Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca Malaysiakini.

Petugas Malaysiakini, khususnya yang beragama Islam, bercuti pada hari ini untuk menyambut Aidiladha serta mengunjungi saudara mara serta sahabat handai.

Malaysiakini versi Bahasa Malaysia akan kembali beroperasi sepenuhnya pada hari Sabtu dengan lebih banyak berita yang menarik.

Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru

Datuk Harun Taib, 26 Okt 2012
Assalamualaikum wbt..

Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian..

Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.

Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.

Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".

Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan.

Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini.

Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal.

Maka saudara-saudara sekalian, kita hendaklah berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam, sehingga kita berjaya ataupun mati syahid di dalam perjuangan Islam. Wallahu a'lam.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
iReporters: 5 pengajaran hidup tunai haji

26 Oktober 2012
Selamat Hari Raya Aidiladha dari Sinar Harian Online
Selamat Hari Raya Aidiladha dari Sinar Harian Online
BERJUTA-JUTA umat Islam dari seluruh dunia kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji, yang merupakan salah satu perhimpunan tahunan terbesar umat manusia di planet ini.
Haji adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap umat Islam dalam perjalanan hidup mereka untuk menunaikan ibadat itu sekali seumur hidupnya jika berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan.
Pasukan iReport dari CNN telah mengemukakan pertanyaan kepada jemaah haji bagaimana pengalaman menunaikan ibadat ini telah mengubah kehidupan mereka dan nasihat kepada bakal jemaah haji yang buat kali pertama menunaikan ibadat suci ini.
Keputusannya - gabungan pengajaran kehidupan rohani dan spiritual yang menjangkaui Islam itu sendiri.


1. Ia mengajar saya erti kesabaran
iReporter Amir Abdul Latip dari Brunei berkata, haji telah mengajarnya erti kesabaran dan ia diserap dalam kehidupannya selepas menunaikan haji di Tanah Suci.
"Saya masih tidak sempurna, tetapi haji telah mengubah perspektif saya mengenai kehidupan sifat keduniaan, alam semesta, dan segala-galanya," kata beliau.
"Hanya bersabar dan sentiasa cuba untuk membantu orang lain," kata Amir, sambil menambah bahawa haji membantu "meluaskan pandangan saya untuk melihat gambaran yang lebih besar mengenai kewujudan kita."
Sabar adalah suatu perintah semasa tawaf, upacara Haji di mana jemaah Haji akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
"Beberapa kali berlaku perkara yang di luar kawalan penganjur - mereka sudah mencuba yang terbaik untuk jemaah tetapi mereka tidak boleh melakukan semua disebabkan oleh beberapa keadaan yang tidak diduga," kata iReporter Muhammad Zafar dari Simi Valley, California, yang mengerjakan ibadat Haji pada tahun 2011 dengan keluarganya.


2. Ia membuatkan saya ingin mengetahui lebih banyak lagi
Ameer Hassoun, seorang doktor kelahiran Iraq yang tinggal di New Jersey berkata, sebahagian daripada ibadat haji ialah pengajaran yang diperoleh daripada jemaah lain.
"Ia mengajar saya menjadi seorang yang berpijak di bumi, memperlakukan segala-galanya dengan kerendahan hati bahawa tidak ada perbezaan antara kita - tidak kira di mana kita berada," katanya.
"Orang di seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka sendiri daripada negara asal mereka dan sebagainya dan ia adalah tanah yang sangat subur untuk memperoleh pembelajaran."
Bagi Hira Hasnain, seorang pelajar di Carolina Utara, yang menghabiskan masa selama tiga minggu menjalankan ibadat haji, salah satu pengalaman yang paling memuaskan ialah mendedahkan dirinya kepada aspek keimanan baru dengan berjumpa ramai orang.
"Ia membawa anda lebih dekat, memberikan semangat perpaduan," katanya.
"Anda sedar bahawa semua orang di seluruh dunia sedang berusaha juga ... mendekatkan diri kepada ALLAH dan semua orang mempunyai cara yang berbeza untuk melakukannya."
"Cuba untuk memahami dari mana semua orang yang datang dan keseronokan menunaikan haji, anda akan menjadi lebih bermakna," kata Hira.

3. Ia membuatkan saya mengurangkan hal-hal duniawi
iReporter Rafiu Olasunkanmi Yusuf, seorang warga Nigeria yang bekerja di Malaysia berkata, menunaikan ibadat haji pada 2003 telah mendedahkan beliau supaya "perlu bergerak lebih dekat kepada ALLAH."
"Di merata-rata (di Makkah), semuanya berwarna putih, ia simbol kesucian," katanya.
"Tidak ada perbezaan asas negara bangsa atau warna kulit. Kita juga boleh merasakan kehadiran ALLAH SWT kerana kita melaksanakan upacara keagamaan. "
Sejak itu, Rafiu telah cuba untuk "menumpukan lebih banyak masa untuk meningkatkan rohani dan mengurangkan masa dalam hal keduniaan."
Amaan Haq pula berkata, haji mengajarnya untuk mengakui bahawa ALLAH dalam "segala-galanya yang saya lakukan."
"Saya memberi perhatian penuh kepada kewajipan-kewajipan saya sebagai seorang Muslim," katanya.
"Saya panjatkan doa, ketaatan kepada ibu bapa, puasa, zakat, saya memohon keampunan lebih kerap, dan melebihkan zikir.
"Saya juga cuba untuk mendidik rakan Islam dan rakan-rakan bukan Islam saya, rakan sekerja dan rakan-rakan mengenai Islam," katanya.

4. Ia membuatkan saya bersedia
iReporter Amaan Haq dari Woodbridge, Virginia yang melaksanakan haji pertama pada tahun 2011 dengan isterinya berkata, persediaan adalah sangat penting.
"Baca dan faham sebelum memulakan apa-apa perbuatan yang dikehendaki daripada anda," katanya.
"Haji adalah sukar walaupun anda masih muda," katanya lagi.
Haji boleh menjadi ujian ketahanan fizikal dan mental, dengan jemaah yang kadang-kadang berjalan beberapa kilometer setiap hari.
Amaan menasihatkan jemaah untuk mengambil minuman atau garam elektrolit.
Lain-lain iReporters mengesyorkan jemaah haji buat kali pertama mendapatkan panduan jika boleh, mereka berkata, urutan upacara yang kompleks perlu dilakukan dan saiz perhimpunan tersebut boleh jadi amat besar.


5. Ia membuatkan saya untuk menggalakkan orang lain
Amir dari Brunei berkata nasihat terakhir beliau bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadat Haji supaya melakukannya.
"Hanya melakukannya," katanya.
"Jangan tunggu sehingga anda terlalu tua dan lemah," katanya.
"Dan dengan kos yang meningkat tahun demi tahun, ia adalah lebih baik untuk melakukannya lebih awal jika anda boleh."
Nasihat yang sama juga boleh digunakan selain daripada perjalanan mengerjakan haji katanya.
* Dipetik dari CNN

* Bagaimana pula dengan pembaca Sinar Harian Online, anda ada pengalaman untuk berkongsi? Sila berkongsi dengan kami.

3 Korban Teragung dalam Sejarah Manusia | Bahagian 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dari auc
Berbicara mengenai Ibadah Korban, adakah anda tahu bagaimana asal usulnya sejarah korban dalam sejarah manusia sebelum kedatangan islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ada tiga kisah mengenai korban teragung dalam sejarah manusia ni.
Sejarah korban pertama dalam sejarah manusia
Menyembelih korban adalah sunnah yang begitu lama dijalankan. Sunnah ini dimulai oleh dua orang anak Nabi Adam a.s. Qabil dan Habil. Mereka melakukan korban di atas perintah Nabi Adam a.s. sendiri, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
“Allah mewahyukan kepada Nabi Adam a.s supaya mengahwinkan Qabil dengan saudara kembar Habil, dan mengahwinkan Habil dengan saudara kembar Qabil. Akan tetapi Qabil tiadak meyetujui perkahwinannya dengan saudara kembar Habil itu. Oleh kerana demikian, Nabi Adam a.s menyuruh kedua-duanya membuat korban. Nabi Adam berkata:
” Siapa di antara kamu yang diterima korbannya, itulah yang menjadi suami bagi saudara kembar Qabil yang cantik itu.”
Kedua-dua anak Nabi Adam a.s itu pun melaksanakan kewajipannya. Setelah korban-korban itu diletakan di tempat yang telah ditentukan, turunlah api lalu membakar korban kepunyaan Habil. Melihat yang demikian, Qabil menjadi marah, lalu membunuh saudaranya, Habil.
Mulai saat itulah umat Islam memandang penyembelihan korban sebagai suatu pekerjaan kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang yang hendak membuat pengabdian. Itu kisah pertama dari 3 kisah korban teragung dalam sejarah manusia.

Read more: http://www.anakulucheka.com/3-korban-teragung-dalam-sejarah-manusia-bahagian-1/#ixzz2AMyQCBCn

3 Korban Teragung dalam Sejarah Manusia | Bahagian 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dari auc
Sejarah Korban Kedua dalam Sejarah Manusia
Pada zaman Nabi Ibrahim a.s membuat korban hanyalah dengan mensedekahkan roti dan sebagainya, ada setengah riwayat mengatakan baginda meyembelih anak lembu, kambing dan biri-biri.
Sehinggalah Allah menguji keteguhan iman Nabi Ibrahim a.s dengan memerintahkan baginda menyembelih puteranya, Ismail. Yang mana peintah itu datang di dalam mimpi, pada mula dianggap sebagai mainan tidur atau rayuan syaitan yang ingin memesongkan keimanannya.
Perintah Allah yang menyuruh menyembelih puteranya dalam mimpi itu berlarutan hinggan 10 malam berturut-turut. Maka timbullah perasaan benarlah ini semua adalah perintah Allah yang harus ditaati. Ini merupakan satu cabaran yang maha besar , lebih hebat daripada yang pernah dialami seumur hidupnya.
Dengan perasaan berat hati Baginda pun menceritakan perintah Allah itu kepada Ismail. Ismail sebagai anak yang taat dan patut pada perintah orang tuanya bersetuju dengan apa yang ditetapkan itu.
Maka upacara penyembelih pun ditetapkan, disaat tangan Nabi Ibrahim a.s menggerakkan memegang pisau di leher anaknya itu, serta-merta Allah menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Disusuli dengan firman Allah ke atas baginda, “ Wahai Ibrahim, cukuplah engkau menunjukkan kepatuhan dan kerelaanmu memenuhi mimpimu itu. Aku tebus puteramu itu dengan seekor kibas suci ini.”
Mulai saat itulah, pada setiap hari yang kesepuluh dalam bulan Zulhijah, Nabi Ibrahim menyembelih korbannya. Begitulah kisah korban ke dua dalam sejaran manusia yang mana sehingga kini setiap kaum Muslimin menjadikan peristiwa ini sebagai peringatan. Jadi mereka yang menunaikan haji pun membuat korban dengan menyembelih binatang seperti unta, lembu, kerbau dan unta. Dan bagi sesiapa yang mampu disunatkan melaksanakan ibadah ini walaupun mereka tidak mengerjakan haji.

Read more: http://www.anakulucheka.com/3-korban-teragung-dalam-sejarah-manusia-bahagian-2/#ixzz2AMyigcaF

3 Korban Teragung dalam Sejarah Manusia | Bahagian 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dari auc
Sejarah Korban Ketiga dalam sejarah manusia
Peristiwa ke atas Nabi Ismail itu, terjadi pula ke atas diri Abdullah, ayahanda Nabi Muhammad s.a.w. Lantaran itu baginda dinamakan Ibnu Assabihin yang bererti putera dari dua orang yang disembelih.
Kisahnya bermula dari Abdul Mutalib datuk Nabi Muhammad s.a.w bermimpi, diperintahkan menggali semula Telaga Zamzam yang mana pada masa itu telah tertimbus (ditimbus oleh suku Jurhum ketika mereka menguasai negeri Mekah) Abdul Mutalib cuba memenuhi permintaan seperti dalam mimpinya tetapi dengan tenaga yang ada, kerja itu mungkin tidak berhasil. Ini menyebabkan Abdul Mutalib bernazar kepada Tuhannya. Jika dia dikurniakan sepuluh orang anak yang dapat menolongnya dalam melaksanakan perintah Allah ini, dia rela menyembelih salah seorang daripadanya untuk dijadikan korban di sisi Kaabah.
Abdul Mutalib kemudian berkahwin lagi satu, hinggalah 30 tahun kemudian beliau telah dikurniakan 10 orang anak seperti mana yang dia impikan. Setelah semuanya dewasa termasuklah Abdullah, datanglah mimpi itu semula menagih Abdul Mutalib melaksanakan nazarnya dahulu.
Setelah diberitahu kepada semua anak-anaknya tentang nazarnya itu dahulu, maka semua anak-anak Abdul Mutalib bersetuju melaksanakan nazarnya. Maka Abdul Mutalib pun pergi berjumpa seorang tukang goncang anak panah undi. Semua nama anak-anak Abdul Mutalib ditulis pada anak panah tersebut. Kemudian digoncang dan dicabut salah satu daripada anak panah tersebut. Mana nama yang ada panah tersebut dialah yang dijadikan korban.
Dicabutnya satu anak panah lalu terteralah nama Abdullah, lantas dengan hati yang teguh mengambil pisau dan merebahkan Abdullah ke tanah. Ketika hendak menyembelihnya datang Abbas, abang Abdullah menarik Abdullah. Kerana itu tergurislah pisau dimuka Abdullah sehingga menjadi parut. Bekas parut itu kekal sehingga beliau meninggal dunia.
Melihat keadaan demikian itu datanglah saudara mara ibu Abdullah menghalang perbuatan Abdul Mutalib itu. Setelah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian lantas mereka bersetuju menemui seorang Kahin (tukang tenung) di Madinah. Kahin itu memberi pendapat supaya membayar denda 10 ekor mengikut kesalahan membunuh.
Kemudian mereka kembali ke Mekah dengan membuat sembelihan 10 ekor unta. Kemudian buat goncangan lagi, tapi nama Abdullah tetap yang keluar, sehingga 10 kali goncangan tetap nama Abdullah bererti 100 ekor unta dikorbankan untuk menebus Abadullah daripada disembelih, hingga goncangan terakhir nama unta yang keluar yang menandakan bahawa sudah cukup jumlah unta yang harus dikorbankan, dan Tuhan telah rela dengan jumlah tersebut.
Begitulah kisah 3 korban teragung dalam sejarah manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammmad s.a.w. yang membawa ajaran Islam sebenarnya.

Read more: http://www.anakulucheka.com/3-korban-teragung-dalam-sejarah-manusia-bahagian-3/#ixzz2AMz3qlzK

Sejarah Ibadah Korban Dan Maknanya

 بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


UMAT Islam di seluruh pelusok dunia akan merayakan Idul Adha. Bagi umat Islam yang mampu, dianjurkan untuk menyembelih binatang korban. Pada dasarnya, penyembelihan binatang kurban ini mengandung dua nilai yakni kesolehan ritual dan kesolehan sosial.

Kesolehan ritual bererti dengan berkorban, kita telah melaksanakan perintah Tuhan yang bersifat transedental. Ibadah korban dikatakan sebagai kesolehan sosial kerana selain sebagai ritual keagamaan, korban juga mempunyai dimensi kemanusiaan yang sangat luas.

Bentuk solidariti kemanusiaan ini termanifestasikan secara jelas dalam pengagihan daging korban. Perintah berkorban bagi yang mampu ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menghormati terhadap fakir-miskin dan kaum dhu’afa lainnya. Dengan disyari’atkannya korban, kaum muslimin dilatih untuk mempertebalkan rasa kemanusiaan, mengasah kepekaan terhadap masalah-masalah sosial, mengajarkan sikap saling menyayangi terhadap sesama.

Meski waktu pelaksanaan penyembelihan korban dibatasi (10-13 Dzulhijjah), namun jangan difahami bahawa Islam membatasi solidariti kemanusiaan. Kita harus mampu menangkap makna esensial dari pesan yang disampaikan teks, bukan memahami teks secara literal. Oleh kerananya, semangat untuk terus ’berkorban’ senantiasa kita langgengkan pasca Idul Adha.

Saat ini kerap kita jumpai, banyak kaum muslimin yang hanya berlumba meningkatkan kualiti kesolehan ritual tanpa diimbangi dengan kesolehan sosial. Banyak umat Islam yang hanya rajin solat, puasa bahkan mampu ibadah haji berkali-kali, namun tidak peduli dengan masyarakat sekitarnya. Sebuah fenomena yang menyedihkan. Mari kita jadikan Idul Adha sebagai momentum untuk meningkatkan dua kesolehan sekaligus yakni kesolehan ritual dan kesolehan sosial.

Perintah Qurban
Dalam Al-Quran dalam Surat Al-Maidah: 27, Ash-Shaffat: 102 – 107 dan Al-Kautsar: 2 yang berbunyi: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.” Dan Ibadah Korban merupakan pembuktian kecintaan dan keikhlasan kita kepada sang Khaliq.

Sejarah Korban
Ibadah korban memiliki sejarah yang begitu panjang. Allah SWT telah memerintahkan ibadah korban kepada umat manusia, sejak zaman Nabi Adam AS. Perintah korban mulai diperintahkan kepada dua putera Nabi Adam AS, yakni Habil yang bekerja sebagai petani dan Qabil seorang peternak. Keduanya diminta untuk berkorban dengan harta terbaik yang mereka miliki.

Peristiwa korban dua anak manusia itu dikisahkan dalam Al-Quran surat al-Maaidah ayat 27. Allah SWT berfirman, ''Dan ceritakanlah (Muhammad) kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.''

Seiring peredaran zaman, perintah berkorban juga diterima Nabi Ibrahim AS. Setelah melalui penantian yang begitu lama, Ibrahim akhirnya dikarunia seorang putera bernama Ismail, dari isterinya bernama Siti Hajar. Ia pun begitu gembira dan bahagia. Kebahagiaannya memiliki seorang putera, kemudian diuji oleh Allah SWT.

Ketika berusia 100 tahun, datanglah sebuah perintah Allah SWT kepadanya melalui sebuah mimpi. ''...Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu..?'' (QS: as-Saffat:102). Dengan penuh keikhlasan, Ismail pun menjawab, ''...Wahai Ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.'' (QS:as-Saffat:102).

Kemudian, Nabi Ibrahim AS membawa Ismail ke suatu tempat yang sepi di Mina. Ismail pun mengajukan tiga syarat kepada sang ayah sebelum menyembelihnya. Pertama, sebelum menyembelih hendaknya Nabi Ibrahim AS menajamkan pisaunya. Kedua, ketika disembelih, muka Ismail harus ditutup agar tak timbul rasa ragu dalam hatinya. Ketiga, jika penyembelihan telah selesai, pakaiannya yang berlumur darah dibawa kepada ibunya, sebagai saksi korban telah dilaksanakan.

''Maka tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Lalu Kami panggil dia, 'Wahai Ibrahim!' sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu...'' (QS: as-Saffat ayat 103-104). Ketika pisau telah diarahkan ke arah leher Ismail, lalu Allah SWT menggantikannya dengan seekor kibas yang besar.

''Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.'' Atas pengorbanan Ibrahim AS itu, Allah SWT berfirman, ''Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. Selamat sejahtera bagi Ibrahim. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.'' (QS: as-Saffat:108-109).

Waktu Qurban
Ibadah korban pun menjadi salah satu unsur syariat Islam, yang dilaksanakan oleh umat Muslim yang mampu pada setiap Hari Raya Idul Adha dan tiga hari setelahnya (hari tasyrik), yakni tanggal 10, 11, 12, dan 13 Dzul Hijjah.

Makna Qurban
Lalu apa makna dari perintah berkorban? Melaksanakan ibadah korban tidak semata-mata ibadah yang berhubungan dengan Sang Pencipta, namun lebih bermakna sosial. Inti pesan ibadah korban adalah solidariti, kepedulian kepada orang yang memerlukan. Hanya sedikit dari orang banyak yang sadar. Hanya sedikit dari orang yang sedar itu yang mahu berjuang. Dan hanya sedikit dari yang berjuang itu yang mahu berkorban.

Pengorbanan sesungguhnya bukan hanya harta benda, melainkan juga jiwa, raga, hati dan fikiran yang semata-mata kerana Allah. Seorang yang beriman, akan memberikan sesuatu yang paling dicintainya kepada Allah SWT, seperti yang dilakukan Nabi Ibrahim AS.

Kriteria haiwan korban
Qurban memiliki beberapa syarat yang tidak sah kecuali jika telah memenuhinya, iaitu.
[1]. Haiwan qurbannya berupa binatang ternak, iaitu unta, sapi dan kambing, baik kibas atau kambing biasa.
[2]. Telah sampai usia yang dituntut syari’at berupa jaza’ah (berusia setengah tahun) dari kibas atau tsaniyyah (berusia setahun penuh) dari yang lainnya.
- Unta adalah yang telah sempurna berusia lima tahun
- Sapi adalah yang telah sempurna berusia dua tahun
- Kambing adalah yang telah sempurna berusia setahun
- Kibas adalah yang telah sempurna berusia enam bulan
[3]. Bebas dari aib (cacat) yang mencegah keabsahannya, iaitu apa yang telah dijelaskan dalam hadis Nabi SAW.
- Buta sebelah yang jelas / nampak
- Sakit yang jelas.
- Pincang yang jelas
- Sangat kurus, tidak mempunyai sumsum tulang
- Dan hal yang serupa atau lebih dari yang disebutkan di atas dimasukkan ke dalam aib-aib (cacat) ini, sehingga tidak sah berqurban dengannya, seperti buta kedua matanya, kedua tangan dan kakinya putus, ataupun lumpuh.
[4]. Haiwan korban tersebut milik orang yang berkorban atau diperbolehkan (di izinkan) baginya untuk berkorban dengannya. Maka tidak sah berkorban dengan haiwan hasil rompakan dan curian, atau haiwan tersebut milik dua orang yang beserikat kecuali dengan izin teman serikatnya tersebut.
[5]. Tidak ada hubungan dengan hak orang lain. Maka tidak sah berkorban dengan haiwan gadaian dan haiwan warisan sebelum warisannya dibahagi.
[6]. Penyembelihan korbannya harus dilakukan pada waktu yang telah ditentukan syariat. Maka jika disembelih sebelum atau sesudah waktu tersebut, maka sembelihan korbannya tidak sah
[Lihat Bidaayatul Mujtahid (I/450), Al-Mugni (VIII/637) dan setelahnya, Badaa’I’ush Shana’i (VI/2833) dan Al-Muhalla (VIII/30).

Sejarah Korban

SYARIAT dan syarat berkorban ialah dengan niat yang ikhlas dan taat kerana sesungguhnya Allah tidak memerlukan apa pun pengorbanan daripada kita, kecuali atas dasar ikhlas, taat serta patuh kepada-Nya.

Sejarah korban dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu zaman Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW.

Pada zaman Nabi Adam, korban dilaksanakan oleh anaknya, Qabil dan Habil. Menurut sejarah, kekayaan yang dimiliki Qabil mewakili kelompok golongan petani, sedangkan Habil mewakili kelompok penternak. Pada waktu itu, sudah mula ada perintah, sesiapa yang memiliki harta banyak, maka sebahagian hartanya hendaklah dikeluarkan untuk korban.

Sebagai petani, Qabil mengeluarkan korban daripada hasil pertaniannya, dan sebagai penternak, Habil mengorbankan haiwan peliharaannya untuk korban. Qabil mengeluarkan korban yang afdal (terbaik), iaitu hasil ternakan yang sihat, manakala Habil sebaliknya.

Hal itu diungkapkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika mana kedua-duanya mempersembahkan ibadat korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua (Habil), dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Lalu ia berkata: Aku pasti membunuhnya (Habil).” (Surah al-Maidah, ayat 27)
Ayat di atas, membuktikan korban Habil diterima di sisi Allah atas dasar niat yang ikhlas dan taat dalam menjalankan perintah Allah. Korban Qabil tidak diterima Allah, kerana mengandungi unsur tidak ikhlas dan taat. Akhirnya, terjadilah peristiwa dan tragedi pembunuhan ke atas Habil oleh tindakan dendam kesumat Qabil. Sejarawan dan ahli tafsir menyatakan, itulah pembunuhan pertama dilakukan di kalangan umat manusia sejak bumi didiami insan.

Kisah korban kategori kedua pula adalah pada zaman Nabi Ibrahim. Baginda bermimpi mendapat perintah daripada Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, iaitu menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibasy. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan. Berjuang untuk mencapai kemuliaan, ternyata mesti ditempuh dengan berkorban.
Orang yang menyatakan dirinya berjuang, tanpa ada kemahuan untuk berkorban, sesungguhnya bukanlah pejuang melainkan pengikut. Jika ingin maju dan mulia, pasti ada gerakan yang dipeloporinya untuk berjuang sekali gus berkorban, iaitu mendekatkan diri kepada Allah.

Korban kategori ketiga, ialah zaman Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-3)

Syariat dan ibadat korban, bukanlah menyembelih haiwan setahun sekali. Yang penting ialah keikhlasan dan ketaatan menunaikan perintah Allah. Allah menguji iman, seperti menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan menyembelih Ismail. Allah tidak memerlukan darah dan dagingnya. Allah sekadar menguji keimanan Ibrahim dengan perintah dan ujian yang sangat berat itu.

Syariat dan ibadat korban terus berlaku hari ini hingga kiamat. Oleh itu, pada masa keperluan ekonomi semakin meningkat, akan wujud rasa berat untuk melaksanakan ibadat korban tetapi tugas itu akan menjadi ringan apabila kita ikhlas.

Bertepatan dengan keadaan saudara kita di beberapa negeri yang berhadapan tragedi banjir, ibadat korban yang dilakukan dan daging disedekahkan kepada mangsa sedang berhadapan dengan ujian dapat meringankan beban serta mengeratkan hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan program mengadakan ibadat korban di luar negara hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib masyarakat Islam di tempat lain yang mengharapkan kehadiran Aidiladha membawa kegembiraan kepada mereka. Meskipun haiwan yang disembelih, namun sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah haiwan dikorbankan itu. Yang dilihat Allah adalah niat ikhlas dan taat yang ada pada diri orang yang berkorban.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Sesetengah pihak berpendapat, kekayaan harta yang diperoleh adalah hasil jerih payahnya, kepandaian dan ilmunya. Mereka melupakan inayah dan pertolongan Allah.
Allahhu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilham....
Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia

Sejarah Korban Sepintas Lalu..


  • DAN bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). (Al Hajj: 34).
1. Qurban Semasa Nabi Adam AS.
  • "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (qurban) dari orang-orang yang bertakwa". (Al Maidah: 27).
Allâh memerintah Adam agar mengahwinkan Qabil dengan saudara perempuan kembar Habil bernama Lubuda yang yang rupanya tidak cantik. Tetapi mengahwinkan Habil dengan saudara perempuan kembar Qabil  bernama Iqlima yang cantik rupawan. Pada saat itu Adam dilarang Allâh mengahwinkan perempuan kepada saudara lelakinya yang kembar. 

Namun Qabil menolak hal ini, sementara Habil menerima. Qabil pula ingin kahwin dengan saudara perempuan kembarnya sendiri yang cantik itu. Maka Adam menyuruh kedua anaknya berqurban (korban), siapa yang diterima qurbannya, itu yang menjadi suami bagi saudara perempuan kembar Qabil yang cantik jelita itu. Kemudian kedua anak Adam itu pun berqurbanlah..,

Habîl adalah seorang peternak kambing dan ia berqurban dengan 'Kambing Qibas' berwarna putih, mata bundar, bertanduk cantik mulus, dan berqurban dengan jiwa yang bersih. Qabil pula adalah seorang petani bercucuk tanam, Ia berqurban dengan makanan buruk, dan niat yang tidak ikhlas.

Qurban-qurban itu diletakkan di sebuah gunung, menurut Syariat pada masa itu Tanda diterima qurban itu ialah dengan datangnya api dari langit lalu membakarnya, Ternyata api menyambar Kambing Qibas qurban Habil. Bererti qurban Habil diterima, tidak qurban Qabil.

Kerana itu Qabil marah, dan membunuh saudaranya Habil.

2. Qurban Semasa Nabi Idris AS


Disunnahkan kepada kaum Nabi Idris AS yang taat kepadanya antara lain..
  • beragama Allâh, bertauhid, ibadah kepada khaliq, membersihkan jiwa dari siksa akhirat dengan cara beramal shalih di dunia, bersifat Zuhud, adil, puasa pada hari yang ditentukan pada tiap bulan, berjihad, berzakat dan sebagainya. 
  • Dan bagi kaum Idris ditetapkan hari-hari raya pada waktu-waktu yang tertentu, serta berqurban; di antaranya saat terbenam matahari ke ufuk dan saat melihat hilal. 
  • Mereka diperintah berqurban antara lain dengan al-Bakhûr (dupa atau wangi-wangian), al-Dzabâih (sembelihan), al-Rayyâhîn (tumbuhan-tumbuhan yang harum baunya), di antaranya al-Wardu (bunga ros), dan al-hubûb biji-bijian, seperti al-Hinthah (biji gandum), dan juga berqurban dengan al-Fawâkih (buah-buahan), seperti al-‘Inab (buah anggur).

3. Qurban Semasa Nabi Nuh AS.


Sesudah terjadi taufan (banjir) Nûh, Nabi Nûh AS membuat tempat yang sengaja dan tertentu untuk meletakkan qurban. Qurban tersebut sesudah diletakkan di tempat tadi akan dibakar.

Kambing Qibas4. Qurban semasa masa Nabi Ibrahim AS.

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa usia Ismail sekitar 6 atau 7 tahun. Sejak dilahirkan sampai sebesar itu Nabi Ismail senantiasa menjadi anak kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash-Shaffaat: 102 :
  • “Maka ketika sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha, Ibrahim berkata: Hai anakku aku melihat (bermimpi) dalam tidur bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu”
  • Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar”.
Dalam mimpi, Ibrahim mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail. Ketika sampai di Mina, Ibrahim menginap dan bermimpi lagi dengan mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah, malamnya di Mina, Ibrahim bermimpi lagi dengan mimpi yang tidak berbeda pula. Ibrahim kemudian mengajak puteranya, Ismail, berjalan meninggalkan tempat tinggalnya, Mina. 

Baru saja Ibrahim berjalan meninggalkan rumah, syaitan menggoda Siti Hajar: “Hajar! Benarkah suamimu itu membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail?”. 

Menyebabkan akhirnya Siti Hajar terpengaruh dan menjerit-jerit Ibrahim! Ibrahim! Nak buat apa dengan anakku ini?” 

Tetapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Setibanya di Jabal Qurban, sekitar 200 meter dari tempat tinggalnya, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih Ismail. Tetapi ancangan itu berubah drastik, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam surat Ash-Shaffaat ayat 103-107:

  • “Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, nyatalah kesabaran keduanya. Dan Kami panggillah Dia: "Hai Ibrahim, “Kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar “.

5. Qurban Semasa Nabi Musa AS.

Penyembelihan qurban juga berlaku hingga zaman Nabi Musa AS. Nabi Musa membahagi binatang yang disediakan untuk qurban kepada dua bahagian, sebahagian dilepaskan saja dan dibiarkan berkeliaran sesudah di beri tanda yang diperlukan. Dan sebagian lagi disembelih.

6. Qurban Bani Israil.

Umat dulu sebelum kita, jika seorang dari mereka berqurban, orang-orang keluar menyaksikan apakah qurban mereka itu diterima atau tidak. Jika diterima datang api putih (Baidhâ`u) dari langit membakar apa yang diqurbankan. Jika qurbannya tidak diterima, api itu tidak muncul. Rupa api itu Lâ dukhâna lahâ wa lahâ dawiyun (api yang tidak berasap dan berbunyi). Bila seorang lelaki dari mereka (Bani Isrâ’îl) bersedekah, jika diterima turun api dari langit, lalu membakar apa yang mereka sedekahkan.

7. Qurban Semasa Nabi zakaria AS dan Nabi Yahya AS.

Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya As adalah di antara nabi dan rasul dari Bani Israil, pada keduanya ada juga qurban. Qurbannya adalah binatang dan Amti'atun  (barang-barang) lalu di bakar api.

8. Qurban Pada Bangsa Yahudi dan Nashrani

Bangsa Yahudi merupakan sebahagian dari bani Isrâ’îl. Sementara Bani Isrâ’îl adalah keturunan Nabi Ya’qub AS. Nabi Ya’kub bergelar, Isrâ’îl. Pada bangsa Yahudi terdapat qurban yang biasa mereka lakukan, demikian juga pada bangsa Nashrani. Qurban pada bangsa Yahudi dan bangsa Nashrani, iaitu melakukan pengurbanan dengan membakar sebagai sajian  bertujuan mengingat kesalahan.

Iaitu dengan menyembelih sapi dan kambing jantan yang mulus, tidak cacat. Dengan menghidangkan: tepung, minyak dan susu. Qurban kerana adanya ketenteraman, sebagai rasa syukur kepada al-Rabb

Qurban pada bangsa Nashrani, antara lain, ialah persembahan missa seorang Kahin berupa roti dan arak. Yang menurut keyakinan pada mereka hakikatnya, roti dan arak yang mereka qurbankan, ditukar dengan daging dan darah al-Masih.

9. Qurban Pada Bangsa Arab Jahilliyah.

Bangsa Arab Jahiliyah juga suka berqurban. Qurban mereka dipersembahkan untuk berhala-berhala yang mereka sembah. Qurbannya ada binatang yang disembelih untuk berhala, dan ada binatang yang dilepas bebas berkeliaran, juga untuk berhala. Cara qurban Arab Jahiliyah, iaitu mereka jika menyembelih binatang qurban, seperti unta, mereka percikan daging dan darahnya pada al-baet (ka’bah).

Arab Jahili jika mereka menyembelih binatang, memercikan darahnya pada permukaan ka’bah, dan memotong-motong dagingnya lalu mereka simpan di atas batu. Selain qurban yang disembelih, juga ada qurban Jahiliyah yang dilepas untuk sembahan mereka, iaitu Bahîrah, sâibah, washîlah, hâm.

  • Bahîrah, ialah unta betina yang telah beranak lima kali, dibebaskan, tidak boleh di ganggu. Jika anak yang kelima jantan, mereka sembelih dan boleh dimakan baik oleh lelaki atau perempuan. Jika Betina dibelah telinganya, dan hanya dapat diambil manfaatnya oleh lelaki, tidak boleh oleh wanita. Jika betina itu mati, halal, baik bagi lelaki atau wanita.
  • Sâibah, iaitu unta jantan yang dilepas tidak boleh diganggu kerana dipakai nazar pada Thaugut-thaugut mereka. Orang Arab Jahiliyyah jika mereka sakit atau sesuatu yang hilang kembali lagi, mereka jadikan unta jantan saibah ini sebagai qurban.
  • Washîlah, ialah domba (biri-biri) betina jika melahirkan betina, mereka makan. Jika lahir jantan dipersembahkan buat Tuhan mereka. Jika kembar, mereka tidak menyembelih yang jantan kerana itu untuk Tuhan mereka.
  • Hâmialah unta jantan yang telah dapat membuntingkan unta betina 10 kali, tidak boleh diganggu-gugat lagi, itu untuk Tuhan mereka.
Sembelihan Jahiliyyah itu terbagi tiga:

1. Untuk mendekatkan diri kepada sesuatu yang dipuja. Sembelihan untuk maksud ini dibakar, mereka ambil kulitnya saja, dan mereka berikan kepada Kahin (dukun).

2. Untuk meminta ampun. Bagi maksud ini, dibakar separuh, dan separuhnya lagi diberikan kepada kahin (dukun).

3. Untuk memohon keselamatan. Bagi maksud ini mereka makan.

10. Qurban Abdul Muthalib (nenek Nabi SAW).

 
Pada waktu Ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Muthalib, belum dilahirkan. Abdul Muthalib pernah bernazar kepada berhalanya, bahawa jika anaknya lelaki sudah ada 10 orang, maka salah seorang dari mereka akan dijadikan qurban depan berhala yang ada di sisi Ka'bah.. yang biasa di puja oleh bangsawan Quraisy. 

Setelah isteri Abdul Muthalib melahirkan anak lelaki genap sepuluh orang, Abdul Muthalib bermimpi...   

Mimpinya, pada suatu malam ada suara memanggil, yang ia tidak tahu maknanya. Iaitu, Ihfir Thayyibah! Pada malam kedua bermimpi lagi, Ihfir Barrah! Berikutnya bermimpi, Ihfir Madhmûnah! Malam keempat suara dalam mimpinya iaitu, Ihfir Zamzam!. Lepas itu baru dia tahu maksud mimpinya, dan ingin melaksanakan qurbqn.

 Abdul Muthalib mengumpulkan semua anak lelakinya dan mengadakan undian. Pada masa itu undi jatuh pada diri Abdullah ayah Nabi. Padahal Abdullah itu seorang anak paling muda,  paling cantik rupanya, dan yang paling dicintainya. Tetapi apa boleh buat, undi jatuh kepadanya, dan Abdullah menurut saja kehendak ayahnya. Maka tersiarlah berita seluruh kota Mekkah, bahawa Abdul Muthalib akan mengurbankan anaknya yang paling muda. 

Ketika itu orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat iaitu seorang kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka undi antara Abdullah dengan unta.  Kalau keluar unta mereka kena sembelih unta, kalau keuar Abdullah boleh diganti dengan 10 ekor unta.

Lalu mereka kembali ke Makkah, dan melakukan undian antara Abdullah dengan 10 ekor unta. Undian pertama keluar Abdullah, lalu diganti dengan 10 ekor unta. Hal ini berulang sampai undian 9 kali masih keluar Abdullah. Undian ke 10 baru keluar Abdullah. Maka Abdul Muthalib mengganti Abdullah  dengan 100 ekor unta untuk berqurban. Mka Abdullah tidak jadi diqurbankan oleh ayahnya..

Dengan adanya peristiwa itu, maka Nabi SAW setelah beberapa tahun menjadi rasul pernah bersabda,'Aku anak lelaki dari dua orang yang di sembelih... " atau Ibnu Dzabihain".

Ketika itu orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat iaitu seorng kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka undi antara Abdullah dengan unta.

11. Qurban Nabi Muhammad SAW.

 
Nabi Muhammad SAW melakukan qurban pada waktu Haji Wada di Mina setelah solat Aidul Adha. Beliau menyembelih 100 ekor unta, 70 ekor di sembelih dengan tangannya sendiri dan 30 ekor di sembelih oleh Sayyidina Ali RA.
  • "Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat), kemudian apabila telah roboh (mati), Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu bersyukur." (Al Hajj:36).
Ayat ini menjelaskan binatang yang dijadikan qurban, tujuan qurban, cara menyembelih haiwan qurban, bila memakan daging qurban, dan siapa yang dapat memakan daging qurban. Binatang qurban, iaitu al-Budnu, nama khusus bagi unta. Sedangkan lembu (sapi) dipandang sama dengan unta dalam hukum, kerana Nabi Saw berkata, 
  • "Unta dijadikan dalam tujuh (bentuk) dan sapi merupakan bahagian dari ketujuh bentuk itu."
Wa Allhu A'lam bi showab.  (IBNU HASYIM)

Sejarah korban bukan sekadar cerita


Apabila disebut sahaja Hari Raya Aidiladha, ia pasti mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan hamba yang soleh dan nabi yang mulia, serta puteranya pemuda yang sabar dan sanggup menjunjung perintah Allah walaupun sampai mengorbankan jiwa.
Nabi Ibrahim, Hajar dan Nabi Ismail alaihimus salam telah menunjukkan gambaran kepatuhan yang tidak ada taranya. Allah telah mengabadikan sebutan baik keluarga ini hingga ke akhir zaman dengan diturunkan ayat yang diabadikan pembacaannya di dalam al-Qur'an:
Maksudnya: “Apabila anak yang di sampingnya sudah boleh berusaha, dia pun berkata kepada anaknya: Wahai anak kesayanganku, aku melihat di dalam mimpiku aku menyembelihmu, perhatikanlah bagaimana pendapatmu. Anak yang setia itu pun berkata: Wahai ayahku, buatlah apa yang telah diperintahkan kepadamu, ayah akan dapati saya, insya'Allah dari golongan orang yang sabar. Apabila mereka berdua telah berserah bulat dan Ibrahim telah membaringkan anaknya atas pelipisnya. (Allah berfirman) Kami pun menyerunya: Wahai Ibrahim, sungguh engkau telah menepati mimpimu, sesungguhnya begitulah Kami membalas orang-orang yang melakukan kebaikan. Sesungguhnya inilah suatu ujian yang nyata. Maka Kami tebus dia dengan suatu penyembelihan yang besar. Dan Kami abadikan baginya sebutan yang baik di kalangan orang di belakangnya (iaitu) "sejahtera atas Ibrahim".” (Ash-Shaaffat: 102-109)
Itulah suatu gambaran bagi sejarah kesetiaan keluarga Ibrahim yang menjadi contoh yang baik bagi keluarga-keluarga yang soleh lagi setia kepada perintah Allah. Ayah yang taat, anak yang redha dan ibu yang sabar.
Sejarah ini bukan setakat untuk ditunjukkan menjadi suatu cerita yang dibaca dan diulang, tetapi ianya perlu dihayati kerana ia mengandungi pengertian bagaimana sesebuah keluarga itu perlu bekerjasama dalam menjalankan sesuatu perintah Allah swt.
Bukan mudah bagi seorang ayah hendak mengorbankan anak sendiri, sedangkan usaha untuk mendapatkan zuriatnya itu telah mengambil masa yang sangat lama. Sehingga terpaksa berkahwin dengan seorang isteri lagi. Apabila telah mendapat anak, lalu dimanja dan diberikan belaian penuh kasih sayang tiba-tiba hendak dikorbankan pula.
Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya mengalami kesusahan dan kesakitan. Sedangkan anak yang mengalami luka sedikit pun, si ibu sudah riuh, inikan pula anaknya yang akan disembelih hidup-hidup oleh ayah sendiri. Namun kedua-dua ibubapa yang beriman ini sangat patuh tanpa berdalih dan banyak soal kepada Tuhan mereka, malahan taat dengan perintah yang telah diberikan. Mereka yakin ini adalah ujian Allah swt ke atas mereka dan optimis di sana pasti ada hikmahnya.
Walaupun ketika hendak melaksanakan perintah Allah ini mereka telah dihasut iblis yang menyerupai seorang syeikh yang menasihati mereka agar tidak menjalankan perintah tersebut. Kerana perintah atau wahyu ini datangnya hanya dengan mimpi dan yang akan disembelih pula seorang anak lelaki yang sudah remaja yang telah mampu berusaha, tentunya ini perkara yang tidak wajar dan sukar dibuat, iblis terus menggoda dan mengekori mereka. Tetapi mereka menyedari hasutan iblis ini lalu mereka merejamnya. Itulah simbolnya melontar jamrah yang disyariatkan pada setiap musim haji.
Begitulah gambaran keluarga yang sabar lagi patuh kepada perintah Allah dan seorang anak remaja yang menghabiskan usia remajanya dengan kepatuhan dan ketaatan terhadap Allah swt. Inilah anak muda yang kemudiannya diangkat menjadi rasul memimpin umat ke arah hidayah Allah. 

Tazkirah Jumaat: Huraian Ringkas Berkenaan Ibadah Korban


 Tazkirah Jumaat kali ini kita merenung sejenak akan satu huraian ringkas mengenai ibadah korban yang saya perolehi daripada laman ini:
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
(Al-Kautsar: 2)
“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”
(Surah Al-Hajj: 36)
1. SEJARAH KORBAN
Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s – Habil dan Qabil
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah0, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya – sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”
Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku – insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”
(Al-Soffat: 100-102)
Untuk mengetahui kisahnya dengan lebih terperinci, tuan-tuan/puan-puan disarankan untuk membaca kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. InsyaAllah ceritanya menarik untuk dijadikan I’tibar.
2. HIKMAH KORBAN
Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.
(Surah Al-Hajj:37)
Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.
Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.
Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.
3. DEFINASI KORBAN
Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala
(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).