Sabtu, 27 Oktober 2012

PUSAT TAK TEGUR KE...MACAM LAH AMANAH DAN BAIK SERTA TELUS JUGA TAK TIRIS...ALLAH TAHU JANGAN NAK KELINTUNGLAH

Program Ttemu Mata Gganu Kite di Klang esok

Harakahdaily, 27 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan mengadakan program tradisi ibadah korban di kalangan ahli-ahlinya yang berkemampuan sempena Iduladha 1433H.


Bagi merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau, ‘Program Ttemu Mata Gganu Kite’ akan diadakan pada 28 Oktober (esok) mulai jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang di Maahad Tahfiz Al Quran, Wal Imamah, Bukit Kerayong, Kapar, Klang.

“Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di Perantauan  terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang tidak balik ke kampung halaman dapat hadir bersama untuk memeriahkan sambutan program ini,” kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Ustaz Zulhilmi Abd Rahman Attakiri. 

Menurut beliau lagi, program akan bermula dari sebelah pagi lagi.

Katanya, mana-mana warga Perantau yang tinggal di sekitar Klang, Shah Alam dan lain-lain tempat yang berdekatan  bersama-sama bergotong royong melakukan aktiviti melapah lembu-lembu korban dan memasak bersama-sama di tempat program.

Maklumat lanjut berhubung dengan program ini boleh hubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.
Operasi Lalang jadi batu asas kerjasama DAP-PAS hari ini

  • Lim Guan Eng
  • 3:09PM Okt 27 2012
ULASAN Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sempena ulangtahun ke-25 Operasi Lalang hari ini:
DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan meminta maaf kepada semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), segera melepaskan semua tahanan yang masih ditahan dan menjadikan Kem Tahanan Kamunting sebagai muzium sebagai peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya atas sebab menentang BN.

25 tahun yang lalu pada 27 Oktober 1987, saya menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah ISA oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya ingat lagi bagaimana sebagai ahli Parlimen Kota Melaka yang baru dipilih, betapa terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara yang bakal mencetus huru-hara dan rusuhan sekiranya saya tidak ditahan.

Ekoran daripada itu, saya terpaksa bertahan dan mengatasi hari-hari gelap apabila dikurung sendiri, disoal siasat tanpa henti dan diintimidasi untuk memaksa saya untuk "bertaubat".

Seramai 106 pemimpin Malaysia telah ditahan pada tahun gelap 1987, termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang - 16 daripada DAP termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri - ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial, aktivis alam sekitar, pendidik bahasa Cina dan pekerja agama.

Antara pemimpin-pemimpin yang terkemuka adalah Lim Kit Sang dan Karpal Singh daripada DAP, Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar daripada PAS dan pendidik bahasa Cina Lim Fong Seng dan Sim Mow Yu.

Serangan juga berlaku ke atas kebebasan akhbar dengan penutupan tiga suratkhabar, serangan bertubi-tubi ke atas badan kehakiman dan keluhuran undang-undang sehingga Ketua Hakim Negara dan dua hakim Mahkamah Agung telah dilucutkan jawatan.

Semua serangan ini bertujuan untuk membentukkan negara diktator yang memusatkan kuasa di tangan perdana menteri.

Namun demikian, ada juga hikmah di sebalik tahanan beramai-ramai yang berlaku, iaitu pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.

Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini.

Ini membenarkan Pakatan Rakyat untuk bergabung dan memperkuatkan diri untuk mencabar kuasa BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun rakyat Malaysia telah berjaya memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhan ISA, kita masih perlu menutup jilid gelap dalam sejarah negara kita.

Pertama sekali, semua tahanan ISA yang masih lagi ditahan harus dilepaskan dengan segera dan kerajaan Persekutuan haruslah meminta maaf kepada semua tahanan ISA.

Kedua, Kem Tahanan Kamunting (KDC) harus dijadikan sebuah muzium, seperti kem tahanan Robbens Island di Afrika Selatan yang pernah menjadi rumah kediaman pejuang kemerdekaan Nelson Mandela selama 27 tahun.

Dengan menjadikan KDC yang dibenci itu sebagai muzium, kita akan menukarkannya kepada simbol peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya kerana menentang BN.

Akhirnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu pengganti kepada ISA, harus dikaji semula untuk memansuhkan beberapa seksyen supaya ISA tidak akan kembali daripada kubur dan menghantui generasi-generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sepertimana kita telah dihantui selama 54 tahun yang lalu.

LIM GUAN ENG adalah setiausaha agung DAP dan juga ahli Parlimen Bagan. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
K'jaan siasat punca elektrik terputus di landasan KK

  • Bernama
  • 2:24PM Okt 27 2012
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lepas yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.
  
Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.
  
"Jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, maka laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
  
Kong berkata beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Beliau juga berharap pengendali lapangan terbang dapat memastikan wujudnya Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) jika perkara sebegini berlaku pada masa akan datang.
  
KKIA ditutup pada malam Khamis selepas lampu landasan tidak berfungsi sehingga memaksa beberapa penerbangan masuk dan keluar dibatalkan atau dijadual semula menyebabkan ramai penumpang terkandas.

- Bernama

Jangan ambil mudah Laporan Audit, Umno gesa Kelantan

27 Oktober 2012
Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed
TANAH MERAH - Kerajaan Negeri Kelantan perlu memandang serius teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap projek yang dilaksanakan dan segera memberi penjelasan kepada rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat berhak mendapat penjelasan kerana perbelanjaan bagi melaksanakan projek tersebut menggunakan wang rakyat.

"Kita belum dapat penjelasan yang mantap daripada kerajaan negeri, rakyat Kelantan berhak mendapat penjelasan apa yang berlaku terhadap projek-projek tersebut yang tidak mendapat pulangan memuaskan daripada pelaburan yang besar," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidiladha di kediamannya di sini hari ini.

Mustapa berkata, projek yang mendapat teguran Ketua Audit Negara itu termasuk projek ladang rakyat, projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.

"Kita harap kerajaan negeri tidak mengambil ringan Laporan Ketua Audit Negara itu, kita hendaklah berlaku adil mana yang baik kita harus beri pujian mana yang lemah kita akui dan membuat pembetulan," katanya.

Beliau berkata rakyat negeri ini tidak berpuas hati dengan pendekatan kerajaan negeri melaksanakan projek tersebut antaranya projek ladang rakyat yang tidak mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan peserta.

Ditanya Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, Mustapa berkata, pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, semua pihak boleh memberi pandangan bagaimanapun keputusannya terserah kepada pucuk pimpinan parti dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu.

 
Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menyuarakan kemungkinan tersebut berkata perbezaan daripada amalan biasa itu tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN. - Bernama


Kempen media sosial: Komponen ragui mekanisme SPR
ARASHY AZIM
27 Oktober 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - MIC, komponen Barisan Nasional (BN) menyambut baik peraturan baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan melarang kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir menerusi media sosial tetapi mempersoalkan mekanismes yang hendak digunakan.
Malah, ia adalah satu cadangan yang proaktif untuk dilaksanakan ketika PRU13 berikutan penggunaan media sosial kini semakin berkembang bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan-kawasan luar bandar.
"Ia adalah satu cadangan baru yang bagus dari segi prinsipal kerana semua calon dari pelbagai parti perlu patuh dengan larangan terbabit bagi melicinkan proses pembuangan undi nanti," kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugessan ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Namun, beliau berkata, undang-undang yang diperkenalkan itu seharusnya lebih 'logik' untuk dilaksanakan kerana terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira untuk menjadikan larangan terbabit lebih realistik.
"Mereka (SPR) perlu perhalusi semula larangan yang diperkenalkan itu kerana harus melihat rasionalnya," kata Murugessan.
"Masalah yang akan timbul adalah melibatkan penyokong dan kemungkinan ia bakal dikaitkan dengan calon... sebagai contoh, kita tidak boleh mengawal penyokong yang terlalu taksub dengan calon dan penyokong adalah di luar kawalan penguatkuasaan," tambah Murugessan.
Kata beliau lagi, SPR akan mengalami masalah penguatkuasaan jika tidak mempunyai satu kaedah khusus untuk menguatkuasakan larangan ini.
"Bagaimana hendak kawal Twitter yang jumlahnya terlalu banyak dan bagaimana pula dengan penyokong parti politik yang berada di luar negara? SPR perlu mempunyai satu kaedah yang jelas dan boleh membantu mereka untuk mengurus masalah dengan cekap," kata Murugessan lagi.
Beliau turut mengingatkan semua calon yang bertanding supaya mengikut segala arahan SPR untuk melicinkan proses pembuangan undi PRU13.
"Tidak kira calon atau parti, mesti bersifat 'gentleman' dan perpegang pada prinsip untuk menawan hati rakyat kerana mereka (rakyat) adalah penentu segalanya," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Wilfred M. Tangau menyifatkan larangan ini tidak jelas sama sekali.
"Perbincangan semula perlu dilakukan kerana larangan yang telah diwartakan adalah tidak jelas, malah kami dari Upko tidak mengetahui langsung tentang perkara ini," jelas beliau.
Malah, beliau mendakwa di Sabah sendiri, tiada sebarang inisiatif dari SPR untuk memberi tahu tentang kewujudan undang-undang baru tersebut.
"Saya percaya, di Sabah belum ada lagi yang mengetahui, ini adalah satu perkara yang tidak adil bagi kesemua parti politik yang bertanding," katanya.
Mengulas kepada larangan yang di perkenalkan, beliau mempersoalkan bagaimana SPR akan melaksanakanya untuk mengawal parti politik supaya sebarang perkara yang menyalahi undang-undang tidak berlaku.
"Saya ingin menegaskan supaya dalam setiap peraturan SPR perlulah ada 'consistency', 'formality' dan 'integrity' untuk menjadi sebuah agensi yang di percayai," kata Wilfred.
Tambahnya, penerangan yang jelas, penting untuk mengelakkan daripada kekeliruan oleh semua calon yang bertanding pada PRU13nanti.
Calon: Pas dan DAP tak umum awal, PKR sudah
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
27 Oktober 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pas dan DAP tidak akan mengikut rentak Barisan Nasional (BN) yang akan mengumumkan nama calon mereka dua minggu lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun pendekatan berbeza diambil oleh PKR, yang sudah pun berbuat demikian di beberapa kawasan secara tidak rasmi oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan yang lalu.

Pas, PKR dan DAP merupakan anggota Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, parti itu lebih selesa mengambil pendekatan tidak mengumumkan nama calon mereka lebih awal dan hanya berbuat demikian  jika perlu.

"Pas tidak akan umum kecuali perlu. Contohnya dalam kes Salahuddin Ayub yang akan bertanding di Johor. Umumnya memang kita tidak akan umum awal," katanya.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan calon Pas sudah maklum bahawa nama mereka akan dicalonkan di kawasan-kawasan tertentu dalam misi merampas Putrajaya pada PRU yang dianggap getir ini.

"Kita tidak beritahu secara menyeluruh. Secara umum mereka boleh agak (dicalonkan)," ujar beliau.

Diminta mengulas sama langkah BN yang berhasrat menamakan calon lebih awal, Mustafa berkata, "ada pro dan kontranya juga umum calon awal ini."

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, parti itu mungkin melakukan perubahan pada pilihan raya kali ini.

Beliau juga berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya.

“Saya akui memang ada kebaikan dan keburukannya. Kita kena membuat pertimbangan yang sewajarnya. Kalau difikirkan kebaikannya lebih banyak untuk menamakan calon lebih awal, maka terserahlah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membuat keputusan muktamad," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, parti itu tidak akan mengambil langkah sama seperti BN.

"Kita tidak akan terpengaruh dengan cara BN.

"Bukan hanya DAP tetapi saya kira semua parti akan mengambil langkah sama (tidak umum terlalu awal).

"Kalau terlalu awal akan ada orang yang buat kacau," kata Seng Giaw, yang juga Ahli Parlimen Kepong kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Adnan menyifatkan parti itu kini berada dalam keadaan tertekan sehingga terpaksa mengambil keputusan mengumumkan calon lebih awal.

"BN meniru kita. PKR sudah umum awal di beberapa kawasan termasuk saya sendiri yang sudah diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Pandan.

"BN terpaksa ikut rentak PKR. Ini berlaku kerana tekanan perebutan kerusi yang sangat hebat," katanya yang kemungkinan akan bertanding di Pandan.

Menurut Rafizi, pengumumam awal nama calon di sesetengah kawasan oleh Anwar bertujuan untuk memaklumkan pengundi di kawasan itu mengenali siapakah calon yang akan dipertaruhkan oleh PKR.

"Ini memberi peluang kepada pengundi di kawasan itu mengenali terlebih dahulu calon PKR itu," ujar beliau.
Krisis Rohingya: Lebih 800 premis musnah, 64 maut
Wartawan Sinar Harian
27 Oktober 2012
Rohingya
Foto satelit menunjukkan kawasan yang musnah yang musnah dalam kebakaran ekoran rusuhan terbaru sejak awal minggu ini. - Foto ihsan BBC
YANGON - Human Rights Watch, sebuah badan hak asasi manusia, mengedarkan foto-foto yang menggambarkan kemusnahan teruk di sebelah barat Myanmar yang dilanda rusuhan kaum.

Rusuhan sejak awal minggu ini telah memusnahkan 800 rumah dan bangunan serta lebih 60 orang terbunuh.

Foto satelit dikeluarkan Human Rights Watch menunjukkan kira-kira 10 hektar (35 ekar) musnah di Kyaukpyu, bandar tepi pantai di Rakhine.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata kebanyakan penduduk kawasan tersebut adalah etnik Rohingya Islam.

Laporan dipetik BBC berkata, kebanyakan penduduk telah meninggalkan lokasi sasaran yang dijadikan sasaran ke kawasan laut menggunakan bot.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi Asia, Phil Robertson berkata, perkembangan itu menunjukkan kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah keselamatan dengan segera bagi melindungi penduduk Rohingya di negeri Rakhine.

Dahulu Rakhine dikenali sebagai Arakan.

"Melainkan pihak mula mengenal pasti punca asas keganasan, ia akan bertambah buruk," kata Robertson.

Laporan itu juga berkata, dalam tindakan tegas kerajaan kali ini, beberapa orang bukan Muslim juga ditembak oleh pasukan tentera pihak pemerintah.

Satu lagi laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh dalam rusuhan kaum sepanjang lima hari lalu sehingga semalam.

Semalam, enam bandar berhadapan dengan pertempuran. Perintah berkurung dikenakan di beberapa lokasi termasuk Min Mya dan Mrauk Oo.

Jurucakap Rakhine, Win Myaing berkata, daripada jumlah yang mati, separuh merupakan kaum wanita.

Rakhine berhadapan dengan rusuhan kaum sejak Jun lalu, sehingga menyebabkan kerajaan Myanmar mengisytiharkan darurat.
‘Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat’ – Sahar
Nazwa Selamat
27 Oktober 2012
Sahar Sab membantu menguruskan isterinya Suaibah yang terlantar akibat langgar lari. – Foto oleh Jaz
Sahar Sab membantu menguruskan isterinya Suaibah yang terlantar akibat langgar lari. – Foto oleh Jazlan Nangar
TRAGEDI langgar lari yang menimpa Suaibah Soib lebih tiga tahun lalu benar-benar menyentap kehidupannya sekeluarga. Tiada lagi keupayaan memasak atau membasuh pakaian. Apatah lagi menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak untuk keluar berjalan-jalan.

Kini, seluruh hayatnya dihabiskan di atas katil, ditemani suami, Sahar Sab, 63, yang setia mengurus keperluannya. Sekalipun terpaksa berkorban banyak perkara namun demi isteri tercinta, dia sanggup lakukannya.

“Saya tidak lagi bekerja sebab nak jaga isteri di rumah. Alhamdulillah ada anak-anak yang membantu serba sedikit untuk kurangkan bebanan. Beginilah keadaan dia sejak kemalangan tiga tahun lalu. Menyedihkan namun itulah kenyataan yang harus saya terima.

“Dahulu, dia cukup ceria malah melayan kami dengan penuh kasih sayang. Jadi tidak salah rasanya jika saya balas jasanya walaupun apa yang saya lakukan ini tidak seberapa dibanding pengorbanannya pada keluarga,” ungkap Sahar.

Imbasnya, hatinya  bagai disiat-siat tiap kali mengingati peristiwa hitam yang menimpa isteri. Pada hari kejadian katanya, dia memang berasa tidak sedap hati.

“Petang itu seperti biasa saya ke kebun untuk menanam ubi. Apa yang peliknya, setiap kali cangkul berjaya mengorek tanah, akan ada seekor ular melintas di hadapannya. Saya cuba mencangkul ke bahagian lain tetapi keadaannya masih sama.

“Bukan sekali malah beberapa kali sampaikan saya tertanya-tanya dari mana ular-ular itu datang malah tiada ada seekor pun yang menyerang. Semuanya muncul dan pergi begitu sahaja. Seolah-olah memberi petanda buruk pada saya.

Bukan hendak percaya perkara-perkara tahyul ini tetapi biasalah, manusia tidak pernah sempurna. Saya masih memikirkan apa yang akan terjadi sambil hati berharap agar dijauhkan segala musibah.

“Bagi menenangkan keadaan, saya berehat seketika di bawah sepohon pokok. Ketika sedang berehat itu tiba-tiba kedengaran satu bunyi dentuman yang kuat. Hati saya kembali berdebar. Rasa macam nak pecah pun ada kerana kepala asyik fikir macam-macam. Mulalah saya terfikirkan isteri yang biasanya balik dari kerja di waktu-waktu begitu,” katanya sambil membetulkan kedudukan isteri.

Memandangkan rumah dan kebun tidak jauh, dia segera memanggil salah seorang anaknya untuk melihat apa yang berlaku. Tidak lama selepas itu, dia dikhabarkan dengan berita yang cukup menyakitkan.

“Kata anak, isteri terlibat dalam kemalangan sewaktu keretanya cuba masuk ke simpang rumah. Sebuah van telah melanggar kenderaannya, malah pemandu van tersebut telah melarikan diri. Saya dibantu dua anak cuba mengeluarkan isteri.

“Waktu itu saya sedaya upaya mengeluarkannya tanpa menanti bantuan lain. Di fikiran, hanya fikirkan nyawanya sahaja malah hati tidak putus berdoa agar isteri sentiasa selamat.

Kereta remuk teruk, terutamanya di bahagian pemandu sampaikan isteri terperosok masuk ke dalamnya.

“Alhamdulillah, setelah mencuba isteri berjaya dikeluarkan dan kami segera membawanya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Malangnya, klinik menolak kes tersebut dan menyuruh kami ke hospital sahaja kerana ada doktor serta peralatan yang lengkap. Walaupun kecewa, kami masih tidak berputus asa. Isteri dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

“Di sana, isteri diberi rawatan segera tetapi sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami apabila doktor memberitahu isteri perlu dibawa ke hospital Sungai Buloh kerana di sana ramai pakar. Tanpa berlengah, saya bersetuju dengan  cadangan yang diberikan. Menggunakan ambulan, isteri telah dipindahkan,” katanya bersungguh-sungguh.

Di Hospital Sungai Buloh, doktor telah melakukan pembedahan di bahagian kepala bagi mengeluarkan darah beku yang berkumpul di dalamnya. Dua bulan Suaibah koma dan selama tiga bulan dia berada di hospital.

Selama tempoh itulah juga Sahar setia menemani tanpa ada rungutan biarpun sekali. Sedikit demi sedikit dia belajar cara menguruskan isterinya dengan baik melalui jururawat yang bertugas. Hatinya menguatkan tekad untuk menjaga isteri selagi hayat dikandung badan malah perasaan cinta yang tertanam dalam dirinya tak pernah pudar walaupun sekali meskipun isteri disahkan lumpuh seluruhnya.

“Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat. Telah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga dan melindunginya jadi buat sahajalah. Lagipun bukannya susah sangat. Pagi-pagi saya akan mandikan isteri dan berinya minum susu melalui tiub.

“Selepas dibersihkan, saya akan bercerita dengannya. Sekalipun tak mampu membalas kata-kata saya namun saya tahu, dia juga memahami apa yang saya katakana melalui gerakan di bahagian anak matanya,” ungkap Sahar.

Beritahunya lagi ketika isteri dibawa pulang ke rumah dahulu, dia tidak cukup kemudahan untuk isterinya.

“Kami tak ada pun katil macam sekarang. Saya dan anak-anak kumpul wang untuk beli katil yang khusus agar dia berasa selesa. Malah peralatan-peralatan lain pun saya beli sendiri. Setakat ini hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perkeso sahaja yang membantu.

Itu pun sebenarnya isteri tidak layak untuk terima pencen dari Perkeso kerana carumannya tidak mencukupi. Semuanya gara-gara majikan yang tidak bertanggungjawab. Mujurlah mereka memberi bantuan ilat.

“Sedikit sebanyak ringanlah bebanan kami tetapi susu dan ubat-ubat sampingan kena beli sendiri. Untuk susu sahaja, kosnya lebih RM600. Belum lagi belanja-belanja lain,” jelas bapa kepada Suraya, 38, Suraimi, 36, Mohd Jefri, 30, Mohd Helmi, 29, Shariza, 27, Mohd Khairul Amri, 19, Norsyafika, 18 dan Norsyakira, 17.
Tumor di otak: 'Di sebalik musibah, rahmat besar menanti'
Intan Rohaizat Zakaria
27 Oktober 2012

Ketika menjalani pembedahan membuang tumor di otaknya.

Inilah gambar Royzilee selepas pembedahan.
Parut ini menjadi ingatan kekal buatnya.
Parut ini menjadi ingatan kekal buatnya.
SIAPA sangka di sebalik musibah yang menimpa, ada rahmat besar yang menanti. Perkara ini diakui oleh Mohd Royzilee Mustaffa. Segalanya berlaku begitu pantas, Royzilee tidak menyangka dirinya menjadi mangsa rompakan. Walau sudah cukup berhati-hati namun takdir mengatasi segalanya.
Menyingkap kisah tragis yang menimpa dirinya, anak muda ini tidak dapat lupakan tarikh 1 September 2005 yang mengubah perjalanan hidupnya. Walaupun sudah tujuh tahun berlalu namun kisah ini masih segar dalam ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan.
“Ketika melintasi bawah LRT Masjid Jamek sekitar jam 11 malam, tiba-tiba muncul dua lelaki berwajah bengis meminta beg yang sedang saya sandang. Namun saya enggan berbuat demikian, kedegilan saya membuatkan mereka berang.
“Mereka kemudiannya memukul saya dengan sebatang kayu, saya rasa amat sakit di bahagian kepala dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu. Apabila buka mata saya sudah berada dalam ambulan menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Pemeriksaan rapi dilakukan, saya hanya mampu berdoa agar kesan kecederaan ini akan cepat pulih. Hasil imbasan CT mendapati ada ketulan darah beku di otak saya. Tetapi doktor mengatakan ketulan ini agak aneh. Lantaran, doktor melakukan imbasan MRI. Saya akur dengan keputusan doktor, saya juga tidak sabar untuk mengetahui apa sebenarnya yang bersarang di otak saya,” ujar Royzilee.
Hasil imbasan MRI amat mengejutkan, doktor mendapati terdapat tumor sebesar 6 sentimeter dalam otak Royzilee. Dia terkedu mendengar penjelasan doktor yang mengatakan tumor ini kemungkinan sudah bermula sejak usianya  16 tahun namun kehadirannya tidak disedari.
“Kata doktor jika tidak dikesan pada hari berkenaan, jangka hayat saya tinggal cuma tujuh bulan sahaja. Perasaan saya bercampur baur ketika itu, terkejut, sedih, bersyukur dan insaf dengan apa yang berlaku. Maha Suci Allah, saya berasa diri amat kerdil ketika itu,” cerita Royzilee.

Pengalaman aneh beri keinsafan
Keadaan semakin sukar buat Royzilee. Dia diberi kata dua: lakukan pembedahan segera tapi berdepan dengan risiko untuk lumpuh atau tunggu saja hari kematian. Selepas berfikir semasak-masaknya, Royzilee tekad melakukan pembedahan.
“Saya tiada pilihan lain ketika itu, hanya pembedahan peluang untuk saya meneruskan kehidupan. Saya sedar dengan keadaan diri saya yang kritikal tapi saya tidak mudah menyerah kalah, saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan.
“Sebelum melakukan pembedahan, saya menjalani rawatan dan mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar. Dalam tempoh itu, saya perlu makan sehingga 65 biji ubat sehari. Ini sebahagian usaha rawatan yang dilakukan,”katanya.
Tiba di hari pembedahan, Royzilee merasakan tubuhnya semakin lama semakin mengecil sebaik sahaja bius memasuki tubuhnya. Tiba-tiba dia berasa tersedar namun ketika itu tubuhnya dipegang erat dan diikat di atas meja sebelum otak ditebuk. Apa yang mampu dilakukan cuma menjerit sakit sekuat hati.
Belum pun hilang kesakitan, muncul pula lembaga hitam bermata merah. Royzilee diangkat dengan kasar sebelum diikat dan dipanggang hidup-hidup. Habis terbakar baju yang dipakainya. Bau hangit dagingnya terbakar menusuk rongga hidung. Perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Takut, gerun, sedih, geram bercampur baur.
Puas dipanggang, Royzilee diletakkan di atas batu berbara. Sungguh pun sakit, perasaan lapar turut menusuk perut. Tanpa berfikir panjang serpihan batu berbara dikutip lalu ditelan. Sakit dan panas melecurkan tekak sampai ke usus. Bila diangkat kepala, terlihat tulisan Iqra’bismirab tertera di langit berwarna merah. Di kiri kanannya, terdapat ramai lagi manusia mengalami nasib serupa. Malah ada antara perempuan yang makan rambut sendiri, barangkali tak mampu lagi menahan lapar sama seperti dirinya.
Dalam keadaan tertanya-tanya bilakah seksa bakal berakhir, Royzilee dapat merasakan ada satu tangan besar yang mengutip dirinya lalu dicampakkan ke padang pasir. Aneh, kulit yang tadinya rentung terbakar serta-merta mengelupas jadi bersih. Hatinya berdetik, kalaulah ini kiamat mana orang lain?
Ketika meninjau sekeliling, dia terlihat satu padang hijau. Dek kerana dahaga yang amat sangat, Royzilee berlari-lari anak menuju ke situ. Sebelum sempat memasuki kawasan subur tersebut, muncul seorang lelaki berjubah.
“Sambil tersenyum dia hulurkan pakaian pada saya. Di tangannya terdapat air dan sebiji kurma warna keemasan,” cerita Royzilee.
Sebaik sahaja air melalui tekak, bukan sahaja dahaga yang hilang tetapi kepuasannya tidak dapat digambarkan. Pada fikirannya bagai baru lepas minum selautan air dan tidak akan berasa dahaga lagi sampai 300 tahun. Bermacam-macam rasa makanan enak pula bagaikan terkandung dalam sebiji kurma yang diberikan padanya.
Selepas makan Royzilee dipelawa memasuki padang hijau. Namun dia meminta izin untuk menunggu orang tuanya datang terlebih dahulu. Dia memilih untuk menunggu di atas seketul batu berhampiran pintu masuk.
Tidak lama kemudian ibu bapa Royzilee muncul. Namun belum sempat dia menyentuh mereka, suasana di kiri kanannya terasa seperti ada aliran laju. Dalam keadaan panik dia menjerit sekuat-kuat hati sebelum tersedar berada di katil hospital.
Royzile lihat ibunya ada di sisi. Lepas berbicara dengan ibunya, muncul seorang lelaki di kepala katil. Wajah, tubuh lelaki tersebut persis dirinya namun berkulit bersih. Katanya sebelum hilang, ‘kalau kamu tahu alam barzakh maka kamu akan lupakan dunia’.
Keadaan ini membuatkan dia mula bingung, sama ada dia berada di dunia atau alam mana. Apatah lagi keanehan demi keanehan mula muncul. Antaranya melihat orang kenit yang amat ramai. Pernah satu masa, dia bersalam dengan seorang makcik yang kemudiannya menembus dinding. Telinga kanannya terdengar alunan muzik menenangkan manakala telinga kiri, diganggu irama bingit dan pelbagai lagi.

Kepala berasa kebas
Selepas berapa lama di hospital akhirnya Royzilee dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Yong Peng, Johor. Di rumah, dia tidak berani keluar kerana banyak perkara aneh masih mengganggu dirinya. Kejadian ini memberi seribu rahmat buat Royzilee, dia sedar inilah hidayah yang diberikan ALLAH.
Setelah dinasihatkan bapa, dia mulai solat dalam keadaan duduk. Secara perlahan-lahan Royzilee mendalami ajaran Islam. Dia mahu berjaya bukan hanya di dunia malah akhirat juga. Dia memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana diberi peluang kedua untuk terus menikmati kehidupan ini.
“Selepas pembedahan itu, kepala saya sering berasa kebas, Walaupun dijirus dengan air tapi tak rasa apa-apa. Jadi saya minta pada ayah untuk pergi mandi air terjun. Syukur selepas duduk selama dua jam di bawah air terjun rasa kebas hilang sedikit demi sedikit itu pun setelah empat kali saya melakukannya,” kata Royzilee yang dibawa ke Air Terjun Berkok, Chaah oleh ayahnya.
Setelah lima bulan tinggal di kampung, ibu Royzilee mula mengimbau kisah silam yang pernah dilaluinya. Sebelum ini dia tidak diingatkan kerana dibimbangi mengganggu emosi yang belum stabil. Antara yang ditunjukkan adalah sekeping gambar yang tertera wajahnya bersama seorang wanita dan gadis kecil.
“Kata ibu, itu adalah isteri dan anak saya. Walaupun ibu berusaha mengingatkan saya namun saya masih berasa bingung kerana otak saya tidak mampu menganalisis sejauh mana kebenaran tersebut.
“Satu hari, ibu mengeluarkan sebuah ‘walkman’. Di dalamnya terdapat rakaman saya bermain muzik bersama kawan-kawan beberapa hari sebelum hari kejadian. Sungguh ajaib, sebaik sahaja rakaman tersebut didengar dunia saya bagai berputar-putar. Syukur saya sudah dapat mengingati siapa diri saya yang sebenar dan apa yang berlaku pada malam saya dipukul.
“Selepas ingatan saya pulih, saya minta izin keluarga untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pada mulanya, ayah saya keberatan kerana dia bimbang perkara buruk menimpa saya. Namun saya berjaya yakinkan keluarga, saya tidak mahu terus hidup begini sebaliknya saya mesti tabah agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,” cerita Royzilee.

Beri semangat kepada pesakit kanser
Jelas Royzilee, penyakit ini sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupannya. Tanpa disedari selama ini, penyakit tersebut banyak mempengaruhi tindakan dan keputusannya dalam hidup.
“Tak sangka, rupa-rupanya tumor di otak saya turut mempengaruhi emosi dan cara saya berfikir hinggakan rumah tangganya turut mendapat tempias. Sebelum ini, saya sering melakukan tindakan kurang bijak.
“Saya tidak akan sia-siakan peluang kedua ini, selain cuba perbaiki kelemahan yang ada, saya juga belajar menghargai insan-insan yang saya sayangi. Saya berusaha gigih memberikan yang terbaik untuk keluarga, isteri, Norhayati Abd Latif, 38, dan anak-anak, Syafira Irwayu, 13, dan Muhammad Adam Rizqin, 2.
 “Sambil bekerja, saya menyertai Persatuan Barah Otak dan Urat Saraf. Saya sering mengunjungi pesakit di HKL untuk beri semangat dan sokongan moral pada mereka. Saya pernah melalui detik getir dalam kehidupan jadi saya amat faham perasaan pesakit kanser.
“Penyakit ini juga membuatkan saya begitu menitik berat kesihatan diri. Setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar kita ketahui keadaan diri kita. Jika ada penyakit, kita dapat mengesan lebih awal dan mempunyai peluang besar untuk rawatan dan kembali sembuh,” ujarnya mendapat sokongan isterinya yang merupakan jururawat pakar bagi kanser darah. Royzilee juga begitu terharu dengan pengorbanan kedua ibu dan ayahnya yang banyak membantunya ketika berdepan saat sukar.
Jual aset PKNS: Khalid terus dicabar beri penjelasan

27 Oktober 2012
Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dicabar untuk tampil memberi penjelasan berhubung cadangan negeri itu menjual lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM321 juta.
 
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Abdul Khalid terutamanya perlu menjelaskan rasional cadangan penjualan itu khusus mengenai kesannya ke atas golongan usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat.
 
"Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak?" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengulas kontroversi cadangan penjualan aset terbabit oleh kerajaan Selangor yang dikhuatiri merugikan rakyat negeri itu khususnya golongan Bumiputera.
 
Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India.

Rosnah berkata sebagai bekas ahli korporat, Abdul Khalid seharusnya berfikiran lebih matang dalam meningkatkan pembangunan negeri dan rakyat tanpa mengakibatkan penganiayaan terhadap mereka.
 
"Tan Sri Abdul Khalid tidak boleh menganggap pentadbiran negeri Selangor sebagai satu perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan dan pembangunan tanpa memikirkan kebajikan rakyat.
 
"Adakah penjualan lima aset tersebut merupakan jalan terbaik? Mengapa keputusan tersebut dibuat sekarang? Adakah PKNS menghadapi masalah kewangan? Semua persoalan ini menjadi tanya tanya dan perlu dijelaskan," tegas Rosnah.
 
Katanya, PKNS sepatutnya berusaha menambah pegangan aset miliknya dan bukan mengurangkannya dengan cara menjual (hartanya) kepada pihak lain. - Bernama

Tuduh PKNS jual aset, Noh Omar tak tahu apa yang dia cakap

SEMENJAK kebelakangan ini Noh Omar yang sedang berangan untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas Selangor sering keluar di akhbar-akhbar tempatan dengan cerita-cerita lucu.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau sudah terdesak untuk menonjolkan diri sebagai calon Menteri Besar.



Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' (kejahilan) Noh dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potential nilai aset-aset yang dimiliki.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor, hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap. Bala akan menimpa rakyat Negeri Selangor jika pemimpin sebegini diangkat menjadi Menteri Besar.

ReJaM© "Awal-awal dah tunjuk kejahilan macam mana nak jadi Menteri Besar Selangor?"

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/tuduh-pkns-jual-aset-noh-omar-tak-tahu.html#ixzz2AUvYnmgj

Bekalan haiwan korban tidak mencukupi bukti NFC hanya menghabiskan wang rakyat

HARI ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi.

Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu.

Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu. Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.

NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan.

Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain.

Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli.

Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah. Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat.

ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa.

Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat.

RM250 duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno?

Sent from my BlackBerry®

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/bekalan-haiwan-korban-tidak-mencukupi.html#ixzz2AUvoLTNl

Tiada ulasan: