Sabtu, 20 Oktober 2012

WALAUPUN TAK MUFLIS...TAPI MUFLIS DARI SEGI MORAL DAN CARA MEMERINTAH...SERTA PANDANGAN RAKYAT PADA PEMIMPIN


Wee: Walaupun hutang naik, M'sia takkan muflis

  • Koh Jun Lin
  • 11:57AM Okt 20 2012
Malaysia tidak berada di ambang muflis walaupun jumlah hutang negara terus naik sehingga mewakili 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong.

Katanya, pihak dalam bidang ekonomi dan kewangan pasti tahu bahawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan apabila mempunyai belanjawan fiskal defisit untuk memacu pembangunan ekonomi selagi ia dalam paras terkawal.

NONEMenggunakan teori Keynesian, Wee berkata, ketika kemelesetan atau kelembapan ekonomi negara lain, belanjawan defisit boleh digunakan untuk meningkatkan permintaan dalam negara melalui pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

"Kerajaan kita melaksanakan polisi ekonomi berdasarkan teori Keynesian. Belanjawan desifit bukan perkara baru.

"Ia bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah," katanya dalam ucapan pembukaan dalam Mesyuarat Agung Pemuda MCA di ibu negara hari ini.

Wee berkata, walaupun Pakatan Rakyat mendakwa Malaysia menuju muflis, mereka gagal menyebut bahawa hutang Jepun sebanyak 211peratus daripada KDNK negara itu, Singapura 118 peratus, United Kingdom 85 peratus, Jerman 81 peratus dan Amerika Syarikat 67 peratus

JANGAN FIKIR ORANG UMNO SEMUA BUTA AGAMA...MEREKA TAHU NAK MENJAGA AKIDAH...MEREKA TAHU MENYOKONG HUDUD@HUKUM ISLAM TU WAJIB...KENA BERIMAN PADA KITAB@ALQURAN ITU WAJIB...SEPATUT KAJI ISLAM ITU BUKAN MAIN BELASAH AJE...

Wanita MCA bimbang MP Umno juga sokong hudud

  • Lu Wei Hoong
  • 11:38AM Okt 20 2012
Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

mca wanita agm 201012 02"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.

"Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan."

Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Malaysia akan bertukar menjadi negara teokratik sekiranya mengundi Pakatan.
Borders mahu soal balas menteri

  • Hafiz Yatim
  • 11:22AM Okt 20 2012
Adakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memungkiri tanggungjawabnya kementerian, yang menyebabkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu kedai buku Borders dan mendakwa di mahkamah syariah seorang pengurus yang beragama Islam kerana mengedarkan buku kontroversi?

Ya, hujah Borders dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 September untuk menyoal balas Hishammuddin berhubung perkara itu.

NONEKedai buku itu mahu menyoal balas Hishammuddin kerana mereka percaya beliau memungkiri tanggungjawab perlembagaan sebagai seorang menteri.

Ini ekoran apa yang dikatakan cubaan Hishammuddin membela unit penguasaan JAWI yang merampas buku Allah, Kebebasan dan Cinta (termasuk versi bahasa Inggeris) karya Penulis Kanada Irshad Manji pada 23 Mei - seminggu sebelum diharamkan secara rasmi.

Menteri dalam negeri dalam afidavit kepada Mahkamah Tinggi bertarikh 5 September berkata, walaupun tiada pengharaman rasmi, JAWI boleh berbuat demikian kerana buku itu melanggar Seksyen 13 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Hishammuddin dalam afidavit bagi menjawab permohonan semakan kehakiman yang difailkan Borders menyebut, rampasan boleh dibuat oleh JAWi bawah undang-undang tanpa sebarang larangan daripada kementerian.

MEREKA NAIK KERETA MEWAH PAKAI PEMANDU ...APAKAH MEREKA BOLEH RASA
Komuter, tren elektrik paling banyak terima rungutan
10:41AM Okt 20 2012
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yakin dapat mentransformasi sepenuhnya sistem pengangkutan awam darat di negara ini menjelang 2020.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata SPAD sedang melaksanakan pelbagai langkah bagi menambah baik pengangkutan darat termasuk membabitkan kenderaan berat.

kuala terengganu by election 140109 syed hamid albar"Sistem pengangkutan negara kita tidak pernah diselarikan dengan kemajuan dan pembangunan negara... Bagi kami masa untuk ubah dan tambah baik kerana untuk ubah sesuatu sistem yang dah lama wujud bukan boleh siap dalam sehari," katanya kepada Bernama, di Kuala Lumpur.

Katanya walaupun SPAD menerima banyak tentangan terhadap usaha yang dilakukan, beliau menganggap halangan itu petunjuk bahawa mereka berada di landasan yang betul.

"Sebenarnya keadaan fizikal sistem pengangkutan negara kita baik tetapi saya yakin ia mampu menjadi lebih efisien dan cemerlang sekiranya mendapat kerjasama pihak pengendali pengangkutan di luar sana untuk menjadikannya lebih cemerlang," katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2010, SPAD melaksanakan beberapa pembaharuan bagi menambah baik pengangkutan awam, khususnya di Lembah Klang dan yang terkini memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Go-KL City Bus yang mencetuskan kemarahan segelintir pengusaha teksi.

Menjawab isu itu, Syed Hamid yang mengakui ramai pemandu terasa diri mereka dianiaya dengan tindakan tersebut, berkata tanggungjawab SPAD memastikan orang awam mendapat perkhidmatan yang baik.

"Jika mereka marah dengan perkhidmatan bas percuma Go-KL, perkara itu tidak sepatutnya kerana perkhidmatan cuma melibatkan dua laluan dan saya yakin jika perkhidmatan yang disediakan teksi memuaskan, penumpang termasuk pelancong akan menggunakan perkhidmatan mereka," katanya.

Perkhidmatan bas percuma itu hanya meliputi Laluan Hijau (KLCC-Bukit Bintang) sejauh 7.4 kilometer dan Laluan Ungu (Hab Pasar Seni-Bukit Bintang) sejauh 6.5 km.

Syed Hamid juga mendedahkan perkhidmatan rel iaitu komuter dan tren elektrik Keretapi Tanah Melayu Berhad paling banyak menerima rungutan orang ramai kerana sering lewat dan tidak efektif.

Perkara itu katanya sedang ditangani termasuk dengan penambahan 36 gerabak baharu.

Mengenai Pekeliling SPAD berhubung had muatan lori yang dikuat kuasa 25 September lepas, Syed Hamid berkata pekeliling itu bagi memastikan menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Pekeliling itu untuk memastikan pengendali lori tidak terlalu tamak membawa muatan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain serta merosakan jalan.

"Jika jalan raya rosak, untuk membaikinya menggunakan duit cukai dan ia adalah hasil kutipan cukai rakyat," katanya.

- Bernama


Indah Sungguh Hidup Kat Dunia Ini Insan Yang Bernama Mohamad Nedim Nazri anak Pak Menteri Nie Ada Je Kes Semuanya Lepas Agak2 ler Kalau Anak Pemimpin pembangkang Camnie Apa Yang Akan Berlaku....
— with Mohamed Nasir and Abdul 'Azim.

PKR: Kes selesai, anak Nazri macam mana?
1:22PM Okt 19 2012
PKR menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan jawapan Parlimen bahawa kes pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah selesai.

Ini kerana, kata naib presidennya N Surendran, ia gagal menyentuh tentang siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri.

NONE"Apakah hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan?

"Walaupun mengakui perkara itu disiasat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Huseein sengaja tidak memberitahu sama ada Nedim bersih daripada sebarang kesalahan," kata Surendran.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran (kiri) berkata, tanpa mengira kedudukan sosial, semua orang sama di mata undang-undang dan pengawal keselamatan terlibat juga berhak mendapatkan keadilan.

"Kami menggesa menteri dalam negeri mendedahkan segala-galanya fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan ke atas kes serangan itu," katanya.

Hishammuddin dalam jawapan bertulisnya semalam berkata, kes memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim dan disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), menteri dalam negeri bagaimanapun memberitahu, kes itu telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

Loh meminta Hishammuddin menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kematian pemuda bernama Darren Kang di Sri Hartamas sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut sebaliknya lima warganegara Thailand telah dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.
S'wak bina jambatan RM20 juta ke belukar

  • Nigel Aw
  • 5:25PM Okt 19 2012
Jabatan Kerja Raya (JKR) membina Jambatan Batang Strap di Sri Aman Sarawak bernilai RM20.43 juta tetapi melupakan jalan jalan di seberang sungai yang menghubungkannya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Hasilnya, jambatan konkrit sepanjang 182.4 meter itu hanya menghubungkan pekan berdekatan di Pantu dengan belukar di seberangnya.

NONE"Lawatan audit pada 17 Disember 2011 ke tapak projek di Pantu, Sri Aman mendapati projek jambatan konkrit bernilai RM20.43 juta ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan setelah disiapkan disebabkan jalan di seberang sungai sepanjang 10 kilometer untuk menghubung rumah panjang dan sekolah belum dibina," laporan itu dipetik.

Tanpa jalan itu, kira-kira 3,000 penduduk di 23 rumah panjang serta empat sekolah di situ tidak mempunyai akses kepada jambatan untuk menyeberang ke Pekan Pantu.

Pada 7 Mac, jabatan itu dalam maklum balasnya berkata, pihaknya akan mencadangkan pembinaan jalan itu yang dianggarkan sebanyak RM50 juta dalam rolling plan bawah rancangan Malaysia Kesepuluh.
S'wak runding terus kontrak bernilai berjuta ringgit

  • Aidila Razak
  • 2:37PM Okt 19 2012
Satu syarikat milik Setiausaha Kewangan Sarawak Diperbadan didapati menganugerahkan kontrak bernilai berjuta ringgit kepada empat firma, kebanyakannya melalui rundingan terus.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, lapan daripada 10 kontrak untuk pengeluaran dan penghantaran arang batu di Mukah dianugerahkan secara rundingan terus.
Lombong arang batu itu terletak di Mukah, yang menempatkan kawasan DUN Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud - Balingian.

Kontrak berkenaan dianugerahkan tanpa perakuan daripada setiausaha kewangan negeri, yang ditetapkan untuk kontrak bernilai lebih RM500,000.

Sebanyak 10 kontrak, masing-masing berjumlah antara RM4.42 juta dan RM262 juta dianugerahkan kepada Hock Peng Realty Sdn Bhd, Piritemp Sdn Bhd, Alam Suria Equity Sdn Bhd dan Verde Mount Corporation Sdn Bhd.

Jumlah nilai keseluruhan 10 projek itu ialah RM923.03 juta.
Penerima kontrak paling besar ialah Verde Mount Corporation yang dianugerahkan dua projek bernilai RM472.2 juta manakala Hock Peng Realty dianugerahkan tiga kontrak bernilai RM362.43 juta.

Bagaimanapun, Sarawak Coal Resources dalam maklumannya kepada ketua audit berkata ia "tidak mengetahui" wujudnya pekeliling yang menetapkan sedemikian dan akan mematuhinya pada masa depan.

Audit itu juga mendapati Hock Peng Realty dan Alam Suria tidak mematuhi kontrak dan laporan kesan alam sekitar.

Hock Peng Realty sepatutnya menimbus semula tapak lombong berkenaan selepas operasi perlombongan berakhir pada 2011, namun laporan itu mendapati lombong Ulu Bedengan itu kini menjadi satu tasik yang besar.

Syarikat Alam Suria Equity pula didapati menimbus semula tapak lombong Ulu Sikat, namun kawasan itu tidak dibaikpulih seperti ditetapkan dalam kontrak.


 

Tiada ulasan: