Kenapa Kuan Yew seronok BN terus perintah M’sia?
Harakahdaily, | 12 Ogs 2013 |
“Beliau amat mengharapkan agar Umno BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia,” tulis blogger Omak Kau.
Justeru, blogger itu mencari alasan-alasan mengapa Lee Kuan Yew berkata sedemikian.
Mengikut tafsiran dan pandangan Omak Kau, dengan bersandarkan kepada sejarah dan pengalaman antara kedua buah negara, maka blogger itu membuat kesimpulan mengenai kenyataan Kuan Yew itu.
Baca lagi
Tunisia: Tentera tidak campur tangan
Abd Shukur Harun, | 05 Ogs 2013 |
Bagaimanapun, tidak seperti di Mesir, tentera Tunisia masih tidak campur tangan politik, sementara majoriti rakyat Tunisia menyokong kerajaan Islam. Malah rakyat Tunisia mengadakan perhimpunan besar-besaran yang disertai oleh Rashid Ghannouchi sendiri untuk menyokong kerajaan. Ternyata Ennahdah masih popular dan disokong kuat oleh majoriti rakyat negaranya.
Lebih 200,000 orang telah berhimpun di Dataran Kasbah, di ibu negara Tunisia kelmarin untuk menyokong kerajaan yang ada. Bagaimanapun
pembangkang yang terdiri dari golongan sekular pro-Barat bersama segolongan kecil pelampau Islam mengadakan bantahan berterusan, menuntut kerajaan Islam yang didukung oleh Ennahdah meletakkan jawatan.
Perhimpunan besar-besaran yang menyokong kerajaan pula diadakan sebagai jawapan kepada desakan pembangkang yang berterusan supaya kerajaan mletakkan jawatan. Pihak pembangkang mengadakan demonstrasi hampir setiap hari.
Mereka yang berhimpun menyokong kerajaan meneriakkan slogan, “Rakyat Tunisia mahukan Ennahda, Allah Maha Besar.” Menunjukkan solokongan kepada kerajaan yang didukung oleh Ennahdah.
Bantahan golongan pembangkang ini berikutan pembunuhan seorang tokoh pembangkang, ahli parlimen, Mohamed Brahmi, yang juga ahli parti nasionalis Arab, Popular Front Party, pada 25 Julai lalu. Sebelum itu terjadi pembunuhan ketua parti tersebut, Chokri Belaid Februari lalu.
Anggota polis telah mengawal keadaan dan tidak kelihatan sebarang kegiatan tentera dan setakat ini belum ada korban jiwa. Bagaimanapun pembangkang dikatakan akan meneruskan bantahan.
Revolusi Jasmin oleh Ennahdah di Tunisia lebih dua tahun lalu dianggap sebagai ‘Arab Spring’ demokrat yang berjaya menggulingkan diktator Zine el-Abidine Ben Ali. Bagaimanapun golongan sekular dan Salafi menentang kerajaan yang didukung oleh Ennahdah.
Berbeza dengan Mesir, setakat ini pihak tentera tidak campur tangan dan tidak mahu terlibat dalam pergeseran politik di Tunisia itu. Rashid Ghannouchi memberitahu perhimpunan yang menyokong kerajaannya: "Mereka yang berfikir bahawa senario yang berlaku di Mesir akan juga berlaku di Tunisia adalah salah.Tunisia adalah inspirasi bersama dengan revolusinya dan tidak akan mengimport rampasan kuasa dari mana-manapun,” katanya.
Sebuah pakatan pembangkang telah menuntut pengunduran kerajaan yang didukung oleh Ennahdah dan membubarkan Dewan Perlembagaan Nasional. Pembangkang merancang demonstrasi Selasa ini bertepatan enam bulan pembunuhan Belaid. Ennahdah menolak tuntutan supaya kerajaan meletak jawatan kerana berlaku pembunuhan Belaid dan Brahimi serta gagal menyekat gerakan Islam radikal.
Bagaimanapun, dalam sidang medianya Sabtu lalu, Perdana Menteri Ali Larayedh menekankan mengenai perlunya dipulihkan perpaduan kebangsaan dan bertegas bahawa kerajaannya tidak akan meletakkan jawatan.
Partinya yang didukung oleh Ennahdah memenangi pilihan raya umum Oktober 2011 setelah berlaku Revolusi Jasmin yang menggulingkan diktator Zine el-Abidine Ben Ali. Beliau telah mencadangkan supaya diluaskan lagi kerajaan campurannya meliputi pelbagai golongan masyarakat.
Pembangkang menuduh Ennahdah ‘berlembut’ dengan golongan Islam radikal yang melancarkan serangan hingga terbunuh Mohamed Brahmi dan Chokri Belaid in. Tetapi menurut Perdana Menteri Ali Larayedh, pembunuh kedua-dua tokoh pembangkang itu sudah dapat ditangkap oleh pihak keselamatan.
Pihak tentera Tunisia kini sedang memburu militan di pergunungan Chambi yang bersempadan dengan Algeria selepas serangan militan yang membunuh seorang tentera minggu lalu. Tentera kemudian telah membunuh 10 anggota militan di pergungan tersebut.
Tunisia adalah negara utara Afrika dengan presidennya Moncef Marzouk. Apabila gerakan Islam Ennahdah mengambil alih kuasa setelah Revolusi Jasmine, usaha pertamanya ialah memulihkan demokrasi, menegakkan keadilan dalam semua bidang kehidupan, memulihkan ekonomi dan membaiki kehidupan rakyat.
Menurut Rashid Ghannouchi usaha ini ialah untuk memenuhi tuntutan rakyat Tunisia sendiri yang selama ini menderita di bawah diktator Zine el-Abidine Ben Ali, hingga seorang seorang peniaga kecil di tepi jalan di Tunisia membakar diri kerana dizalimi oleh pemerintah waktu itu. Peristiwa itu akhirnya mencetuskan revolusi rakyat yang dipanggil Revolusi Jasmin yang menggulingkan Ben Ali.
Sepanjang pemerintahan yang didukung oleh Ennahdah, bukan tidak ada masalah, terutama sabotaj dan penentangan dari golongan sekular yang menolak Ennahdah. Dalam masa yang sama golongan pelampau Islam yang bersikap keras juga menentang Ennahdah yang bersikap sederhana dan berusaha mengelakkan pertembungan dengan Barat, terutama Amerika.
Namun oleh kerana Tunisia bukan jiran Israel seperti Mesir, maka kedudukan politik dan pertahanan Tunisia tidak sama dengan Mesir. Bagaimanapun Barat, khususnya Amerika, sentiasa tidak selesa dengan Ennahdah, betapapun sederhananya gerakaan Islam Tunisia itu.
Selama 20 tahun Rashid Ghannouchi menjadi orang pelarian politik dan menetap di London serta beberapa negara Eropah dan pulang selepas Revolusi Jasmine. Beliau antara pencetus pemikiran demokrasi Islam yang bersikap terbuka dan menerima pelbagai idea, hasil dari pendedahannya di dunia Barat dan Timur serta berusaha mengharmonikannya dengan syariat Islam yang menjadi asas kukuh pegangannya.
Seperti Perdana Menteri Turki, Recep Toyeeb Erdogan, Ghannouchi mengemukakan pendekatan baru politik demokrasi Islam dan setakat ini memberikan harapan cerah.
VP PAS: Tak logik guna surau untuk meditasi
Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesyaki wujud “sesuatu yang tidak kena”
dalam kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan
upacara keagamaan kontroversi di sebuah surau di resort di Kota Tinggi.Katanya, perkara itu perlu disiasat sebaiknnya kerana kejadian berkenaan menimbulkan banyak persoalan.
"Saya rasa satu penyiasatan harus dilakukan dengan teliti siapa mereka sebenarnya. Kita tak nak buat tuduhan awal dan mengambil tindakan berdasarkan emosi.
"(Penjelasan) mereka (peserta upacara) seperti tidak logik apabila mahu gunakan surau untuk meditasi. Benda ini macam ada perkara yang tidak kena. Jadi ia perlu siasatan rapi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau juga berpendapat, tindakan kumpulan penganut agama tertentu untuk menggunakan rumah ibadat orang lain merupakan perbuatan yang tidak masuk akal.
"Saya lihat mustahil mereka yang memegang agama-agama lain seperti Kristian atau Buddha, ingin buat acara di rumah ibadah lain.
“Seperti kita, ada ke kita mahu solat di kuil? Macam pelik (kejadian ini)," katanya lagi.
Beliau merujuk kepada penjelasan pihak pengurusan resort yang didakwa membenarkan penganut Buddha melakukan upacara tersebut dilaporkan mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan ia bukan satu kesalahan.
Wakil pengurusan terbabit mendakwa peserta upacara berkenaan mahu menggunakan dewan untuk bermeditasi.
Beliau dilaporkan berkata, keputusan untuk membenarkan perkara itu pada pendapatnya bukan satu kesalahan.
Menurutnya lagi, beliau berniat untuk "menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi".
Kejadian itu dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan sekumpulan individu sedang menyertai satu upacara di lokasi berkenaan.Kumpulan yang diketuai seorang individu berpakaian berwarna oren tersebut ditunjukkan berada dalam keadaan duduk mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau terbabit.
Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,.
Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini.
Noh Gadut: Kes upacara dalam surau 'hina Islam'
Jabatan
Agama Johor (JAJ) menjalankan siasatan ke atas satu kejadian melibatkan
penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan di sebuah
surau di sebuah resort di Kota Tinggi.Exco hal ehwal agama negeri Abd Mutalib Abd Rahim dalam laporan Berita Harian hari ini menyebut, peguatkuasa JAJ diarah menyiasat dan mengunjungi lokasi kejadian, di Sedili Besar, sebelum melakukan tindakan.
JAJ bersama penduduk kampung menutup dan mengosongkan surau terbabit untuk memberi ruang bagi siasatan, katanya dalam laporan itu.
Laporan itu turut memetik kenyataan penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut yang menyifatkan kegiatan kontroversi itu sebagai “mengguris perasaan” dan “menghina Islam”.
“Kita perlu lebih tegas dfengan menggunakan undang-undang yang ada termasuk menyenarai hitam kumpulan terbabit daripada memasuki negara ini semula.
“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan saja mengguris perasaan, malah menghina Islam,” katanya.
Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.
Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.
Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,.
Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini.
Pengurusan: Tak salah benar bukan Islam guna surau
Pihak
pengurusan sebuah resort di Kota Tinggi yang didakwa membenarkan
penganut Buddha melakukan upacara keagamaan di sebuah surau di premis
terbabit mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan ia bukan satu
kesalahan.Laporan Berita Harian memetik kenyataan seorang kakitangan pengurusan resort dekat Sedili Besar itu, yang berkata ia tidak menjadi kesalahan kerana hanya ingin menggunakan ruang terbabit untuk bermeditasi.
"Saya tidak fikir tindakan memberi kebenaran kepada penganut agama lain menggunakan surau adalah salah. Ini kerana mereka hanya mahu menggunakan surau untuk bermeditasi.
"Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi," kata individu tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan Berita Harian.
Beliau bagaimanapun berkata tidak mengetahui mengenai tindakan penganut terbabit yang membawa peralatan keagamaan ketika upacara kontroversi itu.
“Kumpulan itu menyatakan mahu mengguna dewan bagi meditasi. Namun, kaki tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana dewan yang ada digunakan kumpulan lain yang menempah awal.
“Berikutan itu kami membenarkan mereka menggunakan surau yang ada di resort. Tindakan mereka membawa peralatan keagamaan ketika menggunakan surau itu adalah di luar pengetahuan saya,” katanya seperti dilapor akhbar itu.
Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.
Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.
Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit.
Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu telah ditonton lebih 10,000 orang setakat hari ini
Isu Surau Jadi Tokong. Pemilik Resort Berbohong
"kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku di resort berkenaan"
"pernah berlaku upacara membakar kemenyan dan pemujaan"
Artikel ini adalah rentetan daripada insiden surau dijadikan tokong di mana penjelasan yang diberikan oleh pemilik Tanjung Sutera Beach Resort, Syed Ahmad Syed Salim Alkaff bahawa pihak pengurusan hanya membenarkan penggunaan surau kepada penganut buddha tersebut bagi tujuan meditasi sahaja. Penjelasan diberikan pihak pengurusan resort berkenaan cumalah sekadar alasan untuk meloloskan diri setelah dikritik hebat umat Islam berkenaan kejadian tersebut. Dan penjelasan itu juga bukanlah jawapan konkrit untuk 'menghalalkan' penghinaan terhadap rumah ibadat umat Islam itu.
Pagi ini saya berkesempatan sekali lagi untuk ke lokasi dan menemubual beberapa penduduk dan pihak berkuasa tempatan berkenaan hal tersebut.
Hasil temubual bersama-sama penduduk mendakwa bahawa kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku di resort berkenaan, sebaliknya penduduk setempat menyedari bahawa beberapa aktiviti tertutup dan bertentangan dengan undang-undang telah mendapat kebenaran pengurusan resort untuk dianjurkan di sini.
Lebih menyedihkan lagi, menurut penduduk setempat, pernah berlaku upacara membakar kemenyan dan pemujaan turut dianjurkan di surau berkenaan.
Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Penduduk (JKKP) Sedili Besar pernah menemui pengurusan resort beberapa kali, mendesak pihak resort agar tidak membenarkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan mencabuli kesucian agama Islam, namun desakan tersebut tidak diendahkan, sebaliknya penduduk kampung pula diherdik pihak pengurusan.
Menurut penduduk lagi, difahamkan bahawa resort tersebut dimiliki individu warga Singapura, menyebabkan kejadian seperti ini dipandang enteng oleh pemilik resort berkenaan.
Namun menerusi dokumen yang diperolehi melalui Majlis Daerah Kota Tinggi, menunjukkan bahawa pemilik resort itu, Syed Ahmed mempunyai kad pengenalan Malaysia seperti dipaparkan di bawah;
Malah menerusi semakan di Pejabat Tanah dan Galian daerah Kota Tinggi turut membuktikan bahawa tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu. Seandainya benar bahawa tanah tersebut merupaan Tanah Rezab Melayu, maka bagaimana tanah ini boleh pula dimiliki oleh warga Singapura?
Namun penduduk tetap bertegas bahawa tanah tersebut dimiliki seorang individu dari Singapura dan telah mendaftarkan tanah berkenaan menggunakan nama sebuah syarikat, Tanjung Sutera Sdn Bhd sebagai pemilik tanah berkenaan berdasarkan Sijil Kebenaran Menduduki Bangunan dari Majlis Daerah Kota Tinggi.
Dan disebabkan kejadian sebegini, pelbagai persoalan baru pula terungkai, bagaimanakah tanah tersebut boleh diserahkan kepada warga Singapura untuk dimajukan dan dijadikan pula rumah peranginan di kawasan ini? Adakah wujud campur tangan pihak tertentu sehingga membolehkan tanah terbabit dibeli dan diusahakan oleh bukan warganegara Republik tersebut?
Saya cuba untuk mendapat maklum balas dari pemilik resort berkenaan, namun ternyata pemilik resort melarikan diri melalui pintu pagar lain dan meninggalkan orang ramai, media dan pihak berkuasa yang hadir ke resort berkenaan pagi ini. - KedahkeKL
Artikel berkaitan:
Cina Buddha Sembahyang di Surau
JAIJ Telah Bertindak Isu Surau Jadi Tokong
Lihat gambar lagi di Harapan Esok
Isu surau: Pengurus resort ditahan
Posted on Monday, August 12 @ 20:29:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Bernama
JOHOR - Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana dikata membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan.
Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pengurus berusia 45 tahun itu ditahan di resort tersebut pada 2.00 petang ini.
"Satu pasukan khas diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut.
"Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kesalahan sedemikian membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Beliau turut mengingatkan masyarakat Islam supaya bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Polis dijangka membawa pengurus itu ke Mahkamah Kota Tinggi esok untuk kebenaran menahan reman beliau.
Upacara sembahyang itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu.
Seramai 12 penganut agama berkenaan dan seorang sami dikatakan melakukan upacara sembahyang itu yang termasuk meletakkan gambar patung. - Bernama
Sultan JOHOR titah agar Surau diroboh
on Monday, August 12, 2013
Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial
sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari
Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau.
Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM
Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.
"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.
Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.
"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pas Dun Tepoh shared Mohamad Ali Abdullah's photo.
Sekitar jam 9.00 malam tadi saya tertonton filem bertajuk "KONGSI".saya terkejut apabila melihat pelakon Shazly Sam memberi penghormatan kepada tokong.Kesemua mereka yang ada dalam filem seramai 4 orang.Mengapa begitu jahil sekali hinggakan berani menggadai iman kerana ia boleh menyebabkan seseorang mejadi murtad.Suatu ketika dulu anak2 Melayu di Langkawi juga turut berlakon memegang watak anak2 sami Budha dalam filem Ana and King tetapi selepas itu tiada lagi lakonan seumpama itu dilakonkan kerana ditegur oleh mereka yang peka terhadap masalah akidah.
Anwar: Pakatan akan guna semua saluran undang-undang
Pakatan
Rakyat akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi
mencabar keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, kata Ketua Umum PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim. "Kami masih mempunyai beberapa permohonan mengenai dakwat kekal akan datang (bulan depan)," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Anwar berkata demikian apabila ditanya mengenai petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat, yang ditolak atas alasan teknikal oleh Mahkamah Pilihan Raya di pelbagai kawasan.
Anwar turut mempersoalkan alasan yang dinyatakan untuk menolak petisyen tersebut sejak awal.
"Di Ketereh, petisyen kita telah ditolak atas dasar kerana pemohon tidak hadir sendiri. Saya telah terlibat dalam pelbagai kes di mahkamah dan saya tidak hadir sendiri dalam kes-kes itu," katanya.
Beliau berkata, badan kehakiman telah memberi "gambaran membimbangkan" dengan menolak semua petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Pakatan.
"Ia seolah-olah perbicaraan sedang dielakkan supaya fakta-fakta tidak boleh didengar di mahkamah," katanya.
Anwar 'sahkan' Najib mahu bentuk k'jaan perpaduan
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak cuba berbaik-baik dengannya untuk membentuk
kerajaan perpaduan dengan gabungan parti pembangkang.Laman berita Asia Sentinel melaporkan, Najib didakwa telah memulakan usaha tersebut secara senyap-senyap melalui bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla untuk merangka perkara itu.
Laporan itu menyebut, usaha terakhir itu berlaku ketika Jusuf berada di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan lalu.
Jusuf Kalla juga cuba merundingkan perdamaian di antara Najib dan Anwar untuk menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum, didakwa atas usaha Anwar sebelum pilihan raya umum 5 Mei.
Beliau kemudiannya menuduh Anwar mungkir janji selepas pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang menyaksikan BN hilang undi popular walau mengekalkan kuasa.
Anwar mempertahankan langkah tersebut dan mendakwa Najib tidak menandatangani perjanjian.
Anwar jugga mendakwa Najib gagal memberi jaminan untuk pilihan raya bersih dan adil seperti yang dikehendaki dalam rundingan itu.
Menurut laporan Asia Sentinel, Anwar mengesahkan bahawa terdapat hubungan baru dalam usaha untuk merangka satu kerajaan perpaduan.
Laporan itu juga mendakwa, usaha berkenaan dimulakan oleh Najib.
Pemilihan semula CEC: ROS kata tak perlu sebab
Pendaftar
Pertubuhan (ROS) bertegas bahawa badan tersebut tidak perlu menyatakan
sebab atau menyatakan peruntukan undang-undang dalam keputusannya ke
atas DAP mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa kerja pusat (CEC).
Dalam surat yang ditandatangani bagi pihak ROS, pegaswai jabatan tersebut Dasmond Das Michael Das berkata, Akta Pertubuhan 1966 tidak menyatakan bahawa pihak pendaftar perlu menjelaskan tentang keputusan mereka.
Dasmond juga berkata, ROS membuat keputusan berdasarkan kepada peruntukan Akta Pertubuhan dan bukan berdasarkan "paksaan atau dendam".
Katanya, ROS mempunyai banyak peluang untuk berbuat demikian sekiranya perkara itu menjadi alasan.
"Malah, ROS telah mengambil pendekatan kemanusiaan untuk menguruskan krisis ini walaupun kami telah difitnah banyak kali terutama pada pilihan raya umum lepas kerana sebab-sebab politik," kata Dasmond dalam surat yang dikeluarkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 7 Ogos - sehari sebelum sambutan Aidilfitri.
Dasmond berkata demikian dalam jawapannya kepada surat yang diutuskan DAP kepada ROS pada 2 Ogos lalu.
Surat tersebut menggesa supaya ROS menyatakan sebab berhubung keputusan yang dibuat pertubuhan itu dan menyatakan seksyen apa yang telah dilanggar oleh DAP dibawah Akta Pertubuhan.
Dalam surat yang ditandatangani bagi pihak ROS, pegaswai jabatan tersebut Dasmond Das Michael Das berkata, Akta Pertubuhan 1966 tidak menyatakan bahawa pihak pendaftar perlu menjelaskan tentang keputusan mereka.
Dasmond juga berkata, ROS membuat keputusan berdasarkan kepada peruntukan Akta Pertubuhan dan bukan berdasarkan "paksaan atau dendam".
Katanya, ROS mempunyai banyak peluang untuk berbuat demikian sekiranya perkara itu menjadi alasan.
"Malah, ROS telah mengambil pendekatan kemanusiaan untuk menguruskan krisis ini walaupun kami telah difitnah banyak kali terutama pada pilihan raya umum lepas kerana sebab-sebab politik," kata Dasmond dalam surat yang dikeluarkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 7 Ogos - sehari sebelum sambutan Aidilfitri.
Dasmond berkata demikian dalam jawapannya kepada surat yang diutuskan DAP kepada ROS pada 2 Ogos lalu.
Surat tersebut menggesa supaya ROS menyatakan sebab berhubung keputusan yang dibuat pertubuhan itu dan menyatakan seksyen apa yang telah dilanggar oleh DAP dibawah Akta Pertubuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan