Jumaat, 19 Oktober 2012

MEREKA YANG MENIPU DAN MENYELEWENG TAK KAN LEPAS DARI HUKUMAN ALLAH...KITA TUNGGU DAN LIHAT SAJA

Audit 2011: Kerajaan BN terus seleweng, membazir

Dewan Ulamak PAS, 19 Okt 2012
Laporan Audit 2011 sekali lagi mendedahkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang berterusan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Saban tahun laporan audit dikeluarkan dengan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan di dalam tadbir urus kewangan, namun ianya terus berlaku seolah-olah ia tidak diambil berat oleh kerajaan. Ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan penbambahbaikan.

Apa yang dibimbangi laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara hanya sekadar untuk memenuhi kewajipan sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab mengaudit perbelanjaan kerajaan semata-mata dan hanya untuk melengkapkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen.
Laporan audit dijalankan melalui 4 jenis pengauditan, antaranya :-
Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah
diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Pengauditan Pematuhan - untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di
Kementerian/Jabatan Persekutuan dilaksanakan mengikut undang-undang dan
peraturan kewangan yang berkaitan.

Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan
Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamat yang ditetapkan.

Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan - untuk menilai sama ada pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan dengan teratur.

Persoalannya, adakah kerajaan dan Jabatan Audit Negara hanya berselindung di sebalik kaedah pengauditan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telah menjalankan pengauditan secara professional dengan menggunakan kaedah yang betul tetapi dalam masa yang sama, ada perkara-perkara yang menimbulkan banyak keraguan terutama projek-projek yang tidak dinyatakan di dalam laporan audit tersebut.

Amat wajar rakyat meneliti beberapa intisari kepada laporan audit 2011 yang jelas menunjukkan berlakunya beberapa perkara yang membimbangkan tentang gejala penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang pasti disebalik perkara tersebut akan menguntungkan sesetengah pihak yang tertentu dan membebankan negara dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku.


Intisari laporan yang boleh diteliti melalui beberapa Kementerian dan agensinya,antaranya ;

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah
kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan   kenaikan yuran perunding;
ii. pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada bayaran yuran khidmat nasihat kewangan   berjumlah RM1.06 juta kepada CIMB Investment Bank Bhd. dan Maybank Investment   Bhd. adalah pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian Pengangkutan (Kementerian)    tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain;
iii. kelewatan dalam pengambilan tanah di antara 82 hingga 1,227 hari;
iv. pelantikan kontraktor tidak secara pembidaan kompetitif;
v. syarat kontrak yang tidak menjamin kepentingan Kerajaan; dan
vi. kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti.


KEMENTERIAN PELANCONGAN

Pengurusan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan
Objektif program penyediaan/peningkatan kemudahan pelancongan adalah untuk menyedia
dan menambahkan lagi kemudahan asas/infrastruktur pelancongan serta membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan. Kementerian Pelancongan Malaysia (Kementerian) telah diperuntukkan sejumlah RM795.15 juta dibawah RMKe-9 dan PRE. Jumlah peruntukan ini adalah untuk melaksanakan 846 projek infrastruktur dan penyenggaraan, di mana ia meliputi sejumlah RM548.81 juta untuk 210 projek pembinaan infrastruktur dan sejumlah
RM246.33 juta untuk 636 projek penyenggaraan. Setakat bulan Disember 2011 sejumlah RM772.41 juta (97.1%) telah dibelanjakan.

Pada keseluruhannya pengauditan yang dijalankan mendapati bilangan projek yang dilaksanakan adalah memuaskan di mana sebanyak 742 (87.7%) daripada 846 projek telah disiapkan. Bagaimanapun, daripada sampel projek yang diaudit terdapat kelemahan seperti berikut:

i.bayaran telah dibuat untuk kerja pembinaan/bekalan yang tidak dilaksanakan/dibekalkan;


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional

Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi tujuan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Perolehan 1,293 item peralatan berjumlah RM63.02 juta telah diuruskan secara tender terbuka yang melibatkan 14 syarikat. Baki peruntukan berjumlah RM13.81 juta pula disalurkan kepada 85 Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Vokasional (SMV) untuk tujuan perolehan secara sebut harga atau/dan pembelian terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya perolehan peralatan MPAV adalah memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. satu syarikat masih gagal membekalkan 2 jenis peralatan bernilai RM1.50 juta;
ii. sebanyak 139 unit peralatan bernilai RM2.21 juta tidak mengikut spesifikasi;
iii. sebanyak 30 unit peralatan bernilai RM337,077 telah dibayar sebelum diuji lari;
iv. tuntutan yang meragukan untuk bekalan peralatan MPAV bernilai RM1 juta;
v. sebanyak 2,447 unit peralatan bernilai RM7.39 juta masih belum/tidak digunakan    sehingga tarikh lawatan Audit; dan
vi. pemantauan secara fizikal yang dilaksanakan sama ada di peringkat Kementerian atau negeri tidak disokong dengan laporan mengenainya.


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut:

i. pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan;
ii. yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta   telah dibayar;
iii. bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani;
iv. asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3  adalah diragui;
v. kerja pembinaan yang berkualiti rendah;
vi. perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000; dan
vii. sebanyak 158 unit kuarters yang siap dibina masih belum diduduki oleh kakitangan hospital.

Pihak Audit mengesyorkan Kementerian mempertimbangkan tindakan seperti berikut:

i. mempertimbangkan tindakan terhadap pegawai yang memperakukan dan meluluskan   bayaran kepada perunding sebelum perjanjian ditandatangani;
ii. memantau kerja kontraktor dan memastikan kerja yang tidak mengikut spesifikasi, tidak  sesuai dan belum dilaksanakan dapat dibuat dengan segera agar hospital baru dapat  beroperasi secara maksimum. Tindakan juga perlu diambil terhadap kontraktor sekiranya  gagal melaksanakan kerja tersebut; dan
iii. tawaran perlu dibuka kepada agensi Kerajaan yang lain sekiranya pegawai di hospital
tidak berminat mendiami kuarters tersebut bagi mengelakkan pembaziran.


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Pembinaan Dan Perolehan Peralatan Pembelajaran Pusat Latihan
Teknologi Tinggi (ADTEC)

Setakat tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia (Kementerian) telah membina 8 Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di seluruh Malaysia termasuk 4 yang baru siap dibina
pada tahun 2009 hingga 2011.

Bagi perolehan peralatan pembelajaran, di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)  sejumlah RM228 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan perolehan dibuat secara rundingan terus.

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara amnya prestasi pembinaan 4 ADTEC iaitu Taiping,Kemaman, Bintulu dan Jerantut adalah memuaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya seperti berikut:

i. empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga 6 lanjutan masa melibatkan tempoh antara 90 hingga 706 hari. ADTEC Jerantut mengalami kelewatan yang paling lama iaitu sehingga 706 hari (23 bulan);
ii. prestasi perolehan peralatan pembelajaran adalah kurang memuaskan kerana
kelewatan melaksanakan proses rundingan harga mengakibatkan peralatan
pembelajaran tidak dapat dibekalkan sebaik sahaja bangunan disiapkan; dan
iii. terdapat kerja yang tidak mematuhi spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai. Namun
begitu, Kementerian telah memberikan komitmen untuk memperbaiki kelemahan yang
dibangkitkan di mana tindakan segera telah diambil terhadap beberapa kelemahan/
kecacatan kerja yang dilaporkan.

Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan seperti berikut:

i. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) perlu mempercepatkan proses perolehan peralatan
pembelajaran bagi memastikan kemasukan pelajar dapat dibuat mengikut perancangan
asal serta keupayaan serta kapasiti bangunan dapat diuji bersama-sama dengan
peralatan pembelajaran sebelum berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
Bagaimanapun, JTM juga bertanggungjawab untuk memastikan proses perolehan
peralatan pembelajaran dibuat dengan teratur bagi mengelakkan Kerajaan mengalami
kerugian;
ii. Kementerian/JKR hendaklah menyenaraihitamkan kontraktor/ konsultan yang gagal
melaksanakan kerja pembinaan mengikut syarat kontrak

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera Bagi Angkatan Tentera Malaysia

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi
12 projek Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) yang dibina dalam RMKe-9 dan pengurusan RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
i. kontraktor gagal menyiapkan projek dalam tempoh kontrak asal dan diberi lanjutan masa
antara 94 hingga 1,240 hari;
ii. projek RKAT yang telah siap mempunyai bilangan kecacatan pembinaan dan kerosakan
yang tinggi dan kontraktor gagal membaikinya dalam tempoh tanggungan kecacatan;
iii. peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1,297.18 juta berbanding kos
kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta;
iv. kelemahan dalam pengurusan kemudahan RKAT yang disediakan seperti RKAT tidak
diduduki sepenuhnya, kualiti perabot yang rendah dan tahap kepuasan penghuni
terhadap kemudahan RKAT adalah kurang memuaskan; dan
v. pentadbiran kontrak dan pengurusan penyenggaraan yang kurang memuaskan.
RAHSIA
Pihak Audit mengesyorkan supaya Kementerian mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja pembinaan dan penyediaan
kemudahan RKAT adalah berkelayakan dan berwibawa;
ii. membuat pemeriksaan dan memastikan kontraktor membaiki kerosakan/kecacatan yang
ditemui dengan segera sebelum memulangkan Bon Pelaksanaan atau sebelum Tempoh
Tanggungan Kecacatan tamat. Pelarasan harga projek bagi kerja-kerja yang tidak
disempurnakan oleh kontraktor hendaklah dibuat;
iii. melaksanakan pengurusan nilai bagi semua projek yang bernilai RM50 juta untuk
mendapat value for money dalam perbelanjaannya;
iv. memastikan kesemua unit RKAT sedia ada digunakan secara optimum dan mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi mengisi RKAT yang masih kosong dan memperbaiki unit
RKAT yang rosak; dan
v. memastikan klausa kontrak dikuatkuasakan bagi menjamin kepentingan Kerajaan serta
mengelakkan implikasi kewangan yang akan merugikan Kerajaan.


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Polis DiRaja Malaysia

Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah


Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah adalah memuaskan di mana ia telah dapat disiapkan dan berjaya mencapai objektif pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan seperti berikut:

i. projek mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada tempoh
projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh
sebenar pemilikan tapak;
ii. projek lewat disiapkan dari tarikh asal projek sepatutnya siap di mana 2 lanjutan masa
selama 299 hari telah diluluskan (Fasa I) dan 3 lanjutan masa selama 528 hari telah
diluluskan (Fasa II);
iii. terdapat reka bentuk/spesifikasi yang tidak sesuai serta terdapat kerja pembinaan yang
tidak memuaskan/tidak siap; dan
iv. Kementerian tidak merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan pembersihan
bagi kawasan pembinaan setelah projek diserahkan kepada pengguna.

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama
tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, pihak Audit mengesyorkan pihak yang
terlibat melaksanakan perkara seperti berikut:

i. Kementerian/Kementerian Kewangan perlu mengambil tindakan segera terhadap
permasalahan yang wujud di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Ini
bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan objektifnya dapat
direalisasikan mengikut perancangan. Ia juga bagi memastikan Kontraktor tidak terjejas
dengan sebarang keputusan yang tertangguh oleh pihak Kerajaan yang memberi kesan
kepada pematuhan Kontraktor terhadap jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan;RAHSIA
ii. Kementerian perlu memastikan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan
diperolehi sebelum sesuatu kerja pembinaan ditawarkan;
iii. Kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perunding yang gagal mengambil kira
keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang menyebabkan
ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna dengan
menyenaraihitamkan perunding berkenaan daripada mengambil bahagian dalam manamana
projek pembinaan Kerajaan di masa hadapan;
iv. Kementerian melalui perunding yang dilantik perlu memastikan kerja yang dilaksanakan
oleh Kontraktor mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi menjamin kualiti
pembinaan;


Pihak Jabatan Audit  Negara turut menunjukkan bukti penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran melalui penemuan-penemuan audit yang telah dilaporkan di dalam Laporan Maklum Balas Aktiviti Badan Berkanun.

Penemuan audit yang perlu diberi perhatian antaranya :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pelantikan Konsultan Progam TUKAR

Semakan Audit mendapati pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR telah diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus. Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. Selain itu, SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut. Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 30 Mei 2011.

Syarikat ini telah melaksanakan pengubahsuaian kedai runcit, bekalan peralatan dan P.O.S System kepada 111 koperasi yang terlibat dengan program TUKAR dengan jumlah peruntukan RM5.40 juta. Sehingga bulan Mei 2012, SKM telah membayar balik tuntutan pembekalan sejumlah RM5.41 juta kepada syarikat itu dengan menggunakan peruntukan RMKe-10 berjumlah RM3.05 juta dan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi berjumlah RM2.36 juta.

Pada pendapat Audit, SKM perlu memastikan setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan dilakukan hendaklah mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis daripada Kementerian Kewangan perlu diperoleh bagi pengecualian terhadap peraturan yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan semua perolehan mematuhi peraturan serta mengelakkan ketidakpatuhan dalam proses perolehan. SKM memaklumkan permohonan kelulusan khas dan perolehan secara runding terus telah dikemukakan pada 5 Jun 2012.

SKM telah menerima kelulusan khas perolehan secara rundingan terus dari Kementerian Kewangan bagi perkhidmatan/bekalan program pemodenan kedai runcit koperasi untuk pembayaran kepada Felda Trading Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2012 bagi tempoh selama 5 tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. SKM telah mengeluarkan surat tawaran perlantikan konsultan dan pembekal melalui surat bertarikh 27 Januari 2012.

Amat wajar perkara ini diberi perhatian kerana dilihat ada unsur penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku melalui pelantikan Konsultan tersebut. Amalan tatacara yang tidak mengikut prosedur seperti  ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.

Di dalam laporan Maklum Balas tersebut banyak teguran yang telah dibuat oleh pihak audit terhadap Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM terutama melibatkan beberapa perkara lain yang berkaitan tatacara pelantikan konsultan.

Lembaga Getah Malaysia LGM

Penemuan audit banyak berkaitan dengan pembelian peralatan yang kategorikan belum digunakan, tidak digunakan dan tidak digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa kes yang seumpama itu di dalam penemuan audit berkaitan dengan Lembaga Getah Malaysia,  antaranya :

Contoh peralatan yang belum digunakan :

Lawatan Audit 19 Disember 2011 mendapati 6 jenis peralatan berjumlah RM5.22 juta masih belum dipasang dan telah disimpan di premis pembekal dan pihak yang dilantik olehnya. Semakan lanjut mendapati tiada surat atau perjanjian yang menyatakan pembekal dan pihak yang dilantik olehnya boleh menyimpan komponen peralatan tersebut bagi pihak LGM.

Contoh peraltan yang tidak digunakan :

Peralatan 13L dan 100L Fermenters telah diterima oleh LGM pada bulan Disember 2008. Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan ini telah siap dipasang sepenuhnya tetapi tidak digunakan. Tempoh peralatan tidak digunakan selama 36 bulan kerana masih belum ada keperluan bagi tujuan penyelidikan menyebabkan objektif pembelian peralatan tidak tercapai.

Contoh peralatan yang tidak digunakan sepenuhnya:

Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan berjumlah RM1.71 juta telah dipasang tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana objektif pembelian. Peralatan ini hanya dapat digunakan untuk mengujilari Profile Product dan Surface Product. Perkara ini disebabkan komponen peralatan iaitu Cooling dan Cutter Line belum dibeli untuk menghasilkan produk. Semakan Audit mendapati komponen peralatan ini tidak dimasukkan dalam spesifikasi pembelian Cold Feed Extruder. Mengikut Minit Mesyuarat Ringkasan Projek Pembangunan RMKe-9, peruntukan yang tidak mencukupi menyebabkan pembelian komponen peralatan terpaksa ditangguhkan.

Laporan audit 2011 telah menggunakan beberapa perkataan seperti; “kurang memuaskan”, “kelemahan”, “beberapa kelemahan”, “tidak digunakan”, “belum digunakan” dan “tidak digunakan sepenuhnya”. Penggunaan perkataan tersebut telah mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran.

Ini adalah sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,terdapat banyak lagi penemuan-penemuan yang ditunjukkan di dalam Laporan Audit 2011. Semua penemuan ini jelas menunjukkan salah urus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan dan agensi di bawahnya. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang banyak sehingga mencecah berbillion ringgit.

Rakyat mesti berazam untuk menghukum kerajaan dalam PRU 13 nanti, kerajaan yang sanggup berbelanja besar dan membazir demi kepentingan mereka dan kelompok tertentu bukan untuk rakyat. Penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran tersebut sekaligus akan meningkatkan kadar hutang negara. Ini akan menyebabkan rakyat terus dibebani dengan hutangh Negara yang tidak berkesudahan.

Disediakan oleh Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat.

 


Masalah penjawat awam kerja berjauhan keluarga

Harakahdaily, 19 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta meneliti persoalan penjawat awam yang berjauhan keluarga secara dekat  kerana soal kebajikan kakitangan bukan sahaja pemberian bonus kakitangan, elaun dan gaji tetapi yang lebih utama ialah suasana kerja yang selesa dan menyeronokkan.


“Bebanan kerja yang berat akan dirasai ringan, bila mana kita seronok melakukannya,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, baginya institusi keluarga kini semakin pincang kerana terdapat pelbagai kes di dalam sistem perkhidmatan negara yang tidak mengambil kira soal kebajikan dan status keluarga.

Mutakhir ini, ujarnya terdapat banyak aduan melibatkan pertukaran atau penempatan kakitangan perkhidmatan awam yang tidak mengambil kira lokasi kerja antara suami dan isteri, sehingga mereka terpaksa berjauhan.

“Lebih malang, apabila berlaku penempatan baru kakitangan tidak mengambil kira faktor ini menyebabkan ada suami bertugas di Semenanjung, manakala isteri bertugas di Sabah atau Serawak.

“Bahkan ada suami berulang alik antara Kedah dan Pahang, Melaka dan Perlis dan selainnya,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


Keadaan ini, tambah beliau menyebabkan wujud pelbagai masalah rumahtangga, bebanan ekonomi, tekanan jiwa dan stres menyebabkan kualiti perkhidmatan awam terjejas. Bahkan terdapat pelbagai kes perceraian, perkelahian suami isteri dan lain berpunca dari tempat kerja berjauhan.


Menurutnya, bebanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat menyebabkan suasana pekerjaan mulai berubah pada skala besar, di mana suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung bebanan ekonomi.

Bahkan, kata beliau ada yang terpaksa sering melakukan kerja tambahan selepas waktu pejabat.

Pejuang Sinai rancang serangan ke atas Israel

Terjemahan Mohamad Yahya, 19 Okt 2012
EL-ARISH: Sumber keselamatan Mesir mendedahkan bahawa beberapa pejuang berpangkalan di  Sinai telah hilang sepenuhnya, meningkatkan kemungkinan serangan balas sedang dijalankan terhadap Israel berikutan pembunuhan dua militan Palestin terkemuka di Semenanjung Gaza minggu lepas.


Sumber keselamatan Mesir juga memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa Kaherah memiliki maklumat mengesahkan kehadiran telefon pengganas yang tersembunyi di pergunungan Semenanjung Sinai, menambah telefon tersebut sedang menunggu "detik kosong" untuk melancarkan serangan balas mereka.

Sumber keselamatan Mesir, yang bercakap kepada Asharq Al-Awsat dengan syarat namanya dirahsiakan, mendedahkan bahawa pihak berkuasa Mesir kesuntukan masa untuk mendapatkan maklumat tentang operasi tersebut, dan tidak pasti sama ada sasaran mereka adalah ini pelancong Laut Merah atau Israel.

Ini datang selepas Ansar Bayt al-Maqdis mengancam untuk menjalankan serangan membalas dendam besar-besaran terhadap Israel selepas serangan udara Israel membunuh Tawhid wal-Jihad Emir Hisham al-Saedini dan Ansar al Sunnah amir Ashraf al-Sabah Sabtu lalu.

Sumber keselamatan, yang berpangkalan di utara Sinai, memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa "sehingga kini, kami tidak mempunyai maklumat mengenai operasi ini, tetapi kehilangan sejumlah besar pejuang meningkatkan kemungkinan operasi bersenjata skala besar yang dilancarkan dari Sinai atau dari wilayah Mesir. "Sumber itu berkata bahawa keselamatan Mesir dan agen perisikan melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk mendapatkan apa-apa maklumat tentang operasi ini.

Beliau menambah bahawa pasukan keselamatan Mesir tidak berniat untuk menjalankan apa-apa operasi pencegahan di Semenanjung Sinai , dengan menekankan bahawa pihak berkuasa Mesir tidak ingin meningkatkan ketegangan di rantau ini atau meningkatkan potensi sebarang konflik.

Sumber keselamatan juga mendedahkan bahawa pihak keselamatan Mesir memiliki maklumat yang sah bahawa sebilangan besar pejuang bersembunyi di kawasan pergunungan selatan Sinai. Ia adalah amat sukar untuk tentera dan pasukan keselamatan Mesir  untuk sampai ke kawasan-kawasan pedalaman pergunungan, terutamanya tanpa sokongan logistik dari penduduk tempatan.

Sumber keselamatan Mesir, mendakwa bahawa pejuang yang telah hilang kemungkinan besar mewakili telefon yang menunggu  "detik sifar" untuk melancarkan serangan mereka. Beliau menambah bahawa pasukan keselamatan di Sinai telah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak ancaman mengenai serangan balas dikeluarkan oleh kumpulan Ansar Bayt al-Maqdis.

Sumber juga mengesahkan bahawa terdapat ketegangan antara agen perisikan Mesir dan penduduk Badwi tempatan di Sinai, sambil menambah ini berkemungkinan menjejaskan keupayaan pengumpulan maklumat pihak perisikan Mesir.

Penduduk tempatan yang tinggal di sempadan Mesir dan Israel mengesahkan bahawa mereka menyaksikan pergerakan besar-besaran pihak tentera dan keselamatan, terutamanya oleh tentera Israel yang telah meningkatkan rondaan mereka di rantau ini.

Ansar Bayt al-Maqdis mengeluarkan kenyataan yang mengancam untuk mengadakan serangan membalas dendam terhadap Israel berikutan pembunuhan pemimpin kanan mereka Sabtu lalu.

Kenyataan itu berbunyi "Kami di Ansar Bayt al-Maqdis berkata kepada Zionis bahawa darah saudara kami di Palestin adalah darah kami dan balas dendam mereka adalah balas dendam kami, dan darah Abu al-Walid [Hisham al-Saedini] dan Abu al- Bara'a [Ashraf al-Sabah] tidak akan pergi dengan sia-sia tanpa pembalasan. Ia hanyalah tindak balas dan hukuman ke atas darah dan keselamatan anda, jadi nantikan tindak balas kami”. (Asharq Al-Awsat)
Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud
  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:35PM Okt 19 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.
"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.
Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.
Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.
Najib: Dakwaan RM40juta cuba diseludup tak berasas
  • Abdul Rahim Sabri
  • 7:10PM Okt 19 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa wujud cubaan untuk menyeludup wang berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah.
Presiden Umno itu menjawab soalan pemberita - sama ada dakwaan pembangkang bahawa wang tersebut cuba diseludup daripada Hong Kong adalah berasas.

"Tidak. Hal tersebut telahpun dijelaskan di parlimen," tegasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara petang ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam persidangan di Dewan Rakyat semalam berkata, tiada masalah bagi Umno Sabah untuk menerima wang berkenaan.
Menteri itu memberi alasan, tiada kesalahan dalam transaksi seperti itu memandangkan tiada undang-undang untuk menghalang sumbangan kepada parti politik.
Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen pada 11 Oktober lalu pula, Nazriberkata kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menunjukkan, wang berkenaan merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Pakatan juga raih sumbangan
Isu sumbangan tersebut juga dipertahankan setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan yang memberi alasan, gabungan parti pembangkang turut meraih sumbangan untuk kegiatan mereka.
Serangan berhubung isu berkenaan, katanya, menunjukkan dwistandard pemimpin Pakatan Rakyat sedangkan penyaluran sumbangan dariapda sesiapa sekalipun tidak menyalahi peruntukan undang-undang.
Kenyataan Abdul Rahman itu muncul selepas satu laporan polis dibuat oleh satu NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - pada Rabu lalu bagi mendesak supaya siasatan dilakukan ke atas dakwaan percubaan seorang ahli perniagaan untuk menyeludup masuk RM40 juta yang dikatakan untuk Umno Sabah.
Penyelarasnya, Fariz Musa yang membuat laporan polis
mengenai semalam, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpalit dalam perkara itu kerana beliau adalah menteri kewangan.

Laporan polis itu juga menuntut siasatan dijalankan terhadap Musa yang merupakan pengerusi Umno negeri itu.

Jutawan balak Sabah Michael Chia pada 2008 ditahan di Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya, sebelum lelaki itu berjaya berlepas dengan pesawat ke Malaysia.
PERKASA: Haram umat Islam undi MCA
2:34PM Okt 19 2012  
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

NONE"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Apa tujuan Soi Lek?
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam".

"Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya.

azlanMenyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan.

Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya.

"Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain.

"Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.
Kedah akan turut tangguh pasang kamera AES
  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:13PM Okt 19 2012
 
Kerajaan negeri Kedah berhasrat untuk membuat penangguhan bagi pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik di negeri itu bagi membuat kajian sebelum pemasangan dibuat.

Exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat PAS yang diadakan semalam.

Beliau berkata lagi, keputusan itu akan dibawa ke mesyuarat exco yang akan diadakan Rabu depan.

NONE"Kita dah buat keputusan dalam mesyuarat parti untuk tangguh pelaksanaan AES di Kedah.

"PBT (pihak berkuasa tempatan) yang ada kuasa untuk pasang. Jadi kita akan arahkan PBT supaya tangguh dulu.

"Keputusan ini akan dibawa ke mesyuarat Exco Rabu depan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini negeri Pakatan Pulau Pinang telah mengumumkan penangguhkan AES manakala Kelantan pula dilapor sedang mempertimbangkan tindakan sama.

Selain itu, Phahrolrazi juga berkata, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan syarikat yang berkenaan akan dipanggil bagi memberi taklimat kepada semua exco.

Jelasnya, ia bertujuan bagi memberi pemahaman kepada Exco tentang prosedur dan kaedah pemasangan kamera tersebut.

"Kita juga berhasrat nak panggil JPJ dan syarikat yang pasang kamera itu supaya bagi taklimat dan penjelasan tentang kaedah, perundangan dan sebagainya tentang kamera itu," katanya lagi.

Awal bulan ini JPJ menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.
PKR: Kes selesai, anak Nazri macam mana?
1:22PM Okt 19 2012  
PKR menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan jawapan Parlimen bahawa kes pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah selesai.

Ini kerana, kata naib presidennya N Surendran, ia gagal menyentuh tentang siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri.

NONE"Apakah hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan?

"Walaupun mengakui perkara itu disiasat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Huseein sengaja tidak memberitahu sama ada Nedim bersih daripada sebarang kesalahan," kata Surendran.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran (kiri) berkata, tanpa mengira kedudukan sosial, semua orang sama di mata undang-undang dan pengawal keselamatan terlibat juga berhak mendapatkan keadilan.

"Kami menggesa menteri dalam negeri mendedahkan segala-galanya fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan ke atas kes serangan itu," katanya.

Hishammuddin dalam jawapan bertulisnya semalam berkata, kes memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim dan disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), menteri dalam negeri bagaimanapun memberitahu, kes itu telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

Loh meminta Hishammuddin menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kematian pemuda bernama Darren Kang di Sri Hartamas sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut sebaliknya lima warganegara Thailand telah dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.
Nazri: Pembangkang juga dapat sumbangan politik

18 Oktober 2012
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak seharusnya mempertikai Umno Sabah mendapat sumbangan luar untuk kegiatan politik, sedangkan DAP sendiri mendapat wang kira-kira RM3.5 juta daripada penyokong setianya untuk membina bangunan baharu di Pulau Pinang,  kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik.

"Tiada masalah untuk mana-mana parti terima apa-apa sumbangan. Kita faham DAP pun dapat. Tetapi kalau Umno dapat lebih, itu kerana penyokong Umno lagi ramai.

"Bukan merupakan satu kesalahan...tetapi kalau hendak dijadikan satu kesalahan, kita bersedia buat undang-undang," katanya menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.

Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Nazri turut menjelaskan bahawa siasatan mengenai sumbangan yang diterima Umno Sabah bukan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) yang telah menyatakan tiada unsur rasuah dalam siasatan itu.

"Duit itu masuk ke bank akaun atas nama Badan Perhubungan Umno Sabah. Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju boleh tanya ICAC sebab mereka yang siasat dan menutup kes," katanya.

Terdahulu beliau ditanya mengenai jumlah pemimpin tertinggi dalam kerajaan yang sedang disoal siasat oleh SPRM kerana rasuah.

Menurutnya, sehingga kini, enam individu dalam kategori itu disiasat yang melibatkan seorang bekas menteri besar, dua anggota Parlimen, dua exco dan dua anggota Dewan Undangan Negeri.

"Peruntukan akta SPRM tidak benarkan kita zahirkan (dedahkan) kes terkini yang sedang disiasat. Ini kerana kalau tengah siasat, kita bagi tahu orang, itu kesempatan pada orang itu untuk sembunyi fakta dan maklumat dan saksi-saksi juga boleh dikompromi.

"Selagi belum didapati bersalah termasuk dibawa untuk didakwa di mahkamah, kita tidak boleh zahirkan. Kita kena berlaku adil kepada mereka juga," katanya.- Bernama
JK khas Umno berkuasa hukum kes khianat, kata Najib
  • Abdul Rahim Sabri
  • 8:05PM Okt 19 2012
 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata majlis tertinggi itu bersetuju untuk memberi kuasa kepada jawatankuasa khas bagi memantau dan bertindak ke atas ahli yang mengkhianati parti dalam pilihan raya umum akan datang.
Ia bagi memberi kuasa kepada jawatankuasa yang diketuai pengerusi lembaga displin Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail itu untuk bertindak segera dan tegas ke atas perbuatan berkenaan, katanya.

Tambannya, badan itu diberi kuasa mengikut Perkara 10.15 dan 20.3 dan perlembagaan parti dan akan menghuraikan perbuatan sabotaj dan khianat tersebut bagi membolehkan tindakan diambil, katanya.
"Kali ini kita nak lebih tegas. Dulu lambat sikit, dah berbulan-bulan, baru kita ambil tindakan. Kali ini kita nak lebih segera," katanya lagi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur.
Parti itu juga akan melantik seorang anggota untuk memberi laporan terus kepada jawatankuasa berkenaan, termasuk melalui aduan secara dalam talian, katanya.

Tambahnya, peruntukan berkenaan memberi kuasa menggantung keahlian atau memecat ahli yang didapati bersalah atas kesalahan tersebut
Kesalahan berkenaan termasuk menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti, menyalahgunakan wang dan tidak membelanjakan wang pilihan raya, katanya.
K'tan masih tunggu RM340j lepas serah tanah
  • Aidila Razak
  • 3:55PM Okt 19 2012
 
Kerajaan Kelantan masih menunggu bayaran lebih RM300 juta daripada sebuah syarikat swasta selepas menandatangani perjanjian untuk menyerahkan 1,000 ekar tanah (404.69 hektar).
Audit ke atas perjanjian itu mendapati tanah berkenaan diserahkan walau syarikat tersebut tidak menyerahkan bon jaminan pelaksanaan berjumlah RM15.91 juta kepada kerajaan negeri.

NONELaporan Ketua Audit Negara 2011 itu mendapati, kerajaan Kelantan menandatangani perjanjian dengan Syarikat Liziz Standco Sdn Bhd pada Jun 2002 untuk membangunkan tanah yang terletak di lembangan Sungai Kelantan itu.

Kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut, sebagai ganti kepada projek infrastruktur, tanah dan wang tunai bernilai RM389.09 juta.

Pada November 2011, tanah seluas 716.8 ekar (290.079 hektar) dipindahmilik kepada syarikat tersebut namun  Liziz Standco hannya membayar semula dalam bentuk tanah dan wang tunai sebanyak RM45.68 juga, dengan RM343.41 juta masih tertunggak.

Laporan itu menyebut, nilai semasa tanah yang dipindahmilik itu berjumlah RM318.29 juta

Ia turut menyenaraikan projek, wang tunai dan tanah yang masih perlu diganti oleh Liziz Standco, antaranya:
  • Sebuah masjid bernilai RM20 juta
  • Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta
  • Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR
  • Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.
  • Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta
  • Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra
  • Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani

NONE

Tiada ulasan: