Rabu, 31 Oktober 2012

DE YANG TAK BERANI TUNJUK MUKA PUN...ADA TAK MAU DEBAT PUN...DENGAN ALLAH TAK BOLEH LARI...JIKA BUAT BUAT ZALIM DIDUNIA DAN KAKI BUAT MAKSIAT


'Tanda Putera' akhirnya ditayangkan pada 2013
  • Ahmad Fadli KC
  • 4:02PM Okt 30 2012
 
Filem kontroversi Tanda Putera yang dikritik hebat pembangkang ditangguh lagi untuk kali kedua ke tahun depan, kata pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba.

"Tiada tayangan (kerana tarikh) 15 November ini ia dibatalkan.

"Tarikh baru hanya pada tahun 2013 dan tiada lagi slot untuk tahun ini," kata Shuhaimi melalui SMS kepada Malaysiakini ketika diminta mengesahkan khabar angin penangguhan itu.

NONEBeliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Naguib Razak atau setiausaha kementerian penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf untuk menjelaskannya.

"Paling baik jika perkara ini dirujuk kepada ketua pengarah Finas, Encik Naguib Razak atau setiausaha Datuk Kamaruddin untuk (lebih jelas) alasan (penangguhan)," katanya.

Naguib sewaktu dihubungi menerusi pembantunya bagaimanapun enggan memberi sebarang maklum balas kerana "buat masa ini jadualnya agak padat dengan mesyuarat".

Tayangan eksklusif di UiTM
Tanda Putera, yang kontroversi dengan adegan 13 Mei, pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi.

Filem sejarah itu memaparkan kisah perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.

NONEMenelan belanja RM4.8 juta, ia diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendesak satu pratonton dibuat untuk menilai jika terdapat elemen perkauman dalam filem itu.

Namun, hasrat itu tidak diteruskan apabila penerbit hanya bersetuju melakukan pratonton jika Pakatan bersetuju membiayai kosnya.

Shuhaimi turut dilaporkan menolak alasan bahang pilihan raya umum menyebabkan Tanda Putera ditangguhkan dahulu.

Bagaimanapun, Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadual mengadakan tayangan eksklusif filem itu pada 8 November ini di kampusnya di Shah Alam.
S'gor tubuh pasukan bebas siasat isu kondo Bt Caves
  • Nigel Aw
  • 7:54PM Okt 30 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium kontroversi berdekatan kuil Subramaniar di Batu Caves.

azlan"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

"Anggota jawatankuasa ini termasuk pihal yang terkenal dalam bidang perancangan, peguam dan mereka yang mempunyai kaitan dalam bidang industri (pembinaan) ini."

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata segala perincian dan jadual masa akan diumumkan selepas perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat exco esok.
Karpal gesa S'gor batal projek kondo Batu Caves
  • Hazlan Zakaria
  • 1:38PM Okt 30 2012
 
Ketika Pakatan Rakyat dan BN saling menuding jari dalam projek pembinaan kondominium di Batu Caves, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kerajaan Selangor memansuhkan cadangan itu segera.

Katanya, tindakan itu akan menamatkan pertelingkahan, sekali gus meredakan kebimbangan penganut Hindu dan mengelak ancaman kerosakan terhadap kuil yang menjadi tarikan pelancong di situ.

"Kerajaan negeri tidak boleh mengetepikan manifestasi bantahan terhadap projek itu," katanya.

Karpal juga menawarkan perkhidmatan undang-undang secara pro bono kepada jawatankuasa kuil jika memerlukan bantuan.
200 pelabur emas berkampung di pejabat PM
  • Zulaikha Zulkifli
  • 5:00PM Okt 30 2012
 
Kira-kira 200 orang pelabur skim pelaburan emas, Bestino "berkampung" di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk meminta Datuk Seri Najib Abdul Razak campur tangan bagi
menyelesaikan masalah pengeluaran wang mereka.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Pelabur Bestino, K Kunasekaran (bawah) berkata, tindakan itu diambil setelah masalah masih tidak dapat diselesaikan walaupun tiga perjumpaan diadakan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

NONE"Isu ini sudah tiga tahun. Tiga kali kita jumpa dengan menteri kewangan kedua bersama peguam dan ahli jawatankuasa kami. Dan ini juga merupakan kali ketiga kami datang ke pejabat perdana menteri.

"Kita tak ada pilihan. Jadi kita nak jumpa perdana menteri dan mahu minta dia campur tangan. Dia kata rakyat didahulukan. Kita akan tunggu di sini sampai dapat berjumpa perdana menteri," katanya.

Pada Februari lalu, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Bank Negara pula merampas aset syarikat itu di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.

Sebanyak RM411 juta wang dilaburkan oleh 6,764 pelabur dalam Skim Bestino.

Keluhan pelabur
Sementara itu, seorang pelabur A Kupusamy, 68, dari Ipoh Perak berkata, beliau melabur dalam skim pelaburan emas itu sebanyak RM50,000.

NONEKupusamy yang mula melabur pada Oktober 2008 berkata, beliau mula melabur apabila ada rakannya yang mengajak untuk membuat pelaburan di Bestino.

"Saya melabur RM50,000. Itu semua duit simpanan saya. Dulu saya seorang mekanik. Sekarang saya dah tak ada apa-apa," katanya.

Selain itu, menurut seorang bekas pekerja kilang, S Kamalavalli, 58, beliau bersama suami melabur sebanyak RM95,000 tiga tahun lalu selepas seorang agen Bestino datang ke rumahnya di Sungai Siput, Perak.

NONEKamalavalli yang kini tidak mempunyai pekerjaan berkata, beliau telah melaburkan semua wang pencennya ke dalam skim pelaburan itu.

"Saya sangat susah hati. Sekarang duit langsung tidak ada. Semua duit KWSP saya masuk dalam skim pelaburan itu.

"Agen itu datang rumah dan paksa saya melabur. Dia tau masa itu saya sudah mahu pencen.

"Sekarang ini suami saya pun sakit dan anak-anak pun marah saya sebab masukkan semua duit simpanan. Saya minta perdana menteri dapat tolong kita," katanya yang mempunyai tiga orang anak yang juga bekerja di kilang.
Tee Kiat: Swasta AES diputuskan sebelum 2008
  • Lu Wei Hoong
  • 3:08PM Okt 30 2012
 
Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kabinet memutuskan untuk menswastakan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum beliau menjawat jawatan itu.

Ditanya kenapa langkah itu diambil, Ong berkata, beliau juga membangkitkan perkara yang sama ketika menjadi menteri pada 2008.

NONEPenggal perkhidmatannya berakhir pada 2010, selepas tewas di tangan Dr Chua Soi Lek dalam pertandingan merebut kerusi presiden MCA.

"Tetapi saya mesti bertahu kamu, keputusan (menswastakan sistem AES) dibuat (oleh kabinet) sebelum saya menjadi menteri," kata Ong dalam sidang media dalam kawasan parlimennya di Pandan hari ini.

Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang mendapat kontrak itu didakwa sebagai kroni kepada kepimpinan BN dan bakal mendapat keuntungan besar daripada saman trafik yang dikeluarkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri bagaimanapun menafikan perkara itu dan memberitahu parlimen bahawa skim AES bukan untuk mengayakan kroni kerajaan.
BNBBC: Negeri Pakatan manipulasi perakaunan kreatif
  • Nigel Aw
  • 3:21PM Okt 30 2012
 
Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

NONE"Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.

"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 193 subscribers
    "Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara."

    Emm... nampak elok tak elok ialah kerja Rakyat.

    Rakyat yang berhak menghakimi sesebuah PEMERINTAH.

    Contohnya seperti air percuma 20m3, hutang BN sebelum nie dikurangkan, projek diberi kepada mereka yang layak, Pemimpin boleh turun jumpa Rakyat bila2 masa, banyak lagi la senang..

    Setakat pakai tie, pakai kot, cerita pung pang pung pang.. belakang BMW, Mercedes bersepah2 kat rumah... rumah jiran2 pun dah macam nak roboh.. baik tengok Akaun BOSS KORANG!!!!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!
    • Harun Ahmad · Pengulas Tertinggi · SMK Tawau
      Betul apa anda katakan. Rakyat yg akan menentukan siapa yg memerintah selepas PRU 13 nanti. Rakyat tetap akan memilih PR untuk mentadbir negara lepas PRU 13 nanti.
    • Meor Mohd Hilmi · · Author and Blogger di Pena Khalifah
      Dah tak dak modal lah tuh.. Rakyat blh menilai sendiri.. Khususnya di Selangor... Jgn harap bn blh dapat balik Selangor..
    • Ramli B Sukri Rbs · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      PONG PANG PONG PENG...ITU SAJA KEJE KO...NAMUN KEHEBATAN PR SEMAKIN TERSERLAH...SYABAS PR...!!!
    • Abu Uwais · Pengulas Tertinggi · SMU (A) Amir Indera Petra
      Jom buat aduan polis...Si Dahlan telah menghina kredibiliti Ketua Audit Negara...sekaligus PR dah dapat kredit ...Dahlan akui negeri PR cemerlang
    • Wan Rohadi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sendiri
      sokong 200% .ambikau.
    • Achmad Abdollah · Pengulas Tertinggi
      Yang peliknya kenapa BN tak manupulasi perakaunan kreatif macam pakatan!!? wakakaka. Pakatan yang kurang pengalaman pun lebih canggih dari BN. Wakakakaka
  • Latifi Othman · Pengulas Tertinggi · T.B.S.T
    ape bende laa yg ko merepek nih dahlan... bodoh piang betul.
    • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mission Impossible HQ · 145 subscribers
      Sedar atau tidak, BNBBC menghina kredibiliti Ketua Audit Negara.. mrk seolah mengandaikan Ketua Audit Negara tdk mampu utk menilai btk akaun kreatif... atau adakah mrk ini bercakap melalui pengalaman & amalan umno/bn selama ini..
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Bukan Perakauanan Kreatif.. Tetapi Pemimpin PR berfikiran Kreatif membangunkan Negeri.. , cukup2 la Rahman Dahlan ni menunjukkan Kebodohan Sendiri,, Ditemplak Anwar dalam Parlimen Tak Reti Baca Akaun.. sama macam anak Chua Soi lek..
    • Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
      JANGAN CAYA CAKAP ORANG-ORANG BN NI, SEMUANYA PUTAR BELIT YANG DAH MAKAN DIRI MEREKA BANYAK KALI TAHUN INI SAHAJA. LAPORAN AUDIT SUDAH MEMUJI NEGERI-NEGERI PAKATAN MENINGKAT HASIL MEREKA...SEBENARNYA MEREKA TAKUT KALAH PRU 13 NANTI, SEBAB TU MENFITNAH DAN TERUS MENFITNAH !!!
    • Tengku Akrami Kimi Azmi · Director di Duoprinting
      xleh bla langsung statement dia nih, 1st, kalaulah hasil audit dr perakaunan kreatif, xkan la BN tak buat.... takkan saje2 nak tunjukk rugi kot... 2nd, ke dah buat tp still nampak rugi.. hahahaha.... 3rd, ape ketua audit negara tuh baru tahun nih ke keje audit??
    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · Forever
      Biasalah Ahli Parlimen BN....tak cerdik tak kreatif....kalau ya pun "perakaunan kreatif" asalkan tak songlap wang rakyat apa salahnya..... selama ni BN dah 55 tahun mentadbir berapa banyak wang rakyat lesap begitu sahaja ...bahkan lebih teruk lagi rm52 billion peruntukan equiti bumiputera lesap tak tahu mana pergi...
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      "Perakaunan kreatif"?..Hahaha..macam2 lah cara UMNO(BN) buat untuk memburukkan negeri yg diperintah PR. Sekaligus menghalalkan korupsi yg berlaku di negeri yg diperintah oleh UMNO(BN).../////
    • Mohd Zaimi · Pengulas Tertinggi · Kota Bahru
      jangan dok condemn orang wat geteklah baru nampak cerdik
    • Sahibil Eting · Kota Kinabalu
      Dahlan ni kena bersuara KUAT sebab nak jadi calon PRU13.. Kota Belud dah tolak c Dahlan ni....Nak ke Parlimen Tuaran...alamat bungkus lah mamat ni..
    • Ezham Khalid · Kuala Lumpur, Malaysia
      memang bodoh piang...all accounting treatment kena ada accounting standard...bukan boleh main suka suka buat akuan ikut suka hati mak bapak....memang kerja jabatan audit negara untuk nengok kalau account treatment tak ikut standard, procedure and policy.
    • Ramli B Sukri Rbs · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      FITNAH MEMFITNAH SUDAH MENDARAH DAGING SEMUA PEMIMPIN BN TERUTAMA UMNO...!!!
  • Tolakumno Tolakbn · Pengulas Tertinggi · University of Oxford
    wei bangang.. audit la yg keluarkan laporan tu, jgn la cemburu sebab kerajaan pr lebih baik, ko tak malukah sabah negeri termiskin di malaysia..apa mau selindung syaitan umno ni..
    • Che Sukri Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
      Wah garang nya MEK ni sorg Bulih ganti Mat Sabu akan di panggil MEK SABU walau bagaimanapun aku stuju juga cuma ayat yg di tulis tu panas TELINGA DEN jg walau den tak terlibat
    • Nunuk Ragang
      Bagaimana pulak sabah negeri termiskin?? Audit 2011 Sabah adalah ke-2 selepas sarawak paling banyak hasil pendapatan....
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      "Perakaunan kreatif"?..Hahaha..macam2 lah cara UMNO(BN) buat untuk memburukkan negeri yg diperintah PR. Sekaligus menghalalkan korupsi yg berlaku di negeri yg diperintah oleh UMNO(BN)...//.//././/
    • MohNazman MohShidin · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
      PR gunapakai Akaun Kreatif,BN tak gunapakai Akaun Kreatif ,Siapa yang bodoh. PR dapat thumbup daripada Audit,BN dapat thumbdown daripada Audit,siapa yang cerdik. Lu fikir le sendiri wahai ARDahlan .Anda ni professional macam Audit ke , klu tak, lebih baik cari isu lain le yang boleh up BN.
    • Rokiah Khalid · Pengulas Tertinggi · SMDB Taiping
      TT: btoolll sis, telah terbukti dmana negerix yang dperintah oleh PR, tiada penyelewengan berlaku malah dapat menabung lagiiiiiiiii untuk projekx yang drancangkan ......... syabazzzzzzz 2all negerix yang dperintah oleh PR.
    • Kiezek Kie · Pengulas Tertinggi
      memng bnyak hasil pendapatan negara,tp x tahu mengalir kemana.....
    • Jamal Abdullah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di BumiMaju Construction
      Orang paling kaya di Malaysia/ mungkin Terkaya di Asia/ mungkin di dunia/ mungkin di Plenet berasal dari mana? dari Sarawak laaaaaa
  • Cmk Cucumatkilau · · Pengulas Tertinggi · Pahang, Pahang, Malaysia · 1,905 subscribers
    Apa punya Ahli Parlimen.. org kreatif menguruskan kewangan negeri pun nak komplen.. Apa dia ingat AUDIT NEGARA tu bangang ker... x tau buat kejer.. walhal malu sbb negeri BN laporan kewangan merudum.. pasal kreatif sgt dok rompak wang rakyat utk FARAID kpd proksi dan kroni2....
    • Abdul Rahman Yusoff · Manager di Sindora Berhad
      Biar bodoh asalkan ada keinginan untuk memperbaiki diri tapi jangan bodoh sombong, lansung tak boleh nak diajar. Malah lebih banyak dia bersuara, lebih byk dia menunjukkan kebodohan diri sendiri.
  • Fitri Fit II · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada kerja ada GAJi · 118 subscribers
    bila pr lebih baik dari segi pentabiran bukannya media arus perdana nak lapor pada rakyat,..ini ko plak nak canang longkang..pru13 melingkup ko n puak ko..
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Sekilas bercakap, terus berbau longkang. Itulah mentaliti low class mp bn, semakin byk bercakap semakin nmpak bangangnya. Bior kita sudah la bangang, jgn org lain pulak nak dibangangkan. Elok sgt2 dibakul smpahkan mereka semua lepas PRU13, krn x tahu hapa2, hanya tahu ampu & makan gaji buta...
    • Abu Yusof · Pengulas Tertinggi
      jaga je kawasan kau tu pak dahlan ooii! jgn ko dengki dengan kebijaksanaan kreatif kerajaan PR, yg penting kami berasa amat senang hati dengan corak pentadbiran negeri PR.
MB: Beri penjelasan cukup sebelum laksana AES
  • Bernama
  • 7:13PM Okt 30 2012
 
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meminta kerajaan memberi penjelasan secukupnya kepada rakyat sebelum melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang antara lain, bertujuan membentuk pemandu berhemah.

NONESehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengadakan tempoh percubaan bagi penggunaan AES sehingga rakyat benar-benar faham dengan pelaksanaan sistem tersebut.

" ...Saya yakin masih banyak rakyat yang kurang faham dengan pelaksanaan sistem berkenaan, justeru memerlukan masa bagi kerajaan untuk memberi penjelasan sepenuhnya kepada rakyat agar tidak timbul sebarang rasa keliru dan salah faham," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidiladha anjuran Pejabat Menteri Besar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kangar.

Beliau juga berkata sepanjang tempoh percubaan itu, kerajaan perlu meninjau pandangan rakyat seperti kesesuaian had laju yang ditetapkan dengan jalan raya yang digunakan selain tidak menyaman mereka yang melakukan kesalahan.

Katanya, masalah yang sama pernah berlaku ketika kerajaan menguatkuasakan penggunaan topi keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal, yang dibuat secara berperingkat sehingga rakyat benar-benar faham.

-Bernama
Nazri: Kita tak lindungi 'peniup trompet'
  • Hazlan Zakaria
  • 12:16PM Okt 30 2012
 
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak terbabit kerana dalam kes NFC, perkara itu dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.

Bercakap dalam Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab, menteri undang-undang itu berkata, akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan NONEInstitusi Kewangan (Bafia).

"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," katanya separuh berseloroh.

"Asalnya ialah (isu) kerahsian, iaitu elemen yang penting. Kalau dia tiup terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, nak lindungi apa lagi?

"Yang kedua, kita mesti faham, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh lindungi orang yang buat kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower (pemberi maklumat). Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah."

Beliau mengulas perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang mahu tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.
Rafizi: Terus terang atau hadapi pendedahan
6:41PM Okt 30 2012  
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan supaya berterus terang dalam isu konsesi pembalakan negeri atau berhadapan dengan pendedahan lanjut.

"Rakyat berhak tahu siapa yang memiliki konsesi pembalakan, berapa banyak pendapatan kerajaan perolehi dan status pemilikan tanah," katanya dalam kenyataan hari ini.

NONERafizi berkata demikian berikutan respons yang didakwa tidak memuaskan oleh Mohamad dalam akhbar Sinar Harian Khamis lalu.

Rafizi mendakwa, kerajaan negeri menyalahi undang-undang dengan membenarkan sebuah syarikat berkaitan Umno memasuki hutan simpan Jeram Padang Selatan.

Katanya, walaupun Mohamad mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, ahli dewan undangan negeri Rantau itu sebenarnya tidak mengambil kira aspek keabsahan undang-undang.

"Mohamad telah gagal untuk jelaskan tentang keputusan exco membatalkan status hutan simpan Jeram Padang Selatan yang tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya.

Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, tanah hutan simpan di Negeri Sembilan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu atau syarikat lain.

azlan"Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.

"Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan perancangan tersebut kerana kerajaan negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menggantikan lebih RM2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, lapor Sinar Harian.

Setiap tahun kerajaan negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar daripada 4,800 yang digunakan.

"Tidak timbul soal hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang," katanya lagi seperti dilaporkan harian itu.
Khalid cabar menteri tanding data isu air
  • Hazlan Zakaria
  • 8:19PM Okt 30 2012
 
Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) mencabar Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia membuat perbandingan data berhubung projek loji rawatan air Langat 2 yang dipertikaikan.

Menteri besar Selangor itu bertanya, sekiranya beliau dapat membuktikan teknologi membran lebih baik, adakah kerajaan persekutuan akan menerimanya.

khalid ibrahim selangor water"Adakah menteri akan setuju untuk ketepikan projek (Langat 2) itu?" tanya Khalid dalam soalan tambahan semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Khalid berkata, beliau sebelum ini sudah menulis surat berhubung perkara itu tetapi mendakwa belum mendapat jawapan.

Beliau mencelah ketika Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Noriah Kasnon menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berhubung perkara itu.
'Banyak MP Pakatan cuma tunjuk muka dalam parlimen'
1:45PM Okt 30 2012  
Sekalipun Pakatan Rakyat menambah suara Melayu dalam parlimen, tidak semua mereka yang mampu berhujah dalam perbahasan dalam Dewan Rakyat, kata Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Memang banyak orang Melayu dalam Pakatan ini berbanding kami (Umno) tetapi kebanyakannya mereka ini, hanya tunjuk muka.

"Mereka diakui mempunyai banyak pemimpin Melayu, namun banyak sahaja pun tidak guna kalau tidak bersuara," katanya dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

parliament pc jeyakumar and mustapha 171208 04Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno turut menafikan kekurangan ahli parlimen dari parti itu selepas pilihan raya umum ke-12 tidak menunjukkan parti itu kurang lantang dalam menyuarakan hak orang Melayu di Parlimen.

Menurutnya yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Umno adalah parti utama yang sering membela nasib orang Melayu sejak dahulu lagi.

Mustapha yang juga ahli parlimen Jeli mengulas dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa kemenangan Pakatan pada pilihan raya umum lalu adalah bukti kemampuan menambah suara orang Melayu dalam Parlimen berbanding BN.

Akhbar itu turut melaporkan pakar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan sebagai berkata kemenangan calon Melayu dalam Pakatan tidak boleh dinilai daripada aspek kualiti kerana kebanyakan calon pembangkang didakwa hanya "bidan terjun".

"Bagi saya ini hanya permainan statistik, bukan keupayaan sebenar calon Pakatan... Saya melihat, pemilihan calon Melayu dalam Pakatan juga agak tempang hingga menyebabkan kredibiliti Pakatan terjejas.

"Kualiti ahli parlimen Melayu dalam Pakatan amat rendah kerana mereka tidak boleh memimpin, apa lagi untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu," katanya dipetik dari akhbar yang sama.

 
  • Ibrahim Jusoh · Pengulas Tertinggi · Alor Setar
    Tunjuk muka di Parlimen kira dah hebat tu. Tumpang tunjuk muka semasa Kelantan menjuarai Piala Malaysia macam mana pula? Jadi seolah-seolah hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Kami yakin 90% para penyokong malam tu adalah penyokong Pas. Apa macam ahli Parlimen UMNO yang tak tunjuk muka dalam Parlimen, tapi tunjuk muka di luar cari lobang-lobang nak songlap duit rakyat. Siapa ahli Parlimen UMNO yang terdakwa dan disabitkan kesalahan menipu dan pecah amanah?. Bagaimana pula dengan ADUN Kota Siputeh Kedah yang malas hadir persidangan DUN Kedah, orang UMNO ke orang Pas. Oleh kerana rajin sangat hadir persidangan DUN, macam mana pula seorang lagi ADUN UMNO di Kedah sampai diistiharkan muflis dan hadir persidangan DUN atas ehsan Menteri Besar dari PAS. Cakap memang sedap bercakap, badan nanti binasa. Orang Kelantan dari Parlimen Jeli, kita singkirkan Tok Pa ini kerana beliau adalah salah seorang yang lantang menentang pembayaran Royalti minyak kepada Kelantan. Adalah malang bagi anak kelantan yang tiada sifat patriotik kepada negeri sendiri dan hanya bijak mengampu. Ingat Tok Pa pernah kalah di Parlimen Jeli dan kita ulangi sejarah ini pada PRU 13 nanti. Takbir !!!!!!!
  • Ayor Tawor Manjung · Pengulas Tertinggi · Jungle people. di Pemburu Payau
    lawak la tok pa ni...PM masa perbahasan belanjawan terus lari...timbalan menteri ada yang demam..he he ..elok la tukar mp yang dah longlai tak berani berbahas...dah lama sangt perintah gitu la jadi nya..
    • Mohd Nor Nor · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Security
      tok pa rasa dirinya saja yang hebat dan pandai berhujah..masuk bakul angkat sendiri..kemenangan wakil pakatan rakyat pilehan rakyat..bukan menang nasib..mereka juga berkualiti..cuma tak mahu cakap banyak nanti orang kata loyar buruk..
    • Aidan Generous · Pengulas Tertinggi · Top Commentator di Online Commentator
      MP UMNO pandai berhujah tu, belum tentu. Yg pasti dr segi pentadbiran selama 50thn nih mmg kurang pandai. Yg pandai, jaga kroni. sudahlah.. biar MP PR tunjuk mcm mana nk tadbir negara.
    • Mohd Salleh Abdullah · Pengulas Tertinggi
      to pa ni pun rasanya jarang benar cakap di parlemen. sesekali cakap pun nampak kurang......
    • Jamil Dollah Ds · Pengulas Tertinggi · PAP di 19 Ramd Mek ( One Niner Group )
      Nak bercakap macam mana,bila kena aje kat BN,maka PAMulia akan suruh duduk,kenyataan tok pa ni macam budak2 baru masuk tadika je.
    • Mohd Noh Karim · Pengulas Tertinggi · Sultan Ibrahim School
      sesekali cakap tok pa nampak kurang ajar sangatttt
  • Wfauzdin Ns · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ex Army
    Tunjuk muka lebih baik dari tak tunjuk muka mcm najib bila dicabar berdebat dlm parlimen....kalau 100% melayu dlm parlimen mcm najib yg penakut tu, apa gunanya?
  • Zainal Yusof · SRP
    lebih baik diam daripada LOYAR BUROK N KELENTONG seperti kebanyakkan wakil UMNO sekarang.
  • Sivanaesan Nadarajan · Pengulas Tertinggi · Owner/CEO di High Tech Port Supplies & Engineering
    Buka mulut, motion denied.. Nak bercakap tapi dibenar kan.. Sabar aja, PRU 13 BN jadi parti pembangkang pula, kita tengok apa jadi yah.. Semua penyamun BN masuk penjara.
  • Rafid Ahmad · Universiti Teknologi Malaysia
    kena ingatlah sapa yg paling kuat menentang Royalti utk rakyat Kelantan. macam nie ke yg dikatakan memperjuangkan hak org melayu...pegi daa
  • Maz Lan · Pengulas Tertinggi
    Masa Anuar tunggu Najib dan Merteri2 Umno/BN di Parlimen untuk membahas budget Najib, ramai Menteri2 Melayu Umno yg KUNUN NYA pandai bercakap hilang dan ghaib batang hidung pun tak nampak...lagi nak mengaku pembela rakyat...hello menteri2 Melayu Umno ini tahun 2012 bukan 1912.
  • Aliasabdullah Abdullah · Sek men ahmad pekan
    banyak sangat juru cakap nanti tiada siapa pula nak membahas sedangkan speaker sentiasa memotong hujah2 terutama dari pembangkang jadi macamana hendakkan keadilan, tunggulah apabila PKR mengambil aleh dewan nanti tahulah tok par kehebatan pati kami ini..........
  • Azman Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
    patot pemimpin umno tak berani berdebat pemimpin PR tak mampu berhujah............mustafa2 tak payah membodek sangat
  • Man Kadir · Pengulas Tertinggi
    mp bn buat riuh dewan macam pasar borong - biadap kebanyakannya - buat fitnah di luar - dalam parlimen kecut telor mana yang bertelor ... APA MACAM?
Noh: Jawab apa pun DAP tetap serang saya
  • Nigel Aw
  • 10:56AM Okt 30 2012
 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semalam hanya mengambil sedikit masa menjelaskan kontroversi di sebalik isu perbekalan benih padi.

Katanya, walaupun apa yang dijelaskannya, DAP akan tetap mengadakan demonstrasi terhadapnya.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor juga mempersoalkan desakan supaya beliau berundur sedangkan demonstrasi berhubung isu itu pagi semalam hanya dihadiri 35 orang.

Beliau memberitahu parlimen, walau apa pun jawapan beliau, DAP tetap akan memutarnya.
  • Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
    kasihan dia......diserang bertubi2 oleh PR terutama sekali DAP.statemen pun nampak mcm org dah kecewa.mana perginya ezam md noor......hulubalang baru umno?, mana dia taukey ikan bakar sekinchan?mana perginya GAP?tolonglah bangun mempertahankan saudara kita ini......dia dah kelemasan.
    • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mission Impossible HQ · 145 subscribers
      ezam hulubalang ? itu hulu belang...
    • Bobby Kang Yong Huat · · Pengulas Tertinggi · La Salle Klang
      Kehilangan semangat "KESUKANAN" pulah Si No Omar ini. Kena balik, duduk tak diam... Terbakar bontot hari-hari! Kesian!

      Rasalah! Kami tetap undi PAKATAN RAKYAT!
    • Sharifuddin Sahudin · Pengulas Tertinggi
      Tukul takal balik rakit org nakal banyak penyakit...leguh legah balik pintu org gagah memang begitu...hehe...
    • Adnan Nan · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
      Akhirnye nasib mamat ni akn jd same mcm nasib Khir Toyo,terkontang kantin seorg diri..itulah kwn2 dlm umnu..bersahabat swkt berkuase n beruntong..
    • Malik Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Sek men semerah
      hamba apa kesah pun klu soalan DAP tu,tak di jawab....tapi rakyat mahu tau apa cerita sebenarnya dlm isu benih padi ni...sebagai menteri pertanian,anda di amanahkan utk jaga makanan negara melalui duit pembayar cukai..?????
    • Hasmira Hasmi · Pengulas Tertinggi · SGB
      pemilik sarang walit pun dia kelentong juga,mb mimpi
    • Mann Greco · Pengulas Tertinggi
      Noh: Jawab apa pun DAP tetap serang saya.....nak raih simpati melayu la tu...semua rakyat malaysia yang ada akal 100% pasti akan menyerang engkau..
  • Jaafar Malek · Pengulas Tertinggi · umur 52 tahun
    Sdr Noh Omar patut faham tentang kedudukan anda. Anda adalah menteri Syaitan Yg Dikenali. Adalah lumrah, Syaitan2 seperti anda di REJAM. Jadi jangan ambil hati atau terluka jika anda menerima rejaman2 yang bertali arus kerana itu adalah lumrah. Apalagi kalau dah bersalah. Tak payah komen, terima saja REJAMAN itu. Baru sebiji batu, 6 lagi akan menyusur. HEHEHE
    • Din Nozzo · Pengulas Tertinggi
      Selain itu, beliau juga adalah Menteri Otak Udang..haha
    • A Hadeeq Saai · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Own business
      mggu lepas, dia cabar MB Selangor jawab semua soalan dia... jikalah MB Selangor BODOH macam dia, MB Selangor jg akan jawab "Jawab apapun, Noh Udang tetap akan serang saya". tp. sbb TSKI orgnya bergeliga, dia tetap x jawab kerana dia tau, yang bagi soalan tu org yang berotak udang, jawabpun x de makna....
    • Zulkifli Hussein · Pengulas Tertinggi
      Semoga syaitan yang di kenali akan turut musnah dengan lontaran jemaah haji di jamrah baru lalu..
  • Mohamed Osman Mohamed Anvar · Pengulas Tertinggi · Restaurant Owner di Self Employed and Loving It!
    SALAM, MENTERI2 BN SEPATUTUNYA JAGA HARTA RAKYAT BUKAN BUAT HARTA RAKYAT MACAM HARTA EMAK BAPA KAU ORANG PUNYA. LAGI SATU KERJA MENTERI BUKAN SURUH KELUARGA AMBIL DUIT RAKYAT BUAT NIAGA DAN BERBELANJA BESAR MACAM TOK NENEK KAU PUNYA, BAHALOL.
    • Sheikh Naimnif Selamat · Pengulas Tertinggi
      Jatuhkan mereka ...Insyaallah akan terbalaslah perbuatan mereka itu utk mereka insaf jika mahu!!! Selagi berkuasa mereka akan terus hanyut dgn nikamt dunia... kesian!!!
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 151 subscribers
    Bukan DAP lah Noh Udang. tapi rakyat melalui PR....jika takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai.. jika tidak berkualiti, jgn beria-ria nak jadi Menteri..!!
    • Mohd Aswady Mohd Reduan · · LAB, QC di Lafarge
      Noh otak udang..bakal MB Selangor masa depan..puittt!! berangan je la
    • Azman Shah · Pengulas Tertinggi
      Sekarang ni pulak Noh otak udang beria-ia nak jadi MB Selangor.Apa pun sila cerminkan muka anda dulu.Layakkah ? Memang tak layak dan tak da karisma langsung..hehe..
    • Danial Muhamad
      Noh omar rumah di tepi kolam udang la...
  • Mohd Suhami Sa'aim · Pengulas Tertinggi · NANYANG INSTITUTE OF ELECTRONIC
    dah engkau & rakan2(bn/umno)kaki putar alam dan songlap duit rakyat nak deny macam mana...
  • Harun Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · Institut Teknologi Mara, Arau, Perlis
    noh tidak anggap 35 orang pengundi sekincan akan gugat dia.. tu yg jadi sombong sikit... mereka hanya mewakili yg lain kerana mereka petani, kena kerja untuk cari makan anak bini... lain lah MP dia... ramai kroni yang hantar santapan... isunya sekarang adalah fakta yang di dakwa memang berlaku..
    • Aziz Abdul Hamid · SkillPreneur di Partner In Safety Services
      Dia lupa....dalam sejarah Islam (peristiwa Perang Badar), jumlah yang kecil pernah mengalahkan kumpulan yang besar, bila mana mereka patuh pada tuntutan agama dan parti.

      InsyaAllah, PRU13 akan meninggalkan kenangan manis buat beliau.....Amin.
    • Hafiz Hashim · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Aziz Abdul Hamid alhamdulliah, walaupun berbekalkan hanya 313 orang pejuang Islam dalam perang Badar lawan pulak dengan tentera Abu Jahal laknatullah berserta dua ribu lebih pengikut, lawan tetap lawan, kemenangan pasti dipihak yang benar. Kepada pejuang PAS, janganlah berasa kerdil kerana perjuangan Rasullulah telah membuktikan quantity bukan ukuran tetapi Quality perjuangan sepatutnyer menjadi tunjang perjuangan!auh perjuang PAS, bersiap sedialahmenghadapi PRU13. Walau kita tak dapat berjuang di medan piilihanraya, gunakan apa saja cara termasuklah FB ni...
    • Ibrahim Jusoh · Pengulas Tertinggi · Alor Setar
      Begitulah resamnya bila lupa diri,lupa agama, lupa Tuhan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Itu baru satu isu, bagaimana isu-isu lain spt NFC dan kolam udang ? Bila nafsu nafsi menguasai diri, yang benar dinafikan dan dikatakan salah. Yang betul jadi salah. Itu hukum dunia, nantilah hukum akhirat nanti. Betul kata pepatah orang tua-tua. Siakap senohong gelama ikan duri, tak cakap bohong manakan jadi menteri.
  • Keris Mas Sejati · · Pengulas Tertinggi · 164 subscribers
    letak jawatn pun ok kalau tak mampu galas amanah! Ada bantahan?
  • Gin Marvel · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Salah satu cara Noh Omar utk lindungi dirinya sendiri ialah dengan kata :

    " Saya malas nak bagi jawapan sebab sama saja.."

    Noh Omar, lain kali hang nak buat statement mesti tunjuk jari satu jauh sikit dari paras dada, lepastu tenung jari tu & buat muka ganas sikit... Barulah DAP taknak tanya anda sebab DAP dah tau anda akan beri jawapan yg macamtu..
  • Wfauzdin Ns · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ex Army
    Sian org tua down sindrom nih,,,,,,hihihi...
  • Safwan Bin Abd Rahman · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di PEMUDA PAS MALAYSIA
    Cukuplah Noh Omar, jgn bersandiwara..
Aset-aset komersil PKNS akan dipindah milik
  • Bernama
  • 8:08PM Okt 30 2012
 
Aset-aset komersil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), akan dipindah milik kepada anak syarikat milik penuhnya, Private Real Estate Company (PREC), bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan aset supaya lebih berkesan.

PKNS dalam satu kenyataan hari ini menyatakan aset-aset komersil itu ialah Kompleks PKNS, Shah Alam; Kompleks PKNS, Bangi; SACC Mall, Shah Alam; Wisma Yakin, Kuala Lumpur dan Menara PKNS, Petaling Jaya.

"Salah satu inisiatif korporat yang dilaksanakan oleh PKNS ialah menerusi pelaburan dan pengurusan hartanah secara lebih efektif dan efisyen.

"Sejak tahun 2008, sebanyak 82 peratus daripada para peniaga yang menyewa ruang niaga di aset-aset milik PKNS terdiri daripada usahawan Melayu dan Bumiputera," kata PKNS.

Ia berkata kerja-kerja penambahbaikan kemudahan di dalam bangunan seperti tandas, eskalator, lif, papan tanda, tempat letak kereta dan lain-lain yang telah dijalankan sejak Oktober 2011, dijangka siap pada Mac 2013.

PREC akan menaik taraf bangunan secara berterusan bagi meningkatkan nilai aset-aset tersebut.

Kiosk-kiosk perniagaan baharu juga akan turut diwujudkan untuk disewakan kepada peniaga Melayu dan Bumiputera, khususnya.

PREC dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS juga akan menambah ruang-ruang tapak niaga di aset-aset ini bagi usahawan Melayu dan Bumiputera menjual produk keluaran masing-masing.

Sejak tahun 2008, lebih daripada 6,000 usahawan Bumiputera memperoleh manfaat menerusi program pembangunan usahawan PKNS.

-Bernama
'Perluas operasi PKNS sebab ketinggalan belakang CapitaLand'
10:17AM Okt 30 2012  
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Isnin berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mungkin perlu menjual asetnya bagi menampung perluasan operasinya.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan dalam usaha menjadikan PKNS sebagai syarikat hartanah terbesar di negara ini.

"Namun, ia terpulang kepada keputusan yang akan dibuat oleh (Lembaga Pengarah PKNS)," katanya ketika ditemui di majlis jamuan Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.

Beliau ditanya sama ada pemindahan lima aset PKNS bernilai RM321 juta kepada sebuah anak syarikat milik penuh PKNS adalah langkah awal untuk penjualan aset berkenaan.

Abdul Khalid berkata pengurusan PKNS menerima idea untuk memperbesarkan lagi operasinya memandangkan ia kini ketinggalan berbanding CapitaLand Ltd, pemaju hartanah dari Singapura yang ditubuhkan selepas PKNS.

- Bernama

Tiada ulasan: