1 Isteri SEKATIL Dengan 2 Suami? | Nauzubillah
Posted in Bersuami Dua, Que hanya bagi Info..., Suami Isteri
1 Isteri SEKATIL Dengan 2 Suami? | Nauzubillah | Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik.
Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan
kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik… tetapi itu GILA namanya!
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.
Kisahnya begini. Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan
mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya,
Saiful. Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka. Hadi, seorang
kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis.
Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri
itu. Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan
Umi Khasanah… dan cintanya bersahut! Entah bagaimana, kedua-duanya
berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami. Lebih
menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan
selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu.
Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis. Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap.
Posted in Que hanya bagi Info...
Saturday, 17 November 2012
MAYAT BAYI LELAKI Atas Katil
Posted in Que hanya bagi Info...
KLANG
- Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi
kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di
Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam. Ibu
muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila
kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut
menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang
didiami bersama adiknya itu. Bayi
itu dipercayai dilahirkan oleh suspek yang bekerja di sebuah kedai di
Pekan Meru pada pukul 4 petang kelmarin. Semasa dilahirkan, bayi itu
dipercayai sudah tidak bernyawa.
Suspek dipercayai membiarkan mayat
anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang
perkara itu diketahui keluarganya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Ketua
Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong
berkata, pasukan polis yang menerima laporan kakak suspek terus ke
tempat kejadian dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat
di atas katil.
"Polis
turut menemui tali pusat bayi dalam satu beg plastik yang dipercayai
dipotong oleh si ibu selepas melahirkan anaknya itu," kata beliau ketika
dihubungi di sini. Menurut
beliau, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa kepada bayi malang itu
merupakan lelaki Bangladesh namun kekasihnya itu sudah pulang ke negara
asal sejak Mac lalu.
Mohd. Shukor memberitahu, suspek
bersama mayat bayinya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
di sini untuk pemeriksaan dan bedah siasat.
Posted in Que hanya bagi Info...
KEJAM: Bayi 1 Bulan Di Ro-Gol & Dipukul Sehingga Hampir Mati
Posted in Que hanya bagi Info...
LONDON : Polis semalam cuba menyekat
orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang
boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan
dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati. Mesej
dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang
malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran
kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan
kanak-kanak di Britain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Bayi itu mengalami kecederaan teruk
termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan
lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya
patah. Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut. Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.” Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”. Seorang
wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu
menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan
upacara khas untuknya malam ini.”
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu. Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London. Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.
Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir. Mereka disifatkan sebagai peramah. Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.
Posted in Que hanya bagi Info...
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat
itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Mereka yang
mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis
terdekat.
Posted in Que hanya bagi Info...
PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.
“Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Jundi erkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung. Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala.
“Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui.
“Sebaik terdengar bunyi objek jatuh, saya berpaling ke arah bunyi itu dan segera memerhatikan bungkusan berkenaan,” katanya yang meminta seorang penduduk memaklumkan kejadian itu kepada polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga apartmen berkenaan dan polis sudah menahan seorang wanita pekerja kilang berusia 20-an beberapa jam kemudian dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Posted in Que hanya bagi Info...
Sunday, 7 April 2013
Bayi Baru Lahir Dipukul & Dibuang Tepi Jejambat | KISAH NYATA Yang KEJAM
Posted in Que hanya bagi Info...
Bayi Baru Lahir Dipukul & Dibuang Tepi Jejambat | KISAH NYATA Yang KEJAM | PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru
dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat
menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.
Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa
jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.
“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata
atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar
dari hidung.
“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Monday, 17 September 2012
KEJAM: Campak Bayi HINGGA MATI Dari Tingkat Tiga Flat
Posted in Que hanya bagi Info...
PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.
“Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Jundi erkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung. Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala.
“Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui.
“Sebaik terdengar bunyi objek jatuh, saya berpaling ke arah bunyi itu dan segera memerhatikan bungkusan berkenaan,” katanya yang meminta seorang penduduk memaklumkan kejadian itu kepada polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga apartmen berkenaan dan polis sudah menahan seorang wanita pekerja kilang berusia 20-an beberapa jam kemudian dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Thursday, 11 October 2012
AKIBAT ZINA: Bungkusan Disangka Sampah Rupanya MAYAT BAYI
Posted in Que hanya bagi Info...
Marah betul Abe pagi ni... Sedangkan
haiwan sayangkan anaknya tapi kita manusia yang dikurniakan akal dan
menjadi khalifah di muka bumi boleh berfikir pendek. Sebenarnya jika tak
mahu bayi ni apa salahnya hantar saja di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Biaq depa cari mak bapak angkat kat anak yang tak berdosa ni. Mungkin
yang buang ni dah hilang pedoman tapi apa mengapa perlu buang bayi yang
tak berdosa ni dan mengambil nyawa anak kandung darah daging sendiri?
Pandai seks dengan pasangan tak ingat HARAM HALAL. Tahukah berdosa besar seks sebelum nikah iaitu berZINA? Buat oral seks pun dikira Bunga2 ZINA. Kepada wanita2 jangan senang2 serahkan diri kamu sebelum nikah dan kepada lelaki tahanlah nafsu godaan wanita.
ALOR SETAR: “Saya
ingatkan bungkusan sampah, mujur saya tidak membuangnya kerana beg
kertas itu agak berat. Saya tergerak hati melihat kandungannya sebelum
terkejut mendapati ada mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” kata Ishak
Chik, 54, siak Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, di sini, yang menemui mayat
bayi berkenaan, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Ishak
dikatakan mahu menutup pintu pagar tepi masjid berkenaan dan terkejut
melihat bungkusan beg kertas mengandungi mayat bayi lelaki masih bertali
pusat dibalut dengan kain putih diletakkan di lantai antara pintu bilik
air wanita dan kolam mengambil wuduk.
Difahamkan, suspek yang meletakkan beg itu mengambil peluang ketika penduduk menunaikan solat Isyak sebelum melarikan diri. Ishak
berkata, dia yang baru selesai solat bersama jemaah lain mahu menutup
pintu pagar tepi masjid seperti kebiasaannya sebelum ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Saya
terkejut selepas melihat satu bungkusan mengandungi mayat bayi lelaki
dalam beg kertas yang mulanya disangkakan sampah. Mujur saya tidak terus
membuang, sebaliknya tergerak untuk membuka dan melihat kandungannya,”
katanya ketika ditemui di masjid itu, di sini, kelmarin. Katanya,
dia kemudian memaklumkan kepada imam serta ahli kariah lain sebelum
membuat laporan di Pondok Polis Alor Merah, di sini.
“Anggota
badan bayi itu kelihatan bersih dan tiada tompokan darah,” katanya
sambil memberitahu ia kejadian pertama sejak masjid itu dibuka pada
1960. “Hati saya tersentuh
sebaik melihat mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu. Tindakan
mereka yang membuang bayi ini sangat kejam dan tidak berhati perut,”
katanya. Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata,
pihaknya menerima laporan pada jam 10 malam sebelum sepasukan anggota
bergegas ke tempat kejadian.
Mayat bayi itu yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen. “Apabila
dibelek terdapat satu bungkusan kain putih. Saya kemudian menyelak kain
dan terkejut apabila ternampak muka bayi lelaki yang cukup sifat,”
katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, di sini, kelmarin. “Mayat
bayi itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang
dipercayai beragama Islam kerana kemungkinan pihak yang membuangnya mahu
ia diuruskan dengan baik,” katanya.
Posted in Que Achmad menulis..., Que hanya bagi Info...
Sunday, 9 September 2012
TERKINI: Mayat Bayi lelaki di jumpai Dekat Surau Al-Falaq
Posted in Que Achmad menulis..., Que hanya bagi Info...
Salam pagi
Apa nak jadi dah dengan manusia zaman sekarang ni. Kes2 buang bayi selalu sangat Abe dengar kebelakangan ni. Korang semua pun mungkin setuju jugak dengan Abe kot, hurmmmm. Pagi ni, terkejut Abe bila baca artikel pasal ni... Sedia berbaur kesal Abe rasa... Sedih sangat bila terbaca yang mayat bayi lelaki yang sudah mula reput di beberapa bahagian badan telah
ditemui dalam sebuah beg pakaian dekat Surau Al-Falaq, Danau Kota,
Setapak di sini, kelmarin. Kalau menurut maklumat, mayat bayi tersebut ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh pelajar wanita
sebuah kolej Islam ketika ke surau bagi menyertai aktiviti
gotong-royong.
Bila Abe google, Kata Ketua
Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata,
anggota polis turut menemui sekeping nota yang ditulis dalam bahasa
Melayu serta tulisan Jawi. “Nota itu menyebut ‘Nama saya Mintah, tolong
pengurus masjid tolong urus bayi ini’. Baik tak payah tulis nota, tak
guna pun... Nasik sudah jadi bubur. Masa nak buat maksiat, tak fikir pun akibatnya. Ni tak pasal2, bayi yang tak berdosa jadi MANGSA, NAUZUBILLAH...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Maklumat lain yang dapat Abe google, katanya “Selain itu, sepasang baju kurung kuning, lampin serta seluar panjang warna hitam juga ditemui dalam beg tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. Zakaria berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi tersebut berusia 7 hari dan meninggal dunia 2 hari lepas.
Maklumat lain yang dapat Abe google, katanya “Selain itu, sepasang baju kurung kuning, lampin serta seluar panjang warna hitam juga ditemui dalam beg tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. Zakaria berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi tersebut berusia 7 hari dan meninggal dunia 2 hari lepas.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi dibedah siasat dan polis
meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut
supaya menghubungi balai polis berhampiran.
Posted in Que hanya bagi Info...
Monday, 3 September 2012
EKSKLUSIF: Bukti Kekuasaan ALLAH, Bayi Baru Lahir Ini Boleh Menyebut Nama ''ALLAH"...
Posted in Que hanya bagi Info...
BANGLADESH - Seorang bayi yang baru lahir di kota
Sirajganj, Bangladesh mengundang perhatian. Begitu lahir, bayi ajaib
anak pasangan Khoda Box dan Rozena Begum itu boleh mengucapkan nama
"Allah" secara jelas. Subhanallah, terkejut Abe bila Abe tengok KlipVideo berkenaan bayi ni di YouTube tadi...
baca lagi & klipVideo bayi ini menyebut "ALLAH", Klik je TAJUK ENTRI ni
Bayi
itu lahir di Rumah sakit Memorial Moinuddin di Sirajganj, Bangladesh.
Seperti diketahui, Bangladesh merupakan negara berpenduduk yang
majoritinya Muslim. Umat Islam di Bangladesh meyakini fenomena itu
sebagai bukti kekuasaan Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan