Sabtu, 28 September 2013

DARAH TINGGI 4

Koleksi Petua Merawat Penyakit Darah Tinggi


Petua 1: Ambil seikat daun kucai. Tumbuk limat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. Penyakit darah tinggi akan reda.

Petua 2: Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.

Petua 3: Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.

Petua 4: Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. Penyakit darah tinggi akan turun.

Petua 5: Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Petua 6: Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.

Petua Islam Untuk Menurunkan Darah Tinggi


1. Buat 2 rakaat solat hajat mohon pada Allah s.w.t.

2. Ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi dan masukkan ke dalan segelas air. Minum 3 kali sehari.

http://www.epetua.com/petua-islam-untuk-menurunkan-darah-tinggi/
http://www.epetua.com/koleksi-petua-merawat-penyakit-darah-tinggi/

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap.

http://maugemuk.com/blog/?p=291

Serangan Jantung Pembunuh Senyap Penghidap Darah Tinggi, Diabetes


ALOR SETAR, 4 Julai (Bernama) -- Penghidap darah tinggi dan diabetes atau kencing manis berisiko tinggi diserang penyakit kardiovaskular yang juga lebih dikenali sebagai serangan jantung.

Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC) Dr Abdul Rahim Tahir berkata ia merupakan 'pembunuh dalam senyap' yang menyerang pesakit diabetes dan darah tinggi selain punca utama lain penyakit jantung iaitu merokok.
"Selain perokok, kira-kira 30 peratus pesakit diabetes dan darah tinggi mengalami serangan jantung dan ia sangat merbahaya kerana dianggap sebagai pembunuh senyap.

"Kencing manis dan darah tinggi adalah antara punca utama penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau jantung," katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai penyakit kardiovaskular di KMC di sini.

Beliau berkata antara gejala serangan sakit jantung ialah sakit dada, sukar bernafas, berdebar-debar serta bengkak kaki.

Dr Abdul Rahim berkata ujian saringan sangat penting bagi mengenalpasti penyakit kardiovaskular kerana ia kadangkala tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala.

"Tiada simptom tidak bermakna tiada penyakit, jadi dinasihatkan penghidap diabetes dan darah tinggi menjalankan screening (saringan).

"Walaupun ia memerlukan kos tapi lebih baik mencegah daripada merawat, kerana seperti mana yang kita semua tahu rawatan penyakit kardiovaskular sangat mahal dan apabila dikesan mengidapinya, pesakit perlu menjalani rawatan segera," katanya.

Beliau berkata antara jenis saringan yang disyorkan ialah electrocardiogram (ECG) dan imbasan (scan) jantung bagi mengesan keadaan dinding organ berkenaan sama ada ia bocor atau tipis.

Dr Abdul Rahim berkata perokok perlu menghentikan segera tabiat itu kerana nikotin dalam rokok boleh menyebabkan bekalan oksigen ke jantung kurang, tekanan dan kepekatan darah naik serta merosakkan sel yang melindungi saluran darah.

"Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok malah orang di sekelilingnya juga. Kajian membuktikan 24 jam selepas tidak merokok, karbon monoksida terhapus dalam badan dan paru-paru mula menyingkirkan sisa-sisa rokok yang lain," katanya.

Beliau berkata menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, 4 juta perokok mati akibat sakit jantung atau seorang daripada 10 lelaki dewasa setiap tahun dan pada 2030, WHO meramalkan jumlah berkenaan akan meningkat kepada seorang bagi setiap enam orang lelaki.

-- BERNAMA

Daun Naga Buana Legakan Tekanan Darah Tinggi

KETINGGIAN pokok ini cukup sederhana iaitu antara 60 hingga 70 sentimeter. Daunnya majmuk seperti pokok tongkat Ali atau pokok kancil,sementara kulit batang naga buana ini berwarna perang. Bezanya daun naga buana akan menguncup pada waktu malam.


Di sesetengah tempat ada yang memanggilnya pokok naga jumat, pokok kayu putih atau semelit. Bunga berwarna merah putih muncul di sepanjang tangkai daun.

Daunnya dilumatkan dan dicampur dengan ubi zebra boleh dijadikan sebagai ubat pupuk, terutamanya untuk mempercepatkan penyembuhan sakit bisul. Sementara lumatan daunnya digunakan untuk luka-luka kecil dan gatal-gatal.

Nama saintifiknya Phyllanthus pulcher daripada keluarga Euphorbiaceae. Getahnya boleh dijadikan ubat sakit gigi dengan menitiskan pada lubang gigi yang sakit.
Air rebusan daunnya ditapis dengan kain putih yang bersih dan setelah sejuk digunakan untuk mencuci mata. Sementara yang masih suam digunakan untuk menuam bengkak-bengkak, ulser hidung dan anak-anak yang kembung perut.

Selain itu air rebusan akarnya juga dipercayai boleh melegakan tekanan darah tinggi.

http://lelakighairah.com/blogs/2012/02/17/daun-naga-buana-legakan-tekanan-darah-tinggi/

Apa itu Penyakit Darah Tinggi?

 

Pemeriksaan kesihatan adalah adalah langkah terawal yang disifatkan paling terbaik dalam usaha mencegah serangan gejala penyakit darah tinggi.

Tetetapi ia mungkin bukan amalan di kalangan kita, tetapi lebih baik disegerakan pemeriksaan supaya apa juga penyakit terutama darah tinggi dapat dikesan di peringkat lebih awal.

Ini kerana penyakit darah tinggi yang dikenali sebagai pembunuh senyap itu biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda di peringkat awal.

Malah kata Pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir pemeriksaan kesihatan itu menjadi lebih penting terutama kepada mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi.

“Contohnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, kurang aktiviti fizikal, menghidap kencing manis, mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan sejarah darah tinggi di kalangan keluarga,” katanya.

Beliau berkata, dengan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dapat melakukan usaha pencegahan dari awal.

“Kajian yang dilakukan di Malaysia (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ke 3) menunjukkan 42.6 peratus rakyat negara ini menghidap darah tinggi pada 2006,” katanya.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 29.9 peratus semasa kajian pada 10 tahun sebelum itu.

“Kajian pada tahun 2006 juga menunjukkan hanya 36 peratus sahaja yang mengetahui mereka menghidap darah tinggi dan hanya 87.7 peratus daripada mereka yang menerima rawatan,” katanya.

Dr. Shaharuddin berkata, sebahagian besar pesakit yang menerima rawatan pula tidak berada pada tahap pengawalan darah tinggi yang baik.

“Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana ia sebenarnya menjadi salah satu penyebab utama serangan jantung, lemah jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang,” katanya.

Mengenai punca penyakit darah tinggi, kata Dr. Shahruddin, lebih daripada 90 peratus tidak mempunyai penyebab yang khusus dan dipanggil essential hypertension.

“Walaubagaimanapun ia berkait rapat dengan faktor genetik, berat badan berlebihan, pemakanan yang tidak sihat dan peningkatan umur,” katanya.

Selain itu, katanya, sebilangan kecil penyakit darah tinggi disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan dipanggil secondary hypertension.

“Antara penyebabnya ialah penyakit buah pinggang, primary hyperaldosteronism, cushing syndrome dan phaeochromocytoma,” katanya.

Tambahnya, terdapat juga sebilangan pesakit mengalami tekanan darah tinggi hanya bila datang berjumpa doktor yang dinamakan white-coat hypertension atau office hypertension.

“Jika mengesyaki perkara ini biasanya doktor akan menyarankan pesakit merekod bacaan tekanan darah di rumah atau membuat pemeriksaan tekanan darah menggunakan alat merekod tekanan darah yang dipakai pesakit selama 24 jam,” katanya.

Selain itu, katanya, pemakanan juga turut mempengaruhi kemungkinan seseorang itu boleh mendapat penyakit darah tinggi.

“Kajian menunjukkan pemakanan yang sihat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan juga menurunkan tahap tekanan darah pesakit darah tinggi,” katanya.

Tambahnya, salah satu kajian klinikal dinamakan DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension) menunjukkan keberkesanan pemakanan yang sihat untuk menurunkan tekanan darah.

“Pemakanan DASH merangkumi meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan dan kekacang,” katanya

Diet itu juga menyarankan pengurangan pengambilan garam, gula, minuman yang mengandungi gula, mengurangkan pengambilan lemak tepu dan daging.

Selain itu, katanya, penyakit darah tinggi dan juga kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah atherosclerosis - kerosakan salur darah yang mengakibatkan salur darah menjadi keras dah sempit.

Katanya, akibat kerosakan salur darah, pesakit boleh mengalami serangan jantung dan angin ahmar.

Walaubagaimanapun tidak semua pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi mengidap penyakit darah tinggi dan begitu juga tidak semua pesakit darah tinggi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

Tetapi kebiasaannya kedua-dua penyakit itu berkait rapat.

“Stres boleh meningkatkan tekanan darah untuk seketika tetapi kesan jangka panjang stres keatas tekanan darah masih tidak begitu jelas,” katanya.

Begitupun pesakit darah tinggi disaran mengambil langkah-langkah mengurangkan stres dan mendapatkan rehat secukupnya sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mereka.

Dr. Shahruddin memberitahu, darah tinggi boleh dielak dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Ia merangkumi mengawal berat badan di mana mesti mengekalkan berat berat badan yang ideal iaitu jisim berat badan 18.5-22.9 kg/m2.

“Jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, penurunan berat badan disyorkan.

“Sebaiknya ambil makanan yang rendah lemak, mengurangkan penggunaan minyak dan santan, mengurangkan pengambilan garam dan gula dan juga meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin,” katanya.

http://www.mummynemo.com/2011/08/apa-itu-penyakit-darah-tinggi/

Belimbing Besi Baik untuk Pesakit Darah Tinggi


Hampir semua orang kenal akan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh).Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus , sangat bersari dan rasanya manis segar.

Kebiasaanya , buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk. Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam :
  • -menurunkan tekanan darah
  • -anti kanser
  • -melancarkan pencernaan
  • -menurunkan kolestrol
  • -membersihkan usus.
Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi - sumber Mingguan Wanita April04

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh
masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap).

sumber Mingguan Wanita April04
http://www.melur.com/art.asp?art_id=14

Misai Kucing Merawat Darah Tinggi



Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.

Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.


Mengandungi bahan hebat seperti :
1-       Cirsimaritin
2-      Myoinositol
3-      Orthosiphon
4-      Pillion
5-      Rhamnasin
6-      Bmlt oioidsalvigenin
7-      Kerotinoid

8-      Keratin
9-      Flavanoid
10-   Glukosid
11-    Glikoprotein
12-   Terpenoid
13-   Sapon





Berfungsi untuk :





  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Mengelak jangkitan saluran kencing
  • Mengelakkan batu karang (kencing lawas)
  • Merangsang kesihatan prostate
  • Menggalak hormone testeron
  • Membantu menyingkirkan asid urik (gout)
  • Arthritis
  • Reumatik

  • Nephritis
  • Arteriosclerosis
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan penyakit kardiovaskular
  • Anti kanser
  • Sakit jantung
  • Merangsang sistem imunasi

http://ubat-darah-tinggi.kuasaphero.com/misai%20kuching.html

Tiada ulasan: