Jumaat, 20 September 2013

AKHIR KESUDAHAN AKAN TUA DAN MATI...ITU PUN JIKA SEMPAT TUA...SEMUANYA DALAM KETENTUAN ALLAH...MORALNYA JADIKAN DIRI KITA BAIK...JANGAN HISAP DARAH

Kenali Buah Letup-letup
Posted on Thursday, September 19 @ 15:17:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Anim Agro

LETUP-LETUP (Passiflora foetida) merupakan sejenis dari kumpulan rumpai yang tumbuh liar di negara kita dari keluarga Passifloraceae. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan rumpai jenis menjalar dan menghasilkan bunga yang amat menarik. Saya memang sangat kenal akan tumbuhan ini kerana ia banyak tumbuh dikawasan kebun dan ditepi jalan dikampong di Muar, Johor dahulu kala ketika saya bersekolah.

Bagaimana pun saya agak keliru kerana nama buah 'letup-letup' inii sering merujuk kepada dua jenis buah yang berbeza iaitu letup-letup yang menjalar (Foto diatas) dan juga sejenis lagi letup-letup pokok tumbuh menegak (Foto dibawah).

Tumbuhan ini natif dari kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan juga di USA Selatan, Hawai, Amerika Selatan, Afrika Barat dan sebagainya. Ditempat lain tumbuhan ini juga dipanggil sebagai marya-marya, bush passion fruit, stinking passionflower, wild maracuja, love-in-a- mist, Timun Padang, Buah Tikus dan juga Kha Tok Rok (Thailand). Saya sudah boleh agak bagaimana tumbuhan ini diberi nama sebagai 'letup-letup', saya agak pasti kerana buahnya yang berbentuk bulat dan apabila buah matang dan di tekan akan menghasilkan bunyi seperti letupan kecil.

Artikel malam jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology' mengenai sejenis tumbuhan yang jarang-jarang dikaji iaitu pokok letup-letup yang sering kita jumpa dikawasan belukar dan kebun dikampong.

Ini juga buah letup-letup. (foto kanan)

Pokok letup-letup ini didapati tumbuh liar tanpa ditanam kerana ia adalah didalam kategori rumpai yang perlu dimusnahkan dikawasan tanaman akibat persaingan mengenai nutrien, cahaya matahari, air, ruang dan juga mungkin menjadi perumah kepada perosak dan penyakit.

Jangan keliru dengan foto sebelah iaitu sejenis tumbuhan liar yang juga dipanggil sebagai letup-letup dikawasan tertentu di Malaysia. Buahnya juga menghasilkan bunyi 'letupan' apabila ditepuk dengan beberapa tangan.

Saya akan cuba menulis mengenai buah tersebut dalam artikel lain. Tumbuhan letup-letup ini adalah sejenis yang menjalar dengan batang (vine) sepanjang 1.5 - 6.0 meter bergantung kepada spesis dan lokaliti. Penelitian saya mendapati batangnya mempunyai bulu halus dengan warna hijau kekuningan dan akan menjadi berkayu apabila tua.

Daunnya berbentuk seperti hati dengan mempunyai sama ada 3 atau 5 lekukan. Daun letup-letup agak berbulu halus dan berwarna hijau cerah (Lihat foto sebelah). Suaunan daun adalah bersilang (alternate) dengan tangkai daun yang agak panjang sekitar 2-4 cm. Bulu dibahagian hujung daun lazimnya lebih tebal dan panjang.

Jika daun ini diramas dengan tangan akan menghasilkan bau busuk atau orang jawa kampong saya kata sebagai bau 'Langu'. Jika pokok tumbuh pada tanah subur yang rimbun, ianya akan menutupi tumbuhan lain dikawasan tersebut kerana ianya adalah padat.

Apa yang menarik mengenai pokok letup-letup ini adalah bunganya yang amat cantik dan menarik (Lihat foto sebelah). Warna dan juga bentuk bunga bermacam-macam bergantung kepada spesis dan persekitaran.

Pada asasnya bunganya jenis biseksual dari yang berwarna putih sehingga warna putih krim dan ungu ditengahnya. Ia juga mempunyai banyak kelopak dan susunan stamen yang jelas. Bunga ini keluar sepanjang tahun dan bilangan bergantung kepada kesuburan dan umur pokok.

Bunga terbuka pada sebelah pagi dan tertutup semula sebelum tengahari. Apa yang saya pasti ialah mungkinn bunga ini mempunyai banyak nektar (manisan bunga) kerana sering dikunjungi pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, lebah madu, semut dan sebagainya.

Paling unik mengenai buah letup-letup adalah buahnya yang terbentuk didalam karung berjaring (Lihat foto sebelah). Karung berjaring ini menutupi buah muda dan mampu memerangkap serangga bagi sesetengah spesia sepabai tumbuhan pemangsa (predators). Buah akan terus berada didalam karung berjaring sehingga masak tanpa diganggu.

Buah letup-letup berbentuk bulat (Globose) dengan ukurlilit buah sekitar 2-4 cm. Warna buah lazimnya kuning terang dan didalamnya mengandungi banyak biji berwarna hitam yang diselaputi dengan lendir yang rasanya manis. Saya dulu dizaman remaja pun suka petik buah letup-letup ini dan buka isinya untuk dimakan. Burung suka makan buah ini dan menyebarkan biji yang dimakan kekawasan lain untuk disebarkan.

Selain daripada dianggap sebagai rumpai, belum banyak kajian dijalankan mengenai kegunaan tumbuhan ini. Disetengah negara, buah letup-letup masih dimakan kerana rasa manisnya dan memang ia adalah produk organik.

Tumbuhan ini juga ditanam dikawasan tertentu dalam taman bunga dengan sistem para sebagai satu tarikan. Pucuk daun letup-letup sesuai juga dipetuk untuk dimakan sebagai sayur-sayuran terutama dikawasan pendalaman. Salah satu kandungan dalam tumbuhan ini adalah bahan 'Saponin' yang boleh digunakan sebagai 'sabun' secara semulajadi.

Ada setengah negara yang memgeringkan daunnya untuk dijadikan teh bagi minuman. Saya harap akan ada kajian lanjut mengenaii tumbuhan ini dari nilai komersil pada masa akan datang dengan nilai-nilai permakanan atau dijadikan bahan komestik. InsyAllah!


Buah letup-letup dan bijinya.

BUAH LETUP-LETUP.... UNIK BUAHNYA....
BERWARNA KUNING... DISELAPUTI PULA...
LENDIRNYA MANIS.... HITAM BIJINYA...
DIJDIKAN HIASAN... MENJALAR CANTIKNYA...

By,
M Anem
Taman Saujana,
Precint 11, Putrajaya,
malaysia
(15 Febuari 2013)
Untuk Pelbagai infotani terkini sila layari: animhosnan.blogspot.com



Tiada Keraguan Lagi, Najib Bakal Keluar Juga Dari Putrajaya


Kajian: Rakyat mahu Najib letak jawatan?

KUALA LUMPUR: Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.

Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"

Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.

"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.

Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.


Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.

"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.

"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.

Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu.

Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.

Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah. -HD


Cina Melayu mahu BN jalin kerjasama dengan PR - UMCEDEL


Majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kesepakatan dengan Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihan raya umum baru-baru ini, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL).

Dalam pembentangan kajian terbaru hari ini di UM (Universiti Malaya), 69% daripada keseluruhan 1,546 orang responden yang ditemui oleh pengkaji pilihan raya tersebut mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib Razak (gambar) melibatkan PR dalam kerajaan persekutuan.

"Mereka mahu pemimpin kedua-dua belah pihak bekerja untuk membangunkan negara.

"Orang ramai dah terlalu penat, sejak menunggu tarikh pilihan raya sehinggalah selepas berakhir pilihan raya," kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan hari ini.

Lebih mengejutkan, sebanyak 70% responden Melayu bersetuju dengan hasrat untuk melihat kerjasama BN dan PR, manakala 67% lain adalah kaum Cina, hasil daripada kajian yang dijalankan daripada 15 Ogos ke 10 September baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mohammad Redzuan menekankan langkah kerjasama tersebut tidak boleh hanya terarah kepada satu parti dalam PR sahaja, sebaliknya BN perlu menjalin hubungan dengan PKR dan juga DAP.

"Kerjasama mesti dengan semua parti dalam PR. Mereka tidak boleh pilih salah satu parti dalamnya," kata beliau lagi.

Mohammad Redzuan turut berkata kerajaan BN perlu memberi perhatian utama kepada dua parti dalam PR, iaitu PKR dan DAP memandangkan kedua-duanya mempunyai sokongan akar umbi yang kuat daripada kaum Cina.

"Saya tidak fikir BN hanya memfokuskan untuk hanya menjalin kerjasama dengan PAS, kerana sokongan masyarakat Melayu kepada mereka sememangnya sudah kuat.

"Yang perlu difikirkan adalah penglibatan masyarakat Cina, kerana tiada wakil kumpulan tersebut dalam kerajaan,"
katanya lagi.

Kenyataan Mohammad Redzuan tersebut hadir bagi mengulas mengenai cadangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu mewujudkan kerjasama dengan PAS.

Beliau juga menegaskan sepanjang hampir 50 tahun lebih negara merdeka, kerajaan yang mentadbir Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan tidak hanya didominasi oleh satu bangsa sahaja.

"Ia sesuatu yang tidak masuk akal, saya tidak boleh bayangkan kerajaan yang didominasi oleh satu bangsa sahaja.

"Kaum Cina mengawal ekonomi negara, cuba bayangkan kerajaan yang tiada wakil Cina. Apa akan terjadi?"
kata Mohammad Redzuan lagi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara BN dan PR.

Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding.

Dalam kajian tersebut lagi, UMCEDEL juga mendedahkan sebanyak 63% responden mengakui suara rakyat bertambah susulan peningkatan ahli parlimen PR selepas pilihan raya lalu.

Selain itu, 55 peratus responden juga mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengemudi PR walaupun gagal untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya lalu.

Mengenai persepsi orang ramai terhadap prestasi Najib yang gagal memperoleh majoriti dua pertiga, Mohammad Redzuan mengakui ada pihak yang juga mahukan perdana menteri tersebut mengikut jejak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meletak jawatan.

"Kalau dahulu Abdullah dipaksa letak jawatan sebab tidak dapat majoriti dua pertiga, sekarang juga ada pihak yang mahukan Najib lakukan perkara sama,"
katanya lagi.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Najib dan BN kembali berkuasa di Putrajaya dalam satu persaingan sengit yang menyaksikan PR memenangi undi popular tetapi masih tewas dalam pilihan raya.

BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Mohammad Redzuan pada akhir pembentangan berkata rakyat majoritinya ketika ini mahu melihat keadaan tenang dan aman dalam negara, serta kurang berpolitik.
-TMI


ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah ulas di SINI. Petikan:

Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara.

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, "sunnatullah". Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.


Hukum kebenaran dan keadilan tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun walau betapa hebat kekuasaannya di dunia. Setiap yang zalim akan terima hukumannya. Dimanakah kezaliman Najib? Kezaliman utamanya terletak kepada ketidak-peduliannya untuk mendengar suara rakyat supaya SPR dibersihkan. Ada sesuatu yang cuba disorokkan daripada rakyat supaya penipuan di dalam pilihanraya terus dapat dijayakan.

Apabila Najib tidak mahu melayan tuntutan rakyat supaya SPR dibersihkan agar pilihanraya yang bersih dan adil dapat dilakukan, hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya di mana penghuni langit tidak akan memperdulikan Najib lagi.

Jangan lupa bagaimana nasib yang menimpa seorang Ketua Menteri yang begitu boros dan zalim terhadap rakyat di negerinya... iaitu Mohd Ali Rustam. Tanpa ribut, tanpa taufan... beliau yang merasakan dirinya "paling agong" di negeri Melaka, terlibat pula di dalam usaha menghuru-harakan ceramah-ceramah PR di Melaka, akhirnya tersungkur lebur di tangan seorang yang tidak sehebat mana pun, hanya seorang Ketua Pemuda (AMK) PKR. Namun, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Yang bersalah akan tetap menerima balasannya.

Dan nasib yang serupa bakal menimpa Najib. Apa yang kita lihat, jahatnya Najib, saling tak tumpah macam Ali Rustam juga, malah lebih teruk dan dasyat lagi. Putrajaya dan Parlimen yang mulia itu tidak mungkin boleh menerima PM yang banyak berdusta dan mengkhianati rakyatnya untuk tempoh yang lebih lama. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

GB pernah ulas sebelum ini, iaitu sebaik saja keputusan PRU13 diumumkan, GB kata, kemenangan yang diperolehi dengan penipuan itu tiada keberkatannya dan kerajaan yang dibina di atas dasar penipuan itu rapuh dan bakal tumbang bila-bila masa. Maaf cakap, dari pemerhatian GB, rakyat hanya menunggu masa dan ketikanya untuk melihat beliau bakal jatuh macam cempedak busuk ke tanah dan partinya bakal berkubur!


 Catatan 017: Ayat Kursi Menjelang Tidur
Posted on Friday, September 20 @ 07:06:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.


Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."


Petikan : link
 'Sudah tua dan bakal mati', jauhi Umno - Mahfuz
Posted on Friday, September 20 @ 01:14:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR: Generasi muda hendaklah menjauhi Umno jika tidak mahu dikuburkan lebih awal, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata, Umno 'sudah tua dan bakal mati'.

"Sebab itulah generasi muda mesti menjauhi Umno dan jangan biarkan diri dikuburkan lebih awal dengan Umno yang sudah tua dan bakal mati," katanya.



Mahfuz berkata, sakit tua tidak ada ubat dan akan berakhir dengan kematian.

"Walaupun (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) cuba mengubati Umno, dengan program transformasi dan lain-lain, ia tidak berguna lagi.

"Semua itu hanya ikhtiar sementara dan usaha terdesak yang hanya membazirkan masa dan wang negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang memberi peringatan yang sangat berguna itu, terutama kepada generasi muda.

Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Dr Mahathir Mohamad memberitahu sebuah akhbar harian yang menjadi lidah Umno bahawa parti itu menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata bekas presiden Umno itu.

Dr Mahathir juga mengulangi pendedahan bahawa ramai ahli Umno yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.

"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu mengingatkan, apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.

"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini," kata Dr Mahathir.

Kenyataan Dr Mahathir itu dikecam oleh sebahagian pemimpin Umno.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Umno terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga ahli MT Umno berkata, Dr Mahathir "mungkin silap".


Abdul Aziz Mustafa
Harakahdaily 19 Sept 2013[[

 Pemuda Pas platform lahirkan pemimpin ulama
Posted on Friday, September 20 @ 01:02:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR - Jika Pas inginkan jawatan nombor satu dan dua diisi golongan ulama, parti itu perlu melahirkan lebih ramai pelapis berlatarbelakangkan pendidikan agama di peringkat sayap Pemuda lagi.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan, 70 peratus kepimpinan tertinggi Pas Pusat hari ini adalah hasil tarbiyah Pemuda Pas.



Tambah beliau, usaha itu harus diteruskan jika mahu melihat Pas kekal relevan di mata generasi muda era ini.

"Pas juga perlu berubah dan lebih dinamik agar diterima rakyat, saya tidak bimbang proses mengasah bakat baru dalam Pas telah diusahakan seawal peringkat Pemuda lagi.

"Kita juga tidak ketandusan bakat baru seperti mana yang dilakukan dalam PKR untuk lahirkan tokoh muda baru, seawal usia 20-an telah didedahkan kepada dunia politik," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Dewan Ulama Pas minggu lalu yang mahukan jawatan Timbalan Presiden yang digalas oleh golongan ulama.

Tambah Salahuddin, perlembagaan Pas juga tidak mensyaratkan jawatan tertinggi parti itu diisi oleh golongan ulama kerana secara tradisi ia diwarisi oleh golongan itu sehinggalah pada 2011, keadaan sudah berubah.

"Dalam pemilihan Pas pada 2011, menyaksikan Mohamad Sabu menang dalam pemilihan itu dan hakikatnya hari ini beliau bukannya seorang ulama.

"Apa pun kita percaya dan pandangan yang zahirkan, itu hak mana-mana individu dan dewan dalam Pas untuk menyuarakan pandangan mereka," katanya sambil menyifatkan perbezaan pendapat itu tidak menyalahi perlembagaan parti.

Bagaimanapun kata beliau, suara tertinggi dalam menentukan pucuk pimpinan Pas adalah suara muktamar yang bakal berlangsung pada November depan.




Tiada ulasan: