Khamis, 17 Januari 2013

HUKUM HUDUD TAK MENYESAKKAN PENJARA....HUKUM ALLAH ...MENGHUKUM SERTA MENDIDIK INI HUKUM HASIL SIFAT ALLAH YANG MAHA ADIL SERTA MAHA BIJAKSANA

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Surah Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
Surah Al-Fatiha
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)
Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7) 

 
Penjara di Malaysia sesak akibat tiada hukuman alternatif?
Posted on Thursday, January 17 @ 09:37:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"Penjara sesak akibat tiada hukuman alternatif atau kerana tidak menghukum pesalah yang beragama Islam mengikut hukuman yang disyariatkan Islam?

Penjara sesak akibat tiada hukuman alternatif
Kosmo 17 Jan 2013  
KUALA LUMPUR - Kurang menggunakan hukuman alternatif lain berbanding penjara dan skim banduan prabebas adalah antara punca penjara di Malaysia sesak. 
Anggota Majlis Eksekutif Pusat Antarabangsa Undang-Undang dan Pengajian Perundangan (I-Cells), Prof. Dirk Van Zyl Smit (gambar kecil) berkata, kajian I-Cells mendapati daripada sejumlah 37,625 banduan pada 2011, seramai 12,338 orang adalah mereka yang menjalani hukuman penjara di bawah lima tahun. 
"Bagi tempoh sama, seramai 6,927 banduan merupakan warga asing yang melakukan kesalahan imigresen atau jenayah ganas," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk The Malaysian Criminal Justice Audit: Preliminary Findings pada Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi di sini semalam. 

 ALAMAKK, Sultan JOHOR DIHINA bersama Tenteranya
Posted on Thursday, January 17 @ 08:10:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: Dukunpasir

"
Isu panas ini timbul apabila kabarnya pemain Johor di kawal rapi oleh tentera khas Diraja dalam perlawanan bola sepak menentang Kelantan.


 


Tindakan kerabat Diraja Johor yang membawa Askar ini dikecam kerana menjatuhkan maruah penyokong  pemain Kelantan serta kerajaan Negeri.

Memang tidak patut bila difikirkan secara logik akal SIAP MEMBAWA TENTERA cuma untuk PERLAWANAN BOLA SEPAK dan pula negara kita bukan dalam medan peperangan.........Tetapi JUGA tidak patut ada komen komen yang AGAK BIADAP PADA SULTAN JOHOR DAN KERABATNYA. 


Mungkin juga Rakyat sudah jelik dan tidak dapat menyimpan api kemarahan mereka lagi.......Buat dan fikirkan terbaik!

 Berita Lanjut Klik sini.....

 Kalimah Allah: Ini jawapannya
Posted on Thursday, January 17 @ 08:07:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: modayu

"Belum habis cerita berkenaan dengan penggunaan kalimah  ALLAH oleh penganut agama lain, timbul pulak cerita terbaru berkenaan dengan penggunaan perkataan LISTEN!LISTEN!LISTEN!. Sungguh meriah Malaysia ini berpolitik. Ada yang mengerikan dan ada yang menggelikan hati..Apapun berkenaan dgn penggunaan kalimah Allah ini,kita perlu cerahkan minda kita agar kita faham apa masalah disebalik penggunaan kalimah itu. Saya bukan pakar dalam perkara ini,dan sesungguhnya pakar itu ada disini untuk mencerahkan kita tentang perkara ini.

So tontonlah 7 video yang penuh dengan ilmu dan maklumat ini untuk kebaikkan kita bersama...in syaa Allah.

 
   


 
Ingin mengetahui sambungan seterusnya?
Teruskan ke www.youtube.com/user/modayu73
untuk lebih maklumat boleh subscribe channel saya ini untuk info2 terbaru in syaa Allah.
 saya yang menumpang
md daud yusri fie alhutan melintangi
www.dadiydoo.com

Aktivis R berbasikal 700km tuntut Royalti #KL112‏
Posted on Thursday, January 17 @ 08:05:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: Truckster

"Kisah disebalik tabir Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang wajib anda tonton. Bagaimana jerit-perit perjuangan Anak Muda Kelantan yang berbasikal lebih 730km dari Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Petronas di Bagunan KLCC.


Anak Muda R tiba di Kuala Lumpur
Aktivis R memberi amaran di hadapan Bangunan Petronas, Kembalikan Royalti Kami!

Sertai Kami Berjuang Tuntut ROYALTI, segala maklumat sentiasa di update di FB kami: https://www.facebook.com/NGO.Royalti


 Tayar Meletup Kereta Terbalik
Posted on Thursday, January 17 @ 08:02:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tokman

"

adakah sesiapaa yang pernah ada pengalaman menemui kemalangan kereta
kerana tayar meletup?

Baru baru ini saya ada membantu jiran yang ditimpa kemalangan di Perak kerana keretanya terbalik sebab tayar second-hand yang dibelinya meletup.



Di kedai tayar saya dapati tayar walaupun banyak bunga adalah tayar yang telah koyak tetapi ditampal dengan segenggam silikon .

Saya syorkan bila ada tayar koyak bawalah balik dan recycle -tanam pokok di luar rumah. Bila beli tayar secondhand atau baru sekali lihat kondisi tayar. tayar baru mesti ada sticker yang tertera nombor serial tayar dan simpanlah resip di dalam fail sepanjang hayat tayar. 

Mohon pendapat,  


Note: Ini sepatut berada di forum TKO - PC"


 Jangan sekali kali ukur diri kita sama dengan diri orang lain
Posted on Thursday, January 17 @ 08:00:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: anaabdullah

"

Sangat salah kita ukur teruk tak teruk situasi sekarang dengan diri kita.
Mengapa? kerana iman kita tidak sama dengn iman orang lain. Akidah kita tidak sama dengan akidah orang lain.
Ekonomi kita tidak sama dengan ekonomi orang lain. akhlak kita tidak sama dengan akhlak orang lain. Pendidikan kita tak sama dengan pendidikan orang lain.


Pendek kata semua apa. termasuk fahaman kita tidak sama dengan fahaman orang lain.
Ibadat kita tidak sama dengan ibadat orang lain.
Demikian juga Islam kita tidak sama dengan islam orang lain.
 Kita juga kena ingat umat islam terbahagi kepada 73 puak. Cuma satu puak saja yang diterima iaitu yang ikut Rasulullah SAW.
 Manakala 72 puak lagi tidak diterima.Sebab itu amat salah kita andaikan kita tak teruk maka orang lain pun tak teruklah.
 Hari ini beriman hanya pada kata kata bukan praktikal .Islam pun, Islam pada baka.Bukan Islam praktikal.
 Boleh makan riba boleh makan rasuah.Pendek kata boleh buat apa saja yang kita suka, sedangkan Islam melarangnya. 

 Santai: Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M)
Posted on Thursday, January 17 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh shalehudin

Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini.

Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."

Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"



Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."

Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - wartawan Johan

P/S:
Listen..! Listen..! Listen..!
Gua mau gelak...
Kahkahkah...

Sumber: shalehudin.blogspot.com


  Kupusan Pengunaan kalimah Allah oleh bukan islam
Posted on Thursday, January 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh ALBA



Masih berlegar dengan isu Pengunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Ini adalah kupasan dr MAZA.



paparan lebih besar.



Tiada ulasan: