Sabtu, 12 Januari 2013

ELOK KITA ADA RASA MALU DAN BERSALAH...AMBIK ATAU BERNIAGA CARA BERMODAL HAK ORANG

Warga Malaysia di Jordan juga sambut HKR112

Harakahdaily, 12 Jan 2013


JORDAN: Sebelum berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Malaysia, para penuntut dan pekerja Malaysia di Jordan telah memberikan tanda sokongan mereka dengan berhimpun di sana.

Namun rakan-rakan mereka di Mesir bernasib malang apabila dari awal lagi mereka diugut akan dibuang sebagai pelajar jika berhimpun hari ini. Himpunan Bersih 2.0 tahun lepas telah memakan ramai mangsa termasuk seorang pelajar dipecat tanpa dapat menamatkan pelajaran.

Seusai solat Jumaat di Masjid Syuhada, Mahasiswa Mu’tah Jordan dari kalangan ikhwah dan akhwat berhimpun di dataran Tarawneh dalam keadaan masih bersalji dan cuaca bersuhu 4 celcius.

"Walau dalam keadaan sejuk, kami tetap kentalkan semangat untuk mengadakan himpunan ini tanda kecaknaan kami sebagai mahasiswa terhadap Malaysia," kata seorang pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Himpunan ini bertujuan menunjukkan sokongan mereka dari negara perantauan terhadap HKR.

Mereka menuntut lapan perkara iaitu
1) Menuntut pilihanraya adil dan bersih

2) Bebaskan tahanan ISA

3) Martabatkan bahasa ibunda

4) Menuntut pendidikan percuma

5) Selamatkan kampung warisan dan tradisi

6) Selamatkan alam sekitar

7) Pulangkan royalti minyak dan

8) Selamatkan Felda.

"Walaupun jasad kami tidak bersama untuk menyertai himpunan di Stadium Merdeka, tapi semangat dan iringan doa kami tetap bersama peserta himpunan di sana yang sama-sama mempunyai tujuan yang jelas dan jiwa anakmuda yang mahukan perubahan," katanya.

Perhimpunan ini berlangsung selama 30 minit disertai dengan ucapan daripada wakil mahasiswa dan diakhiri dengan doa wehdah serta laungan takbir.

Status tanah 200 ekar kekal untuk kem tentera - MB

Harakahdaily, 11 Jan 2013
BANGI: Tanah 200 ekar di Bukit Raja yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah untuk kepentingan awam, iaitu membina kem tentera, dan bukan tujuan komersial.

Oleh itu, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan bagi kegunaan awam.

“Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.

“Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.

“Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza,” kata MB Selangor sebagaimana dilaporkan dalam media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.

Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua
Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.

Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan
hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.

Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.

Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Dengan keputusan kerajaan negeri Selangor ini, tanah ini tidak akan mempunyai nilai komersial apa-apa dan bakal memberikan tekanan lagi kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang membelinya kembali selepas dijual dengan harga murah.

Sebelum ini, Deepak mendakwa, beliau membeli tanah itu dengan pertolongan Datin Seri Rosmah Mansor dengan harga yang murah sebelum dijual kembali.

Akhirnya orang Umno terima ‘Amanat’ - TG Hadi

Khairul Azlam Mohamad, 11 Jan 2013
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan petikan dari ucapannya yang dinamakan ‘Amanat’ oleh pihak tertentu dan akhirnya diterima juga oleh orang Umno.

Dalilnya, kata Ustaz Abdul Hadi, di kalangan pemimpin dan menteri Umno kini tidak lagi menghina hukum Islam serta menerima politik dalam Islam.

“Alhamdulillah, orang Umno terima (amanat) dan dalilnya mereka tidak lagi menghina hukum Islam. Itu respon saya, cuma jangan degillah tak mengaku salah. Tahun 60-an, 70-an (waktu) itu masih ramai yang hina hukum Islam.

“Sekarang ini tidak ada lagi di kalangan orang Umno yang mengatakan ‘politik suku, agama suku’…dah tak ada lagi kata macam itu. Mereka pun sudah terima dan percaya politik ada dalam Islam..cukuplah dulu, respon (tindak balas) ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Buku Amanat Haji Haji- Antara Fitnah & Fakta di Masjid Rusila, Marang, hari ini. (Gambar)

Justeru, katanya isu amanat tersebut sengaja ditimbulkan kembali Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila hampir dengan pilihan raya.

“Kita (umat Islam) kena sedar ramai yang tak tahu dengan mengatakan politik tidak ada dalam Islam, (termasuk) hukum jenayahnya…(ini) kerana mereka tak bacalah.

“Akhirnya, berlaku suatu perubahan dan tidak ada lagi termasuk pemimpin-pemimpin (Umno), menteri-menteri pun tak ada yang bercakap (politik suku, agama suku) lagi. Itu suatu respon positiflah, kenapa pula perlu saya hendak tarik (amanat),” tegasnya.

Menurutnya lagi, pihak Jabatan Perdana Menteri sendiri pernah mengeluarkan sebuah buku ‘Mustika Hadis’ yang dianggap lebih ‘keras’ mengenai iman dan Islam.

“Ini kerana, hendak ‘main-main’ pilihan raya saja dan setiap kali menjelang pilihan raya buat keluar isu (amanat) itu…apa ini, tidak baiklah begitu.

“Sebenarnya, bukan saya sahaja yang tulis buku ini. Jabatan Perdana Menteri pun tulis dan allahyarham Tun Razak yang beri kata pendahuluan. Masa itu PAS dalam Barisan Nasional dan Tun Razak jadi Perdana Menteri keluar sebuah buku ‘mustika hadis’.

“Dalam buku itu menjelaskan perkara yang merosakkan iman dan Islam pada jilid yang pertama. Tapi mereka tak baca buku (mustika hadis) itu. Bahkan, buku itu lebih keras tapi saya ‘perlembutkan’ lagi. Sebab buku itu tidak bezakan antara (orang) yang jahil dengan (orang) yang tahu tetapi saya bezakan,” jelasnya kepada pihak media.

Kalimah Allah

Beliau yang juga mantan Menteri Besar Terengganu menyelar sikap kerajaan Umno-BN yang mempolitikkan isu kalimah Allah hingga berlaku kecelaruan pemikiran rakyat.

Katanya, pihak Umno sengaja mempolemik isu kalimah Allah dan cuba melemparkan kesalahan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, isu kalimah Allah itu diketengahkan bagi memancing undi orang Melayu yang masih ramai disifatkan sebagai ‘buta huruf’.

“Sama dengan isu kalimah Allah, setiap kali menjelang pilihan raya keluar (isu)…apa ini, tidak betul, salah. Pada hal tanggungjawab membenarkan cetak Bible itu, Umno (kerajaan). Dia kerajaan, di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dia yang kawal semua.

“Ini (sekarang) hendak ‘lempar’ (kesalahan) kepada kita. Jika kita yang memerintah lainlah, ini dia (BN) yang memerintah tapi dicampak ‘benda’ (isu ) itu kepada kita.

“(Umno) hendak main politik dengan kalimah Allah, bukan boleh begitu. Kita (PAS) bertanggungjawab dengan kalimah Allah ini bukan main-main politik. Kita orang Islam jangan rosakkan Islam,” ujarnya ketika menjelaskan isu penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam termasuk dalam Bible versi Melayu.

Pada masa sama, Ustaz Hadi, mengingatkan semua kerajaan yang ada atas dunia hari ini tidak kekal selamanya berkuasa yang akan berakhir ditolak oleh rakyat jika berlaku kezaliman.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Potong gaji Pengerusi Syabas, RM10 juta untuk pampasan

Harakahdaily, 11 Jan 2013


SHAH ALAM: Berikutan gangguan bekalan air di beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur, tekanan semakin berat menimpa Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.

Hari ini beliau diminta membuat potongan gaji beliau yang sangat tinggi itu di samping pegawai kanannya.

Beliau dituntut menyediakan RM10 juta untuk diberikan pampasan kepada  kepada rakyat yang menjadi mangsa keputusan air.

“Kita akan melancarkan kempen untuk mendesak gaji Pengerusi Eksekutif Syabas (Tan Sri Rozali Ismail) dipotong sebanyak RM10 juta daripada pakej gaji sebanyak RM17.25 juta setahun yang diterima.

“Potongan itu kemudiannya akan disumbangkan ke satu tabung khas untuk memberi pampasan kepada penduduk yang terlibat. Kempen itu akan diadakan di hadapan ibu pejabat Syabas di Shah Alam, Rabu depan,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, lapor lidah rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorku.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Tambahnya, alasan Syabas yang cuba mempolitikkan isu air dengan mendakwa bekalan air terawat tidak mencukupi dan menuding jari sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor disifatkan tidak masuk akal apabila Syabas sebenarnya mampu mendapatkan bekalan air yang dihantar melalui lori.

Dalam pada itu, Rafizi turut mendakwa, ia adalah permainan politik Umno-BN dengan mensabotaj bekalan air di Selangor untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Justeru, PKR akan melaksanakan beberapa langkah untuk berdepan sabotaj politik itu, antaranya mengeluarkan belanja sendiri bagi membeli pam-pam air untuk dibekalkan ke kawasan yang diperlukan.

“Selain itu, kita juga akan mengadakan rundingan bersama pihak Syabas dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapat komitmen supaya bekalan air melalui lori-lori yang dihantar adalah mencukupi dan mengikut jadual yang tetap.

“Satu kumpulan pakar yang pernah terlibat secara merancang dan membangunkan sistem air di Lembah Klang akan ditubuhkan secara sukarela untuk mengkaji aspek teknikal dan menjawab tuduhan Syabas serta mengadakan kempen penerangan di kawasan terbabit untuk memaklumkan kepada penduduk bahawa dalang sebenar adalah Umno-BN,” katanya lagi.

PKR juga akan menubuhkan sebuah pasukan peguam untuk menyaman Syabas dan Puncak Niaga Holdings Berhad dalam masa terdekat atas kegagalan syarikat itu membekalkan kualiti air terbaik kepada pengguna seperti yang dijanjikan.

PKR akan mengumpul seberapa ramai penduduk, peniaga dan pihak yang ingin menuntut pampasan dari Syabas dan Puncak Niaga untuk turut bersama dengan tindakan saman ini.

Deepak pohon perlindungan Whistle Blower

Harakahdaily, 11 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini berjanji akan mendedah semua salahlaku yang dibuat pemimpin negara ini jika diberikan jaminan oleh Pakatan Rakyat tidak akan diambil tindakan ke atasnya.

(Deepak ketika bercakap kepada Harakahdaily lewat petang hari ini)

Beliau bersedia menjadi saksi negara dan rakyat (State Witnes) terhadap kesemua kebejatan negara yang berlaku khasnya yang melibatkan Perdana Menteri dan keluarganya.

"Saya memohon kepada bakal Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang negara yang akan datang untuk tidak mengambil tindakan ke atas saya ekoran pendedahan yang saya buat.

"Jika ini boleh diberikan, saya sedia untuk membuat pendedahan sepenuhnya dan bersama-sama dengan perhimpunan rakyat esok," katanya.

Beliau membuat jaminan ini dalam temubual dengan Harakahdaily hari ini.

Deepak sedikit terganggu dengan beberapa kenyataan akhbar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli seolah-olah mahu tindakan diambil ke atas beliau bukannya ke atas pendedahan yang beliau buat.

"Saya adalah whistle blowwer macam Rafizi. Saya mahukan perlindungan jika mahu meneruskan pendedahan ini," kata beliau yang mempunyai pelbagai jenis penyelewengan kerajaan yang ada.

Deepak mendedahkan pelbagai ugutan dan amaran yang beliau terima sejak pendedahan yang beliau buat mengenai keluarga Perdana Menteri.
Antaranya dari syarikat guaman adik Perdana Menteri yang bertindak bagi sebuah bank, mahu menutup syarikatnya.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga menghantar surat siasatan cukai pendapatan yang kononnya beliau tidak membayarnya.


[LIHAT VIDEO]

Status tanah 200 ekar kekal untuk kem tentera - MB

Harakahdaily, 11 Jan 2013
BANGI: Tanah 200 ekar di Bukit Raja yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah untuk kepentingan awam, iaitu membina kem tentera, dan bukan tujuan komersial.

Oleh itu, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan bagi kegunaan awam.

“Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.

“Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.

“Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza,” kata MB Selangor sebagaimana dilaporkan dalam media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.

Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua
Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.

Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan
hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.

Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.

Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Dengan keputusan kerajaan negeri Selangor ini, tanah ini tidak akan mempunyai nilai komersial apa-apa dan bakal memberikan tekanan lagi kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang membelinya kembali selepas dijual dengan harga murah.

Sebelum ini, Deepak mendakwa, beliau membeli tanah itu dengan pertolongan Datin Seri Rosmah Mansor dengan harga yang murah sebelum dijual kembali.

HKR: Mari kita mulakan politik kasih sayang

Harakahdaily, 12 Jan 2013
KUALA LUMPUR: “Mari kita mulakan politik baru iaitu politik kasih sayang,” ujar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

(Sebahagian hadirin pada Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi. Foto: Telok Bakong Online)

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat menyertai HKR di Stadium Merdeka, hari ini untuk menjayakan hasrat membina politik baru di negara ini.

“Kita mahu menolak politik lama yang penuh dengan kejijikan adu domba, perkauman sempit dan politik yang bakar sentimen agama dalam kalangan rakyat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Katanya, Pakatan Rakyat akan menjadikan politik asas pentadbiran negara apabila menerajui pemerintahan bagi menggantikan politik lama yang diamalkan Umno BN.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Himpunan Kuala Lumpur menetapkan lapan lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka, hari ini.

Mereka juga meminta peserta berkumpul seawal jam 10 pagi dan mematuhi segala arahan komander di lokasi yang ditetapkan.

Tidak ada sebarang perarakan sebaliknya tempat berkumpul tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai berjalan menuju ke Stadium Merdeka.
Berikut adalah lokasi berkumpul, laluan dan komander bertugas:

1. Amcorp Mall, Petaling Jaya

Laluan: Lebuhraya Persekutuan – Jalan Pantai Baharu – Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka

Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM


Laluan: Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka

Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields

Laluan: Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka

Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.

4. KLCC


Laluan: Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka

Komander: Dato’ Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman


Laluan: Jalan Abdul Razak – Jalan Raja Abdullah – Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka

Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni


Laluan: Jalan H.S Lee – Jalan Sultan – Stadium Merdeka.

Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan

Laluan: Jalan Hang Jebat – Stadium Merdeka.  

Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara


Laluan: Bulatan KTM – Jalan Sulaiman – Jalan Maharajalela – Stadium Merdeka.

Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Pelajar Malaysia di Mesir diugut jangan buat himpunan hari ini

Harakahdaily, 12 Jan 2013
KAHERAH: Dengan memanggil kumpulan yang dikira bukan pro BN, Duta Besar Malaysia ke Mesir mengugut pelajar Malaysia agar jangan membuat perhimpunan HKR di Mesir hari ini.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam itu menyaksikan taklimat daripada Datuk Fakhruddin Abdul Mukti yang bercakap mengenai demokrasi di Malaysia.

Beliau menuduh pembangkang adalah Khawarij, asal demonstrasi adalah mengikut kebangkitan Iran dan sebagainya selain isu-isu kebajikan dan pendidikan pelajar.

Antara ancaman yang diberikan adalah larangan agar jangan ada mana-mana pelajar membuat atau menyertai himpunan sebegitu jika ada.

Jika tidak, mereka akan dibuang sebagai yang berlaku kepada Mohd Firdaus Madzlan yang menyertai himpunan Bersih sebelum ini.

Firdaus,  pelajar Darul Ifta’ Misriyah,  yang merupakan Presiden NGO, Gerakan Suara Rakyat (SUARA) ketika itu dibuang pengajian kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan di Kaherah.

Firdaus yang pada ketika itu hampir menamatkan pengajian, telah dinafikan sijil pengajian beliau.

Sekiranya diadakan juga rapat umum pada tarikh tersebut, maka gambar dan nama akan diambil dan akan dihantar oleh pihak kedutaan kepada Pejabat Sheikh Al-Azhar sepertimana yang telah dilakukan kepada  Firdaus.

Pihak kedutaan berkali-kali mengingatkan  supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan pada tarikh 12 Januari 2013 hari ini.

HKR: Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Negara

Harakahdaily, 12 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Sekalipun Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka bermula jam 2.00 petang ini, namun para peserta dari segenap pelosok negara sudah mula tiba di ibu negara.

Sejak malam tadi, mereka mula berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara.

Pagi ini, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat.

Beberapa gambar yang dipetik daripada laman sosial Facebook dan penulis blog menceritakan suasana tersebut.





Tiada ulasan: