Rabu, 14 Ogos 2013

BAGAIMANA JENAYAH DIBUAT OLEH ORANG YANG BERKUASA...DAN JENAYAH DIBUAT OLEH PIHAK BERKUASA DILINDUNGI...DIAKHIRAT PENJENAYAH DAN PIHAK YANG MELINDUNGINYA TAK KAN LEPAS

Rakyat perlu berani cegah jenayah bersama polis
Posted on Tuesday, August 13 @ 08:33:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Kenyataan Ketua Polis Negara di bawah ini yang ingin menjadikan Malaysia Bebas Judi Internet perlu disokong oleh orang awam kerana orang awam yang tahu di mana lokasi judi internet berhampiran kawasan perumahan mereka, tanya budak sekolah pun mereka tahu di mana ada lokasi judi internet. Marilah kita buat sebanyak mungkin laporan lokasi judi internet di kejiranan kita.

Sistem laporan polis “online” belum siap lagi. Tapi kita di N.Sembilan boleh buat laporan di Portal Pengaduan Awam N.Sembilan di www.spans.gov.my. Cara nak buat laporan di portal ini ada di http://rozmal.blogspot.com

Mari kita pastikan kejiranan kita Bebas Judi Internet, dan mari kita pastikan setiap laporan yang kita hantar dibuat tindakan segera oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara komited untuk jadikan Malaysia Bebas Judi Internet, Ketua Pengarah JAKIM bila pula nak buat komitmen Umat Islam, Orang Melayu Bebas Judi 4 Nombor Ekor di Kedai Yang Berlesen?

Bebas judi Internet
6 Syawal 1434 H / 13 Ogos 2013

Shah Alam:
Ketua polis semua peringkat seluruh Malaysia membabitkan ketua polis negeri, ketua polis daerah dan ketua polis balai diminta memastikan kawasan pentadbiran masing-masing bebas daripada aktiviti perjudian Internet yang berselindung di sebalik kafe siber dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang aktiviti kurang sihat itu.

Difahamkan, kesungguhan polis membanteras kegiatan berkenaan bermula sebulan lalu selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta aku janji daripada semua pegawai tinggi PDRM seluruh negara bagi mengenal pasti dan memaklumkan kegiatan seperti itu di kawasan masing-masing.

Sumber memberitahu, aku janji terbabit turut merangkumi arahan supaya memastikan semua aktiviti perjudian dihentikan serta-merta dan pemantauan berterusan dilakukan pasukan khas yang akan menggempur pusat perjudian berkenaan.

“Sehubungan itu, polis di peringkat negeri bukan saja diminta memantau, malah menggandakan operasi bagi memastikan pusat perjudian yang mengundang pelbagai masalah sosial itu ditutup dalam tempoh terdekat,” katanya.

http://www.hmetro.com.my"


 Penjelasan Pak Lah Tidak Mengubah Apa-Apa, Jawapan Mahathir Tetap Ditunggu
Posted on Tuesday, August 13 @ 07:54:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan Pak Lah hari ini tampil memberi penjelasan mengenai buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia yang telah menjadi kontroversi dan perbualan hangat sejak beberapa hari yang lalu. Bahkan disebabkan berita mengenai buku itu keluar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, ada yang bercakap mengenainya lebih banyak berbanding topik-topik lain ketika berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara di Hari Raya kali ini.

Dalam penjelasannya, Pak Lah memberitahu bahawa buku ini bukan ditulis, ditaja atau diminta olehnya untuk diterbitkan. Sebagaimana yang sedia dimaklumkan, buku tersebut adalah koleksi tulisan beberapa penulis yang terdiri daripada ahli akademik, ahli politik, tokoh pembangkang, bekas menteri dan sebagainya mengenai era kepimpinan Pak Lah daripada 2003 hingga 2009.

Pak Lah juga menjelaskan beliau tidak terlibat sama sekali dalam urusan menjemput tokoh pembangkang, Nurul Izzah Anwar untuk melancarkan buku itu yang dijadualkan pada 30 Ogos ini di Singapura. Malah, bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan beliau tidak bercadang menghadirinya kerana tidak mahu dilihat bersekongkol dengan pihak pembangkang menentang UMNO.

Secara umumnya penjelasan Pak Lah ini boleh diterima kerana seperti yang diketahui beliau bukanlah orang yang mempunyai karektor sedemikian walaupun beliau antara pemimpin UMNO yang keras hati serta berani menyanggah Mahathir dan cuba lari dari bayang-bayang Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, apa yang menjadi topik hangat dalam buku itu ialah berhubung isi kandungan wawancara dengan Pak Lah yang mengandungi beberapa kritikan, penjelasan dan huraian mengenai hubungannya dengan Mahathir. Penjelasan Pak Lah dalam wawancara itu, walaupun atas nama keterbukaan, tidak dapat dielakkan menyingkap kembali bibit-bibit perbalahan antara keduanya sebelum ini.

Jika selama ini, ramai yang menyangka Pak Lah seorang yang lemah dan mudah mengalah, hakikatnya beliau tidaklah demikian wataknya. Keras hati dan keinginannya untuk menjawab, setelah Mahathir dilihat tidak henti-henti menyerang dan mengaitkannya dengan pelbagai punca masalah dalam UMNO dan negara, jelas memperlihatkan wataknya yang sedia melawan itu.

Cuma, cara beliau melawannya berbeza dengan cara Mahathir menyerang.

Dalam penjelasannya hari ini, Pak Lah cuma menafi beliau menulis, menaja atau meminta buku mengenainya itu diterbitkan. Itu saja. Tetapi beliau sama-sekali tidak menafikan wawancara yang diberikannya sebagaimana yang disiarkan dalam buku itu, apatah lagi kandungan wawancaranya yang menyerang dan mengkritik Mahathir.

Dalam erti kata lain, Pak Lah tidak menafikan dakwaannya bahawa negara akan muflis jika beliau mengikut cara pentadbiran Mahathir yang suka berbelanja sedangkan defisit kian meningkat, beliau juga tidak menafikan Mahathir seorang pemimpin penuh kontradiksi, beliau juga tidak menafikan rasa kecewa yang diluahkannya mengenai Mahathir yang menyerangnya berkaitan masalah tidur yang dihadapi sedangkan perkara itu sudah dijelaskannya kepada Mahathir secara peribadi, Pak Lah turut tidak menafikan bahawa Mahathir antara punca kemerosotan BN dalam pilihanraya 2008 berbanding 2004 dan berbagai lagi isu yang dijawabnya dalam wawancara itu tidak dinafikan sama-sekali ketulenannya.

Hakikatnya, Pak Lah hanya menafikan penglibatannya dengan penerbitan buku itu untuk menyerang Mahathir dan UMNO tetapi sama-sekali tidak menafikan tentang isi kandungan buku itu atau kekecewaan dan rasa kejelekannya dengan perangai Mahathir yang selalu berubah-ubah sebagaimana yang dijelaskan dan mudah difahami melalui wawancaranya itu.

Dengan ini, walaupun sudah ada penjelasan daripada Pak Lah sendiri, ia tidak mengubah isi kandungan buku itu. Ia tidak juga bermakna Mahathir sudah boleh berbaik-baik dengan Pak Lah dan melupakan saja mengenai buku itu. Penjelasan Pak Lah juga tidak mengandungi pujian terhadap Mahathir. Persepsinya terhadap Mahathir kekal seperti apa yang dirasainya dulu. Penjelasannya hanya mengenai hubungannya dengan penerbit.

Bahkan melalui buku ini, mungkin ada yang rasa tidak puas dengan penjelasan Pak Lah yang mungkin tidak terlalu detail dan menyeluruh mengenai UMNO, era pentadbirannya, mengenai Mahathir dan sebagainya dan mahukan Pak Lah menulis memoirnya sendiri pula selepas ini. Orangramai mungkin ingin tahu lebih banyak perkara yang diketahui oleh Pak Lah mengenai Mahathir yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tetapi yang pastinya, walaupun dengan adanya penafian Pak Lah ini, jawapan daripada Mahathir mengenai perkara-perkara yang disebut secara langsung dan melibatkan dirinya sebagaimana yang cakapkan oleh Pak Lah sendiri dalam wawancaranya itu, ia tetap memerlukan jawapan balas daripada Mahathir.

Mahathir tetap tidak boleh berdiam diri atau melupakan saja serangan-serangan Pak Lah terhadapnya itu. Malahan apabila beberapa hari lalu Mahathir menangguhkan untuk memberi reaksi mengenai buku ini atas alasan belum membaca dan mahu mengkajinya terlebih dahulu, ia sebenarnya semakin meningkatkan keinginan orangramai untuk mengetahui apa pula jawapan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Dalam beberapa hari ini, reaksi Mahathir adalah paling ditunggu-tunggu kerana tidak ada sesiapa yang percaya Mahathir akan terdiam oleh serangan Pak Lah ini. (SH 12/08/2013)

Shahbudin Husin
http://shahbudindotcom.blogspot.com



4,979 rakyat Palestin di penjara di Israel
Posted on Tuesday, August 13 @ 08:01:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




TEL AVIV 13 Ogos - Kira-kira 5,000 rakyat Palestin berada di penjara di Israel kerana kesalahan berkaitan keselamatan.

Menurut kumpulan hak asasi manusia Israel, BTselam dan persatuan penyokong tahanan Palestin Addameer, sehingga bulan Jun lalu jumlah keseluruhan banduan di penjara Israel adalah seramai 4,979 orang.


Mereka terdiri daripada lapan orang ahli parlimen yang kebanyakan dari pergerakan Hamas yang menganggap Israel sebagai musuh dan organisasi pengganas," ujarnya.
Katanya lagi, mereka juga termasuk 15 orang wanita dan 238 orang kanak-kanak di mana 44 orang adalah terdiri remaja di bawah umur 16 tahun. - dpa

Morsi ditahan 15 hari lagi
Posted on Tuesday, August 13 @ 07:58:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Morsi ditahan  15 hari lagi

Anggota Ikhwanul Muslimin dan penyokong Presiden Mohamed Morsi memulakan perarakan bagi membantah rancangan kerajaan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah, semalam. Gambar sisipan menunjukkan seorang penunjuk perasaan tidur di dalam khemah di Masjid Rabaa Al-Adawiya di pinggir Kaherah. - Foto AP/AFP
Polis tangguh surai penunjuk perasaan elak pertumpahan darah

Kaherah: Badan kehakiman Mesir semalam melanjutkan tempoh tahanan presiden yang digulingkan Mohamed Morsi, selama 15 hari lagi, ketika beribu-ribu penyokongnya berarak di seluruh Kaherah membantah rancangan polis menyuraikan penunjuk perasaan.
Pegawai Kehakiman berkata tempoh tahanan pemimpin itu terpaksa dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan membabitkan kerjasama beliau dengan pergerakan Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza.

Tempoh tahanan Morsi terpaksa dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan membabitkan kerjasama beliau dengan Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza” Pegawai Kehakiman Mesir

Morsi digulingkan 3 Julai lalu dan ditempatkan di sebuah pusat tahanan pada 26 Julai, berikutan hubungannya dengan kumpulan berkenaan.

Polis akan menyiasat sama ada beliau bekerjasama dengan Hamas dalam serangan ke atas balai polis dan penjara pada awal 2011, sehingga menyebabkan banduan dan tahanan politik berjaya meloloskan diri ketika kebangkitan untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak.

Sementara itu, polis Mesir menangguhkan tindakan menyuraikan penunjuk perasaan oleh beribu-ribu penyokong presiden negara itu yang digulingkan Mohamed Morsi di dua lokasi utama semalam.

Sumber keselamatan polis sepatutnya memulakan tindakan menyuraikan mereka pada subuh semalam di dua kawasan tunjuk perasaan bagi menamatkan bantahan sejak enam minggu lalu, yang mendesak pelantikan semula pemimpin itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada polis akan meneruskan tindakan yang bakal mencetuskan pertumpahan darah dengan penunjuk perasaan pada sebelah petang.

Pegawai kanan kerajaan Mesir, diplomat Arab dan Barat, sebelum ini mendesak tentera mengelak daripada menggunakan kekerasan dalam usaha mengakhiri krisis politik yang memecah-belahkan negara dengan 84 juta penduduk itu.

Kelmarin, sebuah akhbar tempatan menyatakan, antara 3,000 hingga 5,000 penunjuk perasaan mungkin terbunuh jika pihak polis meneruskan tindakan mereka.

Tekanan hebat

Bagaimanapun, Ketua Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang menggulingkan Morsi, dilaporkan menerima tekanan hebat daripada pegawai tentera berpendirian keras supaya mengakhiri bantahan di ibu negara Mesir itu.

Satu sumber keselamatan berkata, tindakan ditangguhkan selepas maklumat mengenainya dibocorkan kepada media, manakala semakin ramai penunjuk perasaan tiba di lokasi bantahan selepas mendapat berita mengenai rancangan polis.

Sementara itu penyokong Presiden Morsi menggesa seluruh rakyat Mesir mengadakan bantahan jalanan untuk menghalang tindakan polis ke atas mereka.

Sebuah kumpulan pro Mosri termasuk Ikhwanul Muslimin, menyeru perhimpunan di seluruh negara menentang tentera yang menggulingkan presiden pertama dilantik secara demokrasi itu.

“Kami menyeru seluruh rakyat Mesir dari semua wilayah supaya berarak hari ini dan berkumpul di mana saja,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu turut mengisytiharkan rancangan mengadakan perarakan sejuta orang esok bagi menentang, apa yang mereka sifatkan sebagai rampasan kuasa tentera. - REUTERS 


MCA parti cekik darah yang tidak tahu menghargai jasa ahli-ahli setia mereka
Posted on Tuesday, August 13 @ 07:51:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




MCA ni Buta hati dan Perut ke?

Saya hanya mengetahui tentang mendiang Tan Ah Eng melalui blog Annie sebelum PRU13. Saya perhatikan hingga saat-saat akhir beliau pun, beliau masih menunjukkan taat setia kepada BN/MCA dan berkempen untuk BN.


Tan Ah Eng’s message to the people of Gelang Patah (updated) — http://lifeofaannie.blogspot.com/2013/05/tan-ah-engs-message-to-people-of-gelang.html
Beliau meninggal dunia beberapa hari yang lepas. It is a great loss to Gelang Patah community.
“Farewell for Tan Ah Eng — Just got words from Johor that former Gelang Patah MP Tan Ah Eng passed away just now.” — http://lifeofaannie.blogspot.com/2013/08/farewell-for-tan-ah-eng.html
doc626097xfag36roc2icp
Sadly I have not heard/read about a big tribute for her, for being a great MP that she was in the past. Tak ada sesiapa pemimpin MCA yang tweet tentang berita pemergian beliau ke? Atau full page condolence message dalam J-star?
I haven’t read J-Star for a while now, so I didn’t follow any story regarding this. If this  is true, MCA is truely “PARTY CEKIK DARAH” yang tidak tahu menghargai jasa ahli-ahli mereka yang bekerja keras selama ini. Sedangkan ahli-ahli Jerusubang dan DAP diberikan liputan meluas dalam J-Star.
Memang PADAN DENGAN MUKA MCA ditinggalkan oleh pengundi-pengundi Cina. Saya ulangi lagi yang saya berharap di PRU14 nanti, semua kerusi yang dimenangi mereka sekarang dipulangkan semula pada wakil-wakil Melayu.
Komen LOL pada asalnya @ 2013/08/12 at 10:15 pm
.
***  ***  ***
.
Oleh Helen Ang Betul apa yang dikatakan oleh LOL bahawa MCA sebuah parti cekik darah yang tidak tahu menghargai jasa ahli-ahli mereka yang bekerja keras selama ini.
Betul apa yang dikatakan oleh LOL bahawa blogger Melayu Annie lagi sayang kepada Tan Ah Eng berbanding mana-mana wartawan suratkhabar milik parti tersebut.
Sudah banyak kali saya memblog bahawa ketua Wanita MCA tidak dikenali namanya — bolehkah anda memberitahu saya apa dia nama ketua Wanita MCA itu? Anda tidak tahu, bukan? Mendiang Tan Ah Eng adalah timbalan ketua Wanita MCA. Pasti anda juga tidak mengetahui fakta ini.
Betul apa yang dikatakan oleh LOL bahawa sedangkan ahli-ahli Jerusubang dan DAP diberikan liputan meluas dalam J-Star, para ahli MCA seolah-olah orang bunian yang terus ghaib di halaman-halaman suratkhabar milik parti tersebut.
Hanya selepas beliau meninggal, barulah The J-Star sanggup menyiarkan rencana bertajuk ‘Ex-Gelang Patah MP Ah Eng dies at 58‘ dan ‘Ah Eng’s son breaks down while paying last respects’.
Namun sewaktu Tan Ah Eng masih hidup, sumbangan beliau tidak terkenang oleh partinya atau oleh suratkhabar milik partinya itu.
Betul apa yang dibayangkan oleh LOL bahawa MCA buta hati dan tidak berhati perut.
MJX_0756
Ahli-ahli yang masih tinggal setia kepada MCA adalah peninggalan zaman Tun Tan Cheng Lock. Mereka-mereka ini langsung tidak dipandang oleh pemimpin kanan parti yang sebaliknya lebih “Wow, terribly impressed” dengan Scissorati dan evangelista.
Meluat betul tengok perangai pemimpin-pemimpin parti induk yang tidak reti menghargai Wanita MCA dan Beliawanis MCA serta tidak bertindak membela atau menyanjung kaum Hawa parti mereka sendiri.
LOL
http://helenang.wordpress.com

 

Tiada ulasan: