Jumaat, 30 Ogos 2013

APA GUNA BUAT CERITA MENIMBULKAN KURANG SENANG PELBAGAI KAUM...YANG KURANG ELOK PATUT DILUPAKAN...BUAT CERITA MENIMBULKAN HARMONI SERTA SEDAR KITA AKAN MATI...TANPA MENGABAIKAN DUNIA UNTUK DIMAKMURKAN

Tanda Putera: Hanya nasihat, bukan larang - Guan Eng

Harakahdaily, 29 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana pawagam di negeri itu untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera seperti dilapor media BN.

Sebaliknya beliau menjelaskan, kerajaan negeri hanya mengeluarkan nasihat, bukan larangan dan tiada tindakan akan diambil ke atas mana-mana panggung wayang di negeri itu yang menayangkan filem tersebut.

"Nasihat ini dikeluarkan kepada pengendali panggung  wayang untuk menekankan kepada orang umum betapa  bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan nasional dan kaum di negara ini.

"Demi menyangkal fitnah oleh media kawalan BN, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengulangi bahawa tidak ada sesiapa akan dihalang daripada menonton filem ini di Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media arus perdana yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem di negeri itu.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, langkah mengeluarkan nasihat itu dibuat kerana mendakwa filem tersebut telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan  fitnah dan menggalakkan  kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Tanda Putera telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).

Menurut Guan Eng lagi, pembiayaan oleh Kerajaan  Persekutuan itu boleh dilihat sebagai suatu pengesahan rasmi filem tersebut, termasuk babak-babak di mana pengarah sendiri telah mengakui adalah tidak benar dan sebenarnya dibuat dengan menggunakan “lesen  kreatif”.

Lesen kreatif  ini  katanya tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian dan mencetuskan konflik.

Ini katanya menimbulkan soalan sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum  terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang  bimbang bahawa pemomokan minoriti dalam filem ini akan membawa kepada pencabulan hak mereka dan juga mana-mana rakyat Malaysia yang menyokong hak asasi manusia untuk  semua.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya mampu memberi nasihat ini sebagai kompas moral dan tanda bantahan terhadap filem yang menggalakkan provokasi sentimen perkauman dan kebencian kaum," katanya.

Penipu sebenar melaung nyaring ‘patriotisme’

Harakahdaily, 29 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: “Ada sesuatu yang dirasakan amat tidak kena dalam kita menghampiri Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini,” kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Ini ekoran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menimbang-nimbang idea untuk memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bukan Merdeka, tetapi tiga hari kemudian hasratnya kendur setelah mengakui amat kecewa kerana mendapati ibu pejabat-ibu pejabat kerajaan di Putrajaya sendiri tidak menunjukkan contoh dengan mengibarkan bendera kebangsaan.

Beliau mengadu: “Mereka masih menunggu kerajaan memberikan mereka bendera.”

“Mengapa perkara ini terjadi sedemikian?” tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan

Katanya, dalam perhimpunan-perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama, daerah, usia, atau jantina telah berdiri dengan bangga menyanyikan lagu kebangsaan apabila lagu itu dimainkan yang mempamerkan patriotisme dan kecintaan mereka terhadap negara.

“Apakah patriotisme sebegitu lesap begitu saja?” tanya beliau.

Katanya, sudah tentu tidak.

“Saya bersetuju dengan penulis Kee Thuan Chye bahawa ‘patriotisme adalah semangat yang kita sematkan dalam jiwa–kecintaan terhadap negara kita. Ia adalah semangat yang membuatkan kita memutuskan untuk mempertahankannya, barangkali juga untuk mati deminya’.

“Saya pernah mendapat kesempatan untuk menyebut di Parlimen bahawa disebabkan semangat patriotisme dan cinta saya terhadap negara, demi mengejar Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan daerah, saya bersedia hilang kebebasan apabila ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” jelasnya.

Sebab itu beliau curiga dengan ‘patriotisme’ para pemimpin yang bersedia untuk memperkaya diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara.

Katanya, kalangan yang paling nyaring melaungkan ‘patriotisme’ selalunya adalah penipu sebenar dalam negara.

Justeru, ujar beliau ada benarnya ungkapan Dr. Samuel Johnson yang terkenal iaitu ‘patriotisme adalah jalan akhir bagi para bajingan’.

Kembali melihat realiti di Malaysia hari ini, beliau berkata, selepas lebih seratus hari setelah pilihanraya 5 Mei, majoriti rakyat Malaysia daripada semua kaum yang mengundi Pakatan Rakyat telah dipandang serong dan dijadikan sasaran fitnah.

Menurutnya lagi, selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri dan kerajaannya telah gagal untuk membuktikan bahawa beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.

Justeru, kata Lim masih tidak terlambat untuk rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati patriotisme 51% rakyat Malaysia yang telah mengundi Pakatan Rakyat dan 47% yang telah mengundi BN dalam PRU13 lalu.

Masalah sisa: Insinerator mahal, bukan pilihan bijak

Harakahdaily, 29 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang setelah membaca penyelesaian yang dicadangkan oleh kerajaan Malaysia untuk menguruskan jumlah sisa pepejal yang semakin meningkat di negara ini.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris menytakan demikian sebagai mengulas kepada cadangan kerajaan untuk membina tiga insinerator berskala besar dengan kapasiti 1,000 tan sampah sehari di Taman Beringin, Kuala Lumpur; Bukit Payung, Johor dan Sungai Udang, Melaka.

Dilaporkan bahawa rakyat Malaysia menghasilkan 33,000 tan sisa pepejal setiap hari pada tahun lepas berjumlah kira-kira 12 juta tan metrik setahun dan sekurang-kurangnya 95 - 97 peratus daripada semua sisa pepejal di Semenanjung Malaysia berakhir di tapak pelupusan, manakala tiga hingga lima peratus diproses dalam kilang-kilang kitar semula.

“Ini adalah kadar kitar semula yang sangat mengecewakan dan pembaziran sumber-sumber berharga yang  sebaliknya boleh dipulihkan untuk diguna semula,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, Kerajaan Malaysia telah berlengah-lengah dalam mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan penjanaan sisa sebaliknya memilih penyelesaian yang mahal dan kurang bijak dengan insinerator yang akan menunu sisa yang boleh ditukar menjadi sumber.

Malangnya, kata beliau Malaysia telah membina beberapa insinerator kecil di Langkawi, Tioman, Pangkor dan Cameron Highlands walaupun ia tidak merupakan satu strategi yang baik.

“Sumber kami di Cameron Highlands memaklumkan bahawa insinerator di tanah tinggi tersebut yang telah disiapkan setahun yang lalu tidak beroperasi, mungkin kerana ia terlalu mahal untuk dioperasi sebab bahan api yang lebih diperlukan untuk menunu sisa organik yang banyak dijana di kawasan ini,” jelasnya.

Beliau berkata, bahan-bahan yang tinggi kandungan kelembapan seperti sisa organik biasanya terlalu basah untuk diinsinerasi dan memerlukan input bahan api lain, ini akan meningkatkan kos operasi dan menimbulkan beban kewangan.

CAP, jelas beliau telah membantah beberapa cadangan untuk membina insinerator di negara ini kerana ianya berpotensi menjejaskan kesihatan awam, alam sekitar, ekonomi dan iklim.

Selain itu, ujarnya bahan buangan adalah sangat sesuai untuk diasingkan disumber janaan, dikompos dan dikitar semula.

Menurutnya, pengkomposan sering diabaikan dalam program pengurusan sisa pepejal perbandaran kita walaupun ia boleh dilakukan dalam skala yang sangat kecil dan berteknologi rendah, dan boleh dijalankan di peringkat rumah atau di peringkat kejiranan.

Katanya, pemilihan insinerator akan membawa kepada peningkatan kos pengurusan sisa pepejal.

Menurut beliau lagi, rakyat Malaysia yang tidak menentang pembinaan insinerator akhirnya akan terpaksa membayar untuk penggunaan teknologi usang yang mahal manakala menghalang usaha dan sistem baru dalam pengurusan sisa atau sumber yang boleh mengurangkan kos dalam jangka pendek dan panjang.

Beliau menjelaskan, insinerator dan lain-lain teknologi pelupusan sisa yang mencemar adalah tidak logik untuk menyelesaikan krisis sisa Malaysia.

“Kita perlu bergerak ke arah ‘Sisa Sifar’ yang merupakan satu pendekatan sistem keseluruhan yang bertujuan untuk mengubah cara bahan-bahan  mengalir melalui masyarakat, dan bermatlamat sisa sifar.

“Kita perlu kurangkan sisa melalui pengurangan penggunaan, pemulihan sumber, pengkomposan, kitar semula dan memastikan bahawa produk dihasilkan untuk digunakan semula, dibaiki atau dikitar semula kembali ke alam semula jadi atau pasaran,” ujarnya.

Justeru, ujar beliau CAP menggesa kerajaan Malaysia untuk melabur dalam amalan sisa sifar dan melenyapkan semua idea-idea pembinaan insinerator.

Pakatan Perak tanggung hampir RM1j kos petisyen p'raya

Parti Pakatan Rakyat di Perak perlu menanggung hampir RM1 juta sebagai kos dalam 11 petisyen pilihan raya di negeri itu, yang kesemuanya ditolak atas alasan teknikal.

MP DAP Taiping Ng Kor Ming berkata keseluruhan kos yang ditanggung Pakatan itu berjumlah hampir RM965,000.

Kos paling tinggi yang dikenakan adalah untuk petisyen pilihan raya bagi kerusi parlimen Tapah, sebanyak RM150,000.

Ia diikuti dua petisyen pilihan raya di Pasir Panjang (masing-masing RM120,000 dalam bentuk kos) dan Selama, di mana Pakatan diarah membayar RM110,000 dalam bentuk kos.

K'jaan ambil alih aset 49 kongsi gelap
12:21PM Ogos 29 2013
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan nama 49 kongsi gelap yang antara lainnya terlibat dalam kegiatan mengedar dadah, peras ugut dan pergaduhan dengan kumpulan kongsi lain, melakukan huru-hara, pembunuhan termasuk dengan senjata api.

Kenyataan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri menyebut, kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) kta Pertubuhan 1966.
Menurutnya lagi, pengharaman itu antara lainnya memberi kuasa kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mengambil alih segala aset dan harta pertubuhan berkenaan.
Pertubuhan berkenaan juga tidak akan dapat menggunakan semula nama kumpulan mereka, mengikut peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini menyebut, individu yang masih bergiat dalam aktiviti kumpulan terbabit boleh disiasat dan didakwa mengikut  Seksyen 6(2), Seksyen 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi memberitahu sidang akhbar dilaporkan berkata pengharaman tersebut dibuat melalui satu pewartaan semalam.
Abdul Rahim berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:   
  • Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
  • Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  • Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.   
  • Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.  
  • Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
  • Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor,  Kuala Lumpur,  Pulau Pinang,  Perak dan Johor)
  • Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur,  Perak dan Johor)
  • Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  • Gee Ah Eng
  • Loh Kuan
  • Tiang Yee Tong
  • Geng 21
  • Ang Soon Thong
  • Wah Kee
  • Sio Sam Ong
  • PNEH
  • Hong Hong San
  • Hai San
  • Sin Ang Bin
  • New Cell 20
  • Jit It Hai
  • Sio Koon Tong
  • Gee Lam Kor
  • Geng Leng Hor
  • Geng 35
  • Geng 303
  • Geng Satu Hati 
DI SABAH:
  • Sabah ATAP
  • Hung Ann
  • Sui Yuk
  • Otai
  • Borneo Red EMP   
DI SARAWAK:  
  • Sarawak Ah Ngau
  • Batu Tiga
  • Ah Feng
  • Batu 10
  • Sibu T
  • Ah Seng
  • Ah Chin
  • Lee Lung
  • Lo Han
  • Sg Merah
  • Sg Badut
  • Ting Ching Lee
  • Tua Cak Lee
  • Teksi Station
  • Pintu Merah
  • Krokop       
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.   
Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap
tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.
Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan,  menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.
Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.

Pawagam sekat Tanda Putera boleh ditarik lesen
2:24PM Ogos 29 2013
Pengarah filem kontroversi Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba berkata, pawagam yang menyekat tayangan filemnya tanpa persetujuan, boleh ditarik lesen pawagam oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Ini kerana, tambah Shuhaimi, filem itu berada bawah skim wajib tayang.

NONE"Setakat ini kita tidak ubah apa-apa dan tayangan di Pulau Pinang akan diteruskan kerana filem ini di bawah skim wajib tayang.

"Bagi pawagam yang menarik balik tayangan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak kami atau Finas, tindakan menarik balik lesen pawagam boleh kenakan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Mstar.

Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) hari ini akur dengan "arahan" kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem itu di kesemua panggung wayangnya di Pulau Mutiara itu.

Menurut kenyataan GSC pagi ini, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.
Teater 'merdeka' dianggap ancam keselamatan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menolak permohonan sebuah kumpulan Singapura untuk mementaskan teater bertemakan kemerdekaan tiga negara - republik itu, Malaysia dan Indonesia - atas alasan dikhuatiri menyentuh sensitiviti masyarakat.

Kekhuatiran terhadap pementasan karya penggiat teater Atin Amat MERdEKAnya KITA oleh Teater Kami Limited itu terutamanya daripada aspek politik dan sosial.

NONEMenurut penerbitnya di Malaysia Rumah Anak Teater (RAT), mereka menerima surat yang memaklumkan perkara itu kelmarin - dua hari sebelum pementasannya yang dijadual bermula malam ini.

"Dukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Pengambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal) Bil 35/2013 TIDAK DAPAT MEMPERPERTIMBANGKAN permohonan tuan," surat daripada Unit Keurusetiaan JK-Puspal kepada RAT dipetik.

Jurucakap RAT Faisal Mustaffa berkata, mereka juga dimaklumkan secara lisan bahawa pementasan itu mengancam keselamatan negara dan menggambarkan seolah-olah Singapura mahu memperkecilkan kemerdekaan Malaysia.

Katanya, tiga perkara dibangkitkan, iaitu babak pertama menyentuh soal kesultanan, dialog berhubung percukaian dan masalah poster persembahan.

'Saya rasa macam dibuli'

Kecewa dengan keputusan itu, Faisal mengaku rasa "dibuli" dan bimbang keputusan itu mengganggu hubungan baik Malaysia-Singapura memandangkan MERdEKAnya KITA ditaja oleh Majlis Seni Kebangsaan republik itu.

pkr weeklly pc 090807 faisal mustaffa"Saya habiskan sebulan setengah untuk teater ini. Saya hantar sinopsis, skrip penuh, biodata pengarah dan semua pelakon. Tebalnya macam Kamus Dewan. Berkali-kali naik turun pejabat.

"Tetapi akhirnya diharamkan. Saya rasa macam dibuli," kata Faisal (kiri) dalam sidang media selepas majlis pratontonnya di Petaling Jaya malam tadi.

Katanya, trend kawalan sebegitu sangat baru jika dibandingkan dengan situasi pada 2004 apabila teater yang dianggap lantang seperti Election Day masih dibenarkan dengan penukaran nama-nama tertentu.

Dalam teater itu, nama-nama seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail masih dibenarkan disebut, tetapi ditukar kepada "bekas perdana menteri" dan "lady in the tudung" (perempuan bertudung).

"
Tetapi kali ini 100 peratus tolak," kata Faisal.

Pengarah titis air mata

Sementara itu, Atin walaupun bersikap positif tetap sebak dengan keputusan itu. Beliau malah menitiskan air mata ketika ditanya pemberita dalam sidang media sama.

NONE"Kami tidak berniat buruk. Ya, saya kecewa. Niat saya ikhlas. Kami terima dan tidak patah semangat.

"Kalau betul mengancam keselamatan negara, sudah tentu pementasan di Singapura dulu juga tidak dibenarkan. Di sana, undang-undang lebih tegas," katanya.

Mempertahankan teaternya itu, Atin berkata, beliau tidak mengalami masalah sama ketika dipentaskan di Singapura dan Indonesia sebelum ini.

RAT sudah merayu terhadap keputusan itu dan menurut Faisal keputusan yang diterima pada petang ini tetap ditolak.

Wang bayaran tiket yang telah dijual akan dipulangkan.

"Banyak," jawabnya ringkas ketika ditanya jumlah kerugian penganjur.

Teater kami ditubuhkan pada 1989 dan menjadi badan persembahan profesional sepenuhnya pada 1997.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi JK-Puspal berhubung keputusan itu.
Penonton Tanda Putera anggap 13 Mei 'fakta sejarah'
 
Penonton filem Tanda Putera menganggap babak pergaduhan kaum 13 Mei yang terdapat dalam filem Tanda Putera sebagai satu "fakta sejarah" yang perlu diambil pengajaran.

Pendapat itu diutarakan Zaidi Sidek, 33 tahun, yang ditemui selepas menontonnya di sebuah kompleks membeli belah Kuala Lumpur pada jam 11 pagi semalam yang hanya dihadiri kira-kira 12 penonton dalam pawagam itu.

"(Pada) 13 Mei 1969 itu saya pun belum lahir. Cerita ini berdasarkan fakta sejarah, kita tak boleh nak ubah (fakta itu)," kata pegawai kerajaan itu yang mengambil cuti hari ini untuk menonton Tanda Putera.

Beliau bagaimana pun berharap perkara itu ditinggalkan dalam lipatan sejarah dan dijadikan pengajaran untuk masa akan datang.

"Bagi saya isu rusuhan kaum ini tidak ada apa-apa yang perlu kita sorokkan," katanya.

Tanda Putera yang sepatutnya ditayangkan sekitar bulan Ogos tahun lepas ditunda kepada Ogos tahun ini selepas beberapa kontroversi berkaitan babak-babak dalam filem itu.

Ia kini ditayangkan secara rasmi di pawagam-pawagam tempatan bermula semalam.

Antara babak yang dikaitkan dengan kontroversi filem tersebut ialah adegan rusuhan antara kaum Melayu dan Cina pada 13 Mei 1969.

Pelajar: Tonton dulu sebelum kritik

Adegan lain yang mendapat kecaman terutamanya daripada DAP dan MCA ialah babak beberapa orang pemuda Cina kencing di tiang bendera negeri Selangor di kediaman menteri besar Selangor pada ketika itu Datuk Harun Idris di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Selain itu, kerajaan Pulau Pinang pula 'menasihatkan' agar panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera kerana didakwa mempunyai adegan yang berunsur fitnah, berdasarkan pembohongan dan satu ancaman kepada keharmonian antara kaum di negara ini.

Selain itu, seorang pelajar, Mohd Haiqal Abd Aziz, 20 pula berkata, beliau menonton filem Tanda Putera pada hari pertama penayangannya adalah disebabkan rasa ingin tahu tentang cerita tersebut yang sebelum ini dilanda kontroversi.

Katanya lagi, setelah menonton filem tersebut, beliau meminta kepada mana-mana pihak yang sebelum ini memberi komen negatif kepada filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu supaya menontonnya terlebih dahulu sebelum mengkritik.

"Mana-mana yang beri komen bahawa filem ini perkauman patut lihat dulu sebelum komen. Tak tengok tapi komen kata filem ini hasut dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai beberapa babak sensitif pada 13 Mei 1969 dalam filem tersebut, Hanim Bazira Mohd Taib, 29, seorang broker insurans pula berkata perkara itu merupakan sejarah dan perlu dipaparkan bagi memberi pengajaran kepada penonton.

"Tak ada benda pun. Sebab zaman (13 Mei 1969) itu kita tak ada. Kita nak tahu zaman itu.

"Kena tunjuk apa yang berlaku sebab itu memang sejarah. Bagi saya OK saja. Jadikan pengajaran sebab kontroversi perkauman itu memang berlaku. Kena bertolak ansurlah," katanya.

'Halang Tanda Putera gambaran fikiran sempit'

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek menyelar tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang meminta  filem Tanda Putera tidak ditayangkan di negeri itu.

Beliau berkata, kementeriannya juga akan mengkaji sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk menghalang filem itu dari ditayangkan.

"Saya akan kaji kerana masih terlalu awal. Dia (kerajaan negeri) tak faham, kerja mengharamkan dibuat oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan khusus untuk filem yang tak sesuai seperti lucah dan sebagainya dan juga Lembaga Penapisan Filem.

"Tak pernah kerajaan negeri (haramkan filem). Ini gambaran fikiran sempit dan mula nak buat budaya mengharamkan ini melebihi tahap tak sepatutnya," katanya.
Shabery juga berkata kerajaan akan mengkaji sama ada tindakan kerajaan negeri itu akan memberi kesan terhadap perkembangan seni dalam negara.

Beliau juga khuatir sekiranya selepas ini kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengharamkan lagu negaraku dari dimainkan.

"Apakah selepas haramkan filem ini benda lain nanti nak diharamkan. Kita takut lagu Negaraku pula nanti begitu. Dulu kerajaan Selangor haramkan logo 1Malaysia," katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran promosi sambutan Hari Kebangsaan Ke-56 di ibu negara hari ini.

Dalam kenyataan lanjut selepas itu, Shabery berkata tindakan kerajaan Pulau Pinang yang meminta filem Tanda Putera tidak ditayangkan mencerminkan "kebodohan" kerajaan negeri itu.

"Itu membayangkan kebodohan mereka. Orang yang membuat keputusan itu, mereka sendiri tidak menonton filem tersebut. Seharusnya mereka mendengar pandangan profesional terlebih dahulu sebelum membuta-tuli mengharamkan," katanya lagi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini dilaporkan akan meminta pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' yang dijadualkan ditayangkan di seluruh negara mulai esok.

Exco Kerajaan Negeri, Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab
terhadap kerajaan tempatan, dan oleh itu juga ke atas lesen pawagam, berkata, pihaknya akan mengeluarkan permintaan bertulis hari ini.

Polis ambil karya seni didakwa hina Islam

Polis mengambil sebuah karya seni yang dipamerkan dalam pameran M50 Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama oleh seniman Anurendra Jegadeva.
Karya berjudul I is for Idiot (I untuk bahlul), sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah Zaman Pertengahan), diambil petang ini daripada Publika Mall, tempat ia dipamerkan.

Karya lain Anurendra turut diturunkan atas sebab-sebab keselamatan ekoran ia dipamerkan di laluan pusat membeli-belah.

Difahamkan laporan polis dibuat semalam terhadap I is for Idiot atas dakwaan menghina Islam kerana mengandungi bissmillah dalam bahasa Arab.

Jangan termakan hasutan musuh - Saleh

Mohd Sabri Said, 28 Ogs 2013
PERMATANG PAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man teruja dengan kehadiran orang ramai di majlis Rumah Terbuka Dun berkenaan, semalam.

Beliau dan Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun bersama menyambut ketibaan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk bertemu Adun kesayangan mereka yang juga merupakan ‘anak tunggal’ PAS Pulau Pinang.

"Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis rumah terbuka yang saya buat tahun ini. Saya rasa sungguh meriah bimbang takut makanan pula tak cukup," jelasnya.

Antara makanan yang dihidangkan oleh pihak cawangan PAS yang ada dalam Dun Permatang Pasir ialah laksa, bihun sup, mi kuah, ayam panggang di samping makanan yang popular sempena perayaan Aidil Fitri saban tahun seperti lemang, ketupat dan rendang.

Katanya, kehadiran rakyat sekaligus menggambarkan suasana muhibah terjalin erat sejak dahulu.

Walaupun sering dilempar tohmahan pihak lawan bahawa prestasinya merosot ekoran terlalu sibuk dengan tugasan kerajaan berbanding parti, namun semua itu dianggap satu cabaran.

Padahal jelasnya, semua tuduhan itu tidak berfakta sebaliknya sekadar mainan pihak musuh yang senantiasa mencari ruang untuk membentuk percakaran dalaman supaya PAS tidak maju ke hadapan.

"Yang peliknya orang kita pun termakan hasutan musuh. Kita harus faham persengketaan dalaman boleh memusnahkan impian PAS menambah kerusi pada masa akan datang," ujarnya.

Program berkenaan dihadiri oleh beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Adun Penanti, Dr. Norlela Ariffin termasuk Exco Kebajikan negeri, Phee Boon Poh dan Exco Kerjaraya negeri, Lim Hock Seng.

Tiada ulasan: