Sabtu, 21 September 2013

KITA TENGOK SAPE YANG KENA

Manifesto PRU13 dalam pelan tindakan 5 tahun

Harakahdaily, 21 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan memasukkan manifesto yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam Pelan Tindakan Lima Tahun (PTLT).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PTLT dirangka untuk mengangkat taraf sosio ekonomi rakyat Selangor dan untuk memastikan taraf hidup rakyat mencerminkan sebuah negeri maju.

Menurut Abdul Khalid, pelan itu adalah rumusan dari cadangan Exco-exco yang telah mengadakan retreat selama tiga hari di Bangkok sebelum ini.

Berikut antara keputusan dan resolusi daripada retrat tersebut:

1. Meneruskan usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri air dan pengagihan saham air kepada rakyat Selangor.

2. Memberi rebat atau lain-lain jenis insentif kepada kakitangan awam yang menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja di Bangunan SUK dan menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam terutama Terminal Bas di Seksyen 1 dan Stesen KTM di Seksyen 19 ke Bangunan SUK di bawah Majlis Pengangkutan Awam Selangor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

3. Memusatkan semua aktiviti dan program keusahawanan di bawah Pusat Keusahawanan Negeri Selangor sebagai sebuah agensi sehenti bagi pembangunan keusahawanan.

4. Melaksanakan dasar baru bagi Rumah Mampu Milik Berkualiti (AQH) melalui unit semi autonomi di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

5. Membina pangkalan data bersepadu bagi semua program yang dibiayai kerajaan negeri termasuk statistik penerima kebajikan, dan memperkenalkan program baru atau meningkatkan program yang sedia ada untuk menukar minda kebajikan kepada minda Daya Kerja.

6. Menjalankan satu kajian menyeluruh dengan objektif menubuhkan Makmal Halal Saintifik Selangor untuk menangani isu-isu pensijilan halal.

7. Menambah daya polisi program komuniti yang dibiayai kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, walaupun pelaksanaannya tidak akan mudah tetapi beliau yakin bahawa semua akan bekerja keras untuk memastikan rakyat akhirnya akan menjadi penerima terbesar daripada pelan tindakan ini.

"Kami juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat yang banyak memiliki pusat beli belah di Thailand, Kumpulan Central Pattana yang telah melabur RM500 juta melalui anak-anak syarikat di Malaysia untuk membina sebuah pusat membeli-belah di i -City Shah Alam- satu langkah yang dijangka akan menjadikan Shah Alam sebuah syurga membeli-belah baru di rantau ini.

"Kerajaan negeri Selangor komited untuk menguruskan aset negeri dan sumber-sumbernya yang diamanahkan oleh rakyat untuk kebaikan rakyat khususnya untuk membantu rakyat Selangor yang terpinggir dan kurang bernasib baik selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Tunailah janji walaupun BN kalah di Temerloh

Khairil Abdul Rahim, 21 Sep 2013
TEMERLOH: Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan berkata kerajaan perlu memenuhi janji pilihan raya umum (PRU) yang lalu dengan melaksanakan semua projek yang diumumkan.

Katanya, yang kalah dalam PRU lalu ialah BN jadi rakyat tidak patut dihukum malah berhak mendapat apa yang dijanjikan termasuk empat projek mega iaitu pembinaan jambatan kedua Temerloh, masjid  daerah yang baru, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan kampus cawangan universiti yang dicadangkan di Lanchang.

“Semua projek yang dijanjikan saya harap dibangunkan terus oleh kerajaan BN, jangan kerana mereka tewas pembangunan itu ditarik balik seolah-olah dibalas dendam kepada rakyat.

“Yang kalah BN, jadi rakyat berhak mendapat apa yang dijanjikan mereka, saya akan bawa isu pembinaan jambatan dan lain-lain ke Dewan Rakyat,” katanya kepada media di Pusat Komuniti Parlimen Temerloh kelmarin.

Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, beliau akan bergelumang dengan rakyat pada setiap Selasa dan Jumaat kecuali apabila ada persidangan Dewan Rakyat.

Anwar lancar Diwan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat

Harakahdaily, 20 Sep 2013
PETALING JAYA: Dalam mengukur kejayaan ekonomi, yang penting bukan kadar pertumbuhan atau lebihan (surplus) besar bajet  tetapi sejauh mana kepedulian pemerintah kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberi contoh keghairahan kerajaan BN memaparkan angka tunjuk ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi negara tetapi tidak peka dengan masalah hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang ditanggung para siswazah dan kesan kenaikan harga minyak kepada majoriti rakyat.

Ketika memberikan ucaptama pada majlis pelancaran Diwan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat (REFORMASI) di sebuah hotel dekat sini petang tadi, Anwar berharap  kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mempertingkatkan kepedulian terhadap rakyat dan tidak terikut dengan trend berbangga dengan angka tunjuk ekonomi.

Beliau juga mahu pengisian terhadap makna reformasi dibuat supaya para reformis dapat mempersiapkan diri dengan ilmu bagi berhadapan dengan pertembungan idea dan nilai.

Pada majlis yang sama Pengarah Eksekutif  REFORMASI, Datuk Seri Dr Edmund Santhara berkata,  institusi itu ditubuhkan dengan visi memimpin dan membina Malaysia yang adil dan saksama melalui pengupayaan dan kewargaan aktif.

REFORMASI juga, tambah beliau berusaha memupuk pembangunan intelek, karektor, dan kemahiran generasi muda untuk berhadapan cabaran sebuah negara membangun.

Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ialah Pengarah REFORMASI.

Pelbagai bentuk kursus, bengkel, latihan, forum dan bual bicara dianjurkan REFORMASI dari September ini hingga April tahun hadapan.

Kursus pertama berhubung 'Tahaluf Siyasi' (kerjasama politik) akan disampaikan ilmuwan dari Nigeria, Sheikh Nuruddin Lemu, esok.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan boleh melayari www.reformasi.com.

Henti pelaksanaan AES hingga semua kajian selesai

Harakahdaily, 20 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan supaya telus dan menghentikan serta merta perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga semua kajian selesai.

Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussien mengumumkan bahawa pelaksanaan AES akan diambilalih oleh kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan [GLC] iaitu AES Solution Sdn Bhd.

Walau bagaimana pun, katanya terdapat beberapa isu yang mengelirukan timbul di dalam pengumuman tersebut.

“Saya melihat pengumuman tersebut adalah suatu pengumuman pra-matang kerana kajian terperinci oleh Jawatankuasa Pemandu masih belum selesai,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Akhirnya Kerajaan melalui Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussien mengumumkan bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES] akan diambilalih oleh kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan [GLC] iaitu AES Solution Sdn Bhd.

Walau bagaimana pun terdapat beberapa isu yang mengelirukan timbul di dalam pengumuman tersebut. Saya melihat pengumuman tersebut adalah suatu pengumuman pra-matang kerana kajian terperinci oleh Jawatankuasa Pemandu masih belum selesai. Antara isu yang masih samar tanpa penjelasan ialah seperti berikut:-

a)   Status dua (2) syarikat.

Kerajaan mengumumkan bahawa AES Solution Sdn Bhd akan mengambil pegangan (share) di dalam kedua-dua syarikat tersebut secara berperingkat. Ini lebih menimbulkan persoalan. Kenapa syarikat berkaitan kerajaan AES Solution Sdn Bhd perlu mengambil pegangan saham kedua-dua syarikat tersebut? Selama ini yang dipertikaikan ialah kenapa penguatkuasaan undang-undang perlu dilibatkan syarikat swasta. Sekiranya AES Solution Sdn Bhd mengambil pegangan saham (share) di dalam Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, ianya masih sama kerana perlaksanaan AES masih dilibatkan pihak swasta walaupun ianya syarikat berkaitan kerajaan. Malah dengan cara ini jelas bahawa Kerajaan sedang “bail-out” syarikat Beta tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

b)   Apakah status saman-saman yang telah dikeluarkan?

Kerajaan tidak menjelaskan status saman-saman yang telah dikeluarkan sejak AES dilaksanakan pada 22 September 2012. Pemangku Menteri hanya menyatakan status saman-saman tersebut hanya akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan tetapi dalam masa yang sama menggesa penerima saman membayar kompaun yang telah dikurangkan sebanyak 50%. Ini suatu tindakan terdesak kerajaan untuk memeras duit rakyat yang sudah sedia tertekan dengan rasionalisasi subsidi minyak yang menyebabkan harga minyak RON95 naik 20sen. Jika saman-saman masih belum diputuskan statusnya kenapa perlu dibayar kompaun yang ditawarkan. Adakah tindakan ini adalah sebahagian kaedah kerajaan mendapatkan duit untuk membayar pampasan kepada syarikat?

c)   Kenapa diserahkan kepada PDRM

Sejak tahun 1995 PDRM telah dibekalkan secara berperingkat kamera perangkap laju dan sehingga tahun 2012 jumlahnya adalah sebanyak 124 unit di mana 85 unit model Laser Digicam yang bernilai RM173,925.00 seunit dan model Laser Trucam berjumlah 39 unit yang bernilai RM223,500.00 seunit. Sejak dari 1995 juga kadar kemalangan tidak menurun malah meningkat begitu mendadak walau pun PDRM telah dibekalkan dengan kamera berteknologi tinggi. Malah PDRM juga gagal menguruskan saman-saman yang telah mereka keluarkan sehinggakan pada awal bulan yang lepas Ketua Polis Negara mencadangkan untuk membatalkan lesen memandu bagi 1.7 juta pemilik saman tertunggak. Sekarang AES pula hendak diserahkan operasinya kepada PDRM. Apakah jaminan PDRM boleh menguruskan AES lebih baik? Adakah selama AES dikuatkuasakan JPJ telah gagal menjalankan tugas mereka dalam operasi AES sehinggakan perlu diserahkan kepada PDRM?

d)   Berapa kos pampasan dan bagaimana pampasan dibuat?

Kerajaan telah memasuki Perjanjian bersama dua (2) syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan. Apabila diumumkan bahawa kerajaan mengambil alih operasi, ini bermaksud kerajaan terpaksa membatalkan perjanjian dengan syarikat. Akibat pembatalan perjanjian, kerajaan terpaksa membayar pampasan dan kos-kos terlibat. Pemangku Menteri hanya memberikan jaminan tiada pihak mengaut keuntungan, tetapi bagaimana pampasan akan dibuat untuk mengelakkan keuntungan? Perlu diambil perhatian bahawa Kerajaan mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kos penyediaan AES oleh syarikat ialah sebanyak RM717 juta. Mengikut Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang dipersetujui kedua-dua pihak, syarikat akan menjana sekurang-kurangnya RM769.6 juta setahu dan selama lima (5) tahun syarikat berupaya menjana RM3,848 juta. Jadi berapa sebenarnya jumlah yang akan dibayar oleh Kerajaan, adakah RM717 juta atau RM3,848 juta?

e)   Butiran perjanjian.

Sejak AES dilaksanakan, KASE mendesak di luar dan di dalam Parlimen agar kerajaan dedahkan butiran perjanjian untuk dilihat dan dinilai oleh rakyat kerana perlaksanaan AES ini melibatkan rakyat secara langsung. Kerajaan bertegas bahawa perjanjian adalah rahsia sehingga hari ini kerajaan akan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat. Jadi adalah wajar kerajaan dedahkan isi perjanjian kerana ianya bukan sesuatu yang melibatkan keselamatan negara.

Justeru, saya mendesak kerajaan supaya telus dan hentikan serta merta pelaksanaan AES sehingga semua kajian selesai.
'Najib silap, Chin Peng pernah memohon untuk pulang'

Bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas rakan Chin Peng dan ahli keluarganya menegaskan bahawa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah memohon untuk pulang selepas Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.

"Peguam memohon tiga dokumen daripada Kementerian Dalam Negeri apabila Chin Peng pertamakali memfailkan kes (untuk pulang) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

chin peng funeral 200913 "Yang pertama ialah senarai yang disediakan oleh PKM mengenai
mereka yang telah memohon untuk pulang (ke Malaysia), senarai kedua ialah mereka yang ditolak oleh kerajaan dan ketiga, senarai yang diluluskan .
                                  
"Nama Chin Peng ada dalam dokumen pertama, membuktikan dia telah memohon," kata rakannya itu, Nan Jin kepada media di Bangkok hari ini.

Anak saudara Chin Peng , Lee Chung, berkata sebuah berita pada tahun 1991 juga memetik ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Haniff Omar sebagai berkata bahawa bapa saudaranya itu telah memohon pada akhir tempoh satu tahun yang ditetapkan untuk berbuat demikian.
              
Lee juga menegaskan bahawa ketua Cawangan Khas, Zulkifli Abdul Rahman dipetik pada tahun yang sama sebagai mendakwa bahawa permohonan Chin Peng sedang diproses.

"Jadi apa yang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak kata, adalah tidak benar kerana secara logiknya, kenyataan-kenyataan pada 1991 itu menunjukkan permohonan telah dibuat," katanya.

Najib berkata abu Chin Peng - atau nama sebenarnya Ong Boon Hua - tidak akan dibenarkan dibawa balik ke Malaysia kerana dia tidak memohon dalam tempoh satu tahun selepas Perjanjian Damai itu dan keluarganya boleh menyaman kerajaan jika tidak bersetuju.

NONEChin Peng kalah kesnya pada tahun 2008 apabila tidak dapat
mengemukakan dokumen pengenalan kepada Mahkamah Rayuan untuk membuktikan kerakyataannya.

Sementara itu, Lee Suvit - saudara lelaki Lee Chung - berkata keluarganya akan "melakukan yang terbaik " untuk memenuhi hasrat Chin Peng supaya abunya dibawa pulang ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

"Kami akan cuba untuk membawanya pulang dengan bermaruah," kata Suvit, yang kakaknya telah menjaga Chin Peng sehingga dia meninggal dunia akibat kanser pada 16 September lalu.
Mukhriz optimis peluang menang, bukan proksi Mahathir

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir merasakannya beliau mempunyai peluang untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno yang ditandinginya.

Berdasarkan perkiraannya, beliau mempunyai peluang 50-50 untuk menang.

"Secara teknikalnya ia 50-50 kerana ada enam calon.

"Saya rasa saya optimis dengan berhati-hati, tapi kena juga berkempen dan kena kenal seramai mungkin perwakilan dan terangkan kepada mereka kenapa saya buat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya petang tadi.

Menjawab soalan wartawan, walaupun tiga penyandang sekarang dilihat seperti satu pasukan apabila hadir bersama menyerahkan borang mereka, Mukhriz tetap optimis dengan peluangnya.

Menurutnya, beliau sebenanrnya hanya perlu merebut satu daripada tiga kerusi naib presiden dan bukannya menewaskan ketiga-tiga mereka.

"Bukan niat saya untuk kalahkan semua orang. Hasrat saya cuma untuk menjadi salah seorang daripada tiga (naib presiden), dengan gandingan untuk membantu presiden dan timbalan presiden," katanya.

Beliau turut menjelaskan yang laluannya dalam politik dilakar beliau sendiri dan bukan bergantung kepada ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Karier politik saya ada naik turun. Kalau orang kata saya proksi beliau, sudah tentu  laluan politik saya mudah.

"Pertama kali saya tawar diri jadi ketua pemuda  Umno Kubang Pasu yang beliau sendiri adalah  ketua bahagian selama 35 tahun, saya kalah," katanya.
Najib, Muhyiddin/ menang tanpa bertanding

dikemaskini Presiden Umno Datuk seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding untuk kedua-dua jawatan tersebut.
Ia berikutan tiada borang pencalonan lain diterima apabila proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusof mengumumkan perkara itu dalam sidang media sebentar tadi selepas penamaan calon untuk pemilihan Umno ditutup petang tadi.

Dalam sidang media tersebut, Rauf mengumumkan sebanyak 261 borang pencalonan telah diterima untuk pemilihan kali ini meliputi kerusi majlis tertinggi, serta tiga sayap terdiri daripada Pemuda, Wanita dan Puteri.

Menurutnya, enam calon menawarkan diri untuk merebut tiga kerusi naib presiden, lima calon bertanding jawatan ketua Pemuda, tiga calon merebut jawatan ketua Wanita dan dua calon merebut kerusi ketua Puteri.

Baki pencalonan pula adalah pencalonan untuk jawatan pengerusi tetap dan timbalan serta exco semua sayap berkenaan.

Semua calon-calon yang telah menawarkan diri kini mempunyai tempoh bertenang selama 72 jam jika mereka menukar fikiran untuk menarik diri daripada bertanding.

Senarai akhir calon-calon akan diumumkan pada hari Selasa depan, kata Rauf.
Sementara itu, Bernama melaporkan, borang pencalonan Najib diserahkan Setiausaha Politik beliau Datuk Khairun Aseh (kiri) yang hadir mewakili Najib di Bilik Labuan, tingkat 5, PWTC semasa proses penamaan.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pencadang kepada Perdana Menteri bagi jawatan itu manakala penyokongnya ialah Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Selain mempertahan jawatan Najib juga akan mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan.
   
Borang pencalonan beliau untuk bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu diserahkan melalui wakilnya, Setiausaha Umno Bahagian Pekan Datuk Zainal Abidin Pa' Wan, di Bangunan Umno Pekan di sini sejurus selepas 10 pagi ini.
   
Ia diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemilihan Umno Negeri Pahang Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim. Najib, 60, memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan sejak 1982.
  
Sementara itu, Muhyiddin turut mengemukakan kertas pencalonannya untuk mempertahan jawatan Timbalan Presiden Umno pada pukul 8 pagi.
  
Kertas pencalonan Muhyiddin diserahkan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Mohd Nardin Awang (foto atas, kanan).

Najib ialah pencadang kepada pencalonan Muhyiddin manakala penyokong ialah Tengku Adnan.
  
Najib memenangi kerusi presiden tanpa bertanding pada 26 Mac 2009 dan beliau cuba mempertahankannya bagi penggal kedua kali ini.
  
Najib dan Muhyiddin menghadiri perarakan rapat raksasa sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-80 tahun di Dataran Merdeka, pagi ini.
  
Dua hari lepas, Najib mengumumkan akan mempertahan jawatan itu  berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di peringkat akar umbi.
  
Muhyiddin memenangi kerusi timbalan presiden parti apabila mengalahkan pencabar tunggalnya Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada pemilihan Umno 2009.
  
Muhyiddin mempertahan jawatan itu bagi penggal kedua kali ini.

Manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang pertama serah borang pencalonan sebagai anggota Majlis Tertinggi di PWTC pagi ini.
Proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 dibuka di seluruh negara 8 pagi ini.
   
Proses penamaan bagi semua jawatan termasuk tiga sayap di peringkat pusat diadakan di ibu pejabat Umno di sini manakala peringkat bahagian termasuk tiga sayap di pejabat badan perhubungan Umno negeri masing-masing.  Proses itu tamat 5 petang ini.
   
Ini merupakan kali pertama Umno mengadakan pemilihan dengan kaedah baru yang lebih telus dan demokratik ekoran pindaan perlembagaan parti pada 2009.
   
Setelah proses penamaan itu selesai, tempoh bertenang selama 72 jam atau tiga hari diadakan bagi membolehkan Jawatankuasa Pemilihan menyemak kelayakan mereka yang ingin bertanding itu sebelum senarai calon diumumkan.
   
Proses pemilihan baru itu turut memudahkan syarat bertanding dengan hanya perlu menjadi ahli Umno selama tiga tahun dan anggota jawatankuasa bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) selama sepenggal untuk bertanding jawatan MT.

Bagi pertandingan di peringkat bahagian, mereka hanya perlu menjadi ahli Umno sekurang-kurangnya tiga tahun.
   
Ini berbeza dengan syarat kuota tertentu yang diperlukan sebelum seseorang boleh bertanding jawatan MT sebelum ini.
   
Proses pengundian baru pula memberi kuasa kepada lebih ramai anggota iaitu 146,500 anggota perwakilan dari 191 bahagian yang bertujuan antaranya menghapuskan gejala politik wang.
   
Pengundian ketiga-tiga sayap peringkat bahagian dan pusat akan diadakan 12 Oktober manakala pengundian peringkat bahagian dan MT pada 19 Oktober.
   
Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan di sini dari 2 hingga 7 Disember.

- Bernama
Tribunal diberitahu, SPR asingkan suami isteri

Sebuah kampung di Segamat, Johor telah dibahagikan sehinggakan suami isteri yang mendaftar di alamat yang sama, akan mengundi di kawasan yang berlainan, demikian Tribunal Rakyat BERSIH diberitahu hari ini.

constituencies delineation forum 080613 wong chin huatSaintis politik, Wong Chin Huat (kiri), ketika menunjukkan slaid
kepada panel tersebut mengenai persempadanan kawasan pilihan raya di Malaysia, bertajuk "Satu katil, dua kawasan?" berkata beliau tidak dapat mencari istilah akademik yang sesuai untuk menggambarkan fenomena tersebut.

Menurutnya, jika kita hendak mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) telah melakukan tugas yang hebat, maka kita mesti membuat kesimpulan bahawa sempadan itu bukan sahaja merentasi rumah, malah ia turut merentasi bilik dan katil.

"Mereka semestinya mempunyai maklumat bahawa Encik Ong tidur di sebelah Segamat, manakala isterinya tidur di sebelah Sekinjang .

"Anda akan berdepan dengan banyak cerita seperti ini, tetapi ini adalah yang paling menarik," katanya.

Turut memberi keterangan hari ini ialah Ong Guan Sin, penghuni rumah rumah tersebut dan ketua kumpulan ejen mengundi dan ejen mengira undi yang berpusat di Segamat.

Beliau juga menunjukkan peta Kampung Abdullah yang menunjukkan lebih 3,000 titik merah dan biru yang mendedahkan banyak contoh pengundi yang berkongsi alamat yang sama tetapi mengundi di kawasan yang berlainan.
Lima termasuk Khairy rebut jawatan Ketua Pemuda
7:41PM Sep 21 2013
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bakal berdepan empat pencabar dalam persaingan merebut jawatan utama sayap itu pada pemilihan parti itu bulan depan.
  
Selain Khairy yang mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, empat lain yang menawarkan diri merebut jawatan itu ialah Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Abd Karim Ali serta Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.
  
Pengumuman mengenainya dibuat Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas tempoh penyerahan borang pencalonan tamat 5 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra.
  
Dalam pemilihan Umno 2009, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berdepan saingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir yang kini Menteri Besar Kedah dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo untuk jawatan utama pergerakan itu.
  
Syed Rosli berkata beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu bagi memperjuangkan nasib masyarakat.
  
Akhramsyah pula berjanji membawa perubahan dari segi gerak kerja sayap bagi memastikan golongan muda dibela, jika dipilih sebagai ketua pergerakan itu.
  
Karim pula berkata beliau menawarkan diri bertanding berikutan jurang antara pimpinan atas pergerakan dan akar umbi semakin ketara.
  
"Jadi, misi utama saya ialah untuk kembalikan keyakinan akar umbi generasi muda dan orang Melayu kepada Pemuda selain perkasakan Umno menjadi ejen pendesak dan memastikan apa jua keputusan kerajaan mesti diatur supaya orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan," katanya.
  
Irwan Ambak pula akan memberikan kenyataannya pada Selasa depan selepas pengumuman senarai rasmi calon bertanding.
  
Jawatan Naib Ketua Pemuda pula juga menyaksikan empat pemimpin dalam kalangan exco sayap iaitu Lokman Noor Adam, Khairul Azwan Harun, Jamawi Jaafar dan Mohd Iruan Zulkefli menawar diri bersaing dalam pemilihan parti kali ini.
  
Jamawi ketika ditemui yakin dipilih perwakilan dengan alasan banyaknya pemimpin Sabah berjaya diberikan jawatan penting dalam kerajaan pusat, manakala Lokman pula berwawasan mahu membawa sayap itu lebih proaktif sebagai lidah generasi muda dan orang Melayu.
  
Mohd Iruan pula mahu mewakili suara akar umbi selain mahu parti kembali kuat manakala Khairul Azwan pula mahu melonjakkan nama Pemuda Umno ke tahap lebih tinggi selain mahu menjadi pelengkap kepada Khairy.
  
Dalam sesi penyerahan borang pencalonan hari ini, sebanyak 94 individu menawar diri untuk bertanding kesemua 24 jawatan yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco dalam pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
  
Jawatan Pengerusi Tetap Pemuda menyaksikan tiga individu menawar diri bertanding, Timbalan Pengerusi Tetap (lima) dan Exco (77).
  
Senarai nama mereka yang akan bertanding hanya akan diketahui Selasa depan.
  
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.
  
- Bernama
Ali Rustam sah bertanding, VP saksi perebutan 6 penjuru
 
Bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding naib presiden Umno, sekaligus mematikan spekulasi yang mengatakan beliau mungkin menarik diri.

Beliau mengumumkan perkara itu pada jam 4 petang tadi selepas menyerahkan borang pencalonannya di ibupejabat Umno di PWTC.

Sebelum itu timbul spekulasi yang beliau akan dilantik sebagai seorang senator sebagai usaha memujuknya supaya tidak meneruskan hasratnya bertanding.

Bagaimanapun, mereka yang rapat dengannya berkata, pelantikan tersebut tiada kaitan dengan pertandingan naib presiden.

Sebaliknya, kata mereka, pelantikan itu adalah sebagai menghargai jasanya selama mentadbir negeri Melaka.

Ali Rustam ketika ditanya mengenai spekulasi tersebut berkata, semua calon ada 72 jam untuk memikir pencalonan mereka.

"Apa-apa pun boleh berlaku dalam masa 72 jam itu," katanya.

Ini bermakna perebutan jawatan tersebut bakal menyaksikan perebutan enam penjuru antara tiga penyandangnya - Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan tiga lagi calon.

Dua orang lagi yang mengemukakan borang pencalonan untuk jawatan tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Mukhriz menyerahkan borang pencalonannya petang ini manakala Isa berbuat demikian pagi tadi.

Tiada ulasan: