Selasa, 29 Januari 2013

PARASIT PATUT KELUAR...PERNAH JADI PEMIMPIN TERTINGGI TAK FAHAM RUKUN USRAH...TAKRUF,TAKFUL DAN TAFAHUM...LEMAH ILMU GERAKAN...NAK DAULAH MACAM MANA KALAU PERKARA SIMPLE TAK BOLEH MISAL MASALAH TUTUP AURAT...BATAS2 PERGAULAN DAN ACARA2 MUNGKAR TETAP DIBUAT

Nik Aziz: Nasha tiada dalam senarai calon

Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas timbalan presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

NONE"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 kissNasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong PAS akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.

Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar PAS.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, hari ini.

Beliau berkata bukan semua anggota parti itu "pak turut".

Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya.

-Bernama

Gagal hadir mesyuarat punca Nasharudin digugur

Harakahdaily, 28 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Pengguguran keanggotaan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS tidak ada kena mengena dengan tindakan beliau menyertai lawatan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Gaza, Palestin 22 Januari lalu.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, pengguguran itu sebaliknya dibuat 13 Januari lalu lagi selepas Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok itu tidak mampu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan Majlis Syura terhadap ahli-ahlinya.

Pada 13 Januari lalu itu, Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

"Beliau tidak memberi komitmen yang baik kepada Syura termasuklah kerap tidak hadir ke mesyuarat.

"Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza tempoh hari kerana pengguguran keanggotaan beliau dibuat lebih awal dari itu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas putar belit media arus perdana kononya Nasharudin digugurkan kerana mengiringi Najib ke Gaza Selasa lalu.

Mengulas lanjut Nik Zawawi berkata, Majlis Syura pernah membuat teguran terhadap komitmen Nasharudin beberapa kali ketika beliau masih hadir ke mesyuarat Majlis itu sebelum ini.

Bagaimanapun jelasnya, bekas timbalan presiden PAS itu dilihat tidak mampu untuk mematuhi arahan dan menerima teguran dari badan tertinggi PAS itu.

"Walau bagaimanapun beliau masih ahli PAS dan Majlis Syura mengharapkan sumbangan berterusan beliau untuk membantu PAS.

"Beliau masih boleh memberi sumbangan sama macam ahli PAS yang lain walaupun beliau tidak lagi menjadi ahli Majlis Syura PAS," katanya lagi.

Ditanya sama ada isu ini menjadi polemik kerana Nasharudin dilihat bersama Najib ke Gaza tempoh hari, Nik Zawawi berkata ianya hanya satu kebetulan.

"Selepas media melaporkan beliau (Nasharudin) turut bersama Najib ke Gaza, saya telah dihubungi oleh wartawan bertanyakan hal itu memandangkan beliau adalah ahli Majlis Syura.

"Bagaimanapun saya menjawab, penyertaan beliau bersama Najib itu tidak ada kena mengena dengan Majlis Syura PAS kerana keanggotaan beliau telah digugurkan 13 Januari lalu lagi," katanya.
Isu Nasha: Saya tidak suka sebut keburukan orang lain, kata Nik Aziz
SITI FATIHAH AWANG
28 Januari 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
KOTA BHARU - Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyatakan kesalahan dilakukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura.

Sebaliknya Nik Aziz mahu semua pihak memikirkan sendiri perbuatan dan sikap pemimpin itu terhadap parti selama ini.

“Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah.

"Semua benda kena ikut kaedah,  kalau  di syarikat pekerja boleh dibuang jika buat hal, begitu juga  pemain bola sepak boleh  juga dibuang kalau tidak tunjuk prestasi baik, ini  lebih-lebih lagi kalau bercakap soal Islam, lagi  kena cermat," katanya di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan Nasharudin digugurkan dari jawatan Majlis Syura, setelah didapati melanggar peraturan-peraturan berjemaah seperti yang ditetapkan parti.
Nasha kata PAS belum beritahu lucut jawatan
5:13PM Jan 28 2013
Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata beliau masih belum menerima makluman rasmi daripada parti berhubung keputusan Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu yang menggugurkan jawatannya dalam badan tertinggi parti tersebut.

nik aziz nasharuddin mat isa 170609Menurut laporan Bernama petang ini, Nasharudin berkata beliau hanya mengetahui mengenai pelucutan jawatan tersebut melalui laporan media.

"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Laporan semalam bagaimanapun menyebut, surat perlucutan jawatan berkenaan telahpun dihantar kepada MP Bachok itu, selepas mesyuarat berkenaan.

Setiausaha Majlis Syura Ulama itu, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh semalam dilaporkan berkata, mesyuarat berkenaan dipengerusikan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," kata Nik Zawawi dalam laporan semalam.

NONEDifahamkan Nasharuddin bagaimanapun kekal sebagai anggota biasa parti itu.

Laporan Bernama juga menyebut, Nasharuddin tidak menyatakan dengan jelas sama ada akan terus bersama PAS atau meninggalkan parti tersebut.
"Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan dan saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya seperti dilapor Bernama.


Hasan Ali: Lucut Nasha 'gembirakan' parasit dalam Pas
NIZAM ZAIN
28 Januari 2013
Hasan Ali
Hasan
SHAH ALAM – Tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pimpinan ‘parasit’ dalam parti itu.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa, berita pemecatan itu sudah lama dinantikan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menyenangi tindak tanduk Nasharudin yang sebelum ini menghentam secara terbuka Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kerana didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

“Parasit dalam pimpinan Pas memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas beliau (Nasharudin). Golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keputusan Majlis Syura adalah di luar bidang kuasa mereka.

“... keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah tertunai,” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemecatan Nasharudin dari Majlis Syura,  Hasan turut mendakwa pimpinan parasit juga tidak menyenangi tindakan Nasharudin apabila beliau telah mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama PR.

Dakwanya lagi, ketidakpuasan mereka membuak lagi apabila melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu ulama di Mekah dan Palestin sambil melabelkannya sebagai pro-Umno.

“Saya yakin selepas ini, Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli Pas.

“...kedudukan beliau kini lebih lemah daripada saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu itu adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Lajnah Politik dan mewakili Pas dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor,” jelasnya yang dipecat awal tahun lalu.

Beliau menambah, berita mengenai pengguguran itu tidak memeranjatkan malah, usaha untuk menjatuhkan karier politik Nasharudin dakwanya telah bermula sejak beliau kecundang dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar 2011.

“Rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pimpinan Pas terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh dan campur tangan dalam urusan kepimpinan Pas,” dakwanya.

“Penyingkiran Nasharudin juga menjadi satu kerugian besar buat Pas apabila ramai pemimpin parti itu masih tidak setanding dan tidak mempunyai kualiti yang sama sepertinya. Beliau boleh diletakkan di kerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia sama ada di Timur ataupun Barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia,” katanya.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan berita itu dan menyatakan keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan badan itu.

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti yang diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Karpal dalam isu hudud.
Nasha: 'Hak parti ambil balik jawatan'
Wartawan Sinar Harian
28 Januari 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
SHAH ALAM - Nasharudin Mat Isa berkata, menjadi hak parti jika mahu mengambil balik jawatan lantikan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Pas.
"Jawatan (anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti," kata beliau yang turut berkata tidak dimaklumkan secara rasmi lagi.

"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan pelucutan Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura diputuskan pada mesyuarat 13 Januari lalu.

Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden berkata, berorganisasi hanya wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.

"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya.

Nasharudin berkata, beliau menerima ratusan SMS, e-mel dan panggilan telefon susulan laporan media semalam.

"Sehingga di saat saya hantar SMS ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

"Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak," katanya.

Tiada ulasan: