Ahad, 27 Januari 2013

ENTAHLAH...FIKIRLAH YANG POSITIF JANGAN NEGATIF SAJA

Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa

Khairul Azlam Mohamad, 27 Jan 2013

Ismail Haniyeh bergambar bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai Prof Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid  Al-Ghalbi, Gaza City.

GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak.

Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.

“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.

“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid  Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.

Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.

Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.

Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.

Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.

“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.

“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.

Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.

Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.

Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza. 

Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO
Posted on Sunday, January 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Aspan Alias

Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.

DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan  kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya keseluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.

Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa.

Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas diantara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang di alami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini.

Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita. Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedar kah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu. Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi?

Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini.

Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat di buang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini.

Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula.

Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan ‘attribute’ sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk ‘attribute’ sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti.

UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.

Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com


 Terbaru: 73 muslim gugur dan cedera akibat kezaliman rejim Syiah Iraq
Posted on Sunday, January 27 @ 11:31:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kamal_hasan

"Tentera dan polis rejim Syiah Iraq berdepan puluhan ribu rakyat muslim yang berdemonstran di bandar Fallujah wilayah Anbar dengan tindakan yang zalim keatas demonstrasi itu pada Jumaat (25/1/2013). Agensi berita Al-Istiqlal melaporkan sehingga pukul 01.00 Sabtu (26/1/2013), jumlah mangsa gugur dan cedera telah mencapai 73 orang awam muslim.

Seperti hari Jumaat sebelumnya, Jumaat kelmarin dipenuhi puluhan ribu warga muslim sunni Iraq di bandar Fallujah dengan aksi demonstrasi menentang rejim Syiah PM Nouri Al-Malik dan menuntut pembebasan beribu-ribu warga muslim yang dipenjarakan secara zalim oleh rejim. Ribuan tentera dan polis rejim Syiah Iraq meleraikan demonstran dengan gas pemedih mata dan dipukul dengan rotan. Namun ada para demonstran berdegil untuk berganjak sehingga menyebabkann sniper tentera Syiah menembak mereka dengan peluru.

Tentera dan polis rejim Syiah Iraq dikerahkan dalam jumlah yang sangat besar atas perintah PM Nouri Al-Maliki dan Mentri Pertahanan Sakdun Ad-Dulaimi.

Rakyat muslim dipukul secara brutal dan ditembak dengan senjata oleh rejim Syiah telah mengorbankan sekurang-kurangnya 5 warga muslim dan mencederakan lebih dari 65 warga yang lain. Para demonstran meluahkan kemarahannya dengan membakar semua kereta tentera rejimSyiah jenis Hammer yang berada di lokasi kejadian.

Sejumlah ketua suku dan pemimpin masyarakat bandar Fallujah telah menuntut regim Syiah Iraq untuk menghentikan penumpahan darah para demonstran awam muslim.

Mufti Iraq, Syaikh Rafi 'Al-Rifa'i, telah menuntut regim Syiah Iraq untuk segera menarik keluar tentera dan polis dari bandar Fallujah. Beliau menegaskan penduduk muslim sunni Iraq tidak akan pernah berundur dari tuntutan pelengseran rejim Syiah Iraq dan pembebasan ribuan tawanan muslim.

Selama enam minggu terakhir, Iraq telah menyaksikan gelombang revolusi Iraq "Arabic Spring" dengan tuntutan utama pelengseran rejim Syiah PM Nouri Al-Maliki dan pembebasan ribuan tawanan muslim sunni. Negeri Anbar, Salahuddin, Kirkuk, Mosul, Baghdad, Babil, Basrah dan Diyala diwarnai dengan aksi demonstrasi ratusan ribu warga muslim sunni.

silverheritage "


 Harussani: Jadi kafir jika biar pihak lain guna kalimah Allah
Posted on Sunday, January 27 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini.

sumber"



Isu Kalimah Allah, Nazri Aziz benarkan bukan Islam guna di Pulau Pinang


 MENJELANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, maka isu kalimah Allah perlu dimainkan semula oleh Umno bagi meraih sokongan orang Melayu untuk mengundi parti itu. Ingat! Propaganda Umno meraih sokongan menggunakan elemen 3R (Race, Religion, and Royal).

Namun ramai yang terlepas pandang bahawa pada tahun 2010, Umno sendiri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Sila rujuk laporan akhbar The Star di bawah ini.



Para pembaca yang budiman, lihat bagaimana rakyat Malaysia terperangkap dengan isu agama  (kalimah Allah) dimainkan oleh Umno untuk terus berkuasa. Cuba lihat di dunia dan seluruh dunia Islam tiada satu pun negara lain yang kecoh dengan isu kalimah Allah.

Malaysia satu-satunya negara yang kecoh dengan isu kalimah Allah di dunia ini kerana apa? Kerana hanya di Malaysia ada United Malays National Organization, Umno.

Isu kalimah Allah adalah isu Umno untuk menang pilihanraya, dengan tersebarnya isu ini maka rakyat akan sibuk mengamuk tak tentu pasal dan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Kerana itu pada waktu ini media-media kongkongan Umno sedang sibuk menjaja isu ini.



ReJaM© "Israel pun akan kecoh isu kalimah Allah jika Umno ada di sana... "

KISAH IMAM ABU HANIFAH KE-2
 KISAH IMAM ABU HANIFAH III

 Suatu hari Imam Abu Hanifah mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Abu Hanifah “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.” Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Abu Hanifah itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa. Pada suatu hari Imam Abu Hanifah dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?” Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.” Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.” Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, yaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut. Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Abu Hanifah tidak mau menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan. Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri. Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat. Suatu kali Imam Abu Hanifah dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Abu Hanifah kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Abu Hanifah wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun. Imam Abu Hanifah menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanifah untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Abu Hanifah menolak semua tawaran yang mereka berikan. Sepanjang riwayat hidupnya, beliau tidak dikenal dalam mengarang kitab. Tetapi madzab beliau Imam Abu Hanifah atau madzab Imam Abu Hanifah disebar luaskan oleh murid-murid beliau. Demikian juga fatwa-fatwa beliau dituliskan dalam kitab-kitab fikih oleh para murid dan pengikut beliau sehingga madzab Imam Abu Hanifah menjadi terkenal dan sampai saat ini dikenal sebagai salah satu madzab yang empat. Di antara murid beliau yang terkenal adalah Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, yang merupakan guru dari Imam Syafi’iy.


'Saya akan lawan saman Zahid seperti kes lain'
Wartawan Sinar Harian
26 Januari 2013
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sudah bersedia untuk menghadapi saman fitnah terbaru - kali ini difailkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seperti dua kes sebelum ini.
"Saya telah minta peguam saya... saya akan hadapi kes terbaru ini seperti kes-kes yang lain, yang dibawa ke atas saya," kata beliau ketika dihubungi.
"Saya hormati hak Datuk Zahid untuk menyaman saya. Dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan diri saya di mahkamah dan saya juga tidak akan mengabaikan kepentingan awam," kata beliau lagi.
Laporan media semalam menyebut Zahid yang juga Naib Presiden Umno memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel disiarkan dalam laman blog.
Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Mengikut pernyataan tuntutan, Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman
Internet.
Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.
Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.
Rafizi juga berkata, beliau ada menerima notis tuntutan antara lain memintanya memohon maaf di akhbar-akhbar utama.
Katanya, notis bertarikh 15 Januari lalu diterima "dua tiga hari lalu."
"Sekarang Datuk Zahid sudah memfailkan saman, selepas notis tuntutan dua minggu... sudah hampir dua minggu, ya, saya akan hadapi. Dan saya juga akan terus memberi kenyataan mengenai isu berkaitan kes ini jika ada maklumat terbaru," katanya lagi.
Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kini berhadapan dengan kes saman fitnah dibawa Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan skandal NFC.
Rafizi juga menghadapi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.


BN perlu tonjol bakal calon sekarang jika mahu rampas Selangor
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
27 Januari 2013
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Hasrat untuk menebus kekecewaan Barisan Nasional yang kehilangan Selangor pada tahun 2008, mesti dilakukan dengan strategi betul dan meyakinkan rakyat mulai sekarang termasuk memperkenalkan bakal calon Menteri Besar.

Bagi tujuan itu, kata Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, Umno-Barisan Nasional harus memberi gambaran dan menonjolkan barisan kepimpinan baru di Selangor, yang mampu menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Ini kena jelas dan orang-orang yang hendak memimpin negeri Selangor mesti diidentifikasikan. Mesti diperkenalkan. Mesti ditetapkan sekarang juga kerana ini lah barisan yang boleh diketengahkan untuk menentukan Selangor itu terselamat daripada masalah-masalah yang sekarang ini memudaratkan rakyat negeri Selangor. Itu kena buat.

"Ini spesifik di negeri Selangor kerana Selangor ini merupakan negeri yang amat penting dari segi perjuangan politik kerana ia merupakan tonggak ketahanan politik bangsa," katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

Menerusi cara itu, kata beliau, rakyat terlebih dahulu boleh membuat penilaian awal dan membuat perbandingan dengan kepimpinan negeri sedia ada pada hari ini.

Di samping itu katanya, pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional juga perlu bijak menggunakan kelemahan pentadbiran pembangkang sebagai kelebihan kepada parti untuk menyampaikan dasar-dasar dan perancangan BN di Selangor pada masa akan datang.    

“Masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi-pengundi di negeri Selangor ini memang banyak. Pucuk pimpinan parti Pakatan rakyat sekarang ini yang bertugas dengan kerajaan, lebih banyak menimbulkan masalah daripada penyelesaian masalah.

“Soalnya sekarang, sejauh mana ini dieksploitasi oleh Barisan Nasional kepada rakyat. Nah tengok, kita sudah beri mereka peluang untuk memerintah sejak 2008,  ini sebenarnya yang berlaku A sampai Z, janji-janji yang tidak ditepati, masalah yang dulu
tidak ada sekarang timbul, air dan sebagainya," ulas beliau lagi.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.

Ramai calon Umno tewas kepada Pas. Sementara calon Gerakan, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah teruk kepada DAP, PKR dan Pas.

Kekalahan di Selangor antaranya dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup yang melambung tinggi sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat yang kemudian menterjemahkannya menerusi peti undi dengan menyebabkan kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Meskipun begitu, sekitar empat tahun di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pelbagai pihak menyuarakan pendapat, PKR gagal menguruskan negeri ini secara berhemah dan membawa sebarang projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.








Tiada ulasan: