Posted on Tuesday, September 03 @ 08:09:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
MULAI tengah malam tadi, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter berikutan pelaksanaan seterusnya dasar rasionalisasi subsidi.
Kalau masih ada yang belum lupa, harga semua bahan petroliam naik dengan banyak pada bulan Februari 2006 apabila bekas pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan dasar itu.
Kalau ada pembaca yang berminat, bolehlah baca disini. Saya tidak mahu mengulang ulas sebab kesannya lebih kurang sama sahaja.
Inilah demokrasi berpilihan raya. Sebelum dan ketika pilihan raya, semua pihak yang berebut kuasa akan menjanjikan yang terbaik – janji ditepati.
Kita pun janganlah terperanjat sangat kalau beban kewangan yang terpaksa kita tanggung tidak berhenti di sini. Tunggulah Belanjawan 2014 tidak berapa lama lagi.
Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.
Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!
Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu. Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?
Janganlah jadi cerita: Raja dalam dapur makan roti gula. Suri dalam rumah buat kira-kira. Rakyat luar pagar hidup menderita.
Wallahualam.
A Kadir Jasin
http://kadirjasin.blogspot.com/
Penangan Dacing Baghdad, Rakyat Terkedu Ditipu !!
Posted on Tuesday, September 03 @ 08:04:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SELEPAS sahaja Kerajaan 47% ini membentuk kerajaan, kita sudah melihat rupa hodohnya kerajaan yang tidak berkat ini. Bermula dengan isu saman AES, kenaikan tambang bas ekspress, kenaikan harga ayam, kenaikan harga gas memasak kesemua disegerakan untuk menunjukkan kuasa mereka kepada rakyat yang memilih mereka.
Rakyat dipermainkan sedemikian rupa. Pengusaha bas meminta tambang bas dinaikkan sehingga 30 %. Rakyat membantah dan Pakatan Rakyat terus mengkritik kenaikan tersebut, akhirnya atas alasan kononnya prihatin dengan kehendak rakyat, tambang bas hanya dinaikkan sebanyak 10% sahaja. Hakikatnya, tujuan untuk menaikkan tambang bas telah berjaya. Rakyat tertipu begitu sahaja.
Apabila naik pula harga gula, rakyat diminta jangan terlalu banyak makan gula dibimbangi terkena penyakit kencing manis. Naik pula harga ayam sehingga mencapai tahap RM9.50 sekilo menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini di beberapa tempat, seorang 'Menteri Cap Ayam" pun menasihati rakyat jangan suka makan ayam, bertukarlah kepada ikan. Tidakkah Menteri itu sedar ikan sardin pun sudah naik harga? Rakyat terpedaya begitu sahaja. Begitu juga apabila harga sayur naik, Menteri ini meminta rakyat rajin berkebun. Mana tanah kebun? Bukankah kroni-kroni kamu sudah rembat? Tanah Rezab Melayu pun kamu rembat, bahkan ada tanah kubur pun kamu mahu rampas.
Sebelum
PRU 13 yang lalu kira diumumkan dengan kenaikan hara Ron 97. Rakyat
ramai yang membantah kenaikan tersebut. Apa Menteri jawab? Mereka
kata Ron 97 banyak digunakan oleh orang-orang bandar yang kaya sahaja
kerena mereka memiliki kenderaan besar dan mewah. Ertinya, orang-orang
kampong hanya menggunakan kereta buruk dan motosikal yang tentunya
tidak layak mengunakan Ron 97. Mereka hanya layak untuk Ron 95
sahaja.
Malam
tadi, Ron 95 dan Diesel pula dinaikkan. Apa kata Bung Mokhtar, MP
Kinabatangan? Tokoh yang berbini dua dari Kinabatangan ini pula
membuat kenyataan bodoh lagi biadab. Beliau kata, orang-orang kampong
tidak merasai kesan dari kenaikan harga minyak Ron 95 kerana yang
menggunakan kereta ini hanyalah orang-orang bandar. Baiklah, kita
percaya saja kata-kata bodoh dari beliau ini, tetapi tidakkah
orang-orang kampong yang dikatakan miskin itu tidak langsung memiliki
motosikal? Motosikal menggunakan minyak apa? Minyak lintah?
Tidakkah
orang kampong membeli barang-barang makanan seperti beras, susu,
tepong, gula, garam dan sebagainya? Tidakkah semua barang ini akan
naik jika harga minyak petrol dan diesel dinaikkan kerana kos
pengangkutan barang-barang itu memerlukan bahanapi tersebut? Benda
semudah itu pun Bung Mokhtar tidak boleh fikir? Malang sungguh Najib
memilih beliau menjadi calon Wakil Rakyat di Kinabatangan.
Hakikatnya
di kebanyakan kampong dan kawasan felda, keperluan kereta menjadi
keperluan utama bukan lagi menjadi kayu pengukur kaya atau miskin.
Boleh dikatakan majoriti di setiap kampong, penduduknya memiliki kereta
walaupun kereta buruk dan paling lekeh memiliki motosikal.
Orang-orang Asal pun mampu memiliki motosikal. Mungkin Bung Mokhtar
fikir perkampongan di Semenanjung sama seperti di kawasannya yang masih
mundur dan ada penduduk yang hanya berkaki ayam berjalan atau menaiki
bot dan feri untuk keluar dari kampong atau ke bandar.
Apapun,
tahniah kepada anda yang telah terhutang budi dengan BR1M atau bonus
serta saham felda. Kini masanya untuk mereka mengutip kembali. Buat
kakitangan kerajaan pula, baru mahu senyum dengan kenaikan gaji kini
mula tersenyum tawar. Menjelang PRU akan datang, kita akan lupakan
semuanya ini dan kita pakat-pakat pangkah Dacing Baghdad itu lagi!!
WFAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com
WFAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com
Catatan 011: 5 Wasiat Dari Allah S.W.T. Kepada Rasulullah s.a.w
Posted on Tuesday, September 03 @ 07:49:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada
saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
Sumber link
Isu Sang Saka: Adam Adli, Hishamudin Rais ditahan
Posted on Tuesday, September 03 @ 07:22:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan aktivis Hishamudin Rais dan Adam Adli ditahan sebentar tadi untuk membantu siasatan kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang Merdeka.
Sementara itu, Adam Adli melalui laman mikro Twitternya menulis, "Saya dan Hishamuddin Rais baru ditahan polis. Akan dibawa ke IPD Dang Wangi."
Dua hari lalu, dua video yang menunjukkan Hishamuddin menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang tersebar di internet.
Manakala sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.-SH
Petrol naik kerana BR1M akan ditambah sejajar manifesto BN PRU-13
Posted on Tuesday, September 03 @ 07:26:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"2 Sep 2013 Putrajaya: Bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas akibat rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam ucapan Bajet 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rasionalisasi berkenaan bukan bertujuan menganiaya rakyat, sebaliknya untuk kepentingan masa depan rakyat.
“Kita sudah membuat keputusan untuk menaikkan kadar BRIM, jumlah baru akan diumumkan dalam ucapan belanjawan nanti, sudah pasti BRIM akan membantu mengurangkan bebanan mereka.
hmetro.com.my"
Ibadah Ini Jangan Di abaikan di Mekah dan Madinah
Posted on Tuesday, September 03 @ 06:48:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: hishamahmad
"Pesanan Buat Jemaah Haji - Ibadah Penting Ini Jangan Di-abaikan Di Masjid al-Haram & Masjid Nabawi
Sebenarnya bukan sahaja di masjid, dimana-mana sahaja di bumi Allah, sekiranya ada peluang untuk mengerjakan ibadah ini, jangan sekali diabaikan. Itulah dia ibadah solat jenazah.
Di Mekah dan madinah, ramai juga orang melayu-Islam yang lebih mengutamakan solat sunat ba’diah daripada solat jenazah. Sedangkan kita boleh tunaikan dahulu solat jenazah mengikut Imam. Seingat saya, biasanya selepas solat fardu, imam terus memulakan solat jenazah. Semaklah dengan sahabat-sahabat yang baru kembali menunaikan haji. Ingatan mereka pasti lebih dipercayai
Berdoalah sentiasa dengan memasukkan di dalam doa kita dua (2) permintaan ini:-
Keutamaan Meninggal Di Madinah
Khalifah Umar r.a. pernah berdoa demikian:“Ya Allah, kurnialah daku syahid di jalanmu, dan jadikanlah matiku di negeri Rasul-Mu” [1]
Kelebihan Baqi’
Baqi’ ialah sebuah pemakaman di Madinah, dimana bersemadi lebih dari 10 ribu sahabat, isteri dan anak-anak nabi, serta sebahagian tabiin dan mereka yang selepas itu. Menziarahinya adalah sunnah. Rasulullah pernah berdoa memintakan ampun bagi penghuni Baqi’. [2]
Terdapat banyak hadith yang menyatakan tentang keutamaan perkuburan Baqi’. Satunya daripada Aisyah r.a., yang mengatakan bahawa ketika itu adalah malam gilirannya bersama Rasulullah s.a.w, namun baginda keluar pada bahagian akhir malam untuk menuju Baqi’ dan mengucapkan, ertinya: “Semoga kedamaian Allah ke atasmu, wahai tempat kediaman orang-orang yang beriman. Apa yang dijanjikan datang kepadamu esok hari telah datang kepadamu setelah sedikit penundaan dan sesungguhnya kami, kalaulah Allah memberikan kehendakNya, akan mengikutimu.Ya Allah! Ampunilah orang-orang yang berada di dalam Maqam Al-Ghardaq.” [3]
“Semoga kedamaian Allah keatas penduduk daripada tempat kediaman ini (iaitu, tanah perkuburan) daripada orang-orang yang beriman dan umat Islam, dan semoga Allah memberikan rahmat ke atas mereka yang telah pergi mendahului kami, dan mereka yang datang kemudian, dan sesungguhnya kami kalaulah Allah mengkhendaki, mengikut kalian”. [4]
Perhatikan doa di bawah ini. Nabi s.a.w. tidak pernah tinggalkan dari membaca, selepas tahiyat akhir sebelum salam. Doa ini masyhur dan sohih.
“Allahumma inni auzubika min azabi jahannam, wa min azabil qabri, wa min fitnatil mahya wal mamat wa min fitnatil masihid dajjal. Ya muqollibal qulub, sabbit qulubana a’la dinika wa ala to a’ tika”
Maksud “Ya Allah, aku berlindung daripada azab neraka jahanam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada seluruh keburukan fitnah Dajjal. [HR Muslim] Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.” (Sahih Bukhari)
Ini sahih doa Nabi. Sahih cara Nabi. Kenapa agaknya Nabi s.a.w. baca sedangkan Nabi s.a.w. tentulah selamat dari azab api neraka, bahkan kubur baginda adalah taman syurga. Nabi juga gerenti selamat dari fitnah hidup dan mati. Justeru, kenapa ya?
Pasti salah satu jawapan logiknya, ialah doa ini termasuk ajaran nabi kepada kita untuk kita baca. Kita yang patut baca. Kita yang sangat perlukan maksud doa itu. Bukan nabi, tapi kita ini!
Adakah doa ini telah diketahui oleh ahli keluarga termasuk diri sendiri? Berapa ramai yang hafaz? Hafaz dan amalkan dalam solat? Adakah ia ada dimasukkan dalam silibus pelajaran solat semasa di sekolah.
Sketsa Doa
Masihkah kita ingat ketika mana bumi Afghanistan bermandi darah atas serangan negara Kuffar Russia. Pejuang mujahidin Afghanistan berperang mempertahankan negara, Islam, harta dan nyawa. Oleh itu, pada syarak ia perjuangan di jalan Allah, insya Allah melayakkan kepada kematian syahid. Kita juga mendengar kisah-kisah pelik dan ajaib seperti mujahidin Afghanistan mendapat ‘pertolongan langit’. Namun ramai terkorban dalam perjuangan. Kematian syuhada, menjadi ganjaran. Bagi yang hidup, meraikan kejayaan. Afghanistan menang. Tentera Kuffar berundur keluar. Afghanistan selamat dari dijajah. Memerintah negara sendiri adalah nikmat dari Illahi.
Namun kemudian, di bumi Afghanistan. Kita didengarkan dengan kisah-kisah perselisihan sesama sendiri dan pergaduhan. Pertempuran yang membawa kematian dan kemusnahan. Berlaku perebutan kuasa dan pemerintahan. Sehingga Afghanistan menjadi lemah, mundur dan ketinggalan. Lalu, kuasa kuffar yang lain, Amerika Syarikat mula campurtangan, tanpa banyak tentangan, tanpa perlukan kekuatan angkatan perang.
Apa relevan dengan doa tadi
Mereka yang mati pada masa peperangan, mereka syahid dijalan kebenaran. Dimata dunia dan dimata orang-orang tersayang yang ditinggalkan, tentulah dianggap kasihan dan suatu kehilangan. Keseronokan dunia telah berakhir untuk mereka.
Namun selepas kemenangan. Beberapa tahun kemudian, bumi Afghanistan dilanda fitnah yang dahsyat, ujian yang berat. Berlaku perang saudara, pertempuran dan pembunuhan sesama mereka, kerana pemerintahan, kuasa atau apa sahaja alasan dan punca, ia tidak lagi perlu untuk diperkata.
Terkenanglah kita kepada golongan mujahidin yang dulu terkorban semasa peperangan. Kematian itu tidak sedikit membawa kerugian keduniaan. Mereka itu mungkin mengamalkan doa untuk perlindungan dari fitnah dunia, lantas Allah mengabulkan doa mereka.
Berminat: sebahagian isi artikel ini juga adalah daripada isi kandung buku haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf - Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain. (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)

(1) “Ya Allah, ya Tuhan kami, akhirkan hidup kami dengan sebaik-sebaik kematian dan janganlah diakhirkan dengan kesudahan yang buruk. …..”Dalil & Keterangan:-
(2) “Ya Allah! ku pohon jua kematian di tempat yang mulia, dikebumikan di tempat yang mulia, Ya Allah, di perkuburan baqi (madinah) atau di jannatul Makwa (Mekah)”.
Keutamaan Meninggal Di Madinah
Khalifah Umar r.a. pernah berdoa demikian:“Ya Allah, kurnialah daku syahid di jalanmu, dan jadikanlah matiku di negeri Rasul-Mu” [1]
Kelebihan Baqi’
Baqi’ ialah sebuah pemakaman di Madinah, dimana bersemadi lebih dari 10 ribu sahabat, isteri dan anak-anak nabi, serta sebahagian tabiin dan mereka yang selepas itu. Menziarahinya adalah sunnah. Rasulullah pernah berdoa memintakan ampun bagi penghuni Baqi’. [2]
Terdapat banyak hadith yang menyatakan tentang keutamaan perkuburan Baqi’. Satunya daripada Aisyah r.a., yang mengatakan bahawa ketika itu adalah malam gilirannya bersama Rasulullah s.a.w, namun baginda keluar pada bahagian akhir malam untuk menuju Baqi’ dan mengucapkan, ertinya: “Semoga kedamaian Allah ke atasmu, wahai tempat kediaman orang-orang yang beriman. Apa yang dijanjikan datang kepadamu esok hari telah datang kepadamu setelah sedikit penundaan dan sesungguhnya kami, kalaulah Allah memberikan kehendakNya, akan mengikutimu.Ya Allah! Ampunilah orang-orang yang berada di dalam Maqam Al-Ghardaq.” [3]
“Semoga kedamaian Allah keatas penduduk daripada tempat kediaman ini (iaitu, tanah perkuburan) daripada orang-orang yang beriman dan umat Islam, dan semoga Allah memberikan rahmat ke atas mereka yang telah pergi mendahului kami, dan mereka yang datang kemudian, dan sesungguhnya kami kalaulah Allah mengkhendaki, mengikut kalian”. [4]
Justeru, sanggupkah kita untuk dikebumikan dibumi yang beribu batu jauh dari kampung halaman, dari keluarga dan sanak saudara? Tentu sekali sanggup, jika ia di dua tempat tersebut. Lalu, seandainya orang tersayang kita meninggal di sana dan dikebumikan, insya Allah ianya suatu kebaikan. Kematian yang mendapat keampunan dan keredaan. Bukankah itu yang terbaik buat orang yang tersayang?Doa Penting
Perhatikan doa di bawah ini. Nabi s.a.w. tidak pernah tinggalkan dari membaca, selepas tahiyat akhir sebelum salam. Doa ini masyhur dan sohih.
“Allahumma inni auzubika min azabi jahannam, wa min azabil qabri, wa min fitnatil mahya wal mamat wa min fitnatil masihid dajjal. Ya muqollibal qulub, sabbit qulubana a’la dinika wa ala to a’ tika”
Maksud “Ya Allah, aku berlindung daripada azab neraka jahanam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada seluruh keburukan fitnah Dajjal. [HR Muslim] Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.” (Sahih Bukhari)
Ini sahih doa Nabi. Sahih cara Nabi. Kenapa agaknya Nabi s.a.w. baca sedangkan Nabi s.a.w. tentulah selamat dari azab api neraka, bahkan kubur baginda adalah taman syurga. Nabi juga gerenti selamat dari fitnah hidup dan mati. Justeru, kenapa ya?
Pasti salah satu jawapan logiknya, ialah doa ini termasuk ajaran nabi kepada kita untuk kita baca. Kita yang patut baca. Kita yang sangat perlukan maksud doa itu. Bukan nabi, tapi kita ini!
Adakah doa ini telah diketahui oleh ahli keluarga termasuk diri sendiri? Berapa ramai yang hafaz? Hafaz dan amalkan dalam solat? Adakah ia ada dimasukkan dalam silibus pelajaran solat semasa di sekolah.
Sketsa Doa
Masihkah kita ingat ketika mana bumi Afghanistan bermandi darah atas serangan negara Kuffar Russia. Pejuang mujahidin Afghanistan berperang mempertahankan negara, Islam, harta dan nyawa. Oleh itu, pada syarak ia perjuangan di jalan Allah, insya Allah melayakkan kepada kematian syahid. Kita juga mendengar kisah-kisah pelik dan ajaib seperti mujahidin Afghanistan mendapat ‘pertolongan langit’. Namun ramai terkorban dalam perjuangan. Kematian syuhada, menjadi ganjaran. Bagi yang hidup, meraikan kejayaan. Afghanistan menang. Tentera Kuffar berundur keluar. Afghanistan selamat dari dijajah. Memerintah negara sendiri adalah nikmat dari Illahi.
Namun kemudian, di bumi Afghanistan. Kita didengarkan dengan kisah-kisah perselisihan sesama sendiri dan pergaduhan. Pertempuran yang membawa kematian dan kemusnahan. Berlaku perebutan kuasa dan pemerintahan. Sehingga Afghanistan menjadi lemah, mundur dan ketinggalan. Lalu, kuasa kuffar yang lain, Amerika Syarikat mula campurtangan, tanpa banyak tentangan, tanpa perlukan kekuatan angkatan perang.
Apa relevan dengan doa tadi
Mereka yang mati pada masa peperangan, mereka syahid dijalan kebenaran. Dimata dunia dan dimata orang-orang tersayang yang ditinggalkan, tentulah dianggap kasihan dan suatu kehilangan. Keseronokan dunia telah berakhir untuk mereka.
Namun selepas kemenangan. Beberapa tahun kemudian, bumi Afghanistan dilanda fitnah yang dahsyat, ujian yang berat. Berlaku perang saudara, pertempuran dan pembunuhan sesama mereka, kerana pemerintahan, kuasa atau apa sahaja alasan dan punca, ia tidak lagi perlu untuk diperkata.
Terkenanglah kita kepada golongan mujahidin yang dulu terkorban semasa peperangan. Kematian itu tidak sedikit membawa kerugian keduniaan. Mereka itu mungkin mengamalkan doa untuk perlindungan dari fitnah dunia, lantas Allah mengabulkan doa mereka.
Mereka memperolehi kematian indah dan mereka juga selamat dari fitnah.sila ziarahi:- http://hisham-ahmad.blogspot.com
Berminat: sebahagian isi artikel ini juga adalah daripada isi kandung buku haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf - Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain. (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)
Syam Benteng Terakhir Umat Islam ?
Posted on Tuesday, September 03 @ 07:01:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: al-bahanj
"Konflik yang berlaku di bumi Syam iaitu Syria dan bumi sekitarnya sepatutnya membeliakkan mata dan hati ummat Islam.
Bukan hanya kerana ia melibatkan ummat Islam yang dibunuh, disembelih, dirogol dan dizalimi dengan pelbagai cara yang dahsyat, tapi juga ia mengingatkan kita akan hadith-hadith yang menceritakan mengenai dekatnya Hari Kiamat.
Contohnya hadith mengenai Nabi `Isa `alaihissalam yang akan turun di timur Damsyiq, Syria. Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
Apa pula kaitan dengan Isbahan? Isbahan atau Isfahan adalah sebuah daerah yang terletak di Iran. Kita sedia maklum bahawa Iran di antara negara yang kuat membantu pembantaian ummat Islam di Syria. Iran telah membekalkan bantuan ketenteraan kepada kerajaan Basyar al-Assad dalam misi membunuh ummat Islam di Syria.
Justeru, peristiwa ngeri pembantaian ummat Islam yang kini berlaku di Syria harus menjadi salah satu isu yang mesti difokusi oleh ummat Islam yang hidup di akhir zaman ini.
Berikut pula adalah video yang semakin menggoncangkan hati kita. Ia menceritakan mengenai hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai kemasukan kuasa Rom dari arah al-A`maaq atau Daabiq yang merupakan tanda besar akan semakin dekatnya peristiwa yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam ketika hayat Baginda, iaitu peristiwa turunnya Nabi `Isa `alaihissalam. Tadzkirah buat kita semua!
Al-Malhamah – Peperangan Besar Antara Ummat Islam & Bangsa Rom
Hadith utama yang disebut di dalam video di atas ialah sepotong hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu. Ia mengenai peperangan besar antara ummat Islam dan bangsa Rom yang dipanggil peperangan itu sebagai Al-Malhamah.
Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
Penafsiran kepada hadith di atas ada disebut oleh beberapa ulama dalam video di atas.
Sebelum Al-Malhamah
Sebelum berlaku peperangan besar antara ummat Islam dan bangsa Rom yang disebut di dalam hadith di atas, suatu pakatan atau perdamaian atau gencatan senjata antara dua pihak ini telah berlaku terlebih dahulu. Pakatan bersama tersebut diadakan bagi menghadapi suatu musuh, iaitu musuh ummat Islam dan musuh kuasa Rom secara bersama.
Hal itu ada disebut di dalam hadith dari Dzu Makhmar (ذو مخمر) radhiAllahu `anhu, iaitu Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari, dicatatkan bahawa `Auf bin Malik radhiAllahu `anhu meriwayatkan hadith dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai tanda besar semakin dekatnya Hari Kiamat, iaitu:
Apa yang berlaku di Syria bukan sahaja menjadi muhasabah iman kepada kita, bahkan ia sepatutnya ampuh mentaqwakan hati kita lalu bersiap sedia menghadapi peristiwa besar akhir zaman. Samada benar atau tidak perkembangan di Syria boleh dikaitkan dengan hadith-hadith di atas, itu hanya ALLAH Ta`ala sahaja yang tahu. DIA lah Tuhan Yang Maha Mengetahui Segalanya. Namun, berdasarkan hadith-hadith di atas, ia memberikan kita tanda-tanda zahir bahawa ia semakin hampir! Usaha yang paling penting bagi setiap individu ambil ialah bertaqwa kepada ALLAH!
Semoga ALLAH menetapkan kita semua di dalam hidayah dan taufiqNYA, ditetapkan hati kita semua pada agamaNYA, dimatikan kita dalam keadaan berserah diri kepadaNYA, serta ditemukan kita kepada ALLAH dalam keadaan DIA redha kepada kita, amin…
ALLAHU A`LAM.
- muzir.wordpress.com
——————-
*Baca juga:
*Sumber:"

“ALLAH Ta`ala mengutus Al-Masih (`Isa) bin Maryam sallAllahu `alaihi wasallam di mana Baginda turun pada menara putih di sebelah timur Damsyiq…”Dan hadith mengenai Dajjal akan dibantu oleh Yahudi dari Isfahan. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
(HR Muslim)
“Orang Yahudi Isbahan (اصبهان) sebanyak 70,000 yang lengkap dengan pakaian seragamnya at-toyalisah (الطّيالسة) akan selalu mengikuti Dajjal.”Mungkin kedahsyatan yang berlaku kepada ummat Islam di Syria merupakan sebab untuk ALLAH turunkan pertolonganNYA dengan menurunkan NabiNYA, Al-Masih `Isa `alaihissalam di sana, iaitu di bahagian timur Damsyik secara spesifiknya. Entah zaman ini atau zaman akan datang peristiwa itu berlaku kita tidak pasti bila? Namun, ia merupakan detik-detik akhir dekatnya Hari Kiamat.
(HR Muslim)
Apa pula kaitan dengan Isbahan? Isbahan atau Isfahan adalah sebuah daerah yang terletak di Iran. Kita sedia maklum bahawa Iran di antara negara yang kuat membantu pembantaian ummat Islam di Syria. Iran telah membekalkan bantuan ketenteraan kepada kerajaan Basyar al-Assad dalam misi membunuh ummat Islam di Syria.
Justeru, peristiwa ngeri pembantaian ummat Islam yang kini berlaku di Syria harus menjadi salah satu isu yang mesti difokusi oleh ummat Islam yang hidup di akhir zaman ini.
Berikut pula adalah video yang semakin menggoncangkan hati kita. Ia menceritakan mengenai hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai kemasukan kuasa Rom dari arah al-A`maaq atau Daabiq yang merupakan tanda besar akan semakin dekatnya peristiwa yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam ketika hayat Baginda, iaitu peristiwa turunnya Nabi `Isa `alaihissalam. Tadzkirah buat kita semua!
Al-Malhamah – Peperangan Besar Antara Ummat Islam & Bangsa Rom
Hadith utama yang disebut di dalam video di atas ialah sepotong hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu. Ia mengenai peperangan besar antara ummat Islam dan bangsa Rom yang dipanggil peperangan itu sebagai Al-Malhamah.
Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
لا تقومُ الساعةُ حتَّى ينزلَ الرومُ بالأعماقِ ، أوْ بدابقٍ . فيخرجُ إليهمْ جيشٌ مِنَ المدينةِ . مِنْ خيارِ أهلِ الأرضِ يومئذٍ . فإذا تصافُّوا قالتِ الرومُ : خلُّوا بينَنا وبينَ الذينَ سُبُوْا مِنَّا نقاتلُهُمْ . فيقولُ المسلمونَ : لا . واللهِ ! لا نُخلِّي بينَكمْ وبينَ إخوانِنا . فيقاتلونَهُمْ . فينهزمُ ثلثٌ لا يتوبُ اللهُ عليهمْ أبدًا . ويقتلُ ثلثُهمْ ، أفضلُ الشهداءِ عندَ اللهِ . ويفتتحُ الثلثُ . لا يُفتنونَ أبدًا . فيفتتحونَ قُسطنطينيةَ . فبينَما همْ يقتسمونَ الغنائمَ ، قدْ علَّقوا سيوفَهُمْ بالزيتونِ ، إذْ صاحَ فيهم الشيطانُ : إنَّ المسيحَ قدْ خلَفَكمْ في أهليكُمْ . فيخرجونَ . وذلكَ باطلٌ . فإذا جاءُوا الشامَ خرجَ . فبينَما همْ يعدونَ للقتالِ ، يسوونَ الصفوفَ ، إذْ أُقيمتِ الصلاةُ . فينزلُ عِيسى ابنُ مريمَ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ . فأمَّهُمْ . فإذا رآهُ عدوُّ اللهِ ، ذابَ كما يذوبُ الملحُ في الماءِ . فلوْ تركَهُ لانذابَ حتى يهلكَ . ولكنْ يقتلُهُ اللهُ بيدِهِ . فيريهِمْ دمَهُ في حربتِهِ
“Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sehingga bangsa Rom turun di al-A`maaq atau di Daabiq. Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi.
Apabila mereka berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom: “Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang telah memeluk Islam) untuk kami perangi.” Maka kaum Muslimin berkata: “Tidak! Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.” Lalu mereka memerangi kaum Muslimin.
Maka kalah (lari) satu pertiga yang ALLAH tidak menerima taubat mereka selama-lamanya, terbunuh satu pertiga yang merupakan Syuhada’ yang lebih afdhal di sisi ALLAH, dan satu pertiga menyerang yang mana mereka tidak ditimpa fitnah selama-lamanya serta mereka menakluki Konstantin.
Maka sedang mereka membahagikan harta rampasan, mereka menggantungkan pedang-pedang mereka di pokok zaitun, tiba-tiba Syaitan berteriak kepada mereka: “Sesungguhnya al-Masih (Dajjal) telah berada pada ahli keluarga kamu.” Maka mereka keluar. Dan yang demikian itu tidak betul. Apabila mereka tiba di Syam, ia pun keluar.
Maka sementara mereka bersiap sedia untuk berperang, mereka meluruskan saf. Tiba-tiba diiqamahkan solat, lalu turun Nabi `Isa bin Maryam sallAllahu `alaihi wa sallam dan mengimamkan mereka. Apabila musuh ALLAH (iaitu Dajjal) melihatnya, maka leburlah ia seperti leburnya garam dalam air. Akan tetapi ALLAH membunuhnya di tangannya (Nabi `Isa), maka darah mereka diperlihatkan kepada mereka (kaum Muslimin) pada lembingnya (Nabi `Isa).”
(HR Muslim)
Peta menunjukkan lokasi beberapa tempat yang disebutkan di dalam hadith-hadith di atas.
Penafsiran kepada hadith di atas ada disebut oleh beberapa ulama dalam video di atas.
Sebelum Al-Malhamah
Sebelum berlaku peperangan besar antara ummat Islam dan bangsa Rom yang disebut di dalam hadith di atas, suatu pakatan atau perdamaian atau gencatan senjata antara dua pihak ini telah berlaku terlebih dahulu. Pakatan bersama tersebut diadakan bagi menghadapi suatu musuh, iaitu musuh ummat Islam dan musuh kuasa Rom secara bersama.
Hal itu ada disebut di dalam hadith dari Dzu Makhmar (ذو مخمر) radhiAllahu `anhu, iaitu Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
Potongan dari hadith di atas ada juga disentuh di dalam video tersebut. Ada dibuat penafsiran di dalam video tersebut mengenai siapakah musuh yang ditentang secara bersama oleh ummat Islam dan bangsa Rom itu. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui akan hakikat sebenarnya.ستصالحُكمُ الرُّومُ صلحًا آمنًا، ثمَّ تغزونَ أنتم وَهم عدوًّا، فتنتَصرون، وتغنَمونَ، وتَسلَمون، ثمَّ تنصَرِفونَ حتَّى تنزلوا بمرجٍ ذي تلولٍ، فيرفعُ رجلٌ من أَهلِ الصَّليبِ الصَّليب، فيقول: غلبَ الصَّليبُ، فيغضَبُ رجلٌ منَ المسلمينَ، فيقومُ إليْهِ فيدقُّهُ، فعندَ ذلِكَ تغدِرُ الرُّومُ، ويجتمعونَ للملحمةِ
“Kalian akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam perdamaian yang aman. Lalu kalian akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh. Maka kalian menang, mendapat harta rampasan perang dan selamat.
Kemudian kalian kembali sehingga sampai ke sebuah kawasan berbukit yang banyak tumbuhan, maka seorang lelaki dari kumpulan Salib (Kristian) mengangkat tanda salib dan berkata: “Menanglah salib”.
Maka seorang lelaki dari kaum Muslimin berasa marah lalu bangun menuju ke arahnya dan membunuhnya. Maka ketika itu bangsa Rom melanggar perjanjian dan berkumpul untuk melancarkan peperangan besar (al-Malhamah)”
(Sahih Ibnu Majah)
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari, dicatatkan bahawa `Auf bin Malik radhiAllahu `anhu meriwayatkan hadith dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai tanda besar semakin dekatnya Hari Kiamat, iaitu:
ثم هُدْنَةٌ تكونُ بينكم وبين بني الأصفرِ ، فيَغدرونَ فيأتونكم تحتَ ثمانينَ غايةٍ ، تحت كلِّ غايةٍ اثنا عشرَ ألفًاNah, itulah beberapa hadith yang dikaitkan dengan perkembangan di Syria oleh beberapa ulama sebagaimana yang ditunjukkan di dalam video tersebut. Ia suatu berita yang menggegarkan hati dan meningkatkan iman.
“Apabila gencatan senjatan yang dilakukan antara kalian dan Bani al-Asfar (bangsa Rom) lalu mereka berkhianat dan datang kepada kamu di bawah 80 bendera. Di bawah setiap bendera itu ada 12,000 pejuang.”
(HR al-Bukhari)
Apa yang berlaku di Syria bukan sahaja menjadi muhasabah iman kepada kita, bahkan ia sepatutnya ampuh mentaqwakan hati kita lalu bersiap sedia menghadapi peristiwa besar akhir zaman. Samada benar atau tidak perkembangan di Syria boleh dikaitkan dengan hadith-hadith di atas, itu hanya ALLAH Ta`ala sahaja yang tahu. DIA lah Tuhan Yang Maha Mengetahui Segalanya. Namun, berdasarkan hadith-hadith di atas, ia memberikan kita tanda-tanda zahir bahawa ia semakin hampir! Usaha yang paling penting bagi setiap individu ambil ialah bertaqwa kepada ALLAH!
Semoga ALLAH menetapkan kita semua di dalam hidayah dan taufiqNYA, ditetapkan hati kita semua pada agamaNYA, dimatikan kita dalam keadaan berserah diri kepadaNYA, serta ditemukan kita kepada ALLAH dalam keadaan DIA redha kepada kita, amin…
ALLAHU A`LAM.
- muzir.wordpress.com
——————-
*Baca juga:
- Hadith-hadith Mengenai Dajjal, Isa, Ya’juj, Ma’juj dan Peristiwa Dekatnya Hari Qiamat.
- Isu Ummat Islam: Ambil Tahu – Doa – Sumbang
*Sumber:"
Jangan complain harga minyak..
Posted on Monday, September 02 @ 22:16:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Jangan complain harga minyak..nanti anda akan dituduh tidak mengikut ASWJ dan jalan salafussoleh..lihat mereka dalam gambar ini yang memilih jalan yang lurus dalam situasi ini.. - Dr Maza
Ikulah cara menteri kita, jangan guna kereta.
............
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan