Selasa, 13 Ogos 2013

MUNGKIN BANYAK LAGI

Harga internet perlu lebih rendah
Posted on Monday, August 12 @ 21:34:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) berpendapat harga langganan internet dan jalur lebar perlu lebih rendah di negara ini
Presidennya, Shaifubahrim Saleh seterusnya menggariskan tiga elemen mengapa ia seharusnya lebih mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.


Katanya, ketiga-tiga elemen itu adalah industri mudah alih yang semakin inovatif, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang meluas.
"Ketiga-tiga elemen tersebut semakin berkembang dan meningkat di negara ini bahkan di seluruh dunia," katanya.
Malah, katanya, pengguna media sosial di Malaysia terutamanya Facebook juga merupakan antara yang tertinggi di ASEAN dan ia merupakan faktor penting bagi negara ini menawarkan jalur lebar dan internet pada kadar yang murah.
"Kita sedang menuju ke arah negara maju dan harga internet dan jalur lebar wajar dikurangkan bagi memastikan setiap rakyat mampu berkemampuan memperoleh capaian jalur lebar dan internet," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Terdahulu, Pikom beranggapan beberapa isu seperti liputan internet jalur lebar serta harganya yang tinggi memberi kesan kepada kedudukan Malaysia di dalam Laporan Daya Saing Antarabangsa 2012-2013, yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada tahun lalu.
Isu-isu tersebut adalah kolektif dan mempercayai kriteria tersebut menyebabkan kedudukan negara di dalam laporan itu telah jatuh ke kedudukan 25, berbanding ke 21 tahun lalu.
Ketika ditanya sama ada harga jalur lebar dan internet di negara ini lebih mahal berbanding dengan negara-negara jiran, Shaifubahrim berkata, harga internet dan jalur lebar di negara ini sememangnya lima sehingga 10 kali lebih mahal.
Malah, katanya, negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.

Bertudung yang haram -13 gambar- 

salam ramadhan, bertuduung tidak la haram.tapi pakaian yang dikenakan macam haram. buat kaum hawa yang ingin bertudung, selami dulu niat untuk bertudung. bukan macam dalam foto2 ni...bukan nampak ayu...tapi nampak meluat..atas bertutup litup..bawah baik nye bukak... baik tak payah pakai tudung..hehehehe




Jata Negara Sekali Lagi Dicuri Dari Istana Negara Lama
Posted on Monday, August 12 @ 20:48:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Sebelum dan selepas: Jata negara yang asal (kiri) di dinding pagar di Istana Negara lama dan bekas lambang yang rosak akibat dicuri bahagian yang dicat warna emas.

KUALA LUMPUR: Jata negara sekali lagi dicuri dari Istana Negara lama.

Objek logam yang berukuran 59 sentimeter itu telah dipasang di sepanjang dinding pagar di istana lama, yang kini merupakan Muzium Diraja, di Jalan Istana di sini.
Pada bulan Mei tahun lalu, 11 daripadanya telah dicuri.
Baru-baru ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mendapati terdapat lima daripada lambang itu - dipasang pada dinding berhampiran Sekolah Tinggi Kuen Cheng - di mana terdapat banyak bahagian yang rosak terutama yang dicat warna emas hilang.
Sabtu lalu, ketua pegawai eksekutif dewan perhimpunan, Tang Ah Chai, menyiarkan gambar-gambar lambang yang rosak di Facebook dan menulis: "Dari kejadian ini bahawa walaupun lambang negara pun dicuri, melihat orang ramai mengambil ringan terhadap jenayah."
Selepas istana berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta dua tahun lalu, bangunan ini telah ditukar kepada muzium, dan dilindungi sebagai warisan negara.
Menurut Akta Warisan Kebangsaan, mereka yang didapati bersalah mencuri atau merosakkan barang-barang warisan negara boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. - MSTAR

 Hati-Hati Beli Barangan Kulit, Pinggan Mangkuk Online - PPIM
Posted on Monday, August 12 @ 20:45:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama


KUALA LUMPUR: Pengguna Islam dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli barangan kulit dan pinggan mangkuk secara 'online' atau dalam talian kerana dikhuatiri mengandungi unsur haram.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johanberkata pembelian melalui Internet boleh menimbulkan kekeliruan kerana gambar yang tidak jelas.


"Sedangkan pembelian di kedai pun masyarakat boleh tersilap pilih, apa lagi sekadar melihat gambar di Internet. Contohnya, kalau dahulu ada tanda tiga titikpada barangan kulit, kita tahu ia diperbuat daripada kulit babi.
"Tetapi dengan teknologi moden masa kini, walaupun tidak mempunyai tanda tiga titik, ia tidak semestinya tidak diperbuat daripada kulit babi," katanya kepada Bernama.
Di samping itu Nadzim berkata, perkakasan dapur khususnya pinggan mangkuk juga perlu diberi perhatian kerana kebanyakan yang dibuat di luar negara berkemungkinan mengandungi campuran tulang.
"Bukan hanya sumber daripada babi itu haram tetapi pinggan yang mengandungi campuran tulang lembu juga haram sekiranya lembu itu tidak disembelih," katanya.
Nadzim berkata, pengguna Islam perlu memastikan produk yang dibeli diperbuatdaripada sumber yang sah kerana ia adalah hak setiap umat untuk mendapatkan barangan yang bersih dan halal kerana ia mempengaruhi amalan serta ibadat.
Menurutnya, pengguna tidak harus menilai rupa bentuk dan harga murah yang ditawarkan semata-mata tetapi perlu mendapatkan jaminan penjual antaranya dengan menyertakan sijil sebagai bukti.
Katanya, gaya hidup masyarakat yang lebih gemar membeli barangan unik dan dianggap eksklusif perlu diubah kerana untuk mendapatkan yang unik, orang ramai kadang kala tersilap langkah sehingga terbeli barangan yang tidak sepatutnya.
Justeru beliau menyarankan masyarakat supaya membeli sesuatu produk di kedaikerana ia bukan sahaja membolehkan pembeli berinteraksi secara terus dengan peniaga tetapi juga dapat menilai kualitinya. - BERNAMA

 'Saya Tidak Tulis, Taja Atau Minta Buku Itu Diterbitkan' - Pak Lah
Posted on Monday, August 12 @ 20:40:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.

Dalam kenyataan media pada Isnin, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan mesra "Pak Lah" berkata, beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, JamesChin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang denganmengambil kira semua sudut pandangan.


Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri".
"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.
"Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan insyaAllah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya," katanya.
Mengenai buku itu, Abdullah menjelaskan bahawa beliau hanya terlibat dalam satu wawancara pada 2011 yang lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku itu dan memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan beberapa perkara.
"Saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisis tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.
"Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan di dalam buku tersebut," katanya.
Selain itu, Abdullah berkata, beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab di atas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku itu.
Katanya, beliau juga tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja oleh beliau.
"Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegas Pak Lah. - BERNAMA


Tiada ulasan: