Sabtu, 21 September 2013

JANTUMNG ANDA TERSUMBAT....UBAT ANUGERAH ALLAH...SEMUA MILIK ALLAH SWT

Siapa tanggung kos AES sekarang – Kadir Jasin

Harakahdaily, 21 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Tetapi apa maksudnya? Siapa yang tanggung kos pemasangan sistem itu? Adakah dua syarikat swasta yang membekalkan sistem itu (yang dicamkan sebagai Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd) tidak lagi terbabit?

Demikian pertanyaan yang dilontar oleh bekas Ketua Kumpulan Pengarang NSTP, Datuk A Kadir Jasin menerusi blognya, semalam berhubung Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Berikut ulasan beliau.

OPERASI dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan (lalu lintas) Automatik (AES) telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu sudah berkuatkuasa dan membabitkan semua lokasi AES yang sedia ada.

Saya setuju dan terima kasih kerana menurunkan kompaun daripada RM300 kepada RM150.

Tetapi apa maksudnya? Siapa yang tanggung kos pemasangan sistem itu? Adakah dua syarikat swasta yang membekalkan sistem itu (yang dicamkan sebagai Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd) tidak lagi terbabit?

Kalau tidak lagi terbabit, adakah mereka telah dibayar kos membekalkan sistem itu dan berapa pula jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka?

Atau apakah PDRM ambil alih daripada JPJ tetapi dua syarikat itu masih mendapat potongan saman yang dibayar oleh pemilik kenderaan?

Pastinya tentu bukan ambil alih begitu saja. Apatah lagi dua syarikat terlibat itu dikaitkan dengan seorang budak Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang dikatakan sangat berpengaruh.

Silap-silap lagi menguntungkan mereka. Kalau dulu kena tunggu pemandu bayar saman baru dapat “cut” (habuan) mereka, kini mereka mungkin telah dibayar “lump sum” apa yang mereka belanjakan campur lost of future income sekali.

Kalau belum dijelaskan, tolonglah jelaskan. Ini duit rakyat dan operasinya libatkan rakyat. Jangan lupa ikrar janji ditepati.

Boleh jadi juga, operasi dipindahkan daripada JPJ kepada PDRM tapi perjanjian tak berubah – maksudnya walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Tapi tak masuk akal sebab jumlah kompaun telah dikurangkan separuh. Wallahualam.

Editor dilarang tulis negatif tentang Umno - CIJ

Harakahdaily, 21 Sep 2013
SUBANG JAYA: Beberapa saksi yang tampil pada prosiding Tribunal Rakyat hari ini turut memberi keterangan berkisar sikap media khususnya media arus perdana pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya, Pegawai Eksekutif Pusat Wartawan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah membentangkan kajian berhubung beberapa isu yang terpaksa dihadapi wartawan dan editor semasa pilihan raya.

Katanya, kebanyakan wartawan yang bekerja di media arus perdana tidak diberi kebebasan untuk menulis rencana negatif berhubung Umno BN.

Selain beliau, seorang lagi saksi, Profesor Zaharom Nain pula mendakwa, liputan berita oleh media arus perdana pada PRU13 lalu bersifat bias kepada BN berbanding portal online yamg lebih seimbang.

Sementara itu, ahli akademik dari Universiti Malaya Profesor Edmund Terence Gomez pula mendakwa tempoh 10 minit yang diberikan kerajaan kepada parti politik untuk membentangkan manifesto di televisyen sebagai sesuatu tindakan tidak adil.

Beliau yang bercakap melalui satu rakaman video berkata, adalah sesuatu yang mustahil bagi parti politik bertanding untuk meyakinkan orang ramai tentang tawaran manifesto pilihan raya mereka dalam tempoh singkat.

“Tidak adil cadangan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang hanya membenarkan tempoh 10 minit kepada parti politik untuk membentangkan manifesto mereka.

“Mesej yang ingin disampaikan sudah pasti tidak dapat difahami dan dihayati rakyat dalam tempoh singkat itu,” katanya seperti dilapor Selangorku.

Selain itu, katanya, pengedaran risalah berkaitan sesebuah parti politik juga tidak wajar dilakukan semasa berkempen kerana ia akan menindas pihak lawan yang lebih lemah.

Mantan KPN dedah kebodohan Najib, Umno, Perkasa & KPN

http://greenboc.blogspot.com, 21 Sep 2013

Larang abu Chin Peng jadikan kita bahan ketawa, kata bekas KPN Bekas ketua polis memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan `naif’ dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk ditanam.

Bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Mohd Noor, berkata tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum yang lalu.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Membuka salur darah jantung tersumbat (baca)

http://ini-kalilah.blogspot.com, 21 Sep 2013
BONGKAR!!! Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat [MESTI BACA...]

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

Hot spring di Karlovy Vary ada kelebihan

Lan Jusoh, 21 Sep 2013



KARLOVY VARY (Republik Czech): Orang ramai membawa cawan yang ada mucung bagi menadah air keluar dari paip. Selepas itu disedup air ke mulut sedikit demi sedikit.

Ada air yang suhunya mencecah 65 darjah Celcius. Banyak kepala paip dibina bagi mengeluarkan air panas dari perut bumi. Penggemarnya dalam kalangan warga emas.

Hampir kesemua membawa cawan kecil dibuat daripada kaca. Ia boleh dibeli di kios di sekitar kawasan tersebut. Ada juga orang cacat penglihatan dipimpin anggota keluarga menikmati air panas (hot spring) tersebut.

Rata-rata kelihatan warga emas termasuk pelancong asing dari China, Jepun dan pelbagai negara termasuk Malaysia. Mereka bertali arus mengunjungi hot spring biar pun hujan turun renyai-renyai.

Kawasan tersebut juga terdapat deretan rumah-rumah lama yang dikekalkan senibina tempatan. Seni ukiran dilengkapi pelbagai hiasan kreatif membuat bangunan lama berwajah baru.

Bangunan bertingkat itu dijadikan kediaman dan rumah kedai, ia dibina di lereng bukit dan di tengah-tengahnya mengalir jernih sungai Karlovy Vary.

Hot spring keluar dari saluran dibina di bawah struktur asalnya ialah beranda persiaran berbumbung dilengkapi dua sayap di Pavilion Blanensky.

Paip yang menyalurkan air panas asalnya dibuat daripada besi tuang Blansko Iron Works. Reka bentuk itu dibina mengikut rekaan arkitek terkenal Vienna Ferdinand Fellner dan Hermann Helmer pada 1880 dan 1881. Kompleks yang mengalirkan hot spring itu dibuka pada 5 Jun 1881 sempena permulaan sistem rawatan balneotherapy (SPA).

SPA menawarkan pelbagai rawatan kesihatan menggunakan kaedah penyembuhan air mineral. Ia bermula sejak zaman prasejarah. Selain air bagi kesihatan ia juga menawarkan rawatan penjagaan diri.

Hot spring terletak di Persiaran Timur yang juga dikenali sebagai Colonnade Park mencakupi kawasan agak luas.

Pada 2000 dan 2002 bandar Karlovy Vary mewajahkan semula deretan tiang bagi mengeluarkan hot spring di Sadový Pramen (Park Spring).

Pada asalnya hot spring dilindungi struktur ringan dengan astaka yang boleh digantikan dengan mudah, namun seringkali pecah. Sekarang struktur lebih kemas dan tahan lama.

Rawatan kesihatan menggunakan kaedah hot spring dimulakan pada 1774 oleh Dr David Becher. Beliau mengutamakan kaedah minum air penyembuh secara langsung daripada sumber asli.

Ruang Hot Spring Colonnade pula dibina Renaissance Pseudo mengikut reka bentuk Vienna oleh arkitek Ferdinand Fellner dan Hermann Helmer antara tahun 1878 dan 1879.

Lebih mengujakan pelancong air panas dalam pavilion mampu memancut sehingga ketinggian hampir 12 meter. Air dipancut menghampiri kubah kaca prisma melengkung ke atas.

Inilah kelebihan yang ada pada hot spring di Karlovy Vary. Biar pun hot spring juga terdapat di Malaysia, namun tidak dimajukan seperti di sini.

Ternyata bandar berciri tamadun lama Republik Czech tersebut menjadi masyhur dengan perkhidmatan perubatan dan spa.

Anehnya juga urutan tradisional Thailand juga banyak ditawarkan. Lokasi pelancongan itu mencerminkan tamadun Rom kekal bagi tatapan generasi akan datang.

Aliran sungai di belakang bangunan masih jernih tanpa memperlihatkan sampah sarat. Berbeza langsung dengan Sungai Klang di Kuala Lumpur.

Mungkinkah tamadun yang membuatkan persekitaran di negara di Eropah lebih harmonis, selaras seperti dikehendaki Islam. Sedangkan kita ketinggalan jauh di belakang. 

30 pesanan Imam Syafie

http://akuhamba-allah.blogspot.com, 21 Sep 2013

Mutiara kata Islam: 30 Pesanan Imam Syafie Untuk Dijadikan Pegangan

Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."

Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
  15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
  22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
  27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
  28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
  29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
  30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

Tiada ulasan: