Lim: Boleh saman jika tidak nasib baik
Sebuah
gambar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang yang diparkir secara
salah tersebar di Internet dan mencetuskan perdebatan sama ada Lim Guan
Eng mempunyai keistimewaan tempat letak kereta khas. Rakaman gambar yang tersebar itu menunjukkan kenderaan milik Lim diletakkan di kawasan yang mempunyai papan tanda amaran.
Gambar yang diambil pada tengah hari semalam itu juga telah dikongsi secara meluas di laman Facebook dengan kapsyen "Is double line parking the privilege of PG1?" (Adakah meletakkan kenderaan di garisan berkembar keistimewaan PG1?)
Penyokong BN dalam komentar di laman sosial mendakwa Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu melanggar undang-undang secara terang-terangan.
Pihak lain pula mengatakan, isu itu merupakan perkara kecil yang diperbesarkan memandangkan kawasan tempat letak kereta memang menjadi masalah di pusat bandar Pulau Pinang.
Sementara itu, Lim ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata beliau semasa kejadian sedang bertemu dengan beberapa wartawan dan tetamu dari Hong Kong di sebuah kedai kopi.
Lim berkata, pemandunya boleh dikenakan denda oleh penguatkuasa kerajaan tempatan seperti orang lain jika tidak bernasib baik.
"Apapun saya telah nasihat dia (pemandu) bahawa tidak boleh meletakkan kereta di kawasan yang tidak dibenarkan walaupun dia berada di dalam kereta pada masa itu," katanya.
Selain itu, Lim juga berkata, untuk mencari tempat letak kereta di kawasan yang sibuk seperti Jalan Campbell adalah sukar terutamanya pada musim perayaan.
"Tetapi kami tidak selalu pergi ke hotel lima bintang untuk minum atau meraikan tetamu kami.
"Mungkin kami perlu pergi ke hotel kerana kita tidak mempunyai masalah dengan kawasan tempat letak kereta di tempat seperti itu," kata Lim.
Kes upacara di surau: Pemilik resort direman 4 hari
Mahkamah
hari ini membenarkan polis menahan reman pemilik sebuah resort di
Tanjung Sedili Besar, Johor berhubung kes upacara sekumpulan penganut
Buddha di sebuah surau di resort terbabit.Pendaftar mahkamah, Hairul Azhar Mohamad membenarkan permohonan itu selepas lelaki berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi sekitar jam 9.30 pagi tadi, lapor The Star Online.
Warganegara Singapura dengan status penduduk tetap Malaysia itu ditahan semalam mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama mana-mana golongan.
WAJAH PEMILIK RESORT YANG IZINKAN SURAU DIJADIKAN TOKONG KENA TAHAN REMAN TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!
PEMILIK resort berbanju warna jingga (tengah) diiringi
anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di
Mahkamah Sesyen/Majistret Kota Tinggi bagi kes surau yang dijadikan tempat
upacara keagamaan di surau Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Kota
Tinggi, hari ini.
Kejadian ini berlaku bukan dinegeri yang
diperintah oleh Pakatan Rakyat...Sebab itu tiada demonstrasi keras dan ganas
dari Pemuda UMNO, Perkasa dan JATI... malahan tiada repot polis dibuat pun
dikhabarkan dari kelompok-kelompok ini.
Mufti: Arah kiblat surau resort tersasar
Jawatankuasa
Fatwa Negeri Johor akan memutuskan tindakan dalam tempoh terdekat
terhadap pengusaha sebuah resort di Sedili Besar, di Kota Tinggi, yang
membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan lain.Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata keputusan itu akan dibuat selepas siasatan terperinci dilakukan pihaknya mengikut Seksyen 7(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
"Berdasarkan pemantauan dan tinjauan terhadap surau itu kita dapati ada keraguan dari segi reka bentuknya. Kedudukan arah kiblat juga tersasar dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Masjidil Haram," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat surau itu di resort berkenaan yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura menggunakan surau itu bagi melakukan meditasi.
Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noor Azam Osman.
Justeru, Mohd Tahrir turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak memperlekehkan kesucian agama Islam.
- Bernama
Tawaran Kerajaan Perpaduan bukti Najib, BN goyah
Harakahdaily, | 13 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Usul
dan tawaran Kerajaan Perpaduan oleh Najib membuktikan bahawa kerajaan
BN yang diterajui oleh beliau kini sedang berada di dalam keadaan lemah
dan goyah.
Bagi blogger Kelab Greenboc, sekalipun Umno mendabik dada mengakui partinya masih kuat, dengan menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen, namun hakikatnya, hanya kerusi yang kuat tetapi tidak pada undi popularnya.
“Apatah lagi kini MCA dan MIC telah ditolak oleh rakyat Cina dan India sebagai parti yang mewakili kaum mereka masing-masing,” tulis blogger itu.
Maka, baginya BN hanya bertunjangkan Umno dan ia tidak lagi menggambarkan ‘realiti’ masyarakat Malaysia yang sebenar.
Menurutnya, apabila keadaan sedemikian berlaku maka, lambat laun nafas Umno akan sesak dan akan tumbang dengan sendirinya bersama panji Barisan Nasionalnya itu.
“Maka benarlah apa yang GB katakan sebelum ini, kemenangan yang diperolehi dengan penipuan itu adalah satu kemenangan yang rapuh, kemenangan yang batil, kemenangan yang tiada berkat padanya dan akhirnya kemenangan yang sedemikian akan tetap binasa.
“Demikian hukum kebenaran dan keadilan,” ulasnya lagi.
Baca di sini
Prosiding undang-undang di Hungary telah dihentikan pada bulan lepas atas alasan bahaya berganda.
Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Haron berkata langkah itu wajar kerana buku tersebut mempunyai unsur untuk mensabotaj dua mantan Perdana Menteri Malaysia.
“Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan,” katanya.
Beliau yang juga calon Naib Ketua Pemuda Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Pemuda Umno Perak di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.
Buku itu yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin telah menimbulkan kontroversi apabila ada kandungannya mengandungi temuramah bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperlekehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat umum sebagai usaha untuk melaga-lagakan bekas pemimpin utama negara.
“Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir,” katanya.
Beliau mengesa agar rakyat tidak terkeliru dengan isi kandungan buku tersebut serta berprasangka buruk.
“Jika mahu jual luar, terpulang, tetapi tindakan mengharamkan buku ini harus diambil serius oleh kerajaan kerana kemungkinan besar isi kandungannya boleh menjatuhkan imej negara,” tambahnya.
Bagi blogger Kelab Greenboc, sekalipun Umno mendabik dada mengakui partinya masih kuat, dengan menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen, namun hakikatnya, hanya kerusi yang kuat tetapi tidak pada undi popularnya.
“Apatah lagi kini MCA dan MIC telah ditolak oleh rakyat Cina dan India sebagai parti yang mewakili kaum mereka masing-masing,” tulis blogger itu.
Maka, baginya BN hanya bertunjangkan Umno dan ia tidak lagi menggambarkan ‘realiti’ masyarakat Malaysia yang sebenar.
Menurutnya, apabila keadaan sedemikian berlaku maka, lambat laun nafas Umno akan sesak dan akan tumbang dengan sendirinya bersama panji Barisan Nasionalnya itu.
“Maka benarlah apa yang GB katakan sebelum ini, kemenangan yang diperolehi dengan penipuan itu adalah satu kemenangan yang rapuh, kemenangan yang batil, kemenangan yang tiada berkat padanya dan akhirnya kemenangan yang sedemikian akan tetap binasa.
“Demikian hukum kebenaran dan keadilan,” ulasnya lagi.
Baca di sini
Penjenayah perang Nazi meninggal dunia
SEORANG suspek jenayah perang Nazi, Hungarian Laszlo Csatary meninggal dunia sementara menunggu kesnya dibicarakan.
Menurut peguamnya, Gabor Horvath, Csatary meninggal dunia di sebuah hospital Hungary selepas mengalami beberapa masalah perubatan.
Csatary pada satu masa lalu mendahului senarai penjenayah perang Nazi yang paling dikehendaki kerana disyaki membantu mengusir 15,700 orang Yahudi ke kem kematian dalam Perang Dunia Kedua.
Malahan, Csatary turut berhadapan tuduhan yang mengaitkannya dengan aktiviti perang di Hungary dan negara jiran Slovakia.
Horvath berkata, anak guamnya telah meninggal dunia pada pagi Sabtu lalu.
"Dia telah dirawat kerana masalah pneumonia dan ia menjadi punca kematiannya,” katanya lagi.
Csatary telah didakwa pada Jun lalu oleh pendakwa Hungary berhubung peranannya sebagai ketua kem intrim untuk orang Yahudi di Kosice, sebuah bandar yang kemudian menjadi sebahagian daripada Hungary tetapi kini dikenali sebagai Slovakia.
Kosice, yang dikenali pada masa itu sebagai Kassa, adalah yang pertama yang akan ditubuhkan selepas Jerman menduduki Hungary pada Mac 1944.
Pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan bahawa Csatary, seorang pegawai polis Hungarian pada masa itu, dan dengan sengaja telah "memberikan bantuan kepada pesalah undang-undang dan penyeksaan yang dilakukan terhadap orang-orang Yahudi yang pulang ke kem tahanan dari Kosice".
Csatary dijatuhi hukuman mati jika beliau tidak hadir di Czechoslovakia pada 1948 kerana jenayah perang.
Slovakia telah memohon ekstradisi dari Hungary supaya Csatary boleh dipenjara kerana hukuman mati telah dimansuhkan.

Pemuda Umno Perak: Haramkan penjualan buku Pak Lah
Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini
mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan
membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang
kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan
IPOH:
Pemuda Umno Perak mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penjualan
buku ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Haron berkata langkah itu wajar kerana buku tersebut mempunyai unsur untuk mensabotaj dua mantan Perdana Menteri Malaysia.
“Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan,” katanya.
Beliau yang juga calon Naib Ketua Pemuda Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Pemuda Umno Perak di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.
Buku itu yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin telah menimbulkan kontroversi apabila ada kandungannya mengandungi temuramah bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperlekehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat umum sebagai usaha untuk melaga-lagakan bekas pemimpin utama negara.
“Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir,” katanya.
Beliau mengesa agar rakyat tidak terkeliru dengan isi kandungan buku tersebut serta berprasangka buruk.
“Jika mahu jual luar, terpulang, tetapi tindakan mengharamkan buku ini harus diambil serius oleh kerajaan kerana kemungkinan besar isi kandungannya boleh menjatuhkan imej negara,” tambahnya.
Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto)
Ular sawa
merupakan haiwan pemangsa yang sangat berbahaya kepada manusia. Ia mampu
membelit dan menelan walaupun mangsa mempunyai saiz yang lebih besar
daripadanya.
By
Melayukini.net – Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto) | Ular sawa merupakan antara ular yang berupaya menelan mangsa dalam jangka masa yang singkat. Tidak kiralah saiz mangsa itu sebesar mana. Tetapi kebiasaannya spesis ini memakan haiwan ternakan seperti rusa, kancil, kambing dan lain-lain lagi.
Selain itu, manusia juga tidak terkecuali menjadi santapan ular sawa
tersebut. Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui
tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari. Serangan pertama adalah dengan membelit mangsa, sebelum ia menelan secara perlahan-lahan. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Melayukini.net -
Jika masuk ke dalam hutan tebal, perkara utama sekali kita perlulah
berhati-hati bimbang jika bertemu dengan haiwan seperti ini. Belitan
ular sawa bukanlah satu belitan yang biasa, tetapi ia seperti mempunyai
satu kuasa yang mampu menyebabkan kita tidak boleh bergerak.
Ketika kejadian mangsa berada di dalam kereta Toyota Alphard dan bernasib baik hanya cedera ringan terkena serpihan kaca. -BH
Ianya berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi kukus kepunyaannya.
Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaannya telah dilarikan oleh pembunuh.
Polis kini sedang giat memburu sipembunuh..Mohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian kejam ini dan jika mempunyai apa-apa maklumat bagi membantu siasatan sehingga tertangkapnya sipembunuh kejam ini agar menghubungi pihak polis yang berdekatan.
Lagi dan lagi kes tembak, Janda kena tembak
Kuantan – Seorang janda beranak empat cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.Ketika kejadian mangsa berada di dalam kereta Toyota Alphard dan bernasib baik hanya cedera ringan terkena serpihan kaca. -BH
Pemilik Restoran Dibunuh Kejam
Berita yang menggemparkan penduduk tempatan apabila sebentar tadi seorang pemilik Restoran Nasi Kukus Paka, Dungun, Terengganu telah ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam terus rebah dan meninggal dunia ditempat kejadian.Ianya berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi kukus kepunyaannya.
Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaannya telah dilarikan oleh pembunuh.
Polis kini sedang giat memburu sipembunuh..Mohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian kejam ini dan jika mempunyai apa-apa maklumat bagi membantu siasatan sehingga tertangkapnya sipembunuh kejam ini agar menghubungi pihak polis yang berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan