Harga minyak naik: Hari-hari terakhir Najib
Abdul Aziz Mustafa, | 03 Sep 2013 |
"Sejarah berulang lagi. Apa yang berlaku kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kini sedang berlaku kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
"Sama seperti Pak Lah, Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan Najib juga membuat kesilapan seperti Pak Lah dalam pembentukan kabinetnya selepas PRU13," katanya.
Bagi Salahuddin, kabinet Najib yang baru dipenuhi oleh personaliti yang hanya dilantik dengan tujuan menguatkan kedudukannya menghadapi pemilihan Umno.
"Kabinet Najib dipenuhi oleh mereka yang hanya bertujuan mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, bukan mereka yang dapat memakmurkan negara dan rakyat," katanya.
Dengan latar belakang sedemikian, kata beliau, tidak hairanlah Najib melakukan apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah, iaitu menaikkan harga minyak yang secara langsung dan serta merta akan menaikkan kos pengangkutan, harga makanan dan juga harga barang-barang keperluan.
Kesemua itu, kata Salahuddin, akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi yang tidak terkawal atau runaway inflation.
Beliau melihat, kesemua faktor itu akan menguatkan apa yang diheboh-hebohkan sebagai ‘Gerakan Singkir Najib (GSN)’ di dalam Umno.
"Kenaikan harga minyak merupakan faktor ketiga yang akan memberikan lampu hijau kpd GSN dalam Umno untuk mempertingkatkan usaha mereka menjatuhkan Najib dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) daripada tampuk pemerintahan.
"Tokoh-tokoh dan ahli-ahli Umno yang tidak senang dengan regu Najib-Rosmah akan menggunakan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga minyak sebagai faktor utama dalam usaha penyingkiran tersebut," katanya.
Salahuddin juga menyatakan kekesalannya dengan tindakan Najib menarik balik subsidi minyak kepada rakyat.
"Subsidi minyak kepada rakyat Najib rampas, sedangkan subsidi kepada kroni-kroni yang menjadi tuan-tuan punya penjana kuasa bebas (IPP) tidak diusik sedikit pun, hutang setengah bilion ringgit (Tan Sri) Tajuddin Ramli dihapuskan manakala pemerasan kroni-kroni yang menjadi pemegang-pemegang konsesi tol di lebuhraya-lebuhraya diteruskan.
"Subsidi kepada golongan kapitalis diteruskan, contohnya melalui geran-geran Dana Mudahcara (Facilitation Fund) yang dikendalikan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjangkau berbilion ringgit," katanya.
Selain dari itu, kata Salahuddin, ratusan juta boleh pula diberikan kepada konsultan-konsultan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah JPM, tetapi kalau kepada rakyat, subsidi yang tidak seberapa bagi setiap individu pun dirampas atau dikurangkan oleh kerajaan Najib.
"Sharizat boleh dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dengan gaji menteri dan segala nikmat dengan jawatan tersebut, tetapi kapada rakyat marhaen 'no subsidy'. Inilah Najibnomics," katanya.
Salahuddin mengakui, adalah sukar bagi sesiapa pun menolak kemungkinan protes-protes rakyat akibat kenaikan melampau harga minyak akan tercetus dengan hebat.
"Tidak perlu sesiapa pun menghasut, kemarahan rakyat yang semakin membara amat jelas di mana-mana.
"Mereka sendiri yang berkempen secara besar-besaran menentang kenaikan harga minyak ini," katanya.
Kerajaan tidak peka kesempitan hidup rakyat
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
Demikian dinyatakan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, alasan menaikkan harga minyak bagi membolehkan kerajaan dapat menjimatkan sehingga RM1.1 billion pada tahun ini dan RM3.3 billion pada tahun 2014 tidak harus dilihat sebagai langkah yang terakhir lebih-lebih lagi apabila ia membebankan rakyat.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa kecewa dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter semalam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun pihak kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak semasa kempen PRU13 dulu!
Sebab utama kenaikan adalah untuk merasionalisasi subsidi yang diberikan kepada rakyat.
Di kala rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa 3 September 2013 dibimbangi akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain menyebabkan rakyat semakin terbeban.
Alasan menaikkan harga minyak bagi membolehkan kerajaan dapat menjimatkan sehingga RM1.1 billion pada tahun ini dan RM3.3 billion pada tahun 2014 tidak harus dilihat sebagai langkah yang terakhir lebih-lebih lagi apabila ia membebankan rakyat.
Kerajaan seharusnya memikirkan bagaimana membentuk ekonomi negara yang lestari dan stabil tanpa bergantung banyak kepada pemberian subsidi di samping mengupayakan rakyat untuk tidak bergantung kepada saguhati-saguhati kerajaan seperti BR1M dan sebagainya.
Jaminan kerajaan untuk mempastikan bahawa harga barangan keperluan rakyat lain tidak terus meningkat dan ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga seharusnya dinyatakan dengan jelas kepada rakyat.
Kerajaan juga harus menilai kembali beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini yang menjurus kepada amalan pembaziran.
Pengisytiharan beberapa projek segera sepanjang pilihanraya kecil serta pemberian-pemberian yang mewah yang berupa sogokan seperti diumumkan semasa Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut sebagai beberapa contoh yang dilihat seolah-olah kerajaan tidak pernah merancang dengan berhemah perbelanjaan negara dan akhirnya apabila ekonomi negara mengalami kesempitan, ianya dibebankan kembali kepada rakyat.
Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya:
Kerajaan di sepanjang masa menunjukkan keseriusan dalam berjimat cermat, mengelakkan pembaziran di samping bersungguh-sungguh menangani amalan korupsi yang berleluasa.
Kerajaan menurunkan harga cukai kenderaan yang tinggi serta mengawal kenaikan berterusan harga rumah.
Inilah masa yang terbaik bagi kerajaan berbuat demikian sebagai alternatif mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya terhadap generasi muda.
Sesungguhnya dua perkara ini begitu menekan kehidupan rakyat sehinggakan sebahagian besar rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki tambahan siang dan malam untuk menampung keperluan sara hidup mereka sehingga mengurangkan masa berkualiti mereka bersama keluarga dan masyarakat.
Rakyat mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan.
Sifat berbelanja secara sederhana, berhemat dan berdasarkan kepada kemampuan pendapatan keluarga dan peribadi masing-masing di samping mengelakkan berhutang hendaklah diamalkan.
Masyarakat perlu menyedari bahawa kos sara hidup dan harga barang keperluan akan sentiasa naik.
Oleh itu, usaha-usaha mewujudkan masyarakat contoh yang hidup secara sederhana amatlah wajar digalakkan di samping peka dengan hak untuk menegur kerajaan dan pimpinan.
Rugi RM1.05 pada setiap pengisian minyak RM10
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pada kadar baru petrol RM2.10 seliter, bermula hari ini pengguna hanya mendapat 4.762 liter bagi setiap pengisian RM10.
Berbanding sebelum kenaikan iaitu pada kadar RM1.90 seliter, pengguna menikmati 5.263 liter petrol bagi pembelian kadar serupa.
Ini bermakna, dengan pengisian RM10 bermula hari ini, pengguna kehilangan 0.501 liter berbanding semalam.
Harga bagi 0.501 liter, jika pada kadar semalam adalah RM1.05.
Ini bermakna bermula hari ini, pengguna kehilangan nilai ringgit yang dibelanja sebanyak RM1.05 bagi setiap RM10 pengisian petrol mereka.
RM1.05, apabila didarab dengan 30 hari (sebulan), bersamaan RM31.05.
RM31.05 didarab pula dengan 12 bulan (setahun), pengguna akan kerugian RM378 setahun.
Itu jika mengandaikan pengguna mengisi petrol RM10 sehari. Jika pengguna mengisi lebih dari RM10, lebih banyak kerugian yang dialami.
20 sen: Duit raya untuk rakyat
., | 03 Sep 2013 |
Perdana Menteri menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula dari hari ini. Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khususnya golongan marhaen dan kelas menengah yang telah sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
DPPM kesal dengan tindakan kerajaan yang mengambil jalan mudah untuk mengurangkan kebergantungan subsidi dan defisit negara, dengan memindahkan beban tanggungan subsidi petrol dan diesel kepada rakyat keseluruhannya, tanpa mengemukakan langkah yang konkrit untuk meningkatkan pendapatan negara dan menghentikan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.
Kenyataan seperti "kenaikan harga minyak boleh ditampung dengan peningkatan BR1M", "orang berkereta besar boleh menampung kenaikan harga minyak", "kenaikan harga minyak tidak akan memberi kesan yang banyak kepada harga barangan" ternyata merupakan alasan yang merendah-rendahkan kebijakan masyarakat dan mencerminkan sifat elitis kepimpinan negara yang tidak lagi dapat menjiwai nurani rakyat.
Anggaran penjimatan RM 1.1 billion untuk 2013 dan RM 3.3 billion untuk 2014 (hatta RM 10 billion sekali pun!) dari pemotongan subsidi petrol/diesel ini tidak memberi makna sekiranya perbelanjaan fiskal negara tiris dengan keborosan, rasuah dan ketidakcekapan. Maka untuk siapa penjimatan ini?
PM hanya dilihat mengitar semula kenyataan bahawa kerajaan akan mewujudkan mekanisme subsidi yang lebih spesifik untuk manfaat masyarakat miskin. Hakikatnya perkara ini sudah disebut-sebut sejak kenaikan harga minyak pada tahun 2008 lagi tetapi apakah mekanisme tersebut? Selepas bertahun, kerajaan masih gagal memikirkan strategi mapan untuk melaksanakan aspirasi ini. Maka sepanjang tempoh itu, apakah yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan sebenarnya?
Memang benar kejatuhan nilai ringgit sehingga 7 peratus memberi tekanan kepada surplus akaun semasa negara. Memang juga benar konflik di Timur Tengah menyumbang kepada ketidaktentuan harga minyak. Tetapi keputusan ini menunjukkan kerajaan gagal belajar dari pengalaman. Seharusnya krisis ekonomi 1998 dahulu dan krisis-krisis ekonomi yang menyusul selepas itu telah mematangkan kerajaan di dalam membuat jangkaan senario bagi menyediakan pelan kontingensi fiskal yang lebih berhemah dan bukannya terus "potong sana-potong sini".
Dianggarkan dengan kenaikan 20 sen seliter, tambahan kos untuk mengisi penuh tangki minyak kereta 1.5 cc adalah sekitar RM25 seminggu, bersamaan tambahan RM100 sebulan atau tambahan RM1200 setahun. Nilai tambahan kos ini adalah bersamaan nilai BR1M 3.0 yang dijanjikan dalam manifesto BN.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak membatalkan pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM 0.20 sen berkuatkuasa semalam.
Pembatalan tersebut haruslah juga disusuli dengan pembentangan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi tujuan meningkatkan hasil dan seterusnya menambahkan penjimatan akaun negara.
Daripada menaikkan harga petrol RON95, adalah lebih baik kerajaan bertindak tegas terhadap pelaku rasuah termasuk mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan penting dalam kerajaan. DPPM menganggap rasuah menjadi punca ketirisan wang negara sehingga kerajaan tidak mampu menampung subsidi untuk rakyat. Dianggarkan nilai keitirisan wang negara ekoran aktiviti rasuah berjumlah berbilion ringgit. Rasuah juga menjadi punca integriti negara semakin merudum di mata rakyat bahkan di persada antarabangsa.
DPPM juga mendesak agar kerajaan menaikkan pembayaran royalti dari syarikat minyak antarabangsa seperti SHELL, Petron, BP dan lain-lain. Langkah ini berkesan bagi meningkatkan pendapatan negara disamping mampu menampung subsidi minyak kepada rakyat. DPPM yakin, syarikat-syarikat gergasi minyak antarabangsa mampu membayar dengan jumlah yang ditetapkan kerana keuntungan mereka setiap tahun berlipat kali ganda. Tindakan ini bagi mengelakkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebaliknya memikirkan alternatif menyelamatkan wang rakyat.
Pada masa ini, referendum rakyat adalah satu keperluan. Sikap kerajaan meletakkan bebanan ekonomi terus ke bahu rakyat adalah satu kesilapan selepas kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dengan lebih pruden tanpa mengambil kira aspek perancangan prioriti perbelanjaan dan sikap boros yang keterlaluan.
Sesungguhnya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel ini adalah petunjuk bahawa kerajaan sudah kebuntuan idea untuk menyelamatkan ekonomi negara.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Temerloh.
Minyak: Poket rakyat rabak, kocek pemimpin gemuk
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
Pengumuman kenaikan harga minyak tersebut merupakan suatu tamparan hebat buat rakyat Malaysia yang sememangnya saban hari dihimpit dengan masalah kos kehidupan.
“Kenaikan sebanyak 20 sen ini merupakan hadiah yang istimewa kerajaan Umno BN sempena bulan kemerdekaan dan Aidilfitri,” kata Setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff.
Katanya, lebih ‘manis’ lagi kenaikan harga minyak dan diesel ini merupakan penghargaan buat rakyat Malaysia yang masih lagi mengekalkan pemerintahan Umno BN dalam PRU13 baru-baru ini.
Tambahnya, tidak mustahil selepas ini, beberapa lagi hadiah istimewa buat rakyat Malaysia oleh kerajaan Umno BN berbentuk kenaikan harga elektrik dan tol.
Menurutnya, mungkin pemimpin-pemimpin Umno BN memandang remeh dengan kenaikan 20 sen ini.
Akan tetapi, ujarnya bagi rakyat Malaysia yang hidupnya kian terhimpit dengan pelbagai bebanan, kenaikan sebanyak 20 sen ini adalah suatu bencana.
Katanya lagi, kesan kenaikan ini bukan sahaja dirasai oleh mereka yang menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan utama.
Beliau berkata, beberapa kesan seperti harga barang, perkhidmatan dan sebagainya turut terpalit sama.
Katanya, walaupun Malaysia dianugerahkan Allah SWT sumber yang kaya dengan petroleum dan gas, namun hasil kekayaan tersebut tidak sampai ke tangan rakyat.
“Alasan bahawa harga minyak dan diesel dunia semakin meningkat merupakan alasan yang sudah basi,” katanya.
Menurutnya, rakyat telah lali dengan alasan tersebut, bahkan, alasan Najib kononnya sebagai suatu proses pengukuhan ekonomi adalah alasan yang mengarut yang tidak memandang kesusahan rakyat sendiri.
Bagi beliau, sememangnya Umno BN tidak ikhlas dalam membantu kehidupan rakyat.
Katanya, BR1M yang diberi 2 kali pada masa sebelum PRU13 lalu kini diambil semula secara berhari-hari dari poket rakyat.
“Untuk menjadikannya lebih sadis lagi, beberapa kenaikan lagi sedang menunggu untuk diumumkan pada masa terdekat.
“Poket rakyat kian rabak, poket pemimpin Umno BN kian gemuk berisi. Inilah konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Rakyatlah yang dahulu menderita,” ujarnya.
Katanya, pemimpin Umno BN yang kaya raya sudah pastilah tidak merasai kesan kenaikan 20 sen tersebut.
“Jangan kerana inginkan keuntungan yang berlipat kali ganda, rakyat disembelih. Mana mungkin ekonomi negara akan pulih sekiranya kuasa membeli yang terletak di tangan rakyat sudah tiada,” katanya.
Jangan kata kenaikan tidak beban pengguna - Fomca
Anis Nazri, | 03 Sep 2013 |
Bukan sahaja perkhidmatan berkaitan petrol seperti tambang bas akan meningkat naik, segala perkhidmatan lain turut terkesan dengan kenaikan ini, tegas Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.
Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Sha'ani berkata industri petroleum dan diesel merupakan satu sumber yang berkait rapat dengan setiap rangkaian perkhidmatan.
"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan," tegas beliau.
Namun, katanya kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan pengguna.
Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan pengguna, sedangkan pengguna yang terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.
Sebaliknya, kata Sha'ani kerajaan boleh mewujudkan situasi menang-menang, sama ada kepada pengusaha dan pengguna.
Kerajaan juga, katanya boleh memberi penjimatan yang berterusan dalam urusan tadbir negara, sebelum meminta rakyat melakukan penjimatan.
"Apa guna kita bercakap tiada peruntukan mencukupi untuk biasiswa, tetapi dalam masa sama kita bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka. Jika mahu rakyat berjimat, kerajaan perlu tunjukkan contoh terlebih dahulu," tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan