Isnin, 28 Januari 2013

TAKDIR AKAN TERUS BERLAKU....PILIHLAH SELAMAT DIDUNIA DAN SELAMAT DIAKHIRAT

Majlis syura PAS sahkan Nasha digugur
7:48PM Jan 27 2013
Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.
Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.
nik aziz nasharuddin mat isa 170609“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.
Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza.
pas muktamar 2008 nik zawawiMenyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman berita itu berkata: “Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nasharudin pada pertengahan November lalu dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu.
Nasharudin pada masa itu dilaporkan berkata ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.

Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharudin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

NONEMesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut.

Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.

Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.

Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun sebelumnya menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.
  • Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branch
    lepas ni bolehlah jumpa Hasan Ali untuk join Jalur 3,4,5, atau jumpa Najib untuk jadi Senator lepas tu boleh la kutuk PAS seperti Senator Nala yang kerjanya asyik mengutuk Anwar.
    • Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      tidak lupa juga Senator Ezam
    • Annuar Ismail · Pengulas Tertinggi · Bekerja di FBI – Federal Bureau of Investigation
      Spatutnya keputusn ini dibuat lbh awal... apa pon tindakn PAS blum trlambat n adlh yg paling tepat. Mk boleh Nasa isi borang umno
    • Pahlawan Melayu
      Tahniah kumpulan Anwarinas dah menguasai 95% PAS.Lepas ni pecat je Ustaz Haron Din,Haron Taib serta Ustaz Ismail Kamus kerana mereka mengatakan kalimah Allah hanya untuk orang Islam yang tidak dipersetujui Nuar Brahim,Karpal Sink dan Lim Guan Eng.
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Bagus la, sbb ramai dah tak mempercayai Nasha..
    • Zaman Rahman
      Mujahid Yusuf:-) Nasharuddin tak sempat dah nak jadi senator....Lepas ni yb dr pakatan pulak nam angkat sumpah bntuk kabinet mlysia....
    • Warga Jeniang · Pengulas Tertinggi · Executive di TNT Courier services BHD
      Kalau berjuang utk kedudukan dan pangkat ini la jadinya ....lihat Hassan Ali terlalu nak jd MB Salangor bila tak dapat mcm2 buat hal....Nie seorang lg yg kalah Timbalan Perisiden...
    • Achmad Abdollah · Pengulas Tertinggi
      anwaris!!? wakakaka macai! mengapa nasar tidak mendesak agar umno bergabung dengan PAS dan bukannya PAS bergabung dgn umno Dasar PAS adalah Islam dan bukannya sekular. Itu lebih baik.
    • Arjunan Aman Arjunan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Language School
      katak bawah tempurung.
    • Aklee de Galweq · · Pengulas Tertinggi
      Pahlawan Melayu : anda tak payah risau apa yang berlaku. Kalau anda penyokong UMNO, baik anda jaga UMNO/BN dengan sebaik2nya.........
    • Azizan Abdul Shukur · Pengulas Tertinggi
      berangan nak jadi calun ..habis..
    • Saksi Mata · · Pengulas Tertinggi · Hidup Terbuka
      Tahniah kepada Pencacai Melayu, akhirnya berjaya juga NMI dikeluarkan sebagai ahli majlis syura, kerana selama ini merekalah menjadi penghasut supaya NMI buat sesuatu yg melanggar peraturan PAS.
    • Azhar M Zain · Pengulas Tertinggi
      Pahlawan Melayu ke Hang Kebun? Soal kalimah Allah ni perkara remeh je, dikalangan PAS atau PR boleh berbeza pendapat bukannya jadi kudis pun tak macam bela Ustaz Nash yg suka tikam belakang. Yang mustahaknya kalahkan UBN dalam PRU13. Sekurang kurangnya Majlis Syura dah buat keputusan berbanding Menteri Ugama yg 2 ekor tu dan Majlis Fatwa yg makan gaji buta tak boleh buat keputusan. Lagi pun LGE tanya Kerajaan patutnya kerajaan yg buat keputusan...ini tak, mandul..dok ghok cetong...
    • Ulrich von Brandenburg · Pengulas Tertinggi
      mana menteri agama nk wat keputusan,,karang wat kena plak tgur dgn mca,gerakan and mic,,nk jaga hati kawan 'zimmi' punya pasal kena,,hehehe
    • Syueb Ghani · · Pengulas Tertinggi · Anys di Kuala Lumpur, Malaysia
      Duri dalam daging telah di buang harap tiadalagi.sisa racun yg tertnggal jika tidak bernanah lah....Tah niah Majlis Syura.
    • Riwan Mohd Saad · Pengulas Tertinggi · Alor Setar
      jangan terlalu cepat kita menghukum.. dikeluarkan dari PAS pun kerana perkara lain.. kita xdengar statement dari ust nasa.. kita hormat dia sebab ilmunya.. setiap manusia ada melakukan kesilapan.. tapi ada perkara yang lebih penting.. TUKAR.. PRU13. jangan kita dibuai dengan perkara kecil sehingga lupa kepada perjuang asal kita..
    • Nur Syuhada · Universiti Utara Malaysia
      pahlawan melayu??..kelakonya..PAHLAWAN ISLAM LA..
    • Nordin Ahmad · Pengulas Tertinggi

      Pahlawan Melayu ,hassan & Nasa sentiasa menunjuk minat dgn UMNO,berbeza dengan Dato' Harun din,Harun Taib dan Ismail Kamus yang hanya memberi pandangan tetapi tidak menunjukkan minat kepada UMNO.
    • Ulrich von Brandenburg · Pengulas Tertinggi
      kebanyakan org2 dlm PAS tahu si Nasha nie merajuk,,sikap dia nmpk berlainan btul dgn pendirian dia sebelum nie selepas kalah bertanding timb.pres dgn Mat Sabu,,,ikhlas ckp org2 pas nmpk dia dlm PAS sbb apa,,mtk maaf ckp la,,dia nie x mencontohi langsung akhlak almarhum ustaz hassan syukri, mantan timb.presiden PAS,,almarhum juga klah bertanding timb.pres dgn Nasha tp setiap kali mesyuarat syura almarhum la org yg pertama tiba malah Almarhum juga antara org yg mengemas bilik mesyuarat,,pointnya kt cnie kita bleh lihat dgn jelas sma ada org tue benar ikhlas dlm perjuangan atau hanya sekadar mengejar jawatan,,fikir2 la sendiri,,hmmm
    • Samsuri Bejo · Pengulas Tertinggi
      Kerusi Bachok dah ada calon lain........
    • Rosli Alias · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
      Pahlawan Melayu, aku tak heran laa ngan kau, aku hormat pahlawan islam je. Kalau melayu, tapi tidak menjaga islam, takade pekdahnya!
    • Khor Sui Eng · Pengulas Tertinggi · Penang, Malaysia
      Hantu tetap hantu,kena cept2 buang ke neraka...lagi pun ini hantu talam dua muka...syaitan....
    • Zulkornain Ahmad Nasir · Pengulas Tertinggi · Trainer di FB Resources Management
      eheeleeeh....pahlawan melayu batu api la tu. Cubala tengok sendiri UMNO dok mana sekarang...cuba cer.....
    • Afiq Muhammad · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Pahlawan Melayu - pencacai umno suka pecah belahkan rakyat ni harus dimusnahkan
    • DinMinyak Melaka · · Pengulas Tertinggi
      Dlm malaysia ada kebebasan bersuara....kenapa PAS sendiri tk ikut prinsip sendiri?
    • DinMinyak Melaka · · Pengulas Tertinggi
      Pahlawan Melayu ...betul betul betul betul.........PAS memang hamPAS ...tunggu hari mati ajer la PAS ni
    • Hisham Yahya · Pengulas Tertinggi
      org Pas nak spin apa pulak lepas ni? ustaz nasharuddin sewajarnya stay dalam pas . kita tgk tindakan pas selanjutnya terhadap beliau
    • Elyna Kartini Azmi · Pengulas Tertinggi · University of Tokyo
      Pahlawan Melayu Nasha g buat keje ummah disingkirkan , Mat Sabun wat keje gan bini org dijulang TAKEBEEERRRRR...
    • Pakpompat Mustape · Pengulas Tertinggi · Chulalongkorn University
      Baru masuk Pas 3 hari, diangkat jadi Setiausaha, pas tu bertanding Timb. Presiden... tapi jiwanya tetap Umnu totok. Dari dulu aku dah nampak. Nasib baik Mat Sabu dpt tewaskan ular ni dalam pemilihan, kalau tak masalah besar kpd Pas & umat di Msia ni..
      Lakonan Nassa & Asam Uli ini sungguh licik, hampir2 menjahanamkan Pas. Sampai masa nafsu serakah kedua2 ekor ni, tidak dapat disembunyikan, dan terserlah dgn sendirinya melalui tindakan mereka sendiri.
    • Cincinku Jutajuta · Pengulas Tertinggi · Pecacai di First Lady of Malaysia
      Belah la balaci UMNGOK
    • Ab Hamid Aziz · Pengulas Tertinggi · IAIN BANDA ACHEH
      Jangan kata gitu Mujai...
    • Benci Barua · Pengulas Tertinggi
      apa yang kau merepek ni pahlawan melayu......
    • Mohd Harris Ahmad Jaal · Pengulas Tertinggi
      jgn lupa tukar pakai songkok
    • R Mohan Tg Malim · Pengulas Tertinggi · SMK Slim River, Perak
      Lepas ni boleh join tongsampah umnobn minta sedekah kat mat monggol jadi duta besar atau kecil kat monggolia.Hidup PR.
  • Bulan Purnama · Pengulas Tertinggi · Secondary
    kecewa kerana pangkat dan dunia.
  • Jinggo Al Kapoor Bravo · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    tahniah PAS..akhir anasir anasir yang cuba merosakkan Pakatan dari dalam telah dikeluarkan ..
    • Mahathir Razak · Pengulas Tertinggi · Harvard University
      apa leh buat, dia ikut najib sebab nak kaya cepat, nak share komisyen rupa2nya.
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Bagus la, sbb ramai dah tak mempercayai Nasha../././
    • Syed Idrus Syed Mustaffa · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MHPT Engineering (Hitachi Plant Technologies)
      Mahathir Razak Astarafilullah ngucap byk2x tak baik tuduh bukan2...kaji dulu saudara...
    • Achmad Abdollah · Pengulas Tertinggi
      Syed Idrus Syed Mustaffa kerana dalam umno tiada lagi perjuangan untuk agama dan bangsa tetapi untuk kekayaan. kalau lu tak caya, lu boleh try jadi calon. wakakakaka
    • Mahathir Razak · Pengulas Tertinggi · Harvard University
      saudara SISM, bukan saya seorang fikir begitu tapi semua rakyat juga fikir macam saya, tengok komen saudara AA dah pun terbukti.
    • Shahdon Abd Wahab · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      Akhirnya....sampah dibuang ke tong sampah umno
    • Ulrich von Brandenburg · Pengulas Tertinggi
      elok la org yg merajuk cam nasha nie di keluarkan,,org yg diberi muka macam dia nie cara cmnie jea berkesan,,esok ada la media macai meroyan amik keterangan nasha nie,,mana x nya 'last man' dia dlm pas dh kuar,,kehkehkeh
    • Ali Reza · Pengulas Tertinggi · จุฬาลงกรณ์มหาวิทยาลัย Chulalongkorn University
      Mahathir Razak habis org2 pas takde yg kaya?
    • Shahbudin Husin
      Mahathir Razak , Wa setuju bro, Kalau nak tunggu jawatan lambat. X kan nak jual budu ngan keropok kat masjid aje, Kalau cepat u turn, bahagian berbaloi, jawatan x pyh pikir, dah tua pun.Contoh dah ada , ikutje la ..lumayan "U-START."
    • DinMinyak Melaka · · Pengulas Tertinggi
      anasir yg nak menaikkan Islam dirosakkan
    • Pakpompat Mustape · Pengulas Tertinggi · Chulalongkorn University
      Talam 2 muka wajar disingkirkan. Dua Talam 2 muka berjaya disingkirkan, Asam Kelali & Nusha busuk.
      Makin hampir ke Putrajaya, Tahniah Pas.
      ABU
    • Ab Hamid Aziz · Pengulas Tertinggi · IAIN BANDA ACHEH
      Syed Idrus...mua kenal ko Nasarauddin.....Kalu kenal gak molek la..Aku orang kelantan amat terasa tindakan Nasaruddin Al Isa niii
    • Jamal SmartSm · Pengulas Tertinggi
      Syed Idrus Syed Mustaffa , Betul ko ckp tu...dia org ni kalau parti dia bermasalah asyik nk salahkn org lain aje..maybe ketua dia org yg ajar sume ni kot!! Inilah akibat bila terlalu taksub dgn tokong, aljuburi or bakal2 ahli syurga... Ni bkn aku yg ckpm Tokong-Asst LGE yg ckp, Al-juburi-Mat Sabu, Bkl ahli2 syurga-TGNA yg ckp...


Isu Nasha: Majlis Syura buat keputusan tepat
ANITA ABU HASAN
28 Januari 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Majlis Syura Pas telah membuat keputusan tepat apabila menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Majlis Syura tahu apa yang pihaknya putuskan kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan alasan kukuh selepas membuat kajian menyeluruh.

“Majlis Syura sudah membuat kajian dan tahu mengapa Nasharudin perlu dilucutkan. Justeru keputusan pengguguran ini sangat wajar. Semua pihak perlu menerimanya dengan terbuka,” katanya.

Ketika ditanya adakah di sebalik keputusan ini Pas melabel Nasharudin sebagai duri dalam daging dan membahayakan parti, beliau enggan memberikan komen lanjut.

“Saya tidak mahu komen hal itulah.  Apa yang pasti pengguguran Nasharudin ini tidak akan menggugat parti.

“Bahkan Insya-ALLAH tidak akan mengganggu persediaan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” tegas beliau.

Semalam, Majlis Syura Pas mengesahkan  menggugurkan keanggotaan Nasharudin yang juga  Ahli Parlimen Bachok kerana didakwa telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

Keputusan mengenainya dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan surat mengenai perlucutan Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat tersebut.

Justeru Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan. Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.
Isu Nasha: Pas yakin tidak terjejas
RUZY ADILA IDRIS
28 Januari 2013
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.

"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan.

Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Mengulas lanjut keputusan Majlis Syura itu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan pengguguran itu diambil selepas mendapati Nasharudin gagal memberikan komitmen terhadap tugasnya sebagai anggota Majlis Syura.

Katanya, disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.

"Siapa calon penggantinya itu biarlah Majlis Syura yang tentukan pada mesyuarat yang akan datang dan akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas... tunggulah," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan Nasharudin tersenarai lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang,  Tuan Ibrahim juga enggan ulas lanjut.

"Maaf ya, saya tidak dapat komen sama ada beliau akan terus disenarai atau tidak.

"Keputusan mengenai calon, semuanya bergantung kepada Presiden Pas," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Sinar Harian Online turut cuba mendapatkan respons Nasharudin berhubung perkara ini tetapi gagal.
Majlis Syura Pas lucut Nasha kerana langgar peraturan
RUZY ADILA IDRIS
27 Januari 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."
Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.
Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.
Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran  gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.

Tiada ulasan: