Ahad, 29 September 2013

AMALAN DAN KERJA YANG BAIK DIDUNIA IALAH MEMBUAT KERJA2 MENDATANGKAN KEUNTUNGAN AKHIRAT....IAITU ALLAH KURNIAKAN SYURGA...TAPI INI YANG SUKAR....KERANA MANUSIA NAMPAK YANG ZAHIR IAITU DUNIA SAJA

Pemuda Pas Tekad Pertahan Kemenangan Dun Sungai Limau
Posted on Saturday, September 28 @ 08:04:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kembalinya ke rahmatullah Al Marhum di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup terkesan dengan kehilangan seorang tokoh hebat pejuang PAS yang sentiasa istiqamah untuk memartabatkan perjuangan menegakkan daulah Islamiyyah di dalam negara ini. Semoga roh Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan akan ditempatkan di kalangan para anbia, orang-orang soleh dan orang-orang yang hampir dengan Allah Taala.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan sebagai seorang yang berkaliber, mempunyai gaya kepimpinan yang berkarismatik, seorang yang berpandangan jauh untuk kebaikan jamaah dan rakyat.. Semuanya telah dapat dibuktikan dengan kejayaan Al Marhum memandu jentera pilihanraya PAS Negeri Kedah mencipta kejayaan cemerlang memerintah negeri Kedah dengan mengalahkan jentera Barisan Nasional Negeri kedah. Satu kejayaan yang cukup manis dan gemilang kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dan rakyat negeri Kedah.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini juga turut mengisytiharkan kebersediaan dan kesiapsiagaan Pemuda PAS di semua peringkat untuk mempastikan kemenangan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Sungai Limau apabila diumumkan pilihanraya kecil oleh SPR nanti. Sesungguhnya kemenangan yang akan dicapai di dalam pilihanraya kecil itu nantilah yang akan menjadi sumbangan kecil pemuda untuk menghargai segala jerit perih perjuangan Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan selama ini.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengarahkan supaya setiap jentera Pemuda PAS di semua peringkat melakukan persediaan terakhir dari sudut dana, persiapan teknikal dan lain-lain perkara di peringkat masing-masing untuk bersedia turun membantu jentera Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah di dalam misi bagi mempertahankan maruah kemenangan PAS di DUN Sungai Limau.

MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


 Kongsi Gelap: Jawatankuasa “Ad Hoc” Perlu Dibentuk
Posted on Saturday, September 28 @ 08:16:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIPAS), Kumaresan Aramugam menggesa supaya jalan penyelesaian konkrit perlu diambil bagi menyelesaikan masalah kongsi gelap. Menurutnya, pihaknya menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops Cantas namun, pihaknya juga risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak muda ditangkap mahupun ditembak mati.

Menurut Kumar, dengan operasi demikian ianya bukannya satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa satu kaedah yang konkrit, maka cerita kongsi gelap ini tidak akan berakhir juga.

Tambahnya beliau, ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak klimaks dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan, namun dalam isu sekarang adalah berbeza kerana ianya adalah realiti dan bukan untuk sekadar tontonan.

Menurutnya lagi, pihaknya juga percaya bahawa isu kongsi gelap ini tidak akan berakhir kerana kumpulan tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Walaupun ketua-ketua mereka tiada lagi, namun kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif semula dengan diterajui muka baru. Menurut beliau lagi, dalam tempoh sebulan Ops Cantas dilancarkan lebih 8,449 orang telah ditahan. Perkara ini membimbangkan pihaknya kerana mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti kongsi gelap ini kebanyakkannya berumur kurang daripada 35 tahun iaitu dikategorikan sebagai belia.

Apakah punca belia-belia ini yang sepatutnya menjadi tunjang kemajuan dan harapan Negara ini terjerbak dalam dunia kongsi gelap? Di mana kesilapannya dan apakah sistem yang perlu dibetulkan?

Terdapat banyak lagi persoalan yang timbul, maka untuk mencari jawapan bagi segala persoalan ini pihaknya menyeru supaya satu jawatankuasa "ad hoc" perlu dibentuk dengan segera dan jawatankuasa tersebut perlu dirangkumi oleh ahli-ahli politik daripada kerajaan, pembangkang dan juga badan-badan NGO belia.

MIPAS juga menyeru agar semua pihak dapat ketepikan soal perbezaan politik untuk seketika dan bersatulah untuk mencari jalan penyelesaian yang konkrit terhadap masalah kongsi gelap ini. Tiada gunanya kita saling tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain kerana keadaan ini pastinya akan mengeruhkan lagi suasana. Jawatankuasa "ad hoc" yang dibentuk pula perlu menjadi badan pemikir untuk membetulkan apa jua kesalahan sama ada sistem kerajaan yang sedia ada atau pun disebaliknya.


Kumaresan Aramugam
Setiausaha MIPAS Pulau Pinang


 DUN Bukit Besi Menyusun Gerakkerja untuk PRU-14
Posted on Saturday, September 28 @ 07:43:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: LensaHandPhone

"

Dungun mencipta satu rekod yang baik semasa PRU-13 dimana Parlimen Dungun P39, Dun Sura N27, Dun Rantau Abang N26 dan Dun Paka N28  PAS menang, tapi hanya kalah di N25 Bukit Besi.

Kekalahan ini adalah punca status Dun siapa yang sepatutnya bertanding dikalangan PR. Kesefahaman asal sepatutnya Cikgu Loh (Abdullah) yang mewakili PKR tetapi malangnya calon ini dicantas sehingga Cikgu Loh terpaksa membuat laporan bertulis kepada kepimpinan PKR pusat.

Timbul isu PIL KUDA dan calon bidang terjun dikalangan PKR yang sudahlah lemah di Terengganu tetapi berpecah pula kepada 3 kumpulan nakkan calon di situ.

Pilihanraya perlukan persediaan yang mantap bukan hanya 3 atau 4 bulan nak PRU baru berebut dan nak bekerja.

Atas dasar ini saya setuju dengan Presiden PAS, PAS bersifat menyelematkan kawasan yang sepatutnya boleh memang jika ada usaha.

DUN Bukit Besi pernah menjadi milik PAS apabila Ustaz Roslan Ismail, memang di kerusi itu pada PRU-11

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun telah membuat beberapa ketepatan dalam perbincangan hangat bagi memastikan PR menguasai Dungun yang mempunyai 1 parlimen dan 4 dun.

Kata-kata ransang daripada bilik Gerakan Dun Bukit Besi menunjukkan Bukit Besi milik PR untuk PRU-14 nanti dan dengan ini PR boleh menguasai Terengganu.

"Pas gagal memenangi hati pengundi N25 Bukit Besi masa PRU13 namun mlm ini ceramah politik pertama untuk cipta gerakerja untuk kemenangan digarap PRU14."

OrangMuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com"


Sebuah Pulau Muncul Selepas Gempa Bumi
Posted on Saturday, September 28 @ 07:37:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KHUZDAR (Pakistan): Sebuah pulau baru muncul di Pakistan selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Baluchistan di daerah Awaran pada Selasa lalu yang kelihatan seperti tanah berdebu yang luas.

“Pulau itu setinggi sehingga 100 kaki dan 200 kaki lebar, muncul selepas gempa bumi melanda di bahagian Baluchistan,” kata pegawai kanan pentadbiran Tufail Baluch kepada AFP.

Pegawai itu berkata, pulau yang sama muncul di tempat yang sama di perairan kira-kira 60 tahun lalu tetapi hilang selepas beberapa ketika, yang bermaksud ‘pulau’ sekarang ini mungkin tidak akan bertahan lama.

Ia bagaimanapun tidak menghalang penduduk tempatan menggunakan bot untuk meneroka pulau itu, yang mungkin dilanda lumpur dan pasir.

Saluran televisyen menunjukkan imej kawasan berbatu yang semakin meninggi di atas paras laut, serta orang ramai yang kelihatan hairan dengan kejadian itu berkumpul di pantai untuk menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku.

Pulau baru itu tercipta akibat tekanan gempa bumi, kata seismologi John Armbruster kepada NBC News, yang mana katanya ia membawa kepada pembentukan sebuah “gunung berapi lumpur.”

Beliau berkata, pembentukan lumpur itu merupakan kejadian yang wujud berikutan gempa bumi sekuad magnitud tujuh atau lapan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tahap merah pada Selasa, yang memberi amaran bahawa jumlah kematian yang tinggi berdasarkan data sebelum ini, dan kerajaan wilayah mengisytiharkan darurat di Awaran.

“Jumlah kematian akibat gempa bumi mencecah mencapai 208 orang sekarang. Yang cedera adalah lebih 382 orang,” kata Asad Gilani, yang merupakan salah seorang pegawai paling kanan pentadbiran wilayah kepada AFP.

“Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mendapatkan semula mayat dan mereka yang cedera, tetapi keutamaan kami adalah untuk membawa mereka yang cedera ke hospital secepat mungkin,” katanya.

“Tidak ramai doktor di kawasan itu tetapi kami cuba untuk menyediakan kemudahan secara maksimum di kawasan-kawasan yang terlibat,” kata Jan Muhammad Baledi , jurucakap kerajaan Baluchistan, kepada saluran berita Ary.-kedahkini


 Dr M: RM20j tugas perunding? Saya pun boleh
Posted on Saturday, September 28 @ 07:19:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Selepas kerajaan membelanjakan RM20 juta sebagai yuran perundingan bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis berkata beliau juga boleh melakukannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya petang ini, Dr Mahathir berkata, beliau pun boleh menjadi pakar tempatan, tapi tiada siapa yang mahu memberinya tugas tersebut.

Beliau mengulas pertanyaan berhubung langkah kerajaan membayar sejumlah wang yang besar itu kepada McKinsey & Co untuk perkhidmatan perundingan.

Ia menjadi sasaran kritikan hebat pembangkang kerana mereka mendakwa firma tersebut bukan pakar dalam bidang pendidikan.

Tambahan pula, langkah menggunakan khidmat agensi asing juga dilihat sebagai mengetepikan teknokrat tempatan yang ramai dibawa pulang oleh PEMANDU di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib TUn Razak.

Mahathir juga menyentuh tentang kedudukan yang kurang baik universiti-unversiti di negara ini, dengan berkata ia mungkin disebabkan oleh pengembangan terburu-buru dalam bidang pendidikan tinggi.

Katanya, pengembangan institusi pendidikan menjadi begitu pantas sehingganya sukar untuk mendapatkan tenaga pendidik, profesor dan pensyarah.

Bekas perdana menteri itu berada di Sunway University hari ini untuk menyampaikan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah kepada pelajar yang berkelayakan.-mkini


Tiada ulasan: