MB: Selangor timbang rawatan alternatif jauh murah
15 Oktober 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menurut Abdul Khalid, kos untuk menyediakan rawatan air ini tidak lebih daripada RM800 juta berbanding Langat 2 yang dikatakan mencecah RM3 bilion.
Katanya, perkara itu akan dibawa dalam perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kita diberi taklimat oleh syarikat dari Kanada dan mereka nyatakan jika guna teknologi membran.
"Sistem ini berupaya meningkatkan pengeluaran air sedia ada di loji pembersihan yang akan menghasilkan sebanyak satu juta liter sehari iaitu bersamaan dengan keluaran Langat 2.
"Kiraan mereka kos untuk menyediakan (rawatan air) ini tidak lebih RM800 juta, namun kalau buat Langat 2 kos dikatakan RM2 hingga RM3 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2012 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.
Baru-baru ini Kerajaan Pusat memutuskan bahawa Langat 2 akan diteruskan walaupun tanpa persetujuan Selangor.
Langat 2: S'gor temui kaedah baru rawat air
Harakahdaily, | 16 Okt 2012 |
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji kaedah alternatif bagi tujuan rawatan air agar ianya lebih berkesan dan murah.
Menurut
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga kini kerajaan
negeri mengakaji teknologi dari Kanada yang menggunakan membran bagi
meningkatkan pengeluaran air dari loji rawatan air yang sedia ada.
Teknologi tersebut katanya akan membolehkan infrastruktur rawatan air di Selangor mengeluarkan air yang cukup untuk masa depan tanpa kenaikan harga kepada pengguna.
“Kos penyediaan rawatan air ini tidak melebihi RM 800 juta berbanding kos pembinaan Langat 2 yang akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion.
“Kaedah baru ini mampu menambah pengeluaran jumlah air terawat sebanyak 1 juta liter sehari iaitu jumlah sama seperti yang disasarkan melalui Langat 2,” katanya dipetik Selangorku.
Justeru katanya, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Pusat bagi membincangkan kaedah baru tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa teknologi itu mengambil air dari beberapa loji rawatan dan merawat mereka secara berasingan dan bukannya melakukan semua kerja-kerja dari satu loji utama, seperti Langat 2.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri menganggarkan bahawa ia terpaksa menaikkan harga air sebanyak 12 peratus bagi membiayai kos pembinaan loji Langat 2.
16 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini
menarik balik kes saman berkenaan isu mata lebam, yang difailkan ke atas
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Kamarul Hisham Kamarudin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya menarik balik kes itu.
Kes itu dijadualkan untuk perbicaraan selama tiga hari mulai hari ini.
Dipetik The Star Onlien, Musa berkata, kedua-dua pihak telah membincangkan isu berkenaan dan mendapati wujud salah faham berkenaan dengan peranannya dalam kes Anwar.
Musa berkata, beliau menerima penyelesaian di luar mahkamah.
Pada 10 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpir menetapkan tiga hari mulai 16 Oktober untuk perbicaraan penuh kes saman Musa terhadap Anwar berhubung insiden "mata lebam" pada 1998.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam K.K Lim yang mewakili Musa dan Bani Prakash mewakili Anwar.
Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.
Berikutan itu, Musa memfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.
Musa berkata beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.
Menurutnya, Anwar berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadapnya dan Abdul Gani, dan ketua pembangkang itu berbuat demikian kerana sedang menghadapi pertuduhan baharu liwat.
Musa menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Amaun yang dituntut tidak dinyatakan secara spesifik dalam pernyataan tuntutan itu.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Anwar daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.
Anwar, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 24 Oktober 2008, berkata laporan polis itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan dan justifikasi.
Najib dan Pemimpin UMNO kian Meracau!
Posted on Monday, October 15 @ 18:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh SAKMONGKOL AK47
Ramai rakan2 saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? menjerit
dan terpekik terlolong sana sini? saya cakap biasalah- tanda2 orang
yang sudah sasau dan meracau. Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali
ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk
mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO.
Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini?
Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.
Teliti video ini. Najib ditanya tentang contoh Najis Mughallazah selain dari anjing. Ikuti video pada minit 1:46. Najib tidak boleh memberikan jawapan contoh najis Mughallazah dan berpaling

(Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah)
KOTA KINABALU: Bekas timbalan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.
"Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.
"Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.
Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.
Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang.
Ketika ditanya kenapa menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu membantu mengembangkan PAS.
Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan.
"Walaupun saya tidak menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS nanti," katanya yang kini berumur 72 tahun tetapi masih segar bugar.
Menang
Yahya (gambar) yakin Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Bagi beliau, kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak hanya bonus sahaja kerana menurut pengiraan beliau, Pakatan sudah menang tanpa bantuan kerusi di Sabah dan Sarawak.
"Saya akan pastikan, PAS akan berada dalam kabinet negeri Sabah selepas pilihan raya umum akan datang walaupun sekurang-kurangnya satu kerusi," kata Yahya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, moto gelombang kebangkitan rakyat Sabah adalah 'Ini kalilah' tetapi Yahya lebih agresif lagi dengan slogan beliau 'Habislah kali ini'.
Bagi beliau, Pakatan akan menang 2/3 kerusi di Sabah dengan kebangkitan rakyat Sabah yang ada sekarang.
Kejatuhan kerajaan Sabah
Sebelum ini, Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta anggota Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing meninggalkan Umno.
Bagi pemerhati politik Sabah, peristiwa ini mengulangi sejarah politik Sabah.
Pada tahun 1976, Datuk Haris Salleh serta Datuk Salleh Sulong meninggalkan Usno dan membentuk Berjaya. Pada tahun itu, kerajaan negeri Sabah pimpinan Usno jatuh.
Pada tahun 1984, kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Berjaya jatuh pula apabila Datuk Pairin Kitingan dan Mark Koding lari meninggalkannya dan membentuk PBS.
Tahun 1994 sekali lagi kerajaan negeri Sabah, kali ini pimpinan PBS jatuh apabila Datuk Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dan menyertai Umno.
"Kali ini, Lajim dan Bumburing pula akan menjatuhkan kerajaan BN Sabah," kata mereka.
LAPORAN BERKAITAN
PAS
Kedah mempertahankan garis panduan baru oleh Majlis Bandaraya Alor
Setar yang antara lainnya menetapkan model untuk papan iklan berpakaian
sopan dan menutup aurat – walau dibantah DAP negeri.
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataan setiausaha dewan ulama PAS Kedah Syeikh Zainol Asri Ramli yang berkata parti itu tidak perlu mendapatkan persetujuan DAP bagi melaksanakan garis panduan tersebut.
"Memang isu ini kalau dilihat ada kesan kepada politik PAS tetapi ini bukan soal politik semata-mata tetapi ia adalah kehendak Islam tanpa mengira fahaman politik.
"(Garis panduan MBAS) itu menepati kemahuan semua kaum sebab dalam dunia tidak ada mana-mana kaum yang mahu iklan tidak sopan malahan ramai juga yang membantah iklan yang mengeksploitasi wanita," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Menurut akhbar milik Umno itu lagi, Syeikh Zainol tetap menyokong peraturan tersebut kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersifat "longgar dan fleksibel".
"Pada saya, (PAS) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenaranya kerjasama dalam Pakatan bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada perkara yang tidak boleh kita berpakat (dengan DAP)," katanya.
Beliau mengulas bantahan yang
disuarakan pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik bahawa parti itu tidak akan
menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan tersebut, seperti yang
dilaksanakan di Kelantan.
Laporan Utusan Malaysia semalam menyebut, Lee berkata DAP Kedah akan menentang undang-undang berunsur Islam itu sekiranya dilaksanakan PAS di negeri tersebut.
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Kenyatannya itu bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh – berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan.
Menurut laporan akhbar milik Umno itu lagi, garis panduan tersebut antara lainnya menekankan bahawa model tersebut tidak boleh berpakaian mencolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.
Teknologi tersebut katanya akan membolehkan infrastruktur rawatan air di Selangor mengeluarkan air yang cukup untuk masa depan tanpa kenaikan harga kepada pengguna.
“Kos penyediaan rawatan air ini tidak melebihi RM 800 juta berbanding kos pembinaan Langat 2 yang akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion.
“Kaedah baru ini mampu menambah pengeluaran jumlah air terawat sebanyak 1 juta liter sehari iaitu jumlah sama seperti yang disasarkan melalui Langat 2,” katanya dipetik Selangorku.
Justeru katanya, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Pusat bagi membincangkan kaedah baru tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa teknologi itu mengambil air dari beberapa loji rawatan dan merawat mereka secara berasingan dan bukannya melakukan semua kerja-kerja dari satu loji utama, seperti Langat 2.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri menganggarkan bahawa ia terpaksa menaikkan harga air sebanyak 12 peratus bagi membiayai kos pembinaan loji Langat 2.
Musa Hassan tarik balik kes saman ke atas Anwar
16 Oktober 2012
Peguam Kamarul Hisham Kamarudin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya menarik balik kes itu.
Kes itu dijadualkan untuk perbicaraan selama tiga hari mulai hari ini.
Dipetik The Star Onlien, Musa berkata, kedua-dua pihak telah membincangkan isu berkenaan dan mendapati wujud salah faham berkenaan dengan peranannya dalam kes Anwar.
Musa berkata, beliau menerima penyelesaian di luar mahkamah.
Pada 10 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpir menetapkan tiga hari mulai 16 Oktober untuk perbicaraan penuh kes saman Musa terhadap Anwar berhubung insiden "mata lebam" pada 1998.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam K.K Lim yang mewakili Musa dan Bani Prakash mewakili Anwar.
Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.
Berikutan itu, Musa memfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.
Musa berkata beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.
Menurutnya, Anwar berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadapnya dan Abdul Gani, dan ketua pembangkang itu berbuat demikian kerana sedang menghadapi pertuduhan baharu liwat.
Musa menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Amaun yang dituntut tidak dinyatakan secara spesifik dalam pernyataan tuntutan itu.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Anwar daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.
Anwar, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 24 Oktober 2008, berkata laporan polis itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan dan justifikasi.
Najib dan Pemimpin UMNO kian Meracau!
Posted on Monday, October 15 @ 18:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh SAKMONGKOL AK47
Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini?
Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.
Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka
yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang
Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak
dan haloba UMNO tidak ada sempadan.
Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita. Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman.

Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini.
Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampak
nya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar
dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan
sebagainya.
Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian
kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan
apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam
Ibrahim Ali.
Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan
exco nya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti
puluhan tahun untuk mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750
ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.
Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang
lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas
3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang
Cina setiap satu seluas 1125kps? Orang Cina dapat tenure 999 tahun,
orang Melayu dapat yang seruapa. UMNO beri freehold bukan lebih dari 999
tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.
Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang
Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari
lot rumah orang Melayu atau Cina.
Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina
atas protes terhadap Malayan U yang mahu memberi kerakyatan kepada warga
asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi
kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan
Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda mebela bangsa, agama dan
negara!
Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO
tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu
didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara
yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai2 buruk.
Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat
kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia
kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu. Kalau
orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan
tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak
perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu
dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima.
Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah
UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib
belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu
mempertahankan bajet rompak negara 2013. Enggan, engkar dan angkuh
adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh
tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang di bentuk.
Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal
Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR
apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR.
Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi
dengan kepentingan orang Melayu.
Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang
terburuk dalam kelompok PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim
Ali. perkongsian kuasa dalam PR dibina diaats komitmen kebenaran dan
keadilan dan komitment menentang rasuah dan korapsi UMNO. Perkongsian
kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. ianya diasaskan
diatas dominasi gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC
diUMNOkan.
Mengapa sibuk dengan cabinet bayangan?. We don’t answer to UMNO. We
don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for
us. Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55
tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka
kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk
melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai
Buloh.
Kita pun tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja NIng Chik. Siapa peduli?
Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada cabinet. Buat
waktu ini, kita focus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah
negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak.
Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calun UMNO
atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calun oleh UMNO, maka
demikianlah standard UMNO bawah Najib. Dari teruk semakin teruk dan
parah!. Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap
dengan parti dan pemimpin seperti ini?
Palanivel kata dia akan deliver undid an sokongan India kepada BN. he
is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. sama sama kita lihat nanti. Kita
lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang
Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.
PM Najib tidak boleh jawab soalan murid tentang najis mughallazah?
http://aiyangdisayang.blogspot.com, | 16 Okt 2012 |
Panas!! PM & TPM Negara ISLAM 1Malaysia Kantoii,
MEMALUKAN!!! NAJIB TIDAK BOLEH JAWAB SOALAN MURID TENTANG NAJIS MUGHALLAZAH?Teliti video ini. Najib ditanya tentang contoh Najis Mughallazah selain dari anjing. Ikuti video pada minit 1:46. Najib tidak boleh memberikan jawapan contoh najis Mughallazah dan berpaling
kepada
Muhyiddin. , dan akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib
dengan memberikan cadangan iaitu Babi. Najib akhirnya angguk dengan
cadangan itu.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Saya keluar Umno kerana Nik Aziz - Yahya Lampong
Zulkifli Sulong, | 16 Okt 2012 |
(Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah)
KOTA KINABALU: Bekas timbalan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.
"Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.
"Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.
Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.
Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang.
Ketika ditanya kenapa menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu membantu mengembangkan PAS.
Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan.
"Walaupun saya tidak menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS nanti," katanya yang kini berumur 72 tahun tetapi masih segar bugar.
Menang
Bagi beliau, kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak hanya bonus sahaja kerana menurut pengiraan beliau, Pakatan sudah menang tanpa bantuan kerusi di Sabah dan Sarawak.
"Saya akan pastikan, PAS akan berada dalam kabinet negeri Sabah selepas pilihan raya umum akan datang walaupun sekurang-kurangnya satu kerusi," kata Yahya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, moto gelombang kebangkitan rakyat Sabah adalah 'Ini kalilah' tetapi Yahya lebih agresif lagi dengan slogan beliau 'Habislah kali ini'.
Bagi beliau, Pakatan akan menang 2/3 kerusi di Sabah dengan kebangkitan rakyat Sabah yang ada sekarang.
Kejatuhan kerajaan Sabah
Sebelum ini, Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta anggota Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing meninggalkan Umno.
Bagi pemerhati politik Sabah, peristiwa ini mengulangi sejarah politik Sabah.
Pada tahun 1976, Datuk Haris Salleh serta Datuk Salleh Sulong meninggalkan Usno dan membentuk Berjaya. Pada tahun itu, kerajaan negeri Sabah pimpinan Usno jatuh.
Pada tahun 1984, kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Berjaya jatuh pula apabila Datuk Pairin Kitingan dan Mark Koding lari meninggalkannya dan membentuk PBS.
Tahun 1994 sekali lagi kerajaan negeri Sabah, kali ini pimpinan PBS jatuh apabila Datuk Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dan menyertai Umno.
"Kali ini, Lajim dan Bumburing pula akan menjatuhkan kerajaan BN Sabah," kata mereka.
LAPORAN BERKAITAN
Pakatan adalah perspektif baru politik Malaysia
PAS Kedah pertahan garis panduan iklan sopan
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataan setiausaha dewan ulama PAS Kedah Syeikh Zainol Asri Ramli yang berkata parti itu tidak perlu mendapatkan persetujuan DAP bagi melaksanakan garis panduan tersebut.
"Memang isu ini kalau dilihat ada kesan kepada politik PAS tetapi ini bukan soal politik semata-mata tetapi ia adalah kehendak Islam tanpa mengira fahaman politik.
"(Garis panduan MBAS) itu menepati kemahuan semua kaum sebab dalam dunia tidak ada mana-mana kaum yang mahu iklan tidak sopan malahan ramai juga yang membantah iklan yang mengeksploitasi wanita," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Menurut akhbar milik Umno itu lagi, Syeikh Zainol tetap menyokong peraturan tersebut kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersifat "longgar dan fleksibel".
"Pada saya, (PAS) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenaranya kerjasama dalam Pakatan bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada perkara yang tidak boleh kita berpakat (dengan DAP)," katanya.
Laporan Utusan Malaysia semalam menyebut, Lee berkata DAP Kedah akan menentang undang-undang berunsur Islam itu sekiranya dilaksanakan PAS di negeri tersebut.
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Kenyatannya itu bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh – berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan.
Menurut laporan akhbar milik Umno itu lagi, garis panduan tersebut antara lainnya menekankan bahawa model tersebut tidak boleh berpakaian mencolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.
Disebalik Banner Zambry Disimbah, Isu Perkauman Di...
Posted on Monday, October 15 @ 18:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Otai Manjung
Sedang
aku menulis ini, banner-banner Zambry yang disimbah cat sedang
diturunkan! Ye lah, najib nak datang 18hb ni, maka segala kebaikan akan
ditonjolkan dan segala masalah yg timbul disembunyikan. Report polis
sudah dibuat oleh pihak-pihak tertentu, maklumat yang aku dapat cctv yg
ada di simpang Tesco menunjukan kejadian simbah berlaku dlm jam 3 pagi
tadi, cctv blurr takleh cam siapa pembuatnya
Gambar dari AlHud - MediaPerak.
Tiba-tiba pagi ni kecoh perihal gambar zambry kena simbah, ini bukan
perkara baru sebelum ni dah berlaku di Manjung. Mungkin kini kerana
terpengaruh dengan adegan simbah cat Bas Jelajah Merdeka yang tidak
dikenakan tindakan kepada pembuat maka orang ramai mungkin kata tak
salah buat macam ni! Dan macam biasa bila kena tang orang politik depa
akan tuduh pihak lawannya, dan ada jugak yang kata simbah oleh orang
parti sendiri utk dapat simpati. Aku bukan nak tuduh sesiapa disini,
cuma aku nak kongsi apa yg ManjungMari & Fawi tak sentuh dan aku pun
mulanya tak perasan ada isu yang cuba dibangkitkan disebalik isu ini.
Gambar yang tersebar di dalam facebook berbeza dgn gambar yg aku cilok
fb dari geng-geng Umno Lumut, dalam hal ni depa lebih awal ketahui. Yg
tersebar sebelum ni takde tulisan cina ni....
Pemuda Umno cuba menuduh mensyaki orang DAP yang buat semua
ni...wakakakaaaa, beb lu tak cakap pun aku dah agak sasaran korang.
Adakah ini antara motif & agenda sebalik semua ini?
Kepala otak aku tertanya kenapalah org yg simbah tu tak buat malam
sebelum Najib nak turun, kan realistik jika nak bagi najib tengok protes
ini supaya MPM tak sempat nak turunkan banner ni. Lain kali kalau nak
simbah, simbah depan-depan macam pemuda umno melaka buat...baru berani
beb! Kenapa 3 hari sebelum...ohhh, masih sempat utk tukar baru! tukar
baru job baru ada, ni ManjungMari ada ulas, korang baca kat Gambar Zambry Kena Simbah Cat, Ku Sangka Satu Rupanya Tiga .
Gambar Hadie-Media Perak. Jamuan 'Janji Ditepati'.....jam 12tghari
baiknye planning, aku puji organiser sebab masa tu tak kira pekerja
kerajaan atau swasta mencari makan. Secara tak langsung memeriahkan
suasana walaupun yg hadir dtg utk makan...makan free sapa tak mau
tambah harga barang dah naik, peluang mcm ni cukup bagus utk
menjimatkan duit poket! makan free apa pun sedap beb!
Kerana isu ini, tak pasal orang luar Perak tahu begitu banyaknya banner
wajah Zambry ni di sekitar Manjung. Aku tak pasti samada Zamry Man YDP
MPM nak bodek Zambry atau nak penaya dia? Dato dah dapat...Datuk Bandar
Ipoh mungkin dalam congak kepala hotak dia! tak salah, semua orang
kalau boleh nak naik pangkat....Bukan takat banner Zambry yang tiada
tertinggal tiada terpinggir di setiap simpang, malah tugu-tugu 1Malaysia
didirikan disetiap Zon dgn duit kita juga. Kenapa aku kata Zamry Man
nak penaya dia, sebab gambar-gambar yg bersepah ni semakin lama semakin
orang meluat termasuklah org MPM & Umno sendiri! Orang pakatan
lagilah kut! Nak buat macamana bila guna duit rakyat, maka rakyat berhak
utk berkata! Dari orang tak menyampah, orang mula menyampah kat
Zambry, mana taknya macam sorang pegawai navy kata, naik meluat tgk
mukanya bila hari-hari lalu situ! wakakaaaa..... nasib lu lah bro!
Aku tertarik gambar dari pengguna fb bernama 'Tok Dalang' (harap bukan
dia dalang semua ini), sorry aku cilok gambar hang sebab ada isu
disebaliknya iaitu 'nota penulisan cina'....... apa ke bodoh sangat
tukang simbah tu tinggalkan nota tulisan cina itu supaya orang tahu ini
kerja org cina! macam isu letak babi dalam surau, siap ada kain
pengalas utk pegang....kan nampaknya melayu sendiri yg bikin cemarkan
rumah Allah. kononnya nak tarik perhatian melayu suruh berdendam dgn
cina...sorrylah, orang Malaysia macam aku tak terhasut dgn dakyah tu!
Sape yg suka sangat dgn isu perkauman ni....korang fikirkanlah sendiri,
aku letih dgn politik semacam ini, isu rakyat tak diutamakan, bila
gambar kena simbah tak sampai 24jam bertindak membetulkan keadaan
sedangkan itu hanya sebuah gambar! siut......
Tiga banner ini ditampal nota tulisan cina ini, apa motifnya?! Sesape
pun yang lakukan perkara ni aku katakan bingai, udah le bingai..buat
kerja bingai laktu! Nyusahkan polis je..... Kalau tak puashati
sekalipun, terjah terus PM........ aku & aktivis masa PM turun tahun
baru cina di Sitiawan bagi memorundum sape pun tak
susah.....wakakakaaaa! polis pun buat nohen...berjalan lancar. Tapi
dalam hal simbah ni, ada ruang utk orang kaut keuntungan atau ada penaja
yg cuba bodek menaja banner baru agar dapat job lagi.....amacam team B
& C Umno Lumut, kasi sponsor la.......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan