Namun demikian, pihak saya tidak pernah memberi sebarang jawapan atau bersetuju untuk mengadakan debat yang dicanangkan kepada orang ramai kini," katanya pada sidang media di lobi Bangunan SUK hari ini.

Pihaknya juga menegaskan yang tindakan Hasan itu sebagai satu provokosi atau gangguan gangstrerisme yang cuba dilakukan terhadap Pas.

"Saya minta agar cubaan yang tidak bermaruah ini dihentikan dengan segera," tegas beliau.

Tambah beliau, Hasan hanya terdesak untuk menunjukkan dirinya masih lagi relevan di mata rakyat walupun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

"Beliau jelas kelihatan terdesak. Ini adalah usaha beliau untuk memberi gambaran yang saya tidak berani berdepan untuk berdebat dengan beliau," katanya lagi.

Katanya lagi, jika Hasan benar-benar ikhlas, beliau sudi menghantar, Timbalan Pesuruhjaya Pas, Khalid Samad untuk berdebat.

ini kerana, Dr Rani berkata yang Hasan gentar untuk berdepan dengan Khalid, yanh juga Ahli Parlimen Shah Alam.

"Jika benar mahu debat, carilah tempat dan moderator yang neutral. Bukan berpihak kepada mana-mana parti untuk mengelakkan terjadinya ketidak adilan," tambahnya.
BR1M kali kedua dalam pertimbangan kerajaan

9 Julai 2012
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua kepada rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
"Mengenai syor pemberian BR1M kali kedua, perkara tersebut dalam pertimbangan pihak kerajaan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Pada 7 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberi BR1M kedua kepada rakyat.
Ahmad Husni berkata pemberian BR1M yang lalu telah dimanfaatkan oleh 4.33 juta isi rumah dengan peruntukan kerajaan berjumlah hampir RM2.16 bilion.
"Kejayaan program itu adalah hasil pengukuhan ekonomi negara dan kemampuan mengurus kewangan negara dengan baik dan cekap serta kerajaan sentiasa memastikan penggunaan hasil dibelanja secara berhemah bagi memberi manfaat dan pulangan kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, katanya penerima BR1M masih boleh menebus baucar apabila tempoh penebusan telah dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.
Baucar tunai itu sebelum ini mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April lepas dan boleh ditunaikan di kaunter-kaunter bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Maybank di seluruh negara. - Bernama

Gambar yang disorokkan dari pengetahuan rakyat

http://omakkau.blogspot.com, 09 Jul 2012

GAMBAR YANG DISOROKKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT!!!!....YAB LIM GUAN ENG BERGADUH SAKAN DENGAN ISTERINYA YB BETTY CHEW???



Gambar ini sudah pasti diharamkan keluar di semua akhbar arus perdana milik dan kawalan UMNO dan rakan-rakan yang seangkatan dengannya.

Gambar terbaru YAB Lim Guan Eng dengan isteri kesayangannya YB Betty Chew.

Gambaran kononnya rumah tangga mereka sedang bergolak kencang ekoran YAB Lim Guan Eng ada skandal hubungan sulit dengan bekas kakitangannya.

 

(Gambar) Amuk samurai di Putrajaya, seorang mati

http://duniacacamarba.blogspot.com, 09 Jul 2012

[Gambar-Kemas Kini] Amuk Pedang Samurai di Putrajaya, Seorang Disahkan Meninggal Dunia


[SH] Seorang lelaki mati ditembak selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang tadi.
Turut ditembak rakannya seorang wanita.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur, katanya.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Berita Berkaitan:

[MK] Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.
Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.


P/s: Betulkah pasangan tersebut mahu menggulingkan kerajaan? Kenyataan itu pula dikeluarkan oleh Utusex, surat khabar yang paling banyak kena saman!

Sumber gambar: Pelbagai

Kemas Kini:
Yang berikut ialah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia tentang insiden tersebut:

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).

Tiada ulasan: