Posted on Tuesday, September 03 @ 06:31:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Setelah anda menangkan KAMI di Kuala Besut....
Setelah KAMI bebaskan pembunuh Altatunya......
Setelah anda bersama KAMI rayakan Hari Merdeka.......
Maka...tibalah masanya untuk KAMI
balas budi anda semua.....
Nah! Nah! Wow ! Wow !... ganjaran dari KAMI
Harap anda semua terhibur dan bergembira sakan......
Minyak RON95 dan Diesel... KAMI umumkan dengan sukacitanya akan kenaikkan harganya
Jom! Semoga anda semua pakat-pakat membanjiri stesen minyak malam ini....
Oh ya...hampir terlupa...
jika anda semua tidak bergembira dengan berita ini.....
sila cari negara lain untuk kehidupan anda!
BERITA GEMBIRA :Masa untuk balas budi......"
Tarif elektrik ambil kira keselesaan rakyat
Posted on Monday, September 02 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SERI MANJUNG - Aspek keselesaan rakyat menjadi perkara utama sebelum kerajaan memutuskan cadangan penyemakan semula tarif elektrik, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata cadangan itu masih dikaji dengan meneliti pelbagai sudut pengguna kerana kerajaan tidak mahu rakyat terbeban.
"Kita perlu lihat semua sudut, kalau kita laksanakan, kita perlu lihat macam mana industri, pengguna di rumah pula macam mana, berapa hadnya, berapa (harga) yang murah. Sekarang pun ada beberapa harga, ada yang murah... kerajaan perlu cari 'kusyen' untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung hari ini.
Mahdzir berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya setuju menaikkan tarif elektrik, sebaliknya perlu memikirkan kaedah terbaik agar rakyat tidak terbeban, jika semua kos hidup meningkat.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie bahawa syarikat itu berhasrat menyemak semula tarif elektrik berikutan peningkatan kos operasi.
Pada 19 Ogos lepas, TNB memberi jaminan jika cadangan pelarasan tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata langkah itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowat sejam.
Mengulas lawatan ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Mahdzir berkata stesen itu kini melaksanakan pembinaan janakuasanya yang keempat.
"78 peratus pembinaan janakuasa keempat itu telah siap dan dijangka beroperasi pada Mac 2015 dan membekalkan elektrif ke seluruh Semenanjung, grid elektrik itu akan dimasuk ke dalam Grid Nasional," katanya.
Beliau berkata stesen itu kini menghasilkan 2,100 megawatt (MW) dan berupaya menambah kapasiti keseluruhan kepada 3,100 MW apabila janakuasa keempat, yang bernilai RM5 bilion, beroperasi. - Bernama
Sinarharian
Janji di tepati
Posted on Monday, September 02 @ 22:04:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Slogan Barisan Nasional JANJI DITEPATI. Dengan itu BN telah menapati janjikan Pengundi BN semuanya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri DS Najib Razak!!
.............
http://kide-picture2u.blogspot.com
Memang Sah Utusan Kaki Bohong!
Posted on Monday, September 02 @ 21:48:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Minyak naik mulai esok khabar angin sahaja kata Utusan Malaysia. Peecayalah kepada akhbar Utusan!
Akhbar pembohong no. satu di Malaysia!
Inilah akhbar UMNO!
............
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Siapa buat lawak ni??
Posted on Monday, September 02 @ 21:55:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
1st Flashmob telah dibuat di Stesen Minyak (Lokasi Dirahsiakan) RM0.20 nilainye mmg tidak banyak... tapi ada x kita pikir apakah kesannye??? Impak kenaikan harga barangan dan kos hidup rakyat... ???
Najib Razak sengaja menceritakan isu kenaikan BR1M yg akan diberi nanti tanpa menyebut nilai kenaikannye selepas pengumuman kenaikan Harga Minyak tadi.. adakah dengan Gula-Gula BR1M rakyat terus mendiamkan diri???
~Afai
...........
http://kide-picture2u.blogspot.com
IGP dakwa Pak Samad 'menyorok'
Polis
meminta sasterawan negara Datuk A Samad Said menyerah diri kepada
pasukan itu untuk membantu siasatan berhubung tindakan individu yang
mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada
Jumaat malam lalu.Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa A Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.
"Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia meyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya.
"Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi ini.
Katanya, polis cuba mengesan A Samad selepas menahan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli pada ham 8.40pm pada malam tadi di Kampung Baru.
Polis menjalankan siasatan ke atas dua aktivis berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.
Sang Saka: A Samad Said diminta serah diri
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi.
Diesel, RON95 naik 20 sen
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.
Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,
Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.
Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

Sementara itu, Bernama melaporkan
pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi
RON95dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga menteri kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.
Jimat RM1.1 bilion tahun ini
Jimat RM1.1 bilion tahun ini
Perdana
Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang
akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada
tahun ini.
"Bagi tahun sepenuhnya, kita menjangka kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion, kata beliau.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti.
"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah akan diberi keutamaan dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.
"Manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," kata beliau.
Bagaimanapun, jelas Najib projek Mass Rapid Transit Jajaran 1, 2 dan 3 akan diteruskan seperti dirancang dan Projek Rel Kelajuan Tingi Koridor Selatan pula masih dalam proses rundingan.
"Kita akan meneliti mana satu projek yang akan dijadualkan semula dan mana projek yang akan diteruskan," tambahnya.
Menurut Perdana Menteri dalam jangka sederhana dan panjang, kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara.
"Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau.
Najib berkata Jawantankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah menekankan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.
"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar," kata beliau dan menambah bahawa lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.
Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur, kata Perdana Menteri.
"Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah dalam kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing.
"Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," kata beliau.
'Inflasi masih rendah'
Menjawab mengenai kemungkinan kenaikan inflasi selepas kenaikan harga bahan api tersebut, Najib berkata inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.
"Mungkin peningkatannya tidak begitu tinggi," kata beliau.
Semasa ditanya mengenai cukai barangan dan perkhidmatan, beliau berkata: "Apa sahaja berkaitan GST akan diumumkan dalam ucapan belanjawan."
Menyentuh mengenai ringgit, beliau berkata ringgit mendapat kesan ekonomi luar dan di luar kawalan negara.
"Bank Negara menyedari akan hal ini dan tidak memberi kita tekanan yang tidak wajar pada masa ini tetapi kita percaya apa yang penting ialah untuk mengukuhkan asas ekonomi," kata beliau.

Anwar: Belanja boros, bebankan rakyat
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan menaikkan harga
minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20sen, seperti diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.
"Belanja boros bebankan rakyat!" begitu reaksi ringkas dan segera Anwar (kiri) di akaun Twitternya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi seorang pengguna @Abd_Rhmn22 kepadanya berhubung langkah terbaru kerajaan itu.
Individu itu menulis kepada Anwar: "Minyak naik- tarikh DS (kena) pecat 15 tahun lalu. Semua salah DS ;p"
Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sama seperti tarikh pengumuman kenaikkan harga minyak hari ini.
Sementara itu, Anwar juga menyindir Putrajaya dengan berkata: "Negara eksport minyak; hasil tinggi!"
Anggota Tamilar Action Force S Murali, yang menjumpai surat itu di Facebook, mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan itu.
Murali berkata, siasatan itu wajar dilakukan kerana 'Geng 36' merupakan kumpulan haram.
Menurut surat itu, yang diedarkan kepada media oleh Murali, acara itu berlangsung di The Mines, Seri Kembangan pada 3 Disember 2011, melibatkan antara 6,000 hingga 7,000 orang.
Kecuali seorang pemimpin MIC, Malaysiakini tidak menyebut nama pemimpin terlibat sementara menunggu reaksi masing-masing.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC T Mohan, yang dinamakan dalam laporan polis itu mengesahkan bahawa beliau hadir ke acara itu tetapi tidak tahu jika penganjur mempunyai hubungan dengan dunia kongsi gelap.
Beliau percaya ia dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Kajang dan mendapat lampu hijau daripada polis.
"Saya tidak tahu jika mereka (penganjur) kongsi gelap. Polis dialu-alukan menyiasat perkara itu," katanya yang sering diundang ke majlis anjuran NGO.
Mohan berkata, terdapat kemungkinan surat itu dibuat oleh pihak yang cuba mempengaruhi pemilihan jawatankuasa kerja kerja pusat MIC yang akan datang.
Shahnaz (kiri), yang memberi keterangan dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta mendakwa perkara itu hari ini.
"Mahmud Abu Bekir Taib merupakan pengarah di 150 syarikat. Daripada itu, dia mempunyai pegangan dalam 50 syarikat.
"Daripada 21 syarikat itu, dia mempunyai pegangan bernilai RM1 bilion," dakwanya.
Shahnaz, 50, mendakwa, Mahmud Abu Bekir mendapat gaji RM2 juta setahun sejak 2000 atau lebih lagi.
Menceritakan semula satu peristiwa yang berlaku pada tahun 1994, Shahnaz A Majid, 50, mendakwa Mahmud menyedari terlupa membawa kunci rumah ketika pulang.
Pada masa itu, beliau berada di bilik air, kata Shahnaz.
Shahnaz berkata, beliau bergegas keluar dari bilik air selepas Mahmud mengetuk pintu rumah itu dengan kuat.
"Apabila saya buka pintu, dia terus masuk dan menumbuk saya di muka dan di bahu. Dia juga menendang saya di perut,” katanya.
Shahnaz berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis. Beliau turut mendedahkan satu kejadian lain yang berlaku di antara tahun 1994 dan 1999.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Abdul Karim Abdul Wahab seterusnya mengingatkan peguam Shahnaz berhubung alasan untuk membawa bukti seperti itu dalam prosiding melibatkan tuntutan mutaah RM100 juta.
Peguam Mahmud, Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din, sebelum itu mempersoalkan kesahihan soalan seperti itu memandangkan anak guam mereka mampu membayar dan plaintif hanya perlu mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya.
Bagaimanapun, peguam Rafiee Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz berkata ia bagi menunjukkan alasan sah untuk penceraian itu.
"Belanja boros bebankan rakyat!" begitu reaksi ringkas dan segera Anwar (kiri) di akaun Twitternya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi seorang pengguna @Abd_Rhmn22 kepadanya berhubung langkah terbaru kerajaan itu.
Individu itu menulis kepada Anwar: "Minyak naik- tarikh DS (kena) pecat 15 tahun lalu. Semua salah DS ;p"
Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sama seperti tarikh pengumuman kenaikkan harga minyak hari ini.
Sementara itu, Anwar juga menyindir Putrajaya dengan berkata: "Negara eksport minyak; hasil tinggi!"
20 SEN PUNYA CITER - PEMANDU MENGAMUK - TOKEH ENGGAN MENJUAL RON95
Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell
di Durian Tunggal, Melaka malam tadi.
Sebaik saja Najib Razak pemimpin agung UMNO yang
menjadi kesayangan dan kemegahan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO
mengumumkan akan harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen seliter mulai jam
12.01 malam nanti, maka berpusu2lah rakyat pergi ke stesen minyak
untuk mengisi petrol sebelum jam 12 tengah malam.
Disebuah stesen minyak di Melaka didapati engganmenjual petrol
RON95 kepada pelanggan atas alasan kononnya minyak sudah kehabisan .. sedangkan
semua rakyat tempatan tahu betapa towkey stesen minyak ini ingin mengambil
kesempatan untuk buat untung atas pengumuman Najib Razak harga petrol
RON95 dan Diesel naik 20 sen seliter sedangkan dalam stock minyaknya dia beli
untuk dijual kepada harga lama RM1.90 sen seliter dan bukannya RM2.10 seliter.
Jadi nak buat untung mudahlah ...Apa lagi naik
minyaklah kawan tu ... terus dilanggarnya salah satu pam minyak yang terdapat
distesen itu.
Ini bukti jelas betapa kehidupan rakyat dengan
harga RM1.90sen seliter pun sudah cukup tertekan inikan pula harga RM2.10
seliter.
NGO tuntut siasat kaitan pemimpin BN dengan gengster
Sebuah
NGO hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan sepucuk surat
yang mendakwa tiga pemimpin BN hadir dalam sebuah majlis anjuran
kumpulan kongsi gelap 'Geng 36'.Anggota Tamilar Action Force S Murali, yang menjumpai surat itu di Facebook, mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan itu.
Murali berkata, siasatan itu wajar dilakukan kerana 'Geng 36' merupakan kumpulan haram.
Menurut surat itu, yang diedarkan kepada media oleh Murali, acara itu berlangsung di The Mines, Seri Kembangan pada 3 Disember 2011, melibatkan antara 6,000 hingga 7,000 orang.
Kecuali seorang pemimpin MIC, Malaysiakini tidak menyebut nama pemimpin terlibat sementara menunggu reaksi masing-masing.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC T Mohan, yang dinamakan dalam laporan polis itu mengesahkan bahawa beliau hadir ke acara itu tetapi tidak tahu jika penganjur mempunyai hubungan dengan dunia kongsi gelap.
Beliau percaya ia dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Kajang dan mendapat lampu hijau daripada polis.
"Saya tidak tahu jika mereka (penganjur) kongsi gelap. Polis dialu-alukan menyiasat perkara itu," katanya yang sering diundang ke majlis anjuran NGO.
Mohan berkata, terdapat kemungkinan surat itu dibuat oleh pihak yang cuba mempengaruhi pemilihan jawatankuasa kerja kerja pusat MIC yang akan datang.
Anak Taib Mahmud ada lebih RM3bilion, kata Shahnaz
Shahnaz
A Majid mendakwa bekas suaminya mempunyai wang tunai berjumlah AS$700
juta (RM2.1 bilion) dan pegangan dalam 21 syarikat, bernilai lebih
daripada RM1 bilion.Shahnaz (kiri), yang memberi keterangan dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta mendakwa perkara itu hari ini.
"Mahmud Abu Bekir Taib merupakan pengarah di 150 syarikat. Daripada itu, dia mempunyai pegangan dalam 50 syarikat.
"Daripada 21 syarikat itu, dia mempunyai pegangan bernilai RM1 bilion," dakwanya.
Shahnaz, 50, mendakwa, Mahmud Abu Bekir mendapat gaji RM2 juta setahun sejak 2000 atau lebih lagi.
Bekas menantu Taib dakwa 'diseksa'
Bekas
menantu ketua menteri Sarawak hari ini memberi keterangan mengenai
“penyeksaan fizikal, emosi dan mental” yang dialaminya sepanjang 19
tahun perkahwinan dengan Mahmud Abu Bekir Taib.Menceritakan semula satu peristiwa yang berlaku pada tahun 1994, Shahnaz A Majid, 50, mendakwa Mahmud menyedari terlupa membawa kunci rumah ketika pulang.
Pada masa itu, beliau berada di bilik air, kata Shahnaz.
Shahnaz berkata, beliau bergegas keluar dari bilik air selepas Mahmud mengetuk pintu rumah itu dengan kuat.
"Apabila saya buka pintu, dia terus masuk dan menumbuk saya di muka dan di bahu. Dia juga menendang saya di perut,” katanya.
Shahnaz berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis. Beliau turut mendedahkan satu kejadian lain yang berlaku di antara tahun 1994 dan 1999.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Abdul Karim Abdul Wahab seterusnya mengingatkan peguam Shahnaz berhubung alasan untuk membawa bukti seperti itu dalam prosiding melibatkan tuntutan mutaah RM100 juta.
Peguam Mahmud, Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din, sebelum itu mempersoalkan kesahihan soalan seperti itu memandangkan anak guam mereka mampu membayar dan plaintif hanya perlu mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya.
Bagaimanapun, peguam Rafiee Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz berkata ia bagi menunjukkan alasan sah untuk penceraian itu.
Menteri: Peruntukan khas untuk banteras jenayah
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapat peruntukan tambahan dalam
Belanjawan 2014 bagi membanteras jenayah di negara ini, kata Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan bajet tambahan untuk PDRM bagi membanteras jenayah pada ucapan belanjawan. Sebelum itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membantu kami untuk memberi kelulusan khas dari perdana menteri untuk membeli aset bagi kegunaan PDRM.
"Ini termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara yang mendapat kerjasama dari Jabatan Perdana Menteri dan AGC,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Sebelum itu beliau menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2014 pada 25 Okt ini.
Ditanya mengenai cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membeli helikopter bagi kegunaan Unit Udara PDRM, Ahmad Zahid berkata beliau sangat menyokong cadangan itu jika bajetnya diluluskan Kementerian Kewangan.
“PDRM amat memerlukan helikopter bagi tujuan operasi. Kini semangat tinggi telah sedia ada dalam PDRM dan agensi, tetapi kerap kali kekangan kita ialah aset dan perkakasan,” katanya.
Semasa berucap di perhimpunan itu, beliau berkata seramai 1,107 pesalah telah menjalani hukuman Perintah Kehadiran Wajib yang kerajaan dapat mengurangkan kos pengurusan pesalah sebanyak RM3.5 juta sehingga 23 Ogos lalu.
“Ini membuktikan kerjasama strategik Jabatan Penjara dan pihak Mahkamah bukan sahaja dapat memulihkan pesalah, tetapi juga menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penjara kerana berjaya mengekalkan kadar residivis atau kes banduan berulang kali masuk penjara di negara ini pada 7.96 peratus dari Januari hingga Julai tahun ini.
- Bernama

Polis: Ketua kongsi gelap bekas anggota TUDM
Polis
hari ini mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
yang mati ditembak di Taman Rishah, Silibin di Ipoh pagi semalam
merupakan ketua kumpulan kongsi gelap Geng 36 di Batu Gajah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata hasil siasatan mendapati S Jambukeshan, 39, ditembak mati akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 36, 04 dan 08.
"Pergaduhan dipercayai berpunca kerana berebutkan kawasan untuk pengedaran dadah," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan dengan penggantinya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.
Katanya polis percaya akan dapat memberkas suspek dalam kes tembak itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai berhampiran lokasi kejadian.
Katanya polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat melebihi dua orang.
Mohd Dzuraidi berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan dua saksi yang berada di tempat kejadian.
Dalam kejadian pada 7.15 pagi semalam, bekas anggota TUDM itu mati ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah restoran di Jalan Permaisuri Mazwin, Taman Rishah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan