Selasa, 29 Januari 2013

KAKI SIBUK MEMANG ADA...KAKI PUTAR BELIT MEMANG ADA...CONTOH ' MACAM MANA NAK SOKONG PAS SEBAB BERGABUNG DENGAN DAP DAN PKR' TETAPI KENAPA MASA TAK GABUNG ....TAK SOKONG DAN TAK MENYERTAI PAS....NI KAKI AUTA BERCAKAP

Najib kata Nasha dipecat lepas pulang dari Gaza

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.
Katanya, beliau percaya demikian memandangkan isu berkenaan timbul sekembalinya Nasharudin kembali ke Malaysia.

"Walaupun dikatakan disebabkan kegagalan beliau menghadiri majlis syura, tetapi masa pemecatan beliau itu setelah kembali ke tanahair selepas membuat lawatan Gaza memberikan gambaran bahawa ia ada kaitan dengan lawatan tersebut," kata Najib.

Najib tetap berpendapat demikian walaupun PAS menegaskan sebaliknya.
Setiausaha jawatankuasa berkenaan, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata keputusan berkenaan dibuat lebih awal – ketika mesyuarat tersebut dipengerusikan mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari.

"Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza tempoh hari kerana pengguguran keanggotaan beliau dibuat lebih awal dari itu," kata Nik Zawawi seperti dipetik Harakahdaily hari ini.

Najib seterusnya mempertahankan Nasharuddin yang disifatkannya sebagai "seorang yang percaya pada kesatuan dan penyatuan ummah".

"Ini pendirian dia tapi nampaknya dia telah (dikenakan) tindakan walaupun mempunyai niat yang baik.

"Sepanjang perjumpaan saya dengannya dia tidak pernah mengutuk mana-mana pihak," kata Najib yang baru kembali ke tanah air semalam selepas menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Sebelum ke Davos, beliau meluangkan masa ke Palestin bertemu perdana menteri Ismail Haniyeh di Gaza dalam kunjungan yang turut dihadiri Nasharudin.

Menjawab soalan wartawan, Najib turut mempertahankan kunjungannya itu yang didakwanya disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
"Ini adalah satu langkah yang mendapat sokongan yang cukup menyeluruh daripada rakyat Malaysia dan inilah yang tidak disenang hati oleh pemimpin pembangkang," katanya.



  • Bulan Purnama · Pengulas Tertinggi · Secondary
    kenapa UMNO yang sebuk pasal nasa kena. pelik tapi benar

  • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
    Tak do tulang nak tulang, ado tulang nak lomang
    Tak pulang nak pulang, dah pulang terchongang-congang
    Nak monang dah boghi monang (54 tahun) , dah monang jadi bangang ……. Keh keh keh

    • Benci Barua · Pengulas Tertinggi
      sedap juga bunyi pantun tu...

    • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
      seloko oghang minang ..... goreng pon sodap ..... keh keh....

    • Ahmadi Osbina · Pengulas Tertinggi
      KESEHIAN DIA;
      TOLONGLAH DIA;
      KAMU JADI BATUN APINYA;
      BAGILAH DIA DACING;
      BERTANDING DI...

    • Saleem Mohd Zain · Pengulas Tertinggi
      "Najib kata Nasha dipecat lepas pulang dari Gaza" najib reti ke buat2 tak reti...nasha tiada dalam senarai calon la bonggok..banyak makan angin pasai tu baghal sangat..

    • Yardi Robin
      apo kono ehh jang, to congang2,
      orang ko bulan ekau di mano....?

    • Iman Imran · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      ekau ni gilo ko apo? pas tu jelas sosek sesosek-soseknyo. ustaz nasha mendapat hidayah dan kifayah untuk sertai partai islam sebenar iaitu UMNO. alhamdulillah seluruh alam turut berbangga

    • Man Yong · Pengulas Tertinggi · Sibu, Sarawak
      Hebat PAS, lepas ni boleh ambik ustaz Guan Eng pulak ganti Nasha sebagai ahli majlis syura PAS.

    • SI Puntung · Pengulas Tertinggi
      Man yong...CSL sekutu kuat ustaz umno bn macam mana pulak..taksub merlampau

  • Pakngah Rock · Pengulas Tertinggi · Kuli batak di PENCARI ROTAN
    Saya cadangkan Nasha masuk Umno kerana dia bekerja untuk parti tersebut dan tidak lagi untuk PAS. Sebagai ahli PAS saya malu mempunyai ahli parti yang berkelulusan agamadan pensyarah universiti tetapi perangai sama seperti Ibrahim Ali al-Kataki

  • Surianshah Saggap · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITY PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
    hairan juga...napa org BN semua marah bila pas pecat ahlinya....lucu kan....lau pas pecat ahli atau org BN baru la marah.....lucu...lucu.... berfikirla secara resional.....bukan untuk politik sahaja tp juga sebagai org yg bertamadun......

    • Hasmira Hasmi · Pengulas Tertinggi · SGB
      puak ameno bengong persoal tindakan ke atas nasharudin,puak2 ameno kutip la sampah ni

    • Urang Areng · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
      biasa la tok..tu je la modal utk dia org spin, putabelit,..

    • Maz Lan · Pengulas Tertinggi
      UMNU DAH TAK SIUMAN....PARTI PAS MEREKA PERASAN PARTI MEREKA.....MAALUMLAH SEMUA DAH NAK LARI DARI MEREKA (UMNU)

    • Afiq Muhammad · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      itulah cara jahat bn memecah belahkan pr. tumbangkan bn/umno. hidup PR

    • Man Yong · Pengulas Tertinggi · Sibu, Sarawak
      Hebat PAS, lepas ni boleh ambik ustaz Guan Eng pulak ganti Nasha sebagai ahli majlis syura PAS.

    • Ahmad Zainal Roselina · Pengulas Tertinggi
      tulah suka jaga tepi kain orang tepi kain sendiri tak terurus..kononya bersimpati..ambil aje jadi calon..tak payah nak bermanis mulut..

  • SI Puntung · Pengulas Tertinggi
    Politik murahan begini lah yang disukai oleh rejim umno bn..yang kecil diperbesar kan..yang bodoh bertambah bangang.

    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Najib akan digugurkan sebagai Presiden Umno selepas PRU13 selesai! Apa nak pelik? Muhyiddin dan kuncu sedang kempen sakan nak menjatuhkan bosnya! Baru Najib tau langit tinggi ke.. rendah! Pak Muh dah tak sabor nak menjawat Ketua Pembangkang!

    • Urang Areng · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
      kan rakyat dah lupa isu pokok, altantunya, lembu 250, kapal selam, timber mafia, deepak dlll..nasa punya pasal la..

    • Razali Rahman Paklong · Pengulas Tertinggi · Maktab Mahmud Alor Setar
      Nasha ni tak tau susah payah yg dialami oleh pas,sayang kelulusan tinggi tapi tamak nak berkuasa, itulah nasa dan hassan jati

    • Mustafa Yusof · · Pengulas Tertinggi · Secondary
      SI Puntung
      Najib dakwa lawatan dia ke Gaza di sokong sepenuh nya rakyat Malaysia...jangan nak bawak sial ler...bila rakyat sokong sepenuh nya..? ..aku tak pernah sesekali sokong Najib ke Gaza, pada aku tak ada apa pekdah yg dapat, hanya mengabiskan duit rakyat, tanggung lapik ponggong dia laki bini dan mentekedarah saja...kalau nak kata rakyat sokong pun tak guna Najib, sedang Presiden dan Rakyat Palestin sendiri nyatakan cukop menyampah najib dtg melawat negara mereka.
      Apa yg rakyat sana kata, kamu tak sebut... apa yg rakyat sini tak sebut, kamu menyebok lak sebut.
      Bangang punya Pm.

    • Iman Imran · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Razali Rahman Paklong ngko ni bengong dan bebal. kalau dia tamak mesti dia dah termakan umpan berjuta2 ringgit pembangkang

    • SI Puntung · Pengulas Tertinggi
      IMAN IMRAN...kuingat kau ade ler sikit ilmu tetapi bodo bebenor rupanya..pencacai tegar.
Isu Nasha: Tindakan Pas aneh, kata Muhyiddin

28 Januari 2013
Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai satu tindakan yang aneh.
"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.
"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan Pas kata dia perjuangkan Islam.
"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma memerhati apa yang dilakukan Pas," katanya dipetik Bernama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas menggugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura dilihat bermotif
politik.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (Pas) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada Pas.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharudin," katanya di Kuala Lumpur.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.
Najib: 'Nasha dikena tindakan walaupun niatnya baik'
JAMILAH HAMZAH
28 Januari 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.

Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza.

"... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini di sini.
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.
Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.

"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.
"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya.
Majlis syura PAS sahkan Nasha digugur
7:48PM Jan 27 2013
Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.
Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.
nik aziz nasharuddin mat isa 170609“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.
Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza.
pas muktamar 2008 nik zawawiMenyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman berita itu berkata: “Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nasharudin pada pertengahan November lalu dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu.
Nasharudin pada masa itu dilaporkan berkata ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.

Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharudin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

NONEMesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut.

Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.

Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.

Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun sebelumnya menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

 Saifudin Nasution - BN Gabra Dah..!!
Posted on Tuesday, January 29 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

 

Sumber TVjerai

 Nasharudin ingin bekerjasama dengan UMno
Posted on Monday, January 28 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: laniismaa

"Nasharudin bersedih dipecat dari Majlis Syura PAS. Katanya hak parti untuk mengambil semula jawatan tersebut. Sedikit dia ingin memburukkan Majlis Syura kerana katanya dia mengetahuinya melalui media dan bukan saluran parti. Majlis Syura telah memberitahu pemakluman telah dibuat melalui surat, mungkin dia sendiri yang belum menerimanya.

Di antara kata-kata Nasharudin kepada Sinar Harian “Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.”  Sama macam ayat Hasan Ali.
“Mana-mana pihak” maksudnya UMnolah bagi Nasharudin kerana kini sejak tidak berjawatan dalam PAS, dia lebih nampak UMno yang mendaulatkan Islam berbanding PAS. Semasa berjawatan dulu, tak pula kemaruk sedemikian.
Satu lagi, kenapa dia ingin bekerjasama dengan “mana-mana pihak” sedangkan dia masih ahli PAS. Kenapa tidak berusaha mendaulatkan Islam bersama PAS.
Asyik kemaruk dengan mana-mana pihak!! Baca juga Kontroversi terbaru bola sepak Johor
LAGI.MY 

JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)







Kenapa Hanya 4 Pemimpin BN Disytihar Tidak Bersih?

Posted on Monday, January 28 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Shahbudin Husin

Ramai yang tertanya-tanya siapakah empat pemimpin BN yang tidak berjaya melepasi tapisan SPRM serta dianggap tidak bersih dan dinasihat digugurkan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Mereka itu, sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, ialah dua menteri, seorang menteri besar dan seorang lagi ketua menteri.

Sinar Harian yang dilaporkan memetik sumber-sumber memberitahu, bahawa keempat-empat pemimpin itu didapati gagal melepasi tapisan SPRM kerana mempunyai masalah undang-undang dan akan memberi implikasi kepada parti jika dicalonkan.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut parti mana dan negeri mana asal keempat-empat pemimpin itu.

Ramai juga yang tertanya-tanya, jika sudah dianggap tidak bersih dan ada masalah dengan undang-undang oleh SPRM, kenapa keempat-empat pemimpin itu tidak didakwa saja di mahkamah?

Sebenarnya banyak lagi persoalan dan tanda-tanya yang timbul di sebaliknya berita mengenai empat pemimpin BN yang didakwa gagal melepasi tapisan SPRM itu. Meskipun usaha itu dianggap berniat baik tetapi ia dianggap tidak praktikal dan lebih terdedah kepada masalah lain yang lebih merimaskan.

Dalam usaha untuk mencapai kemenangan dan memastikan calonnya benar-benar bersih, BN sebelum ini dilaporkan telah menghantar nama bakal calon mereka kepada SPRM untuk dinilai sebelum diputuskan untuk dipilih sebagai calon. Pakatan Rakyat pula sejak awal menolak kaedah ini kerana tidak meyakini agensi itu.

Berikutan pendedahan Sinar Harian itu, selain ramai yang ingin mengetahui siapakah empat pemimpin BN yang bakal digugurkan itu, ramai juga hairan kenapa empat saja pemimpin BN yang dikategorikan sebagai kotor dan tidak layak lagi bertanding?

Secara sinis, ramai yang beranggapan bahawa jika BN benar-benar ikhlas mahu memilih pemimpin yang bersih dan tidak ada cacat-celanya dan SPRM pula berfungsi seadil-adilnya, sekurang-kurangnya 80 peratus daripada pemimpin yang ada sekarang perlu digugurkan.

Ini kerana bukan lagi menjadi rahsia bahawa kebanyakan pemimpin yang ada sekarang sering saja terpalit dengan pelbagai isu dan masalah seperti mengumpul kekayaan, salah guna kuasa, mengutamakan kroni, diheret oleh masalah yang ditimbulkan oleh anak dan isteri serta pelbagai cacat-cela lainnya.

Mencari pemimpin UMNO dan BN yang benar-benar bersih, jujur serta ikhlas dalam ertikata yang sebenar pada realitinya amatlah sukar dan ia umpama mencari setitik air di gurun yang kontang.

Masalah yang melibatkan mereka itu pula seringkali menjadi bahan pendedahan dalam pelbagai media baru berserta dengan bukti-buktinya sekali. Dan ia memang sesuatu yang bukan saja tidak dapat dinafikan oleh mereka yang terbabit, malah menjadi percakapan rakyat di mana-mana.

Jadi, bagaimana hanya empat saja yang gagal melepasi tapisan SPRM? Bagaimana dengan yang lain? Adakah menteri, menteri besar dan ketua menteri yang lain benar-benar bersih?

Lantaran itu ada yang agak sinikal berkata, Najib dan Muhyiddin pun belum tentu bersih dan layak bertanding lagi jika istilah bersih itu mahu dipraktikkan dengan sejujurnya dan SPRM menjalankan tapisan yang betul kerana kedua pemimpin itu pun tidak sunyi daripada pelbagai dakwaan berkaitan kebersihan mereka sebagai pemimpin.

Dalam masa yang sama, terdapat juga kebimbangan di kalangan pemimpin UMNO sendiri terhadap kaedah BN menggunakan SPRM untuk menilai moral dan kebersihan seseorang yang bakal dipilih sebagai calon. Ia hanya dianggap sebagai cara mudah bagi Najib untuk menggugurkan seseorang dengan menggunakan SPRM sebagai sandaran.

Tetapi ia juga mendedahkan BN kepada unsur sabotaj yang lebih parah. Pemimpin yang digugurkan itu tentunya berasa malu dan maruah mereka bagai dicalarkan kerana pengguguran itu secara langsung membuktikan mereka bukannya pemimpin yang bersih. Ramai yang pastinya tidak dapat menerima kaedah ini, lebih-lebih lagi jika didapati ada rakan sendiri yang diketahui sama-sama tidak bersih dan kotor macam mereka juga, terus dipilih sebagai calon nanti.

Mereka yang digugurkan ini tidak akan berdiam diri, kata seorang pemimpin UMNO dengan penuh keyakinan.

Akhirnya, usaha untuk menampilkan calon yang bersih yang diharapkan membawa kemenangan tidak juga menemui kejayaan. Ini kerana jika pemimpin bertaraf menteri, menteri besar atau ketua menteri yang melakukan sabotaj ketika pilihanraya, kesannya tentulah lebih besar berbanding sabotaj ahli biasa di peringkat cawangan dan bahagian.

Lebih dari itu, kaedah menggunakan SPRM ini untuk menggugurkan seseorang pemimpin lebih menunjukkan kelemahan Najib sendiri sebagai peneraju. Sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, jika mahu menggugurkan seseorang menteri, menteri besar atau ketua menteri, beliau sepatutnya memanggil mereka dan mengadakan perbincangan secara baik mengenainya dan bukannya menggunakan helah lain.

Disamping terdedah kepada sabotaj yang lebih parah, kaedah menggunakan penilaian SPRM ini juga mendedahkan Najib, UMNO dan BN kepada pelbagai masalah lain yang saling kait-mengait dan akhirnya lebih merosakkan imej sendiri.

Lebih dari itu, Najib dengan pelbagai masalahnya juga akan terus menjadi bahan momokan, sindiran serta mainan nakal rakyat kerana daripada semua pemimpin yang ada, harus diakui bahawa beliaulah yang paling banyak terpalit dengan pelbagai isu. 



Anwar Ibrahim: Ayah Mahathir Dari Mana?
Posted on Monday, January 28 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber mediarakyat




Jelajah Merdeka Rakyat Johor Bahru 25/01/2013
SUMBER  mediarakyat

Tiada ulasan: