Ahad, 28 Oktober 2012

LAGI DIBENCI DAN DIHINA...DIPERANGI...DIMUSUHI...ISLAM TETAP UTUH DAN BERKEMBANG....SEDARLAH ALLAH MAHA BESAR DAN ALLAH MAHA BERKUASA...MAKHLUK MAU INGAT KITA NI SAPE..JANGANLAH BERLAGAK...KESUDAHANNYA MATI JUGA

Lebih 100 ribu rakyat British peluk Islam!
Posted on Sunday, October 28 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog WartaShubhi

Kajian yang dilakukan oleh kumpulan Faith Matter di UK menunjukkan jumlah rakyat UK yang memeluk Islam kini telah mencecah lebih 100 ribu orang. Ia satu jumlah yang cukup besar. Dua pertiga daripada jumlah tersebut merupakan wanita!.

Salah satu contoh adalah kisah Heather Matthew yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang wanita yang kaki berparti dan liar dalm menjalani kehidupan sosialnya. Semuanya bermula apabila suaminya memluk Islam dan dia cuba meyakinkan bahawa suaminya telah melakukan tindakan yang salah.

Untuk membuktikan kesalahan suaminya tersebut dia mula membaca dan mendapatkan maklumat tentang agama Islam dengan harapan mencari bukti kesalahan dalam agama suci itu. Pasangan tersebut akhirnya berpisah.


Namun begitu akhirnya dia mendapat hidayah dan menyedari Islam merupakan agama kebenaran dan ajaran Islam amat hebat dan memenuhi nalurinya. Malah kini dia yakin memang tepat bahawa hubungan seks dengan lelaki lain selain suami adalah salah dan sesat.

Belaiu terima dengan baik kebenaran bahawa wanita sepatutnya menyediakan dirinya hanya untuk suaminya sahaja. Dia juga amat sokong bahwa perkahwinan yang diatur oleh orang tua-tua yang lebih berpengalaman dalam menentukan pemuda yang layak dikahwini seorang wanita merupakan jalan terbaik...baca cerita selanjutnya di sini


 Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib, seleweng fakta tuduh PKNS jual aset
Posted on Sunday, October 28 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh KLDaily
28 Okt - Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara. Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13.


Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin. Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan.


PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera. Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu. Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu. Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu.

Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).
Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.
Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS.

Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib.
Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak.
Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had.
 Haram cetak rompak jadi modal perniagaan
Posted on Sunday, October 28 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz ZaharuddinSEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak yang kini semakin banyak disalin secara tidak sah.

Walaupun ada halaman buku yang ingin disalin cetak tertulis perkataan ‘Hakcipta Terpelihara’ serta ‘Tidak Dibenar Ulang Cetak’, masih ramai tidak mengendahkannya dan terus membuat salinan, khususnya membabitkan salinan fotostat.

Kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka.

Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan Islam atau hukumnya.

Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini? Adakah terus mengharamkannya tanpa bicara?

Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut: “Ustaz, saya menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan di sebuah universiti awam. Masalahnya, saya menggunakan perisian Windows dan Microsoft Office yang cetak rompak. Saya tahu tindakan saya salah, tetapi harga tulen terlalu mahal.

“Saya harap dapat ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.”

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila orang yang bertanya itu sendiri mengerti bahawa ia salah. Ini kerana, harta intelek diiktiraf Islam sebagaimana difatwakan ulama sedunia sebagai harta persendirian yang terpelihara.

Justeru, kita tidak boleh mengambil dan menggunakan produk cetak rompak, khususnya apabila perisian itu digunakan untuk diniagakan, sebagai contoh dibuat salinan demi salinan dan dijual pada harga rendah.

Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai tulang belakang perniagaannya, perniagaan itu adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia sangat jelas berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menjalankan perniagaan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram, iaitu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram).” (Ar-Rawdu Al-Murabba’, Riwayat Ibn Hibban)

Rasulullah SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain yang haram bagi umat Islam, mereka (Yahudi) membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya.

Apabila Rasulullah SAW mendapat tahu, baginda terus berkata: “Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini, apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Hasil daripada kumpulan hadis ini, bentuk tindakan dilakukan yang ingin saya tekankan adalah, ia sama seperti cetak rompak kerana haram daripada sudut hukum Islam.

Ia berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi.

Mungkin ada yang berhujah bahawa perisian Windows itu adalah milik seorang kafir yang merujuk kepada Bill Gates dan tiada masalah untuk menggunakan yang cetak rompak selain ada juga yang menyatakan beliau terlalu kaya, oleh itu penggunaan bahan berkenaan tidak memberi apa juga kesan pada kekayaannya.

Sebenarnya, hujah ini meleset dan tertolak dalam fiqh Islam kerana Muslim tidak dibenarkan mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika di Iraq).

Dalam keadaan tiada peperangan fizikal yang jelas, perisian Windows harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa saja dicerobohi sesuka hati.

Dalilnya terlalu banyak, iaitu paling mudah apabila Rasulullah SAW dan sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta kafir Musyrik. Semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan mencerobohi dan mesti membelinya dengan cara halal.

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, jika pelajar ingin menggunakan perisian untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan, terutama jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang tulen.

Sedangkan dia memerlukan komputer dan sesuatu perisian khas untuk tujuan pembelajarannya, tatkala itu, ada ulama mengharuskan atas asas:

  • ‘Hajat Mendesak’ dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh: Ertinya: “Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak, sama ada ia berbentuk umum atau khusus.” (Al-Ashbah Wa An-Nazair)
  • Hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan komersial
  • Bertempoh. Ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, dia perlu membeli yang tulen

    Demikian juga halnya keadaan pelajar di universiti. Sebagai contoh, ada pensyarah menjadikan buku tertentu sebagai ‘silibus’ dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga lima atau enam buku digunakan.

    Sudah tentu pelajar tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli buku yang mungkin tebal dengan harga tinggi.

    Lalu tatkala itu, pelajar dibenarkan membuat salinan fotostat halaman tertentu yang berkait dengan pembelajarannya. Maka, pada waktu itu ia diharuskan.

    Kembali kepada keadaan seperti dinyatakan, jika benar seseorang itu menghadapi kesukaran wang (hanya beliau dan Allah yang tahu) untuk membeli perisian tulen yang mahal harganya berbanding kemampuannya, maka ada keringanan untuk beliau menggunakan produk tiruan itu dulu buat sementara waktu.

    Ketika perniagaan seseorang itu sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil serta tiada lagi keperluan mendesak, tatkala itu wajib untuk bertukar dan membeli yang tulen.

  •  Ahmad Said Umpama 'Encik Crab' Menyuruh Pegawai Kerajaan 'Menguru
    Posted on Sunday, October 28 @ 11:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Oleh R Ismail

    Empat Negeri Pakatan Rakyat Terima Pujian Audit NegaraLaporan Ketua Audit Negara 2011 yang telah dikeluarkan dua minggu lalu menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

    Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

    Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

    Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

    Walaupun negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri miskin, namun komitmen kerajaan negeri Kedah untuk membayar turut dipuji dengan baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010.

    Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

    Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

    Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.


    Ketua Menteri Besar Terengganu?

    Bagaimana agaknya dapat dinilai prestasi pentadbiran Ahmad Said sekiranya, beliau selaku Menteri Besar mempunyai 'Ketua Menteri Besar'??

    Isu ini tidak popular dipadang-padang ceramah PAS dan tidak pun ditimbulkan di kedai-kedai kopi dan warung tepi jalan, namun cukup 'menjadi perbualan' dikalangan penjawat awam dan ahli serta penyokong Umno.

    Persoalan besar yang kini sedang menjadi perbincangan serta ‘buah mulut’ kebanyakan penjawat awam Terengganu terutamanya di Wisma Darul Iman yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said sekarang ini.

    Di kalangan pegawai-pegawai kerajaan Terengganu, dakwa ADUN Batu Burok Dr Syed Azaman Syed Ahmad Nawawi, telah timbul cakap-cakap mengenai isu 'Ketua Menteri Besar' ini.

    Dakwanya, 'Ketua Menteri Besar' itu terdiri dari segelintir individu 'berkepentingan’ yang dikatakan lebih berkuasa dalam menentukan polisi serta perjawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini.

    "Telah timbul desas desus serta rasa tidak puashati di kalangan mereka ini apabila beberapa perlantikan jawatan penting dalam kerajaan negeri telah melangkaui tangga jawatan dan menafikan hak pegawai-pegawai yang lebih berpengalaman dan lebih lama berkhidmat dalam kerajaan negeri,"kata beliau dalam tulisannnya yang diterbitkan Harakah.

    Persoalannya, dakwa Dr Syed Azaman yang juga Penolong Setiusaha Agung PAS, apakah individu-individu ini benar-benar lebih besar kuasanya daripada pemimpin kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri, Datuk Mazlan Ngah?

    "Apakah mereka inilah juga individu-individu yang dikatakan berkuasa di Wisma Darul Iman bagi menentukan kelulusan setiap pemberian projek kepada kontraktor untuk kepentingan mereka sendiri.

    "Lebih parah lagi apabila soal kelulusan tender-tender balak dan bahan galian di seluruh negeri Terenganu juga dikaitkan dengan kelompok 'Ketua Menteri Besar’ ini,"soalnya.

    Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri turut menimbulkan isu ‘Ketua Menteri Besar’ dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) Terengganu.

    Dalam temubual dengan Utusan Malaysia pada 7 September 2012, memberikan peringatan bahawa pegawai dan kakitangan kerajaan di Terengganu agak signifikan pengaruhnya dalam menentukan kemenangan sesuatu parti politik dalam pilihan raya.

    Justeru, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak lebih dari 'umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul'?

    Sedang pentadbirannya sendiri penuh dengan kegagalan dan kepincangan di sana sini!


     PAS Akan Beri Hak Milik Tanah Padi Kampung Jelapang Sekiranya Memerintah
    Posted on Sunday, October 28 @ 10:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Oleh BelutinOnlie



    SETIU - PAS melahirkan kekesalan kerana Walaupun pelbagai usaha memperjuangkan dan menuntut hak para petani di Kampung Jelapang dekat sini, namun hanya sebahagian sahaja dari tuntutan tersebut diberi perhatian oleh kerajaan negeri Terengganu.

    Timbalan Pesuuhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, antara usaha yang dilakukan termasuk mengadakan
    'piket' himpunan para pesawah dan serahan memorandum menuntut hak para petani kepada Menteri Besar sendiri, Dato' seri Ahmad Said.

    "beberapa usaha telah kita buat termasuk 'berpiket' untuk menuntut hak (petani) yang hendak dirampas, tidak cuku (dengan) itu, kita bawa suara ini ke Wisma Darul Iman,
    "kita keluar beramai-ramai (berhimpun) di perkarangan Wisma Darul Iman dan kita menyerahkan memorandum rakyat ini kepada kerajaan....serah tangan kepada Menteri Besar sendiri,
    "tapi hingga kini (tidak semua) tuntutan dipenuhi, hanya sebahagian sahaja diberi perhatian dan ditunaikan,"katanya.
    Beliau yang uga Penerusi Lujnah Pertanian dan Industri Asas Tani PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis 'Sepetang Bersama Exco Pertanian Kelantan' di Kampung Jelapang pada Sabtu 21 Oktober.
    Menurut Haji Muhyiddin, perkara pokok yang masih tidak diselesaikan adalah berkenaan hak milik tanah para petani yang telah diusahakan sejak hampir 40 tahun yang lalu.
    Beliau menyeru supaya para petani Kampung Jelapang terus istiqamah menuntut hak pemilikan tanah tersebut sehinggalah hak tersebut di penuhi.
    Oleh itu, beliau mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, PAS berjanji secara bertulis dalam manifesto pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang akan menyelesaikan pemilikan tanah terbabit.
    "bagi pihak Perhungan PAS Negeri Terengganu, kita berjanji dalam manifesto, jika kita (dapat) memerintah (selepas PRU-13) kita akan selesaikan tanah ini (dan) kita akan berikan geran terus,
    "ini janji kita kita (PAS) kepada rakyat Terengganu,"tegasnya.

     Dato Tajuddin guna Pekida di Pasir Salak?
    Posted on Sunday, October 28 @ 01:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Blog RojakPasembor

    Berita bahawa dato’ Tajuddin Abdul Rahman bukan lagi merupakan calun pilihan utama untuk pilihanraya ke 13 bukan lagi rahsia, menyebabkan beliau tidak lena dan tidak berdiam diri. Berdiam diri berarti bakal kecundang. Dato Tajuddin telah menyusun strateginya bagi mengukuhkan sokongan agar beliau tetap menjadi calon dalam PRU 13. Zainol Fadzi tidak harus diberikan peluang menjadi YB. Boleh baca di yong suka kuning dan di muslimeen united.


    Umumnya orang pengundi Parlimen Pasir Salak mengetahui bahawa DatoTajuddin Abdul Rahman merupakan penaung kepada PEKIDA Daerah Kampung Gajah. Kelebihan ini telah cuba digunakan untuk menguatkan kedudukan politiknya. Zainol Fadzi harus dihalang dari menjadi calon.


    Justru itu, pada 19 Oktober 2012 baru-baru ini telah diadakan program Malam Jalinan Mesra Pekida Kg. Gajah di simpang tiga Ulu Dedap. Diadakanlah majlis secara besar-besaran. Disembelih lembu, ditanak nasi dan dijemput seberapa ramai ahli pekida dan juga ayahanda-ayahanda pekida dalam negeri Perak untuk turut bertamu.

    Secara tidak langsung Dato Tajuddin Abdul Rahman mungkin ingin menunjukkan kepada pimpinan umno bahawa beliau sebenarnya mempunyai ramai pendokong dan penyokong. Maksudnya, PEKIDA cuba diperalatkan sebagai menyokong beliau.


    Dato Tajuddin Abdul Rahman sendiri tahu, bahawa pekida tidak bertunjang kepada mana-mana parti politik. Perjuangan pekida merentasi politik. Politik kepada ahli pekida hanyalah merupakan pilihan individu, bukannya perjuangan organisasi yang boleh ditunggangi oleh seperti di zaman Dato Dr. Hj. Mohd Fuad dimana akhirnya ia telah merosakkan organisasi PEKIDA di peringkat Induk. Pihak-pihak yang berkepentingan akhirnya melarikan diri setelah mendapat apa yang dikecapi.

    Akhirnya, tinggallah Haji Jamaluddin Yusof yg masih gigih dengan perjuangandan berjaya mengukuhkan kembali pekida. Dan kepada Haji Jamaluddin Yusof, berhati-hatilah kepada pihak yang berkepentingan. Akhirnya akan berlakulah, habis madu sepah dibuang.

    Oleh itu sekali lagi dimaklumkan kepada Dato Tajuddin Abdul Rahman, ahli PEKIDA bebas memilih dan mengundi sesiapa saja dalam pilihan raya.

    ....
    http://rojakpasembor.blogspot.com


     Contohi rakyat Turki tukar kerajaan untuk selamatkan ekonomi
    Posted on Sunday, October 28 @ 09:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Oleh KeadilanDailyKUALA LUMPUR 27 Okt: Berdasarkan pengalaman kerajaan Turki, bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof yakin situasi genting ekonomi Malaysia boleh diselamatkan asalkan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah.

    Sebelum Parti Keadilan & Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih kerajaan pada 2002, katanya, negara itu menanggung hutang hingga 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    “Ia menyebabkan Turki mengalami keruntuhan mata wang pada 2000-2001,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
    Selepas Parti ARK mengambil alih kerajaan pada 2002 dengan dipimpin Recep Tayyip Erdogan, beliau berkata, Turki mencatat pertumbuhan luar biasa pada kadar purata 6.8 peratus antara 2002–2008.
    “Pada 2011, Turki mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia pada kadar 8.49 peratus daripada KDNK yang dianggap sebagai keajaiban.
    Sedangkan, beliau berkata, negara sekelilingnya seperti Greece, Sepanyol dan Itali berdepan krisis kewangan dan ekonomi.
    “Rakyat Malaysia perlu menukar kerajaan demi masa depan yang gemilang seperti yang rakyat Turki alami sekarang,” katanya.

    Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=38514

     Lubnan tangkap dua warga m’sia yang disyaki ada kaitan dengan Al-Qaeda
    Posted on Sunday, October 28 @ 07:10:18 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Oleh BernamaKUALA LUMPUR, 27 Okt — Pihak berkuasa Lubnan telah menahan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

    Kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.

    Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan, ketika dihubungi Bernama malam ini, mengesahkan kedua-dua lelaki itu ditangkap beberapa hari lepas tetapi tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar tangkapan itu.
    Menurutnya pihak kedutaan hanya mengetahui mengenai tangkapan tersebut semalam.
    "Mereka ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. Mereka akan dibawa ke mahkamah Isnin ini dan di sana kami akan meminta sama ada mereka memerlukan peguam," katanya.
    Ilango berkata pejabatnya telah memberitahu Wisma Putra mengenai kes itu supaya ia boleh memaklumkan kepada keluarga suspek yang ditahan itu.
    Pada Khamis lepas, akhbar Lubnan, Al-Joumhouria' memetik sumber pihak keselamatan sebagai berkata warga Malaysia itu ditahan oleh pasukan perisikan tentera atas dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas.
    Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.
    Al-Joumbouria berkata dua bulan lalu, kedua-dua suspek Malaysia itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.
    Rancangan serangan itu diselaraskan oleh seorang lelaki yang dikatakan bertanggungjawab atas kemasukan semua anggota jihad ke Syria, menurut akhbar itu.
    Akhbar itu melaporkan bahawa apabila dua warga Malaysia gagal memasuki Syria, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Lubnan bagi melakukan serangan pengganas tetapi aktiviti mereka dihidu oleh perisikan tentera.
    Selepas dikesan, warga Malaysia itu ditahan dan siasatan menunjukkan mereka bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan di negara itu. — Bernama

     DR MAZA - Seorang yang tak keruan
    Posted on Saturday, October 27 @ 23:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Oleh: awwal

    "Pada pandangan saya Dr MAZA ini seorang yang sejak dari tamatnya jawatannya sebagai mufti hingga sekarang sedang memasarkan dirinya untuk diterima mana-mana pertubuhan terutama parti-parti politik yang berpengaruh seperti UMNO,PAS dan PKR.

    Atau dalam proses mencari, melebar dan membina pengaruh supaya dapat mengemudi mana-mana NGO.Maka itu beliau selalunya memainkan isu-isu yang agak kontroversial yang menimbulkan polemik dalam masyarakat.Beliau seorang yang egoistik yang cuba mempamirkan diri seorang yang benar-benar cendikiawan dan serba tahu.

    Isu terkini yang dibangkitkannya adalah cuba menyarankan agar ulama-ulama PAS tidak bersikap macam Ayatollah Khomeini.Kenapa begitu? Kerana umum tahu Dr MAZA ini seorang yang tegar anti-syiah.Dan dia merasakan ada dalam PAS pengaruh-pengaruh syiah sedang menular. Satu isu yang saya rasa sengaja dibangkitkannya untuk mengocak diair tenang.Persoalannya apakah yang ditakutkannya jika ulama-ulama PAS jadi macam Ayatollah Khomeini?
    Seluruh dunia maklum bahawa Khomei ini bukan calang-calang tokoh. Beliau adalah seorang tokoh yang telah merobah kebudayaan dunia. Diakui oleh semua tokoh-tokoh ulung dunia.Siapa Dr MAZA ini untuk pertikai Khomeini ini? Apa jasa Dr MAZA terhadap masyarakat dan negaranya kalau hendak dibandingkan dengan Khomeini.Jadi saya minta Dr MAZA untuk cerminkan diri beliau dahulu sebelum mempertikaikan tokoh seperti Khomeini ini.
    Ya! Khomeini seorang syiah. Begitu juga Shah Iran adalah juga syiah.Tapi Khomeini syiah yang baik menjatuhkan seorang syiah yang zalim dalam satu gerakan revolusi rakyat yang menggemparkan dunia.Apa tah lagi Shah ini bukan calang-calang orang juga.Beliau adalah boneka Amerika dan merupakan Maharaja teragong yang digelar 'King of Kings'. Semua itu terjadi bukan secara kebetulan tetapi adalah hasil perjuangan gigih ulama-ulama syiah yang dipimpin oleh Ayatollah Khomeini ini.Dan dia berjaya membangkitkan kepercayaan rakyat terhadapnya.Dan apabila dia berjaya menumbangkan Shah,dia sendiri tidak pernah ambil kesempatan untuk menjadi seorang diktator dan mengambil sebarang tindakan menzalimi apatah lagi membolot kekayaan negara untuk dirinya macam lain-lain diktator didunia masa itu.
    Malah dia sendiri hidup zuhud mengikuti langkah khalifah ar-rasyidin terutamanya gaya hidup saidina Ali bin Abi Thalib. Hidup dalam rumah teres yang sederhana tanpa perabot mewah.Makannya adalah ala kadar sahaja.Ini yang memikat hati rakyat Iran terhadapnya.Sebab itu kebanyakan keputusan yang dibuatnya jarang dipertikaikan sebab rakyat tahu keputusan itu bukan bagi memenuhi hawa nafsunya tetapi untuk kepentingan negara dan rakyat terutamanya dalam menegakkan agamanya Islam(sudah tentulah mazhab syiahnya).
    Dalam dunia Islam mazhab sunnah,mana ada tokoh-tokoh yang berjaya sepertinya.Ini disebabkan kebanyakan ulama-ulama sunnah begitu berhati-hati dalam mengambil tindakan terhadap pemerintah zalim.Sebab bagi ulama sunnah berpegang kepada kepercayaan adalah lebih baik memiliki pemimpin zalim dari ambil langkah penentangan yang belum tentu berjaya atau tidak kerana takut terjadi perpecahan umat. Tetapi lain dengan mazhab syiah mereka berpegang pada langkah yang diambil oleh saina al Hussein Abi Thalib dalam peristiwa Karbala.
    AlHussein pernah berkata,"Matlamat pendirianku adalah untuk membetulkan Islam yang telah diselewengkan oleh Yazid biarpun diriku binasa kerananya".Kerana kalau takut bertindak terhadap pemerintah zalim disebabkan takut berlaku perpecahan umat.Maka pemerintah zalim akan tetap kekal memerintah selamanya.
    Sebab itu Mahatma Gandhi pernah berkata,"I learnt from Hussein how to achieve victory while being oppressed".Tetapi bagi setengah-setengah ulama sunnah berpendapat pendirian al-Hussein ini salah dan pembunuhan adalah patut dan mengikut kehendak Islam.Pendapat yang mana disanggah oleh ulama-ulama islam tersohor termasuk imam Syafi'e. Malah ahli-ahli fikir barat pun berpendapat sedemikian contoh seperti Charles Dicken.Beliau berkata,"If Hussein had fought to quench his worldly desires,as alleged by some critics,then I do not understand why his sister,wife,and children accompanied him.It stands to reason therefore,that he sacrificed purely for Islam".
    Kalau Dr MAZA marah dengan Khomeini kerana kritiknya yang keras dan tajam terhadap Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar.Pokoknya apakah mereka berdua itu maksum-tidak berbuat sebarang tindakan salah yang boleh dikritik.Kalau tidak apa faedah belajar sejarah sekadar menerima fakta-fakta dan diam-jangan kata apa-apa nanti menyalahi atau berdosa mengkritik sahabat-sahabat nabi.Ini menyalahi falsafah mempelajari sejarah tanpa kritikan yang boleh menyuluh jalan kepada kebenaran
    Ramai ahli-ahli sejarah Islam terutamanya dari kalangan sunnah hanya menceritakan sepintas lalu bila membicarakan topik-topik yang sadis seperti peristiwa sebelum wafat nabi,peristiwa dibalai bani saidah,peristiwa perundingan enam tokoh yang diwasiatkan Umar untuk menggantikannya selepas kematiannya,peritiwa tindakan saidina Othman dalam pemerintahannya dan kritikan para sahabat terhadapnya serta tindakan-tindakannya terhadap Ammar bin Yasir,Abu Zar alGhiffari,Abdullah Mas'ud dan lain-lain.Seolah-olah mahu menyembunyikan fakta-fakta tertentu dari diketahui umat.
    Tetapi percayalah lambat laun betapa pun usaha dibuat bagi menyembunyikan fakta-fakta ini,ianya akan terdedah jua dan kebenaran akan muncul.Wallahu a'lam




    Tiada ulasan: