Rabu, 16 Januari 2013

BILA TAK BUAT DAN CAKAP KITA TAK TAHU DIA BODOH...BILA DIA BUAT DAN CAKAP CONFIRM MEMANG DIA BODOH ....SUSAH GAK...ORANG SOMBONG BODOH DAN KAKI BODEK...KERANA NAK HABUAN DUNIA YANG SEMENTARA

Keputusan Majlis Syura tepati realiti semasa - Dr Dzulkefly

Harakahdaily, 15 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan keputusan Majlis Syura berhubung dengan nama Allah baru-baru ini adalah paling tepat (arjah) untuk masa dan realiti setempat di Malaysia.

"Bagi saya keputusan Majlis Syura itu adalah paling wajar dalam isu ini," kata beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor.

Menurut beliau, keputusan itu telah memperkukuhkan pandangan yang telah diberikan oleh Presiden dan juga Mursyidul Am PAS sebelum ini.

"Bagi saya, keputusan ini jame' dan mani' (sempurna dan tepat), tidak memberat-berat (la ifradh) dan tidak meringan-ringan (la tafridh) dalam mahfumnya dalam mengambil kemaslahatan dakwah secara menyeluruh," tegas Dr Dzulkefly Ahmad yang juga AJK PAS Pusat.

Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini membuat keputusan, nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan bertulisnya berkata, orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah tetapi jangan disalahgunakan.

Namun ia tidak dihurai secara terperinci apa maksud jangan disalahgunakan itu.

Majlis Syura Ulamak PAS pula memutuskan dan mengulangi penegasan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah secara 'hukum asal' dari nas-nas Al-Quran sendiri (Fiqh Nusus).

Bagi Dr Dzulkefly, ia berbeza dengan Mufti Umno yang mengeluarkan kenyataan, boleh menjadi kafir dan murtad jika benarkan orang bukan Islam guna nama Allah.

Ini berlawanan dengan pendirian ulama PAS yang tidak mudah-mudah menjatuhkan hukuman 'takfir' mentelahan terdapat banyak nas dari Al-Quran secara qat'iy dan jelas (soreh) ia boleh digunakan.

Utusan melaporkan, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

Katanya, kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah.

Menurut Dr Dzulkefly, ini sangat bertentangan dengan banyak nas termasuk yang diucapkan umat Islam 17 kali sehari dalam Al-Fatihah bahawa Allah ialah Rabb (Tuhan) seluruh Alam yakni makhluk beriman atau tidak, Muslim, Ahli Kitab atau pun Musyrikin dan seluruh semesta alam.

Majlis Syura dalam kenyataannya telah memperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'jangan salah guna' yang dibuat oleh Presiden PAS sebelum ini.

"Majlis Syura telah secara spesifik memperkemaskan penyataan itu dengan menegaskan, nama Allah tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God dan wajar dihalang kerana ia mengelirukan dalam suasana waqi' dan realiti hari ini.

"Ia memperjelaskan apa yang dikatakan 'jangan disalahgunakan' oleh Presiden," kata beliau.

Menurut Dr Dzulkefly, apa yang dilakukan oleh Majlis Syura, setelah jelas hukum asal perkara ini, adalah satu ijtihad berdasarkan keperluan masa dan waqi' (persekitaran) kini.

Ia pula sesuai dengan peranannya dalam ruang lingkup 'Siyasah Syariah' dan hal urus-tadbir keagamaan, mengambil pelbagai Qawaid Fiqiyyah seumpama Sadda Zari'ah (Menutup pintu-pintu kemudharatan dalam menjaga Maqasid Syara' seperti Hifzul Deen).

"Inilah siasah syariyyah yang dilaksanakan oleh Majlis Syura. Ijtihad ini bagi saya tepat, wajar dengan masa dan suasana sekarang tambahan wujud pelbagai dakwaan pelbagai kelompok sehingga menimbulkan keresahan dan pertentangan antara agama.

"Sesuai dengan sifat ijtihad itu, ia boleh berubah apabila masa dan     suasana berubah, seperti juga wujudnya Qaul Qadim (ijtihad lama) dan Qaul Jadid (ijtihad baru) dalam Mazhab Syafie," katanya.

"20 tahun lagi, setelah pencerahan minda dan kebangunan ummat dapat kita usahakan, mungkin sahaja ijtihad ini akan berubah, Allahu 'Alam," katanya.

"Yang penting bagi saya jangan sampai kalimah Allah sahaja yang kita pertahankan sementara syariat Allah kita kesampingkan," katanya berseloroh bercampur sinis.

Warkah terbuka buat Menteri Pengajian Tinggi

Ibu prihatin,
Salam Kebangkitan Rakyat, Pak Menteri

Pertamanya, saya ingin nyatakan rasa dukacita dengan isu video ‘listen,listen, listen’ uum yang sekarang hangat ditonton dan dibicarakan 1 Malaysia.  Ada beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan dan diharap mendapat response dari tuan.

1. Siapakah penganjur program tersebut?
2. 2  Apakah objektif atau matlamat program? Manfaat mahasiswakah atau talian hayat BN?
3. 3  Atas kapasiti apakah Syarifah Zohra Jaben diangkat sebagai Jurucakap program berkenaan?
4. 4  Apakah yang diharapkan kementerian melalui program seumpama ini? Memandulkan minda golongan mahasiswa ?
5. 5 Apakah pihak universiti dan NC nya faham hala tuju pendidikan pengajian tinggi dan pengisian yang sewajarnya dalam pembentukan jatidiri siswa-siswi merdeka?

Apa yang dapat dilihat dalam video yang memalukan itu- nyata ianya tersasar dari tajuknya “Seiringkah Mahasiswa dan politik”. Sama ada penganjurnya pihak universiti, maupun pihak persatuan pelajar, objektif penganjurannya sewajarnya ke arah membuka minda mahasiswa, memantapkan daya fikir mereka, menggalakkan pemikiran kritis khususnya dalam membicarakan isu-isu semasa . Sesungguhnya golongan siswa adalah pemimpin muda masakini dan bakal pewaris pimpinan Malaysia akan datang. Mahasiswa dan politik adalah satu keperluan.

Justru- forum ini tidak sepatutnya dikendalikan oleh wanita ‘setengah masak ‘ dengan pendekatan setengah masaknya.

Sewajarnya panelis matang dan berautoriti dari parti-parti politik PR dan BN digandingkan dalam forum tersebut. Berikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita mendengar ‘hujjah dan fakta’ dan hormati kemampuan mereka ‘untuk menilai serta memutuskan’ pihak mana yang lebih benar hujjah dan faktanya- dan pihak mana pula sekadar  memuntahkan ‘auta dan fitnah’.

Begitu juga, sewajarnya berikan ruang secukupnya untuk golongan siswa yang telah ‘mengorbankan masa berharga’ mereka –duduk dan sabar mendengar apa yang diperkatakan sepanjang forum itu berlangsung( walau mungkin mereka tidak bersetuju dengan auta panelisnya) untuk mengemukakan pandangan serta persoalan.


Sebagai seorang ibu yang peka dengan perkembangan semasa negara dan anak muda, saya berpendapat bahawa Syarifah ZJ bukan ‘somebody’ yang layak untuk bercakap dalam forum itu-atas kapasiti apapun! Apa lagi atas kapasiti pimpinan KIMA!! Keangkuhan dan kebodohan beliau serta sikap biadabnya di majlis wacana siswa amat menjengkelkan. Oppps…..adakah ini oppa BN style memaksakan pengaruh ke atas anak muda?

‘Omelan beliau ibarat sampah yang tidak berbaloi diulas. Biarkan kucing, lembu dan itik saja memberikan komen. Saya hanya ingin mengingatkan pihak tuan dan kementerian yang beroperasi dari wang rakyat- supaya jangan memperbodohkan anak-anak kami di menara gading seperti yang berlaku di UUM.

Pada anak-anak siswa khususnya di uum, hormatilah diri kalian sebagai wrga intelek, penghuni menara gadiang yang sewajarnya bijak fikir , tau membezakan yang tulin dan yang palsu, dan tidak membiarkan maruah ‘siswa/siswi’ dicucuk hidung serta dikondokan oleh mana-mana badut 1 Malaysia.

Buat Bawani dan siswa-siswi merdeka harapan rakyat- syabbas dan teruskan berfikiran terbuka, matang dan berani menyuarakan pandangan-pandangan mantap kalian , sesuai dengan status kalian sebagai golongan bijak pandai penentu masa depan Negara!


Akhirnya, buat Pak Menteri, dengar! Dengar! Dengar! Dengar! Dengarkan kata-kata peringatan ini! Hentikan agenda-agenda sengal di menara gading! Kembalikan maruah warga kampus! Martabatkan menara gading, martabatkan golongan siswa dengan program-program membuka minda! Hentikan  pemandulan daya fikir dan menghina intelektual anak muda!



Shah Alam, Selangor.

Peristiwa di UUM gejala pembodohan mahasiswa

Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin,
Peristiwa yang berlaku di UUM yang sekarang ini heboh diperkatakan di media sosial perlu difahami dengan teliti punca berlakunya masalah tersebut. Pertama begitu sedikitnya mahasiswa yang sanggup bangkit mempertahankan pendapatnya dan hanya menjadi tukang angguk. Tahniah ke atas saudari Bawani yang berani dan juga berhujah menggunakan bahasa yang elok dan tidak emosional.

Kedua adalah pentingnya mahasiswa (dan juga pensyarah) diberi peluang meluahkan pendapat. Apatah lagi dalam sebuah program yang mahu dilihat sebagai forum intelektual. Pada masa kini memang telah banyak program seperti ini namun kebanyakannya menjadi semacam pseudo-intelektual dan orang yang dipanggil bukan daripada ahlinya. Sepatutnya program seperti forum ini adalah gelanggang pertentangan idea di mana orang yang berkenaan berbincang secara aman dan bukan menjadi tempat menyerang individu tertentu dan memaksakan pendapatnya ke atas orang lain. Ini namanya gejala pembodohan mahasiswa.

Di program seperti ini juga kita dapat melihat mahasiswa mana yang betul-betul memahami peranannya sebagai mahasiswa berbanding rakan-rakanya yang lain yang melihat menjadi mahasiswa sekadar tuntutan kerja pada masa hadapan. Saya fikir kerajaan telah banyak membuka banyak ruang kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat dengan pengurangan kekangan di dalam AUKU dan perkara sepatutnya disambut oleh mahasiswa. Manakala kakitangan universiti sepatutnya lebih memahami kehendak mahasiswa dan tidak hanya melabel pihak yang berani sebagai pembangkang.

Akhirnya kita semua setuju bahawa universiti adalah tempat untuk mendidik pemimpin masa depan. Sekiranya gejala pembodohan di universiti terus menular maka bersedialah rakyat Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang bodoh

Penulis ialah Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM.

Bawani: Dr Asri, Saifuddin beri komen berapi

http://kachipemas.blogspot.com, 15 Jan 2013

Terbaikkk : Dr Asri Zainal Abidin dan Dato Saifuddin memberi komen berapi .berkaitan Pelajar UUM Bawani ..jom baca


Nukilan Abu Luqman

+1 RT "@realDrMAZA: "Listen listen listen" itu mmbangkit jiwa yg merdeka bhw keadaan spt ini mesti diubah segera demi kebebasan intelek."Nukilan Abu Luqman
@Mr_Nurislam Patutny benarkn Bawani habis brcakap,lps tu jawab dgn bijaksana(ikut an Nahl 125).Sy fon Bawani mlm td,dia in high spirits.Nukilan Abu Luqman


+1 RT "@Mr_Nurislam@saifuddinabd ..dia spatutny tunjuk qudwah yg baik. Nasihatkn Bavani tanya dgn nada perlahan dan benarkan diteruskan." Nukilan Abu Luqman

@maszlee @saifuddinabd @realDrMAZA Shaikhuna maszlee. Kasi poin2 utama utk manfaat semua. Malu sgt tengok film Listen tu. Lizard gayanya..Nukilan Abu Luqman
DR Mohd Asri  berharap Bawani menghubunginya dan menjemput beliau menjadi tetamunya.. dna juga komen dari Dato Saifudin dan Dr Juanda [Mufti Perlis ]
nukilan Abu Luqman..

Azrul: PAS desak Bank Islam tarik balik

Anis Nazri, 15 Jan 2013
KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak Bank Islam supaya menarik semula penggantungan Ketua Ekonomi bank itu, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Pengerusi Lajnah Buruh PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata penggantungan tersebut tidak perlu, lebih-lebih lagi ia tidak membabitkan penyalahgunaan wang.

"Siasatan dalaman boleh dilakukan terhadap beliau, tetapi tindakan menggantung tugas itu tidak perlu. Isunya perbezaan pendapat, bukan ada penyelewengan atau pecah amanah," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang tidak menolak kemungkinan pihak bank akur dengan 'telunjuk orang politik' berkata tindakan menggantung Azrul itu satu tindakan tidak adil, sekaligus mengkhianati hak pekerja.

Mempersoalkan insiden tersebut berlaku ketika negara dikatakan cuba melakukan transformasi, Anuar mendesak mana-mana kesatuan sekerja tidak hanya berdiam diri dalam menangani isu ini.

"Kesatuan sekerja, atau badan hak asasi tidak boleh berdiam diri dalam hal ini. Begitu juga dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kerana isu ini membabitkan hak-hak bersuara, hak bekerja," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata PAS akan terus memperjuangkan nasib Azrul sekiranya berlaku sebarang kemungkinan hasil siasatan dalaman tersebut.

Kerana meramalkan BN akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, telah digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar".

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Apabila teringat Mahathir, teringat pula kelindan lori

Aspan Alias, 15 Jan 2013


UMNO begitu gusar dengan apa yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan manifestasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun merudum jika pilihanraya ke-13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.

Tetapi ada seorang bekas pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambil alih ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di negara-negara Timur Tengah.

Komen Dr Mahathir itu tidak melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini, nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang ‘famous’ ini..  Semua tindakan dan pemikiran beliau amat mudah dibaca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.

Kata perpatah, rakyat ‘sudah dapat menyelam air dalam tunggak’. Apa yang terselindung dalam hati dan benak beliau itu difahami oleh rakyat yang ramai dengan mudah. Otak beliau nampaknya belum bersara lagi walaupun tubuh dan fizik beliau sudah bersara. Pemikiran beliau lebih kencang berfikir dari semasa beliau dalam jawatan lagi. Sesungguhnya Mahathir sememangnya sudah terlalu susah untuk bersara seperti PM-PM lain yang telah tamat perkhidmatannya.

Tetapi itu semua bukannya dilakukan oleh pembangkang yang bakal mengambilalih pimpinan kerajaan ini, tetapi itu adalah hasil dari tingkah laku politik beliau sendiri. Bukan tidak pernah rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sendiri pernah berusaha untuk menyelamatkan beliau menghadapi apa yang beliau sedang hadapi sekarang. Partinya sendiri pernah cuba untuk merehatkan beliau untuk mengelakkan beliau terus-terusan untuk merosakkan diri beliau sendiri dengan cara memberhentikan beliau.

Beliau tidak mahu akur dengan kehendak sebilangan besar ahli-ahli partinya sendiri dan sebaliknya beliau telah membunuh partinya itu semata-mata untuk beliau melakukan kerosakan bukan sahaja kepada negara tetapi terbukti beliau merosakkan pemikiran dan kehidupan beliau sendiri.

Kekalahan UMNO itu merupakan igauan beliau kerana beliau telalu takut dengan perbuatan beliau sendiri. Menganggapkan himpunan Sabtu lepas sama seperti Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak Ketua Kerajaan di Timur Tengah adalah tidak bermoral. Rakyat keluar untuk ke Stadium bagi menunjukkan sikap mahu berubah dengan pihak kerajaan membetulkan sistem pilihanraya kita yang terlalu ‘out moded’ yang berat sebelah itu. Kita hendak merubah melalui pilihanraya dan kita hendakkan pilihanraya terlaksana dengan telus dan adil.

Perarakan ke Stadium Merdeka itu adalah untuk berkumpul dan tidak boleh menganggap perjalanan ramai-ramai ke stadium itu sebagai demonstrasi jalanan. Kita telah berarak dengan aman kerana tiada provokasi dari pihak FRU seperti yang berlaku semasa perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Dr Mahathir terlalu banyak agenda. Selain dari agenda mempertahankan UMNO untuk mempertahankan diri beliau, beliau juga mempunyai agenda tersendiri di dalam UMNO itu sendiri. Beliau sedang bertindak untuk menjatuhkan seorang pimpinan UMNO dan diambil alih pimpinan itu oleh seorang yang lain. Mahathir telah sentiasa bermain politik ‘intra-parti’ sejak dari dulu sampailah sekarang.

Tetapi sekarang Mahathir berhadapan dengan masalah kerana permainan politik intra-parti beliau tidak pasti menjadi kerana UMNO itu sendiri dijangka akan gugur dalam pilihanraya itu nanti. Justeru kekuatan PR yang bertambah-tambah itu sangat menggusarkan Mahathir kerana keadaan itu merupakan ‘spoiler’ kepada rancangan beliau untuk menaik dan menurunkan pimpinan UMNO sebelum pilihanraya kali ini.

Beliau ini tidak ubah seperti seorang kelindan lori yang menaikkan dan menurunkan barangan dari lori yang beliau naiki itu. Itulah kerja beliau selama ini. Justeru adalah penting bagi rakyat melakukan sesuatu yang baru dalam politik negara khususnya dalam pilihanraya nanti .- http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Di negeri Umno paling kuat dalam dunia.. Melayu adalah pailng miskin..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 15 Jan 2013

Walaupun negeri UMNO paling kuat dalam Dunia ini ditadbir oleh Kerajaan yang majoriti pemimpinnya dari UMNO iaitu parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kononnya, Melayu disini adalah paling miskin di Malaysia.

Selain dari miskin menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas Melayu di Johor juga kian terpinggir.

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini ~ The Malaysian Insider

Ishhhh.. macam mana boleh jadi macam tu pulak?..

Pemimpin UMNO kata mereka memperjuangkan nasib bangsa Malayu tapi apahal pulak dinegeri UMNO paling kuat dalam dunia Melayu boleh jadi paling miskin dalam Malaysia.

Kalau di Penang pencacai UMNO kata Melayu terpinggir angkara DAP, di Johor ni UMNO yang berkuasa.. apahal pulak Melayu di Johor boleh terpinggir?

Kesimpulan dari laporan di atas adalah ianya perlu bagi UMNO untuk menjadikan Melayu-melayu yang tinggal di negeri UMNO paling kuat dalam dunia itu kekal miskin dan semakin miskin.

Ini penting buat pemimpin UMNO untuk kekal berkuasa kerana kemiskinan akan menghalang Melayu-melayu yang miskin itu dari punya capaian terhadap internet bagi membolehkan mereka membaca berita selain dari yang disiarkan oleh TV3 dan Utusan..

Jadi.. urusan memperbodohkan Melayu di situ menjadi mudah bagi mereka..

Jadi tak salah jika dikatakan "Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat"


Jangan lupa.. saksikan juga bagaimana seorang pemimpin NGO mesra UMNO memperbodohkan Mahasiswa di (SINI)

Tiada ulasan: