Isnin, 30 September 2013

KADANG2...MEMANG HIJAU ITU MENAWAN....WARNA PAKAIAN PENGHUNI SYURGA HIJAU

Pas yakin mampu pertahan Dun Sungai Limau
Posted on Monday, September 30 @ 20:53:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



ALOR SETAR - Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusof Husin berkata, Dun Sungai Limau adalah kubu kuat Pas selepas Allahyarham Azizan berjaya mengekalkannya selama lima penggal berturut-turut.



“Ini maruah kita. Lima penggal Pas mengekalkan kuasa di bawah pimpinan Azizan. Kita akan cuba pertahankan kemenangan itu pada PRK nanti,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, Pas akan menggerakkan jentera agar supaya bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi itu.

Difahamkan, mesyuarat khas yang diadakan Jumaat lalu menubuhkan jawatankuasa khas sebagai persiapan menghadapi PRK.

“Saya tidak dapat mengumumkan siapa yang terlibat dalam jawatankuasa itu. Saya adalah antara individu yang terlibat secara langsung bagi memastikan persiapan berjalan lancar,” katanya.

Pada PRU13 lalu, Allahyarham Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau selepas mengalahkan calon BN dan dua calon bebas dengan majoriti 2,774 undi.

Sebelum ini, Azizan yang juga bekas menteri besar meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada jam 11.05 pagi, Khamis lalu selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada darah selain kegagalan beberapa organ dalaman.



Tiada ulasan: