Rabu, 31 Oktober 2012

KALAU BEGITU BAGI AJE...ATAU BERTANDING CARA SIHAT...KALAU KALAH PUN RAKYAT CERITA KEBAIKAN KITA SERTA AKHLAK YANG MULIA...KALAU KALAH PASTU MENIPU PULAK...CACIAN RAKYAT KITA DAPAT...SALAH PULAK DARI SEGI HUKUM...UNDANG2 DUNIA PUN SALAH...DAN PERBUATAN TAK BERMORAL

Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan

31 Oktober 2012
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.- Bernama
Najib: 'Saya tak marah PR kejar jawatan PM'
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
31 Oktober 2012
Najib
Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Tanjung Dawai, Abdullah Saat (kiri) menerima replika cek dari Perdana Menteri - Foto Bernama
SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka berkata beliau tidak “marah” jika pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mahu mengejar jawatannya ataupun mana-mana kedudukan kerajaan tetapi tidak mahu mengkhianati negara.
“Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira,” kata beliau ketika berucapa merasmikan Perhimpunan Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Negeri di Pantai Merdeka di sini, hari ini.
Beliau berkata, PR tidak seharusnya melakukan dasar-dasar yang boleh memusnahkan segala-galanya yang dibina dengan susah payah selama ini.
“Jangan musnahkan segalanya semata-mata nak mengejar undi di peringkat negeri mahupun Persekutuan.
“Saya percaya orang Kedah sudah bersedia untuk melakukan perubahan sekali lagi. Kita sudah sedar bahawa apa yang kita hasratkan itu pergantungannya adalah pada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Dalam ucapannya, Najib menyifatkan cadangan PR mahu memansuhkan hutang jika berjaya menawan Putrajaya akan membuatkan ekonomi negara lumpuh.
Katanya, selain cadangan pembangkang itu dan pelan mahu menghapuskan tol, menaikkan gaji minimum pekerja dan mengurangkan harga minyak, boleh membuatkan ekonomi merudum.
“Kalau ekonomi kita merudum, golongan penternak, nelayan dan petani tidak akan mendapat subsidi, tidak akan mendapat insentif dari kerajaan sebab hasinya juga akan merudum.
“Saya katakan perkara ini sebab saya sebagai Menteri  Kewangan saya amat faham,” katanya.
Najib menambah, “mengendalikan urusan kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah dalam bentuk kita boleh ikut suka hati kita menyedapkan telinga pengundi semata-mata.”
Malah, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, tindakanPR untuk memansuhkan hutang bukanlah mengikut ajaran Islam.
“Walhal dalam Islam kalau kita meninggal dunia, wajib kita lunaskan hutang. Kalau kita tak sempat, waris-waris kita kena lunaskan.
“Sebab, kalau kita mati tanpa melunaskan hutang, berat pada roh kita nanti, berat seksa nanti. Tetapi pembangkang senang-senang kata hapuskan hutang. Ini bukan ajaran Islam,” katanya.
Najib berkata, ajaran Islam mendidik manusia pada jalan yang benar dan betul.
Wang hantaran deejay Hot FM Terengganu lesap
RUBIAH OMAR
31 Oktober 2012
Wang hantaran deejay Hot FM Terengganu lesap
Bell menunjukkan tempat dia menyimpan sampul surat berisi wang hantaran perkahwinannya.
KUALA TERENGGANU-  “Wang yang disamun itu bakal saya jadikan wang hantaran perkahwinan yang akan berlangsung pada 10 November depan.”
“Saya kini pening memikirkan untuk mencari wang gantian bagi meneruskan majlis perkahwinan ini dengan pasangan saya iaitu Durani Hanum Yusof, 26, kerana masa agak suntuk,” demikian luahan seorang penyampai radio Hot FM Terengganu, Mohd Hermansani Aminudin, 29, atau lebih dikenali sebagai Bell.
Wang hantaran perkahwinan Bell yang bernilai RM5,000 telah lesap dilarikan dua lelaki bertopeng bersenjatakan pisau dalam satu kejadian samun di Jalan Pusara, di sini, awal pagi tadi.
Menceritakan detik-detik mencemaskan itu, Bell berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, semasa dia dalam perjalanan pulang dari sebuah bank di bandar raya ini untuk ke sebuah warung di Jalan Kamaruddin, di sini, dengan memandu kereta.
“Sebelum kejadian, saya telah ke sebuah bank untuk mendepositkan wang hantaran perkahwinan ini namun sebaik tiba di bank terbabit, saya mendapati sudah tutup.
“Jadi, saya mengambil keputusan untuk singgah di sebuah warung di Jalan Kamaruddin dengan menggunakan jalan pintas itu iaitu di Jalan Pusara, di sini,” katanya ketika ditemui.
Katanya lagi, semasa tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba kereta dipandunya telah dipotong oleh sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki sebelum penunggang itu menjatuhkan motosikal di hadapan keretanya.
“Pada mulanya, saya menyangkakan yang saya telah terlanggar mereka berdua lalu terus memberhentikan kereta dengan niat untuk membantu dan meminta maaf.
“Bagaimanapun sejurus keluar dari kereta, saya diserang oleh kedua-dua lelaki itu dengan salah seorang daripada mereka mengacukan sebilah pisau lipat ke arah perut saya manakala seorang lagi menyelongkar di dalam kereta sebelum mengambil sampul surat tertera tulisan ‘wang hantaran perkahwinan’,” katanya.
Jelasnya lagi, sejurus mengambil sampul surat itu, salah seorang suspek telah membuka pintu belakang kereta lalu menolaknya ke dalam sebelum melarikan diri.
Menceritakan lebih lanjut Bell berkata, sejak dari awal bulan lalu lagi semasa pulang dari tempat kerja dia mengesyaki seseorang mengekorinya, namun apabila dimaklumkan kepada rakan setugas, rakannya itu dengan nada bergurau memberitahu individu terbabit berkemungkinan peminatnya.
“Jadi, saya tidak mengendahkan sangat semua itu dan saya tidak mahu menuduh sesiapa. Saya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis sepenuhnya untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, dua suspek berkenaan menggunakan sarung tangan, helmet dan penutup muka telah mengacukan sebilah pisau lipat sebelum menyamun mangsa.
“Kami kini sedang memburu kedua-dua suspek itu dan kes berkenaan kini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan merompak,” katanya.
Ada pengganas di antara kita, dedah menteri
  • Hazlan Zakaria
  • 1:03PM Okt 31 2012
 
Terdapat banyak pengganas terdiri daripada rakyat tempatan dan orang asing keluar dan masuk di negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, dedah anggota parlimen Sembrong itu, Malaysia hanya dijadikan sebagai pusat transit dan bukannya sasaran mereka.

NONEBercakap dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan bersiap siaga memberkas mereka sekiranya menjadikan Malaysia sebagai sasaran.

Menurutnya lagi, sekiranya negara asing pula menjadi sasaran, amaran akan dikeluarkan kepada negara berkaitan untuk mengambil tindakan.

Siasatan juga mendapati pengganas tidak menjadikan Malaysia sebagai pusat pengkaderan anggota baru, tambahnya.
Malaysia bukan pangkalan rekrut pengganas

31 Oktober 2012
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR - Malaysia bukan sarang bagi kegiatan merekrut pengganas di rantau ini, demikian tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
  
"Pengganas ini bergerak bukan sahaja di Malaysia tapi ke negara-negara Timur Tengah. Mereka boleh direkrut di mana-mana sahaja kesan daripada globalisasi dan teknologi hari ini," katanya.
  
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas perkembangan penahanan dua rakyat Malaysia di Lubnan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Qaeda 18 Okt lepas,
  
Hishammuddin sebelum itu menghadiri mesyuarat Pasukan Petugas Penyampaian (DTF) ke-22 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengenai jenayah, di bangunan Parlimen.
  
Hishammuddin berkata isu keganasan merupakan realiti global dan pihak kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan aktiviti pengganas tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
  
Katanya hasil kerjasama dan perkongsian maklumat dengan agensi perisikan antarabangsa mendedahkan terdapat pengganas yang keluar masuk negara ini.

Namun, katanya, kebimbangan terhadap ancaman kegiatan pengganas di negara ini tidak perlu kerana hasil siasatan mendapati mereka tidak pernah meletakkan Malaysia sebagai sasaran.
  
"Ia (siasatan) lebih menumpukan kepada kaitan rakyat Malaysia dengan pengganas kerana merupakan fenomena yang perlu kita teliti dan pantau secara dekat dan ia membuktikan bahawa dunia tanpa sempadan hari ini dan perjalanan manusia, wang ringgit dan maklumat sebenarnya membawa ancaman yang begitu serius kepada semua negara, bukan sahaja kepada Malaysia,"
  
Hishammuddin berkata apa yang perlu dibimbangkan ialah penglibatan pengganas melalui jenayah transnasional seperti penyeludupan dadah, penggubahan wang haram dan pemerdagangan manusia.
  
"Ekonomi gelap, dana haram (jenayah rentas negara) jika jatuh ke tangan pengganas, maka kewangan mereka akan terlalu besar hingga kita berdepan dengan perang terhadap keganasan," katanya.
  
Selain itu, katanya, akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut mempunyai peruntukan bagi menangani aktiviti pengganas.

Beliau berkata usaha juga sedang dilakukan untuk memantapkan hubungan kerjasama dengan  agensi antarabangsa seperti Central Intelligence Agency serta pihak perisikan India, Pakistan termasuk China bagi membendung aktiviti pengganas.
  
Mengenai perkembangan terkini penahanan dua rakyat Malaysia itu, beliau berkata kedua-dua mereka berada di bawah pemantauan dan risikan pihak berkuasa sejak setahun lalu.
  
"Namun kita (pihak berkuasa) tidak boleh umumkannya terlalu awal kerana kita perlu mengumpulkan maklumat yang mencukupi," katanya. - Bernama
MB Kedah sedia disiasat SPRM

31 Oktober 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri Kedah tidak akan melayan sebarang tuntutan, desakan atau komen parti komponan Barisan Nasional (BN) berhubung dakwaan penyelewengan kerajaan negeri.
"Saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak akan membela pegawai atau siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah. Saya tidak akan bersama-sama dengan orang tidak betul malah saya sedia disiasat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Antara isu dibangkitkan ialah penyelewengan wang projek perumahan kos rendah sebanyak RM2.55juta oleh Bahagian Perumahan Negeri dan pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea (PNG) mengakibatkan kerugian RM31.21 juta berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2011.
Sebaliknya, Azizan mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung beban hutang selepas mengambil alih Kedah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, beliau enggan menjawab berhubung tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya semalam berhubung projek pembalakan dan perladangan di PNG oleh KCB.- Bernama
Penjenayah dipercayai tembak anggota polis mati ditembak
ZUMURNI HAMZAH
31 Oktober 2012
MACHANG- Seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam, mati ditembak pagi ini selepas gerakan memburu suspek dipertingkatkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak oleh anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan dari Masjid Palohtetapi terbabas di Simpang Tiga Kemuning.
Dalam kejadian tersebut juga seorang anggota polis turut cedera ditembak dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Dalam kejadian semalam, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27,  cedera parah ditembak penjenayah di bahagian dada dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang.
Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa bertindak nekad untuk memberkas dua suspek setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di Bandar Gua Musang.
PRU13: PKR Selangor tawar Wan Azizah 4 kerusi
AHMAD NORMAN ABU TALIB
31 Oktober 2012
seri muda
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - PKR Selangor sedia menawarkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dipilih oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, empat kerusi tersebut adalah kerusi Dun paling selamat untuk ditandingi berdasarkan rekod baik kemenangan parti itu pada PRU lalu.

Katanya, kerusi Dun yang akan dicadangkan PKR Selangor untuk ditandingi Wan Azizah adalah kerusi Dun Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia dan Sementa.

“Kita sedia untuk bagi cadangan dan pandangan kepada kepimpinan PKR Pusat sekiranya benar Wan Azizah mahu bertanding di Selangor pada PRU akan datang kerana kita nak pastikan beliau menang dan selamat di kawasan tersebut.

“Buat masa ini kita belum terima sebarang arahan tepat daripada (PKR) Pusat berhubung perkara ini dan ia hanya dinyatakan oleh Wan Azizah yang saya anggap sebagai salah satu strategi parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Walau bagaimanapun katanya, soal kerusi mana yang bakal ditandingi kelak hanya akan ditentukan oleh kepimpinan PKR Pusat.

"Tawaran kerusi-kerusi tersebut berdasarkan rekod baik dan saya sendiri selaku penyandang Seri Muda sedia memberikan memberi laluan jika presiden mahu bertanding di negeri ini.

“Apa yang penting semua ahli dan jentera parti akan bekerja 100 peratus bagi memastikan kemenangan parti dan presiden,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Wan Azizah belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding di Dun Selangor atau Pulau Pinang.

Beliau menyatakan kesediaan itu dengan menyifatkan pilihannya itu berdasarkan kepada pilihan peribadi.

Shuhaimi berkata, PKR Selangor menyokong sepenuhnya sebarang keputusan Pusat tentukan bagi menghadapi PRU akan datang.
Khutbah Aidiladha: Dakwaan hanya tohmahan, kata Pas
SAPINAH AB GHANI
31 Oktober 2012
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan menyifatkan dakwaan sesetengah pemimpin dan  badan bukan kerajaan (NGO) bahawa teks khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Dewan Ulama Pas Kelantan mengandungi unsur-unsur kebencian sebagai satu tohmahan.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak timbul unsur-unsur yang membawa kebencian sebaliknya ia lebih ke arah memperjuangkan Islam dan mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim.

“Boleh jadi dakwaan yang mengatakan ada unsur kebencian itu hanya tohmahan kerana mereka melihat dari perspektif negatif dan memberi pandangan yang negatif,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkata, selepas mendengar dan membaca teks tersebut, soal kebencian tidak pernah dibangkitkan, sebaliknya ia menjurus ke arah meningkatkan semangat perjuangan untuk menegakkan Islam.

Jumaat lalu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataannya mengecam Dewan Ulama Pas Kelantan kerana masih mengeluarkan dan menyebarkan teks khutbah yang mengelirukan dengan menyeru ke arah perpecahan dan menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara.

Menurutnya, sayap Pas itu mengulangi semula khutbah berbau kebencian tersebut dalam teks yang diedarkan ke seluruh surau dan masjid sempena Aidiladha tahun ini.

Beliau berkata, teks khutbah kali ini lebih keras jika dibandingkan teks khutbah Aidilfitri lepas yang telah dipertikaikan oleh banyak pihak.

Sebelum itu, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah mengagihkan daging korban kepada kira-kira 500 penerima di Dun Panchor di sini, kelmarin.

“Sebanyak 12 lembu ditumbangkan hasil sumbangan dermawan untuk diagihkan, dan saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama diberikan dalam usaha merapatkan hubungan antara satu sama lain di Dun ini,” katanya.

Menurutnya, program tahunan yang dijalankan tiga tahun berturut-turut ini juga sebagai tanda prihatin kepada golongan kurang bernasib baik terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga miskin daripada 28 cawangan di Dun itu.
Kelantan sedia temui Ketua Audit Negara perjelas isu Lembah Sireh

31 Oktober 2012
Takiyuddin Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan
KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengaku projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan atau lebih dikenali projek Lembah Sireh, tidak menepati masa pelaksanaan dan tidak memberi pulangan sebagaimana yang dirancang.
  
Walau bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata setakat ini boleh dikatakan projek itu kurang berjaya sepenuhnya tetapi tidak ada unsur penyelewengan.
  
Kerajaan negeri akan mempertahankan setiap projek di kawasan tebing Sungai Kelantan itu dan mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) untuk membuat siasatan berhubung perkara itu, katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
  
Turut hadir Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan semua Exco kerajaan negeri.
  
Takiyuddin berkata kerajaan negeri bersedia menemui Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bagi memperjelaskan isu Lembah Sireh itu berikutan perkara itu dibangkitkan dalam Laporan Audit Negara 2011 yang dibentangkan di Parlimen pada 15 Oktober lepas.

Projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan itu mula menjadi persoalan selepas didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini.
  
Laporan itu antara lain menyebut bahawa pihak syarikat yang memajukan projek bernilai RM2 bilion itu belum melaksanakan komponen fizikal seperti yang dijanjikan.
  
Kawasan seluas 400 hektar dilaksanakan secara pajakan selama 99 tahun, dengan kerajaan Kelantan bakal mendapat imbuhan daripada pemaju termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina.
  
Isu projek tersebut mendapat perhatian pembangkang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dengan kerajaan negeri membuat penjelasan pihaknya akan berbincang dengan syarikat swasta pelaksana projek berhubung teguran dalam laporan itu.
  
Takiyuddin berkata pembangunan di kawasan itu sedang giat dijalankan di bawah perjanjian dengan pihak pemaju, dan dijangka siap menjelang 2019.
  
"Setakat ini hanya lima peratus sahaja pembangunan sudah dilaksanakan di kawasan itu sejak dimulakan pada 2007 yang lalu. Kita ada tempoh sehingga 2019 dan pihak kerajaan yakin seluruh kawasan itu akan dapat dibangunkan nanti," katanya.
  
Dua hari lepas, Pemuda Umno Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) telah membuat laporan ke SPRM berhubung projek Lembah Sireh dan mahukan SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh.
  
Presiden Ombak, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata beliau menyokong cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahukan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan menyiasat projek Lembah Sireh. - Berna,a

Tiada ulasan: