Khamis, 15 Ogos 2013

KEAMANAN KURNIAAN DARI ALLAH...SAKINAH ATAS SEBAB TAKWA....KEBEBASAN TIDAK TERKONGKONG DENGAN FIKIRAN SESAT MALAH BEBAS SETELAH MEMPUNYAI AKIDAH YANG BENAR DISISI ALLAH SWT

Lelaki kelar anak saudara sebelum cuba bunuh diri
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas lehernya dikelar oleh bapa saudara menggunakan pisau pemotong sayur, dalam kejadian di hadapan sebuah kuil di Taman Sri Reko, Kajang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, K. Yogiswari maut di tempat kejadian, manakala bapa saudaranya pula ditemui parah dengan kesan kelaran di leher, dipercayai cuba membunuh diri.

"Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian suspek telah menarik keluar mangsa yang sedang menolong ibu saudaranya mencuci pinggan di rumah sebelum
suspek bertindak mengelar mangsa di hadapan kuil berhampiran rumah mereka.

"Tindakan itu pada mulanya cuba dihalang anak suspek namun gagal dan sejurus kejadian suspek terus bertindak mengelar lehernya sendiri di dalam sebuah bilik
di kuil itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ab Rashid berkata suspek yang berusia 59 tahun itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dirawat dan polis akan menahannya untuk membantu siasatan sebaik
sahaja dia pulih daripada kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - Bernama


 
Tun M: Peningkatan kes bunuh harga bagi kebebasan
  • Tun Mahathir Tun Mahathir - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pembunuhan di jalanan menggunakan senjata api yang meningkat kebelakangan ini adalah harga bagi kebebasan yang perlu dibayar oleh setiap warganegara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata dalam suasana lebih liberal sekarang, sukar bagi pihak berkuasa untuk mengatasi keganasan seperti itu dan mereka hanya boleh mengambil tindakan setelah ia berlaku.

"Rakyat Malaysia amat baik dan mereka tidak suka membunuh satu sama lain...kecuali sekarang apabila pembunuhan agak lebih kerap berlaku setiap hari, ada orang yang kena tembak...itulah harga bagi kebebasan," katanya.

Sejak April hingga bulan lepas, 23 kes tembakan di jalanan dilaporkan berlaku di seluruh negara, termasuk yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Perhimpunan itu disertai sembilan NGO - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Aman Malaysia, Aqsa Syarif, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, Islamic Relief, Kelab Putera 1Malaysia, Mercy Malaysia, Malaysian Relief Agency dan Viva Palestina.

Dr Mahathir adalah presiden PGPF. - Bernama
Lelaki maut ditembak ketika minum bersama rakan
KLANG - Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada 2.20 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya kemudian dihampiri dua
lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

"Lelaki yang membonceng motosikal itu turun dan secara tiba-tiba mengeluarkan pistol dari pinggang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka bertempiaran menyelamatkan diri.

"Suspek kemudian menaiki semula motosikal bersama rakannya dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tembakan berkenaan dipercayai mengenai pipi dan dada Sambhath dan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jani berkata tiga lagi rakan mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kita masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan juga Akta Senjata Api," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian itu serta mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Pukul isteri dalam lif, bukan guna alasan 'ajar'
  • Video suami pukul isteri dalam lif Video suami pukul isteri dalam lif
1 / 1
DALAM suasana terkini yang hangat membincangkan tentang poligami, pagi ini saya dipertontonkan video dua minit lebih 'kebodohan' seorang suami yang begitu keras sehingga membelasah si isteri bertubi-tubi disaksikan dua pasang mata putera dan puteri mereka di dalam sebuah lif.

Walau apapun alasan yang si suami berikan bagi menghalalkan pukulan-pukulan kebinatangan itu, Islam tetap mengharamkannya.

Jangan sesekali menyelewangkan tafsiran ayat 34 Surah al-Nisaa' yang membenarkan pukulan untuk mengajar isteri yang nusyuz.

Terlalu banyak ayat ALLAH dan petunjuk Nabi SAW tentang kasih sayang dan tolak ansur yang wajib disemai di dalam rumahtangga berbanding hanya satu sahaja ayat yang membenarkan suami memukul isteri dengan syarat yang ketat.

Jelas melalui hadith Hajjatul Wadaa' yang diriwayatkan al-Tirmidzi bahawa dibenarkan memukul isteri setelah sabit nusyuudznya dengan
    ضَرْبًا غَيرَ مُبَرِّح pukulan yang tidak menyakitkan (iaitu ia bertujuan untuk mengajar dan islah).

Begitu juga terang panduan Nabi kepada Mu'aawiyah bin Haydah RA yang bertanya tentang hak-hak isteri sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, antaranya tidak dibenarkan memukul isteri di wajahnya juga tidak dibenarkan mencelanya.

Namun, jika beginilah (seperti di dalam video) reaksi suami jika benarpun ada di sana kesalahan dari pihak isteri, ia jelas merupakan satu tindakan tidak berakal.

Islam sentiasa ada solusi kepada apa jua permasalahan termasuk masalah rumahtangga.

Dan solusi Islami ialah sebaik-baik solusi bagi mereka yang berfikir.

Antara jalan penyelesaiannya ialah perceraian yang syarie.

Sungguh ia akan membawa hidup yang baru buat kedua suami dan isteri.

Sayangnya, kita sering malu tak kena pada tempat.

Lebih malu untuk bercerai sedangkan itulah syariah, tapi tidak malu untuk sering berperang mulut dan tangan serta kaki di hadapan anak-anak yang saya pasti perceraian yang syari'ie jauh lebih memberi kesan yang baik di dalam kehidupan mereka yang mendatang.

Menjadi penonton setia kepada gusti mulut dan tangan antara ibubapa mereka, akan memberi impak yang sudah pasti negatif apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Inilah kesannya apabila urusan nikah cerai dipayahkan. Ia benar-benar menyiksakan.

** Pandangan ini dipetik dari laman sosial Facebook (FB) beliau.

Wajah Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif, Dia Serah Diri Kepada Polis


Georgetown: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.



Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang. -mstar

[VIDEO] Kes Isteri Dipukul Dalam Lif, Penjawat Awam Diburu Polis

Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di Bukit Mertajam berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.

Wanita berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.

Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Mertajam, berkata beliau bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Menceritakan kejadian itu semalam, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.

"Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.

"Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut 'daddy' menyebabkan suami marah," katanya.

Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.

Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.

Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.

"Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu," katanya.

Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.

Ekoran kejadian itu, polis sedang mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya. -Bernama 

 





Berang gara-gara anak enggan ikut bersiar-siar
  • Mangsa dibelasah suami. Mangsa dibelasah suami.
1 / 1
BUKIT MERTAJAM - Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.

Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada  anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.


*Dapatkan laporan akhbar Sinar Harian hari ini untuk laporan lanjut.
Artikel Berkaitan

Tiada ulasan: