Selasa, 20 Ogos 2013

SEGALA TINDAKAN KITA DAH TAHU ZALIM ATAU TAK...TAK KAN KITA ...BODOH DAN SENGAL SANGAT

4 bulan gaji kakitangan Insaniah Holding tidak dibayar

Muhammad Faizal, 19 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. yang telah tertunggak hampir empat bulan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki bulan keempat.

"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan Insaniah Holding.

"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri tanpa memberitahu jawatan mereka yang berada di dalam Kuin.

"Kita juga ingin mengetahui pendirian kerajaan negeri mengenai kedudukan jawatan kakitangan mereka di dalam Kuin.

"Ini perlu dijelaskan bukannya berdiam diri, kalau mereka hendak dipecat ia perlu diberitahu tetapi perlu diingat pemecatan mereka mestilah mengikut kontrak perjanjian bukan dengan cara membeku gaji mereka," sambung beliau lagi.

Jelasnya lagi, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan Insaniah Holding tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri adalah amat mendukacitakan.

"Macam mana Mukhriz boleh kata Insaniah Holding tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sedangkan ia merupakan anak syarikat kepada Kuin yang merupakan syarikat kepada kerajaan negeri.

"Ini jelas terkandung dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang meluluskan penubuhan Insaniah Holding.

"Saya tak tahu dari mana maklumat beliau dapat, sebagai Menteri Besar beliau perlu lebih perihatin dan mengkaji dalam soal ini," sambung beliau lagi.

Mahfuz menegaskan kerajaan negeri perlu menyelesaikan segera pembayaran tunggakan gaji kakitangan serta lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Katanya lagi, jika ingin melakukan rombakan segalanya perlu mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui.

Hosni Mubarak dibebaskan, ujian besar untuk rakyat Mesir

http://greenboc.blogspot.com, 19 Ogs 2013

Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut.

Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. The Guardian pula melaporkan Hosni Mobarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam lagi selepas pihak pendakwa telah membersihkan beliau dari tuduhan korupsi, demikian kata peguamnya, Fareed el-Deeb.

Spekulasi beredar sebelumnya mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi tentera mengembalikan kekuasaan para diktator.

Mubarak terlucut dari kerusi kekuasaannya sewaktu revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini untuk turun..

Kejatuhannya Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kaherah.

Mubarak dimasukkan ke penjara dengan banyak sebab. Beberapa adalah, Mubarak adalah penanggung jawab atas terkorbannya ratusan demonstran pada 2011.

Tuduhan lainnya adalah penyalahgunaan kekuasaan. Rejim Mubarak dituduh penuh dengan skandal mega korupsi dan penyalahgunaan-kuasa. Semasa Mursi menjadi presiden, pengadilan kerap gagal membicarakan Mubarak.

Anadolu Agency, Ahad (18/8) memberitakan, badan kehakiman merancang di Kaherah untuk membicarakannya pada Khamis ini(22/8) mendatang.

ULASAN GB

Satu demi satu ujian berat terpaksa dihadapi oleh rakyat Mesir dan sekalian pejuang kebenaran dan keadilan.

Selepas Dr.Mursi digulingkan. diikuti dengan pembantaian rakyat oleh tentera dan polis Mesir, kini sang diktator pula dibebaskan.

Semuga Allah memberikan ketabahan dan kemenangan kepada rakyat Mesir tertutama kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, sesungguhnya kebenaran dan keadilan itu akan tetap menang akhirnya!

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Mahathir ingat Umno saja boleh majukan negara

Salmiyah Harun, 19 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Mana-mana kerajaan yang mentadbir Malaysia termasuk Umno sekalipun adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membangunkan rakyat dan negara ini, demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.

"Selama 57 tahun Umno memerintah Malaysia takkanlah mereka langsung tidak boleh membuat perubahan, tidak gunalah Umno menjadi kerajaan yang memerintah," katanya kepada Harakahdaily.

Idris berkata demikian sebagai mengulas kepada surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno.

Namun, Idris cukup sedih dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak ada kelas pemikiran kerana bercakap seperti itu.

"Umno sebagai kerajaan ada pelbagai sumber kewangan untuk mentadbir negara termasuk pelbagai bentuk cukai, kerana rakyat tidak bayar cukai kepada pembangkang.

“Kalau pembangkang yang keluarkan kenyataan seperti beliau itu tidaklah berasa pelik. Memberi pembangunan dan kesenangan kepada rakyat sudah menjadi tugasnya," jelas beliau.

Malah katanya, dengan sumber yang ada melalui cukai khazanah negara menjadi perkara biasa dan tidak menjadi pelik kerajaan Umno membangunkan negara kerana cukai yang diperoleh daripada rakyat perlu dikembalikan semula kepada rakyat.

"Keadaan berbeza di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, nama sahaja memerintah tetapi banyak kekangan yang dibuat oleh kerajaan Pusat. Kerajaan negeri mempunyai sumber yang terhad, tetapi Kelantan berjaya membayar hutang kerajaan sebelum ini satu kejayaan yang baik," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat terbukanya kepada ahli parti itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata setiap orang Melayu dan penyokong Umno pasti mendapat sesuatu bagi diri mereka.

Beliau juga turut membandingkan kerajaan diperintah Umno dengan negara lain apabila tidak ada kerajaan yang mampu menawarkan seperti mana yang parti itu beri.

"Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dulu, sama dijajah dan sekarang merdeka, lihat keadaan mereka masih miskin, masih tidak bersekolah sehingga rakyat di negara mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara,"kata beliau lagi.

Cara berjalan pun sudah nampak penyakitnya

M Faqih, 19 Ogs 2013
KOTA BHARU: “Sebelum ini sudah dapat bayangkan orang yang masuk itu sakit apa. Cara berjalan dan bercakap pun sudah menampakkan apa penyakitnya.

“Namun sekarang, orang yang datang jumpa kita tidak tahu apa masalah mereka. Pada awalnya memang rasa tertekan juga, namun sekarang sudah biasalah,” kata Dr Ramli Mamat (gambar).

Anggota Exco kerajaan Kelantan itu sama sekali tidak menjangka tiba-tiba sekarang beliau muncul di barisan utama kepemimpinan kerajaan negeri.

Langsung tidak ada cita-citanya untuk menduduki kerusi wakil rakyat, lebih-lebih sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dr Ramli berkata, penglibatan bersama PAS untuk merapatkan diri dengan orang alim yang banyak ilmu dalam bidang agama.

“Biar pun pernah ura-ura disebut sebagai calon PAS pada pilihan raya umum 2008, namun saya tidak kisah sangat kerana menganggap tidak lebih sebagai gurauan.

“Begitu juga ketika menghadapi pilihan raya umum lalu, saya hanya diberitahu dicalonkan kira-kira dua jam sebelum datang mengisi borang pencalonan,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Namun beliau dengan berat hati menerima amanah diputuskan kepemimpinan parti, sebagai seorang ahli yang patuh kepada jemaah.

Lagi pun Dr Ramli mengakui beliau sudah biasa dengan penduduk kampung ketika berkhidmat sebagai doktor perubatan di hospital.

Pelbagai lapisan masyarakat ditemui. Enam tahun beliau berkhidmat di pelbagai hospital kerajaan termasuk Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Tanah Merah.

Pada 1994 beliau mengambil keputusan mengendalikan klinik sendiri di Wakaf Che Yeh. Klinik Ikhtiar dikenali ramai kalangan penduduk di Kota Bharu.

Tanpa mengira masa dan ketika, ramai sentiasa menunggu untuk berjumpa Dr Ramli. Ada ketikanya klinik tersebut terpaksa ditutup sehingga menjelang tengah malam.

Hasil perkongsian hidup dengan bekas ketua jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Wan Anita Mohd Amin pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.

Anak sulung, Nurul Shifa kini melanjut pengajian dalam bidang perubatan di India, kedua Mohamad Syahir mendapat tawaran belajar bidang pergigian di universiti di Mesir.

Ketiga, Nurul Alia belajar di tingkat empat, Mohamad Anas darjah enam dan Nurul Aina darjah empat.

Ayahnya Mamat Ali berasal dari Bukit Marak, namun berhijrah ke Kota Bharu selepas berkahwin dengan Zaharah Dollah di Kampung Sireh.

Mamat mengayuh beca membesarkan tujuh anaknya. Kini kedua-duanya sudah lama meninggal dunia.

(Kisah hidup Dr Ramli dalam Harakah cetak akan datang)

Penswastaan MAS, Tun M digesa sedar kesilapan lalu

Muhammad Faizal, 19 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengimbas kembali kegagalan Malaysia Airline System Bhd (MAS) yang diswastakan sebelum ini, sebelum mengeluarkan pendapat baru untuk penswastaan semula.

Jelasnya, MAS sudah pun mengalami kegagalan dan kerugian yang besar sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri akibat penswastaan yang dilakukannya ketika MAS diambil alih oleh ahli perniagaan, Tan Sri Tajuddin Ramli.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh bersetuju untuk menswastakan kembali MAS, beliau tak tengok ke kegagalan yang dilakukan olehnya sendiri apabila MAS diserahkan kepada Tajuddin.

"Kita tengok bagaimana kerajaan terpaksa mengambil balik MAS dari ahli perniagaan tersebut setelah syarikat penerbangan itu mengalami kerugian besar.

"Lebih rugi lagi apabila kerajaan terpaksa membayar kos yang lebih tinggi di saat MAS mengalami kerugian," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau turut berasa hairan, kenapa cadangan tersebut dikeluarkan apabila MAS mula menunjukkan peningkatan dalam operasi mereka.

"Bila MAS mula menunjukkan peningkatan keuntungan dalam operasi, mula ada cadangan penswastaan, kenapa sebelum ini tidak ada.

"Bila dah nampak keuntungan kita nak jual, bila masa tengah rugi kita diamkan diri dan kerajaan kena tanggung. Ini tak betul, kita perlu pastikan MAS dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan bukan diserahkan kepada syarikat swasta," sambung beliau lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena tidak menolak kemungkinan cadangan penswastaan oleh Mahathir itu adalah untuk menyerahkan MAS kepada tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary apabila beliau memuji kejayaan Proton setelah ia diserahkan kepada Syed Mokhtar.

As-Sisi pengkhianat, pembunuh, saya tak akui dia sebagai keluarga

http://greenboc.blogspot.com, 19 Ogs 2013

Keluarga As-Sisi: "As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga”



Salah seorang mangsa pembantaian tentera di Mesir pada hari Rabu (14/8/2013) dan Jumaat (16/8/2013) adalah Khalid Lutfy al-Sisi.

Siapakah beliau?

Khalid adalah anak lelaki dari Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy. “Ya, anak saya tebunuh oleh tentera,” ujar Hazin.

Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab’ah atau mungkin di Nahdhah.

“Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insya Allah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!” tutur Hazin geram di youtube.

Tak lupa, Hazin juga berdo’a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.

“Kami tidak boleh tinggal diam atas keadaan ini,” demikian Hazin.


Video

Tiada ulasan: