Khamis, 29 Ogos 2013

IDEOLOGI BAGI YANG JAHIL MEREKA BELASAH JE

Merdeka 56 tahun, ideologi penjajah masih tebal

Atiff Idris , 28 Ogs 2013
KOTA BHARU: Kata Mursyidul Am PAS, kita telah pun merdeka lebih 50 tahun, namun fahaman kebangsaan yang dibawa masuk penjajah masih lagi menebal di negara ini.

Lebih malang lagi katanya, orang Melayu sendiri jelas menolak Islam dan digantikan dengan ideologi kebangsaan.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, segala kepincangan tersebut menyebabkan timbulnya masalah sama ada ekonomi, politik dan sosial yang kini dilihat semakin berleluasa.

“Kemerdekaan sebenar membuang kebangsaan dan menjadikan Islam sebagai dasar sama ada dalam aspek pemerintahan, kehidupan dan sebagainya.

“Hanya Islam agama yang memberi keaadilan untuk seluruh makhluk. Sebagai pemimpin yang mengaku Islam mestilah menghalau fahaman kebangsaan dan meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan negara,” katanya di sini semalam.

Pada sebelah petang Tuan Guru Nik Abdul Aziz diziarahi Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Pulau Melaka.

Presiden PAS dan keluarga datang dari Kuala Lumpur sampai di Pulau Melaka kira-kira jam 3.30 petang.

Mursyidul Am sebelum ini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira seminggu. Beliau keluar wad Ahad lepas.

Presiden PAS juga mengimamkan solat Asar di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka sebelum pulang ke Marang, Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima rakyat sehingga kerajaan BN terpaksa menghapuskan ISA yang tidak bertamadun hasil desakan pembangkang.

Jangan termakan hasutan musuh - Saleh

Mohd Sabri Said, 28 Ogs 2013
PERMATANG PAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man teruja dengan kehadiran orang ramai di majlis Rumah Terbuka Dun berkenaan, semalam.

Beliau dan Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun bersama menyambut ketibaan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk bertemu Adun kesayangan mereka yang juga merupakan ‘anak tunggal’ PAS Pulau Pinang.

"Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis rumah terbuka yang saya buat tahun ini. Saya rasa sungguh meriah bimbang takut makanan pula tak cukup," jelasnya.

Antara makanan yang dihidangkan oleh pihak cawangan PAS yang ada dalam Dun Permatang Pasir ialah laksa, bihun sup, mi kuah, ayam panggang di samping makanan yang popular sempena perayaan Aidil Fitri saban tahun seperti lemang, ketupat dan rendang.

Katanya, kehadiran rakyat sekaligus menggambarkan suasana muhibah terjalin erat sejak dahulu.

Walaupun sering dilempar tohmahan pihak lawan bahawa prestasinya merosot ekoran terlalu sibuk dengan tugasan kerajaan berbanding parti, namun semua itu dianggap satu cabaran.

Padahal jelasnya, semua tuduhan itu tidak berfakta sebaliknya sekadar mainan pihak musuh yang senantiasa mencari ruang untuk membentuk percakaran dalaman supaya PAS tidak maju ke hadapan.

"Yang peliknya orang kita pun termakan hasutan musuh. Kita harus faham persengketaan dalaman boleh memusnahkan impian PAS menambah kerusi pada masa akan datang," ujarnya.

Program berkenaan dihadiri oleh beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Adun Penanti, Dr. Norlela Ariffin termasuk Exco Kebajikan negeri, Phee Boon Poh dan Exco Kerjaraya negeri, Lim Hock Seng.

Jom sertai XPDC dakwah ambang Merdeka 2013

Harakahdaily, 28 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Bagi menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan XPDC Dakwah yang akan diadakan di kesemua lokasi sambutan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Dewan Pemuda PAS negeri-negeri bersama DPP kawasan-kawasan diamanahkan untuk menjayakan XPDC tahun ini,” ujar Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, XPDC Dakwah telah dijayakan setiap tahun, bermula tahun 2000 sebagai acara tahunan DPPM dengan melibatkan pimpinan setiap peringkat.

Tambahnya, tujuan utamanya sebagai suatu kesinambungan kerja-kerja dakwah kerana mereka perlu dibimbing, dipandu dan dipimpin agar tidak hanyut dalam kehidupan.

Selain itu, jelas beliau ia adalah peluang terbaik Pemuda PAS bertemu dengan golongan belia agar kehadiran Pemuda PAS di tengah masyarakat dirasai.

Katanya, golongan belia perlu difahamkan mengenai makna kemerdekaan sebenar di samping isu-isu global yang membelenggu masyarakat supaya mereka prihatin terhadap nasib yang menimpa umat sejagat.

Menurutnya, antara aktiviti utama yang akan diadakan pada malam tersebut adalah edaran risalah, bertemu dan beramah mesra dengan anak-anak muda selain memperkenalkan pemimpin Pemuda PAS.

“Program ini akan bermula pada jam 10.00 malam dengan taklimat dan amanat pimpinan selain pembahagian kumpulan,” jelasnya.

Katanya, setiap kumpulan pula akan dipecahkan bagi mencapai sasaran bertemu seramai mungkin golongan belia di lokasi tertentu.

Justeru, ujar Khairul Faizi DPPM mengajak semua lapisan masyarakat termasuk parti-parti politik, NGO, badan dakwah, mahasiswa untuk bersama dalam XPDC Dakwah itu.

“Kesemua entiti yang akan bersama nanti digalakkan membawa kain sepanduk, bahan cetakan dan lain-lain sebagai bahan edaran kepada masyarakat untuk dikongsikan bersama peserta XPDC Dakwah tersebut,” ujarnya.

Rais Yatim boleh menangis bila baca status ni (gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 28 Ogs 2013

Isu agama: Adun PAS setuju saranan Raja Nazrin

Muhammad Faeez Azahar, 28 Ogs 2013
IPOH: Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon bersetuju dengan saranan pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah agar bersikap teliti dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap perkara-perkara yang menyentuh isu agama.

Katanya, perkara tersebut adalah sangat wajar kerana ianya adalah perkara yang sangat sensitif dan boleh menggugat keharmonian negara.

Menurutnya, Islam turut memberikan ruang yang aktif dalam menghormati dan menghargai prinsip hidup dan keyakinan bangsa-bangsa lain.

"Kita perlu sentiasa bersedia untuk mencari titik persamaan antara bermacam-macam perbezaan, bahkan Islam bersedia bersatu dalam perbezaan tersebut," katanya ketika diminta mengulas titah Raja Dr Nazrin Shah ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13, semalam

Radzi menjelaskan, wawasan yang dibawa oleh Islam yang didukungi oleh PAS dalam perjuangannya iaitu berusaha mengikis ketegangan dan ketidak selesaan kaum melalui agenda bersama, mencari ‘titik homofili’ dalam isu-isu sejagat, keadilan dan kemakmuran sekalian rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut bersetuju dengan saranan Raja Nazrin agar semua isu agama perlu dibincangkan dalam suasana musyawwarah berlandaskan sifat keilmuan kerana ia membolehkan tercapainya titik persefahaman dan pertemuan.

Kata beliau, betapa pentingnya rakyat dan pemimpin umat Islam mempelajari asas syariah dan ilmu Islam sebelum berbahas berkenaan isu kontroversi berkenaan agama Islam.

“Kenyataan akhbar dan media yang provokatif, mencela mana-mana agama dan kaum, menuduh mana-mana kaum sebagai ekstrimis, membuat demonstrasi provokasi menghina agama-agama selain Islam juga perlu dikikis daripada amalan rakyat mahupun pemimpin di negara kita.

"Dalam menjunjung semangat keharmonian ini, semua pihak perlu faham, akur, laksanakan tekad dan jangan hanya beretorik sehingga natijahnya terus mencalar wawasan murni seperti mana yang digagas oleh Raja Nazrin,” jelasnya lagi.

Radzi juga kesal dan sedih melihat agama Islam dihina dan dipermainkan oleh ramai pihak sama ada kaum Islam mahupun bukan Islam.

Lebih malang, katanya apabila orang Islam sendiri menghina sistem Islam atau perundangan Islam berbanding dengan bukan Islam yang mungkin masih belum kenal erti Islam.

Video kekejaman Al-Sisi bakar mayat syuhada

http://bulatdusun.blogspot.com, 28 Ogs 2013

Kekejaman As-Sisi: Video Pembakaran mayat syuhada' di Medan Rabaah

Inilah video yang menunjukkan bagaimana kejamnya As-Sisi sehingga mengarahkan jentolak untuk meruntuhkan khemah yang di dalamnya masih ada jenazah-jenazah para syuhada' pada tragedi 14 Ogos yang mengorbankan ribuan nyawa. Lihatlah video ini, anda
pasti merasa sebak dan sedih. Inilah gambaran sebenar apa yang berlaku di Mesir.

Video Pembakaran mayat syuhada' di Medan Rabaah

Video ini disiarkan oleh Dr Torok Suweidan, pendakwah dan pemikir Islam terkenal. Tentera dan polis menyuraikan demo Rabaah dengan ganas. Setelah khemah diruntuhkan lalu mereka membakarnya termasuk dengan mayat para syuhada'.

Lihat di sini

Tiada ulasan: